Thursday, October 18, 2012

AES:Menteri Pengangkutan Cuba Bermain Api Dengan Mencabar Rakyat


Dewan Rakyat semalam bergelegak gara-gara isu AES@SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia). Ahli Parlimen Sri Gading (BN) dan Ahli Parlimen Johor Bharu (BN) membawa suara rakyat agar SR1M ditangguhkan terlebih dahulu dan perlu diadakan kajian terperinci.

Manakala Ahli  Parlimen Arau dan Kinabatangan juga dari BN menyokong SR1M....Lalu berlakulah pertikaman lidah sesama ahli parlimen BN.

Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada Sri Gading dan Johor Bharu kerana sudi membawa perkara itu ke dalam dewan. Minggu lepas pun Sri Gading dah bawa perkara berkenaan. Minggu ini beliau bawa lagi. Terima kasih YB......

Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang ramai tidak menolak 100 peratus penggunaan AES. Cuma kaedah dan keberkesanannya perlu dikaji balik agar dapat mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan, dan kerajaan tidak dilihat cuba mencari pendapatan dengan SR1M. 

Malam tadi keluar di berita TV3 Menteri Pengangkutan mencabar rakyat agar tidak melakukan kesalahan jalan raya supaya syarikat yang memasang dan mengendalikan kamera AES tidak mendapat untung.

Saya tepuk dahi melihat ayat sebegitu yang keluar dari mulut seorang menteri.....

Kalau nak guna istilah bodoh mungkin agak kasar bunyinya. Sesuai digantikan dengan perkataan kurang cerdik.

Kalau ada 2-3 orang menteri seperti itu dalam kabinet Datuk Najib, jawabnya memang betul BN akan bungkus dalam PRU 13.

Datuk menteri......Datuk jangan cabar rakyat......nanti rakyat tukar kerajaan barulah Datuk tahu langit tinggi atau rendah. Ingat Datuk.....jangan cuba bermain dengan api.

Umum mengetahui kerajaan tidak mengeluarkan sesen belanja untuk pemasangan dan penyelengaraan kamera AES. Dua syarikat yang dipilih yang menanggung segala kos itu dan mereka dibayar komisyen saman RM 16 setiap saman dan terhad kepada 5 juta saman, untuk mereka mendapatkan kos kamera dan serta keuntungan mereka.

Kos pemasangan dan penyelengaraannya tentulah bukan sedikit dan sudah pasti ianya mencecah RM juta-jutaan. 

Sekiranya tiada saman yang dikeluarkan, maka tiadalah pendapatan kepada syarikat tersebut. Bagaimana mereka tampung segala kos mereka ?

Adakah kerajaan akan membayar ganti rugi kepada mereka ? 

Jika kerajaan menjawab tidak, maknanya dalam apa keadaan sekali pun atau by hook by crook dua syarikat itu perlu mencari jalan untuk memastikan ada saman yang dikeluarkan bagi mereka mendapatkan balik modal mereka dan menampung kos operasi.

Apabila sudah by hook by crook maknanya segala kaedah samada baik atau jahat kemungkinan akan digunakan untuk memastikan matlamat tercapai. 

Sebab itulah orang ramai kata kaedah AES adalah kaedah untuk kerajaan mencari duit. Bukannya untuk mendidik rakyat. Yang untung adalah dua syarikat yang mengendalikan AES. 

Esok Menteri Pengangkutan akan jawab lagi untuk menafikan AES bertujuan mengutip duit dari orang ramai.

Kenyataan daripada Menteri Pengangkutan semalam boleh ditafsirkan bahawa sistem AES bukannya lahir dari hati nurani kerajaan tetapi kerana cadangan dari pembekal sistem.

Kalau ianya dari hati nurani kerajaan serta ikhlas nak membenteras kemalangan menteri tidak akan menjawab begitu dan kerajaan akan beli kamera tersebut kemudian ia dikendalikan oleh JPJ sendiri.

Dalam berita malam tadi juga dinyatakan bahawa AES berfungsi untuk kenderaan yang melanggar lampu isyarat dan melebihi had laju. Tetapi tidak melibatkan motosikal....

Dinyatakan juga tujuan AES adalah untuk mencegah kemalangan....

AES juga dipasang di lebuh raya....

Sekarang mari saya jawab dengan fakta.....

Kenyataan dibawah dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Tragedi kemalangan melibatkan pengangkutan awam sering mendapat liputan media dan menimbulkan reaksi orang ramai yang paling banyak. Ini mungkin kerana ia kematian berkelompok. 

Namun pada hakikatnya jika dilihat dari segi statistik, kematian melibatkan pengangkutan awam adalah jumlah terendah sekali - berbanding kenderaan pelbagai jenis lain khususnya motosikal.

Pada 2010, misalnya kematian di jalan raya berjumlah 6,872 orang dan daripada jumlah itu, kematian pengangkutan awam melibatkan bas hanya 77 orang iaitu lebih kurang 1.1 peratus (%) berbanding kereta 20.7% (1,421 orang) dan yang paling tertinggi sekali adalah penunggang dan pembonceng motosikal iaitu 4,036 kematian atau lebih kurang 58.7%. Oleh itu penggunaan kenderaan awam boleh menjamin keselamatan yang lebih secara perbandingan.

Berikut pula adalah kenyataan akhbar orang kuat AES@SR1M, Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah JPJ.

Datuk Solah
Malaysia mencatatkan purata 17 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang terbesar statistik terbabit.
Beliau berkata, daripada 397,330 kemalangan yang dilaporkan di seluruh negara tahun lepas, sebanyak 6,218 adalah kemalangan maut.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang sebanyak 58.7 % atau lebih dari separuh jumlah kemalangan maut di Malaysia, tetapi saman AES dikenakan terhadap kereta dan kenderaan lain. 

Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya....

Jalan bandaran dan jalan persekutuan adalah penyumbang utama kepada kemalangan berbanding dengan lebuh raya. 

Saya cuba mendapatkan statistik rasmi dari laman web Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia. Tetapi sayangnya laman web tersebut hanya sebagai hiasan. Setiap kali klik untuk dapatkan graf , ianya error. Belanja ribu-ribu untuk buat laman web tapi rakyat tidak boleh akses maklumat.





ERROR





Kemudian saya cuba pula hubungi nombor telefon yang diletakkan dibahagian bawah laman web itu , 03-9179 7406 untuk bertanyakan kenapa tidak boleh akses kepada graf statistik yang disediakan. Anda tahu apa jadi ?  Nombor yang dipamerkan telah tiada dalam perkhidmatan. Mungkin semua pegawai bertugas dan talian telefonnya sekali telah beku dalam makmal NKRA Idris Jala. 

Berbalik kepada statistik lokasi kemalangan jalan raya di Malaysia. Walaupun tidak mendapat data sahih dari Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia, tetapi carian yang dilakukan di laman-laman web lain beserta ingatan setiap kali Ops Sikap diadakan, kemalangan banyak berlaku di jalan persekutuan dan jalan bandaran. Jika hendak dibandingkan dengan dua jalan tersebut kadar kemalangan di lebuh raya agak berkurangan. 
Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.

Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.

Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.
Sumber: Sinar Harian Online
Namun JPJ tidak mengambil kira semua itu dan lebuh raya tetap menjadi sasaran utama pemasangan AES. Sebabnya di lebuh raya lubuk untuk dua syarikat terbabit cukupkan had saman mereka sebanyak 5 juta dengan cepat. 

Memasang kamera AES di lebuh raya ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sebiji baldi kemudian pasang batang kail dan duduk memancing. Setiap minit dapat seekor ikan. Horeyyyy dapat....horeyyyyy makan.....horey dapat......horeyyyyy makan......Setengah jam habis 30 ekor ikan dipancing. Begitulah juga dengan kamera AES. Pasang di lebuh raya supaya syarikat pembekal dan pengendali cepat dapat target 5 juta saman. 

Pasang kamera AES di jalan persekutuan pula sama seperti lepas 30 ekor ikan dalam kolam. Nak habis 30 ekor mungkin makan masa berjam-jam atau berhari. Sebab tak ramai orang yang pandu melebihi had laju di jalan berkenaan kerana jalan satu atau dua lorong sehala dan kebanyakan pemandu berhati-hati kerana bimbangkan kemalangan. Adalah sedikit sebanyak pemandu yang memandu lebih had laju tapi tidaklah sebanyak di lebuh raya. Apabila tidak ramai yang memandu laju maka saman pun berkuranganlah. Apabila saman kurang lambatlah syarikat dapat untung.

Pasang kamera AES di jalan bandaran pula ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sungai. Jawabnya tak habislah 30 ekor ikan itu dipancing. Sebabnya tiada orang yang pandu laju dalam bandar, dan kalau ada saman yang dikeluarkan pun mungkin kepada yang melanggar lampu isyarat. Nak tunggu 5 juta saman orang langgar lampu isyarat jawabnya beruban dululah bulu seluruh badan. Siapa yang boleh pandu 80km/j dalam bandar Alor Setar, Georgetown, Seremban, Johor Bharu dan bandar-bandar lain ?

Saya nak cadangkan kepada JPJ, kalau nak bantu lagi supaya cepat dua syarikat pengendali itu dapat 5 juta saman , pergi pasang kamera AES di depan semua setiap sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Sebabnya  had laju di kawasan sekolah 30km/j  kan ? Termasuklah waktu malam atau musim cuti sekolah. 

Seperti yang saya katakan dulu, saya bukan berniat hendak menyokong orang yang melakukan kesalahan jalan raya, tetapi kaedah kena betul dan jangan kerajaan ulangkan balik kaedah yang telah gagal. Buang masa.....

Sebelum wujud kamera AES daripada dulu lagi dah wujud kamera polis. Seingat saya dah lebih 20 tahun wujud kamera polis. Walaupun wujud kamera polis namun ianya tidak mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Sekarang pula JPJ ulangi dengan sistem yang hampir serupa dan yang telah terbukti gagal, apa ke jadahnya ?

Kerajaan jangan terlalu bergantung sangat kepada pandangan JKJR, Miros atau mana pertubuhan berkaitan jalan raya yang lain sahaja untuk melaksanakan sesuatu undang-undang. Ambil juga pendapat orang ramai dan NGO atau badan-badan lain. 

Apa salahnya kalau kerajaan naikkan had laju kepada 130km/j di lebuh raya tiga lorong dan 110km/j di kawasan dua lorong. 

Datuk Najib selalu bercakap pasal zaman dah berubah dan kita perlukan transformasi. Betullah tu....sekarang zaman dah berubah, kereta makin canggih, sistem keselamatan bagus-bagus, lebuh raya pun cantik. Tak logiklah kalau kita masih nak terikat dengan undang-undang had laju yang digubal di zaman filem Tiga Abdul. 

AES boleh diteruskan tetapi perlu beberapa penambaikan....

Antaranya, 

Jangan libatkan pihak swasta dalam penguatkuasaan. Mereka hanya terlibat dalam membekal kamera, penyelenggaraan dan latihan kepada kakitangan penguatkuasa kerajaan. 

Naikkan had laju mengikut peredaran zaman dan kecanggihan kenderaan...

Kempen kesedaran jalan raya hendaklah berterusan dan jangan hanya tertumpu di musim perayaan sahaja. 

Banyakkan papan tanda gambar kubur dan jenazah di jalan-jalan atau lebuh raya. Manusia mudah tersentuh dengan kaedah ini.

Pengalaman saya, 

Seorang kawan saya yang boleh dikatakan orang yang berani. Dan satu hari ketika saya naik kereta yang dipandunya dia memecut 160-180 km/j di Lebuh Raya Pantai Timur dari KL ke Kuantan. Kereta yang digunanya juga bagus.  Saya agak kecut perut dengan tahap kelajuan itu.

Saya tidak menegurnya supaya mengurangkan kelajuan sebaliknya hanya tiga soalan yang saya tanya.

Anak kau berapa orang ?

Dijawabnya dua orang....

Berapa usia mereka ?

Jawabnya 3 tahun dan 1 tahun.....

Kau sayang mereka tak ?

Dia tidak menjawab, sebaliknya terus memperlahankan kenderaan dan tersenyum ke arah saya. Lalu sampailah kami di Kuantan dalam masa lebih kurang 2 jam dengan selamat dengan kelajuan 110-130km/j.

Bukanlah saya nak kata saya bagus, tetapi kaedah begitulah yang sesuai dipakai untuk psiko pemikiran manusia supaya tidak memandu laju.

Slogan-slogan skema yang diguna pakai oleh JPJ termasuklah lambang tengkorak di tepi jalan sudah tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Lambang tengkorak itu mungkin tidak boleh ditukar kerana lambang standard antarabangsa. Tetapi tambahlah gambar-gambar lain.  

JPJ kena kreatif sikit untuk fikir bagaimana kaedah untuk psiko pemikiran pemandu. Bukannya hanya tahu saman....saman....saman......kemudian bila dah saman bagi alasan nak mendidik......


Esok bersambung lagi.....

Saya akan kerjakan AES sampai dua syarikat tersebut tidak lagi terlibat dalam penguatkuasaan....

55 comments:

Anonymous said...

AES dilaksanakan secara tergesa2.
kerajaan hanya memberi alasan,kejayaan AES di negara2 lain.

yup,mmg benar tumpuan kita adalah penunggang motosikal...aspek faktor jalanraya itu sendiri masih ditahap menyedihkan..jenguk2 la jalan bandaran,jalan2 luar bandar yg masih tidak mempunyai tiang lampu.bahkan di lebuhraya utara selatan pun masih ada laluan gelap pada waktu malam.

banyak faktor lain lagi yg kerajaan perlu perbaiki,bukan dengan terlampau sibuk dgn AES ini.

dikatakan telah banyak signboard pemberitahuan tentang pemasangan AES telah diletakkan.tetapi majoriti pengguna jalanraya masih x nampak di mana.namun,saman tetap saman...

apa la guna BR1M dan bantuan utk org bujang jika terpaksa membayar saman...pi mai pi mai,tang tu jugak..

-Warga Shah Alam-

Ghazali said...

Kenyataan yang menunjukkan kedangkalan pemikiran sebegini tidak elok datangnya dari seorang Menteri Kerajaan....

Oleh kerana semuanya ditanggung oleh syarikat....AES spt kata penulis "by hook or by crook" akan cuba mendapatkan balik sekurang-kurangnya modal mereka. Apa ni Pak Menteri?

Jangan tangkap Pemandu kereta sedangkan yang banyak buat salah ialah penunggang motosikal....

Kepada PM, harap jangan lantik orang yang naif spt ini lagi untuk apa-apa jawatan sekalipun...

r0 said...

2000% wa sokong lu bro!

bagi BR1M, KR1M, ntah ape2 1M lagi... tapi sebab SR1M... habis semua. bodoh!

Anonymous said...

Aku nak komen satu , kalau lepas pukul 3 pagi , aku kena tunggu kat lampumerah jugak ke...atau boleh jalan macam biasa

Dan Ketua pengarah JPJ kata, lampu kuning kena berhenti , kalau tak kamera ambil gambar... betul ke?
Mungkin aku silap , tapi masa aku belajar memandu 30 tahun dulu , lampu kuning kena bersedia untuk berhenti, merah baru lah berhenti.
Boleh member lain komen tak , aku nak tahu yang sebenarnya.

Anonymous said...

Berhenti aje jual motosikal......yang tak mampu beli kereta kerja keras sikit jgn malas. Lepas tu beli kereta. Kalau malas, naik basikal, apa susah!!!! Negara maju 2020, 2012 pi pekan kl macam Kamboja/Vietnam motosikal punya la banyak. Standard dunia ke3 la motosikal.........

Anonymous said...

Kita hanya pandai mengomen, tapi kena la sedar pemandu Malaysia memang tidak berhemah. Tiap-tiap kali bawak kereta hati mesti panas tengok pemandu yang suka potong q, langgar lampu isyarat, bawak laju, tukar lane ikut suka hati jer, kadang-kadang terpikir jugak tidak adakah sistem yang boleh hukum mereka ni. Beri pengajaran sikit supaya ingat jalanraya tu bukan dia sorang jer pakai. Apakah sumbangan kita dalam hal ini? Kalau kita tidak mampu nak keluarkan idea janganlah kita membela pulak mereka yang buat salah ni. Tak kan nak biar jer mereka ni bermaharaja lela di jalan raya. Tak payah nak nak didik lagi, macam-macam kempen, nasihat, pujukan dah buat, pemandu masih tidak ubah. Ini masa untuk bertindak. Saya percaya kalau tindakan tegas diambil, satu hari nanti kita mampu berbangga jalan raya di Malaysia adalah tempat paling selamat di dunia untuk pemandu.

Anonymous said...

wahh-wahh
suara rbf hari ni dah sama macam suara pembangkang.kalau rbf jadi blogger pembangkang letih juga umno dibuatnya kerana dia menulis dengan fakta2 & bukti2.

apa2 pun bagus keadaan begini kerana rbf berani membangkang dari dalam & tidak membenarkan pembangkang menjuarai isu.

kakbedah said...

Pergh... Lepas nie ramai la yg dapat saman free.... Bertambah lah hutang aq nie...

Anonymous said...

Memang la penunggang motosikal yang banyak mati, tapi yang langgar motosikal ni siapa? Bukankah lori, bas, kereta, van dan yang sewaktu dengannyer. Atuk saya meninggal ketika menunggang motosikal dilanggar van. 20 tahun kemudian cicitnya (anak sedara saya) meninggal dunia hanya 10m dari tempat atuk saya meninggal, dilanggar kereta yang memandu laju (saksi bagitau kereta tersebut juga melanggar lampu isyarat hampir 500m dari tempat kejadian) dan kereta terus memecut tanpa dihadapkan kemuka keadilan sampai sekarang. Bolehkah kita biarkan benda ni berlalu begitu sahaja dan cakap berilah peluang supaya dia berubah. Adakah atuk saya dan anak saudara saya di beri peluang untuk hidup kali kedua? Satu hari nanti kalau perkara initerjadi kepada anda, saya percaya andalah orang yang paling lantang menyokong tindakan keras terhadap pemandu yang tidak beretika ini…

kakbedah said...

AES ni aq x nafikan bagus tp kita kenalah bt kajian lebih mendalam dahulu sebelum melaksanakan.... Kalau la rakyat malaysia ni mcm rakyat negra asing, bolehlah kita pasang tanpa ada masalah... Masalahnya, we' re Malaysian....

CheWal said...

Laa... sorang lagi yang tak boleh nak berfikir.

AES bukan bertujuan untuk menyaman. Ianya untuk pemandu memperlahankan kenderaan (sbg satu cara mendidik utk ikut peraturan).

Ianya bukan utk menyaman kerana lokasi kamera diberitahu siap dengan koordinat sekali, kamera terpampang secara jelas, papantanda amaran diletakkan. Nak edit GPS dgn memasukkan amaran lokasi kamera pun boleh...

Sebab semuanya diberitahu, sebab itulah ianya bukan utk saman. Kalau utk saman...caranya adalah dengan menyorok dalam semak. CONFIRM 100% nak kutip saman berpuluh juta boleh dibuat dengan mudah.

Sistem ini bukannya satu sistem yg baru. Di negara-negara maju dah lama gunakan... sbb tu pemandu di sana lebih berhemah.

cuba pergi ke UK.... ada lebih dari 6000 kamera AES disana. Lokasinya pula di lebuhraya dgn kelajuan 60 mph (dilebuh raya yg 70 mph, tak banyak sangat), di jalan bandaran yang berkelajuan 40mph dan juga dijalan kawasan perumaha yang berkelajuan hanya 30mph !

errr..tadi ada cadangan utk letak di kawasan 30 km/j ? haa.. di UK mereka letak kamera AES ni di kawasan 30 mph.

Ada mereka bising ? takk.. kalau ada pun bilangannya sedikit. Sebab apa ? sebab mentaliti mereka lain. Mereka suka ikut peraturan, tapi org Malaysia suka langgar peraturan. Sekarang, boleh pulak marah bila nak didik supaya tak langgar peraturan.

kata cari fakta.. tapi kenapa fakta tak tepat ?

Kematian banyak dikalangan motosikal..tapi utk kenderaan lain tetap ada shingga hampir 4,000 orang. Kalau 4,000 orang ini boleh diselamatkan ...bukankah ianya satu kejayaan ?

Kamera AES ini dipasang di kawasan hotspot. Janganlah nak menipu kata kamera ini dipasang banyak di lebuhraya.

Dari 14 kamera yang dah dipasang...hanya 4 di lebuhraya. Selebihnya di kawasan jalan bandaran

Dari 561 kamera hadlaju yg akan dipasang...hanya 63 iaitu 11% sahaja yang dipasang dilebuhraya. Lagi 89% di pasang di jalan bandaran/persekutuan.

So, lihat kpd angka-angka ini... sistem ini utk saman ke atau utk suruh pemandu perlahankan kenderaan ?

Jubalah berfikir sikit. Tak susah pun nak berfikir.

http://www.chewal.blogspot.com/2012/10/sistem-aes-pun-nak-dipolitikkan.html

mie said...

bagi mereka yg jarang guna jalanraya, mmg x de masalah sangat. bagi yg meredah lebuhraya setiap hari utk pergi kerja n balik? membebankan, agak agaklah. AES perlu penambahbaikan.. kalau kena saman banyak.. hehehe alamat x mengundi la.. PROTES.

Anonymous said...

Kawe sebenarnya amat setuju dengan AES ni, lebih2 lagi kalau nk pasang di lampu isyarat. Kelantan tahun depan pasang kata JPJ kelantan.

Ada satu kes depan kawe, budak nakal naik moto, berhenti masa lampu merah, bila turn sebelah kanan habis, sebelah kiri pula.. masa sebelah kanan baru nyala lampu merah, budak tu press moto walhal bukan giliran kami lagi masa tu. jadi budak tu lepas la..yg tak lepas tu pakcik pakai semutar naik moto honda lampu bulat kusyen balut plastik sampah warna hitam, dia mungkin fikir lampu giliran kami (hujau) nyala. Nasib baik la moto2 sebelah kiri tak press kuat2 atau terus pecut (Kereta masa tu baru masuk gear).
Jadi moto2 sebelah kiri banyak stop di tengah2 jalan bagi pakcik tu lalu.

Kalu ada AES, rasanya benda2 camni takkan berlaku. Orang kita memang budiman dan peramah..tapi kalau atas jalan raya, perangai terus bertukar.

Kawe setuju dengan pandangan anon di atas... penungang moto mati sebab kereta dan kenderaan berat lain kebanyakkannya. Dilanggar, digilis, di himpit.. moto ni macam mentimun dan kenderaan berat macam durian..digolek luka, tergolek pun luka.

lagi elok kalau kerajaan letak juga AES palsu, macam cctv palsu.

Pada pandangan kawe, kerajaan rugi billion2 jika rakyatnya mati, ye lah..maut tidak dapat di halang, tapi kita boleh kurangkan. Kalau seorang doktor pakar atau guru atau polis kemalangan dan meninggal..banyak kerajaan rugi disini.

waullahualam.

Apa beza letak AES dengan letak anggota JPJ/Polis tepi jalan? Tapi manusia ni, pesalah boleh 'hulur' duit 'kopi' - lepas. Timbul kesalahan lain pulak. SPRM sibuk lagi.

:D

Anonymous said...

saman RM300 tu terlalu tinggi....rasanya RM100 jadilah. bukan amount yg jadi ukuran. hakikatnya, RM10 pun kita sayang jugaa.....

Anonymous said...

Bagi aku, AES ni bagus... Cuma dia tak sesuai kalau diletak di highway... Ada baiknya kalau diletakkan di Lampu Isyarat... sebab banyak orang yang suka melanggar lampu isyarat...

Anonymous said...

rakyat malaysia...bila diambil tindakkan keburukkan tabiat mereka..macam macamlah komen negative....kurang dividen pun jadi masalah ..ddan macam macam lagi...tukarkan minda anda....Allah menghukum hamba disuatu tempat tidak kira ada yang buat salah atau sebalik nya.....fikir fikirkan lah

Anonymous said...

ayat rbf tu ada betulnya...bukanlah menolak 100%, cuma kaedah tu kena betul...

bak kata che wal, tujuannya adalah mendidik bukan untuk mencari duit

cuma saya sekadar terfikir...masyarakat kita, suka benar memuji orang eropah. yalah, org sekeliling kita ramai yang belajar oversea kan...

mereka puji org eropah ni berhemah. bawa kereta tak mcm kita. hon sana hon sini, rempit sana rempit sini. diorang lah hebat...penguatkuasaan tip top. anak wajib letak dalam car seat. tak pakai seat belt, laju sikit kena saman. puji puji puji..masyarakat kitalah yang teruk..takpelah...

tapi bila kita cuba implement kat sini, uikk kena hentam...padahal tadi sikit punya puji...aduhai...

Anonymous said...

ala rbf byk2 tulisan kau kali ni aku rasa tulisan kau xcerdik.kau nk ajar hasut rakyat malaysia biar langgar undang2 ke?aku rasa apa menteri ckp tu betul,kalau bn komplot nk kutip duit saman dgn psg aes,xkan berjaya bila kamu orang xlanggar peraturan.jgn jd bodoh la rbf.ikot rentak mahfuz.aku dh biasa dgn peraturan AES ni di uk.xde jadi isu.mmg betul chewal ckp kat sini 30mph pun diorg letak cemara.lagi satu nk tambah ade yg menyalak kata kenapa letak kat hiway uk xde letak ..tu pembohong.kat uk ,hiway dia pun byk letak dan polis diorg ade unmarked cars.bmw biasanya.dlm tu ade camera.hang bwk laju diorg akan tangkap.duilu msia buat saman ekor mmg aku bantah.yg aes ni aku sokong 200%.cuma baiki pelaksanaannnya.tlgla rbf jd la cerdik sikit.undang2 tetap undang2.jd ikot sedap nk ikot undnag2 yg kita suka dan langfar undang2 yg kita xsuka.

Anonymous said...

Tak ku sangka rbf yg selama ni ku sokong bodoh mcm parpukari jugak...hai nampak gayanya takde beza portal pro aljuburi dgn rbf...

Anonymous said...

Wahai rbf super bangang....risiko utk kemalangan motosikal adalah 7 kali ganda berbanding kete..apa maksudnyer..meh sini aku ajar hang..maknanya kalau ade 8 kemalangan dan jika 7 drpdnya babitkan motor maka itu break even.tapi kalau jumlah kemalangan 8 tp hanya 6 daripadanya moto..maka kereta lagi teruk pemanduannya..so bayangkan dari 30000 kemalangan ...cuma 53% jer moto iaitu lebih kurang 150000 buah terlibat...maknanya ape bahalul..maknanya selebih tu adalah kenderaan 4 roda yang menunjukkan ratio 1:7 tidak terpakai..yg sekaligus menunjukkan kenderaan bukan motorsikal lagi teruk pemanduannya..paham? Aku pham kalo ko x pahambsbb ko pun bangang mcm puak aljuburi

Anonymous said...

ada yang bersetuju, ada yang tak bersetuju,tapi yang aku tak faham kenapa sampai ada yang sampai mencaci cela, memperbodohkan orang lain?

Aku rasa RBF sekadar mahu mendidik rakyat agar peka terhadap tindak tanduk kerajaan, menjadi pengkritik yang bijak ..
Kita sering mendengar bahawa sesuatu pelaksanaan projek itu semata mata dicadangkan oleh pihak pihak tertentu yang nampak keuntungan daripada kesan dan pelaksaan .. itu sebenarnya yang dibantah sdr RBF ..
Saya bagi catu contoh.. syarikat A punya idea bagaimana nak dapatkan keuntungan kepada syarikatnya.. maka mereka pun mulalah memerah otak, dan hasilnya mereka dapat idea bagaimana nak memperkasakan warung warung yang bertaburan dan tidak teratus dan kemas. Maka dicadangkan kepada pihak PBT agar buat begini dan begitu, syaratnya syarikat mereka mendapat hak membekal kereta sorong.. bukan idea itu tak bagus, tapi niat awal mereka cuma nak cari untung..pastinya harga yang ditawarkan bakal menjadikan syarikat untung besar. Apakah pihak PBT tidak boleh berfikir idea yang sama?..
Sama juga kesnya dengan pembelian lori sampah oleh kerajaan negeri Selangor.. sama jalan ceritanya juga ..

aloya said...

Bagus ada AES, driver kat KL ramai yang mcm pukimak, laju pastu langgar lampu merah! cm sial

Kali ni wa tak sokong lu RBF, AES ni bukan ada sepanjang jalan..jalan tertentu je...agak2 nak laju pun, lepas kamera tu ko belasah la..

betul mcm Nawal cakap tu, AES bukan disorok..siap ada papan tanda lagi bagi amaran..

orang bodoh je menambah kelajuan lepas nampak papan tanda tu..

Tyko Kampung said...

Tak mau marah-marah dan tak mau jugak maki hamun....

Bagi la peluang kat AES ni. Belum pun setahun dilaksanakan. Lepas tu baru kita banding statistik. Matlamatnya nak mengajar kita patuh undang-undang. Kalau kita patuh, tak la kita kena saman. Had laju sesuai atau tidak, itu soal yang lain. Kita jangan campur aduk kan dengan isu mengajar ni.

Pada kita yang dah bertahun memandu ni memang agak susah untuk terima tunjuk ajar tapi kita harap anak-anak muda yang bakal jadi pemandu seperti kita ni dapat belajar untuk patuh undang-undang. Jadi untuk 10 tahun akan datang, mungkin akan bertambah jumlah pemandu kita yang patuh pada undang-undang. Maka mungkin selepas pemandu-pemandu veteran seperti kita ni dah pupus, yang tinggal hanyalah mereka yang memang telah terdidik untuk patuh undang-undang.

"Saudara RBF ada anak tak?"
"Berapa umur anak saudara?"
"Saudara RBF tak suka ke anak-anak jadi pemandu berhemah di kemudian hari?"

Maaf la kalau ada yang tersinggung.....

dol.mat said...

Apahalnya? Belum apa2 dah nak komplin sistem AES. Sistem tu baik utk mendidik pemandu kita yg kebanyakkannya kurang ajar bila memandu. Hanya sistem serupa itu saja yg boleh ajar dan didk cara memandu rakyat Malaysia. Usah pertikaikan benda yg baik. Saban tahun banyak nyawa terkorban.Jadi, fikir2kan lah. Jangan nak ikut rasa hati dan mahu orang ikut selera kita. Jika tak sesuai dengan selera kita, kita bantah melulu.

MIRA EDORA said...

INILAH DIKATAN MENTERI YG TAMAK DGN DUIT DAN JAWATAN SAHAJA BKN FIKIR APA YG RAKYAT MAHU. BAHAYA GILA ADANYA MENTERI SEPERTI YG PASTI AKAN MENYUSAHKAN DAN KALAU NASIB TAK BAIK PAKATAN DAPAT PELUANG PERCUMA UTK AMBIK KESEMPATAN DHN KEBODOHAN MENTERI PENGANGKUTAN KITA NI. ANWAR TUNGGU AJE GREEN LIGHT UTK TAWAN PUTRAJAYA LAGI NAK CABAR RAKYAT BAIK UMNO JAGA SIKIT DGN YB DATO' SERI KONG CHO HA JGN SEDAP MULUT AJE DIA SURUH RAKYAT TUKAR KERAJAAN.

adik 80 said...

ini sah2 nampak mcm barua pakatan aje blh cabar rakyat suruh jgn sokong AES tak ke bodoh namanya ajar sesuatu yg menentang kerajaan dan sekaligus bagi peluang kat pakatan haram niambik kesempatan.

kelly eng said...

kalau seorang yg btl2 educated dia takkan keluarkan stament gila mcm tu yg blh mendatangkan bahaya pada parti. ni kan sesuatu yg bodoh lagi bangang.

kelly eng said...

apalah Yb Dato' Seri Kong Cho Ha nama aje menteri pengankutan tapi ckp langsung tak guna otaklah. belum apa2 dah nak complain sistem AES. bagus apa kan ramai pemandu yg kurang ajar semasa memandu bolehlah krg sikit kalau asyik kena saman nanti mungkin mereka akan takut sikit, jgn cepat melatah sblm cuba dulu.

dol.mat said...

kalau seorang yg btl2 educated dia takkan keluarkan stament gila mcm tu yg blh mendatangkan bahaya pada parti. ni kan sesuatu yg bodoh lagi bangang.

Anonymous said...

ohh... kalaulah sebab ini Pakatan Rakyat menang, maknanya bukan Menteri ini yang bodoh, tapi rakyat yg bodoh dan tak bertamadun sebab sanggup memilih untuk melanggar peraturan dan bersama dengan mereka yang nak rakyat langgar peraturan.

Sebab itulah Tun Dr. Mahathir kata "Perjuangan belum selesai". Perjuanganyang dimaksudkan adalah perjuangan untuk menukar mentaliti masyarakat supaya menjadi masyarakat yg sentiasa berfikir,matang,berhemah dan mematuhi peraturan.

Kalaulah inilah mentaliti majoriti yang tak suka kpd AES.... memanglah 'Perjuangan Belum Selesai'

Anonymous said...

Memang akan ada yang memecut selepas melalui kawasan kamera AES. Malah di luar negara pun pemandu membuat perkara yang sama.

tapi...yg bezanya adalah, sikap untuk memperlahankan kenderaan telah ada. dan Untuk memperlahankan kenderaan di kawasan kamera, kenderaan tersebut perlu berada dalam kelajuan yg munasabah, kalau tak, tak sempat nak capai speed yg dikehendaki, so, sekurang-kurangnya, pemandu ini tidak akan memandu dgn terlampau laju sebelum sampai ke kawasan kamera.

kemudian, sikap ini akan berterusan dan lama kelamaan menjadi rutin hidup. Apabila kawasan berkamera ini agak meluas, maka masing-masing pun dah malas nak pandu dengan terlampau laju (mungkin laju sedikit sahaja di kawasan yg tiada kamera)

maka...perubahann sikap dah wujud dan mungkin pemandu di Malaysia boleh menjadi spt pemandu di UK

dan... jadilah masyarakat kelas 1.

selepas diberitahu,diletakkan papantanda, terpampang kamera dgn jelas...kalau masih nak pandu laju jugak itu namanya ...B*D*H.

jangan takut... kamera ini boleh menangkap walaupun pakai kerea mewah yang dipandu terlampauuuu laju.

kawan saya di tangkap kamera AES apabila memandu pada kelajuan 189 km/h (merujuk kpd gambar yg diberi). Tak payahlah dengar cakap pembangkang, mereka tak mahu berfikir.

So, cuba-cubalah berfikir.

MIRA EDORA said...

APA MASALAHNYA KALAU ADA AES KAN BAGUS INI SECARA TAK LANGSUNG DAPAT MENDISPLINKAN PEMANDU2. AKU RASA BAGUS APA ADA SISTEM AESKAN SBLM NI PUN KITA IKT UNDANG2 YG KITA BELAJAR SO FOR WHAT WE AFRAID JHN LANGGAR UNDANG2 SUDAH.

DON MELAYU said...

wow!wow!terutama sekali aku nak ucap tahniah kat ko RBF sebab aku memang tertarik baca artikel ni wlaupun agak panjang,pada aku kau bkn nak mnentang kerajaan cuma nak mmprbtulkn apa yg salah..tahniah bro,kau tulis dgn pnuh fakta yg tepat dan berisi smpaikn byk btul org yg kpanasan dgn tulisan kau..

kpd anon2 yg membantah pula,jangan jadi kurang cerdik saudara2 sekalian,cuba saudara2 semua baca betul2 artikel ini,ad dnyatakan yg penulis ini tidak MENENTANG 100%,cuma kurang bersetuju ngan CARA pengurusan dan SISTEM AES ini berjalan dan si polan ni jugak ad mnyatakan cadangan2 dia yg aku fikir agak betul jgk antaranya ialah:
Jangan libatkan pihak swasta dalam penguatkuasaan. Mereka hanya terlibat dalam membekal kamera, penyelenggaraan dan latihan kepada kakitangan penguatkuasa kerajaan.

Kempen kesedaran jalan raya hendaklah berterusan dan jangan hanya tertumpu di musim perayaan sahaja.

Banyakkan papan tanda gambar kubur dan jenazah di jalan-jalan atau lebuh raya. Manusia mudah tersentuh dengan kaedah ini.

pada aku sekarang ni klau bab undang2 jalan raya ni kbnykn rakyat dh xheran sebab mereka blh byr saman akan tetapi kita perlu faham knp tujuan saman dikeluarkan adlah utk mndidik rakyat spya berhati2 smasa memandu,bkn utk mencari PENDAPATAN...!!dan pada pndangan aku kaedah yg paling sesuai adlah dgn mnggunakan Psikologi..!!sprti yg saudara RBF nyatakan..

ad jugak anon2 yg meroyan kata sebab tulisan ni BN akn kalah pada PRU..!!what a stupid statement that only can be made by a fool like you!RBF brni mnyatakan pendapat dan pendirian beliau tntang kesilapan kerajaan,tak semua dsar yg dilaksanakn kerajaan itu betul,kdang2 kerajaan juga perlu mndgr pendapat dan mnyelami akibat pelaksanaan itu kpd rakyat dan pendapat semua pihak harus dipertimbangkan bkn hnya mndgr pendapat pihak yg ingin mengaut untung dari projek kerajaan sahaja.

tak salah kalau kerajaan tampil dgn mmbuat penjelasan dan mndapatkn pndangan org ramai berkaitan dgn sistem ini,demi kebaikan bersama..sokongan kita tetap pada BN tp klau kita sygkn BN kita prlu tampil dan mnuarakn pendapat utk kebaikan kerajaan jugak spya rakyat tdak merasa mereka dianiaya..kalau kita nk mengiakan semuanya maka kita ni sama traf lah dgn pnyokong PR yg hnya tahu menjilat pmimpin mreka shj wlaupun dh terang2 ad video,DNA dh trbukti,kantoi dh byk kali,mahukah kita setaraf dgn diorng yg hnya mmntgkan poket mereka shj..

aku rasa anon yg meroyan kat atas tu mungkin lah mereka yg terlibat secara langsung ataupun xlangsung dgn AES ni sebab kan bro tulisan kau ni ibarat mncucuk jarum trus ke jntung mereka..

dan satu lagi BN xkn kalah hnya krn isu ni sebab kita BN xmkn duit rakyat utk beli BAS mewah ataupn utk beli jet peribadi..AES ni dh btul tp cara PELAKSANAANnya yang xbetul..

Anonymous said...

AKU RASA RAMAI YG TAK PAHAM APA YG RBF TULIS. LEPAS TU SIBUK NAK BODOHKAN ORANG LAIN. HORMAT ORANG LAIN LA SIKIT. AKU RASA RBF SANGAT SETUJU DGN AES NI. TAPI KALAU BOLEH, KENALAH DILAKSANAKAN DGN BETUL. RASANYA MASIH ADA RUANG UNTUK KITA PERBAIKI SISTEM AES NI (YG ASASNYA BAGUS), ATAU SECARA KESELURUHANNYA MEMPERBAIKI SISTEM JALAN RAYA SAMBIL MENDIDIK RAKYAT/PEMANDU DI JALAN RAYA.

1. BIARLAH KERAJAAN ATAU MANA2 BADAN KERAJAAN YG MELAKSANAKAN AES NI. BUKANNYA OLEH MEREKA YG ADA KEPENTINGAN LAIN. IMMEDIATE PUNISHMENT: MAKLUMAN SAMAN KENALAH DIBUAT DGN PANTAS. JGN NANTI SURAT SAMAN SAMPAI RUMAH DAH BERBULAN BARU TAHU ADA 5 - 6 SAMAN. GUNA INSTANT SMS KE (BOLEH LINK DAFTAR PEMUNYA KENDERAAN DI JPJ). YG NI SAHIH MESTI TAUBAT TAK LAJU LAGI.

2. BUKAN SAHAJA DITEMPATKAN DI KAWASAN KEMALANGAN ATAU SIMPANG BERLAMPU TRAFIK, BAHKAN BOLEH LUASKAN PENGGUNAAN AES NI DI KAWASAN YG SERING KITA LIHAT ORG POTONG QUEUE KETIKA WAKTU PUNCAK (CONTOHNYA DI SUSUR MASUK/KELUAR LEBUHRAYA KESAS KE SIMPANG KEMAJUAN DAN KESAS KE MAJU EXPRESSWAY).

3. ZAMAN DAH BERUBAH. KERETAPI LAJU SAMPAI 250-300KMJ PUN KINI TAKDA HAL DAN LEBIH SELAMAT DARI NAIK BASIKAL. JALAN RAYA PUN DAH MAKIN BAGUS SKRG. JADI, PAK MENTERI, PERTIMBANGKANLAH HAD LAJU YG LEBIH TINGGI SEDIKIT DRPD 120KMJ (HANYA) DI LEBUHRAYA (DAN JIKA PERLU, LETAKKANLAH KAMERA AES SBB ADA YG MASIH NAK PECUT SAMPAI >200KMJ).

4. BUKAN SEKADAR SIGN BOARD REMINDER JER, KALAU BOLEH PAPARKAN KELAJUAN KENDERAAN SEBENAR SEPERTI DI SESETENGAH LEBUHRAYA TU. BOLEH LETAK DIMANA2 PUN. KADANG2 TGH SYOK BAWAK KERETA LUPA SPEED DAH CECAH LEBIH HADLAJU. SETUJU DGN RBF UTK LETAK IMEJ 'NGERI' UTK KITA RASA INSAF. MCM 'IKLAN' DI KOTAK ROKOK, SBB NAIKKAN TAX ROKOK BANYAK MANAPUN BUKANNYA DPT MENGAJAR ORG SUPAYA BERHENTI TERUS. DAH HABIT. SAMALAH MCM BAWAK KERETA LAJU. SAMAN PUN KDG2 TAK DPT MENGAJAR YG KONONNYA DAH JADI PEMANDU F1 DI JALAN2 RAYA.

5. HARUS KITA INGAT LAJU SAHAJA BUKAN PUNCA KEMALANGAN. (AKU PUN PERNAH ACCIDENT, TAPI TAK LA BAWAK LAJU PUN: SATU SBB TERLEKA/NGANTUK SIKIT PULAK TU, LALU 'TERSONDOL' BUMPER KERETA ORANG; SATU LAGI HARI TU HUJAN LEBAT, BUNGA TAKDA, TAYAR DAH KURANG MENCENGKAM, SO SKIDDING BILA MEMBREK. SO BUKAN SBB LAJU ORG EKSIDEN. KADANG2 SAMBIL MEMANDU SIBUK NAK TUKAR STESEN RADIOLAH, MAKAN LA, BERSOLEK LA, SMS LA, BERGADUH LA, DAN MCM2 LAGI YG BOLEH MENYEBABKAN ACCIDENT. AKU PERCAYA TUMPUAN (ALERTNESS) PADA PEMANDUAN TU YG BOLEH ELAKKAN DARIPADA KEMALANGAN. TAPI KALAU DAH LAJU SGT, RUANG UTK BERFIKIR DAN BERTINDAK TERLALU SINGKAT. MAKA ...

AKU RASA BAB AES INI SEBENARNYA TAK KENA MENGENA DGN POLITIK PUN. SO JGN KATA YG SOKONG AES NI ORG BN DAN YG TOLAK NI PEMBANGKANG. TAPI AKU PERCAYA RAMAI YG NAK AES NI DILAKSANAKAN, DAN TAK KURANG YG SETUJU IA MASIH BOLEH DIPERBAIKI! BETUL?

Anonymous said...

Siapa yg kata RBF bodoh tu la yg bodoh. Bodoh sbb main ikut jer. Kononnya nak ikut undang2. Undang2 manusia ni bukannya tak boleh diubah Bang oi!

Benda ni ada dua. satu undang2, dan satu lagi penguatkuasaan. AES adalah penguatkuasaan, dan 80kmj di Hiway tu undang2. Kalau undang2 tu kurang sesuai, kita ubah la sikit.

Begitu jugak dgn hal "2 Saat" tu. Kalau boleh ubah sikit dgn masa yg sesuai. Perbaiki la dgn timer/counter ke.

Kita perbaiki modus operandi AES ni dgn kerajaan yg pantau. Bukan org yg berkepentingan.

Nak didik pengguna jlnraya, kenalah enfoce on kumpulan sasar. Motorsikal yg salah masuk lorong kenderaan. Mana kamera yg boleh pantau? Padahal dah ada lorong khas motorsikal. Silap haribulan tergesel lori, mati katak.

Lori pulak, bawak lebih muatan, susah nak kontrol kalau dah berat sangat. Dah tu jln cepat rosak. Tapi masih bawak laju, lebih dari yg dibenarkan (dgn muatan). Samala dgn bas express pelesit. Yg ni AES boleh pantau ke? Aku rasa AES pun belum 'berakal' lagi. Tapi yg ni la banyak masuk statistik maut.

Buatla AES ni. Buat. Aku peduli apa. Siapa nak laju, langgar lampu merah, BAYAR la.

Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai.

p/s Ada yg takut kena potong tgn kalau hudud dilaksanakan. Habis tu kenapa mencuri?

Akupuntakfaham said...

Macamni lah. Sekadar cadangan saja. Tujuan pemasangan untuk mendidik, kan? Cuba teruskan dengan yang ada tetapi guna sistem merit. Belum perlu bayar saman dulu. Maksudnya jika seseorang pemandu yang popular setelah terima 3 saman ke atas - hadap ke mahkamah dan bagi publisiti besar-besaran untuknya. Jumlah saman terkumpul bukankah sudah cecah 900? Tambahkan segala kos mahkamah tu sekali.

Sekurang-kurangnya saya bagi cadangan untuk penambahbaikan, mungkin ada cadangan yang lebih baik. Penambahbaikan, penambahbaikan, penambahbaikan. Ingat tu.

Anonymous said...

menunggu jawapan rbf...

Anonymous said...

DEMI UNTUK PENAMBAHBAIKAN :

CADANGAN SAYA PULA : TIADA LAGI DISKAUN ATAU REBAT ATAU BULAN PENGAMPUNAN UNTUK SESIAPA SAHAJA YANG TELAH DISAMAN. BLACKLIST TERUS.

NI TIDAK..ASYIK2 BAGI DISKAUN. ASYIK2 BAGI PENGAMPUNAN..SEBAB TU LA PESALAH LALULINTAS NAIK TOCANG!

Anonymous said...

Sebelum ini sesetengah dari kita mungkin pernah memaki hamun dan menyumpah seranah polis yang menyorok di dalam semak dan di bawah jambatan. Polis yang menyorok semata2 nak tangkap gambar pemandu laju. AES pun lebih kurang sama je SOPnya cuma kali ni manusia diganti dengan mesin. Inilah punca yang buat rakyat marah kasi saman secara sembunyi2.

Cuba bayangkan kalau skuad pencegah maksiat ketuk pintu rumah anda semata2 untuk check sama ada anda berkhalwat atau tidak.Anda marah tak? Datang ke rumah anda dengan niat semata2 untuk menghukum. Lainlah jika sengaja buat maksiat secara terbuka di taman2 bunga atau panggung wayang.

Anonymous said...

hehe biasalah rbf, sekali sekala kena jugak hentam dgn team sendiri kan...maybe tajuk kau tu menggunakan istilah rakyat, dan kau beranggapan semua rakyat menentang AES. mcm jugak perangai pembangkang yang tak habis2 kata ketuanan rakyat, padahal rakyat tu diorang je, bukannya majoriti rakyat. lainlah kalau rbf dah berkira2 nak isi borang PAS....

Anonymous said...

Ada pro dan kontra dalam isu AES. Saya percaya 'Menteri Pengangkutan TIDAK Cuba mermain Api Dengan Mencabar Rakyat'. Jika dilihat dari segi positifnya kenyataan tersebut ada kebenaran. Tetapi biasalah mentaliti kita masih ditahap yang sama seperti dahulu yang lebih suka melihat dari sudut negatif untuk jangka masa pendek.

Kemalangan jalan raya yang melibatkan kehilangan nyawa bukan sesuatu yang asing di Malaysia. Puncanya kerana sikap kita bila dijalan raya. Kita tidak mematuhi undang2 dan peraturan yang digubal semata2 untuk kebaikan. Sikap 'takutkan polis' menjadi amalan banyak pengguna jalan raya sedangkan polis atau agensi2 lain yang terlibat hanya bertindak sebagai penguatkuasa undang2.

Seorang pegawai asing pernah berkata kepada saya ' Rakyat Malaysia adalah diantara oarng yang paling bersopan santun dan menghormati orang lain. Tetapi dijalan raya mereka umpama oarng yang hilang akal'. Kenyataan itu adalah satu kenyataan jujur dari pandangan orang asing yang bekerja di Malaysia.

Saya berpendapat selagi pengguna jalan raya tidak mengubah sikap mereka, ciptalah apa pun sistem, buatlah apa juga undang2 dan peraturan nescaya tidak akan mendatangkan kesan.

mtk

Anonymous said...

Rbf mendidik rakyat?? Adoi kelakarnya dengar...hadlaju tu memang dah bertahun kat tempat tu cuma dulu penguasaannya secara berkala...tapi dgn AES ia menjadi senantiasa....ni bukan mendidik tapi more to personal interest sbb takdapat rembat laju ....kelakar tgk inteletual RBF dan penyokongnya...kesian betul...

Anonymous said...

Satu soalan pd rbf...kalo tmpt yang ade aes hadlaju nyer adalah 130km/j ke atau 160km/j ke...agak agak ade bantahan dr anda tak? Fikir2kan mr.rbf the hypocrites...

Anonymous said...

siapa yg bermain api ni...menteri pengangkutan ke rbf?

Anonymous said...

salam...

pasal AES nih...daripada kita tukar kerajaan...elok kita desak jer kerajaan tukar Ketua Pengarah JPJ dengan Menteri Pengangkutan tuh...amacam...????

bro yul said...

Datuk Najib selalu bercakap pasal zaman dah berubah dan kita perlukan transformasi. Betullah tu....sekarang zaman dah berubah, kereta makin canggih, sistem keselamatan bagus-bagus, lebuh raya pun cantik. Tak logiklah kalau kita masih nak terikat dengan undang-undang had laju yang digubal di zaman filem Tiga Abdul....

aku stuju dngn kata2 nie zaman dh berubah open la sikit wahai jpj dan menteri pengakutan yg kurang cerdik....gubal la udang2 baru biar sama dngn peredaran zaman....jgn membebankan rakyat dngn aes nie...

Anonymous said...

dulu kalau xsilap aku isu saman ekor kau bising juga rbf,ini isu aes kau memekak juga..kau ni nk udnag2 yg mcm mana sebenanrnya?

Anonymous said...

Yang kata kereta dah maju dah moden. Had kelajuan terlalu rendah untuk knderaan canggih. Perlu naikan had kelajuan yg lebih tinggi.

Kenyataan itu kurang tepat dan bersifat individu.

Tak semua rakyat ada kereta yg 'canggih'. Banyak kereta lain yg kurang ''canggih' yang masih diguna pakai.

Anonymous said...

RBF main cili api cabar kebodohan rakyat.

Anonymous said...

AKU SANGAT SETUJU DENGAN RBF ... betul bro ni la yang patut PK kan.

Anonymous said...

nak menambah sedikit, kalau warga thai dan singapore yang kena mcna? kerajaan nak kutip mcna plak? cuba keluarkan plak statistik kesalahan warga luar yang buat kesalahan dalam negara ni dan tak bayar lagi. confirm byk

Anonymous said...

Menteri ada masyuk kot...tak habis2 dengan masyuk. Sebatulah pembangkang menang PRU 12 dulu...Meluat aku kepada menteri2 BN... Nak sokong BN lagi kalau macam ni punya masyuk...

Najib restu kot semua nie...???

Anonymous said...

Setahu aku 5 je benda wajib yg CONFIRM kena tanggung bila PK nak memiliki kereta di mana2 kt seluruh dunia..

1) Bayar ansuran keta
2) Bayar Roadtax keta
3) Bayar Insurans keta
4) Isi petrol
5) Bayar service / maintenance

Di Malaysia, ko kena tambah SATU lagi

Bayar saman AES.. minimum 300. Bayar, jgn tak bayar. Kalo tak, masuk mahkamah, end up dlm lokap. Ko sokong kerajaan ke rakyat, huh? Hah.. sokonglah lagi!!

Anonymous said...

Manusia memang pelik.

1. Kalau had kelajuan kenderaan menjadi punca, kenapa kenderaan berkemampuan melebihi 110 km/j diluluskan oleh JPJ untuk jualan? Kalau menjual dadah dikenakan 39B, menjual kenderaan jauh lebih bahaya.

2. Statistik menunjukkan kemalangan terbanyak melibatkan motosikal di kawan bandaran tapi AES diletakkan di highway. Pelik, kerana seperti pepatah Inggers "You don't fix it if it ain't broke".

3. Bukan saman ekor telah dimansuhkan oleh mahkamah? Oh ya, ini bukan aman ekor, ini AES. Saya silap.

4. Bagaimana Pak Menteri nak bayar saman yang banyak sedangkan gaji mereka kecik? Diorang laju woo...

5. Pak Polisi buat speed trap menyorok macam sniper. Kemalangan tak turun pun. Dengan AES di tempat yang strategik, diharap kutipan amat membanggakan mengalahkan perolehan Petronas.

6. Hitler betul - ekonomi negara dapat dimajukan dengan kenderaan rakyat dan autobahn. Kita kena bayar installment bank, raod tax, insurans, minyak, maintenance, parking, tol, saman sebab semua orang nak saman, AES dan duit kopi. Pergh. Kreatif sungguh.

7. Kenapa AES tak dipasang secara pukal di kediaman orang kaya dan Pak Menteri seperti di Damansara atau Putrajaya tapi banyak di tempat orang marhaen seperti saya? Oh ya, diorang tak ramai dan semestinya kutipan kuran...

8. Ini adalah pelaburan yang paling untuk negara. Jual AES lagi senang daripada jual orang.

Anonymous said...

Good article RBF! yang komen2 duk meroyan kutuk RBF tulah sebenarnye dah buta hati..x boleh nak terima alternative view..bile bersuara sikit je terus dikecam pembangkanglah apalah..apalah salah kalu dinilai apa yang RBF utarakan tu untuk kebaikan semua..dia bukan tentang AES pun, tapi mempersoalkan kaedah pelaksanaannye..yang tu pun x boleh nak paham..inilah yang dipanggil bodoh sombong..

AJ