Thursday, September 27, 2012

Tiga Hari Telah Berlalu-Mana Suara Pemimpin Umno ?

Hari ini telah masuk hari ketiga isu keraguan pembelian bas mewah milik PKR ditimbulkan. Lihat di sini

Namun begitu sehingga ke saat ini belum ada sebarang komen, cabaran atau pertanyaan daripada pemimpin-pemimpin Umno kepada Khalid Ibrahim.

Setakat sekarang ini hanya komen daripada Hassan Ali dan GAPS yang ada. 

Teringat pula kisah bagaimana semasa kes NFC timbul pada tahun lepas....

Kak Ijat diserang kiri, kanan, depan, belakang dari seluruh jentera pembangkang dan dari segenap sudut seolah-olah Kak Ijat yang luluskan pinjaman kepada syarikat suaminya. Seolah-olah Kak Ijat yang keluarkan duit kepada suaminya. Hingga orang Umno sendiri terasa Kak Ijat sebagai beban kepada Umno dan akhirnya Kak Ijat mengundurkan diri dari kabinet walaupun beliau tidak bersalah. 

Begitu juga dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada isteri PM termasuklah tuduhan pembelian cincin RM 24 juta. Walaupun perkara tersebut tidak benar , tetapi mereka boleh pusing cerita seolah-olah perkara itu benar hinggakan ada orang Umno sendiri yang percaya. Itulah kelebihan perang saraf yang dimainkan pembangkang.

Kini bila timbul keraguan tentang pembelian bas oleh Khalid Ibrahim yang dikaitkan dengan pembelian 50 biji lori sampah oleh Kerajaan Selangor, sehingga ke saat ini tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang membuka mulut tentang isu tersebut. 

Tak perlu bohong dan tak perlu fitnah......segala bukti dah cukup depan mata.....

Cuba anda semua bayangkan jika isu bas ini terkena kepada Umno, fuhhhhhhhhhhh......tak cukup tanah mereka kerjakan. 

Dah terang-terangan Khalid Ibrahim berbohong, tapi seorang pun tak berani buka mulut untuk tembak Khalid Ibrahim.

Di mana silapnya ?

48 comments:

Anonymous said...

Ni masalah serius UMNO....pemimpin hanya berani bersuara selepas presiden berdehem....

TOKGURU86 said...

Segelintir pemimpin UMNO berkata... Rileks.. Biar kita nmpak cool.. Kita buat jer kejer.. Soal isu ni biar blogger jer jawab... Taik kucing jer.. Tapi bila nak pemilihan parti, mula la nak create isu hentam sama sendiri.. Apapun masih ramai warrior sejati dlm UMNO.

Anonymous said...

pemimpin2 umno takut nak komen, nanti hilang undi pembangkang. walaupun ditembak bertalu2 oleh pembangkang, tapi pemimpin umno diam jer. entahlah apa nak jadi ngan umno ni!

Anonymous said...

Takut ada pula pemimpin UMNO Selangor yg dah beli Private Jet nak tengok ladang sawit kat Indon kot? Tu yg takut nak komen lebih! Takut terpalit kat muka sendiri...

Faith Ajar said...

Pemimpin umno terutama selangor masih lagi dgn sindrom syok sendiri menyangkakan dengan sokongan terhadap najib meningkat depa boleh tompang sekaki..tgk aje isu talam sapa yg beria2 bongkarkan selain dri blogger bn?anak chua soi lek gak yg berani buat sidang akhbar mencabar khalid jawap sampai lari sigagap tu ke siam.
Pemimpin umno??besarkan telor mengelebet lubang aje kerja depa...puiii

Akupuntakfaham said...

Takut kot. Bila bersuara nanti habis kena korek segala rahsia peribadi peluang jadi calon hancur berkecai hahaha (kes memang ada buat salah le tuuuu)

Anonymous said...

Kalau kerana pemimpin Umno aku tak akan sokong Umno.Di kalangan mereka ramai yg kaki busuk,hanya mahu keuntungan diri bukan sangat utk membela Umno dn orang Melayu.Bila Umno bermasalah mereka membisu,bila ada peluang yg boleh mereka raih dari Umno barulah mereka terhegeh-hegeh menonjolkan diri.Walaubagaimana pun kita tidak boleh membiarkan Umno terkapai-kapai,Umno perlu di perkukuhkan utk memenangai pilihanraya demi kepentingan Melayu,gulungan opportunist dalm Umno akan kita uruuskan kemudian nanti.

Celah Gelegar said...

pemimpin UMNO kini bukan macam dulu faham tentang perjuangan


pemimpin UMNO sekarang hanya mahir business (senang dapat kontarak)

Kalau tak percaya cuba check ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua pemuda bahagian, ketua puteri, dan wanita bahagian, berapa ramai yang tak ada lesen kontraktor kelas A

kita blogger2 ni la pejuang sejati tanpa pulangan kewangan satu sen pon

Faith Ajar said...

Saya percaya ramai pemimpin2 umno yg percaya depa boleh berpaut pada anwar dek krn angan2 ke putrajaya peliwat tu..so ramai opportunis ni play safe krn dok pikir either najib ka anwart ka yg dapat kuasa depa boleh sambung cari makan.
Manusia camni la yg paling bahaya..was2,makan keliling dan penting kan perut sendiri..

Anonymous said...

ketua2 lanun umno tuuu .. bukan apa... mreka tau sebijik bas tuu apa la nk bising2 seperti blogger longkang ni...


mereka semua kontraktor2 kroni umno jugak.... bila buka mulut tunjuk hebatkan... nanti ada yg selak kain mereka lg besar "korup"nya.... jd macam kak ijat yg mulut becuk tuuu... akhir terkangkang dgn skandal suami NFC...

tengokla skandal pkfz lim liong sik dah mula terlondeh...madey dah mula kecut bila diarah mahkamah...

DON MELAYU said...

pada pandangan aku la bro,mungkin gak ada sesetengah pemimpin UMNO ni yang pentingkan diri sendiri or 'play safe' sebab ada antara mereka yang takut BN kalah,ataupun mungkin ada sesetenga mereka isu ni xde apa2 sebab yang penting mereka kena terus berkhidmat dan memeberi perhatian pada masalah rakyat,soal mcm ni diorng ketepikan sebab pada mereka isu ni xpenting kerana mereka lebih professional bebanding pemimpin pakatan pembangkang yang hanya tahu buat tindakan dan serangan yang melulu..ini pendapat aku la..tp walau apa pun pemimpin UMNO harus ingat yang UMNO berjuang untuk agama,untuk bngsa dan untuk rakyat!!bkn utk diri sendiri,kalau dh ad bukti dpan mata,apa tnggu lagi???
bknnya kita nak kutuk BN tapi sesetngah pemimpin BN masih lagi byk berangan,kita harus sedarkan mereka dari angan2 tesebut!HIDUO UMNO!!

Gewe Kelate said...

Isu seperti ini harus dibawa ketengah untuk masyarakat mengetahuinya terutama tentang penyelewangan wang yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Umno dh xnk layan benda2 cmtu,sbb biler umno cite buruk2 psl diorg pun,ade gak rakyat xpercaya... Dri diorg cite psl ni,baik wt kerja lain...klu report kt sprm ke ape ke, plg kuat pun amik statement pastu syp... Kan byk dh kes cmni,sama jer sudah nye...nk wt cmne,kite org biasa ni nganga jela...haha

Anonymous said...

Entahlah RBF...

Kalau betul bas tu dari sumber yang haram dan penipuan wang rakyat, doa ajelah balasan dari Allah....bas tu masuk gaung atau terbalik eksiden....habis cerita.

Anonymous said...

Secara peribadi saya berpendapat bukan siapa yang mendedahkan isu ini. Yang penting ianya telah terdedah dan membuka mata rakyat Selangor khasnya. Akibat dari pendedahan isu ini ialah kepada Khalid Ibrahim dan PKR Selangor. Hari ini Khalid Ibrahim sedang besrabut mencari helah. Tetapi silat dan kuntau Khalid Ibrahim ternyata terlalu sumbang sehingga dia kelihatan lebih bodoh dari apa yang kita sangkakan sebelum ini.

Pemimpin2 UMNO khasnya di Selangor tidak perlu bersusah payah mencabar Khalid Ibrahim dalam isu ini. Ianya hanya membuang masa dan tenaga. Lebih baik masa yang ada digunakan sepenuhnya secara 'senyap2' untuk melakukan kerja2 yang lebih berfaedah.

Rakyat Selangor khasnya patut berterima kasih dengan bloggers yang telah membuat pendedahan demi pendedahan yang menyebabkan Pakatan Rakyat dan PKR Selangor menjadi cacing kepanasan. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

tak guna..
bising2 pun..agensi2 kerajaan yg cukup ramai pengkhianat PR kat dalam tu takkan peduli punyer. paling cikai pun ambik statement je..

Aziz A.Rahman said...

Heran mereka ada banyak peluru tapi mereka tidak menembak musuh. Mungkin mereka kurang latihan menembak kut. Itulah UMNO. Target didepan mata dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Anonymous said...

ENTAH LA...MUNGKIN GAG ORDER JUGAK KOT?

YE LA..SIMPAN UNTUK KEMPEN PILIHANRAYA NANTI. KALAU BISING SKRG, NANTI TAKDE MODAL PULAK..HIHIHI

Aliffnajmi said...

Setuju dgn mtk (10:01).
Klu dilihat di sudut kelemahan, mmg inilah kelemahan pemimpin2 UMNO. Gagal ambik peluang dari bola2 tanggung yg PR bagi.

Dari seawal Khalid guna duit rakyat utk selenggara kereta peribadi sehinggalah kpd isu terbaru ni, sepatutnya dh lama PR tersungkur kt Selangor. Alhamdulillah, nasib baik ada blogger2 yg sudi ambik alih peranan ni.

Sbnrnya kelemahan yg dpt kita lihat adalah betapa lemahnya pemikiran pengikut2 PR yg masih memberikan sokongan pd pemimpin2 korup ni.
Semoga Allah berikan mereka kesedaran, Ameen.

Anonymous said...

RBF.., perlu komen ke dari UMNO?. Aku nak petik kata-kata Hanifah Aman. Maybe you perasan you ni clever sangat but sorry you are not wise. Jadi nasihat aku kat mereka yang marah kat pemimpin UMNO yang tak berani komen, beri jerlah undi kalian semua kat PKR atau DAP atau PAS dalam PRU13 nanti. Allah swt mengurniakan kita akal dan otak. Gunakan akal jangan gunakan otak.

Anonymous said...

umno perlu lakukan transformasi...bg muka2 baru mengemudi bahagian...jgn berkuasa lama tp xde buat perubahan...cuma nk penuhkan poket sendiri saje

Anonymous said...

Kalau pemimpin umno bising bising macam pemimpin PR aka sama taraflah pemimpin BN dengan pemimpin PR cakap aja lebih ,tapi kerja tak buat .Tapi kalau cakap pun tidak dan kerja pun tidak lagi haru dibuatnya .
Pada pendangan saya sekarang ini dah tiadalagi pemimpin yang berjuang untuk kepentingan rayaat mendahuluai kepentingan pribadi .Sebab sekarang ini zaman duit semua benda nak duit ...Tak ada duit kita boleh mati .Terutama orang politik kalau harap bercakap aja pandai tak kemana .......mati terkangkang juga .
Kita boleh lihat zaman dato on jaffar .......pejuang umno jenerasi pertama tiada mempunyai wang yang cukup hanya berbekalkan semangat...dan akhirnya beliau meningalkan UMNO.Naiklah pula TUNKU Abdul Rahman ...beliau dari golongan bangsawan wang mempunyai harta dan wang ringgit .......Dan akhirnya menjadi bapa kemerdekaan dan menjadi perdana mentri Malaysia yang pertama.Dari sini kita boleh lihat betapa pentingnya wang pada diri kita .Dulu dan sekarang jauh berbeza .......
kepada pemimpin tu agak agaklah sikit jangan makan berlebihan .......Kami sebagai rayaat tau apa yang anda buat dan anda miliki ......

Anonymous said...

mcm biasa laa umno leaders semua tahap spm srp aje

Anonymous said...

mcm biasa laa umno leaders semua tahap spm srp aje
_________________________________
bkn ke mahfuz omar tu takat srp je...yg sekolah pondok pn ramai kt dlm pas...

Durio Ziberthinus said...

Semakin dekat pilihanraya..semakin banyak kerja tak senonoh puak PR yang terlondeh sampai nampak kotei. Biarkanlah dulu. Jangan komen lebih-lebih. Selalunya jeneral-jeneral UMNO biarkan soldadu-soldadu atau askar upahan lanyak musuh dulu.Diaorang akan attack kemudian atau dlm debat sebagai pengulung. Takut lepas nih Najib gulungkan sekali jeneral-jeneral unreliable candidates nih.Baru padan muka. Walaubagai manapun....saya pilih mengundi! saya pilih Malaysia...

Anonymous said...

play safe ... mana tau si nuar betul2 jadi pm bolehlah minta ehsan jadi senator ke ... pengerusi apa2 ke ... asalkan masyuk!!

Gewe Kelate said...

Khalid dh terikut2 perangai Anuar16

Anonymous said...

entah ler...tu pasai aku penah tulih dulu,kita punya la lawan bagai nak rak..diorang kat atas buat bodo jer

agaknya seronok sangat dok dalam jawatan kot..

Gewe Kelate said...

Pakatan haram sejak awal tahun lagi berkempen meniru bulat-bulat dari pendekatan sama yang digunakan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan dalam kempen pilihanraya Turki tahun lepas yang menyaksikannya menang besar.

Anonymous said...

Inilah perangai jahil YB UMNO... depa ingat rakyat hari boleh dibodohkan macam dulu...nak dekat pilihanraya, baru nak buat jalan baru, rasmikan pelbagai program kat kampung, melawat orang2 susah dan tua, bagi hadiah kain pelikat, payung, baju lambang umno, bagi beras dan gula, dgn harapan rakyat akan undi mereka???? jenis politik seperti VIP inilah yg akan meranapkan BN masa pru13 NANTI .. xd guna DATO NAJIB sorang jer kelam kabut susun strategi dan transformasi..tapi dalam masa yang sama semua YB GOYANG KAKI!!!!!

BOB MALAYA said...

Kita hanya tunggu dan lihat..mungkin pemimpin umno mesti tgah myusun strategi utk pilihan raya utk mgunakan isu nie..dan percya pemimpin umno lebih bijak berbanding pemimpin PAKATAN yang bebal dan bodoh.

Gewe Kelate said...

Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain bermewah-mewahan menaiki jet eksekutif peribadi.
Belum selesai isu bas mewah harga berjuta dan lori treler penuh bergaya,ditambah pula isu jet peribadi.kalau lah hal ini berlaku kepada Umno,dah tentu Pakatan haram meroyan tak habis2 dan memainkan isu ini setiap saat.

Gewe Kelate said...

Pemimpin Paktan hanya tahu menghabiskan duit dan yang bertungkus lumus memikirkan masa depan negara hanya PM seorang

Anonymous said...

Salam
tuan tak buat 'follow me on facebook' kah?
buatlah, jd bolehlah juga kami kongsikn artikel tuan yg sangat bermutu utk tatapn pada rakan2.

-wau

Anonymous said...

Cmne nk jdi menteri ek.. Aku nk merasa la,dpt pgg stahun pun jdi la... Duit xde ni,keje pun x lg ni...huaaaa

Ada sape2 bleh tolong??

Anonymous said...

bagi aku kita jgn salahkan umno,kita sbgai rakyat biasalah yg patut dedahkn perkara ini ,x perlulah sentiasa harapkan pemimpin,rakyat pun perlu bekerjasama dgn kerajaan utk membenteras jenayah,xkan asyik2 nk harapkn pemimpin beri sumbangan,apa pulak sumbangan rakyat kpd kerajaan,jd inilah sumbangan kita sbgai rakyat,nk buat jambatan x de duit,jd perkara ni x perlukan duit bglah kerjasama ,jgn berkira sgt,lg pun klu pemimpin umno bersuara, ada2 saja pembangkang ni nk buat fitnah kat pemimpin umno nti,jd pemimpin umno ni buat keputusa lebih baik berdiam diri ,biarkan Allah tunjukkn kebenaran.

Anonymous said...

PEMIMPIN PONDAN DAN SYOK SENDIRI,MEMANG PATUT BAKAL KALAH DALAM PRU NANTI

Anonymous said...

permit2 pemilik syarikat bas ... pelancung, jarak jauh, sekolah , kilqng ... semua diboloti monopoli oleh ketua2 UMNO/bn...

rakyat dah tau ..


sprm tak nk siasat ke ......???????????? kihkih..

Anonymous said...

permit2 teksi... cmnno?

rakyat dilayan scara adil ke?

kak bedah said...

Oit anon pukimak apa masalah ko ha... Bpk ko lah pondan sbb tu mak ko selalu jentik telur dia

kak bedah said...

Umno bkn pundan mcm anwar lah sial... Drg diam sbb drg malas nk layan pembangkang yg suka bt benda bodoh

kelly eng said...

Anwar ye lah xde modal... Bn dah bt yg terbaik...

kelly eng said...

Oh ari tu masa dapat tayar senyap je... Emm sjrg nak tanya pasal keadilan org taxi plak agak2 klu tiap2 kali taxi nak dpt je ofg lain pun nak cr mkn jugak

Bebo said...

Khalid gagap kaki putar dah terang2 beli bas kata sewa emm... Senang2 je dia bodohkan rakyat kan... Ingat semua rakyat bodoh mcm dia ngan anwar tu kot

Sotong gedik said...

Jom kita ramai2 doakan supaya bas tu kena kilat

tokgaru said...

dalam isu bas ni buat apa nak riuh2. tungggu lah masa yang sesuai. kalau riuh sekarang rakyat akan lupa bila tiba masa nak pilih kerajaan.

itu strategi umno la bro.

Anonymous said...

Pemimpin umno takut kena saman kot? Utusan dan berapa kali kena saman. Playsafe la depa ni.

Anonymous said...

Memang kepala-kepala umno sebok untok kepentingan sendiri Dan tidak tahu apa the political games of the opposition. There are too many stupid leaders in umno which najib should rid off. Umno must not have tamrin hafar baba. Buat berjuta-juta duit dalam umno and lepas kayaraya masuk pas. Many umno ketua bahagian are like tamrin. No loyalty, no care for party, money the main business. Najib must get rid of this leaches. Bn will win this election, thank Allah but umno must cleanse itself from these useless.