Wednesday, October 24, 2012

AES : Alasan dan Tindakan JPJ Tidak Ubah Seperti Cikgu Beri Soalan Bocor Kepada Murid-Murid

Sungguh melucukan apabila ada pembaca yang menghantar komen mengatakan saya nak sabotaj parti dan saya juga dikatakan trojen horse. Semuanya gara-gara saya mengkiritik AES.

Saya orang yang mengkritik dituduh sedemikian, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan AES dengan cara yang tak betul dan disaat pilihan raya hampir tiba tidak pula dituduh cuba sabotaj parti. 

Ini bukan kali pertama blog ini menulis untuk mengkritik kerajaan. Dah berkali-kali sebelum ini dan saya tahu trend pembaca saya selama ini. Tetapi kali ini untuk isu AES boleh tahan jugalah saya dikritik dan dihentam oleh pembaca.

Ada beberapa pembaca luar biasa yang muncul dengan menghantar komen-komen yang menyerang saya. Tapi tiada satu pun komen mereka yang saya padamkan, dan saya terima segala komen-komen mereka dengan seadanya. 

Walaupun telah berhari-hari artikel itu saya siarkan namun sehingga ke hari ini komen-komennya masih masuk. Tidak mustahil ada orang yang ditugaskan khusus untuk memantau artikel berkenaan dan menghantar komen-komen yang menghentam saya supaya saya lemah semangat dan tidak lagi menulis tentang perkara ini.

Biarkan mereka teruskan tugas. Dan ianya sedikit pun tidak merencatkan perjuangan saya supaya kaedah AES diperbetulkan atau diperbaiki balik.

Seperti yang berulang-ulang kali saya katakan, saya tidak tolak AES 100 % tetapi beberapa perkara perlu diperbetulkan agar orang ramai tidak melihat kerajaan cuba mengambil duit dari poket rakyat dan untuk memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat tertentu.

Saya sendiri pun melihat kaedah AES yang ada hari ini adalah kaedah mencari keuntungan melebihi dari kaedah untuk mendidik rakyat agar tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.


Berikut adalah pandangan dari Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM, Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail.
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dilaksanakan hanya sistem, sebaliknya sikap pemandu faktor utama penentu pengurangan kadar kemalangan di negara ini.

Kesedaran awal mengenai moral, kasih sayang, menilai nyawa orang lain dan menghormati hak orang lain penting kerana ia dapat mendidik pemandu memandu berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

Sumber: Sinar Harian 23 Oktober 2012, muka surat 8

Sebelum Profesor Madya Dr Khaidzir kata apa yang disiarkan akhbar Sinar Harian semalam, minggu lepas lagi saya dah kata perkara itu.

Ingat lagi tak saya cerita bagaimana saya psiko seorang kawan yang memandu laju ? Kalau tak ingat boleh rujuk balik di sini.

Dalam isu AES ini ada seorang pembaca yang hantar komen dan tanya saya samada saya lulus SPM atau tidak, dan saya jawab saya hanya sekolah sampai darjah 3 sahaja kerana cikgu mati.

Walaupun saya hanya sekolah sampai darjah 3 tetapi saya bersyukur kerana Allah SWT beri saya otak sehingga saya boleh berfikir sama dengan apa yang difikirkan oleh seorang Profesor Madya.

Eh...eh...cakap besar pula rbf ni....

Tak....tak....saya tak cakap besar.....bangga.......bangga kerana apa yang saya fikirkan sama seperti seorang Profesor Madya fikir.....

Ramai pula yang sakit hati nantikan......

Tunggulah nanti.....banyak lagi lah nampaknya komen-komen yang menghentam penulis blog ini.....

JPJ kata AES untuk mendidik pemandu mematuhi peraturan jalan raya dan juga untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Lokasi-lokasi pemasangan kamera AES juga akan dimaklumkan kepada pengguna jalan raya melalui laman web JPJ dan juga melalui pemasangan papan-papan tanda 2-3km sebelum kawasan kamera AES beroperasi.

Nak mendidik apa kejadahnya kalau dimana kawasan kamera beroperasi telah diberitahu awal-awal ?

Samalah macam cikgu beri soalan bocor kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Boleh ke begitu ?

Cikgu bukan sahaja menipu dirinya sendiri, tetapi turut menipu ibu bapa dan anak-anak muridnya....

Begitu juga dengan JPJ jika masih berpegang pada alasan pemasangan kamera AES untuk mendidik pengguna jalan raya, kemudian dia juga yang beritahu dimana kamera itu dipasang,  maknanya JPJ menipu diri mereka sendiri. Dan dalam masa yang sama terbukti selama ini JPJ gagal menjalankan tugas mereka dengan berkesan untuk mendidik pengguna jalan raya di Malaysia. 

Apa jadi dengan kursus JPJ sebelum seseorang mengambil lesen memandu ?

Apa dah jadi dengan sistem KEJARA

Bila mereka dah gagal maka jalan pintas dan mudah yang digunakan adalah pasang kamera tepi jalan dan saman....saman....saman....saman.....

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang nakal atau degil, adakah dengan merotan anak sepanjang masa boleh menyelesaikan masalah  ?

Begitulah juga dengan menyaman, adakah dengan menyaman sepanjang masa boleh selesaikan masalah pemanduan di Malaysia ? 

Bila dah saman.....tup....tup......kerajaan pula yang bagi diskaun saman......

Selesaikah masalah ???

25 comments:

Anonymous said...

Approach yang sama digunakan di kebanyakkan negara eropah dan di jepun... kelakar tapi trrbukti berkesan...

Anonymous said...

adakah negara luar juga beri alasan mendidik seperti jpj malaysia?

Anonymous said...

Sila lah lihat di kawasan PLUS Bangi-Kajang arah ke utara dimana AES dipasang. Pemandu akan memandu melebihi kelajuan 90km, sebelum 1km sampai kepada AES, masing-masing akan masuk lane tengah dan kiri untuk 'membetulkan' kelajuan ke 90km supaya tidak di tangkap oleh AES. Sehingga jadi sesak laluan kiri dan tengah tu di waktu pagi semasa semua mahu pergi kerja. Kemudian, pabila melepasi saja AES, masing-masing menaikkan kelajuan semula agar dapat segera sampai di ofis, tidak punch card merah.

Hmm.. Jika begitu senarionya di kesemua lokasi AES, maka tak praktikal le AES ni kerana pemandu hanya 'berlakon' sahaja. Pabila tamat masa lakonan, masing-masing kembali kepada asal. Oleh itu, jika mahu lakonan yang berkesan, sila pasang AES dikesemua jalanraya setiap 2 km..

Anonymous said...

Ok..
Kita keluarkan kereta yang boleh berjalan sehingga 100kmj sahaja.. tapi meter tu kita tipu, kasi 'ringan' sikit jarum tu. 50kmj sebenar = 90kmj meter tipu.

muhahaha..

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam Tuan Haji.
Saya mengikuti setiap tulisan tuan haji mengenai isu AES ini dan bersetuju dengan nya.Agak malang bagi blogger pro BN bila mengkritik sedikit akan tiba2 dituduh sebagai trojan dan pengkhianat tanpa mahu memahami apa isu yang mahu diketengahkan nya...iaitu isu yg melibatkan rakyat yg ramai.

Saya dh melalui pengalaman dicop sbg trojan dan pengkhianat yg akhirnya menjadikan saya blogger tidak berpihak hari ini.

Jadi teruskanlah usaha tuan haji utk menegur apa yg difikir patut walaupun pahit utk ditelan,semoga Allah swt bersama tuan haji.

Anonymous said...

masalah utama kecelakaan jalanraya di Malaysia adalah berpunca dr sikap.

cuba lihat semasa aidilfitri yg lepas,highway utara selatan yg sesak teruk..pada masa yang sama berpuluh2 kemalangan langgar belakang.

knapa masih nak laju sedangkan pemandu tahu jalan sedang sesak?semuanya kerana terburu2.

pemandu/pengguna jalanraya perlu tahu,mereka mmg tidak mampu mengawal keadaan trafik.tp mereka PERLU TAHU YANG MEREKA BOLEH MENGAWAL DIRI DAN EMOSI MEREKA.
ini yang gagal diterapkan selama ini.

cuba kita mencari solusi dari sudut psikologi Islamic plak..

ada sebahagian jalan luar bandar meletakkan signboard2 seperti Astaghfirullah,Subhanallah,Alhamdulillah,mengingatkan tentang waktu Solat dan sebagainya.mana tahu mungkin ada keberkesanan di situ.dlm Islam pun,mendidik itu adalah perkara pertama dan amat ditekankan.

-sekadar pandangan-

Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Salam Tuan RBF,

Saya ada lampirkan penadapat saya mengenai artikel tuan di dalam salah satu thread di Forum Mykmu

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=66943#969981

pada mulanya saya sudah tulis diruangan komen blog saudara tapi disebebkan tulisan tu panjang saya tulislah di forum mykmu selain itu memandangkan saya ni pengguna tegar di mykmu maka saya pikir disitulah ruan yang sesuai dan selesa bagi saya nyatakan pendapat saya

Salam

ahmad_albab

Anonymous said...

apa lagi kau nak ni...sembunyi2 tak boleh, bagitau awal2 pun tak boleh...

kau ingt kau ni anwar ibrahim ke org nak konspirasi jatuhkan kau? aku dah lama komen dalam blog kau ni, selalu yg positif la. bab ni je aku hentam kau.

bro rbf...soalan bocor pun, kalau kau tak study, tak boleh nak jwb jugak. kalau dlm dunia kampus, kita tak panggil soalan bocor. kita panggil tips. lecturer bagi hint. atas kita la nak study ataupun tak. lecturer dah bagi tips/hint, tapi bila nak exam kau asyik main saja, tak study,fail jugaklah kau nanti.

aku tgk sindrom penafian yg ada pada puak PAS dah berjangkit kat kau. terimalah hakikat, org tak setuju dgn pendapat kau.

r0 said...

Anon October 24, 2012 10:24...

Aku suka cerita kau. Sebab aku pun buat! Hahahaha...

Airport sg besi to lingkaran desa petaling - 110kmj.
Desa petaling to Tol Sg besi - 80kmj.
Tol Sg besi to Tol Serdang 120kmj.
Tol serdang ke 2km lepas tol kajang 90kmj.
Lepas tu lantak kau la nak bawak berapa... Takpe, yg mati pun motor... kene gelek ngan lori. JPJ apa ada kesah??


Anon October 24, 2012 12:25.

Apsal la kau ni benak sangat? Aku teka, kau mesti letak sticker 'we love paklah' kat kereta kau kan?

Anonymous said...

Benda ni mula2 aje org sukar ak terima. Lama kelamaan okay punya....di luar negara dah lama ada dan mereka sgt berdisiplin ....terima aje lah dgn sikap positif..

Anonymous said...

Bro RBF..

Selama ini sy sntiasa brsetuju dgn entry bro..tapi utk kali ini sy rasa agak brlainan...

Sejak dr kecil lagi km sekeluarga di didik bgn seawal pagi utk solat suboh brjemaah...petang selewat2 pukol 7 mst dah ada kat rumah ..dan kalo ada urusan sblm pukul 11..semuanya brdasarkan DISIPLIN...

Kalo ada yg engkar(HE HE) jawabnya kene 'bambu'dg ayah kalo xpunya alasan yg konkrit..

Akhirnya krn kebiasaan itu maka kami sklrga mnjadi rapat..kalo brgadoh mcmana 'dasat'pon slps solat jemaah bila kami brsalaman kami akan brpeluk mncium tangan bermaaf2an...

Point sy di sini sbnrnya ingin mnyatakan bhw sglnya bermula dari DISIPLIN....didikan brdasarkn disiplin mula2 mmgla sakit n mnimbulkn pelbagai rasa sakit hati, terancam dan mnyampah ...ttp akhirnya kite akhirnya akan trbiasa dgn PERATURAN..

Mmgla ada kelemahan di sana sini sistem AES itu , tapi kalo di prtingkatkn mengikut keadaan semasa spt kadar hadlaju dan masa kejadian itu atau apa2 yg baik...

Bg sy AES ini utk mmdidik pengguna jalanraya spy lebih prihatin ...jgn main pecut saja...

Jadi kalo xmahu kene denda/saman patuhila undang2 jalanraya...mungkin bg kesalahan yg len masih mmrlukn pemantauan dr polis atau JPJ sndiri...

Utk pengetahuan, sy pon bknla ada apa2 kepentingan 'share' dgn sisten ini tapi sbg pengguna jalanraya yg sering 'on the road' AES nih skrng2nya dpt mmbendung kaki pecut jlnraya wat seketika di tmpt trtntu..

Anonymous said...

Aku harap pemantau2 Najib hati2 dengan Trojan Horse LAPAR ni. PRU 13 dekat, isu lain lebih berat tapi kenapa keldai2 longkang spt RBF dan Parpukari bersungguh2 cari pasal isu AES ni.

Belum ada lagipun laporan Polis berkaitan penyelewengan AES tp mereka ini seperti anjing yg menyalak kuat tanpa sebab yang munsabah.

Seolah2 satu dendam pada JPJ kerana mengeluarkan satu sistem cekap ini untuk menghalang kegilaan pemandu2 berCC besar ini bermaharajalela di jalan raya.

RBF cuba rosakkan pemikiran pembaca dengan fitnah berganda-ganda melampaui apa yang di bawa oleh media pembangkang.

Kita boleh tegur isu ini dari sudut memperbaiki teknikal, BUKAN mempertikaikan KITA TK BOLEH BAWA LAJU2 dah.. mahu tambah speed limit, seolah2 panas badan xboleh nk hadapi undang2 ini kerana sudah biasa langgar undang2.

Puak2 jahanam spt RBF ini sama shj dgn puak2 Anuwar. Bila xpuas hati sesuatu perkara mereka akan lanyak sedahsyat2nya tanpa fikir guna akal. Sebaliknya guna punggung!


Aku harap PM Najib jgn sama sekali percaya dan terhutang budi dengan bloggers LONGKANG ini. Mereka boleh bila2 masa sahaja TUKAR BAJU.. janji DUIT MASUK. Setakat RM3 billion Anwar boleh cari.. jet bas mewah, utk beli SEKOR DUA bloggers yg dh nakmampos lagi 23 hari ni tkde masalah.

Jangan terpedaya!

Teruskan usaha yang baik dari Kerajaan untuk menjaga keselamatan semua rakyat.

Salam 1Malaysia!

Anonymous said...

(dipetik dari http://riziqin.blogspot.com)

AES : Jom Kita Positip Sikit Pasal Kamera Ni

1. Sistem AES adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan juga tidak melanggar lampu isyarat. Objektifnya mudah iaitu supaya pemandu mematuhi peraturan terutama yang berkaitan dengan hadlaju dan lampu isyarat.

2. Sistem ini bukan bertujuan untuk menyaman atau mengutip duit. Ini hanya helah pakatan pembangkang yang lumrahnya suka menabut fitnah dan memanipulasi setiap perkara yang baik untuk rakyat.

3. Sekiranya ianya bertujuan untuk mengutip duit, maka lebih baik suruh polis menyorok di bawah jambatan dan rakam had laju. Confirm sekejap jer berpuluh-puluh juta boleh dikutip. Betul tak..??

4. Oleh kerana ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan menyebabkan lokasi kamera ini diwar-warkan siap dengan koordinat sekali. Kameranya juga jelas terpampang dan papan tanda amaran juga diletakkan. Malah, sistem pengesan seperti menggunakan GPS navigator untuk memberi amaran pun boleh digunakan. Kalau pasal nak kutip duit, takkan diberitahu sedemikian rupa. Cuba gunakan akal tu sikit.

6. Sistem AES ni bukannya baru. Dah lama diamalkan di negara-negara maju dan ianya jelas terbukti boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

7. Di UK misalnya, ada lebih dari 6,000 kamera seperti AES. Kamera-kamera ini dipasang di lebuhraya yang mempunyai had kelajuan 70mph dan 60mph, di jalan-jalan yang mempunyai kelajuan 40mph malah di jalan yang mempunyai kelajuan 30mph pun dipasang. Di Malaysia, baru pasang di 14 tempat dah ada yang bising. Kalaulah dipasang di kawasan 40 km/h, mungkin berlaku rusuhan. Malu sungguh melihat mentaliti masyarakat macam ni di Malaysia.

8. Ada yang mempersoalkan kenapa had laju di lebuhraya hanya 90km/j ? Di Malaysia, hadlaju lebuhraya secara umum adalah 110km/j. Tetapi di lebuhraya yang menghampiri pusat bandar, had lajunya adalah 90km/j dan dalam kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, had lajunya adalah 80km/j. Perubahan had laju ini sepatutnya mudah difahami kerana semakin hampir dengan pusat bandar, bilangan kenderaan akan bertambah, bilangan susur keluar juga mungkin bertambah oleh itu pemanduan perlu lebih perlahan dan berhati-hati.

9. Di UK juga mempunyai sistem yang sama. had laju lebuhraya secara umum adalah 70mph (~ 110 km/j). Bagi kawasan yang hampir ke pusat bandar (contohnya London), hadlajunya adalah 60mph (~90 kkm/j) dan bagi kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 40mph (60 km/j). Bagi kawasan yang hampir dengan perumahan,sekolah,hospital, hadlajunya adalah 30mph (~45 km/j).

10. Ada yang bising kerana kamera ini dipasang di lebuhraya. Mereka ini tidak tahu bahawa kamera ini dipasang dikawasan `hotspot' untuk kemalangan jalan raya. Sebab itulah, kamera ini dipasang di jalan bandaran lebih banyak dari lebuhraya. Dari 14 kamera yang telah dipasang, hanya 4 dipasang di lebuhraya dan dari 561 kamera had laju yang akan dipasang kelak, hanya 63 ataupun 11% yang dipasang di lebuhraya. Sebahagian besarnya dipasang di jalan bandaran atau jalan biasa. Ini membuktikan sekali lagi, sistem ini bertujuan untuk mendidik supaya kemalangan dapat dikurangkan.

11. Undang-undang jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk berjalan. Tidak adak sebarang pelepasan untuk melanggar undang-undang. Di sinilah sekali lagi kita boleh lihat betapa tingginya sikap pemandu di UK (sbg contoh). Mereka tidak akan melanggar undang-undang walaupun terpaksa berhenti di lampu isyarat pada jam 3.00 pagi.

Anonymous said...

12. Memang benar, akan ada dikalangan masyarakat yang hanya memperlahankan kenderaan di kawasan berkamera sahaja dan kemudianya memecut semula. Ini tidak apa kerana sekurang-kurangnya, dia telah memperlahankan kenderaan terutama di kawasan-kawasan hotspot. Untuk memperlahankan kenderaan supaya tidak melebihi had laju yang ditetapkan, mereka tidak boleh memandu terlalu laju, kalau tidak...tak sempat. Oleh itu, ini juga mendidik masyarakat agar tidak memandu terlalu laju. Apabila sikap ini berulangkali dilakukan, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu rutin harian.

13. Walau dalam hanya beberapa hari sistem AES ini dilaksanakan, kita sudah boleh melihat perubahan sikap pemandu. Kita dah boleh lihat, kenderaan memperlahankan kenderaan di kawasan kamera sehingga tidak ada yang mahu menggunakan lorong laju. Kita boleh lihat bagaimana semua kenderaan memandu dengan penuh berhemah di kawasan berkamera. Masyarakat juga semakin peka dengan papantanda had laju. Kalau sebelum ini, mungkin ada yang tidak tahu dengan had laju 90km/h, tapi kini dah tahu dan dah boleh peka dan ambil tahu mengenai hadlaju sesuatu kawasan.

14. Perubahan yang positif ini dapat dilihat hanya selepas beberapa hari perlaksanaan sistem ini. Lama-kelamaan mungkin nak nampak kamera ini mengeluarkan flash pun susah sebab semua pihak memandu dengan berhati-hati. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?

15. Harapnya sistem ini dapat diperluaskan kepada kesalahan-kesalahan yang lain seperti memandu di lorong kecemasan, memotong di kawasan garisan berkembar, membuat pusingan U-turn di kawasan yang tak boleh dan lain-lain. Supaya satu hari nanti masyarakat di Malaysia akan terkenal sebagai pemandu yang berhemah dan berbudi pekerti tinggi.

16. Harapnya, janganlah ada mereka-mereka yang menentang perkara yang membawa kebaikan ini. Kalau pembangkang yang menentang, itu adalah perkara biasa kerana mereka memang tak mahu berfikir dan mereka tiada kerja selain daripada membangkang sahaja apa yang dibuat oleh kerajaan walaupun perkara yang baik. Tapi, kini ada juga mereka dari penyokong kerajaan yang turut sama tidak mahu berfikir dan menentang perkara yang baik ini. janganlah terikut-ikut dengan sikap pembangkang.

17. Sistem ini bertujuan baik. Ianya boleh mendidik sikap pemandu di Malaysia. Ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian. Ianya menggalakkan masyarakat supaya mematuhi peraturan. Kenapa masih ada yang tak suka dengan kebaikan-kebaikan ini ? Kemanakah hilangnya nilai masyarakat yang mahukan kebaikan ?

komen saya:

Saya sokong penuh artikel ini. Apapun kita berikan ruang AES berfungsi dahulu. Kita perlukan satu sistem yang tegas di jalanraya. Kaji di manakah kelemahan. Soal kelajuan jangan kompromi. Infrastruktur jalan menentukan berapakah halaju selamat untuk dilalui. Sama seperti kita buat railway ketapi laju jugak.

Lagipun kenderaan sudah berganda banyak berbanding zaman 90-an dahulu, mana mungkin kita boleh benarkan had kelajuan dinaikkan?

Fikirlah secara waras bukan beremosi. Kita terlalu lemah dengan undang-undang. ramai yang menderita menjadi mangsa kerakusan pemandu jalanraya.

Diharapkan Kerajaan jangan berlembut, tegas lah Insya Allah rakyat menyokong kebaikan.

Anonymous said...

bab AES tue ok jer..yg tak setuju kenapa bg syarikat swasta yg buat..dah tentu syarikat tue nak cari untung ngan cari kesalahan org...

Anonymous said...

Adoi...tak abis lagi...rbf..rbf...cuba hang tgk balik penulisan hang..

Yang hang cakap stail psikologi dimana hang cakap kat member hang tak sayang anak ke?...
Aku imagine bila hang cakap macam tu bukan sebab hang nampak signboard speed limit tapi lebih kepada bila hang nampak meter kete dia punyalah laju atau hang tgk jalan sibuk atau hang rasa tak selamat sbb bukan hang yang pandukan.....hang sebenarnya bukan medidik tapi lebih kepada risaukan keselamatan diri sendiru BUKAN mendidik....is that hard to understand?
Lagipun aku percaya orang yg menggunakan keadah ko ni memang ramai termasuk diri aku sendiri...kaedah ni memang dah lama...tapi cuba tgk result dia? Ade pengurangan ke kes kes kesalahan trafik?
So memandangkan kaedah tu x jalan sebab tu lah kita kena pakai kaedah lain....
Bangga sebab pendapat hang sama dgn prof tu? Hmm....itu memang tak salah tapi yang salahnya bila ko anggap dia sebagai satu verification yang pendapat hang betul...hang kena ingat lak..sebelum aes dimulakan aku percaya diorng dah consult lebih dari seorang professor malah pakar2 ....so nak campak mana diorang ni....ini kita berckap pasal PAKAR..hang tau tak ape maksud pakar..? Yang hang dok bangga pasal pendapat seorang professor dari jabatan psikologi ape barang....ini sama jer macam bini hang nak beranak tapi gi jumpa pakar gigi..kan haru tu...

Anonymous said...

RBF...cukup2 lah tu....kalo pepatah menegakkan benang basah x jalan..then aku harap pepatah inggeris ni dpt menyedarkan ko....
Even a donkey dont stumble on the same rock

Anonymous said...

Respect la lu bro...tak tau la kalo rbf paham ke idak..tapi rasa peluang tipis sbb terlalu ikut emosi...

Anonymous said...

Apa la teruk tul otak mamat yg proposed lokasi AES ni.... AES ni ok tp letak la kat tempat sepatutnya dgn masa operasi yg sepatutnya.... baru la adil.. bongokk

pas tu bodoh lak.. bg tips konon... pi rahhhh.... Tips cara2 mengajar org jd hipokrit... mmg negara luar dah buat... pi tgk kt middle east.. cam setan sekor2 bawak kereta... bila ada ja camera tu.. slow...buat jamm lg trafik ada la... Allah bg otak bukan suruh buat naya kat org..

Patutnya... kena la letak masa operasi AES tu... jgn la kul 5 pagi pun operate gak kat highway PLUS!!!... mmg saja nak buat naya kat orang la camtu..... yg tu bukan mendidik... tp mmg saja nak naya org...

Anonymous said...

r0

Kau ni barua anwar ibrahim ke? Perangai dah mcm pencacai

Anonymous said...

RBF ni golongan yang suka potong belah kiri, flash sebab tak sabar di lebuh raya, lampu merah dihentamnya dan lain-lain perkara yang buat ramai menyampah bila di jalan raya. Sesiapa yang selalu buat salah takut la dengan AES ni.

Anonymous said...

Pagi semalam aku ke Melaka dari Johor..
tiba di RnR Jasin ada sekatan jalanraya oleh Polis Trafik .. waktu aku pulang dari melaka lalu ditempat yang sama masih ada lagi operasi tersebut. Ketika keluar dari tol tangkak, operasi yang sama juga ada dijalankan ..

Juika opersai sebegini dilakukan setiap hari, aku yakin disiplin pemandu akan bertambah baik, walaupun tanpa AES ...

Anonymous said...

saudara RBF, saya rasa baik kita bagi peluang dahulu untuk kerajaan melaksanakan sistem AES ini, tengok keberkesanannya dan praktikal dalam membentuk disiplin rakyat malaysia khasnya pemandu2 kita. KAlau terbukti tidak berkesan, barulah di hantam secukup cukupnya. Sebab banyak fakta seperti negara luar telah berjaya dengan sistem ini yahng menidakkan fakta saudara. Apa kata kita bagi pelaung dahulu kepada kerajaan untuk melaksanakannya. Kalau tak berkesan kerajaan juga kena ambil siakp serius untuk menjaga ke[pentingan rakyat juga...

Anonymous said...

2:48

Bernas!! Aku happy, tersentuh dgn didikan ayah kau bro. Masih awal, so aku nak praktikkan benda ni. Tq refreshkan balik observation aku dr pesan org2 tua ni..

Tqvm

RBF:
Pendapat bro vs yang lain2 adalah dari sudut ILMU. bukan fitnah kosong, khianat dan sebagainya. Nothing wrong! Lu pun dah declare bukan bangkang cuma perlu perbaiki.

teruskan positive minded. Jgn taikkan otak mcm pencacai PR.

Anonymous said...

trojan horse, kau faham x blackspot tu apa? tmpt yg byk berlaku kemalangan maut. agensi penguatkuasa dah tahu di mana blackspot. so, mrk bgtau blackspot kat mana & letak AES kat situ. apa kaitannya dgn soalan bocor? mmg cara trojan horse la ni nak debat tanpa fakta.