Sunday, September 16, 2012

Umno Perlu Belajar Daripada Karpal Singh


Permusuhan Pas dengan Umno bukan perkara baru. Ianya telah berlarutan lebih dari 50 tahun. Berpunca daripada tewasnya seorang ahli Umno yang bernama Ahmad Fuad ditangan Tunku Abdul Rahman bagi merebut jawatan Yang Dipertua Umno Malaysia pada tahun 1951.

Kecewa dengan kekalahan tersebut membuatkan Ahmad Fuad menubuhkan Pas. Penubuhan itu disokong penuh oleh penjajah pada masa itu kerana mereka mahu orang melayu berpecah belah dan tidak bersatu dibawah Umno supaya mereka dapat melengah-lengahkan usaha memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Orang yang bertanggung jawab menandatangan kelulusan penubuhan Pas pada masa itu adalah seorang pegawai British yang berketurunan India bernama Nadarajan. Beliau pada masa itu bertugas sebagai pegawai pendaftar pertubuhan dibawah British. Pas ketika itu didaftarkan diatas nama Pan Malaya Islamic Party. 

Hari ini ramai pengikut-pengikut Pas yang menyamakan Pas dengan Islam termasuklah Abby Abadi. Sedangkan perkara tersebut terang-terangan berbeza. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah tanpa perlu mendapat kelulusan sesiapa. Manakala Pas pula ditubuhkan melalui kelulusan oleh seorang pegawai British yang beragama hindu. Orang yang percaya Pas itu islam adalah orang-orang yang sesat.

Walaupun sudah lebih 50 tahun Umno tidak pernah berjaya sepenuhnya untuk menjinakkan Pas . Kalau berjaya pun , adalah sedikit pada tahun 1969 apabila Umno berjaya tarik Pas sertai BN. Tetapi itu pun tidak lama kerana Umno tak tahan dengan kerenah Pas yang cuba mengkhianati BN dari dalam. Akhirnya Pas dilepaskan daripada BN. Untuk mengetahui sejarahnya sila klik di sini.

Berbeza dengan Semangat 46 yang berjaya dijinakkan oleh Umno sehingga parti itu terpaksa dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali kepada Umno. 

Dalam hal atau bab untuk menundukkan atau menjinakkan Pas, pujian harus diberikan kepada Karpal Singh. Dalam hal ini Karpal Singh cukup hebat....

Cuba anda semua bayangkan , Karpal Singh seorang yang lumpuh , dan dari atas kerusi roda dia berjaya tundukkan Pas agar tidak lagi memperjuangkan negara islam, yang mana akhirnya kita semua dapat saksikan bagaimana Pas secara rasminya gugurkan perjuangan negara islam pada muktamar mereka tahun lepas. 

Dengan suara dari atas kerusi roda Pas sanggup gugurkan apa yang mereka perjuangkan sejak puluhan tahun lalu.  Kalaulah Karpal masih sihat dan tegap seperti dulu, rasanya 1 atau 2 tahun lepas Pas telah dibubarkan dan semua ahli-ahlinya menyertai DAP. 

Oleh yang demikian adalah baik sekiranya Umno dapat belajar dengan Karpal Singh bagaimana caranya untuk jinakkan atau tundukkan Pas.

10 comments:

el halim said...

Kalau dah masuk DAP bolehlah tukar agama terus, sebab jadi orang Islam pun buat apa, tunduk dengan mudah kepada usop wilcha..bak kata usop wilcha, kita bakor aje..kita bakor aje PAS jadi abu..

Anonymous said...

meanungful post

Anonymous said...

Aku rasa ini kesimpulan terbaik
6cleaisi

Tanduk Dua said...

Komen yang baguslah bro..

Anonymous said...

Terbalik bro..
baru2 ni ada pemimpin UMNO masuk PAS sebab pas 'sedekah' tanah 230 ekar.

:D

Anonymous said...

UMNO tidak perlu belajar dari sesiapa untuk menundukan Pas lebih2 lagi Pas hari ini berada diambang kehancuran. Cuba menundukan Pas adalah kerja sia-sia dan membuang masa. Pemimpin2 Pas hari ini adalah yang paling lemah didalam sejarah Pas sendiri.

Adalah lebih baik jika UMNO terus memberi tumpuan untuk mencapai agenda perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020. Pas tidak memberi sebarang manafaat dan sumbangan kepada pembentukan Negara bangsa malah menjadi ajen perosak dan ingin merosakan segala asas yang telah terbina sejak 55 tahun lalu. Pas tidak tahu mentadbir. Kelantan adalah contoh terbaik untuk melihat krgagalan Pas dalam semua aspek kehidupan termasuk kehidupan beragama. Kegagalan Pas Kelantan mentadbir negeri menyebabkan orang seperti Karpal Singh pun berani membentak dari atas kerusi roda.

UMNO tidak perlu terikut2 dengan kerenah Pas dan pembangkang kerana rakyat sudah melihat dan bolih menilai siapa pembangkang sebenarnya. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

pas memang bodo

Anonymous said...

Diorg ni level PASti jek..bodoh..! Devil Advocates..!

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Anonymous said...

Sejak bila karpal pakai wheelchair. Dia sakit ape. Atau pernah kemalangan.