Wednesday, September 19, 2012

Kantoi ! Akhirnya Khalid Ibrahim Sendiri Yang Dedahkan Pembohongan PKR


Orang yang suka berbohong dalam keadaan macam mana sekali pun satu masa dia sendiri akan membongkar pembohongannya....

Bukan musuh yang bongkar, tapi dia sendiri yang bongkar. Apabila terlalu kuat berbohong sampaikan dia sendiri pun dah tak ingat apa yang dibohonginya selama ini.

Selama ini kita dengar macam-macam tuduhan yang PAS, PKR dan DAP bohongi rakyat pasal sistem pilihan raya di Malaysia yang kononnya tidak adil dan tidak bersih.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada SPR oleh pemimpin-pemimpin mereka. Kemudian diikuti dengan cacian, kejian dan hinaan daripada pengikut-pengikut mereka.

Masih segar dalam ingatan kita semua bagaimana Anwar Ibrahim membuat kenyataan minggu lepas yang mengatakan Selangor tidak akan mengadakan p/raya peringkat negeri serentak dengan parlimen.

Alasannya kerana SPR gagal membersihkan daftar pemilih yang diragui. Sekali lagi SPR menjadi mangsa tuduhan jahat PKR.

Berikut adalah apa yang dilaporkan oleh media tajaan George Soros,
Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.
Sumber:malaysiakini

Itu kata-kata Anwar minggu lepas.....

Semalam tanda diduga Khalid Ibrahim sendiri yang mendedahkan apa yang mereka bohongi rakyat selama ini tentang SPR.

Rancangan mereka untuk mengadakan pilihan raya berasingan bukannya kerana SPR, tetapi kerana strategi.

Strategi untuk pertahankan Selangor....

Berikut adalah kenyataan Khalid Ibrahim yang dipetik dari sinar harian online. Kenyataan yang sama juga boleh dibaca di akhbar Sinar Harian hari ini.

MB Selangor: PRU asing atau serentak 'strategi kami'
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perancangan untuk membuat pilihan raya Dun berasingan atau serentak dengan PRU13 merupakan strategi kerajaan negeri namun ini bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU13.

"Kita tak tahu tarikh pilihan raya yang sebenar... ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihan raya berasingan dan ada baiknya pilihan raya di buat secara bersama... perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihan raya) dan strategi bagaimana kita mahu menghadapinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengumumkan pendiriannya bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan negeri-negeri lain pada PRU13.


Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjangkakan PRU13 diadakan November berpandukan isyarat yang semakin jelas ditunjukkan oleh Perdana Menteri.

Abdul Khalid berkata: "Kita tengoklah pada strategi, ada baiknya kita buat pilihan raya berasingan... namun ikutlah pada keperluan...jika pilihan raya di buat pada 8 Mac tahun depan, tidak bolehlah kita nak buat pilihan raya berasingan.

"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita...sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia...jadi dia pun jawablah," katanya.

Dari sini anda semua nilailah bagaimana sifat pembohong puak-puak yang bersekongkol dengan kaum nabi luth. Mereka sanggup jadikan orang lain (SPR) sebagai kambing hitam semata-mata kerana hendak memenuhi nafsu politik mereka.

10 comments:

hanizam said...

Itulah mentaliti MB kesayangan aku...kah..kah..kah...

dia pun tau PAKATAN tak boleh pertahankan selangor, jadi selagi ada masa, selagi boleh melanun, mereka akan bolot sampai kering...

elok jugak keluar dalam paper, kalau keluar dalam UTUSAN, katanya, UTUSAN spin ape yang dikatakan...

Pada aku, PAKATAN memang dah tak boleh pergi maner pun...ikut PRU asing pun akan kalah, ikut PRU serentak pun, mungkin lagi kalah teruk...



hanizam said...

biarkan mereka dengan labu-labunya...

tidur sebantal, mimpi lain-lain...

hanizam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Bacul

Anonymous said...

Sebenarnya bukan mereka tak yakin dengan SPR tetapi mereka tak yakin, mereka boleh raih undi rakyat yang dah'sangat benci kpd mereka'!!!
Mereka dah tak yakin boleh mempertahankan Selangor???!!!
Buatlah macam mana pun, rakyat Selangor dah masak dah gelagat Pakatan Haram ni....
Kalah dalam tangan, menang jauh panggang dari apiiiiiii......kah..kah..kah..

DON MELAYU said...

yang aku paling kesian sekali ialah anjing2 pakatan yang sanngup berdemonstrasi dalam BERSIH hari tu..kesian kat diorng xpasal2 kena masuk lokap,ad yg kna pmedih mata knonya nak mnuntut pilihan raya yang adil..tup,tup hari ni pmimpin diorng sndri lak yg akui SPR itu adil...ahahahahhahaha...padan muka korang wahai anjing2 pakatan yang bodoh,kau telah diperBODOHKAN oleh pmimpin korang sendiri!!

Anonymous said...

"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita...sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia...jadi dia pun jawablah," katanya.

pada saya ayat di atas menunjukkan bahawa kuasa penuh untuk memilih tarikh pilihanraya bagi selangor terletak di tangan khalid bukan di tangan anuar (siapalah nuar kat negeri selangor ... penghancur je)

Anonymous said...

Anwar braheemmm....pilihraya berasingan ada time dia nak adjust isu dan bab cover isu serah aje pada si ketua penipu dan dia reka isu baru utk terus menipu dan meraih undi.Setakat nie,nak raih undi dgn pakai air liur jer dan persalahkan pada pehak lain.Itulah anwar braheemm lulusan sastera.

Anonymous said...

Dah macam2 pembohongan trbongkar tapi penganut TEGAR pakatan trtma yg MELAYU masih xnampak juga....

Dah jelas pon sia2 tol la puak2 yg brjemur brpanas sms BERSHIT, apalagi yg dok makihamun kjaan serta smp trgamak nak mmbunoh anggota keselamatan yg brtugas ms BERSHIT rupe2nyer HANYA STRATEGI PILIHANRAYA...DAN BKN KRN PRAYA YG XADIL.....

ish ish ish ..idop2 korang puak BerSHIT kene TIPU dgn PORK SHeikh ANUwar Al Juburi and the gang.....

Anonymous said...

kalau buat berasingan mampukah pkr menerima serangan jentera BN seluruh negara MENGEMPUR SELANGOR,nik aziz yg berpengalaman luas pun seram sejuk untuk mengadakan pelihanraya berasingan,sebab tu nik aziz nak adakan pilahanraya serantak dengan kerajaan pusat.