Wednesday, October 31, 2012

Selangor Seleweng:Peruntukan Kerajaan Pusat Untuk Jalan Raya Digunakan Untuk Unisel


Berita dari antarapos.com

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor didakwa menyeleweng peruntukan penyenggaraan tahunan jalan raya yang diberikan oleh kerajaan persekutuan melalui geran Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia (Marris) bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di negeri tersebut.
 
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan Pakatan Rakyat hanya menggunakan 58 peratus daripada peruntukan tersebut dan selebihnya digunakan bagi pembangunan Universiti Selangor (Unisel).
 
"Kerajaan Selangor hanya pakai 58 peratus daripada peruntukan kerajaan pusat untuk kerja-kerja menyelenggara jalan. Mana pergi lagi 42 peratus yang harus diguna?
 
"Saya juga dapat maklumat, melalui laporan audit ini, RM5.1 juta peruntukan Marris dikeluarkan dan diguna untuk diberi pada satu syarikat di bawah anak syarikat Selangor untuk membiayai projek pembinaan Unisel," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
 
Dalam sidang Dewan Rakyat Mac lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa peruntukan Marris berjaya merealisasikan projek-projek penyelenggaraan dan baik pulih di setiap kawasan.
 
Khalid dipetik berkata, setakat ini sebanyak RM 65,939,561.82 disalurkan untuk perlaksanaan projek Marris yang melibatkan sebanyak 1,065 projek pada tahun 2011.
 
Khalid turut mendakwa, satu pasukan audit turut ditubuhkan bagi memantau kerja-kerja Marris yang dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
 
Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC turut mendakwa walaupun kerajaan negeri menggunakan wang Marris bagi membangunkan Unisel namun universiti tersebut terus mencatatkan kerugian.
 
Katanya lagi, berdasarkan laporan audit kerajaan Selangor mengalami kerugian berjumlah RM39.69 juta dalam tahun 2010, dan RM13.56 juta melalui Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) iaitu syarikat yang menjalankan operasi Unisel.
 
"Walaupun wang Marris dikatakan diguna untuk membangunkan Unisel, namun Unisel tetap tidak membangun dan terus catat kerugian.
 
"Berdasarkan laporan audit Unisel mengalami kerugian. Pengurangan pelajar berdaftar berkurang dari 12,000 ke 10,000. Yang terkini ia menurun lagi," tambahnya.

13 comments:

Anonymous said...

patutlah jalan raya di sekitar shah alam ada yg berlubang-lubang. Garisan pun ada yang pudar. Jilake punya pakatan!

Anonymous said...

Usah cakap kat Shah Alam je, pergi B.B.Bangi sekali. Jalan bukan je ada yang berlubang, siap berombak-ombak lagi. Jalan yang cantik hanya depan rumah Harun Din je... puak mereka jugak... padan la...

Megat Alam Gempita said...

Unisel buat iklan propaganda kununnya ramai pelajar masuk ke laman webnya untuk berdaftar setiap tahun melalui kaedah online. Pirahlah kalau setakat ramai masuk untuk berdaftar tak dapat menutup kerugian bertahun-tahun Unisel.

Cit propaganda murahan punaisihat RM1.00!

anamas said...

PRU 13 suruh orang Selangor undi Pakatan Rakyat sekali lagi. Kami di kedah pun sama juga.Tak ada satu pun yang PR buat dibawah PAS.Jalan masuk kampong aku kat aku sampai la berlubang sana sini. Tu pun jangan cukup bangga penyokong PAS dengan kepimpinan ulama tahi minyak depa. Yang dia tahu nak tambah bini kononnya badan masih sihat. Nak berjalan pun kena orang pimpin.

Sama saja MB Kedah Azizan dengan MB Kelantan....Nik Aziz.Bukan cerdik sangat dilantik jadi pemimpin tertinggi negeri.

Anonymous said...

nah kan kantoi..

mana dia wang simpanan berbilion2 yang diperkatakan tu?

Anonymous said...

inilah kerja punaisihat rm1.00 ekonomi selangor yang bijak pandai tu.

tokgaru said...

Itu la orang politik. Universiti pun depa buat modal politik. Unisel sama, di Kedah Kuin pun serupa juga. Yang jadi mangsa adalah student dan mak bapak depa yang hantar anak belajar di sana.

Tak apa. PRU kali ni mai pakat sokong pembangkang bagi depa boleh ambil alih negara pulak. Kita nak tengok akan jadi lagu mana.

Kalau para penjaja dan peniaga jalanan melayu di Perak nak merasa macam mana penjaja dan peniaga melayu jalanan di Penang rasa .. haaa jangan lah lepaskan peluang sokong pembangkang supaya Perak akan dapat MB Cina macam Penang juga selepas PRU nanti.

Haaa di Perak melayu jadi MB waktu PR menang pada 2008. Betul memang betul tapi si Nizar tu setakat jadi tunggul DAP saja. Ptuiii .. tu pun orang Pas canang satu dunia kononnya Pas berjaya tawan 3 negeri - Kelantan, Kedah dan Perak.

Piiirrrraaahhhhh .....

Anonymous said...

P Kamalanathan?MP BN yg berdebat dgn rafizi kt TV1 tahun lepas?

rafizi dgn fakta2 ekonomi yg hebat,tp smpai turn P Kamalanathan,dia dok crita pasal tiang lampu kt hulu selangor..

ingat lg x??point dia,3 tahun memerintah selangor,PR gagal membina tiang lampu di hulu selangor..

(BN dah 55 tahun)...huhuhuhu

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Kepada WSA,

Orang yang hebat berdebat tidak semestinya hebat dalam menjaga kebajikan rakyat. Sebab itulah najib tak layan anwar untuk berdebat. Najib bukannya hebat dalam pidato jika nak dibandingkan dengan anwar. Tapi dalam masa yang sama najib lebih disenangi rakyat kerana beliau lebih banyak bekerja daripada bercakap soal retorik.

Uncle Saya said...

PARTI KELENTONG RAKYAT.....PARTI KERAT RAKYAT...PARTI KARTUN RAKYAT...PARTI KHALWAT RAMAI2

bro yul said...

gagap2 baru sepenggal jaga selangor hancur selangor d buat nyer..kata ahli koprat xkan duit orng bajet utk jalan raya pergi labur kat unisel kut klu labur ad utung x pe jugak nie bertambah rugi adalah.....ini bkn ahli koprat tp ahli keparat si gagap nie.....

bro yul said...

gagap2 baru sepenggal jaga selangor hancur selangor d buat nyer..kata ahli koprat xkan duit orng bajet utk jalan raya pergi labur kat unisel kut klu labur ad utung x pe jugak nie bertambah rugi adalah.....ini bkn ahli koprat tp ahli keparat si gagap nie.....

Anonymous said...

Kamalanathan? Sorryla....hari die menang, aritu gak pejabat jkk dirobohkan.dahla tak beri guna pejabat jkk yg sbnrnya....well, kerajaan selangor banyak selwsaikan masalh perumahan yg tergendala...byk yg telah dibuat...air free, alhamdulillah...baru sepenggal byk yg dh dibuat..jalanraya bawah jkr, jkr tak buat kerja ke? Jkr satu jbtn yg sgt kuat makan rasuah...lg bgs khalid guna lebihan baiki jln utk unisel drpd pemimpin bn, bila ada lbhn msk poket masing2....puih..