Thursday, November 1, 2012

AES: Kami Bukan Kritik Membabi Buta

Sejak beberapa minggu lepas RBF Online, House PK, MyKMU dan Blog MIK adalah antara blog-blog pro kerajaan yang awal dan lantang mengkritik perlaksanaan AES.

Seperti yang telah berkali-kali dikatakan sebelum ini, kami tidak menentang AES 100 % , tetapi kami mencadangkan agar beberapa perkara diperbetulkan supaya ia tidak kelihatan seolah-olah kerajaan cuba hendak mengaut wang dari poket rakyat serta memberi projek kepada syarikat kroni.

Banyak komen-komen pembaca yang masuk yang mengentam dan membodohkan saya kerana mengkritik AES. Semuanya anda boleh lihat di artikel-artikel yang lepas berhubung AES.

Melalui komen saya tidak boleh menilai sepenuhnya pendapat orang ramai. Kerana satu orang boleh hantar 10 komen. Dan tidak mustahil pihak yang berkepentingan juga boleh mengupah orang-orangnya masuk dan hantar komen untuk menyokong AES, menghentam serta memperbodohkan saya bagi melemahkan semangat seterusnya membuatkan saya dan rakan-rakan tidak lagi menulis perkara berkenaan.

Saya mengambil keputusan untuk membuat undian. Kerana dengan undian agak sukar bagi seseorang melakukan undian mereka sampai berkali-kali. Selagi mereka menggunakan IP yang sama maka sekali itu sahaja mereka dapat mengundi. Melainkan seseorang itu rajin tutup buka komputer atau reset IP mereka. 

Hasil undian yang dilakukan selama seminggu keputusannya seperti berikut,

  • Sebanyak 51 % pembaca memilih agar AES diteruskan tetapi perlu beberapa penambaikan.
  • Sebanyak 29 % pembaca memilih agar AES perlu ditangguh dan kerajaan perlu mengambil pendapat orang ramai terlebih dahulu.
  • Sebanyak 11 % pembaca memilih agar AES dihentikan terus.
  • Sebanyak 7 % pembaca memilih agar AES diteruskan seperti sekarang dan tidak perlu sebarang penambaikan. 

Saya tidak berminat dengan pilihan ke 3 dan ke 4 kerana ianya tidak selari dengan perjuangan saya dan ianya juga bukan pilihan majoriti orang ramai. 

Sebanyak 80 % pembaca setuju ( pilihan 1 dan 2) dengan AES tetapi ia memerlukan penambaikan. Ternyata apa yang saya dan rakan-rakan perjuangkan selama ini apa yang menjadi pilihan orang ramai.

Saya bukannya terlalu bodoh walaupun mungkin saya kurang cerdik. Saya tidak terlalu bodoh atau membabi buta menulis untuk mengkritik kerajaan mengenai AES di blog ini jika saya tidak melakukan kerja-kerja awal terlebih dahulu. 

Awal-awal AES dilaksanakan sudah kedengaran rasa gelisah dan gundah gelana orang ramai. Bertitik tolak dari situ kita cuba berbual-bual dan tanya pendapat orang ramai.

Hubungi rakan sana sini di negeri-negeri lain, tanya pemimpin itu ini dan sebagainya. Kemudian duduk pula bincang dengan rakan-rakan.

Meja dan kerusi restoran mamak jadi saksi bagaimana susahnya kita bermesyuarat hampir setiap malam memikirkan pasal AES. 

Bukan sehari dan bukan dua hari kita buat kerja itu. Hampir 2 minggu kita buat kerja dapatkan respon orang ramai. Kemudian barulah ditulis di blog. 

Kepada yang mengatakan aku bodoh dan aku trojan horse , aku beritahu kamu, aku bukannya menulis capai komputer dan taip ikut kehendak jari. Kita orang buat kerja, kita orang berfikir dan kita orang bermusyawarah sebelum menulis kerana kita tahu apa kesan yang akan diterima kerajaan. Apakah kau ingat aku dan rakan-rakan bodoh sangat bertahun-tahun kami mempertahankan kerajaan di blog masing-masing kemudian kami nak mandikan kerajaan dengan AES ? 

Ternyata apa yang kami perjuangkan selama ini ada kewajarannya. Jika tidak.....tidak mungkin Pemuda Umno juga mengambil pendirian sama seperti apa kami perjuangkan sebelum ini. Sebagai sebuah sayap kepada parti yang memerintah negara apakah kau orang ingat senang-senang Pemuda Umno nak buat kenyataan sebegitu ? Sudah tentu mereka juga telah melakukan kerja-kerja mereka mendapat pandangan masyarakat sebelum keputusan dibuat. Dan bila majoriti masyarakat tidak setuju maka mereka kena nyatakan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. 

Budaya bodek, budaya ampu sudah berlalu. Kritikan dan teguran akan membuatkan seseorang, sesebuah badan atau sesebuah kerajaan akan menjadi lebih baik dan lebih kuat. Manakala bodek dan ampu akan menyebabkan mereka terus syok dan lena.

Lihatlah kritikan atau teguran dengan minda yang terbuka. Bukannya apabila dikritik terus dituduh trojan horse.....

Saya dan rakan-rakan kritik kerana kami sayang parti , kami sayang PM, kami sayang TPM dan kami nak parti kami terus memerintah negara. 

Orang yang mengkritik AES yang dilaksanakan dengan cara tidak betul dituduh cuba mensabotaj parti, apakah orang yang melaksanakan AES dengan terburu-buru di saat PRU yang hampir tiba tidak sabotaj parti ?

Apa yang saya tulis selama ini mewakili suara hati masyarakat dan itulah kebenaran yang terpaksa ditelan walaupun pahit. Untuk mengelak polemik yang berpanjangan dan memberi kesan yang tidak baik kepada kerajaan , maka adalah lebih baik kerajaan tangguhkan dulu perlaksaan AES dan tubuh sebuah jawatankuasa bagi membincangkan perkara ini dan jangan lupa ambil pendapat orang ramai.

Ingat ungkapan yang keluar dari mulut Datuk Najib, zaman kerajaan tahu semua telah berlalu.....

46 comments:

Anonymous said...

di mana slogan yg selalu disebut-sebut "rakyat didahulukan"?

Anonymous said...

Hai..ade lagi ...takpela RBF..kalo ko rasa undian ko tu menunjukkan ko betul, pandai, majoriti rakyat sokong ko dan macam macma benda lain yang ko syok sendiri..sukahati ko lah.....yang aku tau nasib baik aku tak berpikiran macam ko...

--Tulis pakai otak---

Anonymous said...

Ya, sekarang zaman kerajaan tak tahu apa - apa...sebab tu on jugak benda ni... lepas tu flip flop..apa da..

Anonymous said...

"Meja dan kerusi restoran mamak jadi saksi bagaimana susahnya kita bermesyuarat hampir setiap malam memikirkan pasal AES. "

Ni part yang den gelak guling2 ni sebab dok bayangkan korang bermesyuarat dan berbincang tentang AES .Sorang lulusan U, sorang keyboard warrior , sorang keje dia dengar jer, sorang pakar komputer dan sorang pakar betulkan alat elektronik..bincang pasal AES..
pastu dapat persetujuan cakap AES tak bagus ..
pastu wakil diorang yang NGOK tolong post cakap inilah dia hasil tinjauan kami yang mewakili MAJORITI rakyat, kami betul, kami pandai dan berbagai...

So yang kementerian dok berbincang bertahun2 dengan pakar2 tu kira camner tu ?..

sian tgk RBF lately ....

bagilah dia menang..komen baik2 and sokongjer lepas ni bagi dia syok sikit.

Kalo nak piala, bgtau , boleh aku buatkan..hahahha...

MPP said...

Gua setuju AES diteruskan!! Gua bangkang sama itu KJ dan Ostazah Ebbi!! Gua juga bangkang apa yang RBF cakap diatas!!

Nanti gua jumpa lu siap laa RBF.. Gua cubit pipi lu sebab bangkang AES tu beb!!!

Kena faham bahawa AES adalah kaedah terbaik untuk memupuk KASIH SAYANG diantara rakyat dengan kerajaan!!

Hidup AES!!! Satu saman, satu undi!!! Hahahaha...

Anonymous said...

jgn lupa...amat ramai musang berbulu ayam yg bertugas dlm agensi2 kerajaan..tidak mustahil tangan2 depa ni yang bergerak menjatuhkan kerajaan dari dalam..

Anonymous said...

"apakah orang yang melaksanakan AES dengan terburu-buru di saat PRU yang hampir tiba tidak sabotaj parti ? "

Apa maksud ayat diatas RBF , cuba citer sikit ??
Adakah anda bermaksud AES akan embuatkan orang tak undi parti ??
Kalo betul jadi macam tu..patutnye anda bersyukur sebab kita tak perlukan pengundi yang membuatkan keputusan atas satu isu ..itu pengundi pentingkan diri sendiri namanya..biarlah diorang sokong parti lain pun..no hal...


RBF ....honestly I hope AES will be continued as plan and can't wait to see your choice during election...hehehhe..

Apa Pendapat Saya said...

budaya bodek dan mengampu memang dah jadi benda biasa bagi pencacai-pencacai pakatan, Benda salah pun dibetulkan, Benda haram pun dihalalkan. Menjilat tak tentu pasal pencacai murahan pakatan. Asyik selalu menjilat jadilah macam Pakatan Rakyat sekarang, Apa pun tarak, semua tak boleh pakai. Cakap ikut sedap hati ja, Cakap guna kepala lutut.

Matkilau penang said...

Setuju dengan pendapat RBF.kita bukan nak menghalang AES nie tp masa dan ketika tidak sesuai.perlu penambahbaikan.

Nozaki Ana said...

Truz trang aku ckp kbnykan rakyat malaysia nie mmg bodoh belake.....nak mcm2 untuk negara....tapi bila ade kemajuan mula la...sini bising sne bising mulut msing2 mcm puki je aku tgk....korang nk harapkan negara kita jd mcm US ngn British mmpi la....rakyat british lagi mengalakkan AES nie dipsng di negara mereka kerana mereka ade akal untuk keselamatan...bkn cm rakyat kita yg smua akal cetek

Durio Ziberthinus said...

Nampaknya RBF dah mengulung hujahnya bersama-sama fakta yg diperolehi dari kajiannya yg memakan beberapa hari. Selepas tu diikuti pula statement dari Ketua Pemuda UMNO. Mereka semua pakar-pakar yg telah merumuskan bahawa Malaysia belum layak mengunapakai sistem AES kerana dibuat secara terburu-buru.Malaysia belum lagi mencapai negara maju yg perlu gunakan sistem AES. Kerajaan patut memikirkan nasib pemandu-pemandu yg suka bawa laju dan suka melangar peraturan. Setiap kamera AES perlu digandingkan dgn satu papan tanda ala-ala billboard yg besar supaya pemandu laju boleh sempat memperlahankan kenderaan mereka dan memecut laju selepas itu. Kereta-kereta perlu dilengkapkan juga pengesan atau censor yg boleh mengesan AES dari berkilometer jauhnya. Kerajaan perlu cari cara lain untuk merompak duit rakyat daripada berharap pada duit kutipan saman. Mungkin juga ada yg berkata kerajaan mahu mengambil balik duit ihsan BR1M2 dan lain-lain pemberian dgn cara yg halus seperti sistem AES. Kerajaan juga terkhilaf dlm merumuskan hasil kajian dimana pemandu motosikal adalah penyumbang utama kepd kemalangan dan bukan pemandu kereta yg langgar had laju. Oleh itu seperti yg dibimbangi oleh RBF dan pakar-pakarnya yg prihatin serta termasuk Ketua Pemuda UMNO...isu besar AES ini perlu ditangguhkan jika BN tidak mahu tersungkur. AES nampaknya benar-benar mengugat BN waima Pak Cik yg naik basikal di Kampung-kampung juga mahu AES ini ditanggugkan.

Anonymous said...

Ada ke patut saman polis boleh diskaun, saman JPJ minimum RM300.00 - ni bukan janji ditepati. denda maksimum patut yg memandu 30KM/J lebih dari had.

Kalau nak buat kat traffic light kena ada lampu led bernombor/lampu hijau berkelip 5 saat, lampu kuning 2/3 saat tak cukup untuk berhenti & tak ikut sistem antarabangsa.

Anonymous said...

Rbf ..toksah sembang pasal aes ni...katakan tetiba kerajaan x jadi deploy aes tapi naikkan saman ke 600...sure meroyan gak dia..aku gerentinyer walhal saman hanya utk org salh jer..itulah dia peribadi rbf
----Jiran sebelah-**

Anonymous said...

RBF tulis blog syok sendiri.poyo weih hang.kalau xsilap aku masa hang pos mula2 psl aes xde plak bunyi hang setuju tapi nk penambahbaikkan.kali ni tulis spin plak lps aku setuju aes tp perlu penambahbaikan.kalau kau tulsi dari awal mcm tu xde la org bodohkan kau rbf.dulu masa saman ekor hang memekak.ni saman aes hang menyalak.hang ni nk apa sebenarnya?atau hang ni jenis suka langgar undang2..hang p oversea hang bole plak ikot peraturan..kat negara sediri xnk ikot

p/s aku bkn upahan tokey aes.

Anonymous said...

Org Singapore dah lama akak AES.. Okey Je

pujangga buta said...

Fuck you...pe yg rbf sampaikn adalah dr ht nurani de...aq yakin de ikhlas...bler kita jd pnyokong kuat krjaan kita kena ikhlas...bler kita rasa ada yg x kena,x wajar...kita berhak tgr...kita dibawah nie nmpk dgn jelas kesan aes pd kerjn...mungkin kerjaan nak nmpkn keikhlasan tp bnyk lg cara nk atasi masalah ini...rbf teruskn brjuag...fuck aes!!!

pujangga buta said...

Fuck you!!!1 saman 1 undi...mesralh sgt...MPP pembangkang bertopeng dajjal al masih yg nyata...goverment buat slp diam...goverment buat prkara baik...fuckkan...fuckatan pantat!!!

pujangga buta said...

Bgs betul pndngn ko...fuck you!!!ko ingt isu wet kecik...bg ko mgkn kecik,wet ko bnyk,brpndidikan tinggi...mampu bayar saman dan tax pd kerajaan...tp bg golongan ssh mcm aq nie,trhmpit di tengah kota...ada ko fikir?muhasabah diri...pandai speaking x bermakna ko betul...satu ayt untuk ko FUCK YOU!!!!!

pujangga buta said...

Pandainya ko norzaki ana...fuck you!!!british konon...us konon...ini malaysialh...blh ko bndgkn...org sana kemakmuran lbh dr kita...pndptn de...teknologi de...culture de...kita nie bukannya bodoh sgt nak dididik...x pyhlh dperah wet rakyat...bnyk lg cara...nak didik anak x perlu pakai wet pon...FUCK YOU!!?

pujangga buta said...

Tepat sekali...AES...ANGKARA EGO SOMBONG...bermain mainlh dgn rakyat pasal saman rakyat satu malaysia...SR1M...1 SAMAN 1 UNDI HLG...5 juta saman???say good bye to UMNO BN...ISU nie bnyk mnghntui org muda...tlglh najib jgn dganggu kami org muda...kami punya hidup trsendiri...fuck to AES!!!!

Leftenan Caine said...

anon 8.51

wahai anon yg budiman..benda lah ko ni bebal sangat..kau ni reti mmbaca ke tdak??cuba kau cek betul2 artikel awal RBF tntang AES,dia mmg ad ckp dia bkn mnentang AES,cuma mnentang cara PELAKSANAAN..apa ke bodoh tol la kau ni,dh,pegi baca dulu,bru blh komen..

n kpd anon2 yg meroyan pasal AES ni,aku xthu lah klau koang ni btul2 UMNO ataupn anjing PR,klau org UMNO bnda y aku nk ckp ialah org2 mcm kau lah yg akan meranapkan UMNO sbab nya kau tahu ampu saja,kau xdpt nk beza antra baik ngan buruk,dan congratz sbb menatliti korang dh setaraf ngan anjing2 PR..

kpd anjing PR lak,sorry to say la bro,dlm UMNO kta brjuang utk rkyat,klau kerajaan salah kita tgur,bkn nya terus jilat mcm korang jilat al-juburi korang..even Pak Lah pn ahli UMNO glingkan sbb dsarnya yg merugikan rkyat..UMNO brni mmprbtulkan silapnya bkn dayus mcm PR,anwar dh trang2 skong israel pn msih nk agkat jadi pmimpin..kesian aku kat korang..

Anonymous said...

Nasib baik jumlah anon yang bebal macam rbf x ramai...syukur...alhamdulilah...

Anonymous said...

kalau betul2 nak laksanakan AES ni...jangan pilih BULU... keluarkan saman kepada semua pemandu/kereta yang melebihi hadlaju dan langgar lampu merah... YA...SEMUA PEMANDU/KERETA termasuklah VVIP yang ada 'escort'2 tu... aku mintak JPJ keluarkan senarai jumlah saman terhadap VVIP ini tiap2 bulan....jangan asyik nak saman 'ikan2 bilis' saja...

Anonymous said...

Hahaha..marah nampak...hahaha...biasala orang low clasd bila kalah main bahasa lucah...kalo rasa diri tu miskin ikutlah undang2 bai...
P/s: kalo nak fxxk tu hang pi lah jumpa DSAI...sure dapek punyer...

Anonymous said...

Patutla nama pujangga buta..hahahaha..kesian..hahaha...

Anonymous said...

Pujangga buta cakap tepat sekali??? Adoi pujangga buta memaang sahla ko ni buta hati..cuba baca balik komen anon yg ko sokong tu baik2... Adoi aku sampai terkincit ketawa tak abis ni..hahahahaha

Anonymous said...

Senang citer..sape taknak AES samada
1)bawak kenderaan ikut peraturan atau
Kalo xnak ikut peraturan bawak je sesuka hati..ape nak takut..kalo kena saman report jer kat rbf pastu pi kat KASE...x yah bayar..ape nak susah....sure korang selamat punyer
Itu pun kalo korang xmati sbb accident la..

saya SIAPA said...

saya rasa AES ni kurang bagus walaupun tujuan dipasang untuk menjaga keselamatan rakyat tapi pada masa yang sama ia membebankan rakyat,ada yang dipasang tempat yang tidak sepatutnya dipasang,kalau masih nak teruskan AES ni maka mereka perlulah membuat kajian semula dan membuat beberapa perubahan,fikir fikirkan lah

Anonymous said...

salam,

aes ni memang perlu kajian lebih telti. bukannya ikut cakap pemandu tanpa kajian ilmiah. data menunjukkan yg mati kemalangan tu penunggang dan pembonceng motosikal. mana ada kaitan dengan laju kenderaan. yg ramai mati tu sebab naik keta macam iklan milo. sumbat selagi muat.

yg mati bawa laju tu merempit dan mabuk. bawa bas laju, pemandu mengantuk menyebabkan kemalangan. bukannya kelajuan membunuh. yg bawak laju pasal langgar lori yg berhenti di lorong kecemasan. ada lori yg langgar penunggang yg berhenti berteduh sebab hujan. ada yg kemalangan pasal jalan raya berlubang akibat berat lori yg lebih dan menyebabkan jalan rosak. banyak kajian yg perlu dilakukan lagi. bukan main hantam ajer.

tempat kamera pulak kawasan memang sengaja nak saman. depan sekolah waktu malam, takkan nak pandu 30km. keluar pi pasar borong pukul 3 pagi, mana ada orang kat simpang, boleh la ciluk sikit. undang-undang buatan manusia, bukannya dari quran yg tak boleh ubah. kita minta kaji bukannya hapus. minta buat kajian balik pun marah.

apa hal cerita ah jib gor sokong sekolah cina tak buat liputan berterusan selama sebulan ? 1 hari jer. gagasan NAJ1B pun tak ramai yg beri ulasan berminggu-minggu. aes ni, ramai pulak yg beri sokongan padu. kita naik keta proton, lari laju. inspira dan persona laju weh. exora pun ada turbo. mana best bawa 90 dan 70. kalu tak ada keta, laju la sikit.

aes pun nak kutuk orang. yg dok buat untung atas angin tak mau pulak dia kutuk.

00e said...


Harap maklum... Pakcik ini bawak lebih dari 130kmj. Itu sebab dia mati...

http://ondscene.my/kemalangan/penyelia-maut-digilis-lori?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penyelia-maut-digilis-lori

Anonymous said...

Pada suatu hari, anda sedang makan kat meja makan. Tiba-tiba kucing kesayangan anda mengganggu konsentrasi anda semata-mata nak tumpang sekaki makan ikan goreng yang sedap.

Adakah anda...

[1] Pukul kucing tu ngan penyapu

[2] Halau kucing tu ngan penyapu

[3] Pukul2 manje je kucing tu

[4] Kasi amaran pertama kat kucing tu

[5] Didik kucing tu secara berhemah supaya tak kaco orang lagi selepas ini

-----------------------------------

Sekarang cuba korang kaitkan soal kucing kaco orang tengah makan dengan penguatkuasaan kamera AES. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

pujangga buta said...

Kalau aq...aq kasi jew kucing tue ikan grg atau aym grg...brkongsi nikmat Allah brsama makhluk lain...bnyk2 cnth kucing ko buat cnth...trbaiklh...antara haiwan yg rasulluah sayangi...aq faham mksd ko...ko nk kritik pndktn rbf...gunalh anjing...ketika aq mkn,anjing dtg...lalu aq pon kencingkan anjing tue....setel...x pyh bg plhn...unk ko yg tristmewa aq bg pilihan 1 jew....FUCK YOU!!!!!

Anonymous said...

Saya tak suka saman ekor kerana saman ekor takde adalah bersifat menghukum dan takde peluang untuk mempertahankan diri. Kamera adalah robot yang tak melihat sesuatu benda dari sudut kemanusiaan. Kenderaan laju semuanya bersebab. Kadang-kadang memang terpaksa bawak laju. Bukan sengaja bawak laju. Kalau area 60km/j, pastu bawak 80km/j. Kena saman sebab lebih 20km/j jer, adilkah macam tu? Lainlah kalau bawak lebih 30km/j barulah dikira laju melampau. Tapi saya setuju kamera diletakkan kat trafik light. Cuma pastikan trafik light tu ada sensor untuk delay lampu kuning lebih lama jika trafik busy. Maksudnya, timing untuk lampu kuning tu fleksibel dan tidak ditetapkan.

MIRA EDORA said...

BTL TU APA YG DOL MAT CKP BAIK KITA CARI JLN KELUAR DARI SISTEM AES NI ATAU AMBIK PENDAPAT DARI SEMUA PIHAK DAN BUAT SATU RUMUSAN YG TERBAIK UTK AES NI. KALAU TAK DAPAT JUGAK NAK SELESAIKAN BAIK KERAJAAN MANSUHKAN AJE AES NI.

dol.mat said...

woi anon2 kat atas yg sokong pakatan haram jadah ni takperlu bising skrg ni kita cite utk kebaikkan bersama, dari dok melalak baik kita cari jln penyelesaianya.

Anonymous said...

Kucing dengan manusia mana boleh beza...come on!

Sebenarnya pendapat yang mahu AES dikaji pun betul, supaya tiada pihak yang boleh mengelak dengan pelbagai alasan apabila disaman.

AES adalah perlaksanaan yang perlu. Rakyat Malaysia yang sopan santun bertukar menjadi samseng apabila berada di jalanraya. PENTING...ini adalah rumusan orang asing terhadap kita.

Bro RBF - jangan risau, ramai tahu anda ikhlas.

Anonymous said...

pujangga bingai: ala aku bkn xkenal si rbf dgn mamak parpu.dua org ni jenis suka langgar undang2 tu xhappy aes.hahaha.wih rbf kau pakai kete apa bai?sampai xsuka aes.hahaha.rbf lain kali tulis tajuk biar jelas.jgn ckp mcm hindraf mabuk tapai.kalau kau aritu tulis kau sokong aes tetapi nasihat kerajaan perlukan penambahbaikn aku akan sokong kau.

Anonymous said...

12.51...banyak sedut gam?

Kata kenal RBF tapi tanya pula orang pakai kereta apa. Sucker!

Anonymous said...

SUDAH2 LA TU..

MEMANG PERKARA2 BARU KALAU NAK BUAT AKAN ADA PRO DAN KONTRA. MEMANG KENA AMBIL MASA SIKIT SAMPAI EFFECT DIA MENJADI. SEBAB ITU PERLU PENELITIAN DAN PENAMBAHBAIKAN.. PADA PENDAPAT AKU, AES PERLU. SIAPA2 YANG RASA POKET DIA TEBAL DAN TAK KISAH BAYAR SAMAN..SILAKAN MEMECUT. TAPI TOLONG JANGAN SAMPAI MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA YANG LAIN..BAYANGKAN JIKA AHLI KELUARGA ANDA YANG JADI MANGSA KEPADA MEREKA2 YANG MENENTANG AES..KALAU YANG MELANGGAR UNDANG2 JE YANG KOJOL, BIAQ PI LAAAA..TAPI JIKA ORANG LAIN YG TAK BERSALAH??? CONTOH TERBARU, PEMANDU KERETA MELANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH SAMPAI MENGHENTAM 6 PENUNGGANG MOTOSIKAL..JANGAN DAH TERHANTUK BARU TENGADAH..

Semboyan said...

AES boleh diteruskan dan ditambahbaik dalam masa yang sama. tidak perlu dihentikan penggunaannya. benda bagus janganlah kita tolak.

Anonymous said...

boleh tahan jugak kau punya spin rbf....mula2 tak setuju aes ni nak penambahbaikan pulak...aku ingat dah habis artikel aes kau ni. mesti kau tak tidur lena dihentam sbb aes kan??

Anonymous said...

Bancian yang dijalankan jelas menunjukan bahawa AES 'diterima' oleh majoriti. Tahniah kepada RBF dan rakan2 bloggers lain yang membawa isu ini sehingga diparlemen pun terdengar suara2 dari pihak kerajaan yang lantang mengkritik AES. Dalam isu ini dan banyak lagi isu, suara pihak pembangkang tidak menjadi kudis kerana sikap mereka yang sentiasa mencari publisiti murah untuk kepentingan politik mereka.

Undang2 dan peraturan sebelum ini seperti memakai topi keledar, penggunaan tali pinggang keledar dan sebagainya telah menimbulkan runggutan. Tetapi akhirnya pendidikan berterusan yang dilakukan oleh pihak berkuasa telah menjadikan ianya menjadi budaya sihat walaupun masih ada yang 'berdegil'.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar RBF dan rakan2 bloggers yang lain patut juga memaparkan dan mendidik masyarakat untuk lebih menghormati undang2. Dalam Pemerhatian saya, saya mendapati sikap segelintir pengguna jalan raya kita lebih takutkan polis dari menghormati undang2. Contoh paling mudah ialah penggunaan talipinggang keledar- ada sesetengah dari kita yang tidak suka memakai tali pinggang keledar dan tegesa2 mengenakannya apabila melihat kelibat polis. Brgitu juga dengan menggunakan HP dan sebagainya.

AES adalah sistem yang diperkenalkan setelah kajian panjang dilakukan. Mereka yang menentang perlaksanaan AES mungkin tidak mendapat gambaran jelas dan rational disebalik keputusan kerajaan untuk melaksakan AES. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Rbf dah tutup pengundian respon AES. Salah satu sumber utk menyokong hujah beliau. Meja dan kerusi kedai mamak juga jadi saksi kerja keras beliau dan rakan-rakan bermesyuarat hampir setiap malam memikirkan pasal AES nih. Dia kata sayangkan Parti dan PM. Menteri Pengangkutan patut amik diaorang jadi panel penambah baikkan sistem yg dikatakan dibuat secara terburu-buru, kaut duit poket rakyat dan projek kepd syarikat kroni. Isu AES boleh menumbangkan kerajaan BN lebih drpd isu rasuah pembelian Scorpene, NFC, saham FGVB,isu pembelian RIV, kes tauke balak Michael Chia, royalti minyak Kelantan, projek Lynas, projek RAPID Pengerang dll. Tangguh AES boleh wat BN menang lagi. Selepas ini Rbf sepatutnya bermesyuarat lagi dikedai Mamak untuk memikirkan penambahbaikan yg perlu;
1. Iklankan dlm semua sumber media tentang tawaran membekal kamera AES termasuk penyelengaraannya selepas itu siarkan dlm akhbar-akhbar utama senarai sebutharga dan Sykt yg berjaya dipilih.
2. Kerajaan perlu menaikkan hadlaju terutama dilebuhraya NKVE yg sering digunakan oleh Rbf dan rakan-rakan mesyuaratnya dari 60km/jam kepada 120km/jam.
3. Saman maksima RM100 utk semua kesalahan.
4. Senarai lokasi AES perlu disiarkan dimedia utama setiap hari termasuk koordinatnya jika perlu.
5. Saman boleh dibayar secara ansuran spt contohnya 3 kali bayar.
6. Kamera AES perlu diakui bertaraf standard antarabangsa dan bukan cap ayam.
7. Semua pegawai Polis pengendali kamera perangkap lagu perlu menjalani pemeriksaan mata berkala.

Yang seterusnya harap Rbf dapat memberikan input-input bernas demi memastikan BN tidak tumbaang gara-gara AES. Kalau perlu panggil KP atau exconya mesyuarat sekali.

Anonymous said...

Apa nak kecoh kecoh hangpa godam la AES tu habis cerita,,kan ramai cerdik pandai. Kalau tak reti nak godam sistem tu pakai korang punya skil yang ada pakai je lastik.

Apa nak kecoh kecoh pasal kena saman 300.00.

Anonymous said...

Bongok betullah semua komen di atas , orang bukan tak suka AES dilaksanakan tetapi tidak sesuai pada masa sekarang dalam keadaan BN 50-50.

Apa ingat Syarikat yang bekal kamera AES akan tolong BN ker

Tak boleh ke sabar sikit laksana lepas PRU13...apa syarikat suplly kamera takut BN kalah ker sebab tu kelam-kabut buat sekarang

Anonymous said...

kenapa semua takut kat AES,,heran..benda tu hanya ambik gambar yang wat kesalahan je.
kalu tak buat salah gambar korang tak mau nya diambil walau hensam mana pon pemandu tu..
cuba korang bawa kereta kat luar negara yang ada sistem ni.dah tentu korang patuh tahap gila.boleh pulak ye..kerajaan sayng kat kita agar kita tak buat salah jalan raya serta tak berlakunya kemalangan pada kita serta saudara2 kita.aku sokong 100% bab aes ni dilaksanakan ,,
tak buat salah tak yah bayar saman.