Monday, November 5, 2012

Tun M Diminta Bertaubat-Apakah Haron Din Juga Akan Minta Nurul Izzah Bertaubat ?


Jika kerana sebaris pepatah inggeris yang digunakan oleh Tun Dr M, ulama Pas terus keluar fatwa meminta Tun bertaubat.

Sekarang kita tunggu dan lihat apakah ulama Pas akan keluarkan fatwa terhadap apa yang diungkapkan oleh Nurul Izzah yang selama ini dijulang sebagai wanita muslimah sejati yang penuh keimanan dan ketakwaan kerana dia bertudung ? 

Betullah pepatah yang digunakan Tun M, baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. 

Selama ini Wan Jijah dan Nurul Izzah dijulang bagai malaikat oleh pencacai-pencacai mereka hanya kerana mereka bertudung. 

Hari ini apa jadi ?

Di sebalik tudung mereka tersimpan secebis otak yang membenarkan dan meredhakan kegiatan seks songsang....

Sementara itu Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut.

Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa  sebarang nilai Islam.

“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.

“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.


Antara Pos

Kalau selama ini 1Malaysia kena tipu dengan jubah, serban dan janggut pemimpin-pemimpin Pas. Kini 1Malaysia ditipu oleh tudung Izzah.

Kutuk, caci dan maki Rosmah siang dan malam.....pernah anda semua dengar selama ini Rosmah kata saya boleh terima LGBT ? 

Pernah kamu dengar Rosmah kata islam harus di sama rata dengan agama lain ?

Sebab itu dalam hidup ini kita jangan terlalu mudah menilai seseorang melalui pakaian yang dipakai. Di Malaysia siapa yang pakai jubah atau ketayap terus dicop alim. Di negara-negara timur tengah orang pergi kelab malam pun pakai jubah. 

Sebab itu orang Malaysia mudah kena tipu. Datang seorang lelaki pakai jubah dan serban, bawa pula seorang wanita pakai tudung labuh dan ditangan pegang tasbih ke rumah kita minta air segelas. Kita pun kata orang ini orang alim, kesian dia. Mari ustaz, mari ustazah, mari masuk minum dalam rumah. Kat luar panas. Konon-kononnya nak ambil berkat orang alim. Sedar-sedar pisau dah kat leher kita......

Jadikan peristiwa macam mana gila-gila rakyat Malaysia sokong seorang artis AF dulu.....kononnya artis itu alim, artis itu waruk....rela perhabis duit buat undian. Yang untung artis itu, syarikat telco dan stesen penyiar. Di mana artis itu sekarang ? Adakah sekarang dia sudah menjadi ikon muda-mudi islam daripada lalai dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ? 

Orang alim atau orang beriman sejati tidak akan menunjuk-nunjukkan kealiman mereka. Mereka takut kepada Allah kerana sifat menunjuk-nunjuk atau riak tidak disukai Allah.
 
Ingat geng.....iman bukan 100 peratus pada pakaian....bukan 100 peratus pada perwatakan.....iman yang benar berada dalam diri.....apa guna pakai tudung tapi merelakan seks songsang, merelakan seks bebas ? 

19 comments:

hanizam said...

umat akhir zaman, macam nilah...

ada kata-kata dari orang lama, tetapi pada aku mempunyai maksud yang mendalam...

"pakaian kita ni walaupun sebersih maner pun, sesuci maner pun dari najis, belum tentu hati empunya diri seperti itu juga..."

fikir-fikirkan...

Anonymous said...

semoga Harun Din xmngikut rentak N Ajis yg suke mnjatohkn hukum berpilih2....wal HARAMmu wal HALALku....

Anonymous said...

Aku heran la dengan depa ni. Adakah depa ni lebih cerdik daripada Allay? Kalau LGBT boleh buat kat tempat private... Ngape agaknya ALLAH TERBALIK KAN SODOM DAN GOMORRAH?

Anonymous said...

aku rasa tak kan ada pun teguran dari mana2 ..ostaz pas..maupun ulamak depa sebab depa ulamak politik/..dulu2 kalau ikut ceramah puak Pas zaman 90an mcm2 pekara HARAM..sekarang YG HARAM JADI HALAL KALAU PUAK AKU YG BUAT!!!

Anonymous said...

takkan la pepatah yg simple susah bebeno nak difhmnya.

Pas dajjal said...

nurul izah anak mentah, bicara mcm org tkde pengalaman!...

Anuar aziz said...

mane ulamak-ulamak tekemuka malaysia yg bkn main kate UMNO murtad?

dimanakah anda semua bila isu sebegini dimainkan??????

kakbedah said...

Hukum murtad adalah bunuh. Tapi apa hukuman orang yg menyokong murtad? Jelas akidah Nurul Izah boleh dipersoal. Tidak perlu perincian dlm isu murtad ni kerana ia termasuk dlm dosa besar setanding dgn membunuh.

Maria lando said...

Kenyataan bongok, kalau belum baligh kita fahamalah kenyataan seperti yg dibuat oleh Izah. Ini adalah salah satu petunjuk yang Allah beri kepada puak-puak PASPKR (Tidak masuk DAP kerana DAP tak buat Solat Hajat)hasil solat-solat Hajat yg bernawaituku "Lilahipolitik". Tunggulah lepas ni puak depa akan kata ini BN punya putar belit (sedangkan pada hakikatnya mereka sendiri dah terbelit). Kalau dah dasar pedmbelit tak sah kalau tak belit orang lain. Kepada puak-puak PKR/PAS mereka pasti "wa sami'kna wa atokna" Nak harap pemimpin PAS (TAK PERLU GELAR MEREKA NI ULAMA' Mereka tu adalah ahli POLITIK sama seperti KARPAL SINGH, KIT SIANG/GUAN ENG/ CHIN PENG (PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA yang juga sebuah parti politik yg telah dharamkan) Mereka pasti akan "JILAT BERSIH" kenyataan Izah tu. Apa tak percaya? tunggu dan lihatlah...

Anonymous said...

terbaik bro!!!

Anonymous said...

adakah datok harun suruh nik aziz bertaubat semasa nik aziz berazam mahu bersahabat dengan iblis demi mengalahkan umno - tadak kan ... sebaliknya dia mungkin dengan suci hati berkata, perkataan nik aziz itu hanya kias ibarat sahaja ... wal halal ku wal haram mu. inilah pegangan puak ulamak dalam pas.

Anonymous said...

kah kah Harun Din (PAKAR PINDAH JIN GUNA BAS) bila anwar lancar buku Thunderbox yang mengalakkan pluralisme pandai plak cakap jangan kaitkan PAS dengan Anwar... lu ape citer suruh orang lain bertaubat patut ko tu yang taubat menyokong pluralisme musuh islam yang nyata...lagi lama idup jadi setan bisu le pulakk...

SERBAN HIJAU said...

Ulamak PAS hanya pandai menghukum tapi tidak pandai menghakimi.

Kerana untuk menghakimi perlu kepada Ilmu yang mendalam.

Menjatuhkan hukum keluar dari lidah. Menghakimi lahir dari penghayatan Ilmu.

Oleh sebab itulah perlu dirujuk kepada Al Quran dan Hadith sumber rujukkan dari Allah dan Rasulnya.

Kalau sekadar Ulamak yang menghukum berdasarkan pilih memilih adalah lebih baik diam dari mengatakan sesuatu yang mengakibatkan Islam dipandang Jahil.

otai JB said...

Aku nak dengar juga ulamakk dr.maza,apa kata dia. Dlm islam,murtad tek semestinya kuar dr agama islam,banyak sebab yg menbolehkan seseorang itu jatuh murtad. Antaranya percakapan@pertuturan seperti nurul iz. lafazkan. Fikir-fikirkan lah

Anonymous said...

Kita tunggu dan lihat keberanian mereka. Atau mungkin Nik Aziz akan berkata ' Diam ertinya nasihat?'. Bayangkan jika isu ini dibuat oleh pemimpin UMNO.

Datuk Dr Harun Din adalah ulamak politik. Maka tidak hairan jika beliau akan tiba2 menjadi bisu dalam isu Nurl Izzah ini kerana Nurul Izzah adalah anak Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim adalah sahabat karib Harun Din. 'Menjentik' Nurul Izzah samalah dengan 'menumbuk' muka Anwar Ibrahim. Jadi untuk 'selamat' maka jalan yang terbaik ialah ' DIAM BEERTI NASIHAT'. Wallahualam.


mtk

Anonymous said...

syabas RBF....

iman mmg terletak dalam diri.

tanamkan dlm diri anda,islam perlu lebih dahulu dari segala2nya..bukan melayu.

kita x nak ahli politik yg hanya jadi juara utk isu panas.

hari ini,dia bangkit bagai harimau membela agama.tp esok lusa,dia sibuk dgn majlis lagha,perkara2 lagha..

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Mana pergi cai cai? Back up la...

Bapak Dajjal anak pun sama

Anonymous said...

Nurul Izzah betul bila dia berkata tiada paksaan dalam beragama. Kenapa puak-puak Umno ni melatah tak tentu pasal. Memang tak dinafikan orang melayu di negara ini di paksa dan di tekan supaya kekal dengan islam. Undang-undang dijadikan senjata untuk menakut-nakutkan orang melayu supaya jangan meninggalkan islam. Lebih dahsyat lagi perlembagaan penjajah yang dikekalkan oleh Umno(BN) itu sendiri seolah-olah mengugut orang melayu, " jika kau keluar dari islam kau bukan lagi orang melayu dan kau akan hilang segala hak istimewa sebagai orang melayu ". Itu bukan paksaan kah namanya ?

Sedangkan bangsa lain seperti cina dan india mereka tidak dipaksa kekal dalam agama mereka. Sebab itu ada cina yang masuk islam, ada cina yang masuk kristian. Sama juga dengan orang bangsa india. Tapi kenapa bila kena pada orang melayu nak dipaksa, " ohhhh no no no .. you cannot leave islam ".

Kalau seorang melayu itu dah tak minat lagi nak jadi islam tapi kita paksa dia supaya terus berada dalam islam maka dia akan buat perkara-perkara yang menjatuh maruah agama islam. Mungkin kah kemungkaran dan kemaksiatan yang banyak melibatkan orang melayu yang berlaku kebelakangan ini dilakukan oleh orang melayu yang dah hilang minat nak jadi islam tapi dipaksa oleh undang-undang supaya kekal jadi islam walau pun hanya nampak islam pada nama dan pakaian saja. Nama masih Siti Fatimah, pakai seluar jean dan baju T yang ketat sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan, masih mengenakan tudung kepala mengikut feshen terkini .. kerja jadi GRO, kerja jadi social escort, kerja jadi pelacur.

Orang seperti ini lah yang menjadi bualan dikalangan penganut agama lain, " islam tapi kerja GRO, kerja social escort, kerja rumah urut, kerja pelacur " .. mencemarkan nama baik dan kesucian agama islam itu sendiri.

Saya rasa orang seperti ini, " it is better to let them go rather than to keep them ". Saya fikir Nurul Izzah berniat baik iaitu beliau mahu menjaga maruah agama islam supaya tidak dicemari oleh orang melayu yang dah tak berminat lagi dengan islam. Tapi amat malang bila niat suci Nurul Izzah itu telah diputar belit oleh musuh politik bapaknya iaitu Anwar Ibrahim.

Umno mengkritik Nik Aziz, Hadi Awang dan Pas amnya kerana membisu terhadap kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah. Sebenarnya Pas juga sependapat dengan Nurul Izzah, " kalau orang itu dah tak minat nak jadi islam lagi, biarkan lah dia pergi, jangan guna perlembagaan untuk memaksa dia kekal ". Sebab itu Pas berulang kali menegaskan Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kami sama sekali tidak melibatkan orang bukan islam. Orang melayu pun kalau dia bukan islam lagi maka Hudud tidak ada kena mengena lagi dengannya.

Ahli Pas 1956

Anonymous said...

Ini dunia akhir zaman, eloklah tidak berkata apa apa jika kita tidak mengetahui keadaan sebenar, takut menjadi fitnah, nauzubillahi minzalik.. Jawab sendiri di akhirat. manusia lain mungkin tidak tahu, Allah tahu.