Tuesday, November 6, 2012

Masjid Dinaiki Air:Adakah Ini Petunjuk Dari Allah ?


Kira-kira tujuh bulan yang lepas blog MIK pernah menunjukkan kepada kita bagaimana sebuah masjid di Klang yang juak-juak Pas bawa masuk adun PKR Selangor ke dalam dewan solat telah dimasuki air hingga rosak semua karpet dan sejadah tempat kita sujud kepada Allah SWT. 

Kesan daripada kejadian itu membuatkan dewan solat tidak boleh digunakan dan solat terpaksa diadakan di tingkat atas termasuk solat Jumaat. Lihat di sini....

Pihak-pihak yang menguruskan masjid tidak mengambil iktibar di atas apa yang berlaku dan banyak masjid yang terus meredhakan Rumah Allah termasuk di dewan solat untuk digunakan oleh puak-puak yang tidak sepatutnya menggunakan ruang itu.

Tujuh bulan selepas kejadian di Klang kini peristiwa yang sama berulang pula di sebuah masjid juga di Klang. 

Bila ?

Di mana ?

Apa yang terjadi ?

Saya tidak mampu untuk menulisnya di sini kerana bulu roma dan bulu tengkuk saya dah meremang. Dada mula berdebar, perasaan takut telah menyelubungi diri.

Allahuakbar......Ya Allah pelihara dan lindungi negara kami dari ujian-ujian mu yang besar. Jauhilah kami semua dari segala mala petaka dan bala bencana. Ampuni kami Ya Allah.....

Selanjutnya sila baca di sini

14 comments:

Anonymous said...

Tu maknanya selangor ada air..

Anonymous said...

Allahuakbar-masyallah
saya juga meremang bulu roma baca berita ini.jadilah ini semua sebagai pengajaran berguna

Anonymous said...

UMNO bayar bomba RM dua juta utk alirkan air bomba kedalam masjid. Lepas itu bila nampak macam bala, salahkan aku.. Semuanya nk burukkan aku yang serba mulia ini.

kaorang tak ingat kah yang aku ni pernah ditabalkan oleh bini aku sebagai Anugerah tuhan!!?

Kalau aku jadi PM hari ni, esok selesai semua masalah!

DSAI

Anonymous said...

RBF...

petunjuk dari Allah sentiasa dkt dgn kita..
di perak juga banjir,di johor juga banjir,malah lagi teruk..

taburan hujan sgt2 banyak ketika ini.itu fakta yg tepat.
telahan begini bagi saya terlampau subjektif.

yg terbaik,banyak berdoa ketika hujan terbaik,kerana itu adalah waktu mustajab.

yg mana jd mangsa banjir tuh,kuatkan semangat.

bila dtg bencana,itu tanda ujian Allah buat kita.itu tanda syg.sbb ramai yg dah alpa.

-Warga Shah Alam-

bro yul said...

tu la akibat nyer apabila tempat suci umat islam d jadikan medan politik ...allah itu maha berkuasa..

Anonymous said...

Tu baru masjid ...sok kalo ANUwar terJADI PM/Presiden Malaysia mau tonggolam negaro kito....

Allah dah bagi petunjuk tapi masih nak mengangkat PELIWAT/PENZINA sbg pemimpin....

Anonymous said...

masjid banjir tiada kena mengena dgn siapa masuk masjid

anis wana said...

ini semua kuasa dr allah...
tempat org bribadat,tp digunakan untk ceramah politik..

Anonymous said...

Ko masih buta hati.ALLAH dah turun bala pun masih nak agungkan penjubo tu?astaga

Anonymous said...

jgn la trlalu percaya kan andaian2 sebegini..

Allah curahkan banjir dimana2..

dulu sepanjang 3 tahun saya belajar di madrasah di penang,2 kali surau tenggelam sbb banjir.lepas banjir,mencurah2 bantuan dtg..

begitu juga kampung di perak,kampung tenggelam termasuk dgn masjid.

tiada isu sebegini pun..
kalau anda fikir anwar teruk,taraf anda di mana pula?maksum?

ini peringatan utk umat islam.ada berbelas sbb Allah turunkan bencana.kaji semua.hampir semuanya dah berlingkar dgn kita.


-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Seperti dilapurkan oleh media, tiga pemimpin agama di Amerika Syarikat, dua diantara mereka pemimpin agama kristian dan seorang pemimpin agama yahudi, menyatakan bahawa taufan sandy adalah merupakan balasan tuhan terhadap kegiatan lesbian, biseksual dan trangender (LGBT) dalam kalangan masyarakat di negara tersebut.

Di Malaysia Masjid yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air banjir telah mencatat sejarah kerana dinaiki air banjir sehingga menjejaskan ruang solat. Sama ada kebetulan atau tidak masjid tersebut pernah dijadikan majlis 'tazkirah' oleh non muslim. Tazkirahnya pula dilakukan disaf paling hadapan.

Kalau dulu banjir diMalaysia boleh dijangkan tetapi hari ini tidak lagi. Hujan berterusan selama 2 jam sudah boleh menyebabkan banjir.

Sebagai orang Islam saya yakin apa yang berlaku itu semuanya diatas kehendak dan izin Allah SWT. Allah SWT lebih mengetahwi. Tetapi kita juga harus sedar disebalik apa yang berlaku itu pasti ada sebabnya. Justeru kita harus berfikir untuk mencari jawapannya. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

kita semua mampu merancang.

igt tragedi bah merah?yg dicanang di media2 beberapa tahun lepas.kerajaan mengerahkan seluruh bantuan bersiap sedia ke kelantan.

tup tap,johor pulak yg tenggelam dlm insiden paling buruk dan tidak disangka2..

sbb tu saya andaikan,jgn kita hanya pandai berkata Allah turunkan bala disebabkan si A atau si B.

kita sendiri kena menilai,cermin diri.

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

setiap bencana yg terjadi ade punca nye...kene renung gak nape boleh terjadi di kawasan yg xpenah kene banjir tup2 kene banjir...masjid lak tu...mang tol ckp ko warga SA kt perak pn masjid kene banjir...tp ko kene paham kalo masjid tu kt tanah rendah...nie masjid yg xpenah kene banjir pn dh kene banjir...ape tanda tu???ade sebab nye tu...so kite kene gak cari punca nye...mang la kuasa Allah nk jsadi kn ape2 pun...banjir ke kemarau ke...

Anonymous said...

Warga Shah Alam..

Banjir yang berlaku di johor berlaku dikawasan yang memang rendah dan mudah dinaiki air...
Kalau pun banjir melebihi daripada biasa itu kerana curahan hujan yang berlebihan daripada biasa.
Janganlah nak kait kaitkan dengan johor tentang apa yang berlaku di Klang..
janganlah nak spin spin cerita..
berpada padalah kalau ia pun nak menyokong Anuar tu ...