Friday, November 2, 2012

AES: Kini Saya Sokong 100 Peratus Sebagaimana Rakyat Malaysia Lain Menyokongnya

Anggaplah apa yang saya tulis mengenai AES selama ini tak betul dan bukan dari hati saya.....dan yang betul, yang ikhlas dari hati saya apa yang anda akan baca di bawah ini.....

Saya penyokong Umno , saya blogger pro kerajaan, saya sayang parti  dan saya sayang kerajaan. Maka setiap apa yang kerajaan buat saya kena sokong tanpa perlu persoalkan sedikit pun. 

Tak boleh lawan, tak boleh bantah, tak boleh kritik. Kalau lawan , bantah, kritik, maka saya adalah antara orang yang nak sabotaj parti atau pun trojan horse.

AES sebenarnya perkara bagus.....rakyat Malaysia semuanya sudah tidak sabar-sabar menanti AES sejak berbelas tahun lalu. 

AES juga bakal memastikan BN menang majoriti 2/3 dalam PRU akan datang kerana rakyat happy dan teruja dengan perlaksaan AES. Salah satu punca utama BN hilang 2/3 dalam pilihan raya lepas kerana rakyat marah  Pak Lah tidak melaksanakan AES.

AES adalah pilihan rakyat, siapa yang bantah mereka tidak cerdik. Pakatan pembangkang juga bakal kehilangan 4 negeri yang diperintah mereka dalam PRU akan datang kerana menghalang pemasangan AES. 

Dari Perlis hingga ke Sabah semua rakyat angkat ibu jari tanda bagus sokong AES. Wakil-wakil rakyat pembangkang yang menentang AES kini sudah tidak berani tampil di khalayak ramai kerana takut diboo akibat mereka menentang AES.

Tempoh seminggu saya bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha , saya sempat pergi ke tiga negeri. Ke Terengganu, Kelantan dan Perak. Asal ada sahaja orang di negeri-negeri berkenaan tahu saya adalah blogger RBF Online, maka saya akan dimaki hamun kerana mengkritik AES. 

Pagi hari raya saya berada di Terengganu. Selepas solat raya saya ke tempat sembelih lembu. Ketika tukang sembelih dah pegang pisau di leher lembu , tiba-tiba ada seorang ahli keluarga saya beritahu kepada tukang sembelih, inilah blogger RBF Online yang lantang mengkritik AES di dalam blog.

Terus tukang sembelih itu sentap bibir dan mulutnya berkata "natang sungguh mu rbf" ketika pisau sedang menghiris leher lembu. Nasib baik ada orang sempat tahan tangan dia. Kalau tidak dah putus kepala lembu. Geram kepada saya punya pasal.

Untuk mengelak saya jadi mangsa korban seterusnya , maka saya lari meninggalkan tempat itu sambil diboo orang sekeliling. 

Kalaulah saya tahu begitu punya bahana, taubat saya tak tulis pasal AES sebelum itu. 

Selesai di Terengganu saya ke Kelantan pula. Di Kelantan saya kena lagi.....Orang Kelantan marahkan saya dan berkata mereka dah puas diperintah PAS 22 tahun dan dengan kehadiran AES ia boleh menjamin kemenangan kepada BN seterusnya meranapkan PAS. Tetapi oleh kerana adanya blogger-blogger bodoh seperti saya yang menentang AES ia akan menyukarkan BN menawan Kelantan. 

Mengikut seorang rakan saya di Kelantan, di sana sekarang AES menjadi bualan orang dari pasar ke kampung-kampung hinggalah ke surau-surau dan masjid-masjid. Semuanya sokong 100 % sistem itu. Malah ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi surau serta masjid berduyun-duyun hantar surat kepada JPJ untuk memohon kamera AES di pasang di kawasan mereka. 

Lebih mengejutkan lagi ada juga penduduk yang menawarkan supaya kamera AES dipacak di dalam kawasan rumah atau tanah persendirian mereka jika Kerajaan Kelantan bertegas tidak benarkan AES dipasang di atas tanah-tanah milik kerajaan negeri. 

Mood cuti hari raya saya menjadi terganggu kerana AES. Di Terengganu tidak selamat, di Kelantan juga tidak lagi selamat untuk ku. Lalu aku dan keluarga membawa diri ke Perak. Memandulah aku dari Kelantan ke Perak menggunakan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Jeli dengan Gerik. 

Pandu tak laju hanya 60km/j kerana takut kamera AES. Satu-persatu papan tanda tepi jalan kiri dan kanan aku perhatikan kerana nak lihat papan tanda peringatan zon AES beroperasi. Tapi sehingga sampai ke Kuala Kangsar tidak ada satu pun papan tanda berkenaan, melainkan papan-papan tanda seperti dibawah yang banyak ditemui.

Sampai di Bukit Merah jiwa ku tenang dan aku rasa selamat kerana tidak ada lagi orang-orang yang memarahi ku. 

Pagi esoknya selepas sarapan saya berada di lobi hotel sambil melayan komputer. Baru saja saya buka blog rbf tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahu saya dari belakang. Pusing belakang....laaaaa Datuk apa khabar ? Seorang penggiat politik di negeri Perak.

Dia duduk disebelah saya dan bertanya apa yang saya marah sangat pasal AES ? Saya pun terangkan kepada dia.....bla....bla....bla....bla....

Giliran dia pula bercakap....katanya, kau silap bro.....di Perak rakyat menerima sepenuhnya AES tanpa ada sikit pun persoalan. Rakyat gembira katanya. DAP, PAS dan PKR jangan mimpi lagi untuk nak menang walau satu kerusi di Perak.Cuma ada satu masalah sahaja kepada BN negeri sekarang ini, katanya.

Masalah apa lagi Datuk kalau BN boleh menang semua kerusi ? tanyaku

Dia kata masalah berebut calon yang menyebabkan Dr Zambry kini pening kepala.....

Berebut calon atau berebut kerusi datuk, tanya aku lagi kerana kurang faham. Sebab selama ini kita biasa dengar orang berebut kerusi. Tidak pernah dengar pula orang berebut calon.

Katanya Kong Chong Ha, Menteri Pengangkutan yang bertanggungjawab terhadap AES adalah ahli parlimen Lumut. Dan beliau dijangka kekal bertanding di Lumut. 

Tetapi oleh kerana pemimpin-pemimpin bahagian dan rakyat Perak terlalu gembira dengan AES, kini bahagian-bahagian di Perak semuanya berebut-rebut minta Kong Chong Ha bertanding di tempat mereka.Kalau SPR benarkan seseorang calon bertanding lima kerusi, kelima-lima kerusi pun Kong Chong Ha akan menang.

Bukan setakat Kong Chong Ha katanya, Ketua Pengarah JPJ pun menjadi rebutan bahagian-bahagian di Perak untuk diletakkan sebagai calon BN dalam PRU akan datang. 

Itu yang membuat Dr Zambry kini pening kepala untuk nak menentukan di kerusi mana kedua-dua calon berkenaan perlu diletakkan. Syarat SPR seorang calon hanya boleh bertanding satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun sahaja. 

Wahhhhhhh.......ternganga mulut saya mendengarnya......

Baru kini ku faham kenapa AES perlu dilaksanakan tergesa-gesa menjelang PRU. Rupa-rupanya demi menjamin kemenangan 2/3 BN.  Ternyata selama ini saya silap kerana mengkritik AES. Ambillah iktibar dari apa yang terjadi kepada saya. Janganlah anda mengkritik AES kerana anda akan menjadi mangsa kemarahan orang ramai.

Maafkan saya kerana mengkritik AES selama ini.....

Saya kini dah sedar, sudah insaf dan saya akan sokong sepenuhnya tindakan kerajaan dan saya nak ajak semua rakyat Malaysia mesti sokong AES.

Hidup AES !

Hidup AES !

Hidup AES !




Pssstttt.....ini baru blogger pro kerajaan.....tak gitu ?

28 comments:

Afiq KLtown said...

WALAUPUN KITA PRO KERAJAAN, TIDAK BERMAKNA KITA TIDAK BOLEH MENGKRITIK.. HIDUP RBF !!

headbomb said...

hehe samalah dalam entri den semalam bg tau terus terang bn bakal tumbang beb kalau teruskan aes ni.. tak bermakna tak leh kritik kerajaan walau kita blogger bn.. tak mau le double standard.. kan kan.. cayoklah rbf.. hehe.. perli baik punya kekeke

Anonymous said...

Tak salah mengkritik dan tak juga salah menyokong..AES tu ada kebaikan dan keburukannya..yang jadi salah bila mengkritik atau menyokong membuta tuli, ikut emosi dan ikut-ikut orang lain..RBF, teruskan saja apa yg anda perjuangkan..

Anonymous said...

ada baik ada buruk..

yg penting,masih ada yg bersuara.jika tidak,pengendali AES pasti meletakkan profit sebagai sasaran utama.

biar mereka menambah baik apa yg perlu.jgn sibuk menggila mengeluarkan saman.

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

AES ni bagus , tapi memerlukan masa untuk rakyat menerimanya sebagai satu keberkesanan , dan perlulah mendengar pendapat dan kritik orang ramai terutamanya

Anonymous said...

Nak tukar kerajaan hanya kerana isu AES bukanlah bijak sebenarnya. Org yg akal pendek saja yg buat begitu. AES bukanlah sepenuhnya menyukarkan rakyat..masih ada juga kebaikannya. Tapi yg betul2 gila bila ada kawan saya yg menentang AES ni tak tau apa maksud AES tu. Bangkang main redah je..

Megat Alam Gempita said...

hehehe

Sarkastik dan tajam menghiris tulisan miker RBF.

Kalau Teman ler, Teman suruh orang gergaji jer batang AES tu!

Anonymous said...

hahahahaaaa .... lawaklah tulisan rbf hari ni ... best giler!!! sinikal!!

sampaikan nada warga shah alam pun bertukar (atau ada beberapa orang yang mengunakan nama warga shah alam)

Anonymous said...

Trojan Horse Pakatan Haram oii.. nk kritik pun kritiklah.. tp kritik guna OTAK dan AKAL bukan kepala LUTUT dan PONGGONG!

Siang malam bising pasal AES sudah jadi ejen Pembangkang ke? Isu2 besar lain lebih kecil dr AES ni ke??

MASALAH UTAMA SEKARANG IALAH RAKYAT BEBAL SAMSENG MCM RBF-KHAIRY MENANTU BAPAK MERTUA LEMBIK tu ialah sudah LAMA TERBIASA JADI PESALAH TRAFIK.. SO SUAH NAIK LEMAK.. KETA BESAR ANGKUH! SO BILA DATANG AES PANAS MACAM CACING! ISUNYA IALAH XBOLEH NK BUANG EGO MEMANDU IKUT PERATURAN!!

THATS DA POINT!!

Bosan aku!!

Anonymous said...

Kalau di UK, perkara macam ni akan dikenakan Public Inquiry.

Di Malaysia pun, jika ada perancangan fizikal seperti pusat komersial, kesemuanya melalui prosedur perancangan bandar dimana orang awam boleh membantah.

Jadi tiada beza dengan AES. Perlaksanaan perlukan reaksi dan pendapat awam.

Najib pun ada berkata yang era dimana government knows best sudah berakhir. Mereka yang bertanggungjawab ni masih lagi di era dahulukala

Anonymous said...

OK LAH TU ADA JUGA YANG KRITIK..JADI TERBUKA JUGAK LAH MINDA DAN PEMIKIRAN ORANG2 ATASAN BN TU. JIKA PAKAT ANGGUK2 IYE2 JE..MAKA PERISTIWA 2008 TERHADAP PM WAKTU ITU AKAN BERULANG..

eekaa said...

Ha ha ha ha, pandai tulis, semacam Nik Aziz lah Bro.


Ha ha ha ha.

Mat Ell

Anonymous said...

Bro RBF..

Pencacai PR tak suka blogger macam RBF yang suka ambil tahu sesuatu isu, mengupas dan mejadikan ia sensasi demi kebaikan Umno.

Dalam komen diatas pun ada berekor2 chamelion yang mahu melaga2kan dan menjatuhkan.

So, bro....keep talking about AES and keep fighting for the best in whichever way you like. (Hahaha...macam article kali ini, belakang mari kedepan pun ok).

Anonymous said...

hahahaah.....menarik post kali ni...setelah byk kali RBF kene hentam pasal AES ni akhirnya mengalah juga...jangan la kate isu AES ni xde effect kepada undi kerajaan...rata2 pengundi baru ramai yang kata undi di tangan mereka setelah dapat surat saman AES ni...semua pengundi baru ni masih lagi dalam dilema untuk pangkah sape...sama cam aku yang belum pernah mengundi...berapa banyak undi dari pengundi2 baru ni akan hilang jika byk saman yg mereka dapat...

Anonymous said...

6:28 PM

diam la oi. ko mmg tak paham atau buat2 tak paham atau ko mmg jenis tak boleh paham apa isu yg rbf dok hentam.

Anonymous said...

hahahhaa...rbf tiru idea komen yag dipostkan...hahaa..malu la wei...nak nampak macam pandai tapi bodoh..sila lihat komentar yang cuba ditiru ceduk oleh rbf tapi tak jadi..hahah..sian rbf...

"Durio Ziberthinus said...

Nampaknya RBF dah mengulung hujahnya bersama-sama fakta yg diperolehi dari kajiannya yg memakan beberapa hari. Selepas tu diikuti pula statement dari Ketua Pemuda UMNO. Mereka semua pakar-pakar yg telah merumuskan bahawa Malaysia belum layak mengunapakai sistem AES kerana dibuat secara terburu-buru.Malaysia belum lagi mencapai negara maju yg perlu gunakan sistem AES. Kerajaan patut memikirkan nasib pemandu-pemandu yg suka bawa laju dan suka melangar peraturan. Setiap kamera AES perlu digandingkan dgn satu papan tanda ala-ala billboard yg besar supaya pemandu laju boleh sempat memperlahankan kenderaan mereka dan memecut laju selepas itu. Kereta-kereta perlu dilengkapkan juga pengesan atau censor yg boleh mengesan AES dari berkilometer jauhnya. Kerajaan perlu cari cara lain untuk merompak duit rakyat daripada berharap pada duit kutipan saman. Mungkin juga ada yg berkata kerajaan mahu mengambil balik duit ihsan BR1M2 dan lain-lain pemberian dgn cara yg halus seperti sistem AES. Kerajaan juga terkhilaf dlm merumuskan hasil kajian dimana pemandu motosikal adalah penyumbang utama kepd kemalangan dan bukan pemandu kereta yg langgar had laju. Oleh itu seperti yg dibimbangi oleh RBF dan pakar-pakarnya yg prihatin serta termasuk Ketua Pemuda UMNO...isu besar AES ini perlu ditangguhkan jika BN tidak mahu tersungkur. AES nampaknya benar-benar mengugat BN waima Pak Cik yg naik basikal di Kampung-kampung juga mahu AES ini ditanggugkan. "

pujangga buta said...

Ko da bosan...aq lg menyampah...aes nie x perlu pon...x jd kelam kabut mcm nie...bler kita ikhlas tgr, kritik...kita di cop trojan horse pr...isu kecik ko kata...kalau ko blajar dr sejarah lps,wktu kita hlg 4 negeri...isu besar apa yg ada???plg bnyk isu saman ekor jew...pmbngkg siap buat stiker 1 undi protes umno-bn untuk saman ekor...ada lg stiker tue smpi skrg...bler umno-bn bljr nie???kalau xnak dngor sore rakyt...sore akar umbi...sore bloger mesra kerajaan...krjaan nk dngo sore sape???sore ko...FUCK YOU!!!!

Anonymous said...

RBF,

saya pun berada disana semasa saudara hampir ditetak dan di'boo' tempohari... selepas saudara beredar, pakcik tu masih tak puas hati terus mencarut-carut 'AESHOLE punya budak RBF... AESHOLE punya budak RBF sambil menyepak beberapa pokok pisang di situ...

dazia said...

barua mana la yang propose AES ni kepada kerajaan tatkala PRU makin dekat... ini esok2 jadi cam kes SBPA ni... cam ader je yg nak sabotaj momentum PM...

Anonymous said...

Alamak rbf..lu kantoi la pulak ker ceduk idea orang..adoi malu der malu...

Anonymous said...

Bayangkanlah jika sekarang dah dekat nak pilihanraya rakyat masih tak boleh tegur kerajaan, bagaimana pula kalau kerajaan dapat memerintah lagi 5 tahun, mungkinkah mulut rakyat kena gam/kunci dan tak boleh bersuara. Kalau itu le rupa minda penyokong kerajaan dan sikap pemimpin kerajaan. alamatnya adakah akan jadi macam tahun 2008.dimana masa tu kerajaan taknak dengar suara rakyat yang kebanyakannya dari penyokong kerajaan BN.

Anonymous said...

Gler la..mcm cite sentap ati maknak..tgn letak kt bahu,mata pandang atas..ni perli baek punye... Sape yg xfhm mmg xtau la...

Anonymous said...

Saya juga penyokong UMNO dari dahulu hingga hari ini Insya-Allah sehingga akhir hayat saya selagi UMNO berada dilandasan yang betul. Saya juga kerap mengkritik UMNO kerana saya percaya UMNO ada kelemahan dan merasa bertanggung jawab untuk sekurang2nya memberi peringatan kepada UMNO. Diterima atau tidak pandangan saya bukan masaalah kepada saya.

Dalam isu AES adalah salah untuk meletakan kesalahan dibahu UMNO. Kerana ia dibuat oleh Kerajaan BN. Keritikan dari sesiapa pun dialu2kan asalkan ianya dibuat secara rational dan bukan emosional dengan niat membetulkan yang kurang betul . Malangnya ada sesetengah dari kita yang terlalu emotional dan ini termasuk dikalangan ahli parlimen BN yang dilihat hanya untuk mencari publisiti. Lebih2 lagi setelah pembangkang menjadikan isu ini sebagai isu 'hidup dan mati kita' terletak kepada perlaksanaan AES tersebut. Pembangkang tetap pembangkang kerana kerja mereka adalah untuk mencarikesalahan Kerajaan dan niat mereka hanya untuk meraih keuntungan politik. Tetapi apabila mereka sendiri diberi kuasa dibeberapa negeri apa yang mereka lakukan?.

Saya tidak dapat membayangkan hanya kerana AES Kerajaan BN akan tersungkur dalam PRU13 kelak. Kalau senario ini berlaku bermakna majoriti rakyat Malaysia masih tidak boleh berfikir secara rational dan jika itu hakikatnya maka eloklah kita lupakan WAWASAN 2020 dan hentikan segala perancangan untuk mencapai impian menjadi negara maju kerana itu hanya akan membuang masa dan sia2. Elok segala sumber yang ada diagih2kan kepada setiap rakyat sebelum PRU13. Selepas PRU 13 Pakatan Rakyat akan berkuasa. Dan jika senario selepas pru12 yang lalu dijadikan ukuran maka kita akan melihat kehancuran mutlak Malaysia. Wallahualam.

Anonymous said...

KAH KAH KAH KAH KAU NI MEMANG LAWAK LA RBF,...BUKAN SETAKAT ISU AES SAHAJA TAPI KALAU BN TAK JANJI NAK BAGI AIR PERCUMA YANG LEBIH BAIK KAT SELANGOR LAGI CEPAT HANCUSSSS,..RAKYAT TAK NAK DENGAR BENDA MEGA-MEGA,..BENDA YANG MENYUSAH2 NI,..PASANG AES D TEMPAT2YANG BOLEH MENDATANGKAN DUIT, BUKANNYA D TEMPAT2 SELALU BERLAKU KEMALANGANYANG, ADA LA 1,2 DI TEMPAT KEMALANGAN TP YANG BANYAK DIPASANG DI MANA? YANG RAKYAT NAK IALAH BAGAIMANA NAK CARI SESUAP NASI BAGI DIRI DAN ANAK-ANAK,..TU PUN PEMIMPIN BN TAK FAHAM KA,..??

Anonymous said...

Rbf buat reverse psychology. Percubaan yg baik.

tokgaru said...

nak tambah sikit.

di negeri kedah di sebelah utara ni khabarnya MB ustaz azizan sakit teruk kerana tak boleh tidur. dia bimbang dan takut JPJ nak pasang AES di seluruh negeri kedah. dengaq kata di atas batas ban taliair MADA pun nak pasang AES juga untuk menjaga keselamatan para pesawah.

rakyat kedah selain daripada manusia, lembu dan kerbau pun bersetuju AES di pasang diserata tempat, setidak2nya selamat sikitlah depa (lembu dan kerbau) sewaktu melintas jalan.

memang Pas akan kalah tanpa menang satu pun kerusi di kedah pada PRU 13 nanti kerana menangguhkan perlaksanaan AES, Umno(BN) dapat advantage besar dari AES.

ya kita setuju AES boleh membantu Umno(BN) menyapu bersih semua kerusi DUN dan parlimen dalam PRU 13 nanti. Itu lah kejayaan transformasi Najib.

tun teja cyber said...

Pedas tul tulisan u kali ni..tp kelakar gak..

Anonymous said...

Aku sokong Umno..tapi pasal AEs...aku pikir 5kali...banggang ler AES