Thursday, September 20, 2012

Sekali Lagi.....Sekali Lagi Khalid Ibrahim Dedah Pembohongan Sendiri


Sejak bulan pertama menjadi MB sehinggalah ke hari ini sudah tidak terbilang banyaknya pembohongan-pembohongan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim. Daripada isu kutipan hasil pasir hinggalah ke peringkat menipu dengan menjual nama Sultan.

Insyaallah dalam masa 2-3 minggu ini saya akan perincikan satu persatu senarai pembohongan Khalid Ibrahim sepanjang dia menjadi MB Selangor. Bahan-bahannya semua telah ada. Cuma perlu disusun elok-elok sebelum dipersembahkan kepada rakyat Selangor. 

Semalam saya telah menulis bagaimana Khalid Ibrahim sendiri yang membongkarkan pembohongannya berhubung tuduhan-tuduhan jahat dia dan sekutu-sekutunya terhadap SPR selama ini.

Hari ini sekali lagi saya nak berbicara pasal tuduhan jahat mereka terhadap SPR dan Khalid sendiri tanpa disedari sekali lagi membuktikan dia dan PKR pembohong.

Selasa 18 September, blog selangordaily.com menulis mengenai peruntukkan RM 5 juta yang disediakan oleh Khalid Ibrahim untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang meragukan di Selangor. Lihat di sini....

Saya sendiri pun masih ingat bagaimana Khalid Ibrahim mengumumkan Kerajaan Selangor akan menggunakan khidmat ketua-ketua kampung dan JKKK serta ahli-ahli PKR untuk melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah di seluruh Selangor untuk mengesan 500,000 pengundi baru yang diragui.

Mereka cuba menuduh SPR bersekongkol dengan BN memindahkan pengundi-pengundi luar untuk mengundi di Selangor dalam usaha untuk BN menawan kembali Selangor.

Isu 500,000 pengundi yang diragui di Selangor mereka canang ke seluruh negara dalam usaha untuk memburukkan SPR.

RM 5 juta telah diperuntukkan oleh Khalid kepada kroni-kroni mereka untuk mengesan pengundi-pengundi yang kononnya di ragui itu.

Kini tahukah anda apa yang dah jadi ?

Kalau tak tahu mari sini saya nak beritahu.....

Ketika ditanya wartawan pada petang Selasa , Khalid Ibrahim telah menyatakan daripada semakan yang mereka buat dengan menggunakan dana RM 5 juta mendapati 80 peratus pengundi yang mereka tuduh SPR menipu selama ini, adalah betul, atau pun pengundi tulen. 
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengesahkan hanya tinggal 50,000 nama daftar pemilih baru yang masih belum dikenal pasti di Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, penyelidikan yang dibuat pihaknya mendapati 80 peratus daripada 392,000 nama-nama pengundi baru di Selangor adalah sah berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Justeru katanya, kerajaan negeri akan menghebahkan mengenai penemuan itu dalam masa terdekat.

“Kita sudah membuat kajian..tapi untuk mendaftar pemilih, sekarang kerajaan negeri sudah membuat beberapa penyelidikan tentang perkara ini dan saya akan hebahkan penemuan-penemuan tidak lama lagi.

“Sebab kita telah beritahu, kita telah membuat penyelidikan samada kita dapat mengenalpasti 390,000 pengundi baru di negeri Selangor. Dan buat masa ini kita telah pergi dan mencari dan kita telah berjumpa hampir 80 peratus daripada mereka. Tapi 20 peratus itu kali dengan hampir 500,000 ialah, 50,000 orang lagi kita belum kenal pasti,” katanya.

Sumber: Antara Pos


Sekarang mereka sendiri yang menjawab pembohongan mereka selama ini. RM 5 juta melayang begitu sahaja. Dan dalam masa yang sama mereka telah mengesahkan sistem yang diguna oleh SPR selama ini adalah betul. Maka tanggunglah dosa atas tuduhan-tuduhan jahat kamu semua terhadap SPR selama ini. 

Kalau SPR nak menipu apa kejadahnya setiap 3 bulan mereka pamer daftar pemilih untuk semakan dan bantahan ?

Kalau SPR menipu , tak jadi MB lah kamu hari ini....

Kalau SPR menipu, Pas tak perintah Kelantan 22 tahun....

13 comments:

Anonymous said...

20% dari hampir 500,000 adalah hampir 100,000 bukan 50,000. Macam mana kiralah, atau memang tidak tahu mengira atau auta.

Unknown said...

asik nak membelit sudahnya belit tengkok sendiri.. itu lah pkr...Penipu Kelentong Rakyat... bole jalan daa...

hanizam said...

BIARKAN MEREKA DENGAN KEBODOHAN MEREKA SENDIRI...

SEMAKIN BANYAK MEREKA MANIPU, SEMAKIN BANYAK AIB YANG AKAN MEREKA TERIMA KELAK...

Anonymous said...

6 thn dulu aku duduk menyewa kat Kampung Jawa. Skrg dah duk rumah sndri dan dah tukar alamat IC kt Meru.Tapi aku masih nak mengundi kt Kg Jawa. Jadi Khalid jgn nak pandai2 buang nama aku kt Kg Jawa tuh.

Anonymous said...

khalid ni bengong, lagi membengongkan! dah terlalu banyak auta si khalid ni. apa kata, pru13 ni kita buang khalid jauh-jauh, ke selat melaka ke, lautan hindi ke? mana2 je lah. asal jangan selangor, malaysia.

Anonymous said...

membazir duit betul. bukan keje kau pandai2 pulak nak buat keje orang. pi guna 5 juta tu betulkan jalan yg byk lompong2 la ni. aku py spring keta br tukar da rosak balik. x penah jd zaman BN perintah dulu.

Anonymous said...

haaahh 5 juta dah kenyang... tu baru satu... yg lain2 peruntukan... jalan kat kg aku dah 4 tahun tak berturap baru.. berlobang sana sini mcm lobang hidung dia jek...

Anonymous said...

kt kg. aku ade yg gune 1 alamat tp umah nye byk...biase la umah pak long, umah pak ngan n umah sedara2 len dekat2 je...so kalo disemak kt spr mang nmpk meragukan sbb 1 alamat ade byk pengundi tp kalo check btl2 xde ape yg pelik pun...kt kg n area tanh lot mang 1 alamat tp byk umah...so xyah la bazir kn duit semate2 nk puas kn ati sdri...

Anonymous said...

umah aku pn kongsi alamat ngan 2 umah lg....kalo dikire kn yg dh daftar spr lbh 10 org...xde pn yg pelik...cume org kt bandar je yg bodo dgr cite pembangkang yg ckp 1 alamat ade ramai pengundi...

Anonymous said...

TU LAA BUKTI PENCACAI2 PR TU BODO NAK MAMPOS!

anti bohmau said...

kalu satu alamat ramai pengundi, apa yg peliknya? kalu dah dlm umah tu ada tok, ada nenek, ada ayah, ada mak, ada along, angah, acik ngn usu, ada paklang, pakngah, anak menakan, cucu menakan & KESEMUAnya LAYAK MENGUNDI, apa yg ko orang peliknya?????

memang orang2 pr ni 'cerdik' sampai tak boleh nak ikut ka apa?

Anonymous said...

BODOH BAGAI NAK MAMPUS!!!!!

Anonymous said...

Samer la kite...umah sewa mak aku sumer satu alamat ngn umah aku...abih xkan mereka dikira menipu...kesian la penyewa2 ini..huhu...walau bkn anak selangor...tapi aku sentiasa doakan rakyat selangor kmbali senang n tenang cam kami di negeri pimpinn dato najib...