Thursday, November 8, 2012

Kebebasan Media:Perbezaan Yang Jelas Antara Umno dan PKR


Selama ini Anwar Ibrahim dan konco-konconya sering melaung-laungkan kononnya di Malaysia tidak ada kebebasan media. Demokrasi sudah mati dan sebagainya....

Allah Maha Kaya.....Allah Maha Esa.....belum mereka berkuasa lagi satu persatu Allah tunjukkan kepada kita wajah mereka yang sebenar. 

Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat banyak media dan banyak pihak yang mengkritik mereka diugut dengan surat saman untuk menutup mulut orang yang mengkritik dengan tujuan nak menakut-nakutkan.

Jadi dimanakah kebebasan media yang mereka laung-laungkan selama ini ?

Belum berkuasa lagi mereka dah menunjukkan sifat kuku besi, apakah anda fikir jika mereka berkuasa media akan lebih bebas dari apa yang ada pada hari ini ? 

Cara mereka sebiji sama sepertimana ugutan yang digunakan oleh Lee Kuan Yew untuk menutup mulut pihak-pihak yang mengkritiknya.

Saya percaya kalau di Indonesia orang seperti Anwar yang hidupnya dipenuhi dengan pelbagai skandal memang tak cukup tanah dikerjakan oleh media-media di sana. 

Minggu lepas Khalid Ibrahim sekali lagi cuba mengugut media dengan tindakan saman gara-gara tulisan Datuk Zaini Hassan mengenai penjualan aset-aset PKNS.

Khalid sungguh tersentak dengan pendedahan tersebut dan dengan segera Khalid mengumumkan akan menyaman Utusan Malaysia kerana pendedahan tersebut. Sedangkan apa yang ditulis oleh Datuk Zaini dan disiarkan Utusan Malaysia  dalam bentuk perspektif atas cubaan menjual aset PKNS yang pendedahan asalnya dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar. 

Kenapa pula Khalid tidak menyaman Noh Omar ? 

Bagi mereka Utusan Malaysia perlu dimatikan terlebih dahulu. Kerana bagi mereka Utusan Malaysia lebih merbahaya dari segalanya dan boleh menjadi sebagai salah satu penghalang utama mereka ke Putrajaya. 

Tenyata Utusan Malaysia masih berbisa dan mempunyai kesan yang kuat walaupun telah berbelas tahun mereka lancarkan kempen boikot Utusan. Kalau Utusan Malaysia tak kuat dan tidak berbisa mereka tidak akan saman atau sebut lagi nama Utusan. Namun tidak sehingga ke hari ini nama Utusan Malaysia masih lagi meniti di mulut pemimpin-pemimpin pembangkang dan masih lagi menjadi santapan mereka. 


Datuk Zaini dalam tulisannya semalam di Utusan Malaysia telah mengucapkan terima kasih kepada PKNS diatas surat peguam yang dihantar. 

Apa yang menarik dalam tulisan Datuk Zaini semalam beliau membuat perbandingan antara mantan MB Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dengan Khalid Ibrahim. Katanya dulu beliau mengkritik hebat Khir kerana kes hutan Bukit Cerakah, namun tidak pernah sesekali Khir mengugut untuk menyamannya atau mengambil tindakan-tindakan lain. Sebaliknya Khir mengambil teguran atau kritikan itu dengan positif. Itulah beza antara orang Umno dengan orang PKR. 

Siapa yang lebih terbuka dan menerima kebebasan media ?

Tulisan Datuk Zaini semalam juga menunjukkan satu lagi wajah sebenar PKR. Jika selama ini mereka lantang menuduh BN mengamalkan kronisme atau memberi kontrak kepada orang-orang sekeliling mereka. Di sebalik tuduhan-tuduhan mereka itu rupa-rupanya itu adalah amalan mereka. 

Datuk Zaini semalam mendedahkan surat peguam yang beliau terima daripada firma guaman S.N. Nair & Partner. Seperti diketahui umum S.N Nair adalah peguam yang mewakili Anwar dalam kes liwatnya dan juga orang yang berada dalam kelompok pembangkang. 

Adakah S.N Nair dipilih sebagai peguam yang mewakili PKNS sebagai balasan atau tukar ganti kepada khidmat percumanya kepada Anwar di mahkamah selama ini ???  Wallahualam....

Selanjutnya sila baca tulisan Datuk Zaini semalam di sini

7 comments:

Anonymous said...

aku tak tau nk tulis apa... aku gelak aje dengan sifat nuar and the geng.


kah kah kas kas..

KAS = Pertubuhan Kristian German yang taja Nuar melalui IKD dan juga Profesor Kangkung.

bro yul said...

itulah dia pakatan harami nie bila kena kat batang hidung sendiri kalut nk saman...time kata kat orng x pikir pulak....

BOB MALAYA said...

pakatan dulu kata media tidak diberikan kebebasan bersuara tp bila diberikan kebebasan bersuara pakatan pulak meroyan tak tentu pasal..akhirnya terkena pada diri sendiri... bodohnya nuar berahim n the gang nie..

BooDeer said...

sebenarnya mcm nie para sahabat semua...

pakatan sudah maju kedepan dengan taktik terkini berperang dalam pilihanraya, ada satu unit khas dihantar oleh agen2 asing bagi merangka strategi untuk menjatuhkan BN, segalanya sudah ada masakini,yang dah berjaya dijatuhkan pun, banyak , cuma mereka perlu lebih sistematik, copy & paste jaa, modul dari amerika & yahudi sudah ada, dan sedang dilaksanakan, kita dapat merasa sekarang ini, undang2 boleh dimanipulasi, mcm nurul membelit pasal melayu bebas beragama,itu bukan takat belit undang2, siap belit ayat al quran lagi, dasyat nurul,, kan putar belit namanya tu, anuar sudah masak benor dengan semua ini, ambil tindakan undang2, persepsi rakyat sudah berubah lah, tgk kes liwat anuar sudah lahh, yahudi sudah bisik kat anuar, itu kacang jaaa, mereka ada 10 lagi cara dan strategi....

manakala bn pulak lambat setahun untuk mengejar mereka,sepatutnya umno kena main peranan yang sama degan mereka, wujudkan lebih banyak persepsi rakyat terhadap pakatan,fitnah jaa terus ambil tindakan undang2, ambil yahudi yang baik2, atur strategi elok2, kerana apa, kerana modul2 untuk bertahan dan berlawan hanya yahudi sahaja yang pandai, jadi, mau tak mau APCO kena main perananlah, tapi diam2 sajalah, jgn banyak mulut pulak, yahudi kena lawan yahudi baru sama kuat sama handal,tapi yahudi kena ajar melayu, jgn ajar cina mca pulak, lagi hancur lah...

maka oleh itu, sekarang nie bn kelihatan dok kena dibelasah jaa, dan persepsi rakyat akan terus memuncak memusuhi umno, jadi kalau umno nak berkuasa, kena panggil balik tun mahatir,bg dia terlibat dalam mengatur strategi menghadapi puak pakatan ini, kena apa, kerana hanya ada seorang MELAYU yang lebih terer dari 100 orang yahudi dan yuhudi memang tidak pernah berjaya menjatuhkannya, oleh itu , umno kalau tak mau APCO, kena guna CHE DET lah itu jaaa, kalau tidak bungkusss!!!!

Anonymous said...

TunM sentiase ade d blkg najib bro..

sugeh said...

satu yang aku perasan..
kenapa beberapa tulisan RBF ni tak ada sekor pun kucing murtad bagi komen...
atau adakah saudara RBF dah bersikap kuku besi?...
mana mana mana mana ..
pergi kursus kat singapor ke..

Anonymous said...

Kalau baca media PR tidak ada langsung kebaikan apa yang dibuat BN. Ada saja yang tidak kena untuk dikritik oleh mereka. Sejak PKR berkuasa di Selangor KOMAS bergerak aktif menerbitkan filem-filem dokumentari untuk mencari kesalahan BN. Kenapa pemimpin Islam PR sanggup bersekongkol dengan bangsa asing untuh menjatuhkan pemimpin Islam?. Pemimpin Islam PR sudah terlalu beri muka kepada bukan Islam hingga menggugat kepentingan bangsa Melayu. Satelah menyaksikan sendiri filem-filem yang diterbitkan KOMAS kami sudah tidak percaya lagi kepada pemimpin Islam PR.