Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009,
tiga tahun dulu secara terbuka telah memberi lampu hijau kepada para pemimpin
DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak
beragama Islam.
Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan
Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian
katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP
yang semakin kerap mempersendakan dan menghina Islam.
Pandangan Nik Aziz itu sebetulnya memang agak semberono
mungkin kerana terlampau taksud pada kepartian dan terlebih-lebih mempolitikkan
agama untuk kepentingan puak sendiri.
Mungkin juga kerana teruja dengan kenyataan Menteri besar
Kelantan itulah maka kira-kira sebulan lalu pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham
dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda
kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims.
Manakala para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR pula
semakin berani bersyarah di ruang solat utama orang Islam. Ahli kariah pula
yang termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si
politikus non muslim bertazkirah.
Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim
melawat dalam masjid dan surau sahaja, tapi dapat pada PAS, terus mereka beri
izin untuk pemimpin politik non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz, tok
imam dan tok khatib pula.
Cuma peliknya, dalam isu hudud PAS apabila sahaja Presiden
MCA, Chua Soi Lek tiba-tiba sahaja mencuit sambil mengkritik hudud PAS bakal
menyebabkan kesan buruk pada 1.2 juta orang, terus sahaja penyokong dan
pemimpin PR naik angin satu badan.
Mereka lupa, Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam
dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz, maknanya Soi
Lek tidakpun bersalah.
Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen
besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka
bukannya beragama Islam?
Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud PAS dianggap menghina
hukum hudud dan menghina Islam, secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku
selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz.
Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya
seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud PAS, kerana baik pemimpin DAP
mahupun MCA, kedua-duanya bukan Islam.
Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi
Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini kelam kabut berdemo
sana sini membantah kenyataan Chua Soi Lek.


13 comments:
N ajiz pemimpin zaman batu akan berkata...'ambo xigt pon kate hok mace tu, ini sume petenoh'...
Dan penganut PAS akan ..TAKEBEER TAKEBEER TAKEBEER...
pork nick akan bg alasan ''dap baru berkwan dgn dap sbb tu dap x faham islam berbanding dgn mca yg dah berkawan dgn umno lebih 50 thn msh x fahm islam''
pork nick dah tuo, dah nyanyuk. Dah mampus nanti pun nak bawak kerusi MB dalam kubur. Biarkan la dia tu....
salam,
ramainya ahli pas bertakebeer bagi setiap fitnah, maka semakin mabuk la mereka dengan fitnah sampai tak dapat nak pastikan yang mana satu benar dan tidak benar.
N ajis kata DAP hina islam takpa.. Masuk syurga
Assalamualaikum tuan rumah .... saya berharap tuan rumah tidak menyiarkan lagi gambar pompuan cina tu berucap dalam masjid sambil di perhatikan oleh seorang lelaki dalam gambar di atas .... terlalu sakit hati melihatkannya .... saya tidak tahu apa yang diucapkannya tapi seolah-olah sedang memberi tazkirah kepada umat islam pula ... SEORANG KAFIR LAKNATULLAH MENGAJAR UMAT ISLAM TENTANG AGAMA ISLAM ... TAPI DIA SENDIRI MENOLAK ISLAM .... maknanya ...... (biar tempat kosong ni di isi oleh pencacai PAS dan PKR yang mengaku islam)
Di harap di masa depan tuan rumah boleh mencari gambar lain yang tidak begitu menyakitkan hati.
Wassalam
bukan islam boleh hina islam sbb dia bukan islam.. bukan aku cakap tapi ulamak TGNA yg bagi patua..
salah satu patua2 agong TG..
takebeerrr..3x
Aik...soi lek tak pula dicop sabotaj parti..tapi AES dicop sbg punca kejatuhan BN....hmm...baguslah camtu..itu menandakan rbf dan seluruh rakyat malaysia semakin matang dan bijaksana...
Atau dalam ertikata lain; Hudud PAS bukan Islam sebab tu puak depa tak puas hati dengan kenyataan CSL. kalau Hudud PAS tu Hudud Islam pasti mereka diam saja sebab Pok Nik Aziz kata orait takpe.
kalau aku jumpa nik aziz dgn soi lek...dua2 aku nak hantuk kepala sbb dua2 bangang..
para blogger sekalian. boleh tak tolong jgan buat entry yang seakan menyokong soi lek? blogger pembangkang bangan nak buat entry sokong dap ke apa ke biaq pi ke depa. mmg dah tau depa tu bangang...
Kenyataan Nik Aziz adalah kenyataan politik kerana Nik Aziz adalah ulamak politik. Hidup Nik Aziz berselimutkan poltik. Jadi tidak hairan jika beliau mngamalkan perinsip dwistandard. 'Apa yang aku lakukan adalah betul dan yang orang lain kata adalah salah'. Matlamat dijadikan asas untuk menghalalkan cara. Orang Islam tidak akan sesekali mengeluarkan kenyataan 'tuhan pun mencarut', 'tuhan pun samseng' hanya kerana menghalalkan carut marut dan perbuatan samseng kelompoknya. Nik Aziz sendiri menyebut ISLAM sebagai 'ISLE'. Semua orang menyebut I S L A M dengan sebutan ISLAM bukan ISLE. Jadi jangan hairan kerana Nik Aziz adalah orang yang keliru. Nik Aziz 'sakit' fizikal dan mentalnya. Nik Aziz tidak memiliki ketajaman fikiran dan kekuatan minda. Itu sebab beliau selalu dinasihatkan oleh doktor untuk banyak 'berehat' termasuk diwad hospital. Wallahualam.
mtk
RBF, minta kalau boleh dapatkan lebih info atau link yg dapat menunjukkan apa yg sebenarnya diucapkan oleh CSL. Biar kita sama-sama menilai. Jika benar CSL menghina hukum Islam, kita sama-sama hentam balik mcm isu AES. Tapi kalau pasal hudud PAS, tak payah nak buang masa nak komen.
Kah3...klu soik lek hina islam..mungkin xpe g sbb die bkn islam/xphm islam..yg xleh blah tu ble org umno hina islam..org islam sndri hina islam..ape bende tu..xke bodoh namenye
Post a Comment