Wednesday, November 14, 2012

Kerana HusamLR Nik Aziz Bakal Diheret Ke Mahkamah


Hi....hi....hi....buku dah bertemu dengan ruas.......nampaknya HusamLR terus-menerus menjadi beban kepada Pas Kelantan.

HusamLR ingat apabila dia saman Kickdefella maka Kickdefella akan duduk depan kamera kemudian baca skrip permohonan maaf terhadap dia.

Oh tidak.....tidak sama sekali.....Kickdefella lawan sampai habis.....pusingan pertama beliau telah menang apabila berjaya memindahkan kes dari Kota Bharu ke Kuantan.

Kini masuk pusingan kedua pula.....

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan 18-19 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan berkenaan.

Apa yang menarik perhatian adalah, peguam Kickdefella akan mensapina Nik Aziz sebagai salah seorang saksi untuk perbicaraan kes berkenaan. 

Kah....kah....kah....kah.....Nik Aziz bakal masuk mahkamah kerana HusamLR.......

Berikut berita yang dipetik dari antarapos.com
KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 hingga 19 Dis ini sebagai tarikh perbicaraan kes saman fitnah RM5 juta oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.
  
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Mariana Yahya di dalam kamarnya hari ini, bagi proses pengurusan akhir kes tersebut.
  
Mariana turut mengarahkan kedua-dua pihak iaitu peguam plaintif, Hisham Fauzi dan peguam Kickdefella, Datuk Jaharberdeen Mohamed Yunoos menyelesaikan segala urusan berkaitan dokumen yang diperlukan sebelum perbicaraan berlangsung.
  
Jaharberdeen ketika ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya akan mensapina beberapa pihak yang akan dijadikan saksi dalam kes berkenaan minggu depan.
  
"Antara saksi yang akan dipanggil ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan," katanya.

Pada 19 Sept tahun lalu,  Husam selaku plaintif memfailkan saman terhadap Syed Azidi yang dinamakan sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi RM5 juta ekoran penyiaran artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

  
Artikel tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat', 'Sebelum kita lupa Normala Sudirman' dan 'Husam itu pembohong' yang ketiga tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.
  
Defendan pada 9 Oktober tahun yang sama pula memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  
Bagaimanapun pada 17 April lalu, Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.
Saya yakin peguam-peguam Pas akan kelam kabut cari jalan untuk mengenepikan sapina yang dikeluarkan kepada Nik Aziz.

Kita tunggu dan lihat ya......


HusamLR-Husam lebuhraya

19 comments:

Anonymous said...

nape pulak bawak kat mahkamah malaysia? kat semue tak telus

Anonymous said...

O, celako.. celako.. celako.. agak2 N.Ajis akan pergi naik mahkamah bela Husam tak??? Aku pun sependapat dengan RBF.... pasti peguam hamPAS, Hanifa Maidin akan cuba sedaya upaya untuk menolak injuksi sepina terhadap N.Ajis...

Cuma aku nak tengok ape alasan pencacai2 mereka nanti. Jangan mereka jilat balik ludah yang pernah mereka ludah pada Najib dalam kes liwat II Al-Juburi cukup la.... malu weh...

Anonymous said...

Kenapa letak HusamLR... letak la HusamHW = Husam Highway. Ada pepatah baru mengenai highway ni...

"Dimana ada tin milo, disitu ada angan2 HusamHW".. hehe

Uruk-Hai said...

Salam mohon dipautkan blog sy Uruk Hai mediauruk.blogspot.com ..

Anonymous said...

menggeletor plak tok aji tu kat mahkamah kang...

Anonymous said...

Bab ni memang susah nk salahkan omno

Anonymous said...

Yang menarik perhatian dalam kes ini ialah: Satu ketika dahulu Kickdefeller merupakan 'sahabat karib' Husam Musa. Malah dalam kegairahannya didalam 'membantu' Husam Musa, Kickdefeller pernah berkempen supaya Jalur Gemilang dikibar secara TERBALIK. Entah dimana silapnya akhirnya mereka berdua 'bermusuh' sehingga membawa kemahkamah. Nampaknya segalanya sudah TERBALIK.

Tidak kurang menariknya apabila beberapa pemimpin tertinggi Kerajaan PAS Kelantan akan disapina oleh pihak Kickdefeller termasuk Nik Aziz sendiri. Nampak jelas Kickdefeller 'tidak main-main' dalam kes ini. Pasti pihak Husam Musa sedaya upaya akan cuba 'menyekat' Nik Aziz daripada menjadi saksi diatas beberapa sebab antara mungkin mereka takut Nik Aziz akan 'tersasul' dan akhirnya memakan diri Husam Musa sendiri.

Jika mereka 'gagalmenyekat' Nik Aziz dan Mahkamah memerintahkan Nik Aziz hadir, mereka akan menggunakan alasan2 lain untuk melambat2kan proses perundangan. Nik Aziz mungkin tiba2 masuk hospital kerana tahap kesihatannya' dan pelbagai lagi helah akan mereka lakukan.

Apa pun kes ini adalah bukti dan iktibar yang boleh dijadikan pendoman kepada kita bahawa 'sahabat' hari ini mungkin akan menajdi 'musuh' masa depan. Jadi berpada2lah dalam berkawan kerana apabila sahabat bertukar menjadi musuh maka tentu segala keburukan kita akan terdedah. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Satu tindakan yang berani tapi.........?

Anak Lenggong said...

Dah tentu jawapan nike ajis tu kat mahkamah adalah jawapan sinonim nya "Ambo tak tau..ni urusan exco ataupun PBT"..

Anonymous said...

Ari tu ambo akan usoho dapatkae MC. Tok leh gak..ambo mintak denge Bomoh Sie. Guane?

Anonymous said...

Sngoti, jiko tok dapat MC keno gi amik ansore bodi kot laie. Leh gi bbageh wat2 kelih nyakit saru gapo pulok dio keno atau sengeleng tok sir gi. Hok tule baso jenis ore bbawoh tok cakno dok pakat tepoh pas ko tie lapu pong.

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com

akupun takfaham said...

Kalau pergi pun nanti dia akan kata 'ambo tak tahu, ambo sakit perut'

kakbedah said...

hahaha.....lepas nie terbongkar la semua tipu daya HUSAM tue ... bodoh betul la dia .. dah tau salah buat apa nak menegakkan yg salah.. kan dah hilang akal...

pas dajjal said...

takut lepas nie ada yg mintak kes nie settle luar mahkamah kot pasal pok nik x leh hadir sebab sibuk nak bagi ceramah pasal politik kat negeri kelate memamndangkan wakil rakyat kelate yg sedia ada semuanya hampas kelapa.....

bebo said...

Husam listen here… your days with Kelantan PAS are numbered.Kelantanese people whether they are PAS or UMNO do not need your stupid and unitelligent ideas anymore.

pas dajjal said...

husam oh husam.... sampai bila ko boleh tutup mulut org yg mendedahkan kebenaran nie???? x mungkin ko boleh tutup mulut org samapi bila2.. sedangkan dinding pun boleh bercakap inikan mulut manusia yg umpama radio bergerak.... ko ingat dgn settle kes saman nie takkan ada org akan bercerita lagi ke pasal ko??? sorry la... lepas nie m,ungkin ramai blogger yg akan dedahkan apa kesalahan yg ko buat selama nie....

kakbedah said...

malu weh......... pok nik naik mahkamah bela org yg salah... habis la PAS lepas nie....

ymd said...

nik ajis akan baca doa pecah perut utk husam plak..

cilako mu hussam