Wednesday, September 26, 2012

Segalanya Terbentang Depan Mata - Adakah SPRM Akan Siasat Atau Hanya Lihat dan Telan Air Liur ?

Minggu lepas dua kali Khalid Ibrahim mengantoikan dirinya sendiri dengan pembohongan. Kedua-dua itu saya telah tulis di sini dan di sini.

Sebelum ini entah telah berapa puluh kali dia kantoi dalam berbohong termasuklah dengan menjual nama Sultan Selangor semasa krisis perlantikan Datuk Khusrin awal 2011.

Semalam sekali lagi Khalid Ibrahim kantoi berbohong....

Pada 30 Ogos 2011, Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan akhbar 5 perenggan memaklumkan tentang bas mewah yang digunakan PKR. 

Saya ulang sekali lagi, kenyataan akhbar..... Bukannya sidang akhbar...... 

Kenyataan akhbar adalah kenyataan rasmi yang dibuat secara bertulis. Kalau dibawa ke mahkamah senang-senang sahaja diterima. Tapi kalau ikut hukum Pas mungkin mereka akan kata kenyataan akhbar hanya kertas dan tak boleh jadi bukti.

Dalam perenggan kedua kenyataan Khalid itu secara jelas dinyatakan bahawa bas tersebut disewa selama enam bulan dengan segala kos ditanggung sepenuhnya oleh beliau.


Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. 

Dipetik dari laman rasmi MB Selangor
Semalam segalanya telah terdedah......mengikut maklumat daripada sebuah laman yang sering menggegarkan pemimpin PKR Selangor, sel13.com , bas berkenaan bukannya disewa oleh Khalid Ibrahim. Sebaliknya ia sebuah bas baru yang didaftarkan di  JPJ pada 03.09.2012 diatas nama Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim nampaknya langsung tidak ada perasaan takut atau malu untuk melakukan pembohongan. Mungkin kerana dia sudah biasa hidup dengan pembohongan. Itulah yang membuatkan dia tidak merasa bersalah atau malu untuk berbohong. 

Itu satu bab....

Bab yang kedua pula berhubung bagaimana bas tersebut diperolehi.....

Mengikut sel13.com dipercayai bas tersebut dikeluarkan dari kilang yang sama dengan lori sampah yang dibeli Kerajaan  Selangor sebanyak 50 biji.

Juga dipasang di kilang yang sama dengan lori sampah itu dipasang. 

Persoalannya kini, 

Mungkinkah bas tersebut dibeli dan kosnya diserapkan ke dalam harga lori sampah yang dibeli Kerajaan Selangor ?

Mungkinkah bas tersebut dibeli dengan harga yang murah kerana Kerajaan Selangor telah membeli 50 lori sampah dari pengeluar yang sama ? 

Mungkinkah bas itu didapati secara percuma kerana Kerajaan Selangor sedia membeli lori sampah yang ketinggalan zaman kerana penjual ingin menghabiskan stok ? Lihat di sini

Atau mungkin ada perjanjian-perjanjian hantu yang lain antara Khalid Ibrahim atau wakil-wakilnya dengan penjual ?

Jika Khalid Ibrahim benar-benar telus kita cabar dia dedahkan perjanjian sewa bas antara dia dengan pemilik. Itu pun sekiranya benar bas itu disewa.....tapi yang pasti itu tak benar.

Khalid Ibrahim perlu tunjukkan perjanjian jual beli antara beliau dengan penjual bas itu jika bas itu beliau yang beli. Sudah pastilah dia yang beli kerana bas didaftarkan atas namanya.

Kini segalanya telah terbentang di depan mata.....tinggal lagi adakah SPRM akan menyiasat perkara ini atau mereka hanya sekadar melihat dan telan air liur ?

28 comments:

Anonymous said...

Sokong sprm atau audit siasat secara telus Isu bas PKR ini!

Bagaimana dengan scandal bekalan minyak oleh PETRON milik keluarga madey tu kpd MAS tuu.... dah siasat ke?

Skandal pembelian senjata yg tak berkualiti dengan harga mahal utk Pasukan Gerakhas ATM yg ditegur oleh sultan Johor haritu?

Jangan bermuka2, jangan mengada2, jangan berat sebelah, jangan pilih kasih, jangan hipokrit..... Rakyat tuntut keadilan.....Dan amanah....

Anonymous said...

Repot la pada SPRM?
Di Msia nak kena repot baru bergerak.

RBF Online said...

Pencacai dah kepanasan dan dah tak blh nak pusing kerana bukti dah terbentang.

Lalu dijawab sebagaimana diatas.

Siang malam menuduh Umno melakukan rasuah dan minta rakyat tolak Umno dan pilih mereka untuk dapatkan kerajaan yang bersih dan bebas rasuah.

Jika itu jawapan yang kau orang berikan, jadi apa bezanya kau orang dengan Umno ?

Anonymous said...

Skandal pembelian senjata yg tak berkualiti dengan harga mahal utk Pasukan Gerakhas ATM yg ditegur oleh sultan Johor haritu
____________________________________
ape ko ingat yg bli senjata nie pemimpin umno ke??? ko tnye la pegawai mne yg kuar kn pembelian ini...sume nye beraudit...sume nye ber sign la...pegawai kerajaan bkn sume nye sokong umno pn...kdg2 pegawai yg salah gune kuasa tp yg kene tuduh nye umno...ape la korg nie....ciopag 7

Anonymous said...

Memandangkan nuar dah pinjam sebijik jet dari kawan dia. Apa kata kalau nuar gunakan jet tu utk menunaikan umrah / haji ke mekah. Bukankah itu yang lebih afdal.

Anonymous said...

bila org umno menghentam...pastinya ada bukti. tapi berbeza dgn pembangkang, hanya mampu tulis skandal itu, skandal ini, figure pun main petik je, asalkan rakyat percaya. dan produk daripada fitnah2 ini, tarhasillah pencacai seperti anon 12.20

BOB MALAYA said...

panas-panas!!!!!itulah terjadi pada khalid dan balaci pakatan mcm cacing kepanasan selepas satu persatu bukti pembohongan kerajaan pakatan selangor terbongkar..khalid-khalid kenapa bodoh sangat? ingat rakyat mudah tertipu rakyat lebih bijak dari kamu yang pemikiran sempit..persoalan sekarang siapa yang kuat rasuah???itu belum memerintah negara baru je negeri kalau negara alamak bankrap la kerana pemimpin bdoh dan sial..merana la rakyat dibumi sendiri..

Aliffnajmi said...

Setuju dgn anon 12:37 & 2:25. Hrp lepas ni anon 12:20 tak lagi bermuka2, double standard dan hipokrit dlm menyuarakan pendapat.

Sgt memalukan seorang MENTERI BESAR didapati BEBERAPA KALI menipu.

Anonymous said...

SEJAK DARI DULU PENCACAI PAKATAN HANYA MAMPU BUAT FITNAH,BILA DISURUH BUKTIKAN SEMUA DIAM...ANON 12.20 TU MACAM DUDUK DALAM KABINET PULAK,BOLEH TAHU PASAL MINYAK PETRON DAN SEBAGAINYA..KALAU BETUL TUN BUAT HAL DAH LAMA ANWAR DEDAHKAN.

Anak Lenggong said...

macai 12:20 persaolan minyak tu, kalau ko dah tau detail ngape ko tak buat repot ke SPRM..

Biasa la penyokong macam macai bangang 12:20 ni cuma tau menyalakje..tu duit derma mamali dan koperasi kholilal dan duit dalam uncang karung yang ko kutip di dalam ceramah PAS ngape ko tak persaolkan..

Kuli2 batak dan upahan PAS cuma jadi pak angguk je saperti macai 12:20 mana nak persoalkan penyelewengan puak dia..semua disimpan bawah karpet sedangkan kita bagi dengan bukti..kesian sungguh mereka2 ni sebab sering makan hati disebabkan perlakuan pemimpin mereka..apa boleh buat pemimpin yang dipilih pun mat sabu timbalan presiden kaki sapu bini kawan, naib presiden lak saorang lulusan srp je..mantan penjaga setor.so tak hairan lah pemikiran pun setakat tu je cuma pandai menyalak dalam ceramah PAS..macai2 kat bawah pun gelak sakan sebab mereka suka dengan ucapan yang boleh menggelikan hati..

Anonymous said...

Sprm akan wt keje mane yg kes org2 biasa je kot.. Mane org yg pangkat besar2 ni diorg goyang,nnti byk kronologi nk kene wt.. Msuk mahkamah la ape la,kn leceh tu..hahaha

Anonymous said...

WOI PENCACAI PR SEPTEMBER 26 12:20PM

MANA BUKTI? MANA SURAT ARAHAN? MANA KENYATAAN?

KO SENDIRI TULIS 'SKANDAL'..KALAU DAH SKANDAL, SUDAH TENTU BANYAK YANG DITOKOK TAMBAH SUPAYA LEBIH UMPHHH..

BODOH PUNYA PENCACAI PR!!!

Faith Ajar said...

Kadang2 sprm dan jugak pihak2 berkuasa di malaysia ni sggh diragui tatacara kerja depa...benda2 camnie klu tak dibongkar dek blogger2 depa akan buat bodo aje..tak ada kerja atau siasatan dalaman ke atau depa takut k3jur pada pemimpin pakatan??kerja goyang telur aje dan hasil siasatan selalunya tak dpt dibawa ke pendakwaan atas alasan kesilapan teknikal..
Macam ada.gunting dalam lipatan dalam badan2 penguasa nih...

Anonymous said...

sekarang zaman ITla. kalau ada bukti pi report kat SPRM. kalau SPRM taklayan, buat macam RBF, bagi detail kat blog...biar rakyat tentukan. bukan sembang kosong. besok2 bukan pegawai SPRM jer yang mengundi.......

Gewe Comey said...

Khalid tak pernah malu sebab bohong dan diriya agak sinonim

Anonymous said...

suaram terima dana penderma asing... salah.

bloggers upahan terima dana dari towkey sponsor camna? ... betoi ke?

Gewe Comey said...

Khalid mungkin lupa dia sdg mengantoikan dirinya yang menunjukkan kobodohan nya sendiri

Gewe Comey said...

HAHAHAHAHAHA...BODOH!!!

Anonymous said...

beli 50 lori sampah nak kena lupus dpt free gift bas double decker sebijik. hmmm logik logik

banyak main sungguh la khalid ni.

Anonymous said...

sprm dah kecut telur. tak berani ambil tindakan ke atas pembangkang. telan air liur je lah. kalu pihak kerajaan yg buat, cepat2 sprm buka file, nak siasat!

Anonymous said...

Pasal anak menantu nik aziz,ape cite pun xtau..syp cmtu je..ni kn plak mb slgor,lg la..klu kacau kang takut kene saman balik..mmg teror la pakatan ni,ape tangkal la diorg guna...sume goyang!

Anonymous said...

anon 10:57

Suaram terima dana - salah
bloggers terima dana dari tokey camna?

Jawapannya - anda memang bebal ..
sebab - benda macam tu pun hang tak mampu nak fikir..

Faith Ajar said...

Setuju...badan2 pencegah ni dah jadi macam pecacai pembangkang. Telur simpan dalam peti besi.harap menteri dia muhasabah atau klu tak mampu silakan berhenti.kerajaan tak perlu menteri gay cukupla penganut lgbt mcm ketua khalid gagap...

Anonymous said...

Like

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Anonymous said...

SPRM akan siasat orang2 UMNO dulu, dari yang besar sehinggalah yang sekecil2 kes, selepas semuanya selesai sehingga tak ada kerja langsung barulah buka fail untuk orang2 PKR pula, itu pun setakat buat ada2 je, sebab mereka ni satu parti kan, mana boleh kenakan kawan baik sendiri. Rakyat biasa pembayar cukai tegar dah faham sangat dah mereka ni, makan gaji duit kerajaan ambik tiap bulan, tapi buat kerja ikut idea sendiri yang memihak terang2 ke sebelah sana.

konan said...

SPRM kan di bawah PM.mana boleh lawan tokey.takkan berani nak siasat kroni2 tampa izin.kan kerajaan tu umno..tanpa umno,melayu hapus...konon.Tanah KTM pun bagi kat Singapura..mana pencacai Umno yang berani bangkang..

HBK said...

Hoi RBF.kalau keja gomen,tak boleh sokong pembangkang, Ko suruh ahli umno jelah yang keja gomen.boleh rembat lagi duit rakyat.