Wednesday, November 7, 2012

Silakan Saman Wahai Nurul Izzah, Kami Semua Telah Siap Sedia Pertahankan Utusan Malaysia dan Berita Harian

Politik Nurul Izzah sebiji tidak ubah seperti politik bapanya....betullah kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Sudah menjadi kelaziman Anwar Ibrahim setiap kali timbul isu ke atas dirinya maka Umno dan media-media pro kerajaan yang akan di salahkan. Selepas itu saman....untuk menutup mulut media. Dimana kebebasan media yang mereka laungkan selama ini ?

Semalam Nurul Izzah mengikut style bapanya berhubung apa yang di ucapkan dia Sabtu lepas.

Nurul Izzah berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang (saman) terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana dikatakan memutar belit kenyataannya....
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian berhubung isu kebebasan beragama.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar tersebut dan kemungkinan beberapa blog yang didakwa memutar belit kenyataannya berhubung isu tersebut.

Malaysiakini
Persoalannya.....mengapa dia memilih untuk menyaman UM dan BH, sedangkan malaysiakini versi bahasa inggeris yang menjadi pihak pertama menyiarkan berita berkenaan ?

Malaysiakini melaporkan berita berkenaan pada hari Sabtu 3 November iaitu di hari yang sama Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan tersebut ?

Keratan berita malaysiakini versi BI. Berita ini tidak disiarkan di malaysiakini versi BM sehingga kini
Manakala UM dan BH hanya melaporkan berita dari malaysiakini pada Isnin 5 November.....

Tiba-tiba kini UM dan BH yang Nurul Izzah jadikan kambing hitam untuk dia melepaskan dirinya.

Lebih malang apabila seorang ketua kerajaan sebuah negeri semalam menunjukkan kelemahannya atau mungkin dia ditipu oleh orang keliling-kelilingnya, mengeluarkan kenyataan yang mengatakan beliau tidak perlu mengulas isu tersebut kerana datang dari UM. Lihat di sini....

Nampak sangat dia tidak mengikuti perkembangan semasa....

Harap Nurul Izzah tidak hanya buat gempak untuk menyaman UM dan BH......

Sila saman cepat-cepat.....dan kami semua akan all out mempertahankan UM dan BH. Bukti semua lengkap. Bukan setakat bukti apa yang dilaporkan malaysiakini, bukti video pun ada.Setakat ini belum ada mahkamah di Malaysia yang berkata video tidak boleh jadi bukti kerana ia besi.

Anda tonton dan anda dengarlah sendiri dua video dibawah ini. Satu versi panjang yang memaparkan keseluruhan apa yang diucapkan Nurul Izzah di majlis berkenaan. Satu lagi versi pendek yang memaparkan kenyataan yang menjadi isu.

Depan orang kristian Nurul Izzah cakap,

Depan orang melayu pula Nurul Izzah kata,

Anak bapak.....

Apa yang saya perhatikan banyak pihak hanya memberi tumpuan kepada apa yang diungkapkan Nurul Izzah seperti diatas. Harus diingat bukan itu sahaja yang dia cakap, dia juga turut bercakap mengenai LGBT sepertimana yang dilaporkan antarapos.com di sini. 

Selamat menonton dan sama-sama kita beri sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Utusan Malaysia serta Berita Harian. 

 

26 comments:

Anonymous said...

tak akan berani nak saman sbb apa yg dia cakap tu memang betul keluar dari lidah dia.. kahak pthuiii

sokong umat islam murtad.. sokong seks songsang.. apa nak jadi dgn dia ni.. kitab mana dia pegang

tak jumpa dalam al quran ada ayat menyuruh/menyokong umat islam utk pilih agama lain dan menyokong perlakuan seks bebas.. berpegang semua agama adalah sama....... subhanallah

anak dgn bapak sama.. perjuangkan semua agama adalah sama

semoga Allah swt melindungi agama, bangsa dan negara dari manusia2 yg merosakan agama yg bertopengkan islam

Anonymous said...

UTUSAN MELAYU DAH MATANG DAN BERWIBAWA.....KEWUJUDAN NYA SEMENJAK SEBELUM MERDEKA LAGI MENJADIKANYA AKHBAR BERPENGARUH,DAN MEMPUNYAI IMUNITI TERSENDIRI DALAM MENGHARUNGI BADAI....ASAKAN DAN ANCAMAN DARI POLITIK TIDAK MUNGKIN MEMATI DAN MELEMAHKAN UTUSAN MELAYU YANG JUGA MERUPAKAN LIDAH KERAMAT BANGSA.....IA AKAN TERUS GAGAH MENGHARUNGI CABARAN.....SEMAKIN DITEKAN EDARAN UTUSAN SEMAKIN MENINGKAT......HANYA MELAYU YANG DANGKAL YANG TIDAK MEMBACA UTUSAN.....HANYA MELAYU TOLOL YANG AKAN MENYISIH DAN MEMPERLEKEHKAN UTUSAN......HANYA MELAYU YANG KERDIL YANG MEMPERLEKEH UTUSAN.....SEDANGKAN BANGSA MELAYU YANG BERKUALITI,BERWIBAWA,DAN BERKARISMA AKAN TETAP MENATAP DAN MENYOKONG UTUSAN.......UTUSAN AKAN TERUS MEKAR DAN GAGAH BAGI MEMBONGKAR PERMASALAHAN BANGSA DI BUMI BERTUAH INI.....HIDUP UTUSAN......yg benar ABE MUD KOTA BHARU.

Anonymous said...

Nurul, saman segera blogger-blogger pro-kerajaan ni... jangan bagi muka. Kemudian suruh hakim percepatkan perbicaraan, jangan tangguh-tangguh macam bapak kamu tu. Video kita ada, laporan Malaysiakini pun ade... ape nak takut....

Kah kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Setuju dengan anon 9.15. Peliknya Mujahid Yusuf Rawa pun Ada dalam forum tu tapi tak berdetik sepatah pun. Ni ke pejuang agama? Pejuang taik kucing adalah macam tu

Anonymous said...

apa la maksud sebenar izzah ni?yang melalut pasal salib besar kat sekolah assunta, nyanyi lagu gospel pekejadahnya.nampak sangat nak tunjuk kononnya dia tolerant dengan kristian.kononnya.okla, aku rasa dia mungkin bermaksud kebebasan beragama tu patut diguna pakai pada semua termasuk melayu.izzah mungkin yakin orang melayu islam takkan tukar agama sesenang je.itu sebab dia cakap dia belajar sekolah assunta yang berasaskan kristian tak menyebabkan dia teringin pula nak jadi kristian.so kalau kebebasan beragama dilaksanakan takkan jadi masaalah. ye ke?sebenarnya kalau cakap macam tu bahaya.apa akan jadi kalu tetiba ada melayu nak murtad.nauzubillah.kalau pergi mahkamah yang halang dia atas dasar apa.undang2 telah mengatakan kebebasan beragama untuk semua.ingat kes lina joy?kalau kebebasan beragama telah diamalkan termasuk pada orang melayu, tiada siapa yang boleh menghalang lina joy.ertikata lain, menyokong kebebasan agama bererti mnyokong murtad.itu sebab izzah patut sedar.itu la cakap tak pikir dulu.bersemangat cakap saya dulu belajar kat sekolah kristian tapi tak jadi kristian pun.kiss my xxs.habis tu atas sebab tu izzah nak sokong kebebasan beragama?tengokla contoh singapore.korang bukan tak pernah dengar kes murtad di sana kan?okla di sini pun ada kes murtad tanpa disedari tetapi sekurang kurangnya dengan menyekat kebebasan beragama untuk orang islam adalah lebih baik daripada memberi kebebasan beragama kepada semua termasuk melayu yang didefinasikan dalam perlembagaan beragama islam.tiada istilah melayu bukan islam dalam perlembgaan.ertikata lain perlembagaan sendiri telah mencegah murtad.yang aku sedih pencacai PAS dok nak bela izzah ni.

NutCrakcer said...

Anak kita yang (Melayu Islam) baru di lahirkan tak kira lelaki atau perempuan dah pun di azankan atau di qamatkan ke telinga mereka. Untuk ape. Sebab awal2 lagi mereka dah Islam sejati. Ni si Nurul nak ajar kebebasan agama kepada anak2 ni pula bila besar nanti. Nak kena pelempang boleh ler. Ada ke mak bapa mereka yang sanggup lihat terjadi perbezaan agama dalam satu keluarga.

Anonymous said...

Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa?

Utusan Malaysia semalam melaporkan berita bertajuk "Melayu perlu bebas pilih agama?"

Antara lain, akhbar itu melaporkan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Dalam berita FMT 3/11/12 bertajuk "Nurul Izzah backs religious freedom for all", antara lain dilaporkan:


Earlier in her speech, Nurul Izzah quoted a decree made by Egypt’s University Al-Azhar president Ahmad el Tayeb and said freedom of belief should be a fundamental right for all.

Izzah dilaporkan memetik fatwa Sheikhul-Azhar, Ahmad el Tayeb, yang menyatakan kebebasan dalam soal kepercayaan seharusnya menjadi hak asasi semua orang.

Saya tidak bercadang hendak membela Ahli Parlimen yang saya undi itu. Dia lagi pandai membela dirinya. Yang saya nak habaq satu ja - Izzah memetik fatwa Sheikhul-Azhar.

(Nota: Secara peribadi, saya lebih bersetuju dengan pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan dalam laporan FMT bertajuk "Aziz Bari explains ‘No compulsion’ verse":
Aziz, an expert on constitutional law, said the verse in question (لاَ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ - Verse 256 of Surah al-Baqarah) did not mean that a Muslim could renounce his faith. “If this is the case, then what is the point of the ruling that says renouncing Islam is a big sin?” he said.)

Bagaimana pula dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek? Dengan berdalihkan istilah 'hudud versi PAS', sesuka hati dan dengan bebas musuh Islam itu menghina Islam serta menyebarkan ideologi Islamofobia. Tentulah dia bebas berbuat demikian kerana Umno merestui dan berhempas-pulas mewali keramatkan syaitan itu.

Kalau Izzah merujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua merujuk fatwa siapa?

Anonymous said...

anon 10:20,

Apa pulak mengarut pasal Chua Soi Lek,dia tu Melayu Islam yg mencadangkan Melayu bebas memilih ugama ke?.Mengapa pula kau tak tanya Karpal Sigh merujuk fatwa siapa?.Nak tanya juga mengapa pula Nurul rujuk ahmad el Tayeb,tapi tak rujuk hukum hudud yg berkaitan dgn murtad?.Kalau dalam al Quraan menetapkan org Islam yg murtad hukumannya adalah bunuh,1000 el Tayeb pun tak boleh mengubahnya.

Anonymous said...

Anon 10:20 PM

Nurul Izzah rujuk dgn Ostat Nga Komeng...surah AURA....sbb itu tafsiran dia Melayu bole bebas pilih agama...

muahahahhahahahah

azman ali said...

menjadi2 perangai anak dgn bapak nie demi nak menang pru sanggup gadai kan maruah agama pun sangup islam murtad pun ape lah gampang sangat nurul izzah nie

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Anonymous said...

Anon ko ni faham tentang islam ke? atau musang berbulu ayam?

Sudir said...

Memang la Mujahid Yusof Rawa ada, tapi dia bahasa Arab boleh la, English dia cukup-cukup makan jer..

Anak Lenggong said...

Yang pelik nya ada saorang lobai PAS disebelah kiri nurul Izah sewaktu dia menjawab saolan tu ..pabila saolan tu habis dijawab oleh betina tu semua hadirin bertepuk tangan kecuali silobai kat sebelah dia..Yang peliknya kenapa la silobai yang kononnya golongan yang terlebih islam daripada orang lain tak menasihatkan betina tu...takut pulus tak masyuk kee

Anonymous said...

GEMPAK JE TU KONONNYA NAK SAMAN..

SKRG TENGAH PERAS OTAK TU CAMNE NAK PUTAR BELIT ALASAN..

2HARI LALU ALASAN DIA LAIN..
KELMARIN LAIN PULAK ALASAN DIA..

SEDANGKAN2 TERANG2 UM DAN BH HANYA MEMETIK SUMBER DARI MKINI VERSI BI..

HANYA PENCACAI PENYOKONG MURTAD JE YANG AKAN SOKONG SI IJAH TUUUUU..

RashidAli said...

pengertian pernyataan NIA...undang2 Islam tidak membawa erti apa2 walau dalam bentuk HUDUD Pas atau HUDUD universal...anda boleh tekan ESCape sebaik saja anda dituduh berjubur atau memburit bukan partner anda...boleh pegi jadi christian, buddhist, atheis dsb...wow hebatnya pemikiran NIA...yg baghal...aiik senangnya jadi murtad atau orang yg berpindah aqidah atau irtidad...

RashidAli said...

mujahid yusof rawa tu cari makan last minute kalau2 boleh menang lagi kat parit buntar...datuk tu betul sbb dpt dari TYT PPinang in July tapi Dr tub temberang, homeopati bukan dapat pengiktirafan MMA. PhD memang sah bukan. Ni adik beradik KG (Khalid Gereja) yang berkongsi "AMIIN" dengan Paderi...kahkahkah aku pun tak paham sejak zaman mutakhir ni...yang aku tahu Mujahid tu tak sumbang apa2 kat tempat aku di Parit Buntar sejak dia jadi MP since 2008 sewaktu dan sedarjat dengan apek Khalil Idham Lim...mai surau bagi tazkiranh konon tapi isi kosong bile menang hilang terus rupa2nya pegi curi balak kat Grik....lalalalala

Anonymous said...

UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN dan TV3 selalu menjadi sasaran Pakatan Rakyat kerana ketiga2 media tersebut pada amnya merupakan yang berani menyiarkan kebenaran. Tidak dinafikan ada ketikanya media2 berkenaan tersalah lapur dan kemudiannya memohon maaf. Itu menunjukan bahawa media2 berkenaan bertanggung jawab diatas lapurannya dan bersedia memperbetulkan kesilapan.

Dalam isu nurul Izzah, beliau berhak untuk menyaman media2 berkenaan dan dalam masa yang sama saya percaya media2 terbabit akan bersedia memperthankan diri demi kebenaran.

Secara peribadi saya mengalu2kan tindakan saman yang bakal diambil oleh Nurul Izzah keatas media2 tersebut supaya kebenaran dan keadilan dapat ditegakan. Perinsip berani kerana benar akan menjadikan kayu ukur untuk membuktikan siapa bercakap benar berdasarkan bukti dan siapa penegak benag basah.

Nurul Izzah diharap tidak akan bermain silap mata dan menagguh2kan peroses undang2 kerana jika itu berlaku bermakna beliau telah menjatuhkan hukuman keatas dirinya sendiri. Ingat: Majoriti rakyat sudah mual, muak, jelak dan jijik dengan politik PR. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Hudud versi PAS..
mat Sabu terlepas..

Anonymous said...

Aziz bari pun dapat peruntukan dari KAF - Pertubuhan kristian german. Tengok belakang buku keluarannya. IKD milik nuar pun dapat peruntukan yang sama.

Hebat la sangat hudud pas sampai Mufti Kelantan pun balun hudud pas.. Mufti kata pas tidak serius dan banyak main2.

Anonymous said...

Hak asasi la ko..
Kerajaan arab saudi keluar waran tangkap kepada warganya yang menghina Nabi SAW.. dia hendak ke negara kafir utk dapatkan perlindungan politik masuk melalui malaysia, sampai di KLIA..dia ditahan kerajaan malaysia, kemudian peguam PKR dan SAMM cuba halang kerajaan malaysia dari menghantar balik pesalah arab saudi tadi..tapi gagal.

SAMM dan peguam muda (bertudung) pkr ini kata hak asasi..jadi hina nabi juga hak asasi ke?

Punah punah..

Anonymous said...

Chua Soi Lek rujuk FATWA Nik Ajih.

"Orang bukan Islam berhak mempertikaikan hukum Islam kerana mereka itu Bukan Islam. Mereka bukan paham pun tentang Islam."

hehehe

sugeh said...

anon 4:33
aku nak tambah ..
Chua soi lek juga merujuk fatwa hadi awang ...
hihihihi negara kebajikan ... fatwa songsang ...

Anonymous said...

Aziz bari an expert about law?? Pergh... he is just a dumb expert...

Knape nak rujuk fatwa sheik azhar??? Who is he??? Rujuk la al quran . Kita ada cerdik pandai agama bukan macam dr arab pring sheik..

Nak pleased krstian berpada2 laaa..

Majikan aku pmpuan melayu tp setiap ahad pi church ...

Anonymous said...

idup melayu!!! hihihi.. yg Melayu Islam pun kurang ajar mcam mana plakon video ni nak paham..

Anonymous said...

Puan Nurul Izzah, teruskan usaha anda. Kami penyokong-penyokong Pas dan pimpinan serta ulamak Pas tahu niat sebenar anda. Pertahankan islam cara kita (Pas dan PKR) dan bukan ikut acuan Umno. Insyallah jika Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang dibelakang puan, perjuangan puan tak akan sia-sia.

Pas Selamanya.