Friday, November 16, 2012

Isytihar Harta: Ketua Pemuda Pas Buka Pekung Sendiri


Semalam Ketua Pemuda Pas yang serban sebesar bakul atas kepala telah mengisytihar jumlah harta dan pendapatannya semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat.

Bila dilihat kepada cara dia mengisytiharkan harta dan pendapatannya itu, sekali imbas orang akan terpaku melihat kepada kejujuran dan kezuhudannya. 

Tetapi bagi saya apa yang diumumkannya semalam bukan sebuah pengakuan yang jujur. Ianya tidak lebih dari satu lakonan politik sahaja supaya terpilih sebagai calon dan seterusnya memancing undi. 

Kita sama-sama lihat apa yang diumumkannya semalam....
"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.


Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.


Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.


"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.


"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.


"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia".

Pertama, orang yang jujur dan tiada apa yang hendak diselindungkan dia akan mulakan pengisytiharan itu dengan membaca Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Pas kan parti islam dan KP Pas pun selalu pakai serban atas kepala, kenapa takut nak sebut tiga perkataan itu ? 

Kedua, dia telah membuka rahsia Pas yang selama ini memberitahu orang ramai kononnya perjuangan mereka ikhlas dan tidak dibayar dengan wang ringgit apabila mengumumkan dia dibayar elaun RM 2500.00 sebulan sebagai Ketua Pemuda Pas.  RM 2500 atau RM 250, hatta RM 25 sekali pun yang penting perjuangan dalam Pas dibayar. Selama ini mereka menuduh orang-orang Umno bergerak semuanya dengan duit dan perjuangan Umno adalah perjuangan duit. Nah ! Sekarang siapa yang berjuang dengan dibalas wang ringgit ? Ahli-ahli Pas dibawah dan pendengar-pendengar ceramah Pas diminta untuk berkorban serta menyumbang itu dan ini kononnya untuk perjuangan islam. Rupa-rupanya ada juga elaun untuk pemimpin atasan. Jika Ketua Pemuda menerima elaun RM 2500.00 sebulan, berapa pula elaun yang diterima mursyidul am, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung ? 

Ketiga, dia mengumumkan pendapatannya RM 2500 hasil dari elaun yang dibayar Pas dan RM 300 kutipan sewa rumah. Kenapa tidak diumumkan berapa bayaran yang diterimanya setiap kali turun berceramah atau pendapatannya bulanannya dari hasil ceramah ? Sudah menjadi kelaziman bagi orang-orang Pas mereka akan dibayar setiap kali turun berceramah hasil kutipan derma dari orang ramai di tempat ceramah.

Keempat, jumlah pendapatan bulanannya RM 2800, anak enam orang, bayaran ansuran kereta RM 1400 sebulan dan bayaran rumah RM 530 sebulan. Logikkah seorang bapa yang mempunyai enam anak mampu membayar ansuran keretanya separuh atau 50 peratus dari pendapatan bulanannya ? Gaji RM 2800, bayar kereta RM 1400 +  bayar rumah RM 530 maka jumlahnya RM 1930, manakala baki pendapatannya RM 870 sebulan. Bolehkah seorang bapa memelihara enam anak dengan baki gajinya RM 870 sebulan ? Itu belum dikira lagi kos minyak kereta, penyelenggaraan kereta, turun demo sana-sini dan sebagainya. Ada ke bank yang boleh beri pinjaman kenderaan untuk bayaran ansuran bulanannya mencecah 50 peratus dari pendapatan peminjam yang hanya RM 2800 sebulan ?

Mungkin bank kohilal kot ?

Kita tak payah fikir panjang-panjang atau banyak-banyak, pengumuman KP Pas tentang jumlah bayaran ansuran bulanan kenderaannya (RM 1400) sudah cukup untuk kita anggarkan atau baca jumlah pendapatan dia.

Berdasarkan pengalaman saya, biasanya bank mengambil kira 1/3 daripada jumlah pendapatan kasar atau sesetengah bank ambil kira 1/3 dari jumlah pendapatan bersih bulanan seseorang pemimjam untuk bayaran ansuran bulanan. 

Dalam kes KP Pas ini kita katakan bank mengambil kira pendapatan kasarnya. Jika dia katakan RM 1400 sebulan bayaran ansuran kenderaannya. Maka sudah tentu gajinya RM 4200 sebulan. Sedangkan dia umum gajinya RM 2800. Kalau saya salah dan ada rakan-rakan pembaca yang bekerja dalam industri bank boleh tolongkan betulkan saya dalam hal ini.

Mungkin penyokong-penyokong Pas akan berkata, ahhhhhh RM 1400 sahaja bezanya jika nak dibandingkan dengan apa yang pemimpin-pemimpin Umno rembat......

Soalnya bukan RM 1400 atau RM 140, soalnya kejujuran.....apatah lagi bagi seorang ahli parti islam yang siang malam menuduh orang itu jahat, orang ini rasuah. Inilah yang dikatakan pepatah inggeris yang dipopularkan oleh Tun Dr M, better the devil you know than the angel you don’t.

48 comments:

Anonymous said...

Ini namanya KENCING DERAS...

Dalam pakatan maupon PAS mmg xde langsong RASUAH sbb sgl wang pemberian ataupun suapan dipanggil HADIAH/SEDEKAH....kah kah kah..

wlpon org tuh serban besar sebakul atas kepala, bila nampak duit berlonggok, berpinau mata gak.....

Anonymous said...

bersungguh RBF membuat calculation.

syarat bank skarang dgn dulu jauh beza.dah nak kena check pulak bila dia beli umah,kete dll..

ada baiknya pengisytiharan ni dilakukan,lagik2 melibatkan calon pilihanraya.

biar kita tgk siapa kaki sapu,siapa kaki projek..time tu,sure ada yg 'goyang' nk jadi calon..

:)

-Warga Shah Alam-

rakab said...

ADA BANYAK LAGI PENDAPATAN LAIN YANG DIA TAK SEBUT TUUU...

pengisytiharannya itu pun semata-mata atas kepentingan politik parti saja.

Aku setuju dengan RBF !

Anonymous said...

itu lah PAS...merompak duit rakyat dengan ceramah fitnah dan maki sepanjang masa. patut la rakyat takde duit memanjang. bila kerajaan BN bagi bantuan, mereka yang sapu..rakyat di perbodohkan oleh PAS...kerja malas, yang tahu memfitnah dan memperbdohkan rakyat !!!! puuuiiiiiii

Anonymous said...

well said RBF..pencacai hamPAS akansenantiasa memusing apa sahaja kebenaran dan keburukan pemimpin mereka. itu memang tabiat dorang seperti mamat kat atas ni..hamPAS memang kaki spin dan kaki menipu

stingray said...

bro RBF - kalau boleh kita dapatkan maklumat, berapa dia bayar downpayment utk kereta dan rumah tu...dapatkan loan application masa dia beli harta yg dia kata TEPAKSA bayar tu...dari situ kita dapat tengok jumlah pendapatan kasar dia...

Kalau si abbby ostazah PAS boleh dapat bayaran yg lumayan ketika bg ceramah kurafat, tak kan si serban tudung saji ni dpt air mineral jea..

Duit dlm Tin Milo & karung yg dia simpan bawah katil tu, kenapa tak declare sekali...

kalau ikut pendapatan si taliban tudung saji ni dia layak menerima BR1M..tolong la sapa2 bagikan form BR1M kat pengemis ni...kesian kat anak2 dia, hari2 makan dedak gamaknya...

abe ja said...

banyaknya saman dia.ada 24..dari tahun 2006 lagi tak bayar2.

sebab speedtrap takde dalam quran kot?tu yg dia takmau bayar tu."kayakan kroni".

jangan salahkan aes plak bang ye

Faizal said...

mungkin dia menabung sejak kecil,untuk bayar pajero sport tu 1400 sebulan.

Nik said...

apa kita sibuk2 parti org.. parti kita camana? ada isytihar harta ke takdok.. ketua pemuda kita isytihar tak.. PM kita berani ke istihar.. yg beraninya awak2 k/tangan kerajaan je la yg tiap2 tahun kena isytihar harta.. buat la contoh yg baik supaya warga malaysia jadi jujur jujur jujur.. nih kita yg lebih ngata ke org.. kita sendiri merapu.. penuh dgn r a s u a h . . .

Cili Padi said...

Kau paham ke tak syarat bank ? Kau taktahu jangan dok cakap... pengiraan bank pun tak tahu... bebal nya penyokong PAS ni... tu lah sokong pas lagi, kan dah jadi bebal. Kahkahkah

Anonymous said...

elaun 2500 tu tugasnya cuma bawa serban 3 kilo atas pala kehulu kehilir....

Anonymous said...

kita tak lupa, ketua pemuda pas ni berani berbohong kata kapral sokong islam ....

kalau perjuangan islam pon dia sanggup menipu, apa la sangat stakat menipu pendapatan dia...

jo
bangi

BOB MALAYA said...

warga shah alam,4.16PM apa yang diperkata oleh rbf sememangnya tepat..kenapa hendak mempertikaikan lagi?? ini lah perangai puak-puak pr yang tidak boleh menerima hakikat bila sesuatu kebenaran terbukti betul..kenapa pemikiran sempit sangat..kalau tak tau apa-apa jangan tunjuk pandai sedangkan diri sendiri bodoh

firefly said...

setakat membuat pengisytiharan mcm tu semua orang boleh buat..nak tunjuk untuk kepentingan diri sendiri ituah kerja ahli PAS..

Anonymous said...

bini makan gaji kerajaan lagi tu. cikgu sekolah mana ek... kih3... kat skolah buat ceramah politik pang pong pang pong....

Anonymous said...

RBF buat calculation begini,ramai yg setuju..berdegar2 dgn pelbagai tuduhan.smpai serban yg sebahagian dari sunnah nabi tu pun dimain2kan pemakaiannya...

rezeki Allah itu ada dimana2..
bila RBF bukak topik sebegini,ramai yg mula bercerita dan was2 mana dtg semua harta KP Pas nih..

ini semua umpama peluru jugak buat UMNO..rakyat teringin jugak tahu pemimpin2 umno@calon berani atau tidak isytihar harta?

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Rasanya...isytihar harta tu..gimik pilihanraya saja tu.....huh.!Baru tahu rupanya isteri dia cikgu....eh..cikgu sekolah kerajaan ke cikgu PASTI ? Kalau cikgu sekolah kerajaan...makan duit kerajaan BN jugakla....

Anonymous said...

Patutla buat projek kambing lebur, Kohilal hanyut, duit Memali hilang. Pengurusan kewangan mereka fail. Gaji ciput tapi bayar kereta separuh dari pendapatan. Betul jugak RBF punya calculation, belum kira minyak kereta, toll, maintenance dan lain2 lagi.

Anonymous said...

ehh isytihar harta kat dalam ceramah dan pakat dok guna air liur jee kaa??? itupun tak betul yang macam RBF kata hahaha lawak-lawak .

hahaha bodohnya kena tipu puak-puak PAS ni .

Anonymous said...

SERAM aku...takut nak ambil orang macam ni jadi pemimpin negara..biarlah aku ambil orang kaya. tentu arahnya..dia dah kaya tak heran dengan duit puluhan atau ratusan ribu.

Bangsa yang berduit setakat macam nilah yang GELAP MATA bila lihat wang negara...

Percayalah.

Anonymous said...

bank kohilalokkkk

Anonymous said...

Laki mengutok mmbangkang sgl yg kjaan buat dan bagi tapi....

bini kerja dgn kjaan...byk lak gaji tuh....sgl benefit yg bini dia dpt sbg seorg kakitgn kjaan juga melimpah pada laki yg dok kutok kjaan....

wal harammu wal halalku...

Anonymous said...

Satu perkara lagi kita kena tahu selain serban 3kg tu.... Bini kerja guru tentu dapat benefit perubatan jadi bila KP Pas ni masuk hospital memanglah dapat masuk wad kelas 2 free....Dan bila check in hotel boleh dapat Rate Kerajaan guna title bini kerja Kem.Pelajaran... Dalam ceramah merata mengata pemimpin kerajaan BN Rasuah, Seleweng dsbnya... entah-entah BRIM pun dia yang awal-awal sapu...Minta sape-sape kerja kat LHDN check...
Oleh Mat Bond.

Anonymous said...

salam

tak faham la aku pas ni ble buat

ceramah asyik nk ngutuk kerajaan

jer..mcm mane dikatakan ceramah

kalau gtu..mane ilmu agama yg

dismpaikan..tlg la kalu tk suka

kerajaan pn tk yah la kutuk dalam

ceramah agama


macam mane org nk sokong pas kalau

ceramah pn dijadikan tmpt

berpolitik..


kalau nk berceramah

agama,ceramahlah dengan penuh

ilmiah dan islamik tp tlgla jgn

jadikn tmpt brpolitik..


p/s: pndai pn cr isteri

cikgu..kerja kerjaan la tu..tk yah

nk berlagakla kutuk kerajaan kalu

duk tiap2 hari mkn duit

kerajaan..kn tk baik gtu..nk kutuk

sgt suruh la bini berenti la..ap

mcm ader bran ker bang????? kata

ikhlas dlm perjuangan ISLAM

Anonymous said...

TAK LOGIK LA DIA NI..

LAA..BINI DIA CIKGU? CIKGU GOMEN KE?
HEK ELEH..


Anonymous said...

pajero sport ..1400 sebulan.. down payment berapa? bila habis?

isteri ada buat tuisyen tak? jika ada, sebab apa tak isytihar?

anak2 dapat biasiswa tak?

dia isytihar ni dah kira baik,tapi jika menipu tak guna jugak. cukup2lah dah kantoi menipu waktu debat dulu..

pemimpin2 lain pun kena buat jugak..sebab aku memang menyokong sepenuhnya pengisytiharan harta oleh semua ahli politik.


Anonymous said...

Pada aku inilah spesis H...j...h
Bini disuruhnya kerja dengan kerajaan..
lepas tu masuk hospital guna nama bini , kalau lulusan U, boleh masuk 1st class..
nanti kalau bini mati dulu.. dia pulak dapat duit pencen bini ..

tapi siang malam dok maki hamun orang yang dah bagi peluang kerja..
nanti dia akan jawab itu hak dia..
hak kepala ha... lah.. ramai lagi rakyat yang tahu kenang budi ..

gaji bini lebih besar dari gaji laki ..
sah .. laki tak cukup tanggung jawab..
anak ..6 ... woooo memang hebat .. gaji RM2800 boleh bagi makan anak bini ...

So spesis apa macam ni kalau bukan speisis H....j...h

Suruhlah bini ikut jejak langkah Normala ... tengok nanti, langit ni tinggi ke rendah ... minta makan dengan PAS lah ...

H....j...h punya manusia

Anonymous said...

Terbaik brooo!wa stuju dgn lu cumu pembetulan ckit bekenaan serban..bkn tudung saji bro..besor tong dram!

Anonymous said...

Macam tu la kebanyakan depa..anak bagi sek kerajaan, buku teks kerajaan,masuk hospital kerajaan, masuk universiti kerajaan dan lagi lagi lagi. Tapi kufur nikmat

Jokiden said...

Jangan-jangan pinjaman perumahan pun daghi Gomen.. Halal ke tu??? kih..kih..kih.. Bonus amik tak?? kih..kih..kih..

Mungkin bini dia ngajar di sekolah swasta kot.. ish..ishh..ishh..

Apa hal dia nak istiharkan harta dia ada orang tanya ke sebelum tu??

Anonymous said...

lagi satu, SIMPANAN TETAP tu maksud dia fixed deposit ke? jika benar fixed deposit, bukan ke itu tidak berlandaskan syariah?

Anonymous said...

KETUA PEMUDA UMNO ADA DAPAT ELAUN KE TAK?

KETUA PEMUDA PAS DAPAT RM2500 SEBULAN TUUUUUUUUUUU..SEKALI LAGI, RM2500 SEBULAN TUUUUUUUUU...

JADI SELAMA NI ASYIK HULUR KAMPIT, HULUR TIN BISKUT MINTAK DERMA APEKEJADAHNYE?

Anonymous said...

Aku pn nak kasi pendapat sikit. rupanya dlam pAS NI depa memang pakai terus apa saja yang dicakapkan oleh pemimpin depa macam hadis nabi. Pasal tu tak mungkin pemimpin mereka yang baik itu menipu mereka. Ini Parti ISLAM. tapi aku heran juga kalau boleh pakai kereta yang ansuran 1400 sebulan sekurang2nya pendapatan dia 1400 x 5 atau 6 sebab itulah yang berlaku biasanya kepada semua orang. Anak enam pulak tu. kalau bawah umur 6 tahun semua boleh tahan jugaklah belanja mereka. Tapi kalau dah belasan tahun, bersekolah pulak tu, mak aii terduduk jugak nak sara zaman sekarang ni.. sooo yang aku boleh nampak kat sini, istihar macam ini sapa pun boleh buat, cuba bersumpah atau buat keterangan bertulis dan pamerkan, barulah gentlemen. Nampaknya pemimpin serupa ini berjaya memperbodohkan ahli bawahannya tetapi tidak semua mereka itu bodoh, macam seorang MB yang membeli sebuah bas, terkucil-kucil nak jawab dan spin cerita bayaran basnya..

Anonymous said...

Opps satu lagi terlupa... mereka yang sokong parti ini berselerak dalam kerajaan dan kalau tidak pun pasangan mereka. Sebab itu lah prestasi dan rahsia kerajaan kerap bocor. mereka ini duri dalam dging dan dah jadi barah pun. Lihat apa yang mereka fikir, nak rebut jawatan dan nak jadi YB bukan untuk berkhidmat atau menukar kepada kerajaan Islam tetapi kerana memandang rendah kepada UMNO seperti mana rendahnya taraf orang awam kepada ahli agama. Cuba lihat apa mereka buat untuk rakyat, kawasan yang mereka wakili, wawasan mereka pun dah tersasar, bukan negara iSLAM PUN tapi negara kebajikan macam UMNO dah buat. Yang teruk lagi mereka berpakat nak buat dengan DAP yang semua tahu anti Islam dan Melayu. Boleh jadi ke macam ni...

Anonymous said...

Yang pakai Audi Q7 plate KJ99,ahli parlimen di kelantan tak nak istihar harta ker...

Anonymous said...

godek2 apps utk cek saman pdrm, perghhh saman banyak...ada kretabaru plet ccu8097, ada speed trap pix lagi..bgaya gak dia pakai pajero sport..hurmmm

Anonymous said...

Yang lagi satu dia tak sebut apakah nafkah isteri tak diberikan, percuma ke/ tak payah bagi kat isteri ke? ishh ish ishh ishh ishh ini kalau Osetat PAS PIS PUS, penipu, pembohong, buka mulut yg bau najis itu. Spesis2 macam ini sudah harus direjam dgn najis vavi je.

Anonymous said...

Ramai bijak pandai sini buat segala macam andaian. Itu sebab best baca blog pro bn ni.

Bagi aku beginilah. Tak salah kalau penyokong parti lawan nak kerja dengan kerajaan sebab kerajaan bukan milik parti mana pun. Kerajaan adalah milik rakyat. Once kita fikir kerajaan adalah milik parti tertentu maka saat itulah juga demokrasi telah berkubur.

Kalau isterinya kerja dengan kerajaan, apa masalahnya. Ada yang kata makan duit kerajaan BN. Melainkan duit itu memang BN punya, aku cakap biarlah sebab itu duit rakyat.

Cuma yang jadi tidak beretika adalah bila kerja dengan kerajaan tetapi belakang kritik dasar kerajaan, maki hamun kerajaan dan khianati tugas dan tanggungjawab. Kalau dia maki hamun atau kritik parti yang memerintah, itu lain cerita. Ada beza ke? Mestilah berbeza. Kerajaan bekerja untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik tapi parti politik hanya untuk penyokongnya.

Aku adalah salah seorang penjawat awam yang tidak menyokong BN tapi aku tetap akan pertahan dasar-dasar dan agenda kerajaan sebab itu amanah dan tanggungjawab yang aku pikul.

Anonymous said...

Dua kali komen dari Warga Shah Alam, dua kali juga pasal calculation. Entri RBF tu pasal kejujuran mengisytihar harta. Itu perkara pokok. Mendelah WSA...

Anonymous said...

Patut lah orang pas tak sokong AES/Speed Trap, kawasan 80, bawa 130KM/J, dia tunggu orang dalam boleh NFL.

Anonymous said...

barang kemas bini camna?
Selalunya ramai yang suka beli barang emas ni dari menyimpan dalam bank.

firefly said...

warga shah alam 5.02PM..pandai plak ko cakap bab agama orang pakai serban sunnah nabi, yang 2 memanglah tapi setakat pakai serban semua orang boleh buat nak tunjuk baik tapi hakikatnya dalamam teruk..ini spesis lah orang pembangkang terlalu taksub dengan PAS SESAT

Anonymous said...

Orang kalau berbohong, memang kita akan jumpa lah jalan ceritanya yang memerangkap diri sendiri.

Sama ada dia cakap benar atau tidak hanya dia dan serban besar atas kepala dia tu saja yang tahu.

Cara RBF congak pembiayaan yang terpaksa ditanggung oleh si Nasrudin Serban Besaq ni memang ada kelas .. nak bagi makan 6 anak dengan duit RM780, memang tak masuk aqal. Agaknya anak-anak dia pi sekolah jalan kaki kut, pi sekolah tak bawa duit saku sebab mereka tiap hari bawa bekal. Agaknya kereta si Serban Besaq ni tak pakai petrol untuk hidupkan enjin. Agaknya kereta dia pakai minyak goreng ikan yang di kitar semula sebagai bahanapi kut.

Kalau ana ambil kira statement diatas, nampaknya cerita si Serban Besaq ni boleh lah diterima.

Anwar Ibrahim bohong para ulamak Pas .. depa percaya giller. Jadi si Serban Besaq tu ingat kita ni pun macam depa jugalah .. senang-senang depa boleh kencing.

Lu silap orang la Pak Din Serban Besaq ooiiiii.


Ustaz Rock

Anonymous said...

kih kih kih.... siot la

Anonymous said...

tak penah plak denga bren serban tantawi.. tudung siti ada la jugak...

Anonymous said...

Itu yang boleh "ditulis" dalam "slip gaji". elaun bagi ceramah malam2, kutipan dari tin milo belum dimasukkan lagi. Ingat duit yang dia isytiharkan tu cukup ke nak tampung duit minyak kereta Pajero Sport dia untuk berkempen tiap-tiap malam disetiap ceruk kampung dan bandar?? Hanya gimik, kononnya duit yang dia perolehi tu memang banyak tu je.... sudah la pemimpin hamPAS. Gimik kamu tu hanya 'sesuai dihadam' oleh penganut beruk kamu je la....!!!!!

Anonymous said...

apasal kebanyakan komen ni anonymous. org yg sama je ke komen?. tarikh n masa pon dekat2 sama.

Anonymous said...

syok baca org yg tk tau bezakan gomen dan parti