Thursday, November 8, 2012

Pemuda Pas Telah Selamatkan Saya Dari Masuk Pas Hari Ini Atau Esok



Petang semalam saya turut menerima mesej black berry yang memaklumkan tentang Pemuda Pas akan mengadakan perhimpunan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada PKR berhubung kenyataan Nurul Izzah. Mesej itu menyatakan perhimpunan tersebut akan diadakan di Jumaat (esok) di Pejabat PKR di Petaling Jaya. 


Bukan satu mesej yang diterima, seingat saya mungkin dalam 5-6 mesej sama yang diterima. Sebaik sahaja melihat mesej pertama saya tak percaya. Tetapi apabila terima sampai 5-6 mesej yang sama, saya bertanyakan kepada seorang wartawan Agenda Daily kerana selama ini kebanyakkan sumber maklumat daripadanya tepat. 

Wartawan Agenda Daily tersebut berkata, aku rasa tak betul, tapi banyak pula mesej yang diterima katanya. Kamu rasa bagaimana ? tanya dia kepada saya. 

Anda tahu apa yang saya jawab secara spontan ?

Kalau betul Pemuda Pas berani buat demo kecam dan bantah Nurul Izzah Jumaat ini,  aku akan masuk Pas.

Kamu biar betul rbf....buatnya mesej itu betul....dalam Pas kamu nanti. Kata dia....

Goyang jugalah saya mendengar peringatan yang dia berikan.....tetapi dalam masa yang sama hati saya berkeyakinan Pemuda Pas tak akan berani buat begitu. Sebabnya islam yang mereka bawa dan diajar kepada mereka untuk berlawan dengan Umno dan parti-parti komponen BN yang lain sahaja.

Bagi mereka DAP atau PKR nak hina islam, nak keluarkan kenyataan apa sekali pun tak mengapa. Hatta kalimah Allah sekali pun mereka sanggup gadaikan kepada agama lain. Tetapi kalau Umno buka mulut sikit sahaja terus mereka nak berjihad dan masuk ke kampung-kampung cerita kepada orang ramai Umno hina islam.

Hari ini apa dah jadi ? 

Pemuda Pas telah menyelamatkan saya dari masuk Pas.....Terima kasih tuan.....terima kasih.....terima kasih.....terima kasih yang tak terhingga.

Pemuda PAS hari ini mengecam pihak yang menyebarkan SMS fitnah yang mendakwa mereka akan mengadakan perhimpunan dan menyerah memorandum bantahan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama.

Selepas menerima panggilan dan pertanyaan daripada wartawan, Ketuanya Nasrudin Hasan menegaskan kiriman SMS itu "sama sekali tidak benar dan fitnah" yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungawab.

Mengulas lanjut Nasrudin berkata: "Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Masih segar dalam ingatan kita bagaimana mereka turut mengheret Umno apabila Chua Soi Lek mengkritik hudud Pas beberapa minggu lepas. Kemudian seru orang ramai dan ahli Pas turun ke pejabat MCA untuk membantah Soi Lek. Lihat tulisan saya yang lepas di sini

Allah Maha Kaya......tak sampai sebulan Allah SWT tunjukkan kepada wajah islam Pas yang sebenar. Allah tunjuk dengan segera supaya umat-umatnya boleh membuat penilaian terhadap sikap sebenar orang-orang yang menggunakan agamanya untuk kepentingan politik. 

Jadi sekarang kita boleh lihat wajah-wajah syaitan yang berlagak malaikat yang berselindung disebalik nama parti islam dan pakaian. 

Kalau dengan cina MCA yang bukan Islam bukan main lagi mereka berkokok berderai-derai sampaikan Umno yang tidak terlibat pun habis mereka sesah. 

Sekarang apabila dengan orang melayu islam yang bersekongkol dengan mereka yang meletakkan islam setara dengan ugama-ugama lain serta menyokong LGBT, mereka kata itu satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti komponen dalam Pak-khatan Rakyat.

Umno yang tidak terlibat dalam kenyataan Soi Lek bukan main lagi kamu sesah, kamu kerjakan. Tetapi bila kena atas batang hidung kamu pandai pula kamu kata itu cubaan mengeruhkan hubungan sesama kamu ? 

Sebagai mengakhiri tulisan ini saya nak ucapkan terima kasih untuk dua perkara terhadap Ketua Pemuda Pas. 

1-Terima kasih kerana menunjukkan wajah sebenar Pas kepada orang-orang islam dalam negara ini.

2-Terima kasih kerana telah menyelamatkan aku dari masuk Pas dan berkawan dengan syaitan.

Budi baik Pemuda Pas telah menyelamatkan keceluparan mulut hamba amat-amat hamba hargai.

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik diingat selalu 

21 comments:

Anonymous said...

sialan parti pas....parti paling bodoh didunia........

Anonymous said...

hahahaaaa .... saya suka alasan terima kasih tuan rumah tuk alasan no. 2

Anonymous said...

Pemuda PAS ade telor ke? Semua telor dah masuk ke dalam semenjak berkiblatkan Al-Jubur..

Anonymous said...

FORUM ini bertajuk: Negara Islam: Versi Mana, Tanggungjawab Siapa ? Di adakan di Gereja Gospel Tabernacle Subang. pada 3 Hari yg lalu.. Anjuran- OHMSI " Oriental Heart & Mind Study Institute" ... Aim: “Our goal is to create frameworks for dialogue and engagement where followers of Jesus Christ and members of society become relevant and significant in the public space of national life”.

Ie: matlamat utama OHMSi adalah untuk mengetengahkan peranan penganut Kristian dan mengembangkan pengaruh mereka dalam ruang lingkup masyarakat negara ini.

Siapa yg akan bela AGAMA ISLAM kini ?????????

Anonymous said...

sekarang video penuh tu dah ada. tengok dan fikirkan sendiri....Parti ni ke yang kamu harapkan untuk menjadi pelindungkepada umat islam kat malaysia ni? Yang kelakarnya siap ada yg berkoko kata ini semue tektik jahat nak memecah-belahkan pakatan. Apa punya dol la dia ni.....apa PR sekarang dah naik taraf lagi tinggi dr agama islam ker.....oh baru aku faham ngapa Negara Islam dah jadik negara kebajikan.

Anonymous said...

Rupenyer TELUR pemuda PAS di dlm genggaman Sheikhul Al Juburi....

Antara kenyataan CSL dgn ANAK PUAKA itu trnyata kenyataan ANAK PUAKA terang2 boleh memesongkn akidah ..menggalakkn umat Islam murtad...

Syukur ke hadrat Ilahi...kalo x Bro RBF kena masok PAS sy akan mnjadi org terawal MENGUTOK bro....

nazatul shima said...

MANA PERGINYA PAS YG DULU PERJUANGKAN AGAMA ISLAM KITA TAPI HARI INI AKU TGK TAKDE SEORANG PUN YG BERANI TAMPIL DAN CUBA SEPAK SEKALI KAT NURUL IZZZAH YG DAH MURTAD TU, MANA PEMUDA PAS KRG TAKUT KE DGN PEREMPUAN SIAL NI IKT SUKA MAK BAPAK DIA AJE NAK HALALKAN YG HARAM.

dol mat said...

pecat aje nurul izzah ni dari parti pkr dia besar kepala sgt dgn kuasa dia sampai nak cabar pemuda pas mmg kurang ajar sama mcm bapaknya. dahlahmurtad tapi menyusahkan org aje.

Anonymous said...

pas dah sesat lagi menyesatkannnnnnnnnnnnnnnnn!!!....tu la, kalau pas di pimpin oleh ketua pembangkang yg di laknat ALLAH!!!..mcm2 bala dtg!!..bingaiiii punya pas!!

Anonymous said...

ketua depa pun kantoi menipu waktu debat..nak harap apa lagi kat pemuda pas tu??? hihihi

Anonymous said...

DI DADA PENGIKUT PAS DAH TAKDE BULAN...BULAN DAH BAGI KAT KARPAL...KAH KAH KAH

Faith Ajar said...

Telur pemuda pas elok kerat kasi anjing makan...tapi nak wat camne..depa sendiri pun dah jadi aniing peliharaan...

Anonymous said...

Putar Alam Semesta....

Anonymous said...

Dalam komen saya sebelum ini dalam isu yang sama, saya dengan yakin menyimpulkan bahawa Pemuda PAS TIDAK akan berani mengambil tindakan apa2 keatas kenyataan Nurul Izzah. Ternyata saya benar. Terima Kasih kepada Pemuda PAS yang telah membuktikan saya benar. Wallahualam.

mtk

sugeh said...

Saudara RBF..
nasib baik mulut celupar hang tak jadi kenyataan..
kalau tidak naya aku sebagai peminat hang ...
Kalau hang masuk PAS aku masuk longkang lah ...
hahahahahahaha...
aku pun tumpang gembira sebab hang tak jadi masuk PAS ...

Anonymous said...

Pemuda PAS dengan "beraninya" mengecam SMS.Hahahaha...sungguh berani....

el halim said...

RBF, aku kalau jumpa ko aku lempang dan pijak kau idup-idup, sebab selama ni aku menghormati tulisan kau yang jujur dan ikhlas menentang Dajjal di Malaysia ni..tapi itu pun kalau kau masuk PAS sebab mulut gatal kau tu la..kalau betul PAS buat demo depan Pejabat PKR semalam, aku lah antara orang yang akan post 1000 kali kutukan kepada ko hahaha..hampeh..

Anonymous said...

Puan Nurul Izzah, teruskan usaha anda. Kami penyokong-penyokong Pas dan pimpinan serta ulamak Pas tahu niat sebenar anda. Pertahankan islam cara kita (Pas dan PKR) dan bukan ikut acuan Umno. Insyallah jika Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang dibelakang puan, perjuangan puan tak akan sia-sia.

Pas Selamanya.

Anonymous said...

Hahaha...marbelos la RBF.

Kuasa Allah. Maha kaya Allah kita lihat siapa yg baea islam sebenarnya. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Paderi church PJ ke ni?

Anonymous said...

Pas Selamanya.

November 11, 2012 2:21 PM

jangan terpesong dgn dakyah2 anon, contohnya mcm pas selamanya kat atas ni..pencacai ni sbnrnye cybertroopers DAP...