Tuesday, November 27, 2012

Bukan Islam Gunting Rambut Bukan Islam Kena Saman-Orang Islam Yang Pertahankan Orang Islam Dari Murtad Kena Pecat

Beberapa hari kebelakangan ini kecoh berhubung isu sebuah kedai gunting wanita yang diusahakan oleh wanita bukan islam di saman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu kerana menggunting rambut lelaki bukan islam. 

Saman yang dikeluarkan MPKB berdasarkan undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan Pas pada tahun 1991, selepas mereka berjaya menawan Kelantan pada 1990. Undang-undang yang diperkenalkan itu selaras dengan perjuangan Pas pada masa itu 'Membangun Bersama Islam' dan seterusnya menubuh sebuah negara islam.

Ketika undang-undang itu diperkenalkan Pas masih lagi Pas yang totok. Ketika itu mereka masih lagi mengkafirkan Umno kerana menjalin hubungan dengan parti-parti bukan islam. Bukan itu sahaja, masa itu wanita tidak boleh menyertai Musabaqah Quran, konsert diharamkan di Kelantan, kedai snooker di tutup, mengharamkan wayang kulit, makyong, menora dan main puteri. Manakala hukum hudud pula perjuangan nombor wahid Pas ketika itu. Maklumlah nak tubuh islam lah kata kan.....

Tapi hasil persahabatan dengan DAP selepas PRU 2008 dan desakan demi desakan dari Karpal Singh membuatkan Pas membaca Quran sampai habis, dan hasilnya pada Muktamar Pas tahun lepas Pas telah melupakan negara islam dan menukar kepada negara kebajikan, dengan alasan negara islam tidak ada dinyatakan dalam Quran

Daripada parti yang totok islamnya Pas kini bertukar kepada parti yang liberal.... 

Islam Pas juga wujud berjenis-jenis....di Kelantan lain, di Kedah lain , di Selangor lain.....

Di Kelantan wanita bukan islam yang gunting rambut lelaki bukan islam, Pas ambil tindakan. Di Selangor pula pemimpin Pas yang mempertahankan orang islam dari dimurtadkan, dipecat dari Pas. 

Di Kelantan arak tidak boleh dijual secara terbuka dan kedai nombor ekor tidak dibenarkan. Tetapi di Kedah semuanya boleh.....

Di Kelantan Pas beriya-iya kata nak laksanakan hudud, tetapi belum sampai Kuala Lumpur lagi, baru sampai di Terengganu Pas dah kata hudud bukan keutamaan.

Karpal Singh pernah berkata langkah mayat dia dulu kalau Pas nak tubuh negara islam. Tapi pemimpin Pas pula kata siapa yang nak ambil Karpal langkah mayat dia dulu

Itulah contoh bukti kasih sayang yang tidak ternilai Pas kepada DAP. Sebab itu apa sahaja yang DAP berdehem atau merungut Pas akan cuba penuhi termasuklah menukar perjuangan negara islam serta memecat Hassan Ali.  Lebih kurang lelaki yang dapat isteri cantiklah.....isteri baru batuk sikit ja, berlari keluar rumah. Bukan pergi beli ubat tetapi pergi ambil doktor bawa ke rumah untuk merawat isteri. 

Dalam kes kedai gunting yang terjadi di Kota Bharu beberapa hari ini kita dapat saksikan desakan dari DAP makin hari makin kuat. Kita sama-sama tunggu dan lihat berapa lama Pas boleh bertahan dengan undang-undang yang mereka perkenalkan pada tahun 1991 ?

Adakah DAP akan langkah mayat Pas dulu atau Pas yang akan langkah mayat DAP dulu ?

Inilah akibatnya apabila Pas terlalu banyak sangat pasang periuk api dulu sampai mereka dah tak ingat dimana periuk api yang dipasang . Dan kini satu persatu periuk api itu di pijak oleh mereka sendiri.

13 comments:

Anonymous said...

wayang sblm pru13 nie...nk tunjuk kt rakyat konon pas tegas dlm undang2 islam...lps pru13 nnt tgk la nk ckp pasal hudud pn xde dah...nk tarik undi rakyat kelantan n melayu je nie...

Anonymous said...

Bare kecek kluk klek .. tak lekat dasar ....

aku said...

YANG SELEWENG DUIT RM250 JUTA HIDUP AMAN DAMAI..YANG DEDAHKAN KENA DKAWA...ORANG YANG MENURUH DAN BERMOTIF MEMBUNUH HIDUP BEBAS AMAN BAHAGIA DAN MEMERINTAH..YANG MACAI 2 ORANG TUKANG BUAT KERJA NAK MAMPOS DAH...YANG SOKONG ORANG MURTAD DI MARAHI..TAPI KPALA YANG DOK BESARRRRRRRRRRRRRRRRRRR PUNYA YANG BUAT UNDANG2 DALAM MALAYSIA NI BOLEH MURTAD DIPUJI...DI SANJUNGI....HAHAHA...BOLEH NAMPAK TAK SAPA YANG BODOH SKANG NI...BODOHHHHHHHH BODOH...

Budak Benteng said...

Mohon pautkan blog saya. Blog tuan sudah saya pautkan
http://budakbenteng.blogspot.com/

Anonymous said...

YG MENDEDAHKAN VIDEO PORNO KENA DAKWA DAN DISAMAN PELAKON VIDEO PORNO HIDUP BEBAS TANPA DIDAKWA, SAMPAI SEKARANG TAK NAMPAK SIAPA YG BODOH!!!!!!!!!

Anonymous said...


"Bukan Islam Gunting Rambut Bukan Islam Kena Saman-Orang Islam Yang Pertahankan Orang Islam Dari Murtad Kena Pecat"
------------------------
Org yg mengaku Islam mmprtikaikn perlembagaan negara yg melindungi org Melayu/Islam dari murtad/keluar dari Islam DI SANJUNG TINGGI(malah di anggap sbg kes remeh)...

Org yg mengaku Islam tapi trlibat dgn kes salahlaku moral dan liwat, siap ada saksi yg brani bersumpah akan kebenaran tuduhan, ada bukti DNA(airmani( dlm dubur saksi) ada video berjongkangjongkit dgn pelacur..(di sahkn oleh pakar2 luar dan dalam ngr 99.9% org yg sama) DI ANGKAT MNJADI PEMIMPIN MRK...

APA NAK JADI? APA NAK JADI? KESALAHAN/KEMUNGKARAN YG TERANG DI NAFIKAN....

Anonymous said...

Hadi Awang pernah berkata bahawa Lim Kit Siang dan Karpal Singh adalah 'ubat luput tempuh'. Tetapi selepas berkasih sayang dengan DAP, ubat luput tempuh terpaksa ditelan walau pun menyedari risiko yang amat tinggi. Mengambil ubat luput tempuh amat berbahaya kerana ubatan ubatan tersebut boleh mengamcam nyawa. Begitulah juga dengan PAS hari ini. 'Nyawa' PAS sedang terancam. PAS memerlukan 'ubat' yang boleh menyelamatkan nyawanya tetapi PAS membuat kesilapan besar apabila membuang 'ubat ubatan' tersebut hanya kerana terfana dengan 'ubat luput tempuh'.

Lebih perit lagi apabila 'Ulamak2' PAS hari ini telah dijangkiti kuman PBB (pekak, bisu dan buta). Ini dibuktikan dalam muktamar PAS yang baru lalu apabila isu murtad dianggap kecil jika dibandingkan dengan menawan Putrajaya.

Begitu juga dengan berbagai isu lain seperti pluralisma, liberalisma, amalan seks songsang dan luar tabi'e LGBT, menjadikan kominis sebagai inspirasi dan idola dan terbaharu memohon bantuan negara asing untuk campur tangan dalam urusan PRU di Malaysia.

Jadi apa lagi yang boleh diharapkan dari PAS? Kesilapan demi kesilapan yang PAS lakukan membuktikan pemimpin2 PAS hari ini terlalu amat lemah sehingga presidennya sendiri secara terbuka mengakui 'selesa' menjadu kuda tunggangan kepada DAP. PAS akan terus menelan 'UBAT LUPUT TEMPUH' walaupun menyedari ianya merbahaya.

Apa yang dilakukan Kerajaan PAS dalam isu 'gunting menggunting' ini akan menambahkan lagi bilangan pemimpin PAS yang akan dijangkiti kuman PBB. Wallahualam.

Anonymous said...

doktor, jururawat, pakar bedah, gynecologist !! , tukang jahit, jurumekap, dentist semua akan kena saman.

pervert betul orang PAS ni. Padanlah kalau buka laman web mereka ni banyak betul iklan perapat, tenaga batin, etc.

Anonymous said...

Islam atas nama aje...
Sesiapa pun boleh cakap dia lebih Islam dari orang lain, sesiapa pun boleh cakap/tampal sticker kat kete 'Ilove GOD' nak beritahu semua org dia lebih Islam dari org lain.
Sesiapa pun boleh pakai serban sebesar bakul dan jubah berjela2 kemudian mulut buat fitnah macam burit ayam mengeram.....
Islam hanya kulit aje nak sampai kemana???...ke neraka jahanam kot???

Anonymous said...

Yang penting parti mana yang nak dipangkah dalam PRU 13 ni....jangan salah pangkah..kemudian menyesal...

DON MELAYU said...

habis tu mcm mana dengan kedai no ekor yang tumbuh secara haram kat kelantan??MPKB xbuat keje ke??itu kdai no ekor,di Kota Bharu ad sebuah pub utk org cina begitu jugak di kwasan Tumpat..yg kat KB uh pernah disita tapi 2 mnggu lepas tu buka balik...apa kerajaan PAS Kelantan buat??klau tanya nik aziz msti dia jwab"ambo tok tahu"

kalau ngan DAP PAS snggp buat apa saje..smpaikan snggup gadai silam demi nak jadi anjing DAP..

Anonymous said...

Kepada si pengkomen bernama 'aku' tu..KES SELEWENG DUIT RM250 JUTA TU KESNYA TENGAH DIBICARAKAN..MAHKAMAH AKAN PUTUSKAN SIAPA YG SALAH. SI RAFIZI LEMBU KENA DAKWA ATAS KES DEDAH MAKLUMAT IKUT SALAH TEMPAT. KALAU DIA RASA DIA BETUL LAWAN KAT MAHKAMAH. JANGAN DOK SEMBANG KOSONG KAT LUAR.
KES ALTANTUNYA BUKTI YG ADA HANYALAH SD DARI RPK. RPK DAH MENGAKU SD TU PALSU. MANA LAGI BUKTI NAK KAITKAN DS NAJIB DGN KES INI. KALAU ADA SEBARKAN. JANGAN DOK MEMFITNAH TANPA BUKTI.
MANA DIA DALAM PERLEMBAGAAN YG KATA ORG ISLAM MELAYU BOLEH MURTAD. KEBEBASAN BERAGAMA MEMANG ADA TAPI BUKAN BERMAKSUD ORG ISLAM MELAYU BOLEH MURTAD. BELAJAR DAN FAHAMI UNDANG2 DULU SEBELUM NAK BERKOKOK KAT SINI DAN MENGATAKAN ORG BODOH..NAMPAK SANGAT SIAPA YG BODOH SEKRG.

Anonymous said...

Hehe hebat main snooker bro nik