Thursday, September 13, 2012

P.Raya Dun Selangor Asing, P.Raya Parlimen Bersama-Apa Punya Lawak ?

Semalam pertubuhan haram yang bernama pak-khatan rakyat membuat kenyataan yang menyatakan mereka tidak akan mengadakan pilihan raya di negeri Selangor serentak dengan pusat. 

Mereka juga merancang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan di Pulau Pinang. Manakala bagi negeri Kelantan pula MBnya bertegas akan menyertai pilihan raya bersama dengan pusat. Bagi negeri Kedah pula tiada keputusan hingga kini dan mengikut kenyataan MBnya hari ini beliau akan membubarkan Dun sekiranya merasakan Pas boleh menang. 

Berikut kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim seperti mana yang dilaporkan oleh malaysiakini
Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.
Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikatakan keputusan itu dibuat oleh majlis presiden pak-khatan rakyat. Maknanya itu keputusan pimpinan tertinggi parti-parti gabungan mereka. 

Kalau nak bodohkan orang ramai dan para wartawan pun agak-agaklah. Keputusan majlis presiden apa ke jadahnya kalau Nik Aziz tak setuju dan Azizan belum buat keputusan lagi ? 

Kalau keputusan majlis presiden, semua negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat capai kata sepakat dan setuju untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Nampak sangat apa yang diumumkan semalam adalah keputusan PKR sahaja. 

Alasan mereka untuk tidak adakan pilihan raya serentak kerana meragui daftar pemilih SPR. Pilihan raya negeri mereka tidak mahu sertai bersama dengan pusat kerana ragu dengan daftar pemilih, tetapi tak pula mereka kata tidak akan menyertai pilihan raya peringkat parlimen kerana ragu dengan daftar pemilih. 

Sedangkan di kedua-dua peringkat pilihan raya sama ada negeri atau parlimen SPR menggunakan daftar pemilih yang sama dan orang yang sama yang akan keluar mengundi. Jangan buat lawak lah oiiiii...... 

Kalau dah ragu sangat janganlah sertai pilihan raya peringkat parlimen di negeri Selangor....ada berani ? 

Apa yang dikatakan Anwar jelas menunjukkan mereka sudah tidak yakin lagi untuk menawan Putrajaya dalam PRU akan datang. Sasaran mereka adalah kekalkan Selangor dan Pulau Pinang sahaja. 

Kalau mereka yakin mereka akan tawan Putrajaya mereka tidak akan pedulikan lagi Selangor dan Pulau Pinang serta dua negeri lagi kerana sasaran utama adalah Putrajaya. 

Sebelum ini bukan main lagi mereka kata Datuk Najib takut untuk bubarkan parlimen dan sebagainya. Tup...tup....mereka yang sebenarnya takut untuk bubar Dun. 

Perkara ini jelas menunjukkan kepada kita sikap gilakan kuasa puak-puak PKR. Kalau boleh mereka nak berkuasa sampai bila-bila dan tak mahu adakan pilihan raya. Jika mereka diberi peluang memerintah negara tidak mustahil mereka akan cari jalan untuk tukar sistem pilihan raya yang ada sekarang daripada 5 tahun sekali kepada 10 tahun sekali. 


Bercakap dan berceramah bukan main lagi berdegar-degar kononnya Umno/BN tak akan mampu tawan Selangor, Umno/BN akan mampus dan sebagainya, tapi mereka sendiri takut untuk adakan pilihan raya . Bak kata peribahasa, cakap berdegar-degar tumit diketik. 

Bagi saya secara peribadi saya amat setuju dan mengalu-alukan keputusan mereka untuk adakan pilihan raya secara berasingan. Ia memudahkan kerja BN untuk menawan Selangor kembali. 

Krisis Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali juga akan membantu BN. 

Sama ada PKR menang atau kalah yang pasti Khalid bukan lagi MB selepas ini. Khalid sendiri pun sudah tahu yang beliau tidak akan menjadi MB lagi selepas ini dan dia tidak rela jawatan itu terlepas ke tangan Azmin atau orang-orangnya. Daripada terlepas adalah lebih baik Selangor jatuh ke tangan BN. Sebab itulah sejak kebelakangan ini kita semua boleh lihat tindakan Khalid Ibrahim seolah-olah sengaja hendak sembelih PKR di Selangor. 

Saya tidak boleh ceritakan lebih di sini.... 

Cuma saya boleh katakan dalam politik apa-apa boleh terjadi dan tiada yang mustahil.... 

Siapa sangka Karpal Singh yang pernah yang menjadi orang pertama mendedahkan kegiatan homoseksual kini bersama-sama dengan Anwar dalam politik. Bukan setakat bersama dalam politik malah sanggup menjadi peguam untuk mempertahankan Anwar dalam kes liwatnya. 

Siapa sangka dulu Mat Sabu menjadi orang pertama yang memberi gelaran al-jub kepada Anwar, kini bersama-sama menjulang Anwar. 

Jadi dengan terkejut sekiranya tindakan Khalid Ibrahim dan orang-orangnya akhir-akhir ini yang banyak membantu Umno dan BN di Selangor. 

Ingat ! Tiada yang mustahil dalam politik.....

24 comments:

Anonymous said...

ya betul tu!daftar pemilih dun mereka tak caya.tapi daftar pemilih parlimen mereka caya.apa punya bangang? kalau betul2 tak caya jgn tanding.boikot praya.

Anonymous said...

diminta kpd semua ahli2 pr,
jgn turun mengundi dlm mana2 pru baik dun mahupun parlimen krn kita tk percaya dgn spr yg kita tahu jd anjing umno

yg mengurut,
pawangpassesatpakaijinafrit

Anonymous said...

Jadi dulu bila pr menang kat Selangor sbb pengundi HANTU lah ye...sbb depa kata 'daftar pemilih SPR masih xbersih smp la neh'....

Awat? Hantu2 yg dulu tolong menangkn pr dah terbang g mana? ooo hantu2 tu dah BERTUKAR jadi DOLL yg brkeliaran mengurut , mncuci keter disamping mnjual AISKRIM di Selangor...

muahahahahah

Anonymous said...

Mari kita doakan agar dia berjaya menjadikan cita2 dia sebagai pendidik termakbul.

universiti mana akan ambik anwar ni ek? Unisex?

http://www.brighton.ac.uk/studentlife/health/unisex.php

tapi dia budah sastera tak lulus...
eemmm..

Anonymous said...

memang style gambar kat atas anuar silat tai-chi,ada gaya..haha

Anonymous said...

Muheedeen tak sabar-sabar nak jadi PM, ke?

Anonymous said...

Mana berani dia nak bubarkan Dun Serentak..sebab masih banyak lagi tanah nak dikorek dan dijual..bila hasil dah dapat disebat baru lah boleh bubarkan Dun takut nanti PR diselangor dilontar dan dihanyutkan melalui sungai Klang dan Gombak..

Anonymous said...

Cara mereka lagi diragui..bila buat asing2 lagi senang pengundi hantu mereka nk guna..hari ni p mngundi kat sini..esok kat sana pulak..bagi banyak masa untuk pengundi hantu ni travel..

Anonymous said...

DULU KEMAIN LAGI KATA BERJIMAT CERMAT LA..DUIT RAKYAT LA..LA NI NAK MEMBAZIR PULAK? BODOH PUNYA PR!

Anonymous said...

maka terserlahlah kemunafikan pihak PR dalam isu ini.

Anonymous said...

XYAH HEBOH2...KUASA BUBAR DUN ATAS SULTAN...RILEK BRO...TGK SAPE YG KENE..

BOB MALAYA said...

bodoh tak habis-habis si khalid gagap..nak buat pilihan raya berasingan..fikiran 2 biarlah matang nama je pemimpin tp pemikiran mcm orang sakit mental..nak memerintah negara macam mana bendam mcm nie pun dah tak boleh nak selesai

Anonymous said...

malaysia akan jatuh pada tangan budak sastera tak lulus,imf dan bank dunia mengambil budak sastera tak lulus sebagai pembaca sajak ekonomi,puisi dalam mengurus ekonomi,penceramah nyanyian lagu madu dan racun,sedikit takzkirah bertajuk apa macam mau tipu,lakonan sakit dll

Anonymous said...

memang pkr takut dgn bayang2 kekalahan yg bakal menjelma. kalau sekiranya kerusi parlimen banyak dikuasai oleh bn, dia tak akan bubarkan dun. harapan utk kuasai putrajaya tinggal harapan, lebih baik memerintah selangor. agaknya sampai bilapun dun selangor tak akan dibubarkan.

Jokiden said...

Tak bubar DUN serentak dengan Parlimen bukan sebab daftar pemilih tak bersih dan meragukan tetapi SOBAB BANYAK JANJI yang bolun ditunaikan..

Anonymous said...

Depa seriau lah tu.. Banyak isu pentadbiran PR timbul dah... Bila misi menawan putrajaya gagal depa guna sentimen utk cuba kekal kat penang n s'gor. Merayu kat rakyat..especially kaum cina utk panjangkan talian hayat PR.
Konon for check n balance...
Bukan isu Spr , bukan utk rakyat...utk political survival depa jer.

Anonymous said...

Apahal Anwar ni asyik menyibuk je di Selangor,hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Anonymous said...

pr tau sgt depa menang 5 negeri dulu sbb undi protest puak bn. sbb tu takuttt sgt nak bubar serentak..

memula tuduh najib takut tetap tarikh pru. lps tu tuduh najib nak buat pru musim haji. lps tu depa pulak tak mau bubar serentak. gila meroyan apa mangkuk hayun sekoq ni?

Anonymous said...

khalid nak pi debat pun takut. lagikan nak hadapi pilihanraya. hahahaha

Anonymous said...

Insya-Allah dua individu ini akan kalah kerusi DUN dan Parlimen jika mereka bertanding dalam PRU13 kelak. Mereka ialah Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Kedua2 mereka mempunyai rekod paling buruk dan majoriti ralyat Selangor menolak mereka. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

anuwar ni memang pandai... dia tahu dengan kemampuan tenaga yang ada, memang dia tak leh menang diSelangor sama jugak DAP di Penang... harap tenaga PAS ajer... sekarang bila dah abis PRU, PAS leh support negeri2 selangor dan penang lak... tapi BN boleh main taktik yang sama, tenaga sepadu BN boleh melingkupkan pakatan... bye bye Anuwar, nanti jadi lecturer juboq...

Anonymous said...

satu telahan yg matang

Anonymous said...

dia akan anjurkan huru hara dan pemberontakan dulu bila parlimen kalah... alasannya spr tak telus... Selangor dapatlah dipertahankan bila darurat... KDN buatla risikan... bahaya ni...

Anonymous said...

Kat Shah Alam sendiri dah jarang sangat ada ceramah pembangkang berbeza seperti tahun 2008 begitu hebat dan sambutan hangat. Tetapi selepas PR berkuasa banyak kepincangan yang berlaku. Semasa bulan Ramadhan dan Raya Puasa Ogos dan September 2012 sampah sampai berulat baru di angkat itu pun selepas banyak aduan. Peliknya ada yang beritau mereka yang tinggal di kawasan majoriti bangsa lain pengurusan sampah dijaga dengan baik. Kenapa ada pilih kasih? PR lebih menjaga kepentingan bangsa lain.