Dipetik dari Agenda Daily
Bayangkan senario ini – seorang pesakit menemui doktor mengadu sakit
lelah. Tetapi doktor itu memberikannya ubat untuk resdung. Letakkan
senario ini kepada isu air Selangor.
Umum mengetahui negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang itu
mengalami masalah BEKALAN AIR, tetapi Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid
Ibrahim mencadangkan supaya menggunakan KAEDAH MERAWAT AIR yang
dinamakan MEMBRANE.
Khalid mencadangkan idea itu sebagai hujah menolak cadangan Kerajaan
Persekutuan untuk membina loji air Langat 2 untuk mengatasi masalah
kekurangan air tetapi kerajaan Selangor menentang projek tersebut,
sebaliknya menawarkan alternatif teknologi membrane yang didakwa lebih
murah.
Pada sidang parlimen 30 Oktober lalu, Khalid yang juga Ahli Parlimen
Bandar Tun Razak telah berdebat dengan Timbalan Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon dan mendakwa pembinaan loji
air Langat 2 tak perlu dan penggunaan teknologi membrane lebih murah
kosnya.
“Tan Sri Khalid tahu tak apa yang dia cakap apabila menggunakan
terminologi kejuruteraan ini? Dia tahu ke kaedah Membrane ini sebenarnya
digunakan untuk merawat air yang tercemar? Ia digunakan untuk
mengasingkan air daripada mineral-mineral dan toksid yang membahayakan
kesihatan pengguna.
“Jika kita guna kaedah Membrane ini untuk memisahkan mineral dan air
yang tulen, kita akan menghadapi pembaziran sebanyak 30 peratus.
Selain itu ia membabitkan kos yang tinggi dan sukar untuk dilaksana.
“Nampaknya dia sendiri tak faham apa yang dia kata. Ataupun dia cuba
spin dan alih perhatian. Masalah yang dihadapi Selangor sekarang ialah
penyimpanan atau pengumpulan air mentah, bukan masalah memproses atau
merawat air tercemar untuk menjadikan ia air yang tulen dan selamat
untuk diminum,” kata Ir Datuk Idris Haron (kanan sekali) yang merupakan
seorang jurutera.
“Tan Sri Khalid ini bercakap main sedap mulut. Dia ingat konon
apabila dia sebut teknologi Membrane, masyarakat tak akan bertanya apa
benda tu. Dia perlu mendalami ilmu kejuruteraaan air apabila bercakap
pasal air. Ataupun dia ingat rakyat Selangor tak bijak. Apabila dia
sebut perkataan baru seperti Membrane, rakyat tak akan bertanya lebih
daripada itu.
“Nak dekat pilihanraya ini, maka datanglah perkataan yang
pelik-pelik, kononnya rakyat tak akan bertanya. Inilah cara pembangkang
menipu rakyat,” tambah Idris, yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.
Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri (kiri sekali), yang juga
seorang jurutera, menyokong kenyataan Idris. Katanya apa yang
dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor itu tidak ada kena mengena
dengan masalah bekalan air.
Hamim juga bersetuju bahawa penggunaan teknologi Membrane lebih
mahal, malah dua kali ganda lebih tinggi dibandingkan dengan kaedah
konvensyenal yang digunakan oleh Kerajaan Pusat.
“Lagipun Malaysia tak perlu menggunakan kaedah Membrane sebab
kandungan mineral dalam air di engara kita bukanlah di tahap tinggi,
malah dalam lingkungan yang dibenarkan. Penggunaan cara konvensyenal
juga jauh lebih mudah dan murah,” katanya.
“Cadangan Menteri Besar Selangor itu sebenarnya lebih merupakan
taktik mengalihkan isu seolah-olah ada kaedah lain yang boleh dibuat
oleh Kerajaan Selangor untuk merawat air. Menteri Besar Selangor
mempolitikkan isu bekalan air di Selangor.
“Berbalik kepada isu asas, kita kuarng bekalan air mentah untuk
dirawat, Jadi jangan alihkan isu daripada kekurangan bekalan air mentah
kepada kekurangan loji atau kaedah merawat air. Saya nasihatkan orang
ramai supaya merujuk laman web atau blog dari pihak yang profesional.
Kaji, teliti dan cuba fahami mengenai teknologi Membrane ini,” katanya.


6 comments:
Itula sikap penganut pakatan haram....Dari pemimpin sehinggalah ke pencacai tahap ANJENG ataupon cai tukang jilat najis bos mrk,,mrk terlalu taksub dgn diri, puak dan perjuangan mrk..
Bg mrk setiap ahli dari puak mrk semua serba tau, serba boleh, very2 SUPERB..tak kire kafir ke Islam ke,semuanya very2 MAKSUM...maknanyae penganut pakatan tuh semuanya SERBA BOLEH..
Smpkn ke tahap , mrk tahu sglnya..dari mmrintah, bab beragama n sglmala kehebatan...sbb tuh mrk asik mngutok pemimpin BN/UMNO xreti nak jadi imam, nak bagi tazkirah, xmacm pemimpin mrk....dari meliwat, berzina, rasuah malah mnyakau duit semua BOLEH...
Dan Khalid pon salah sorngnye...dr sorg ahli KEPARAT bole mnjadi PAKAR dlm hal teknikal...so, rujukan PAKAR BN xperlu krn keSUPERBan pemikiran Khalid...
Ya ..mmg SUPERB..dari segi merompak dan menyakau harta dan hak rakyat Selangor...smpkn dlm isu AIR pon sgp di gadaikn masa depan rakyat Selangor krn xdpt peluang menyakau keuntungan ....
Dan peringatan kpd rakyat neg len,,kalo nak terima nasib spt org Selangor..kebajikan rakyat marhaen di ketepikn, kroni diutamakn,,negri yg dulu maju kini mmprlihatkn tahap MENGUNDUR....
Tu la org Selangor...
TERLAJAK PERAHU BOLE UNDUR
TERLAJAK MENGUNDI NEGERI MUNDUR...
Padan muke org Selangor termasok AQ.....hu hu hu
Salam,
Apa kata RBF keluarkan 1 artikal khas bagi membezakan kaedah yg syabas buat skrg dgn kaedah membrane yg khalid cadangkan tu serta kos operasinya sekali supaya rakyat tak terus dibodoh2kan oleh menteri besar ni.
Emmm boleh tahan mangkok jugak khalid gagap ni. Teknologi membrane. . . Kahkahkah. Mmg boleh bt org pecah perot. Mari kita ketawakan khalid gagap. Nampaknya terkena aura mahfuz mr bean.
Brapa lama nak tunggu! Kahkahkah
cuba amik kira apa yg anwar cakap pulak...lagi bersepah benda tak masuk akai dia main tibai..kononnya nak tunjuk terer la sgt...semua org akan ternganga mulut dgn keterean dia.
sembang kencang tapi habis semua masuk longkang. mentaliti kelas ke 3 punya pemimpin..
mohon penjelasan..
kejap kata bukan isu masalah air mentah..tp kekurangan loji rawatan air.
skarang idris haron bercakap pula pasal kekurangan air mentah..
mana satu yg benar??
dan seperkara lagi,teknologi membran ni mmg patut dlm perhatian kerajaan kita..sebabnya?kita pun x pasti berapa puluh tahun lagi kita akan ada bekalan air mentah.kiri kanan atas bawah pencemaran.
dan rakyat selangor pun x boleh lupa dgn perjanjian antara kerajaan BN selangor dulu dgn Syabas:
"Perjanjian 2004 yang dimeterai Kerajaan Pusat, Kerajaan Selangor Umno-BN yang lalu dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menetapkan kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus pada 2015."
wow...bila sumber dari ALLAH diniagakan secara rakus oleh org2 yg tamakkan harta dunia..
sebagai rakyat marhaen,anda terima draf kenaikan harga air tersebut??
skarang,bandingkan pula "keprihatinan" Syabas semasa era BN memerintah dan PR memerintah..
sebelum PRU12,Syabas begitu rakus berkhidmat.lambat sikit,cabut meter air.banyak rungutan dari pengguna.
lepas PRU12,Syabas siap tubuhkan Tabung Budi..mampu pulak menolong org2 susah.siap boleh bagi air percuma.cuba menunjukkan keprihatinan..
nampak perbezaan??
-Warga Shah Alam-
Rasanya bukan MB nak pusing, tp dia yg tak faham. Dengar 'membran' trus jd modal politik. Aku rasa nak menitik air mata bila MB Selangor camni. Yg rakus satu hal, yg bangang satu hal. Tp elok sikit yg rakus. Skurang-kurangnya adalah juga pembangunan dan faedah sampai pada rakyat (yg ko songlap tu jawab sendiri la kat akhirat nanti). Damn PKR
Post a Comment