Friday, September 21, 2012

Demo Hina Islam Di Kuala Lumpur Akan Jadi Bahan Gelak Ketawa Musuh Islam

Awal minggu ini timbul cerita Pemuda Pas dan Pemuda Umno akan bergabung untuk berdemo bersama-sama pada hari ini (Jumaat) bagi membantah filem anti Islam - Innocence of Muslims. 

Mungkin bimbang melihat penyatuan Pemuda Pas dengan Pemuda Umno dalam hal ini dan akan boleh mengakibatkan kepada penyatuan politik orang islam dan melayu, lalu keluarlah kenyataan daripada pemimpin parti DAP yang menunjukkan ketidak selesaan mereka atas kerjasama itu.

Lalu berkatalah Ngeh Koo Ham adakah demo itu untuk keuntungan politik Ketua Pemuda Umno dan tidakkah orang islam membuang masa serta tenaga yang banyak untuk perkara itu. 

Sekarang mari saya nak ajak anda berfikir....

Apa yang diungkapkan oleh Ngeh Koo Ham adalah satu perkara yang berat dan boleh mengundang kepada rosaknya karier politik dia.

Apakah anda rasa dia berani keluarkan kenyataan sedemikian jika tiada 'back-up' atau jaminan dari pimpinan tertinggi DAP ???

Sampai hari ini tiada sepatah perkataan atau kenyataan yang keluar dari mulut Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh yang membantah atau menegur tindakan Ngeh. Lihat di sini

Kenapa ???

Maknanya siapa dibelakang kenyataan yang dikeluarkan Ngeh Koo Ham ???

Selepas buat kenyataan 2-3 hari Ngeh Koo Ham senyap. 

Selepas Ngeh membuat kenyataan juga , Ketua Pemuda Pas telah bertukar nada dan memperlekehkan Pemuda Umno. Sampaikan Ketua Pemuda Pas kata mereka telah dijemput lebih awal oleh Nabi SAW untuk menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi SAW yang dihina oleh musuh-musuh Islam. Lihat di sini

Ding....dong....ding....dong....ding....dong.....akhirnya pagi semalam keluar satu keputusan bahawa Pemuda Pas dan Pemuda Umno tidak jadi untuk bergabung bersama-sama dalam demo berkenaan. Pemuda Pas demo asing dan Pemuda Umno demo asing. 

Selepas kenyataan dikeluarkan bahawa demo akan diadakan berasingan, tup.....tup.....Ngeh Koo Ham yang menyepikan diri sebelum itu, membuat kenyataan memohon maaf diatas apa yang dia katakan sebelum itu. Dan tak mustahil minggu depan akan keluar gambar Ngeh pergi berjumpa Nik Aziz untuk memohon maaf. Sepertimana yang Eli Wong dan Teoh Ning Ching lakukan sebelum ini. 

Jadi, siapa yang berjaya ? 

Akhirnya minoriti berjaya menguasai majoriti.......

Hari ini musuh-musuh islam akan gelak sakan melihat orang-orang islam yang beriman kepada Allah yang sama, menghadap kiblat yang sama, Nabi yang sama,  tapi adakan demo berasingan untuk membantah perkara yang sama.

Semuanya kerana politik yang mengatasi segalanya, sampaikan nak buang fahaman politik 1-2 jam untuk berdemo bagi membantah penghinaan terhadap agama pun tak boleh dan tak mampu.

Bukan lama pun....sejam dua ja.....habis demo nak bergaduh pasal politik pun bergaduhlah.....bersatu sejam dua kerana agama.....itu pun tak boleh.....

Habis demo nanti berperang pula sekali lagi pasal demo di tempat siapa yang orang lebih ramai....Dan puak-puak Pas pula akan tunjuk gambar beberapa kerat orang-orang DAP yang turun berdemo bersama mereka sambil berkata orang DAP pun prihatin. Padahal apa yang dilakukan oleh sekerat dua orang DAP tidak lebih seperti penculik yang memberikan gula-gula kepada kanak-kanak.

Akhir kata,  bersiap sedialah kita semua untuk menjadi Palestin dalam masa beberapa tahun lagi.....

Tahniah DAP !

25 comments:

Anonymous said...

tolong le pok nik...nape mung ni susah sgt nak bagi umat islam besatu

hanizam said...

SEMEMANGNYA STRATEGI DAP MENGENA DAN TEPAT PADA MASANYA...

MEMANG UMAT ISLAM SUSAH NAK BERSATU, SEBABNYA HANYA KERANA KUASA DUNIA IAITU NAK MERASA JADI PEMERINTAH...

AMAT MALANG UMAT ISLAM APE YANG BERLAKU PADA HARI NI...

KAFIR MENGKAFIR MASIH LAGI BERLAKU..SOLAT 2 IMAM, SEMBELIHAN PIHAK NI HARAM, PIHAK NI HALAL...

YANG DAPAT KEUNTUNGAN DARI SUASANA INI, TENTUNYA KAFIR YANG NAKKAN UMAT ISLAM BERPECAH BELAH...

AGAKNYA, BILA MALAYSIA NI DIPERINTAH OLEH GOLONGAN MINORITI, BARULAH NAK TERSEDAR...TAPI DAH TERLAMBAT...

zk said...

sebentar lagi....akan keluar pulak isu, perhimpunan mana paling ramai?umno atau PAS?

masing2 pun akan mendabik dada, akulah yang paling ramai, paling sayangkan nabi!

sampai lupa tujuan asal....untuk mempertahankan nabi kita atau utk show off saja?

akhir zaman bro...umat Islam akan mudah dicaturkan oleh orang kafir...

uda said...

komentar yang baik....kita fikir2kan bersama utk ugama,bangsa dan negara kita dimasa depan jangan nanti cucu cicit kita menudingkan jari pada generasi kita sekarang......amin

Anonymous said...

RBF,saya ucapkan terima kasih kepada awak atas tulisan ini.Benda2 ni dah bermain dlm fikiran saya sejak semalam apabila mendnegar pemuda umno/pas akn buat perhimpunan berasingan.buat malu umat islam.saya dah rasa lega bila apa yg terbuku dihati saya RBF telah tulis hari ini.

dripada:
haji maarof
bentong pahang

Anonymous said...

Tulisan ini berkualiti

Tahniah !

afiq kltown said...

DAP anti Islam

Anonymous said...

elok umno dan ngo2 je yg buat.. pas yg meraban tu biarkan je..
da tau sgt pas nie hanya nk meraih sebyk sokongan politik utk berkuasa dan tak kesah ape pon caranya...

dinturtle said...

Saya ternanti2 siapakah blogger yang berani menyatakan perkara yang benar ini ....

Dalam me'rai'kan pihak mana yang lebih ramai, kita juga me'rai'kan perpecahan ummah.

Bersatu ! Solidariti ! tapi luahkan ikut fahaman politik masing2....?

Anonymous said...

keikhlasan dalam setiap PERBUATAN itulah yang afdal ..

Anonymous said...

esok2 kita buat demo menentang dakwaan nabi muhammad sama mcm mamat2 kampung

Anonymous said...

Malang bagi rakyat Melayu Malaysia...dgn berpecah bukankah mereka yg menghina Islam itu sendiri??

Anonymous said...

Dap ni memang cukup pandai dan licik menipu utk kepentingan peribadi..

Dap ni memang pandai berlakon.. sekejap boleh jadi org islam dan terlebih islam dari org islam sendiri dan boleh bertukar jadi kominis bila2 masa dan menghina/menentang islam..

Pas je yg bodoh tak tau permainan Dap ni..

Juara Wira said...

Pemuda umno mahupun pimpinan tertinggi sudah berulang kali menghulurkan tangan....

sampai la ni PAS begitu taksub dgn perjuangannya...

mungkin sejarah lama senantiasa terngiang ngiang ditelinga pak2 lebai PAS...

walau apa pun masalahnya yg lepas..sebagai sebuah parti yg kononnya memperjuangkan islam..dan di anggotai begitu ramai alim ulama..adakah begitu susah untuk PAS berlapang dada dan menerima salam prsahabatan dari saudara seagamanya???

sedang yahudi pun nabi boleh dok bawa berbincang inikan pulak saudara seagama....

politik PAS terlalu suci gamaknya...!!waallahualam....

Anonymous said...

Belum time nak bersatu

Anonymous said...

Aku setuju pada kata2mu RBF! PAS ni tak boleh di harap.

usin said...

pemimpin islam yg menjadi penghalang kpd penyatuan umat islam agaknya sesuai dihukum apa ye? mari kita sama2 fikirkan....

Daddy Cool said...

sungguh mengecewakan sikap PAS ini hinggakan nak bersatu untuk mempertahankan agama sendiri pun mereka tak sanggup,snggh naif PAS!!walhal kita bejuang utk agama yang sama,aku rasa ini lebih teruk berbanding dgn apa yg sekarang ni..sepatutnya bila terjadi penghinaan ke atas umat islam kita bersatu tanpa mengira fahaman politik demi mempertahankan kesucian agama ALLAH.!!

Anonymous said...

Dah nak karam baru sibuk nak bersatu. Dulu2 waktu ada isu lebih kurang serupa macam ni pernah ke nak ajak PAS berdemo sekali atas nama cintakan Allah dan rasulNya? Sensorang dia aje pun...pasal masa tu tgh kuat.

Penyatuan PAS dan DAP betul2 menakutkan UMNO/BN..bila yg melayu dah byk kurang mengundi UMNO...yg bukan melayu pulak dah tak mengundi MCA/MIC. Cari jalan lar macamana nak kasi PAS bercerai ngan DAP, baru harapan ada cerah jugak utk PRU 13.

Saya tdk menyokong PAS mahupun DAP. Tapi saya sgt benci dgn pemimpin munafik yg memperbodohkan rakyat atas alasan utk agama bangsa dan negara. Pemimpin berhentilah memperbodohkan rakyat. Dan rakyat berhentilah jadi org yg bodoh! Statement ni jugak utk pemimpin dan penyokong PAS.

Ada perkara yg lebih penting untuk umat Islam seluruh dunia patut lakukan hari ini Selain dari berdemo, merosakkan harta benda dan membunuh org yg takde kena mengena. Yg kononnya cintakan nabi dan sibuk2 melalak hari ni -masyaAllah, macam dia islam sgt...sunnah nabi pun ntah ikut ke tidak...tup2 jadi hero dia sgt2 mencintai nabi.

Tegakkan lar syariat dulu. Sediakan alternatif utk umat islam. Perbaiki ekonomi. Dan byk lagi yg nak kena buat umat islam oii. Lepas tu baru lar cerita nak berdemo ka. Nak boikot yahudi ka. Ni tidak, kutuk yahudi tapi belakang comolot baik sembah tapak kaki.

Munafik!



Anonymous said...

Demo UMNO kat kg baru. Demo PAS kat kedutaan Amerika. Ada nampak beza tak antara org yg berani dgn org yg bacul? Antara yg benar dgn munafik?

Anonymous said...

Demo pas lg ramai le

tokgaru said...

Anonymous said...

Demo UMNO kat kg baru. Demo PAS kat kedutaan Amerika. Ada nampak beza tak antara org yg berani dgn org yg bacul? Antara yg benar dgn munafik?

September 22, 2012 2:52 AM

Biar aku jawab tulisan ko yang tidak munafiq.

Ko tak matang - mungkin ko ni sorang remaja yang tengah syok duk merempit lagi.

Ko secara semborono menyokong Pas - ko simply sokong tapi ko langsung tak menjiwai perjuangan Pas. Sokong babi buta kata orang.

Ko tau tak ada sebab kenapa Khairy Jamaludin dan Nasrudin Hasan bersetuju untuk tidak menghimpunkan pengikut2 Pas dan Umno di satu tempat semasa demo itu.

Ko faham tak apa makna perkataan provokasi.

Ko tau tak bila pengikut Umno dan Pas dihimpun bersama maka akan mudah lah pihak ketiga melakukan tindakan provokasi yang mungkin menyebabkan berlaku kekecohan di kalangan pengikut kedua2 belah pihak.

Siapa itu pihak ketiga ? Kalau ko memang sorang yang cerdik dan tajam aqal ko tentu boleh agak dah.

Apa pun aku tetap puji kebijaksanaan Khairy Jamaludin dan Nasrudin Hassan dalam membuat perancangan demo yang sangat bijak sehingga tidak menimbulkan sebarang kekacauan.

Anonymous said...

tok garu

ni lar masalah org islam. perasan bagus. perasan umat pilihan tuhan. suka label org. bila kena panggil munafik terasa plak.

firsly, aku bukan mat rempit. aku jugak bukan remaja. dan aku jugak bukan penyokong PAS. aku dah hidup waktu zaman tun det sibuk2 laungkan bersih, cekap dan amanah lagek brO.

secondly, ko mmg tak paham maksud sebenar aku. ni aku nak tanya ko lar kan, atas dasar apa yg umat UMNO dan PAS (mahupun umat Islam seluruh dunia) rasa yg kita2 ni semua patut berdemo untuk mempertahankan baginda ?

kalau nabi SAW hidup zaman ni, ko rasa apa yg nabi akan buat? dan apa yg org islam buat sekarang ni sama ke dgn apa nabi akan buat/anjurkan ? ko rasa cara ini ke yg nabi nak umat islam buat untuk tunjukkan sayang kepada islam dan baginda?

amek contoh dulu sudah lar. masa sibuk2 suruh boikot barang yahudi, berapa hari yg org islam berjaya boikot ? lepas tu bantai gak makan kfc, bantai gak minum coca cola, gosok gigi pun pakai colgate, minum gak barangan nestle.....ehhh nak senarai tak cukup space lar brO. nak bagi signal kat yahudi lar konon.

so, mmg sah2 lar orang islam ni jadi gelak ketawa musuh islam aje kalau benda sesimple camni pun tak boleh nak hadam.

Anonymous said...

anon 6.22

point kau dah lari...mula2 cakap lain, pastu cakap lain. nampak sgt munafiq

Anonymous said...

umno sudah meracau....