Selepas memerintah Selangor tahun 2008 Kerajaan pimpinan PKR dan DAP telah memperkenalkan Tabung Warisan Anak Selangor atau lebih dikenali sebagai TAWAS.
TAWAS adalah satu skim untuk anak-anak Selangor yang lahir pada tahun 2008 ke atas, dimana anak-anak itu akan diberi RM 100 sebagai tabung permulaan.
Pada usia 18 tahun anak-anak yang menyertai skim TAWAS akan mendapat RM 1500 sebagai pulangan kepada pelaburan RM 100 yang dilakukan sewaktu mereka dilahirkan.
Untuk menguruskan tabung berkenaan Kerajaan PKR dan DAP Selangor telah menubuhkan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), sebuah anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar (MBI).
Yawas ditubuhkan pada 05 Febuari 2009 dengan dana seperti berikut ,
Dana TAWAS : RM 8.5 juta
Dana Operasi : RM 5 juta
Jumlah keseluruhan : RM 13.5 juta
Maka bermulalah operasi TAWAS secara rasmi dan RM 500 ribu telah dibelanjakan untuk kempen dan promosi skim berkenaan. Malangnya ia tidak mendapat sambutan rakyat Selangor apabila hanya 19.4 peratus sahaja anak-anak yang menyertai skim berkenaan daripada lebih kurang 70 ribu orang anak Selangor yang dilahirkan dari awal 2008 hingga hujung 2011.
Laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan semalam menunjukkan ada agenda BUAS dalam skim TAWAS yang dikendalikan oleh Kerajaan PKR dan DAP Selangor.
Dana RM 8.5 juta yang diperuntukkan untuk pelaburan bagi mendapatkan hasil atau pulangan untuk membayar RM 1500 kepada setiap anak apabila berusia 25 tahun, mendatangkan hasil yang mengecewakan.
Dengan dana RM 8.5 juta yang diperuntukkan untuk pelaburan mereka hanya dapat untung seperti berikut,
Tahun 2009 - RM 198,101.00
Tahun 2010 - RM 210,716.00
Tahun 2011 - RM 213,955.00
Manakala kos operasi untuk mengendalikan tabung pula seperti berikut,
Tahun 2009 - RM 1.55 juta
Tahun 2010 - RM 1.64 juta
Tahun 2011 - RM 1.71 juta
Perbezaan bagaikan langit dengan bumi antara kos operasi dengan keuntungan dari pelaburan.
Keuntungan tak sampai sejuta, kos operasi berjuta-juta....
Lagi juak-juak PKR nak temberang kononnya mereka Merakyatkan Ekonomi Selangor. Yang sebenarnya nak mentedarah wang rakyat untuk kroni-kroni mereka. Wujudkan pelbagai skim untuk isi orang-orang mereka dan dapat gaji.
Jumlah RM 8.5 juta kalau disimpan dalam simpanan tetap pun akan dapat pulangan RM 320 ribu setahun berdasarkan kadar keuntungan 4 %.
Tapi orang-orang Khalid Ibrahim pergi melabur kat mana pun tak tahu kerana mereka boleh dapat untung paling tinggi pun hanya RM 213 ribu sahaja.
Dana rakyat untuk kroni....
Selanjutnya sila baca di sini

13 comments:
diorang ni melabur dalam industri rumah urut & ladang khinzir 100 juta kat sepang ke?
Penganut totok pakatoon xpandang dan baca ini...malah mau mrk tudoh ini SEMUA SALAH UMNO..umno sengaja mengada2kn citer...Kalo dah bute mata hati ...bgtau apa pon dah xnampak..
Apa kejadahnya labur RM100 masa lahir untuk dapat hanya RM1,500 sahaja ketika anak-anak kita berusia 18 tahun? Memang bodo PKR ni. Itulah kalau tak boleh memimpin lebih baik dok kat rumah jer.
Yang masuk skim Tawas, Yawas ni adalah mawas-mawas fuckatan yang diberi modal oleh ketua cabang dan cawangan parti masing-masing. Kalau tak memang tak laku skim mengarut ni.
Laporan Audit Negara yang terbaru.
Di Selangor. Unisel rugi tiap2 tahun mula dari tahun 2008 sampai sekarang. Amacam ...???
Di Kedah. Buat pembayaran kepada kontraktor. Nama syarikat berbeda tapi orang yang punya syarikat adalah sama. Bukan kroni lagi kah tu ??
Di Kedah. Buat bayaran kepada kontraktor. Tapi kualiti kerja tak mematuhi spek yang dipersetujui. Camna boleh lulus .. kata orang utara " macam mana boleh pas "
Di Kedah. Buat bayaran kepada kontraktor. Satu kerja 2 kali bayar. Macam mana boleh lepas ??
Di Kedah. Buat bayaran kepada kontraktor. Repair bangunan yang tak ujud pun. Boleh pas sebab kerajaan nya adalah Pas.
Tak kan puak2 melayu Pas ingat pemipin Pas ni malaikat kut ??? Depa pun manusia macam pemimpin Umno juga ..
layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.
ini bukan merayatkan ekonomi selangor tp meranapkan ekonomi selangor....baru sepenggal pegang selangor jahanam selangor d kerjakan pkr...
Pembetulan Bro, jumlah Tahun 2009 - RM 198,101.00 Tahun 2010 - RM 210,716.00 Tahun 2011 - RM 213,955.00 tu bukan untung, itu sekadar pendapatan seperti yang dinyatakan dalam blog Dr. Khir.
Ada beza pendapatan dengan keuntungan. Untung bermakna dah tolak kos operasi. Pendapatan ni belum tolak kos operasi. Lepas tolak kos operasi, maka jadi rugi. Itu yang ditujukkan oleh Dr. Khir ialau baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta.
Itu menunjukkan YAWAS sebenarnya rugi.
bro pakr ni di senggara oleh bahagian perumahan.try check bos bahagian perumahan sapa?bos kepada bos perumahan sapa?depa ni yg mastermind....
dalam urusan yang ok camni..langsung takde apa yg boleh dibanggakan..
tapi untung daripada hasil lendir dan yg seumpamanya mencanak2 naik..
patut pun ada billion2 simpanan..
rakyat selangor patut rasa bangga ke atau rasa sedih?
Tu la TAWAS dah jd TAWAR..aku ni bukan nak cakap apa la..aku dah daftarkan anak aku utk TAWAS. nak cuba lah test mana tau betul kan....KAd nya dapat..tp sampai sekarang habuk pun tak dakkk,....mana janji2 manis yg ditaburkan..lain kali jgn pandai cakap jerrr...
TAWAS akhirnya TEWAS di mulut MAWAS yang GANAS. Kegagalan sesuatu progeram atau projek berkait rapat dengan perancangan dan siapa yang merancang.
Dalam isu TAWAS yang merancang adalah MAWAS yang GANAS untuk kepentingan diri dan kroni mereka. Rakyat hanya dijadikan umpan untuk mencapai cita2 rakus mengaut sebanyak keuntungan. Matlamat mereka sudah mereka capai, poket mereka kembong. Lapuran Audit Negara mengesahkan TAWAS sebenarnya adalah MAWAS yang GANAS. Mereka bukan sahaja menipu rakyat Selangor tetapi juga merupakan perompak rakyat. Jadi PR itu sebenarnya PEROMPAK RAKYAT. Wallahualam.
mtk
bro..laporan ketua audit negara semuanya tipu..bohong..konspirasi umno..campurtangan kerajaan zalim bn.semua isi kandungan laporan tu rekayasa belaka semata2 untuk memburukkan imej pakatan rakyat di kalangan rakyat.satu je laporan yang betul iaitu cerita lembu nfc.itu aje yg laporan paling tepat,ikhlas,berintegriti,nurani dan unbiased serta tiada yang benar melainkan yang benar kelembuannya.
warga shah alam dah tidor ke?
Post a Comment