Tuesday, October 30, 2012

Selangor: Korek Pasir Sampai Runtuh Jambatan


Korek....korek....korek.....korek dan balun sampai ranap kerana lepas pilihan raya nanti belum tentu akan kekal. Jadi, sementara waktu yang berbaki ini balunlah cukup-cukup.
KUALA LUMPUR - Sebuah jambatan di Sungai Rasau, Kampung Pulau Meranti dekat Putra Perdana, Puchong runtuh petang tadi menyebabkan laluan dari kampung itu ke Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya terputus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata runtuhan jambatan itu mulai berlaku pada kira-kira 2 petang sebelum ia runtuh sepenuhnya tiga jam kemudian.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya sedang melakukan kerja pembaikan.

"Penduduk di kawasan kampung itu dinasihat menggunakan laluan alternatif Jalan Puchong-Putra Perdana-Cyberjaya," katanya kepada Bernama.

Zaldino juga berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hakisan di sungai berhampiran.
  
Sementara itu, penduduk di sekitar Kampung Pulau Meranti terkejut dengan kejadian tersebut.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata ketika melalui jambatan itu pada kira-kira 1.30 petang tadi, beliau terasa kenderaannya 'terhayun'.

"Saya segera memaklumkan kejadian itu kepada Ketua Kampung tetapi ia runtuh setengah jam kemudian. Mujur ketika kejadian, tiada kenderaan yang lalu dan tiada orang cedera," katanya ketika ditemui di sini.

Hafiz berkata retakan dan lubang kecil mula dikesan pada jambatan itu enam bulan lepas namun tiada kerja baik pulih dilakukan.
Saiful Wan Mohd Rosli, 40, pula berkata laluan itu juga sering digunakan lori dan treler yang berkemungkinan menyebabkan retakan.
"Saya menyedari retakan pada laluan ini semasa pulang dari solat Jumaat minggu lepas dan saya mendapati seperti ada lubang yang agak besar di bahagian bawah jambatan itu," katanya.
sinarharian.com

Esok lusa pendekar-pendekar tempang cicak mengkarung keluar kenyatan "itu semua salah kerajaan yang lepas".

12 comments:

Anonymous said...

Terlajak kereta bole undur
Terlajak undi PR negeri jadi mundur

Selagi ada masa,kaupla apa yg bole utk di jual , di korek, di gadai n di agih2kn kpd kroni....itula yg trjadi di Selangor skrg...

Pada yg masih xsedar diri ..UNDILA PAKATAN HaramJADAH...contoh dah ada di 4 negeri ....

pakcik kedaikopi said...

nak buat macam mana pasir tempat lain dah habis dikorek asal barang jadi wang khalid beduli apa jambatan runtuh ke selangor banjir yang penting anak berana kluarga dia senang

xXx said...

Ehhhhh! Pakatan tak bersalah lah! Ni semua kerja jahat Umno ni. Jamban kat rumah rosak pun kerja jahat umno juga! Ini semua salah umno! ye dok? Pakatan baik mana pernah buat salah! Korek pasir bagi kat kroni PKR tak salah. Tu boleh, tak caya? Esok pok nik keluarkan fatwa baru untuk halalkan kerja khalid gagap! HAHAHAHAHA!

Anonymous said...

Bukan Puchong tu tempat UMNO ke??? Hihi... banyak juga UMNO pegang kawasan ni, tapi kenapa PGayR yang perintah kalau UMNO banyak pegang kawasan...??? Keh keh keh... sendiri mau pikiaq la... kencing mesti no wahid...

Anonymous said...

11.48....lembab

Puchong dalam Majlis Perbandaran Sepang. Sapa pegang majlis perbandaran lembab oi? Sapa bagi kelulusan korek mengorek pasir? Jawapan ko pun tahu, jangan buat2 lembab.

Anonymous said...

anon 12.24..ko yg lembab..bodoh piang...

stingray said...

Bab korek mengorek ni memang depa expert...tapi bila lubang dah pecah pi cabut lari kat kedutaan Turki..cisss

Anonymous said...

Bkn ke ahli parlimen puchong si anak karpal singh?
Jagdep sigh deo the YB meh?
Konfiden jer BN pegang.
Nak kata bodoh mmg bodoh pon.
Sia2 dikurniakan otak.
Membazir btol.
Baik bg kat monyet otak tu utk tujuan sains...tgk muat ke x.

Anonymous said...

PUCHONG TU AHLI PARLIMEN ORANG PR.

DUN PULAK KALAU TAK SILAP DENGKIL ADUN ORANG BN.

SO BILA DAH DIPOLITIKKAN..SEMUA TUDING JARI LAH JAWABNYA.

BAGI AKU PULAK, INI MENUNJUKKAN JAMBATAN ITU TAK SUDI BAGI KERETA SPORT LALU ATAS DIA...KAH KAH KAH

Anonymous said...

Lebih senang untuk membuat pilihan pada PRU13 berbanding PRU12. Kita sudah ada negeri yang diperintah oleh PKR, PAS dan DAP. Dah boleh nampak macam mana mereka memerintah. Lebih banyak bercakap dari membuat kerja.

Anonymous said...

Kerajaan Selangor hari ini umpama tikus membaiki labu. Korek sana korek sini akhirnya labu hancur. Apa pun yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Selangor hari ini dibawah kepimpinan PKR adalah petunjuk jelas apa yang akan berlaku jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia. Nauzubillahhiminzalik. Wallahualam.

mtk

tokgaru said...

Tuhan saja nak bagi 4 negeri kepada pembangkang untuk di nilai oleh pengundi. Pada PRU 13 nanti kalau orang melayu nak undi pembangkang lagi .. memang mereka saja nak cari susah la. Bukan melayu aku tak harap langsung mereka akan undi BN walau pun Najib bagi berguni2 duit untuk sekolah cina dan tamil .. kerana tahun 2008 mereka hampir2 berjaya melenyapkan penguasaan politik negara oleh orang melayu dengan bantuan melayu Pas dan melayu PKR.

Kita doa mudahan2 melayu Pas dan melayu PKR dan sedar kesilapan yang mereka buat pada tahun 2008.

Insyallah.