Sunday, December 9, 2012

Hasil Berkawan Dengan Syaitan Kini Kawan-Kawan Syaitan Dah Gila Kuasa


Hi...hi....hi....dulu mereka dok mengata Umno, kini apa dah jadi ?

Berkat berkawan dengan syaitan kini semua dah gila kuasa dan mengidam jadi YB....

Lagi nak kelentong kononnya perjuangan isle.....

Bohong ! 

Semuanya perjuangan nak jadi YB dan nak dapat kuasa....

Dari antarapos.com
SELAMA: Semuanya gara-gara keputusan PAS Pusat.  Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai PAS sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.
Strategi PAS Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua PAS Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi DUN Selama, terpaksa digugurkan.
 
Calon baru di kerusi DUN Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.
 
Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli PAS di enam cawangan utama dalam DUN Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU 13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.
 
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua PAS Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, PAS Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon PAS Dun Selama.
 
Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan PAS Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.
 
“Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon PAS bagi DUN Selama.
 
“Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila PAS Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai PAS diangkat sebagai calon Parlimen Larut,” katanya pada sidang media di Markas PAS Kampung Tapah, di sini, semalam.
 
Hadir sama, Setiausaha PAS Cawangan Kampung Tapah, Abdullah Man dan Timbalan Ketua Cawangan PAS Kampung Tapah, Mohd Yatim Judin.
 
Beliau berkata, semua ahli PAS di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.
 
“Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.
 
“Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.
 
“Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini,” katanya.
 
Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.
 
“Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.
 
Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
 
“Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas,” katanya.
 
Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.
 
“Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.
 
“Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.
 
“Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan,” katanya.

10 comments:

Anonymous said...

We are PAS leaders and we will do what we want..u akar umbi can go to hell..

Ore pulau Melaka said...

PAS ... Keldai. .. JOKI adalah DAP n PKR
Jeng .. Jeng .. Jeng...

Anonymous said...

Bukan takat berkawan dgn syaitan...tapi syaitan dah ramai menjadi ahli PAS dah.....sbb tuh skrg byk statement2 SESAT berbaur fitnah yg kuar dari mulut2 maupon sentuhan jari jemari mrk..

Anonymous said...

Dulu Pas nak agih syurga pada ahlinya kalah pilihanraya pun tak apa redha, sekarang Pas nak agih kuasa pada pemimpin mereka berkwan dgn syaitan pun tak apa asal menang pilihanraya,manakala ahli nya pulak ada peluang kerneraka kerana berkawan dgn syitan dan menyokong kaki seks haram,penganut pluralisma dan liberalisma ugama.

Anonymous said...

Inilah bahana doakan orang lain K.O. Kalau doakan orang lain yang baik2, dah tentu dapat pahala dan balasan yang baik dari Allah. Sekarang tanggung sendiri Pas. Nasihat pun tak jalan......dah tua gayut dan sombong lagi.

Anonymous said...

Yg ramai tu budak2 sekolah pondok yg telah di brainwashed olih lebai2 pas. Sedarla saudara 2 ku, bersatula melayu dibawah UMNO dan bila melayu itu bersatu barula Islam itu kuat di malaysia.

Anonymous said...

PAS ke apa ke, mereka masih manusia biasa yg ada nafsu serupa oghang lain..tak usahlah nak cong kata mereka lebih alim lah, lebih Islam lah.....nafsu besar duniawi mereka kadang2 lebih teruk dari oghang2 yg dikutuk selalu...tak caya buatlah sikit selidikan...

Anak Lenggong said...

Setuju dengan pandangan Anom 7.37am...Melayu PAS cara pemakaian je konon nya islamik tapi realitinya mereka pun tamakkan kuasa, kekayaan serta menyalahgunakan kuasa..contoh kes kuin, dah ada saman daripada pekerja disebabkan gaji bulanan mereka dipotong untuk pembayaran kepada pihak ketiga tetapi malangnya pihak pengurusan kuin tak membuat pembayaran tersebut. Ni cara islamik PAS kut.

Anonymous said...

UMNO bayar PAS Pusat RM2 juta untuk kucar kacirkan PAS,

kalau saya jadi PM hari ni, esok selesai semua masalah.

Anwar Ibrahim

Tukang Karut said...

PAS Pusat yg sebenarnya mintak UMNO rasuah mereka supaya mereka utamakan kroni utk PRU13 nanti.

Tu yg Hadi Besi suruh menantunya bertanding tu dan singkirkan ahli PAS yg telah bekerja keras utk parti, pasal dia dan PAS Pusat dah terima rasuah UMNO.

Kita tunggu versi pencacai PAS pulak, siapa rasuah siapa.