Friday, October 19, 2012

Penglibatan Swasta Dalam Penguatkuasaan Saman AES Perlu Dihentikan

Tulisan saya semalam berhubung AES mendapat pelbagai reaksi dari para pembaca. Ada yang meyokong saya dan ramai juga yang menghentam serta membodohkan saya. Ada juga yang berkata suara saya seperti suara pembangkang dan tidak lupa juga yang berkata tindakan saya memberi modal kepada pembangkang.

Saya terima seadanya segala komen-komen dari pembaca....

Cuma yang agak ralat sedikit ramai juga pembaca yang tak faham apa yang saya maksudkan....

Saya tidak menolak kamera AES 100 % , cuma minta agar kaedah perlaksanaan diperbetulkan.

Antara yang saya tekankan adalah penglibatan pihak swasta dalam melaksanakan sistem tersebut dan mereka dibayar komisyen melalui bilangan saman yang dikeluarkan dan terhad sehingga 5 juta saman. 

Satu saman mereka dibayar RM 16.00....

Jika dikali dengan 5 juta saman bersamaan RM 80 juta....

Jika kamera AES dipasang di lebuh raya maka sudah tentulah tak sampai dua tahun senang-senang sahaja mereka boleh capai target 5 juta saman. 

Ini kerana di lebuh raya ramai yang memandu melebihi had laju. Apabila saya berkata di lebuh raya ramai yang memandu melebihi had laju bukannya bermaksud semua orang memandu 150-200km/j. 

Paling banyak orang memandu antara 100-130km/j dan satu tahap kelajuan yang logik jika anda memandu di lebuh raya 2-3 lorong, ditambah pula dengan kemajuan teknologi kenderaan zaman sekarang.

Yang tak logiknya adalah tahap kelajuan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk pengguna lebuh raya.

Lebuh raya 3 lorong (lebuh raya PLUS) logikkah ditetapkan pada kadar 110km/j ?

Lebuh raya Kesas 3 lorong , logikkah kelajuan ditetapkan pada 90km/j ?

Ada yang membodohkan saya dengan mengatakan kaedah AES telah lama dipakai di negara-negara luar dan rakyat mereka tiada masalah.

Jika anda hendak menjadikan negara luar sebagai perbandingan saya pun boleh bandingkan.
 
Di Jerman tiada had laju ditetapkan di lebuh raya mereka. Pemandu mereka bebas memandu beratus km/j pun.

Saya tahu di Malaysia cara itu tidak sesuai dilaksanakan lagi dan saya sendiri pun tidak setuju. Tetapi ambil kiralah sikit kemajuan zaman dan pinda balik undang-undang yang sedia ada agar sepadan dengan zaman. 

Kementerian Pengangkutan atau JPJ tak boleh jadikan alasan untuk mengatasi masalah kemalangan maka kamera AES perlu dipasang banyak-banyak di lebuh raya. Itu kaedah nak mencari duit dengan mudah dan cepat.

Seperti yang katakan semalam, memasang kamera AES di lebuh raya ibarat melepaskan 30 ekor anak ikan dalam sebiji baldi kemudian duduk dan pancing. Cara itu tak aci...

Memancing adalah mengajar atau mendidik seseorang erti kesabaran....

Pancing ikan dalam baldi boleh didik orang erti sabar ke ?

Sudah tentu tidak dan tempat yang paling sesuai adalah di sungai atau di laut.....

Begitu juga jika JPJ nak didik rakyat supaya memandu mengikut peraturan agar tidak terlibat kemalangan, maka tumpukanlah di kawasan yang sering menjadi kemalangan seperti di jalan persekutuan dan jalan bandaran. 

Statistik telah membuktikan dua jalan tersebut banyak terjadi kemalangan termasuklah kemalangan maut. Lebuh raya berada di tempat keempat selepas jalan negeri.

Maka pihak JPJ perlulah memberi tumpuan di dua jalan tersebut. Janganlah buat pelik dengan memasang kamera AES banyak-banyak di lebuh raya sedangkan dua jalan tersebut yang menjadi penyumbang besar kemalangan. Sebab itu saya kata itu kaedah nak cari duit dengan mudah dan cepat. 

Saya tidak kata tidak perlu penguatkuasaan di lebuh raya. Ia tetap perlu....cuma perlu dilakukan perubahan kepada undang-undang sedia ada untuk tidak dilihat menganiaya orang ramai dan kerajaan bersekongkol dengan syarikat swasta untuk mengorek duit dari poket rakyat.

Dibawah ini yang berita yang saya ambil dari dua buah akhbar semalam. Dan ketiga-tiga kemalangan maut itu bukannya berlaku di lebuh raya.





75 comments:

Anonymous said...

ko ni tak faham apa tu aes. title pun dah salah. spm pass ke rbf???

Anonymous said...

benar RBF..
kerajaan sebenrnya mampu menguruskan AES ini sendiri.xperlu penglibatan swasta.

adik saya sendiri adalah 'mangsa awal' percubaan AES ini.

ya,mmg pantas dan efisyen skali.
had laju 90km.gambar dihantar beserta nota kesalahan."melebihi kelajuan -107km/h di laluan klang-teluk intan.

mudah benar mereka membuat duit.pacakkan kamera,hanya menunggu mangsa.pasti ramai yg terkena,lagi2 bila jalan lengang.

mmg x dinafikan AES adalah salah satu cara,tp kita perlukan idea2 yg lebih hebat dari JKJR,JPJ,Polis,Miros dan lain2 lagi.idea yg tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa.

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

kerja paling mudah korek duit dari pocket rakyat, dan yang banyak jadi mangsa adalah rakyat yang menggunakan kenderaan, aku suka keadaan sekarang - BN 50, PKR 50, rakyat boleh tidor lena sikit

org johor said...

Aku pon tak paham kenapa diaorang tak paham-paham apa yang RBF nak sampaikan...ntah la...malas la aku nak barbalah kat sini...cuma aku harap menteri yang terlibat, lain kali bagi jawapan yang educated sikit...jangan main cabar2 pulak...spoil mood nak PRU betul...

Anonymous said...

AES patut dipasang tmpt yg slalu blaku kemalangan..bkn nye d lebuhraya yg had kelajuan nye 90km/j..AES ini lbih kapada merompak duit rakyat scara terhormat...

Durio Ziberthinus said...

Ddalam dunia ada lebih 80 negara yg mengunakan sistem AES. Ada ker yg kecoh macam Malaysia sampai nak tukar Kerajaan. Bodoh memang bodoh. Apa korang ingat klau tukar kerajaan...diaorang nak mansuh ker. Lagi tambah adalah.Diaorang akan faraidkan antara kroni diaorang. Jalan selorong atas bendang pun diaorang pasang. Pasal bawa padi lebih muatan atas motor.Yg banyak kena saman orang miskin atau pendapatan sederhana ker? Tidak. Yg selalu kena saman orang yg banyaak duit dan suka langgar undang-undang. Ikut undang-undang..selesai masalah. Cuma harap kerajaan naikkaan sikit hadlaju tu dlm 20/30km sejam.Tak payahlah kata perbaiki sistem pendidikan pemandu. Hari-hari ada shj berita kemalangan di media. Itu bukan mendidik ker. Klau dh dasar degil dan bongkak bila memandu...AES sahaja jawapannya. Aku dpt lesen dh 26 tahun. Cuma kena 2 kali saman jerk. Itupun aku bayar tanpa rayuan. Aku kaya? Gaji aku baru RM1700 berhutang kereta dan rumah. So...ikut saja undang-undang.

khairil jamil said...

Saudara rbf... tahap piawai lebuhraya plus hanyalah boleh sehingga 120kmj sahaja(tolak kawasan angin lintang). limit 110kmj dikenakan kerana mudah utk 'ter'lebih 110kmj.. sekiranya ingin menaikkan had kepada 120kmj, tahap piawai perlu dinaikkan.ciri2 yg perlu ditambahbaik utk menaikkan had adalah seperti menaikkan tahap tinggi penghalang tepi jalan yg lebih tinggi, jarak antara exit yg lebih jauh dan lain-lain...

Dan tak sesuai menyamakan aes dgn memancing dalam baldi... ikan tiada fikiran, manusia ada fikiran... logik utk membawa laju tidak semestinya anda boleh bawa laju.. kalo diikutkan secara lojiknya, dilintasan zebra tanpa lampi isyarat...anda perlu memperlahanlan kenderaan dan memberi laluan org melintas.. tapi berapa banyak yg berbuat demikian...

Aes menyusahkan bagi pemecah undang2... adakah kita nak jadi seperti org yg memecahkan undang2 tp masih tidak didakwa seperti rakan di parti pakkatan?

Keselamatan jalan raya adalah satu silibus yg diajarkan sehingga tahap phd. bukan sesuatu yg boleh difikirkan secara lojik..

Anonymous said...

nak kasi syarikat konsesi tu rugi senang sahaja.

pandu kereta dengan mematuhi had laju jadi anda tidak menjadi sebahagian daripada 'mangsa' saman kesalahan lalulintas

kan senang

sedar tak sedar yg membantah AES ni mengakui sendiri yg mereka ni memandu melebihi had laju.

kalu dah terlebih hatta 1km/j tu pun dah kira lebih. TAPI kan dah dibgtau yg terlebih laju 10km/j dari hadlaju yg ditetapkan tidak akan disaman.

cth. mudah - had laju 90km/j tapi bawak 100km/j = x saman.. tapi kalu dah berlebih2 sampai 107km/j tu kalu kena saman jgn la salahkan org lain pulak

dalam hal ni tak timbul isu rakyat jadi mangsa sekiranya rakyat itu sendiri patuh pada undang-undang.

p/s : aku sokong cdgan utk dikaji semula had kelajuan jalan raya di malaysia ni tapi aku bantah cadangan yg bagi muka kat pesalah jalanraya

Anonymous said...

memang aku setuju pasal aes nie.. cuma tempat yang diletakkan aes adakalanya tidak sesuai.. tempat yang 30 km/j pun nak diletakknya.. ada jalan yg 2 lorong tp 60 km/j.. rasanya kerajaan perlu kaji semula hadlaju jalan raya kita.. lgpn jalan raya dah maju.. kalu nak berlaku kemalangan, kat tempat parking pun bleh berlaku, tak perlu nak bawa laju2 baru eksiden...

Anonymous said...

jadi..kau setuju dgn AES tapi tak setuju dgn hadlaju? mcm ke rbf? kalau mcm tu aku pun setuju utk naikkan had laju...cara hujahan kau agak menghentam kerajaan rbf, sbb tu kau pun kena hentam..

aku cadangkan kau hentikan 2 perkara ni:

1. perumpamaan ikan dalam baldi

2. keratan akhbar kes kemalangan

bro yul said...

aku stuju apa yg ko ckp nie rbf....orng yg x faham tu sbb x kena lg dh kena baru la tahu...baru la kluar sumpah seranah..

RBF Online said...

Anon 11.04AM,

AES - Automated Enforcement System
Dalam BM disebut Sistem Penguatkuasaan Automatik.

Sebab ada dua perkataan penguatkuasa ke ? 1 dalam E dan satu yang saya tulis.

Silap sikit bro dan saya terikut-bahasa percakapan.

Tentang SPM....
Saya bukan tak lulus malah tak ambil pun periksa SPM. Bukan setakat SPM, lce pun saya tak ambil. Sekolah sampai darjah 3 sahaja. Kemudian cikgu mati dan tiada cikgu lagi nak mengajar.

Nak pergi sekolah yang cikgu tak mati jauh. Dan ibu bapa tiada duit nak hantar jauh-jauh.

Apa pun terima kasih atas teguran

RBF Online said...

Khairil Jamil....

Terima kasih atas info yang dikongsikan...

Boleh tak jika saudara bagi sedikit ulasan atau pandangan tentang penglibatan swasta.

Anonymous said...

sbnarnya mudah je..sy 100% setuju ngan RBF..

solution very simple..

NAIKKAN KADAR HAD LAJU DI LEBUHRAYA PADA KADAR MAX 120KMH PADA LEBUHRAYA YG KURANG SIBUK DAN 100 ke 110km PADA LEBUHRAYA YG KURANG SIBUK..

tgk keadaan jalan, kalu ketika menuruni bukit, naikkan kadar had laju saman, dan turunkan ikut kesesuaian utk jalan yg menaiki bukti..

bottom line, org yg patut kena saman adalah mereka2 yg memandu diluar kebiasaan hadlaju di jalan tersebut..

penglibatan swasta dalam aes ni memberi impression yg kedudukan AES itu diletakkan supaya mereka dapat mengaut keuntungan dan juga modal yg dilaburkan dgn cepat..

kalu ini dilaksanakan, sy sokong AES..no issue..

RBF Online said...

Anon 12.12...

Tak apa orang hentam saya. Saya ok ja....Baguslah....Sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi pandangan yang berbeza dan dapat saya betulkan apa yang tak betul. Dan yang paling penting sekali saya dapat reaksi pembaca dari pelbagai sudut dalam hal ini.

Baguslah kalau tak setuju mereka kata tak setuju.

Bukannya mereka asyik setuju dengan saya sepanjang masa. Itu pun tak bagus.

Kritikan , kutukan , teguran akan membuatkan kita lebih baik atau lebih kuat.

Pujian, lambungan, jilatan sepanjang masa akan melalai dan menyeronokkan kita, seterusnya menjatuhkan kita.

RBF Online said...

Anon 12.18....

Ok juga sependapat dengan anda...

Cuma saya nak tambah sikit....Penglibatan swasta menjadikan ianya sebagai modal besar pembangkang. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan. Syarikat kroni dan bla...bla....bla....Ianya menyusahkan BN untuk menghadapi PRU.

kakbedah said...

AES mmg menyusahkan rakyat.....tambahan lagi kontrak yg diorang dapat tu milik syarikat cina kapiaq......

kakbedah said...

mmg gam,pang la cina babi yg buat cadangan utk AES ni....diorsang ingat dgn bt AES ni kemalangan boleh kurang ke????? x jugak... makin bertambah ada lah...... samapi bila rakyat kena ikut pandangan cina gampang nie???

Anonymous said...

Kepada saudara RBF,

Pergi la buat kajian kenapa lebuhraya kat Malaysia had laju paling maksimun 100 - 110kmj je. Kalau sebab 3 lorong nak pandu laju lebih 100kmj tapi bila kemalangan nak salah kan permukaan jalan/lebuhraya pulak.

Pergi la rujuk kat fakulti-fakulti Kejuruteraan Awam di IPTA berikut:
UTM,
USM,
UiTM.
UM.
Pergi la temuduga orang yang belajar Sains & Teknologi dan Kejuruteraan

Masalah kat Malaysia ni kebanyakkan ahli Politik semua dari aliran Ekonomi tak pun Sastera.

Pi la buat rujukan ilmiah bro.

Anonymous said...

Rbf!! seroiusly aku kesian kat hang :-
mana satu isu hang :-
1)Had laju ke
2)Penglibatan swasta ke
3)Rakyat kna tindas ke

Jawapan aku :-
1) had laju tujuannya KESELAMATAN..tak kire dimana..kalo depan umah hang yg aku rasa tak pernah berlaku kemalangan tapi tetiba orang bawak 110km/j pastu accident, baru hang nak istihar tempat tu letak AES ??
2)Penglibatan swasta..simple math bro ...yang bayar tu orang bersalah abis cerita...biar 1 billion pun diorang dapat tapi takan kacau duit rakyat yang mamatuhi undang undang..
3)Yang kena tindas hanyalah PESALAH..and as far concern...serve them right...

Bro , aku paham kalo hang berjuang untuk diri sendiri tapi jangan pakai generalization spt semua rakyat tertindas...baca, analisis and kalo still tak puas hati upah lawyer lawan kat court...jangan main serkap jarang cakap kroni la apela...
in short..the way u think reflect who u are ...for this case u r nothing less from Pakatan thugs..

xXx said...

saya setuju dengan rbf,

sepatutnya pihak swasta tak boleh campur dalam hal-hal macam ni...

mereka hanya akan fikir macam mana nak buat duit...

mereka takkan fikir macam mana nak kurangkan kemalangan jalannraya...

Anonymous said...

Rbf..rbf...
AES motive dia nak ubah SIKAP PEMANDU YANG BERSALAH UNTUK MENYELAMATKAN PEMANDU YANG BERHEMAH...bukan isu had laju ke ape...is HARD to understand ?? pity u..

Anonymous said...

Aku harap menteri jalanraya ni buat satu kemera AES depan rumah Najib baru Najib faham!!!. Nak saman orang biarlah cara berhemah sikit bukan main curi-curi ambik gambar dan hantar saman kat rumah. Anuar muka dalam video pun masih boleh tak mengaku. Kita rakyat biasa tak ada kepakaran macam Anuar untuk menangkis fitnah kemera ni. Saman tetap saman. polis dan JPJ makan gaji buta kemera buat kerja. hantar saman pun pakai pos!!!!! bodoh betul pak menteri ni...

eekaa said...

RBF,

AES, hendak ajar orang pandu cermat. Supaya tidak tempah bidadari di syurga cepat cepat didalam kubur.

Satu sen pun kerajaan tak keluar duit. Lepas lima tahun kerajaan dapat semua harta benda AES dari syrarikat konsesi tu free free. Tahu tak free bro.

Bila free ni, aku takut lah, orang memegang konsesi main silap mata seperti apa yang berlaku dengan Redflex di California.

Kalau bina dah free sure hendak bantai kow kow dalam lima tahun ni bro.Kalau boleh billion lah bro bagi hantam orang yang menyokong AES tu supaya bayar saman.

Sure lah, mesti lah hendak buat duit, kasi free kah kepada gonvment. Ini semacam rasuah kepada gomen jer bro?. Free and free dan hantam kow kow member yang hendak tempah bidadari disurga tuh.

Mana aci macam tu bro. Cakap free betul betul free lah, tak payah hendak minta duit kerajaan pulak. Kalau minta sure nya hendak untung beli bungalow, beli ferari, naik haji seribu orang, bini empat orang lagi, buat gigi palsu emas, beli 20 biji ipad kat anak dan menantu, dan macam macam lah hantu raya ni buat.

Siapa bayar tu? Free apa benda tu RBF?

Aku tak bawa kereta laju ler, tak der satu saman pun. Jadi apa hendak takut dengan AES. Tak AES pun dah berhemah. Kalau ada aku tak tau lah silap silap haribulan aku bantai buntut orang yang berek terkejut.

Ok RBF aku sokong engkau.





Anonymous said...

Kalau tak silap aku, illegal bagi private company mempunyai apa-apa kaitan dengan pengeluaran saman.

hanya pihak berkuasa sahaja yang layak mengendalikan , menangkap, dan mengeluarkan saman.

Dalam lain perkataan, hanya polis sahaja yang boleh kendali sistem tersebut. Pihak swasta hanya sediakan service seperti maintenance and support service. Jika di anjur secara bisnes, akan ada konflik interest.

Anonymous said...

AES bole buat duit broo..
bagi golongan perompak amatur atau pro.,

1) kenal pasti mana2 trafic light ada kotak bodoh AES
2) tunggu malam / pagi (12am-4am)
3) ada kete berenti bila red light.. aku jamin dia takkan langgar lampu tu kalau dia tau ada kotak bodoh AES..
4) kau samun je lah kete tu

amacam..?mudah tak bro..?

Anonymous said...



Orang AES tu cuma tangkap gambar je bro bukan kuar saman..part saman tu pihak berkuasa macam JPJ .

Anonymous said...

artikel kau kali ni agak lemah rbf....tajuk pasal penglibatan swasta, tapi beberapa perenggan je yg gebang psl syarikat swasta tu. yang lain, isu hadlaju,highway vs jalan persekutuan/bandaran, dan mensakau duit rakyat. takde fokus langsung..aku rasa elok artikel ni yg last la pasal AES ni...ok?

MMI said...

Sistem dan pelaksanaan AES sudah pun berjalan dan aku amat setuju sekiranya had laju kenderaan di semua laluan di kaji semula bersesuaian dgn kapasiti enjin kenderaan hari ini..agak kurang logik lebuhraya dgn had laju hari ini masih kekal 110kmp..begitu juga dgn laluan2 lain.win-win situasion adalah satu kaedah yg boleh diguna pakai kini..Salam perjuangan mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Anonymous said...

German tak ada Speed Limit... Dibawah ini saya ambil dari wikipedia pasal speed limit diGerman

"Speed limits in Germany
From Wikipedia, the free encyclopedia


Speed limits in Germany
General speed limits in Germany are set by the federal government. All limits are multiples of 10 km/h. There are two default speed limits: 50 km/h (31 mph) inside built-up areas and 100 km/h (62 mph) outside built-up areas. On the German primary road network, the autobahns, there is no general speed limit. Parts of the autobahns and many other freeway-style highways have a posted limits of usually 130 km/h (81 mph). Generally the driver may drive only as fast as one has always full control over the vehicle
The speed limits are enforced with a small tolearance. Driving merely 3 km/h (2 mph) or faster above the posted or implied speed limit is considered a punishable infraction in Germany. The speeding fines are set by federal law (Bußgeldkatalog, fee catalog).[1]

RBF ...tolong check fakta..

Anonymous said...

Sama jugak la....kalo dah tau kat situ ada AES, confirm depa slow down...lepas aja AES henjut bagai nak rak!!!apa kejadahnya nya tu?kalo betul nak laksanakan AES, pasang laaa evey 100m ka...50m ka...baru semua slow...baru selamat...baru had laju dipatuhi....

Anonymous said...

kalau ye pun nak back up rbf, bagi la fakta yang bagus sikit...dah mcm budak2 PASTI je aku tgk

RBF Online said...

Anon 4.12PM...

Apa yang anda kirimkan yang saya copy balik>>> On the German primary road network, the autobahns, there is no general speed limit

Bagi kebanyakan autobahn(lebuh raya persekutuan) Jerman, had laju disyorkan ialah 130 km/j, tetapi tiada had laju maksimum

Walaupun rangkaian lebuh raya Jerman sangat terkenal kerana tidak mempunyai had laju maksimum, namun beberapa peraturan lebuh raya yang ketat dikenakan pada semua pengguna autobahn.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Autobahn

Anonymous said...

Aku rasa isu sebenar disini adalah RM16 yang diberi kepada pemegang konsesi oleh kerajaan untuk setiap saman..

Inilah isu sebenar..
Aku turut tidak bersetuju jika ini yang berlaku..
Kerana ia lebih bermotifkan perniagaan .. yang pasti pengguna adalah pelanggannya..

Sesuai dengan perkembangan dan kemajuan lebuhraya di Malaysia , aku rasa memang patut dinaikkan had laju ..

Jadi aku tak nampak mengapa ada diantara kita yg harus melenting dan menuduh RBF yang bukan bukan..setahu aku RBF ni berkelulusan tinggi , sdr yang mencaci RBF berkelulusan SPM sila cari info lebih tentang RBF sebelum mencaci beliau ..RBF ni low profile dan jenis x membanggakan kelulusannya..

Nak suruh kerajaan melarang penjualan kereta berkuasa tinggi tak masuk akal pula..aku yang memandu kancil pun kadang kadang terlajak ke 130km/jam ...

Anonymous said...

Eeeeee.. xphm la AES tu apa
Ko sorg jela yg phm

baniADAM said...

Kalo kerajaan ambil alih sistem AES sekalipun aku ingat perang mulut tetap berlaku kerana ianya lebih kpd faktor ada pemandu kat Malaysia ni yg suka "mendidik orang" dari dididik....x payah pegi jauh kita tengok dlm KL sendiri baik pagi, tengahari sampai malam kalo x caya cuba tengok berapa kerat pengguna jlnraya yg betul2 ikut peraturan trafik...baik yg jln kaki, basikal, motor, kereta, bas, lori, treler....bagi aku RM16 adalah alasan yg isolate jika dibandingkan dgn kesedaran rakyat tentang keselamatan jalanraya....yg penting setiap pengguna jlnraya tahu hak menjaga keselamatan bersama...insyallah semua beres.....

Anonymous said...

Kelulusan tinggi melangit pun kalo tulis tak pakai otak ni lah jadinya...
Lainkali rbf kena semak fakta dulu dan jgn emosi...
P/S: macamlah dia sorang pendidilan tinggi..ramai lagi beb...cehhh..

Anonymous said...

Hebat betul komen-komen para pembaca budiman, ada yang pro dan kontra. Pendapat saya yang sudah sekian lama memandu ini. Kemalangan terjadi kerana sikap cuai dan memandu secara melulu.. Kelajuan bukanlah faktor utama kerana lzimnya mereka yang memandu laju adalah mereka yang penuh keyakinan dan juga konsentrasi. Andai kata pihak JPJ akan mengeluarkan saman setelah membuat kaji selidik latar belakang pemandu tersebut pasti akan dapati kebanyakan mereka terdiri daripada pemandu bebas kemalangan juga mereka bukanlah penyebab utama kemalangan.. Yang pasti kalau saman sahaja yang menjadi pokok persoalan dan bukannya pendidikan pemanduan berhemah maka tiada gunanya sistem ini. Kerana pemandu hanya takut kepada AES dan bukannya ikhlas mematuhi undang2. Macam hukum agama juga ramai tahu dosa tapi buat juga sebab tidak takutkan
Allah s.w.t.

Anonymous said...

Masalahnya bukan sistem AES itu tapi minda (kepala otak) orang yang membantah perlaksanaan projek ini. Ditambah lagi gelagat ahli politik "half past six" pembangkang yang mempolitikkan isu ini untuk kepentingan politik mereka. Marilah kita jadi warga yang mematuhi undang-undang (salah satu rukun dalam Rukunnegara). Be a law abiding citizen. Kalau kita mematuhi undang-undang jalanraya tiada siapa yang akan buat DUIT.

freemalaysiakini said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Anonymous said...

cuma aku tak fhm tadi masa aku balik dari kl tadi aku pandu 80km sejam jaa tapi pasai paa dia tangkap gmbr gakk ekk...nii di atas hiway dkt taiping

Anonymous said...

Salam rbf.
ini namanya berniaga atas angin. modal mereka hasil dari pinjaman bank. bukan duit mereka pun. rakyat yang akan membayar pinjaman mereka. cara begini semua orang boleh berniaga. esok lusa jpj boleh sub pula cari kesalahan cermin gelap. kita pinjam bank buat modal beli alatannya lepas tu tunggu depan bank. ramai orang kaya pergi bank dengan kereta cermin gelap bro.... untung tu

Anonymous said...

AES ada kebaikkannya. cuma dicadangkan ia digunakan sebagai percubaan
supaya rakyat faham kebaikkannya dan dicadangkan agar dikurangkan kadar saman ikut kemampuan rakyat.
Kereta bawah 2.0 cc hanya saman bawah seratus sudah la.. kereta mewah full Rm300.. kereta dari singapork,
lori saman kompem Rm1000. Kutip saman kat pintu masuk kastam/imegresen. pastu war2 kan dalam berita.
baru rakyat tersenyum dan nampak kesungguhan kerajaan membela rakyat marhaen. pastu kalau dah betul2 bersedia,
jadikan kamera AES sebagai bahan bukti sekiranya berlaku kemalangan di lokasi2 tersebut.
baru lah tahu kereta mana yang jaguh memandu secara berbahaya di jalan raya, suka pototng que,
memotong sebelah kiri dan sebagainya. letakkan penalti dan haramkan mereka2 ini memandu selama 1
atau 2 tahun bergantung kepada jenis kesalahan.
baru puak2 ni sedar jalan raya bukan tempat berlumba.

Anonymous said...

Mengapa perlu takut aes, hanya pesalah je dikenakan saman. Lokasi kamera pula di letakan di tempat yg berisiko kemalangan. Tak kisah la kawasan 110km/h atau 60km/h ke. Dah kawasan risiko kemalangan.

Kelajuan bukan satu satu penyebab kemalangan. Tapi dengan ada aes ni. Pemandu akan jadi berhati2.

Pasal pihak swasta terlibat ni. Derang hanya sediakan service je. Yg tentukan saman masih dipihak penguatkuasa kerajaan.

Kita takleh lari dari pihak swasta terlibat dgn sektor kerajaan atas sebab kekurangan kakitangan, kekurangan kepakaran dan kekurangan kewangan.
Boleh nak pakai kertas pun kerajaan minta(bayar) vendor(swasta) yg bekalkan

Anonymous said...

9Salam Semua...
Harap semua dah Sarapan...
Satu contoh dpd pengajaran kpd rakyat M'sia supaya berdisiplin dan patuh kpd undang2 diperkenalkan oleh YBhg. Tun M ialah "Kebersihan"...
Sehinggakan nak baling batang mancis kat laluan jalan kaki pun takut kat Kuala Lumpur waktu tu...
Manakala anak2 umur 3 - 6 tahun pun tanya dulu "Mak/Ayah boleh ke buang kertas ais krim kat luar? Jika berada dlm kereta di Lebuhraya...
Kenapa takut baling batang mancis dan buang kertas ais krim?...
Anggota Penguatkuasa yg bertugas ramai di sekitar nyer...
Dapat tangkap...SAMAN...
Jadi nyer...bagi saya AES ni merupakan "Pengajaran" patuh kpd undang2 Jalanraya...
Mari kita didik diri kita supaya memandu tidak melebihi had laju...
Sekian.

Anonymous said...

ROMPAK DUIT RAKYAT?

MAKSUDNYA SEMUA RAKYAT MALAYSIA NI MEMANG DUNGU...SEBAB TAK PATUHI UNDANG-UNDANG JALAN RAYA.

KEPADA PARA PENGKOMEN.
LAIN KALI GUNA PERKATAAN NI ROMPAK DUIT PESALAH TRAFIK bukannya ROMPAK DUIT RAKYAT.

KALAU ROMPAK DUIT RAKYAT MAKSUDNYA 100% WARGA NEGARA MALAYSIA DARI USIA 1 HARI HINGGA USIA 90AN KENA SAMAN SEBAB AES.

YANG KENA SAMAN ADALAH PESALAH TRAFIK.

RAKYAT ( USIA DARI 1HARI HINGGA 90AN ATAU LEBIH 100 TAHUN).
FAKTA : KAT MALAYSIA NI MANUSIA YANG BERUMUR 16TAHUN KEATAS JE YANG BOLEH DAPATKAN LESEN.

JANGAN BODOH MACAM PEMBANGKANG...ASYIK GUNA PERKATAAN RAKYAT BILA BERPOLITIK

Pas dajjal said...

Rasanye aes ni tak sesuai lah ada sbb dia mcm tak kena tempat je... Camera mcm yg before ada ni dah ckp elos dah... Dgn adanye aes ni mcm menyusahkan rakyat je ye lah org tak bwk laju pun kena gak kan mana tak angin.. Lps tu ada kat tempat bodoh2 mcm tak sesuai sgt2 ....

kakbedah said...

lepas AES nie tamat tempoh, apa lagi la dia nak pasang kan????? ai... cina babi nie selagi boleh bt duit dgn kerajaan selagi itulah dia x lepas

Hamba Allah said...

Bravo RBF...

Aku support your statement. Najib, you should aware of this. Get the data correct !!!

Sepatutnya tengok le statistic betul-betul. Analyze betul-betul... Make sure the data tu betul bukan dari agak-agak polis.
Junk input= Junk output.

Sori le..keja aku dok analyze statistic data hari-hari... byk data tak boleh pakai sebab data tak sure betul atau tak...

Anonymous said...

Rakyat khasnya orang melayu sebahagian besarnya dah mula nak patah balik kepada Umno(BN) untuk PRU 13 nih. Yang bukan melayu khasnya bangsa ultra kiasu kebanyakan dah tak reti nak sebut BN dah.

Kena beringat tu. Kalau sorang kena sampai 20-30 saman, silap2 tobat mereka nak pangkah Umno(BN).

Silap banyak la kerana pi laksanakan AES tu waktu dekat2 nak pilihanraya. Boleh jadi modal besar kepada pembangkang nampaknya.

Anonymous said...

Pasal AES jer tak nak pangkah BN ?? Hmm..tak tau nak cakap ape dah...

Anonymous said...

bantah aes sampai nak tukar kerajaan...tu perbuatan bangang.

bantah aes sebab pelaksanaan yang gagal..tu pemikiran rasional.

toksah merepak la tak dak sapa pun yang bantah aes sampai nak tukar keraajn kecuali pembangkang.

persoalannya..apa tujuan pelaksanaan aes? untuk kurangkang kemalangan atau untuk kaut keuntungan?

aku setuju dgn rbf. pelaksanaan aes mcm sekarang bukan utk kurangkan kemalangan. bukan utk didik pemandu. tapi hanya utk kaut keuntungan syarikat terlibat.

Anonymous said...

PANDU IKUT HAD LAJU. JIWA SELAMAT TAK KENA SAMAN AES. APA NAK BISING2. SWATA KA K'JAAN KE YG URUSKAN TUJUANNYA TETAP SAMA, NAK SELAMATKAN NYAWA RAKYAT MALAYSIA.UNTUNG PIHAK RUGI OPERATOR BERGANTUNG KPD KITA YG MEMANDU. KALU DAH HAD LAJU 90KM, PANDULAH 90KM, KENAPA NAK LEBIH? NAK CEPAT? NAK CEPAT MAMPOS?

sotong sempoi said...

Pls stop aes... Tak sesuai dkt malaysia menyusahkan org saje

Anonymous said...

Teruk RBF kena...takpe bro..sabar...yang penting ini dijadikan pengajaran supaya jangan menulis ikut perasaan...look at the BIG PICTURE....

Anonymous said...

Assalamualaikum.. banyak sungguh komen pasal AES ni.. ada yang menyokong ada yang membantah.. satu perdebatan yang bagus... :)
Aku punya pendapat pulak AES ni memang patut di teruskan. Tapi bak kata RBF, kena consider lokasi mana nak letak camera tu. Untuk permulaan letak kat lokasi yang byk jadi kemalangan maut dulu atau kat traffic light yang selalu pemandu2 bodoh dok lannggar lampu merah. Lepas tu baru dikembangkan pada lokasi2 lain. Medidik dengan cara perlahan2. Macam kita jugak..start belajar dari ABC dulu.. baru leh membaca.. mcm tu la jugak dgn pemandu kat Malaysia ni.. byk yang penting diri sendiri je. Aku jugak setuju kalau certain2 highway dinaikkan had laju. Dengan perkembangan teknologi sekarang ni dengan kereta yang mewah dan berkuasa tinggi, 110 tu dah nothing. Yang salah bukan pada kelajuan, tapi cara org tu memandu. Aku sendiri memang jarang bawak slow. Kalu kat highway average 130 or 140 tapi bukan sepanjang higway. Tempat yang tak sesuai slow la balik. Imagine kalau bawah 110 from KL to Bukit kayu hitam, mau kematu bontot baru sampai. Kajian perlu di buat 1- Menaikkan had laju untuk sesetengah kawasan yang sesuai 2- Mengubah camera AES ketempat2 yang lebih bersesuaian (yang selalu terjadi kemalangan) 3- mendidik pemandu untuk memandu dengan lebih berhati2 serta peka keadaan sekeliling.

Penglibatan pihak swasta dalam perlaksanaan AES aku bantah sama sekali. Mungkin aku tak tau apa kandungan perjanjian dengan kerajaan untuk projek AES ni. Tapi aku pasti kalau tak dapat balik modal pasti kerajaan yg kena tanggung kos ni semua. Sebab tu suka hati ja dia pasang camera ni. Supaya cepat dapat balik modal + untung.(ini hanya anggapan buruk sangka aku).
Lebih adil kalau projek ni ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. tak perlu nak bayar komisyen pada kompeni ni. Sudah pasti ini semua jadi modal utk pembangkang.. dan sekali lagi kerajaan BN dikatakan kroni. Bayangkan jika ini diamalkan, tak lama lagi akan ada syarikat2 lain (semestinya yg dikatakan kroni oleh puak PR) akan come out dengan idea lain pulak untuk buat duit..
Memang betul undang2 dibuat untuk dipatuhi, tapi jgn pulak ada yg mengambil kesempatan dengan undang2 ini utk menyusahkan yang lain. Aku harap sangat kajian semula sistem AES ni akan lebih menguntungkan rakyat dan juga kerajaan BN.. HIDUP UMNO!!!!

Wau Janak said...

swata ker atau tidak, naikkn hadlaju ker atau tidak...aku tak brp kisah.
aku stuju dgn bbrp komen dlm blog2,
Kjaan Jangan Keluarkn Notis Saman Serta Merta. Bagi Notis Peringatan Dulu Untuk Kesalahn Kali Pertama.
Dan jangan keluarkn notis saman jika pengguna melakukan kesalahn kali kedua dan seterusnya ditempat yang sama KECUALI NOTIS PERINGATAN TELAH DIPASTIKAN TELAH DITERIMA TERLEBIH DAHULU OLEH PENGGUNA!!!-
Surat Berdaftar atau serah terus kepada pengguna di rumah atau pejabat.
Jika selepas terima notis peringatan, tetapi pengguna masih jg melakukan kesalahan ditempat yg sama, maka kjaan nak saman dan kompaun tanpa diskaun, wajarlah.

Anonymous said...

masalahnya... betul ke AES ni automatik.. cuba tanya JPJ, dia dok pilih gak yang mana satu dia nak hantar saman... kalau kena keta orang kaya ke MP ke, mesti tak hantar samannya....

harap JPJ transparent and bagi rakyat buat audit tentang AES ni.. kita tengok berapa byk camera tangkpa, tapi saman tak dihantar....

Anonymous said...

Saya setuju isu jangan libatkan syarikat swasta dlm soal komisen saman. Itu seolah2 memperniagakan soal penguatkuasaan undang2

Yang saya tak setuju dan nampak sangat NAFSU BODOH penulis ialah mahu undang2 di suaikan dengan NAFSU pemandu2 Malaysia yg SAMSENg dan KURANG AJAR..mungkin juga sama seperti sikap penulis ini.

Tolonga jangan samakan undang2 di Germany yang ada lebuhraya tanpa had laju- cuba kaji sivik pemandu Eropah. Sivik pemandu Malaysia ialah tahap sakit jiwa dan low class.. low professional.. harap kenderaan sahaja high-tech tapi otak bodoh, pemanduan yang penuh provokasi dan tidak menghormati kenderaan perlahan lain.

Wajarkan kita mahu tuntut undang-undang yang LEMBIK untuk ajar pemandu Malaysia yang sangat kurang ajar ini?

Wahai penulis.. usah jadi bodoh dan mengikut rentak pembangkang. Peralatan apakah lagi yang kita mahu untuk menyelesaikan masalah sikap pemandu negara ini? Jika memandu ikut halajau sekarangpun ramai yang gagal memandu dengan profesional, adakah dengan mengubah halajalu lebih tinggi, kemalangan akan kurang? semata-matu mahu memuaskan NAFSU pemandu-pemandu kereta besar seperti penulis?

Penulis memandu hari-hari ke di lebuhraya PLUS pada jarak jauh? Penulis lihat tak bagaimana bas ekspres dan lori kontena boleh berlumba bersama kereta Proton Persona? Kegilaan pemandu Malaysia tanpa mengira apa jenis kenderaan ini wajarkah dilonggarkan undang2?


Kita tidak mahu bercakap atas stand politik..kita nak berhujah atas stand kebaikan dan keselamatan.

Saya menyokong 100% sistem sekarang dan jangan diubah lagi. Saya pemandu yang berlesen sejak zaman Proton Iswara dikeluarkan. Adakah masalah besar memandu maksimum 110? Atau kita yang gelojoh dengan pemanduan?

jangan jadi manusia yang bodoh di kala ilmu dan suasana memerlukan kebijaksanaan.

Anonymous said...

Rakyat Malaysia rata2 NAFSU besar tapi akal BODOH macamlah RBF jugak. RBF penah kaji ke spec civil pembinaan HIGHWAY kita?
Sama juga dgn spec landasan keretapi.. kenapa double track train perlukan pembinaan semula rail system? Kerana untuk bolehkan keretapi ETS memecut pd top-speed 130-150km/h. Itu infra yang sesuai dgn kelajuannya.

Sekarang ni lebuhraya kita sudah padat dengan kenderaan. Adakah halaju mahu ditingkatkan lagi ditambah dgn skill pemanduan yang lemah dan tidak pro?


Jangan kita pentingkan soal peribadi tapi akan merosakkan generasi depan.

RBF usahlah tegakkan benang basah dgn paste kisah2 kemalangan maut yang konon xde kaitan dengan lebuhraya? Bodohnya buat artikel.. macam budak2 yang melawan mak ayah cakap jangan main hujan nanti demam..


Mentaliti parasit pembangkang dlm RBF! Hujah xbernas, hanya pentingkan diri!

Anonymous said...

BODOH RBF ni rupanya.. sokong pemikiran Tun M yang cerdik tp dlm diri masih dibelenggu kebodohan. Buat artikel sepatutnya menyokong kebaikan, hujah pada dasar yang betul. Ini hujah macam budak2 TADIKA KEMAS.. compare not apple to apple.. aduh.. blogger HARAM PR dgn Blogger BN sama bodoh rupanya. Patutlah Najib gagal buat transformasi sbb banyak sgt ugutan2 dr rakyat2 bodoh dan low minded. Sikit2 nk ubah kerajaan..

sikit2 nk ugut dgn undi.. bodoh bertingkat2.. benda baik pun nk tolak.. takkan nk suruh kerajaan biar rakyat MAMPOS banyak2 atas jalan.. just lihat je.. MAMPOS je panggil ambulans., company insurance, tow car.. then settled?


Sepatutnya berilah sokongan dan cadangkan penambahbaikan seperti cadangan menghantar notis amaran, memastikan saman itu sampai pada pemilik. Soal dasar seperti halaju maksimun JANGAN dipersoal lagi. Lagipun AES bukan dipasang setiap kilometer, kalau gatal sangat nk pecut juga.. tunggu lepas AES je bantailah..

So ape bising2?

Anonymous said...

sotong sempoi.. ko tu nk suruh stop AES xsesuai sbb ko tu mat rempit ke? idiot punye statement.

sotong sempoi said...

anon 12.58 apa mslh ko sial padahal ko tu yg mat rempit kat kg pisang ckp org plak...org cakap benda btl tp ko terasa kenapa benda btl kita kata btl klu benda kita rasa tak sesuai kita kata salah...ko ni mesti org pas kan sbb tu ko bodoh mcm lembu

Anonymous said...

Sotong sempoi SIAL...bapak ko ajar ko sial ker? Ke mak ko dulu minah rempit!! Ko bantah AES sbb mak bapak ko merempit..so ko pon nk meremoi!! Bangang bodoh..org PAS tu ko ler..asyik bntah benda baik..rasuah le, makan duit rakyat ler. Hujah bangang ko kg pisang ko ingt lawak ke SIAL?? Weig sotong sial, kalo xnk undang2 ko berambos pegi Thailand lah.. Bg hujah bodoh...pastu meroyan..ko dh sontot dgn anuwar kot?!

Anonymous said...

Aku rse sotong rempit ni talibarut PR kot...sbbtu die marah sgt AES tuh.. Xde hujah aoepn..main maki hamun jer..stail org PR?

Lgpon Negeri2 PR semua xbg pasang alat tu..diorang tolak! Pdhal alat tu bkn nk tembak org bg mati,.nk capture pesalah lalulintas di KAWASAN KEMALANGAN?..aku pn xphm kenape bnde mnfaat pn nk lawan?! Kalau xbuat salah xdelah kena saman, xde susah pun, melainkan korang mmg dh set utk langgar speedtrap..xpuas ati sbb nk langgr undg2. Ade kh rakyat sudah sedap lnggar undng2 so jd xpuas hati ble ade penguatkuasaan berkesan. Apepun harap Kemnterian jgn batal, just kaji n baiki kelemahan.

Anonymous said...

Had laju mahu dikaji supaya sesuai dgn kapasiti enjin knderaan?? Tp kapasiti perangai dn sikap pemandu yg kurang adab xyh kaji plak?? Sbb tu susah nk didik pemandu mlysia dh le xberadab pastu nk undng2 ikut selera... Baik btlkn je semua undng2 jlnraya.. Dulu saman ekor, skrg AES plk..hbis tu ape yg nk sbrnye?

Anonymous said...

Nak tumpang quote hujanh kawan2 kat atas..." masalahnya bukan kelajuan tapi sikap pemandu, so xde salahnya naikkan had laju"...
Ermmm...memandu laju bukan sikap ker?...hmm...
Sbb tu ade AES..dia bukan bertujuan untuk mengurangkan kelajuan kereta tu tapi mengubah sikap pemandu yang suka pandu laju...
Lagi satu..benda ni yang paling aku muskil..iaitu..cadangan aes ni datang dr kerajaan tapi bila ade member kita yang menentang rbf..tak pasal2 kita tuduh dia pembangkang...mana logiknyer tu...walhal.....

Saja xnk smbung sbb aku percaya rbf paham..

BelalangSumpah said...

RBF ni mane paham..die ni talibarut jugak..skrg ni sape2 pn xleh percaya bb duit boleh beli diorang.

Benda baik pun boleh tentang..itu yg musykil..at least ckplah buat penambahbaikan..ini suruh henti..amboi2 mcm duit bapak die plak..

Anonymous said...

askum semua..
bagi yg memperbodohkn org lain,bg sy org yg xbpe nk pndai ni, sy rse lg bodoh..

bce btl2 ape yg nk di sampaikn oleh rbf..bce dgn hati tenang,minda terbuka & transparent..

insya allah korg akn phm ape niat yg cbe disampaikn rbf..

pd pndangn sy melalui penulisan rbf xde kne mngne politik PR or BN..jd,isu tu xperlu diselitkn..

pd rbf, sy sokong sgt2 dgn cdgn2 anda..well said and keep it up..

Anonymous said...

anon 1042

bagi aku, antara ramai2 yg membodohkan org tu, kau la yg paling bodoh!

Anonymous said...

yg doh BODOH2kn org dlm ni, anda 2 pndai sgt ke? come on lah guys/girls. rsnya ramai yg komen dlm ni pn beragama islam kn. jg la skit adab2 2. dari dok gadoh pasal aes ni, kn lbh baik kt sm2 kaji n kupas jalan penyelesaiannya bersama2.

punca2 kemalangan lg2 musim perayaan.

1. langgar lampu merah pada waktu puncak/byk kereta. (da lewat2 malam xkn nk ikot lampu kalau jln kosong? buang masa je)
2. memotong ikot lorong kecemasan (kerap berlaku dimusim perayaan, mcm dia sorg je nk cepat smpi. org mcm ni xpyh saman, amik je lesen dia tahan tepi jalan 2-3 jam. nk cepat sgt kn? :p)
3. tukar lane jalan sesuka hati.
4. memandu tatkala mengantok
5. ikot blkg kenderaan lain terlalu dekat
6. xbiasa memandu long distance (mereka2 ni akan cepat panic dan sgt suka brek mengejut di highway)
7. tayar kereta yg xpnh tukar (nk bwk laju, salu2 la check kondisi kereta anda terutama tayar n brek)
8. byk laji punca2nya.. meh la sm2 kupas

Anonymous said...

AES ade pro & kontra yer...bg pgguna yg terselamat dr lalu dpn kamera AES mgkn fikir AES xbebankan mereka. Tp mnta budi bicara pihak kerajaan khususnya yg kendalikan AES naikkan ckit had laju km...n bg sesape yg xpnh kena saman AES,sy nk bgtau...saman AES,walaupun pemandu lbh 3km dr had laju yg dtetapkan spt 70km, tetap kena saman rm300, n kedudukan kamera AES kbanyakkan terpacak slps meneruni bukit. Jd xperlulah nk kondem org, sbb kite pun xtau camne nasib kite dgn saman AES...mgkn awk pemandu bhemah tp kalo Allah nak duga awk rasa camne bile kenasaman AES dgn melebihi hanya 3km dr had laju, mesti awk jgk akan utarakan pndapatspt mereka...wallahualam...:-)

pemuda klang said...

Aku orang UMNO/BN.
Siap pernah jadi AJK lagi (dulu)

Kereta aku 2.0 cc tapi bukanlah yang baru sangat. Sekarang lepas check online ada 6 saman AES di sekitar lembah Klang. Lebih 10 lebih 20kmh...

Kalau aku bawak kreta adik aku Saga, memang 110 dah rasa laju. Tapi kalau bawak 2.0 aku, tekan lebih sikit dah cecah 140kmh tanpa terasa pun. Kadang2 tercecah 160kmh pun aku tak rasa laju. Kadang2 kejar flight kat KLIA pun tercecah 180kmh tanpa sedar.

Rekod aku memandu selama ni pun jarang kena saman. Jangan ingat semua orang yang bawa laju tertekan lebih tuh semua pelumba atau tak berhemah. Kalau kancil bawak 140 keatas mmglah tak selamat, tapi kalau kereta lebih besar itu biasa. Saya bukan kaya sangat juga.

Kadang2 kami ini ada meeting sana, sini, jumpa orang sana sini memang terkejar masa. Federal highway contohnya, nak jumpa orang bawak di lorong 1 (laju) bawah 120?Takkan nak bawa 90kmh, sah2 makin menyusahkan orang lain.

Bila aku tengok kerajaan PM Najib hari nih masih mengutamakan Cina2 berniaga maka aku dah mula menyampah. Betul, faktor terkena sama tuh pun buat aku jadi sakit hati juga.

Aku dah mula rasa nak undi protest bagi orang lain dah. Adik2 aku pun dah mula menjauh dari BN selepas macam2 bende yang berlaku sekarang.

Sedih, tapi itulah hakikat yang dah mula berlaku. Aku pun tak tau macammana nak buat lagi.

Anonymous said...

AES = LANUN ZAMAN SEKARANG

Monica Roland said...

Hallo Setiap tubuh, Nama saya Ibu Monica Roland. Saya tinggal di London Inggris dan saya seorang wanita senang hari ini? dan saya mengatakan diri saya bahwa setiap pemberi pinjaman yang menyelamatkan keluarga saya dari situasi kita miskin, saya akan merujuk setiap orang yang sedang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi saya kebahagiaan bagi saya dan keluarga saya, saya sedang membutuhkan pinjaman sebesar $ 250,000.00 untuk memulai hidup saya seluruh karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak-anak saya bertemu takut pemberi pinjaman kredit orang yang jujur ​​dan ALLAH yang membantu saya dengan pinjaman sebesar $ 250,000.00 US Dollar, ia adalah seorang takut ALLAH, jika Anda membutuhkan pinjaman dan Anda akan membayar kembali pinjaman silahkan hubungi dia memberitahu kepadanya bahwa adalah Ibu Monica Roland yang merujuk Anda kepadanya. Mr.James kontak tulang melalui email: (easyloans03@gmail.com)