Monday, November 19, 2012

Bas Mewah:Akhirnya Hari Ini Khalid Ibrahim Sahkan Dia Seorang Pembohong

Setelah lebih dua bulan ding....dong....ding....dong isu bas mewah PKR yang didedahkan oleh sel13.com, akhirnya hari ini Khalid Ibrahim telah menjawab persoalan tersebut dan dalam masa yang sama MENGESAHKAN dirinya seorang PEMBOHONG.

Pada 30 Ogos 2012 Khalid Ibrahim membuat satu kenyataan akhbar seperti di bawah. Saya ulang sekali lagi, KENYATAAN AKHBAR. Bukannya sidang akhbar atau sidang media. Kenyataan akhbar adalah kenyataan yang dibuat secara bertulis dan dihantar kepada semua media-media.

Berikut kenyataan akhbar beliau pada 30 Ogos yang dipetik laman rasmi MB Selangor,

Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. 

Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. 

Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. 

Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat. 

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM 

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 

Hari ini sidang Dun Selangor telah bermula dan Khalid tiada pilihan lagi selain dari bercakap benar dalam Dun. 

Setelah ditanya oleh Adun Seri Serdang, akhirnya Khalid terpaksa mengaku bahawa bas tersebut dibeli olehnya dengan harga hampir RM 650,000.00 dan membayar ansuran bulannya RM 10,833.00.

Berikut laporan dari Antara Pos,
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kos pembelian bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) adalah dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa dana kerajaan negeri.

Malah, Khalid berkata beliau membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas terbabit yang bernilai hampir RM650,000 itu melalui kaedah sewa beli. 
 
"Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian.
 
"Saya turut galakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kajian dan saya memberikan dokumen berkaitan agar mereka dapat melihat tatakelola baik kerajaan negeri dari segi pengurusan kewangan negeri dan persendirian," katanya ketika menjawab soalan ketua pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini hari ini.
 
Mohamad Satim bertanyakan samada kerajaan negeri melakukan proses audit bagi memastikan transaksi pembelian bas tersebut telus dan bertanggungjawab.
 
Bas yang digunakan bagi kempen Jalajah Rakyat Pakatan itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak mempersoalkan pembelian bas mewah dua tingkat tersebut.
 
Bagaimanapun, Khalid menangkis dakwaan tersebut dengan menyatakan kos sewa bas berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh beliau.  
 
Bas yang didaftarkan atas nama Khalid itu boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas ceramah mini beserta sistem audio yang canggih.

Bagi saya, saya tidak mempertikaikan kemampuan Khalid untuk membeli bas tersebut kerana saya tahu dia seorang yang kaya walaupun tidak membayar hutang Bank Islam. Dia kaya hasil dari Dasar Ekonomi Baru yang diperjuangkan Umno. Tetapi kenapa perlu dia berbohong ? Apa yang nak disembunyikan ? 

Jika tidak kerana pendedahan oleh sel13.com tentang pemilik bas tersebut rakyat sampai hari ini pun tidak sedar yang mereka telah dibohongi oleh Khalid Ibrahim. Mati-mati rakyat akan percaya yang bas tersebut hanya disewa olehnya selama enam bulan.

23 comments:

Anonymous said...

kalid kena istihar harta, sudah tentu dalam bank ada myr9.000 macam bos pemuda pas.

Anonymous said...

Bank mana yang bagi dia loan, siapa yang jadi penjamin loan dia, bila tarikh loan, adakah selepas dia beli, lepas tu reloan balik, ha ha ha

Anonymous said...

bole pulak orang yang disenarai hitam kan oleh bank negara bila tak bayar hutang berjuta-juta buat loan beli bas atau rumah berharga RM600k keatas... bank bole bagi lak.. orang bawahan yang nak beli kereta bayar balik jumlah setakat RM200 ratus ja bank tak nak bagi loan...mana keadilan harus kita tuntut?

abe ja said...

ni mesti khalid dah menabung sejak kecil untuk membeli bas bagi kegunaan anwar

Grand Marquis said...

Kalau kenyataan akhbar yang asal pun bohong, apakah kita rasa dakwaan bas itu dibeli khalid adalah benar? Apakah benar beliau membayar ansurannya sebanyak 10k sebulan? Dengan bank apa? (tapi hati-hati jangan sampai kena BAFIA dah la).

Persoalan kaitan antara kompaktor sampah dan bas ini masih menjadi misteri yang amat meragukan. Kalau seorang itu sudah ditangkap berbohong, apakah ada lagi kredibiliti dalam hujahnya?

Anonymous said...

biasanya satu pembohongan akan diikuti dengan siri pembohongan yang lain untuk cover pembohongan yang terkantoi

Anonymous said...

HEHEHE..

AKHIRNYA...

SELEPAS SPIN MENIPU MEMBOHONG MEMUTARBELIT...AKHIRNYA MENGAKU JUGAK YE..

APA PERASAAN PENCACAI2 PR YANG DOK BACKING DIA TEMPOH HARI? SYOK TAK KENA KENCING SEKALI LAGI?

HEHEHE

Anonymous said...

Kalau harga bas dah RM650,000 dengan ansuran bulanan RM10,833.00, bermakna Khalid G terpaksa melangsaikan hutang sewa beli sekurang-kurangnya 60 bulan (5 tahun) dan bukannya 6 bulan seperti yang didakwanya sebelum ini. sudah la dulu kes CF bangunan Unisel kantoi, ini pulak kes bas mewah untuk kegunaan peliwat terbongkar.... BETUL-BETUL PENIPU RAKYAT puak-puak PR ni...!!! Lebih-lebih kepala busuk pemimpin mereka tu....!!!!!

Anonymous said...

Kalau dah banyak berbohong, jawapan yang diberikan pun memang banyak perselisihan dan keraguan... Kena bongkar lagi sampai ke lubang cacing...biar dia jadi cacing yang kepanasan... Banyak tipu punya olang...

Anonymous said...

ooo yea....ye hok neh ..Rafizi Al Lembu xmo ke bongkar sbb byk sgt perselisihan angka dan fakta?...

oooppsss lupe..kroni mrk rupenyer...hukum brpilih2 mcm penganut pas gak...

kalo kene tang BN dah menyalak bersahut2an lolongan anjeng2 barua meminta srh letak jwtn, suruh tubuhkn suruhanjaya diraja utk siasat....

Anonymous said...

Mana komen warga Shah Alam??? Dah K.O ke?? Keh keh keh

Anonymous said...

Datuk nenek aku pernah berpesan, katanya siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri..macam kena sangat dengan sifat MB Khalid ni. Sekarang kuat membohong, entah-entah dah banyak harta rakyat Selangor yg dah dicurinya...dah nak dekat PRU ni, rembatlah apa yg sempat..

Anonymous said...

Ini semua duit komisyen jual harta milik kerajaan negeri. Kalau tak pun dana dari pihak Yahudi.

kakbedah said...

pergh.... pengakuan dari seorang menteri besar selangor... aq agak lah kan.. ini hasil jualan babi selama dia memerintah kat selngor tu... klu korang x caya cuba g tgk kat area kuala langat yg x membangun tu... dah berapa lama dia bela babi utk kaut untung kat situ...

kelly engku said...

bas nie diA mengaku beli sebab dah kantoi terang2an .. cuba fikir benda yg dia sorok sebab x kantoi lagi??? byk tu... sedangkan bas yg beharga dekat 700 ribu pun dia beli mcm tu je, apatah lagi benda lain yg kita x tau.. harap2 lepas PRU kali nie, dia akan disoal habis2an oleh SPRM .. masa tue barulah

adik 80 said...

SHAH ALAM: Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said the purchase of a double-decker bus for use by the opposition throughout the campaigning period for the 13th general election was self-funded and did not involve the state government.

betul ke????? banyakl betul duit ko ya kalid.... takkan la untung bela babi sampai byk tue....

mira edora said...

Patutnye kalid kata 'saya memang dari kecil lagi dah menabung nak beli bas tue'.... Pastu yg ko g daftar atas name sendiri watper, cerdik sikit la YB , ikut cara anwar... main china doll tp kata org lain.. hehehe

anuar aziz said...

dlm keadaan negara kita yg x menentu nie semapt jugak mamat kalid ni sambar sebiji bas.. dah tu kata dia beli pakai duit sendiri lak tue... gilA LAH wei...pastu cakap kegunaan utk berkempen.. ada plak lagu tu... hihihihi.. klu budak kecik boleh la ko kencing tp nie org yg dah ada cucu yg mkn garam dulu drpd ko la wei....

Anonymous said...

puak2 pas kata kerajaan zalim..

dalam zalim2 tu..boleh jugak mamat ni sambar bas sebijik..
dalam zalim2 tu..boleh naik jet, boleh naik ferrari, naik hummer..

jadi kesimpulannya, org2 kaya yang zalim. bukan kerajaan..org2 kaya itu pulak bukan semua dlm kerajaan..dlm pembangkang termasuk pas pun ramai..so 2x5 jugak laaa..

dan terbukti lagi pas memang baghal sebab dah la ramai yg miskin..penipu dengki busuk hati pulak!

Anonymous said...

mula2 kata bas disewa selama 6 bulan.... kemudian beli dengan ansuran bulanan 10833. jika diambil kenyataan awal khalid bahawa bas ini hanya disewa selama 6 bulan maka dalam tempoh sewa beli tersebut khalid akan membaya ansuran bulanan 650000/6 = 108333 sebulan... mana satu yang betul ni khalid?... tunjuk bukti dokumen pembayaran

Anonymous said...

WARGA SHAH ALAM DAH X LARAT NAK TUTUP PEKUNG PEMIMPIN PAKATAN NI..MEWAH GILER KHALID,BERAPALAH AGAKNYA PENDAPATAN DIA SEBULAN YER??XNAK ISTIHARKAN JUGAK KER?NANTI KANTOI JUGA MACAM KETUA PEMUDA PAS TU..UPENYA JADI KETUA PEMUDA PAS DAPAT ELAUN RM2500 SEBULAN.

Anonymous said...

itu baru ketua pemuda pas bro..

yang lain2? hihihi

pakcik makcik jugak la yg kena tipu hulur setiap kali ceramah..hihihi

Anonymous said...

Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menyatakan dalam sidang DUN Selangor yang beliau membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr yang digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini.

Sebelum ini pada 30 Ogos 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau.

Namun beliau kantol selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.

Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu DIBELI oleh beliau secara sewa beli.

Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 – RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut.

Kalau MB menyatakan dia yang membayar wang muka tersebut, GAPS ingin tahu tarikh pembayaran nya dan cek dari bank mana.

GAPS juga berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM 60 juta Bank Islam yang masih beliau belum jelaskan.

Sebagai MB, Khalid Ibrahim wajar berterus terang kepada rakyat dan tidak cuba membohongi rakyat sehingga kantol beberapa kali.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
20 Nov 2012.