Tuesday, December 11, 2012

Cerita Cemas Satu-Satunya Rakyat Malaysia Yang Berada Di Gaza Ketika Israel Lancarkan Serangan

Sumber:Sinar Harian Online 
 

Ketua Imigresen di Gaza memaklumkan hanya saya seorang sahaja rakyat Malaysia yang berada di sana ketika perang berlaku pada 18 November 2012 lalu. Saya juga dimaklumkan ramai yang sudah pulang selepas Hari Raya Aidiladha yang lepas.

Demikian kisah seorang anak muda dari Pulau Pinang yang tidak pernah menjangka keputusan dirinya untuk memasuki Gaza buat kali pertama menyebabkan beliau ‘tersangkut’ dalam perang yang amat dahsyat.

Beliau, Sani Araby Al-Kahery ditemui wartawan Sinar Harian dan berkongsi pengalamannya apabila melalui tiga malam yang menakutkan sepanjang berada di Gaza.

Nama lelaki berusia 28 tahun itu mula dikenali dalam kalangan pengguna laman sosial Facebook ketika berkongsi rakaman videonya mengenai kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Bukan sahaja rakan terdekat, malah namanya meniti bibir pengguna laman sosial yang dahagakan maklumat terbaru dari Gaza sehingga ceritanya di sana turut dikongsi ribuan pengguna Facebook yang lain.

Walaupun menjawat jawatan sebagai Pengarah Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), beliau yang lebih mesra dengan gelaran Brother Sani itu tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Palestin sebelum ini.

Tanpa melengahkan masa, beliau terus mengambil penerbangan ke Kaherah dan kemudiannya terpaksa melalui jalan darat selama enam jam untuk ke Rafah.

Akuinya, tiada debaran pada awalnya ketika mahu ke Gaza, kerana masih tidak nampak apa yang berlaku di sana.

Namun selepas dibenarkan masuk secara sah oleh pihak tentera, bunyi bingit dan kuat dari arah langit menarik perhatiannya.

“Bunyinya memang kuat dan membingitkan, rupa-rupa itulah pesawat peninjau Israel yang berada ruang udara penduduk Palestin pada setiap masa, pesawat ini tiada pemandunya dan pada malam hari ia mampu melihat objek sebesar duit syiling sekalipun.

“Begitu dahsyatnya teknologi yang mereka gunakan untuk menghancurkan Palestin,” katanya.

Pada saat menunggu ketibaan kenderaan polis untuk membawanya masuk ke hotel penginapan, Sani memilih kenderaan yang paling belakang daripada empat-empat kenderaan berkenaan.

“Sebaik saja saya masuk dalam perut kereta, mereka terus memecut ibarat dikejar sesuatu.

“Ketika dalam kereta, pemandu bertanya hairan kenapa saya memasuki Gaza pada waktu baru hendak mula perang, rupa-rupanya barulah saya sedar yang saya masuk ke Gaza pada waktu yang salah.


“Perang berlaku mulai jam 3 petang hingga ke waktu Subuh esoknya, pada saat saya masuk memang waktu yang ‘cantik-cantik’ saja perang mula dilancarkan.

“Saat fikiran menerawang, pada masa itu jugalah dalam jarak beberapa meter sahaja bumi Gaza dihujani bom daripada pesawat Israel.

“Kereta yang saya naiki pula berubah posisi ibarat dalam filem aksi Rambo, mula-mula kami berpecah kemudian kembali berbaris, ia kerana saya difahamkan ia adalah strategi pemandu kereta bagi mengelakkan kami dibom,” katanya.

Nyawa bagai di hujung tanduk

Cerita beliau lagi, nyawanya pada saat itu ibarat nyawa di hujung tanduk gara-gara jambatan yang digunakan sebelum itu kemudiannya runtuh beberapa jam kemudian akibat dibom.

“Perasaan saya berdebar, namun dengan niat yang ikhlas saya mahu membantu penduduk Gaza sedaya yang boleh menggunakan ‘senjata’ saya iaitu kamera dan komputer.

“Saya tidak bekerja sebagai wartawan, namun saya gunakan media alternatif termasuk Facebook untuk menyampaikan laporan mengenai peperangan yang menimpa umat Islam di situ,” katanya.

Ketika mula sampai di tempat penginapan, Sani bagaikan terkejut kerana hotel yang didiaminya terletak di antara zon perang paling hangat.

Namun perisai kebalnya hanyalah doa pada masa itu dan menganggap apa yang berlaku adalah dugaan di dunia.

Malam pertama di hotel dilalui dengan penuh debaran memandangkan pesawat peninjau Israel sentiasa berada di atas bumbung hotel seolah-olah memantau pergerakan media dan sukarelawan lain yang turut berada di hotel yang sama.

Pada waktu malam, suasana akan menjadi sunyi sepi kerana pada masa itu sebarang pergerakan yang berada di atas bumi Gaza akan ditembak hidup-hidup melalui udara oleh Israel.

“Oleh kerana itulah ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman mereka, kanak-kanak ditembak hidup-hidup ketika mereka keluar rumah pada waktu malam, malah kalau ada haiwan sekalipun ia tetap akan ditembak.

“Kerana pada teropong pesawat peninjau ia hanya nampak titik-titik pergerakan sahaja, sekiranya ada pergerakan sudah pasti ditembak, apa yang paling menyedihkan saya ialah dua wartawan dari Televisyen Al-Aqsa mati ditembak ketika keluar pada jam 4 pagi untuk membeli makanan buat rakan yang lain.

“Allahuakbar, mereka mati syahid dan bayangkan setiap malam yang dilalui oleh rakyat Palestin ibarat malam paling panjang ketika peperangan berlaku,” katanya.

Ikuti sambungan siri kedua pengalaman Sani Araby pada hari esok mengenai sekatan teknologi yang dikenakan terhadap media dan juga serangan bertubi-tubi dilakukan pada malam kedua.

Akibat berasakan dirinya sudah terlalu hampir dengan maut, Sani sendiri menulis wasiat sambil mengalirkan air matanya tanda insaf.

11 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah kita berada di bumi malaysia yang bertuah dan aman ini... amin....

Anonymous said...

SubhanAllah...kenapa kite yg bernafas di sudut bumi yg nyaman lagi damai ini xreti nak mnsyukuri nikmat Allah??..kenapa kite asik nak bercakaran sesama sendri? ..kenapa perlu mngikut kata hati sehingga sgp nak mngkhianati saudara seagama dan sebangsa dgn kite?

Anonymous said...

sy nak nik aziz,hj hadi, abby abbady ,mat sabu, mahpos yang pergi ke gaza tu,,,, kita suruh ATM supply senjata kepada depa depa ni.... nak tahu ada telor ke tak

Anonymous said...

Tahun baru hijrah ini ummat Islam di Palestin telah dibunuh Israel Zionis.

Mesej puak2 Zionis nih ialah "sambut tahun baru dah kena 'hentak'".
Adakah majoriti orang Islam tak nampak atau wat2 tak faham mesej tuh?

Inilah akibat bila orang2 Islam lemah dalam setiap bidang kecuali satu.
Kita kuat menjatuhkan sesama Islam...atas nama demokrasi,kebebasan,keadilan,hak2 asasi maupun perasan lebih Islam.

Arab Spring akan berlarutan sekurang2nya 10 ke 20 tahun dari 2010...saksikanlah.

Anonymous said...

Dilapurkan bahawa PM Palastin, Ismail Haniyeh berhasrat untuk bertemu dengan DS Najib di Ghaza. Menurut beliau DS Najib ingin melawat Ghaza tahun depan dan ada kemungkinan akan ke Ghaza pada Januari 2013. PM Palastin itu berhasrat untuk bertemu PM Malaysia di Masjig Al-Aqsa untuk sama2 berseolat dan berdoa di Masjid tersebut.

Semoga hasrat kedua2 pemimpin itu dimakbulkan Allah SWT. Insya-Allah.

Setakat ini tidak ada pula lapuran yang menyatakan PM Israel berhasrat untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

tiap kali solat,cuba kita selitkan doa mohon umat islam palestin menjadi semakin kuat.

doa adalah senjata terbaik utk umat islam,Insya Allah...

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

doa ko bn , ko kerajaan zalim bagaimana pula? boleh perincikan di mana zalimnya kerajaan? adakah doa itu perlu jadi ikutan? nampak tak di mana landasan pendoa ko bn waktu ini? tak sedar2 lagi?

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Anonymous said...

Set kito sini dok baloh samo Islam... Bongok sungguh...

Anonymous said...

Suruh puak2 celaka ni tnjuk n buktikn apa yg kerajaan BN ni zalim. Kat mana BN zalim. Tgk masjid yg kerajaan BN buat, selang 1 km ada sbuah. Zalim kh tu? Negara Malaysia tcnta ni aman damai, x dak yg kbulur sorg pn. Zalim kh tu? Binawe pny PAS Pis Pus.. Klau org BN nk bdoa ttg kbodohan PR lbh byk n senanggg sgt..

Anonymous said...

BILA LAGI POK NIK DAN ADIK NYA NAK GUNA DOA MUSTAJAB MEREKA BAGI MENGHANCURKAN ZIONIS....DAN AKU NAK TENGOK PERUT TENTERA ZIONIS TERBURAI DEK DOA NIK AZIZ DAN ADIK NYA....DENGAN UMNO BUKAN MAIN LAGI PANJATKAN DOA TAHI TU DAN DENGAN SOMBONG DAN BONGKAK PAKSA ALLAH MAKBULKAN DOA TOLOL MEREKA.....LU DUA BERADIK FIKIRLAH......DOA LU LAGI RENDAH NILAINYAARI DOA MAKAN YANG DIBACAKAN BUDAK-BUDAK TADIKA......KALAU LU RASA HEBAT SANGAT LU PEGI ANGKAT SENJATA KAT PALESTIN......ADA BERANI KE !