Wednesday, November 28, 2012

PAU 2012:Jangan Termakan Umpan Yang Dipasang Musuh Dari Luar PWTC


Untuk mencapai kemenangan dalam peperangan politik selain daripada sokongan orang ramai yang tidak berparti,kelemahan jentera pihak lawan juga penting.

Contoh yang jelas boleh dilihat semasa PRU 2008. Kemenangan besar pihak lawan BN pada masa itu turut disumbangkan oleh pihak BN sendiri. Puncanya kerana mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran masa itu.

Perhimpunan Agung Umno tahun ini adalah yang terakhir sebelum PRU ke 13 menjelma bila-bila masa dari sekarang.

Aura perhimpunan tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun yang lepas kerana semua ahli Umno baik yang hadir di PWTC atau tidak semuanya bersemangat berkobar-kobar untuk menghadapi PRU dan seterusnya memastikan BN dapat mempertahankan pemerintahan negara serta merampas kembali negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat.

Senang cerita, semangat ahli-ahli Umno sedang berada di gear 4 sekarang. Tinggal satu langkah lagi untuk masuk gear 5.

Sokongan atau kasih sayang ahli-ahli Umno terhadap Najib dan Muhyiddin sedang berada pada tahap yang terbaik. 

Bagaimanapun perkara itu tidak disenangi oleh musuh kita. Mereka tahu kalau Umno kekal berada pada tahap ini maka mereka tidak akan menang. Maka mereka harus mencari jalan bagi melemahkan semangat ahli-ahli Umno dan seterusnya menghakis kepercayaan ahli-ahli Umno terhadap Najib dan Muhyiddin.

Peluang terbaik untuk melemahkan semangat ahli-ahli Umno atau lebih tepat lagi memecah belahkan kita adalah ketika Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung sekarang.

Semalam misi untuk melemahkan ahli-ahli Umno telah bermula melalui media-media yang pro pembangkang. Esok, lusa dan sehingga Sabtu ini macam-macam lagi yang akan mereka lakukan untuk terus pecah belahkan kita.

Semalam pembangkang dalam keadaan tergesa-gesa adakan taklimat bersama peguam Perancis di Singapura untuk membicarakan kes kapal selam. Dua orang peguam yang dilantik oleh pertubuhan haram suaram tidak hadir pun. Mereka hanya menghantar wakil. Namun pembangkang tetap meneruskan taklimat berkenaan kerana nak kejar supaya berita tersebar disaat Perhimpunan Agung Umno senang berlangsung.

Kata nak bagi taklimat pasal kapal selam, tetapi cerita yang keluar tentang Altantuya. Lihat di sini

Tidak cukup dengan itu, petang semalam dua tiba-tiba sahaja malaysiakini dan harakahdaily serentak mengeluarkan wawancara seorang peniaga karpet juga untuk membicarakan isu Altantuya. Seingat saya sepanjang saya bermain dengan dunia cyber tidak pernah berlaku dua portal berkenaan mengeluarkan wawancara individu yang sama serentak. Tetapi semalam telah berlaku....

Serangan serentak berkenaan tidak lain tidak bukan adalah supaya perkara itu menjadi besar dan menjadi percakapan semasa Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Dengan hasrat dengan tujuan supaya ahli-ahli Umno menjadi lemah semangat dan memandang serong kepada Najib.

Dalam hal ini kita amat-amat berharap ahli-ahli Umno tidak mudah termakan umpan yang dipasang oleh musuh dari luar tempat persidangan.

Musuh sudah tidak ada modal untuk menyerang peribadi Datuk Najib dan isteri. Maka mereka terpaksa recycle isu lama dengan mengubah jalan cerita supaya nampak lebih gempak.

Bagi saya sebagai seorang islam, sedikit pun saya tidak percaya Datuk Najib terlibat dalam ke Altantuya. Kerana apa ? Kerana Datuk Najib berani bersumpah dengan nama Allah dalam Masjid yang beliau tidak terlibat malah tidak kenal pun perempuan Mongolia itu.

Sumpah dengan nama Allah tambahan pula dalam Masjid bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Tambahan pula oleh seorang pemimpin. Orang yang tidak berada di pihak yang benar tidak akan berani bersumpah sedemikian rupa.




Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang sampai hari ini pun tidak berani bersumpah dengan nama Allah untuk menafikan beliau meliwat Saiful serta melanggan pelacur. Sedangkan mangsa liwatnya berani bersumpah mengatakan dia diliwat Anwar. Datuk Eskay juga berani bersumpah untuk mengesahkan individu bersama pelacur dalam video yang ditayangkan olehnya adalah Anwar Ibrahim.






Mana sumpah Anwar ?

30 comments:

Anonymous said...

Anwar hanya sesumpah yang akhirnya dimakan sumpah seranah dan sumpah laknat orang ke atasnya.

Tengok muka pun kita dah tau memang sumpah laknat sedang memakan dirinya...

Anonymous said...

ANUwar jadi SUMPAH-SUMPAH bole la...dpn org Melayu kata sokong Melayu...depan India kata sokong India .. depan CIna kata sokong CIna...

org xnampak dia balun bontot , balun Doll, balun bini org.tibai dan songlap duit pastuh tudoh org len yg rasuah, salahguna kuasa..kroni dan sgl mala maknenek kemungkaran ...

Perjuangan ANuwar cuma nak jadi PM Malaysia saje..bkn utk mmbela agama,bangsa atau negara..cume utk diri sendri....

ANuwar = iblis + syaitan = dajal..

pillpuss@yahoo.com said...

UMNO/BN sekarang ni sememangnya sakit teruk. Rakyat sudah lama tahu cuma segelintir sahaja yang masih mengangggap Umno/BN sihat segar bugar. Setakat ni hayat Umno/BN hanya bersandarkan tali hayat "bantuan/ rasuah" dan penipuan dalam pilihanraya semata-mata.


Umno/BN telah masuk ke peringkat meracau. Maklumlah sakit makin teruk, tanda-tanda nak nampak lega belum berhasil. Merintih tak habis-habis mengharap simpati. Tapi apakan daya, keegoannya yang berasa seolah-olah masih mampu memilkul kederat menjadikannya semakin parah dan tak larat.

Anonymous said...

Geli ketiak aku baca....

Anonymous said...

Mana sumpah Anwar?

Tanya la kak jijah.

Anonymous said...

Pencacai umno macam cacing kepanasan sekarang bila dapat tahu najib & razak baginda mungkin akan disapina bila prosiding kes kapal selam scorpene berlangsung di mahkamah perancis.Kebenaran semakin terserlah sekarang.Mana najib mahu lari sekarang......

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Anonymous said...

najib x lari mane2 la bodoh...bkn mcm anwar lari dlm kedutaan turki bila dpt tau sepol buat report polis!

Anonymous said...

Cai pembangang korang dah makan ubat lom?.....
----------------------------
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis.
---------------------------
pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.
-------------------------
ANUwar terkilan xdpt altantuya mcm dia ngan china doll....

Anonymous said...

Yang kata UMNO/BN sakit teruk sebenarnya meluahkan perasaan diri dia sendiri sudah tenat. majoriti rakyat tidak akan termakan hasutan kamu semua.kami kenal kaca atau permata..ptuih.

Anonymous said...

Malaysia terkini aka Malaysiakini adalah kilang fitnah yang maha besar didunia.tapi ingat ada yang lebih besar dan berkuasa ""ALLAH"" STEVEN GAN dan RAMESH CHANDRAN"" akan ditimpa kemalangan yang teruk kerana bersekutu dgn FUCKATON kerana menjadi jentera untuk menghancurkan Melayu/Islam.. Ya Allah berikanlah petunjuk kepada mereka2 yang berniat tidak baik kpd Agama mu ya Allah.

Anonymous said...

Kalau pencacai UMNO macam cacing kepanasan..pencacai2 Aljuburi pula sudah dalam kebakaran dah nak hangus.

Anonymous said...

kilang fitnah fuckatan sudah kehabisan modal sebab semua fitnah terkantoi. sekarang balik kembali kemuka surat satu cerita kapal selam la, atlantuya lah. yang rembat duit rakyat anwar songlap RM3 bilion, bagi kat Azmin ali RM30 juta dan seorang 1 bilion kpd 15 kroninya..penjilat pakatan buat senyap dan terus menjilat kote bengkok.

Anonymous said...

RBF..

Anda percaya tak kalau saya kata PAS Kelantan hanya menang mudah, dan banyak kerusi mereka akan hilang?

Mesyuarat PAS merumuskan, banyak DUN2 PAS menjadi kawasan kelabu putih dan kawasan kelabu hitam.

Hasnil

Anonymous said...

28 November, 2012
Hakim Perancis Akan Teliti Rekod Pembunuhan Altantuya
Posted by Addin at 11/28/2012
SINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.

Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.

“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.

Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.

Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.

Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.

Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.

Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram. ~kd

Anonymous said...

Sapa2 pon ANUwar bole bawa jadi peguam asalkan sumbat dgn wang hengget...

Tapi kenyataannya...
pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.
----------------------
WOII MANGKOK..NAPE DLM KES LIWAT ANUwar XBRANI NAK MMBERI KETERANGAN BERSUMPAH DLM MAHKAMAH.

NAPE ANUwar XBRANI NAK BG DNA DIA SMP SKRG?

MANA JAM OMEGAAAAAAAAAAAAAAAA

Sudah2la..sblm ko sndiri yg jadi anakharam...

Anonymous said...

Anwar Ibrahim tidak akan berani bersumpah kerana adalah sendiri adalah sesumpah.

Penyokong UMNO akan terus menyokong UMNO dan BN. Pembangkang boleh guna apa juga tektik tetapi mereka tidak akan berjaya kerana majoriti rakyat Malaysia sudah terlalu muak, mual, jijik dan yang sewaktu dengannya terhadap pembangkang yang cakap tidak serupa bikin. Tektik cuba memperbodohkan rakyat dengan cerita karut sudah ketinggalam zaman. Rakyat akan menghukum pembangkang dengan sekeras2 hukuman pada PRU13 kelak. Insya-Allah. Wallahualam.


mtk

Anonymous said...

Kesian puak pembangkang. Terkapai2 kelemasan tak tau nak fitnah apa lagi....

Anonymous said...

MANA SUMPAH?

SEDANGKAN JAM OMEGA TAK TUNJUK2 HINGGA KE HARI INI...APATAH LAGI NAK SUMPAH...SORI LAAAAA

Anonymous said...

yang pro pembangkang akan tros vote pembangkang..yang pro umno dahulunya tidak vote pru12 akan kembali vote umno..yang atas pagar akan vote umno sebab pakatan tak buat kerja, sembang ja bagus, lagipun najib dah jaga baik punya dengan segala macam bantuan kewangan..dah boleh agak umno akan menang besar..sebab aku gologan atas pagar,huhu..

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Anonymous said...

PDRM pun hishamuddin boleh kacau..
bekas ketua polis negara,musa hassan dah dedahkan ....

Deepak kwn baik rosmah dan najib dah dedahkan...



tggu follow up jek...hmmmm


panas PAU kali nih,perwakilan akan mula bercerita,kesannya lepas PAU..mula berpecah belah,mula sangsi,mula boikot...

skrip tiap kali PRU akan berulang dlm kem UMNO...

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

pahal peguam Perancis tersebut, tak buat PC di Parlimrn Perancis. panggil international press, tentu gempak. Moral of story; Siakap Senohon Gelama Ikan duri. BesutMan, ahli pas, Diluah mati emak, ditelan mati bapa

Anonymous said...

Warga shah alam
aircond dah tutup lom?

Anonymous said...

pencacai2 umngok masih bonggok...anwar dah BEBAS..mahkamah yg buat keputusan anwar x bersalah..ape hal la pencacai2 umngok ni...kah kah kah kah...mmg betul apa yg tun madey ckp..yg tinggal dlm umngok ni..yg x berapa nk cerdik..kah kah kah kah....

Anonymous said...

Jangan benar kan sejarah si kitul mendalangi kejatuhan Kjaan Melayu Melaka berulang...

Anonymous said...

Kecian si nazak (najib razak) dah nak nazak baru minta maaf dgn rakyat.

webdesign2u.info said...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saudara faizal yang dihormati,

Maaf kerana diluar tajuk penulisan blog.

Saya selalu mengikuti blog saudara dan amat berminat dengan tulisan saudara dari belum terkenal hingga menjadi terkenal sekarang. Ternyata saudara mempunyai bakat dalam penulisan dan idea yang bernas.

Saya juga dulu biasa membuat blog tapi tiada bakat penulisan blog terkubur begitu sahaja.
Bagi saya bakat adalah kurniaan tuhan kepada manusia tertentu. Lain manusia lain bakatnya.

Saya mula beralih ke dalam bidang it iaitu membuat software atau perisian memandangkan tiada bumiputera berkecimpung dalam bidang ini.
Selama lebih kurang 5 tahun berusaha akhirnya saya dapat juga menyiapkan dua buah perisian iaitu Invoice Business Management dan WebDesign(macam blogspot juga tapi lebih mudah) secara online.

Saya baru melancarkannya dan mengharap jasa baik saudara kalau dapat membantu memperkenalnya memandangkan blog saudara mempunyai ranking dan traffic yang tinggi.

Alamat web saya ialah http://webdesign2u.info

Kalau saudara sudi saya ingin memberi webdesign package dan invoice software secara percuma.

Jasa dan budi baik saudara sentiasa akan dikenang.

Sekian
Wassalam

note - tak perlu siarkan surat saya ni..tapi kalau nak siarkan boleh lah edit yang mana patut
up - Bolg saya dulu masih ada lagi iaitu http://blogpenyokongkerajaan.blogspot.com

Anonymous said...

Cuba lihat spin dari Malaysiakini...

KJ: Kemenangan pro-A bukti orang muda kembali pada Umno

Ahmad Fadli KC
4:26PM Dis 1 2012

Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno, kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Datuk Seri Najib lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya tawaran pendidikan percuma Pakatan Rakyat jelas ditolak mahasiswa melalui pilihan raya kampus yang dimenangi kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan.

"Kalau itulah tawaran mereka kepada mahasiswa, referendumnya adalah pilihan raya mahasiswa.

Beliau turut memuji keputusan kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang disifatkannya tepat sehingga membolehkan mahasiswa bergiat aktif dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional di universiti masing-masing.

"Hari ini apabila Auku dipinda ramai lagi mahasiswa buka baju sokong Umno," tegasnya.

Beliau turut menyahut seruan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin agar sayap Pemuda dan Puteri bekerjasama menubuhkan akademi kepimpinan untuk golongan muda.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menjadi penggulung terakhir di antara tiga sayap parti mencadangkan agar Barisan Nasional lebih cakna dengan golongan ibu tunggal melalui pembentukan polisi khusus untuk golongan itu.

Beliau sendiri bersedia menggembleng Wanita BN untuk menghantar satu pelan menyeluruh kepada kerajaan untuk tujuan itu.

http://www.malaysiakini.com/news/215658

Anonymous said...

kalau tempat saya Keningau Sabah..nama DSI dan yg sewaktu denganyer dah lama kami masukan dalam tong sampah..saya tidak ada masalah dengan BN..