Saturday, October 27, 2012

Lagi Kisah Si Asri Ulama Busuk Hati....


Dipetik dari agendadaily.com

Sejak kebelakangan ini bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat begitu agresif melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) termasuk kenyataan terbaru bahawa Ulama yang menyertai UMNO 'hanyut'.

Perbezaan pendapat antara keduanya dilihat ketara selepas ILMU mengeluarkan pandangan menolak demonstrasi jalanan (dalam konteks ini merujuk kepada Bersih 2.0) sebagai satu pendekatan yang diterima Islam. Berbeza dengan Dr Asri yang mengeluarkan pandangan menyokong perkara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Ilmuwan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas perkara tersebut mempersoalkan motif kenyataan tersebut.


“Saya tak paham apa dia (Dr Asri) punya motif dan apa dia punya tujuan. Saya kira saya tak mahu cakap dan membuat andaian bagi mengelakkan saya membuat tanggapan buruk kepada saudara se-Islam saya” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai idea penubuhan ILMU suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan ia adalah merupakan cadangan Dr Asri sendiri.
 
“Ya, dia adalah 'mastermind', untuk penyertaan ulama dan ilmuwan muda ke dalam UMNO, dia antara orang yang memberikan cadangan awal dan mengharapkan ilmuwan-ilmuwan bersama-sama dengan UMNO. Itu memang idea beliau yang saya tidak menafikan”

Walau bagaimanapun Dr Fathul turut mengatakan ILMU telah ‘diserang’ dengan pelbagai tuduhan dan kritikan secara berterusan dan ia adalah merupakan satu perkara yang keterlaluan.

“Berlaku keganjilan, penyertaan kita (ILMU) ke dalam UMNO, bahawasanya (mengharapkan) ia akan memberikan impak yg positif kepada politik negara. Tetapi akhirnya kita diserang oleh beliau (Dr Asri). Sehingga digambarkan sebagai pengampu, ulama kerajaan, bahaya dan hal yang sewaktu dan seumpama dengannya.

“Jadi kita melihat perkara tersebut telah keterlaluan, kita menjawab dengan beberapa patah perkataan, dan wallahualam, mungkin beliau sendiri merasa kecil hati dengan kenyataan tersebut sehingga berlaku cabar mencabar, debat dan sebagainya.

Dr Asri juga dilihat seolah-olah ‘menyindir’ ILMU di dalam halaman twitter beliau, kerana tidak hadir di dalam program debat anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lalu.

Dalam masa yang sama Dr Fathul Bari menegaskan adalah "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai UMNO "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan Dr Asri, Fathul yang menyertai UMNO lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai UMNO dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau dipetik dari Sinar Harian.

Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai UMNO tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam UMNO.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.-25/10/2012 OLEH ZULKIFLI RAWI

55 comments:

Pemikir said...

Harap tajuk sebegini dielakkan... dua dua ulamak ini banyak persamaan. Sekali sekala berbeza... udahlah di besar besarkan. Www.suarapemikir.blogspot.com

REZAB Tanah Melayu said...

SALAM PERJUANGAN
pohon dipautkan http://rezabtanahmelayu.blogspot.com
dalam blog tuan

Terima kasih.

Anonymous said...

Ada jugak barua penjilat asri

Anonymous said...

perkara ni boleh dilihat dari perspektif yg mudah...

klu org yg dilihat berilmu tetapi mengeluarkan kenyataan atau idea yg sempit, idea yg tidak matang dan bijak.... org begitu mmg ada ilmu sb dia pemegang PhD, tetapi tidak semua org berilmu itu beramal dgn ilmunya...

tidak baik hanya memiliki ilmu jika rendah amalan terhadap ilmunya...

asri ni mmg umum tau org yg berilmu...tetapi pcakapannya tidak menggambarkan amalan terhadap ilmunya...

sepatutnya ulamak MEMAYUNGI UMAT, ulamak meredakan kekalutan umat, mententeramkan umat... bukan mencetuskan perbalahan dikalangan umat...

so asri...bawa2 la muhasabah diri dgn ilmu tu....

aku amir

Anonymous said...

asri ni nak orang semua pakat tanya dia...kalau geng ILMU join umno pun kena tanya dia dulu gak sebelum kluar apa apa kenyataan.yang dalam Pas pun kena tanya dia gak sebelum keluar apa apa kenyataan.kiranya dia ni kalau boleh nak jadi pakar rujukan antara kedua dua parti.

tapi alih alih takde sorang pun tanya.tu yang dia hangin semacam tu nak jadi master tak tercapai.wahabi memang macam tu nak jadi yang atas jer

Anonymous said...

Amat malang Asri terperangkap dgn nafsu memanjat tempat yg tinggi..walaupun itu haknya..namun bukan cara meremehkan orang yg telah dipandang tinggi oleh masyarakat Islam ... Tidak semestinya Asri akan menonjol hebat dengan meracau orang yg dah terzahir alimnya..Dulu dia gunakan hentaman Astora...Nakhaie..El Muhamady..namun dgn Ust Dr. Hanafie dia terkedu..sikit.
Asri ni ..kita doakan agar dirinya mendapat menafaat dari ilmu yg dipelajari dan dapat Ummah terdidik perkaranya benar dalam Islam..
Pada Ilmuan..teruskan dakwah tuan tuan..pada Ummah dan pemimpin..kami amat berharap hasil kebaikan yg pasti akan menyelamatkan Islam diMalaysia ini.. biarlah seorang ini dgn labunya...Ummah itu lebih penting dari melayan karenah mereka yg bernafsu tanpa tepian ini...
Peringatan..debat yg disyorkan itu hanya nak digunakan untuk melonjakkan namanya yg dah samar disebabkan nafsunya... Masyarakat masih jahil dalam hukum hakam..tetapi amat alim dalam menilai karenah nafsu ini..sebab ummah amat ikhlas dalam mencari kebenaran...
Yang tersasar pasti terhidu..dan yg benar jua akan dapat bertempat.
Pada Asri.. fikir fikirkan lah..ramai lagi Dr dan mualim yg adil dan ikhlas terlahir dewasa ini.. dan merekalah penyelamat ummah dan pemimpin..insyaalah.

Anonymous said...

Alhamdulillah... kesan dakwah yg tidak mempedulikan fitnah ramai..oleh ulama muda.. plus RD group... menitik beratkan Quran dan sunnah ... maka dapat amalan sunnah yg ditinggalkan lama telah hidup kembali..iaitu solat raya di kawasan terbuka..Insyaalah tahun mendatang ..banyak tempat akan mengikutinya..sehingga ia akan menjadi amalan biasa diNegara ini..
Ucapan tahniah dan berterima kasih kepada Ulama Ulama ..yg begitu konsisten mengembalikan Assunah..

Wak Canang said...

Assalam tuan,

Minta dipautkan blog saya kepada blog tuan. Blog tuan telah saya pautkan. Harap diperkenan. Terima kasih, tuan.

http://www.inigoblogpolitik.com

usin said...

apalah agaknya yg maza ni tak dapat sampai boleh serang ILMU mcm tu sekali. tak dinafikan lagi besar ilmu agama seseorg itu, lagi besar pangkat iblis yg ditugaskan menggodanya. hrp selepas ini maza akan berlapik dalam mengeluarkan pendapat samada menegur umno atau pas, begitu juga kerajaan.

Siti Humaira said...

Sbnrnya dlm kes ini Fathul Bari yg lantang mengeluarkan fatwa yg meragukan..

Ptama) sbg cth menfatwakan perhimpunan Bersih itu haram.. maka dr maza sbg agamawan dn ahli akademik mengatakan fatwa itu kterlaluan.. dalam soal ini, siapa yg mencari pasal dgn keluarkan fatwa sesuka hati? Sudah tentu Fathul Bari..

Kedua) tafsiran menegur pemerintah oleh Fathul Bari yg hanya mengfokus kpd dgn cara senyap dan x boleh secara terbuka jelas menunjukkan Fathul Bari tidak berlaku adil krn betapa byk wujud dalil dan hujah nas dr Quran, Hadis dn athar sahabt yg menunjukkan bhw boleh menegur pemimpin dgn cara terbuka..jadi Dr Maza memberi penerangan yg lebih adil mgatakan boleh bdasarkan hujah2 dr Quran, hadis dn athar shbt dan fatwa Fathul Bari adalah keterlaluan..dalam soal ini, siapa yg berwenang mengeluarkan fatwa sesuka hati? Sudah tentu Fathul Bari..

Inilah yg dimaksudkan oleh Dr Maza bhw ulama muda UMNO telah hanyut dn berlaku tidak jujur smata2 mahu myokong pemerintah.. mgapa? Kerana mengambil dalil nas yg menyokong mereka dan sengaja mengabaikan dalil nas yg tidak menyokong mereka..

So dlm soal ini, bukan dr Maza yg menyerang Fathul Bari.. tetapi Fathul Bari yg menyerang Islam dgn fatwa dan pendapatnya yg mengelirukan..Dr Maza bertindak defend agama, dan hanya berlaku jujur thadap agama dan menegur Ulama Muda agar tidak hanyut dn lemas terus..

Jika anda jujur dgn diri sendiri, anda tentu bersetuju bhwa semua perkara ni berlaku disebabkan fatwa2 Fathul Bari yg mengelirukan sejak dulu lagi..

Saya percaya, jika Ulama Muda UMNO tidak ditegur, jgn kan hanyut, confirm lemas terus..

Siti Humaira said...

Bagi aku ada betulnya apa yg dr maza bgtau.. dlm soal ini, kebenaran x perlu ditutup dan x perlu ditakuti.. jika Fathul Bari benar, maka dia perlu bersemuka dgn Maza bukan melarikan diri..ini yg aku nampak..

Lagipun tafsiran menegur pemerintah oleh Fathul Bari dgn cara senyap x relevan.. tafsiran Fathul Bari terkebelang bukan ke depan..inilah kejumudan Fathul Bari yg amat ketara..bwgitu juga wd ulama ILMU yg laij

Spt Ustaz Idris, Ustaz Mat Malaya, dn tbaru ahli majlis syura ILMU menerima Rasul Dahri pula.. golongan berfahaman Wahabi ini bulan shj menghina Imam Gazali, malah Rasul Dahri sudah difatwakan sesat di Singapura, dan difatwakan membawa akidah menyeleweng oleh Jakim sendiri..

Inilah masalah ulama UMNO.. sorry to say, jujurnya bg aku semuanya menunjukkan bhw ulama Muda UMNO mmg hanyut..

Anonymous said...

fatwa tak boleh wewenang kluarkan oleh individu...hanya badan fatwa sahaja yg layak....siapa menuduh ust fathul keluar fatwa?...bersih2.0 memang haram!...siapa yg bole nafi dgn bukti?.....beri nasihat dgn cara senyap lebih baik kerajaan mendengar...dari tidak beri petunjuk dan nasihat langsung pbkg terusan tersesat dan menyesatkan!

Ore bunut payong said...

Ego ... Sepatutnya semua yg terlibat duduk berbincang .. Rujuk Quran n hadis ..

Anonymous said...

bukan ulama yg menyertai umno yg hanyut, tapi dr asri sebenarnya yg hanyut dgn dakyah dan janji2 pembangkang terutama pas!

Anonymous said...

Humaira... meneguk diair keruh..sifat anti kebenaran dan kerajaan dibenaknya terserlaah dlm pandangannya...
Sepatutnya pandangan berdasarkan ketetapan Alquran dan hadith.. dan juga akhlak ilmuan.. bukan menyerang dan menudoh..melebel...jangan jadi sifat yahudi yg lebih dari yahudi itu sendiri..
Senyap lagi afdal... Ingat daging Ulama amat berbisa... !

Anonymous said...

bengongnye...tegurlah dgn beradab...klu semua yg menegur cara terbuka akan terjadilah cacarmarba...lgi pon apa motif sebenar apabila menegur kerajaan secara terbuka?ihklas atau ingin menonjolkan diri??yg UFB katakan haram perhimpunan bersih tue sbb ia menjadi tidak aman hingga merosak harta benda dan keselamatan...susah sgt ke nk fhm??

Anonymous said...

Humairah masih ditakuk lama dan dunia lama iaitu suka berburuk sangka dan tidak utamakan sunnah secara keseluruhan...
Nasihat agar 1.. upgrade minda dari pentium 383 ke terbaru...
dan 2.. hindarkan asyikan dgn ustad ustad lawak... 3.. berkahwinlah cepat agar lebih terarah dan matang 4..sekiranya dah berkahwin..taatlah pada laki mengikut sunnah yg sahih... 5.. Puasalah selalu..agar dapat berpuasa mulut dan minda tu...
6.. berpegang kuat pada asas berugama iaitu berbaik sangka..

Moga humaira bukan tergulong dari kejadian yg bukan asal..

Anonymous said...

humaira ni banyak memberi fakta yg salah dan bolih dikatakan percbaan memfitnah.. dalam menyukongnya memperkotak katikkan kerajaan.. Hanya kebetulan isu Maza ..ini digunakan..bukan disokong Maza cara ilmiah tapi saja nak sambung memfitnahkan Ulama lain yg menjaga amanah dalam hak Agama...

Kesian Humaira yg desperate untuk dicredit orng lain...

Asri dah sanggah ramai orang sabelum ini...(cara yg kurang berhemah) untuk popularkan dirinya... ada yg berjaya dan ada yg gaggal..tapi yg pasti dia gagal untuk mengajak pencari kebenaran membudayakan sikap meremehkan ulama yg berlainan nafsu dgn nya...

2 perkara yang shahidan silap memilih permata... 1 dalam KOAM yg memudaratkan persatuan dan yg satu lagi di Pej Agama perlis yg meracau selepas dilepaskan jawatan. Kedua duanya 2X5 walaupun berlainan bidang..tapi bernafsu yg tak bersurut...

Anonymous said...

betui la tu...cara tegur pemimpin secara senyap tak relevan..

bila syeikh nuruddin tegur nik aziz pasal dia kata Nabi tu macam budak kampung,korang banned dia.kata dia memacam.konon suruh tegur secara tertutup bukan secara terbuka dalam ceramah

abih tu,cara mana yang relevan?jadinya tegur nik aziz atau memana pemimpin pkr,pas,dap juga kena cara terbuka la.ooo bila kena kat geng sendiri,semua benda jadi betul.kalau kena kat BN,semua benda jadi salah?

padahal syeikh nuruddin tu tak berpihak kepada memana langsung tapi cukup mementingkan ilmu Islam yang jelas,tu pun senang je korang kata memacam dan masjid yang AJK org pas tak jemput beliau kasi ceramah lagi.

abih kat mananya korang nak letak konon orang pemimpin pas boleh ditegur?baling je balik ayat tu kat muka korang pasal pas memang penipu pun.dia tegur orang boleh,bila orang lain tegur marah melenting plak.

Anonymous said...

orang pr yang takde bukti dan fakta fitnah rosmah perabih duit dan beli belah kat luar negara,najib dgn altantuya pun pencacai dia percaya.....

tapi bila nuwar berahim yang kantoi dengan bukti video lucah dan pelakuan moral liwatnya korang tak caya lak.padahal bukti dah ada depan mata...

takmau buat solat hajat beramai ramai lagi ke tolak fitnah..mana nak tau terbuka lagi bukt baru siapa yang pemfitnah sebenarnya...

Kelab Puteri UMNO Mahu Lingkupkan UMNO said...

Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?


Jika Pemuda dan Puteri UMNO memilih untuk jadi LEMBU,...... Ahli2 UMNO yang sedang aktif atau hanya menjadi pemerhati di laman2 blog ini tetap akan membuat undi protes pada PRU akan datang... Walau apa jua alasannya, mereka tetap akan mengundi Pakatan Rakyat tanpa perlu berdolak dalik... Ini telah dibuktikan oleh Pemimpin2 UMNO sendiri perkara itu akan terjadi... Sabotaj calon UMNO secara total untuk kuburkan parti itu..


Janji Ditepati - Pemuda Dan Puteri UMNO 'Budak Tolol' Dan 'Sampah Parti'

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

~ BUKTI 5 ~

~ BUKTI 6 ~






(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

Faith Ajar said...

Bagi pecacai2 pas nih cuma nik aziz aje yg perlu ditegur secara senyap2...hanyutttt

Anonymous said...

Ada ke apa2 bukti nuruddin tegur nik aziz? Jgn main cakap saja......

Anonymous said...

eleh geng pas bebuat tanya ada bukti ke tak syeikh nuruddin penah tegur nik aziz ke tak?

memang ada dia penah tegor.tapi korang banned dia tak bagi dia bagi ceramah kat masjid yang dikuasai pas.dia tegur secara jelas,jangan senang senang je samakan Nabi dengan budak kampung lengkap dengan hujah dalil lagi.pegi je ikut kuliah beliau dan tanya balik mungkin ada beliau akan jelaskan lagi..

pandai je geng pas minta bukti kan.yang nuwar berahim dah jelas bukti lucah dengan chinadoll boleh plak tak terima.mat sabun penyokong komunis dan syiah bukti ada depan mata,takmau plak terima..

konon nak mnta bukti plak geng penipu ni.bagi la bukti yang najib bunuh altantuya ataupun bukti yang rosmah tu suka membazir.

toksah dok sembang pasal bukti la lagi..

sedar tak sedar dah jadi khawarij..

Anonymous said...

kenapa geng pr tak jadi lembu anuwar berahi saja

ooo lupa,memasing pakat dah jadi anjing kepada dinasti lim kit sial

contoh macam anjing pr dalam blog ni

by the way.."manifesto bukan perjanjian" yang harus ditunaikan..

tu kata mb khalid,jadi takyah caya sangat segala manifesto diorang

Anonymous said...

Apabila manusia melihat diri mereka hebat dan lupa kepada 'Kehebtan Yang Maha Hebat' maka mereka kan melihat orang lain kerdil. Hanya mereka sahaja yang betul dalam segala hal.

Tidak salah untuk menegur tetapi biarlah teguran itu kene pada tempatnya. Kene dengan caranya. Jika seorang ulamak ingin menegur ulamak yang lain seharusnya dilakukan secara berhemah dan 'disembunyikan' bukan dicanangkan melalui media kerana ia mengundang persepsi negatif kepada sipenegur dengan yang ditegur.

Dalam isu 'HANYUT' ini Asri dilihat seperti orang yang inginkan perhatian dan populariti murahan. Untuk tujuan dan apa niat Asri, hanya beliau dan Allah SWT sahaja yang tahu. Nampaknya Asri sedang dihanyutkan oleh ombak dan arus 'syok sendiri'.

Orang yang bertaraf Asri spatutnya mengambil pendekatan lebih rational dengan 'menajak' ILMU duduk berbincang, menegur yang mana perlu, menasihat mengikut tuntutan Islam. Bukan menggunakan media untuk 'menghentam' orang lain mengikut selera hasil dari maklumat dari pihak lain yang belum tentu benar. Asri secara tidak langsung telah mengundang pandangan serong keatas dirinya kerana bersikap 'celupar' dan suka lepas cakap. Wallahualam,

mtk



Anonymous said...

sejak bila asri tu jadi benchmark untuk orang lain sama taraf dengan dia?

dengan Ulama pun nak menipu tuduh memacam semua bidaah berdusta atas nama Nabi,lepas tu nak angkat dia sebagai benchmark...

wahabi nak menipu orang awam

Anonymous said...

Bagi aku yg jahil, mana2 ulama pro kerajaan lebih positif minda. Larang pecah belahkan umat, rendah diri, hormat...itulah islam bagi aku.

Tapi mana2 yg kononnya jadikan islam pegangan tapi menghasut org, tuduh, fitnah, perkecikkan orang, cakap besar, bodohkan orang...itu Islam ke? Boleh pulak nak ON AIR dlm Astro Oasis pulakkk... Masak la..

Lagi satu, air muka pro pembangkang ada tercalit hitam walaupun berkulit putih..tengok pun dah tak suka..

kakbedah said...

Menurut Abu Yaala; "Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggung jawabnya terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat terhadap pemerintah dua perkara; taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan wajib taat kepada pemerintah adalah seperti berikut:

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."

"Kamu akan diperintah olek pemerintah-pemerintah selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaiknannya dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan, maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan." (Hadis ini disebut oleh AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah).

"Sesiapa yang menarik kesetiaannya kepada pemerintah, ia menemui Allah tanpa sebarang hujah, sesiapa yang mati tanpa kesetiaan kepada pemerintah, mati ia seperti dalam jahiliah (maksiat)". (Riwayat Muslim)

"Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya sekiranya mereka memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu, maka mereka akan diberi pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka; sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu, maka dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat dari dosa." (Riwayat Al-Tabari)

"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka". (Riwayat Al-Tabrani)

Inilah nas-nas Al-Quran dan Hadis yang mewajibkan umat yang mentaati pemerintah Islam (Waliyullah Amri). Abu Hurairah mentafsirkan perkataan ulil amri dalam ayat 59 Surah An-Nisa' di atas sebagai 'golongan pemerintah' (Tafsir Al-Tabari).

Prinsip ketaatan kepada pemerintahan ini sangat penting dalam Islam, kerana kehidupan umat serta peraturan-peraturan yang dibawa oleh Islam "tidak akan dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintah yang ditaati" (Imam al-Ghazali, al-Iqtisad dan Fi al-I'tiqad). Kerana itu mentaati ketua negara adalah "sebahagian dari asas-asas utama bagi syariat Islam yang suci dan benar ini" (al-Absyihi al-Mustatraf).

Bertolak dari prinsip ini jugalah, maka perbuatan mencabar pemerintah yang sah sehingga membawa kepada perpecahan masyarakat yang boleh memecahkan perpaduan dan melemahkan umat, adalah merupakan kesalahan yang dipandang berat oleh agama, seperti yang tersebut dalam sebuah hadis:

"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)

kelly engku said...

Seorang Uztaz bertaraf bekas mufti boleh bercakap macam itu? aku heran apa yang ada didalam pemikiran beliau. senang-senang boleh menjatuhkan taraf orang yang juga yang bertaraf Ustaz ke peringkat begitu bawah seperti orang yang tidak beriman

kakbedah said...

Cukup memalukan ada ulamak seperti beliau.Memalukan agama dan bangsa.Jangan kamu ingat dia seorang ustaz dan dilihat menentang umno,kamu sudah berlapang dada dan menggangap diri kamu adalah benar.Memalukan

pas dajjal said...

Kalau seorg ulamak itu membuat kenyataan menyebelahi PR pula, org2 pas, pkr, dap akan menyokong, mencanang 1Malaysia sebab kata2 ulamak tersebut mendatangkan faedah kepada penyokong2nya.

jika d tanya penyokong kerajaan, 1001 hujah mereka boleh kate ulamak tak seirama mereka ni dgn ulasan2 menyanggah dengan menolak mereka. Begitu juga ulamak yg menyebelahi kerajaan, org pas akan kate ulamak ni kena beli, kena suap & mcm2 lg.

Jadi ape bezanya org2 yg berhujah mempertahankan benang masing2 yg basah ni?bawa kemana fakta & ulasan penyokong2 puak masing2 ni? sekadar berlegar dalam blog ni saje? klu ramai sokong kerajaan mmg patut pun sebab ni blog anti pembangkang, so lepas tu kemana? rasa seronok sendiri?walhal ramai kat luar tu tak sependapat dengan kita pun.

Anonymous said...

komen pas dajjal membawa tak kemana hanya keluhan tanpa solution...hitting around the bush tarafnya...sampai kiamat pun tak selesai...
Setiap insan perlu menetapkan Alquran dan assunnah dalam merungkai perbalahan maupun perselisihan pendapat... Asasnya hemah.. adab dan berbaik sangka...bukan memfitnah dan mengumpat..saperti banyak lakunya dewasa ini... Kita perlu hindari dan jauhi perkara sebegini..apatah lagi bersubahat dan menyukongnya... derma diberi juga haram kerana menggalakkan fitnah dipentas..pentas... Inilah kata kata.. dapat duit(share kutipan) semua bolih jadi...

tokgaru said...

Kalau Asri sendiri yang mengideakan penubuhan ILMU kenapa pulak sekarang dia yang mengkritik ILMU. Mungkin sebab dia tak di angkat menjadi pemimpin nombor satu dalam ILMI kut ?

Rasanya itu lah puncanya.

tokgaru said...

Asri tak berparti.

Ini satu kedudukan yang sangat dialu2kan. Asri bukan Umno dan bukan Pas atau PKR. Sepatutnya Asri menjadi moderator untuk membawa Umno dan Pas duduk berbincang bagi mencari jalan kearah kerjasama politik diantara kedua2nya.

Tapi dengan peranan yang ditunjukkan oleh Asri masa kini tidak membawa apa2 untung kepada melayu dan islam.

Cukup lah. Kita kena akui bahawa kita berpecah teruk sekarang ini. Saya tak tahu bagaimana kah orang melayu mampu bertahan dalam keadaan perpecahan yang terbahagi kepada 3 - Umno, Pas dan PKR.

Adakah orang cina tak berpecah. Mereka berpecah secara bijak - retak hanya pada kulit tapi tidak pada isi. Isu2 membabitkan kepentingan orang cina mereka hadapi secara bersama - MCA, Gerakan dan DAP bersatu suara dalam diam melalui beribu2 NGO cina yang ada ... NGO ini lah yang tampil ke depan mewakili suara komuniti cina.

Adakah kita orang melayu tak boleh bersatu melalui politik tapi boleh bersatu dalam NGO .. jangan mimpi lah. NGO melayu yang pro Umno tak sebulu dengan NGO melayu yang pro Pas, begitu juga sebaliknya.

Yang tinggal dan jadi harapan hanya lah Islam iaitu agama yang dianuti oleh 99% bangsa melayu. Persoalannya besar adalah MAMPUKAH ISLAM MENYATUKAN ORANG MELAYU.

Maaf para ulamak semua. Sebagai seorang penganut, saya tak malu mengatakan ISLAM GAGAL MENYATUKAN MELAYU dalam politik, dan saya boleh berbangga bahawa ISLAM HANYA BERJAYA MENYATUKAN MELAYU dalam solat. That is all and no others than that.

Anonymous said...

MAZA cuba mempopularkan gagasan ulamak tidak perlu berparti..padahal bertimbun-timbun ulamak2 masuk persatuan...apatah lagi parti....tengok parti PAS bertimbun2...si MAZA pulak pi cium dahi ulamak parti ni....beza ke parti dengan persatuan ni ? ingat pemimpin parti je ke buat maksiat..? pemimpin persatuan baik2 belaka ke ? adil lah sangat...ulamak tak perlu masuk parti, ulamak boleh masuk persatuan...rosak...rosak.

To Live Again said...

Kepada saudari/Puan/Cik Humaira..

Sy nk respon pd komen saudara mengenai FATWA UFB pasal Bersih 2.0.Pertama sekali sy nk tegaskan yg beliau tidak mengeluarkan FATWA tetapi cuma pandangan beliau segala bentuk demonstrasi ala BERSIH 2.0 adalah HARAM.Beliau telah memberi hujah pankang lebar bersumberkan Al-Quran dan Hadis dan semua boleh baca menonton di YouTube.

Dengan jelas beliau juga melarang semua umat Islam termasuk ahli umno terlibat dlm apa jua bentuk demonstrasi.Tidak terad kpd ahli pas sahaja.

Yg kedua,berkenaan teguran kpd pemimpin secara terbuka.Bab ni yg plg MEMUALKAN sy.Saudara boleh lihat sndiri bagaimana pemimpin pembangkang dikepalai nuar berahim senang2 akan memaki hamun dn mengeluarkan fatwa bila DITEGUR oleh sesiapa sahaja.

Lihat pd nuar berahim.Apa saja teguran dari rakan,pihak lwan,media dn sesiapa saha akan dituduh menjadi ALAT UMNO dn dibayar berjuta2.Ini pemimpin apa ni?

Lihat ustaz azizan di Kedah terjerit2 bila ditanya mengenai isu banjir.Dituduhnya org yg menegur itu tidak FAHAM KERJA SECARA ISLAM.

Pasal nik aziz jgn ckp la.Beberapa ustaz spt Ustaz Kazim,TS Harussani,Tok Guru Abdullah Saamah,Prof.Madya Mohd Noor Derus semua hbs dilabel dgn pelbagai gelaran spt ULAMA PENGAMPU,ULAMA ANJING,MUNAFIK dll hnya bila nik aziz ditegur.

Apakah hanya Najib dan umno saha yg boleh DITEGUR kerana umno dan Najib BERDOSA dn puak pencacai PR semuanya MAKSUM DAN SUCI BELAKA?

Saudara sama spt asri yg telah HANYUT di dalam khayalan dn prinsip serta pandsngan saudari yg hanya nmpk SALAH ORG LAIN!

Anonymous said...

Alim ulama yg adil dan manhaj yg benar perlu menyertai mana mana parti dan badan badan Ngo.. Peranan mereka amat diperlukan untuk memandu kearah syariat yg benar... Mereka inilah yg paling berkesan menghalang parasit yg mengunakan agama untuk kepenting diri atau syok sendiri dari memimpin ahli kearah kehancuran akal ..budi..adab..dan syariat Islam itu sendiri...
Dewasa ini..ummah dah mulai perasan atau celik mata dgn tindakan parasit berkopiah..melalui process majlis ilmu yg diberi olih ulama ulama muda yg berpengajian luas..dalam Alquran dan as sunnah..secara systematik dan konsisten..sekali..

Alhamdulillah..Malaysia akan bangkit dgn Islam yg benar dari taksub dan karut marut...dalam masa terdekat...Lihatlah..solat raya dikawasan lapang sudah mula diamalkan..Insyaalah akan banyak lagi akan mengamalkan diraya akan datang..Syukur dan terima kasih atas kegigihan Ulama ini yg menghidupkan sunnah..

Pada yg berpelesit ini kita doakan agar diberi hidayah Allah agar kembali kepada pangkal jalan..Ilmu dan amal perlu selaras..namun ada yg tiada dapat menafaat dari ilmu itu..apahkan daya ..kalau dah dijauhi hidayah..
Amat malanglah nasib parasit ini dan ahli ahlinya...

Diablo Lord of Terror said...

Aku rase die nie mesti kena boikot ngan ILMU sbb tuh die meracau smpai jadi ulama terpesong nie....kamon l abrader dh ko tuh pun mcm songsang sape nk ikot ko?

Anonymous said...

Komen tok guru atas syor Asri menjadi moderator amat janggal sebab Asri tidak layak ..dia amat prejudice sesama Ulama terutama yg mendapat tempat dihati Ummah..Pasti ia akan menonjolkan kehebatannya secara monolog sebagai moderator dan memperkecil..memperemehkan ahli bahas.. ini adalah kepakarannya..yg selalu digunakan disetiap ruang yg ada...maklumlah..desperate utk membina penyukong dan pengikut... agar dapat jadi branch Ihwan Muslimin International disini...yg rancak menjatuhkan pemimpin pemimpin Islam diseluruh dunia..(CIA brainchild)

Anonymous said...

Asri perlu dibantu..harap pihak mara bolih beri peluang dia ikuti kursus latihan giat mara..dalam Kursus jahitan..atau Gunting Rambut atau makenikal motor ataupun tukang Paip..

Beliau pasti akan dapat mengunakan kemahiran ini sebagai mata pencarian yg dapat menghasilkan nikmat hidup bagi nya...

Ini akan mengelaknya perkara perkara yg merosakkan....

tokgaru said...

Siti Humaira

Saya ada baca anda punya ulasan. Izinkan saya beri pandangan sikit.

Anda memang jelas menyokong MAZA. Tak apa, keep on sebab itu hak anda. Anda mengkritik UFB, it is okay sebab itu juga hak anda.

Ini pandangan saya. UFB kata pemerintah boleh di tegur atas kesalahannya, tapi hendak lah dibuat dengan cara yang berhemah dan bukan dengan cara yang biadap sehingga melibatkan kacau bilau yang akan menyusahkan banyak pihak yang mahu kehidupan yang aman lagi sejahtera.

Adakah dengan membuat demo boleh mengubah keadaan ? Adakah dengan mengajak rakyat berarak seluruh negara boleh melenturkan sikap pemerintah ? Anda lihat saja Syria, mula2 pembangkang mengajak rakyat berdemo, bila demo tak jalan, mereka ajak rakyat merusuh, bila merusuh tak jalan, mereka ajak rakyat angkat senjata. Anda lihat keadaan Syria hari ini. Adakah anda bersetuju keadaan semacam itu berlaku di Malaysia ?

Sila anda baca kisah sedih seorang bapa yang menyaksikan sendiri anaknya bersama dengan 80 lagi kanak2 di sembelih dengan senjata tajam (bukan ditembak) oleh tentera Rejim Assad pada Ramadan yang baru berlalu seperti yang dicatat oleh wartawan Utusan yang menyertai team bantuan kemanusia di sana. Keadaan itu terjadi hanya kerana kanak2 itu menyanyi dan mengejek bila tentera melintas dihadapan mereka. Manusiakah tentera2 itu ?

Kita ada peluang untuk mengajar pemerintah yang tidak menjaga kebajikan rakyat .. setiap 4-5 tahun sekali. Kenapa kita tidak boleh bersabar untuk menunggu peluang itu datang. Itu lah kaedah yang paling berhemah dan bertamadun.

Bersabar lah saudara. Kalau memang rakyat tak mahu lagi kepada Umno(BN) maka akan tumbang lah Umno(BN). Tetapi kalau rakyat masih mahu kepada Umno(BN) percaya lah tuhan pun tak mampu nak tolong Pas untuk meneruskan cita2nya.

Wajib kita akui dalam sistem demokrasi rakyat adalah pihak yang maha berkuasa menentukan nasib pemerintah.

Semasa PRU 13 nanti. Najib dan Nik Aziz adalah mentimunnya dan rakyat adalah pisaunya.

Cukup lah dengan apa yang berlaku keatas negara2 islam. Tidak pernah aman, berperang sesama sendiri, sedangkan orang lain sibuk membina kekuatan politik dan kekuatan ekonomi. Sampai bilakah kita umat islam nak jadi umat yang sentiasa mengharap kepada bukan islam.

Tolong renungkan :

1. Nak berperang dengan bukan islam, adakah kita membeli senjata yang dibuat oleh orang islam sendiri.

2. Nak berperang sesama islam, siapa kah yang menjual senjata kepada kedua2 belah pihak yang sedang bersengketa.

3. Nak memaki hamun sesama islam, siapakah yang mencipta dan menjual alat2 untuk tujuan itu .. PA sistemnya, teknologi penyebarannya.

Jangan lah duk perasan kita umat islam ni hebat. Kita tak apa sebenarnya. Kita bergantung kepada bukan islam untuk hidup dan untuk nak beribadat juga.

Yang pemimpin kita hanya tahu duk sebuk nak bentuk negara islam, nak laksana hudud .. menyedihkan bila ada orang islam sendiri yang yakin. Sedangkan kain nak pakai untuk sembahyang, sejadah tempat nak sujud, dan pembesar suara nak beritahu dah masuk waktu solat .. pun dibuat oleh orang bukan islam. Tak malukah kita, cakap berdegar2 tentang kehebatan islam tapi habuk pun tarak ...

Kita tak malu sesama kita, tak apa lagi. Tapi tolong lah malu dengan bukan islam.

Anonymous said...

wahai tok guru.. Islam dapat mpenyatukan Ummah... bukan hanya dalam solat sja.. !Hakikat di Malaysia adakah seluruh orang Islam menghayati dan berpegagang ajaran Islam yg Benar bersumber AlQuran dan AsSunnah mengikut kaedah zaman sahabat rasulullah.. terlepas dari taksub dan karut marut..dan pendusta agama....

Maka kalau kita tiada tercapai penyatuan ini..maka terserlah lah kesesatan berlaku dalam Ummah diMalaysia ini..Ini perlu diperbetulkan..olih setiap Insan..
Pilih pilihlah Ulama yg benar..untuk rujukan...

Anonymous said...

Teguhan pada Kelab puteri Umno yg bukan ahli Umno.. kamu ni salah ruang untu berkomen... spesis jenis kamu bukan disini... Disini Kami menitik beratkan hal Ummah dan Ulama.. bukan pariah politik macam kamu... bokbang..sungguh ! Lantak kamulah nak sokong siapa..apa aku kisah..!

Orang Umno pon tak sibuk kalot dalam hal yg kamu nak fitnahkan..Dasar pemakan bangkai..tak peduli tempat..dalam masjid pon mentedaghah bangkai..

minta cerdik sikit boley...sikit aje..jadilah...(faham akan kesukaran kamu untuk berbuat demikian)

Anonymous said...

Siti Humaira... menabur dan menyemai fitnah terhadap Ulama dan Ilmuan dgn tudohan Wahabbi...! Ingat daging ulama itu berbisa..!

Siti humaira pasti amat dangkal dengan apaitu wahabbi..! dan cakap semberono saja..

Kalau jari itu gatal sangat naik menaip... taip saja jenis recipe yg enak agar lebih bermenafaat...
jangan menulis benda fitnah dan racun untuk Ummah...

Ini kes degil tegar cakap laki...atau kalau single pasti andartu bermulut celupar...

Pebaiki diri kamu lebih afdalll

Hperancis..

Anonymous said...

Komen Diablo... dia bukan diboilot olih Ilmuan...Tapi mungkin dia tak dapat mengunakan Ilmuan untuk kepentingannya... Harapan untuk menjadikan Ilmuan bentuk acuannya gagal sebab ahli Ilmuan adalah kalangan Ulama dan ilmuan yg kuat berpegang Alquran dan Hadith..Islam diletakkan melebihi segalanya...
Syabas Ilmuan Yg terselamat dari diperkudakan pelesit agama maupun pelesit politik..
Kehadirannya mula mendapat perhatian dan tegurannya mula menampakkan hasil dikalangan orang politik khususnya Umno..Yg paling terserlah dikalangan besar Pemimpin besar Umno...
Kepada pencinta dan pencari kebenaran..mereka sudah lama mendukong ulama ulama benar ini..Insyaalah Malaysia akan bersih dari amalan taksub dan karut marut dalam masa terdekat... Untuk si Luncancai..kita biarkanlah dihanyut dengan labu labunya...
Elakan kepenatan..mengajar orang yg pandai lagi memandai...Leeetiiih dan buang masssa ajer...

Anonymous said...

Nampak gayanya DrMAZA tidak dapat membezakan antara menegur, mengkritik, bercerita, berbahas, melontar pendapat...semuanya dianggap 'menegur'...inilah yg terjadi apabila cuba guna rasional mengatasi nas-nas syarak. Menegur itu menasihat. Mengkritik tidak semestinya nasihat. Contohnya seorang guru mengkritik tingkahlaku orang barat sebagai pengajaran buatg muridnya belum tentu guru itu bermaksud ingin menasihati atau menegur orang barat berkenaan. Inilah masalahnya bila DrMAZA main pukul rata guna rasional tak bertempatnya. Atau DrMAZA kempunan benar orang nasihat dia secara terbuka di khalayak awam yg tak tahu apa masalah yg melanda organisasi di bawah kekuasaannya ? atau silap-silap orang yg mengata mengumpat pun DrMAZA menganggap itu menegur ? Rasional lah sgt.

http://www.youtube.com/watch?v=EGzi68Mboow&sns=fb

tokgaru said...

Anonymous said...

wahai tok guru.. Islam dapat mpenyatukan Ummah... bukan hanya dalam solat sja.. !Hakikat di Malaysia adakah seluruh orang Islam menghayati dan berpegagang ajaran Islam yg Benar bersumber AlQuran dan AsSunnah mengikut kaedah zaman sahabat rasulullah.. terlepas dari taksub dan karut marut..dan pendusta agama....

Maka kalau kita tiada tercapai penyatuan ini..maka terserlah lah kesesatan berlaku dalam Ummah diMalaysia ini..Ini perlu diperbetulkan..olih setiap Insan..
Pilih pilihlah Ulama yg benar..untuk rujukan...

October 29, 2012 12:22 PM

Ulasan dari Tokgaru

Saya kasihan dengan ko. Jawapan ko nampak seperti sorang yang dah hampir2 nak habis tenaga. Tak apa lah at least ko jawab juga walau pun macam orang nak habis nafas jerk.

By the way thank you many to read my posting.

Anonymous said...

Pada Ulasan Tok guru.. jawapan saya konsisten tiada naik dan tiada turun auranya... sentiasa dalam mizannya...
Pandang tok guru itu hanya menifestasi dari takuk jiwa tok guru sendiri... Tak dapek den nak nolong eh..! Dalam masa yg sama tok guru jangan berputus asa..dalam mencerdikkan diri... cuba...terus cuba.. Insyaallah pasti berjaya..

Anonymous said...

asri wahabi

ilmuwan tu pun wahabi.
sial wahabi dan syiah

lepas ni perhatikan betul betul masjid Nabawi..mungkin itu kali terakhir

sebab raja saudi lebih mengutamakan keunikan berhala berbanding tinggalan sejarah umat Islam Masjid Nabawi

Antara pihak yang melahirkan kebimbangan ialah Dr. Irfan al-Alawi dari Islamic Heritage Foundation, beliau menyatakan," Tidak dapat dinafikan Madinah perlu dibangunkan, tetapi cara pihak berkuasa menanganinya adalah amat membimbangkan ". Beliau menyatakan lagi," Terdapat berbagai cara untuk membangunkannya yang boleh mengelak atau memelihara tempat bersejarah dalam Islam tetapi sebaliknya mereka memilih untuk merobohkannya".

Teguran paling keras dibuat oleh Syed Zaid Zaman Hamid seorang penganalisis ketenteraan Pakistan apabila beliau menempelak kerajaan Saud dengan perbuatan syirik apabila berusaha memelihara patung berhala di Madain Saleh tetapi di masa yang sama meruntuhkan masjid-masjid yang dibina oleh para sahabat di sekitar Mekah dan Madinah.

http://www.constructionweekonline.com/article-19269-historic-mosques-in-madinah-to-be-bulldozed/#.UJESd8XMjjK

Anonymous said...

Tuju pada Anon 31oct 7:59pm..

Minta keterangan tentang wahabbi yg saudara faham... Ahbash...yg saudara faham... malbari yg saudara faham.. ?

Kalau tiada perkara ilmiah untuk diketengahkan...maka fitnah dan dusta yg tegar dalam diri kamu...

Adalah lebih afdal saudara tolong bini memasak dan mendodoi susu anak..ada baktinya..

Anonymous said...

eleh puak wahabi ingat dia sorang je paham pasal wahabi

sudah tak payah la jadi musang berkulitkan ayam...

kekunun nak mnta penerangan la balik.dah sedap tuduh orang lain sesat masuk neraka buat bidaah tiba tiba perasan intelektual

tu sumber bukti wahabi saudi nak musnahkan maqam Nabi dan para sahabat.kenapa diam??tugu pasal bin baaz dan abd wahab boleh pulak pelihara.pasal berkaitan dengan sirah Nabi,semuanya nak musnahkan

perangai wahabi memang macam tu.bajet konon intelektual dan kemudian tuduh orang memacam.fakta pun diseleweng.

berselindung disebalik ayat Nabi tak pernah buat untuk mengatakan orang lain buat sesat bidaah.padahal Nabi tak buat bukan bermaksud Nabi larang

jadi sapa geng wahabi bangsat ni tetiba nak jadi lebih pandai dari Nabi mengharamkan apa yang Nabi tak larang siap boleh kata masuk neraka lagi?

tak malu ke berdusta atas nama Nabi?

so anon October 31, 2012 10:11 PM, memang tolong isteri dan mendodoikan anak tu satu bakti jugak tapi takpayah ler nak ingat bahawa kamu je paling tahu pasal ilmu agama.membongkar kesesatan wahabi dan syiah itu juga satu bakti yang tak ternilai kerana mengelakkan anak,isteri dan ummat dari kekeliruan dalam agama.ni satu lagi contoh geng pak wahabi bangsat bebai.bajet geng dia je paling paham agama,orang lain tak ikut cara dan apa yang dia kata mula dituduh sesat bidaah.habih semua orang dikafirkan termasuk Imam Ibn Hajar Al-Asqalani semata fahaman sempit wahabi bangsat.

syurga tu nanti hak milik wahabi bangsat jer.hebat betul ahli syurga wahabi geng dia je masuk syurga,orang lain semua masuk neraka sebab buat amalan bidaah sesat.tak gitu wahabi bangsat?

Anonymous said...

elok la tu

dalam pas nak bersubur syiah

dalam umno nak bersubur wahabi

penyamun lawan penipu

Anonymous said...

anon 6:56.. keciannya... dah tak boley jawap..... buat cara dusta nak cover jahil...

Anak kasi susu lah...lagi afdal..!

Kalau nak balas balik..sila beri jawapan yg cerdik sikit.. sikit aje pun jadilah !..

Anonymous said...

Walau ulasan terakhir hampir 1 tahun lepas tp saya masih ingin memberikan sedikit pandangan.....
Adalah lebih baik bg semua ulama2 yg sentiasa tdk bersetuju antara satu sama lain jika mereka semua dpt bersatu utk menguatkan penghayatan islam dlm kehidupan masyarakat islam di Malaysia dpd mereka berhujah utk menjadikan dirinya yg nampak paling benar ....juga dpd menambahkan bilangan penyokong terhadap dirinya oleh pengikut2 fanatik yg mmg jahil....

Apa peduli dgn 'haram@halal perhimpunan bersih atau seumpamanya'..... Ekonomi, 'kesatuan/perpaduan' islam tidak dititik beratkan pun....ekonomi- bukan islam kuasai...perpaduan- bukan islam lebih kuat perpaduan dan kesatuannya....


Umat islam buat apa???.. bertelingkah/bergaduh/menuding jari ke arah satu sama lain....yg jahil boleh kata si jahil....
Ulama nak kata apa???? Si bahalol atau apa???

Buatlah sesuatu yg membangunkan umat islam....bukan menghasut/mengelirukan atau merosakkan.... Woi org yg rasa diri mereka sbg 'ULAMA' ...bertolonganlah kamu utk menaikkan islam dan jgn asyik bertelagah....