Friday, December 7, 2012

Jangan Sampai Simpati Bertukar Jadi Menyampah

SHAH ALAM: Ahli keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati Korporal Jenain Subi dua tahun lalu, agar bersemuka dengan mereka untuk menceritakan insiden sebenar yang berlaku pada malam kejadian.

“Kami (ahli keluarga) mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu kami kerana kami ingin mendengar cerita sebenar dari mulutnya sendiri.


“Kami juga ingin tahu mengapa beliau tergamak bertindak begitu,” kata Aisyah Amzah kakak kepada Aminulrasyid.


Sementara itu ibunya, Norsiah Mohamad pula memohon agar kertas siasatan dapat dibuka semula demi membersihkan nama arwah anaknya.


Menyifatkan keputusan mahkamah yang baru-baru ini melepaskan Jenain daripada tuduhan tersebut sebagai mengejutkan, Norsiah nyata terkilan dengan keputusan itu yang seolah-olah meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap anaknya.


“Saya minta siasatan dibuka semula (kerana) terlalu mudah bagi (mahkamah untuk membuat) keputusan mengejutkan. Seolah-olah anak saya 100 peratus bersalah. Kesalahannya hanya (memandu) tanpa lesen, tapi mati kena tembakan.


“21 das tembakan dikeluarkan..lima das di cermin belakang. Saya tidak boleh terima..terlalu kecewa sangat,” katanya.


Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa keputusan untuk membebaskan Jenain seolah-olah menggambarkan bahawa pihak berkuasa diberikan kebenaran untuk membunuh dengan sewenang-wenangnya.


“Saya rasa ramai yang telah melahirkan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah yang melepaskan Koperal Jenain atas alasan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membunuh Aminulrasyid dan hanya menjalankan tugasnya dan meletakkan kesalahan itu 100 peratus ke atas almarhum Aminulrasyid yang tidak mampu untuk membela diri.


“Logik yang seperti itu amat mengejutkan di mana seolah-olah kita memberikan lesen untuk membunuh kepada pihak polis dengan sewenang-wenangnya walaupun dalam kes yang kecil,” katanya.


Mahkamah Tinggi Shah Alam awal minggu ini membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, dua tahun lalu.


Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.


Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Antara Pos

Kita sebenarnya simpati kepada mereka.Kita faham perasaan mereka. Dalam masa yang sama mereka juga harus faham perasaan orang lain.....

Tetapi cara dan gelagat mereka seolah-olah tragedi yang berlaku, kesalahan perlu diletakkan diatas bahu polis 100 peratus. Seolah-olah mereka sekeluarga langsung tidak bersalah. 

Lain kali jaga anak yang dibawah umur baik-baik......jangan biarkan anak keluar tengah malam sampai awal pagi. 

Lain kali ajar anak, kalau polis arah berhenti tolong berhenti. Jangan lari atau ingkar arahan polis.....

Tidak akan timbul soal 21 das atau 5 das jika patuh pada arahan polis supaya berhenti. 

Cuba anda bayangkan jika polis terpaksa mengejar hingga 6 km, apakah patut polis hanya perlu mengeluarkan cota untuk mengarahkan kereta itu berhenti ?  Tambahan pula dalam suasana yang gelap di awal pagi. Di kawasan yang banyak berlaku kejadian pecah rumah....

Sekarang mereka mula pusing cerita kononnya anak/adik mereka kerana kesalahan tiada lesen memandu. 

Cuba nak spin pula......

Nak spin pun spin lah......silap hari bulan terbelit leher sendiri......

Elok-elok masyarakat simpati kelak masyarakat jadi menyampah......

92 comments:

Anonymous said...

Tu dah keluarkan gambar muka suci arwah anak dia tu..

Anonymous said...

Apa pon takziahla pada keluarga simati...tapi...yg peliknya kenapa anak yg masih bawah umur di biarkn memandu kereta di TENGAH MALAM...

Sy masih ingat kenyataan kakak si mati di awal kes...dia tahu arwah mnggunakn kereta dia, brmakna dia izinkn..tapi bila puak SYAITAN tlh mengambil alih kes, semua kenyataan telah berputar..seolah2 polis tlh melakukan kesalahan..

Yg sudah2la....redhola dgn kenyataan..pihak polis melaksanakn tugas mnjaga keselamatan, dan di pihak org ramai sewajar mmberi kerjasama..

Didik anak agar mnjadi manusia berguna dan tahu batas hukum Allah dan hukum dunia...drp asik menyalahkn org len atas kealpaan diri sendiri,,yg mati xkn senang di sana...redhola...itu sebaik2nya sbg org Islam...percayala pada ketentuan Ilahi...

Anonymous said...

Pertama : Nak polis tu dtg jumpa dan ceritakan 'peristiwa' sebenar.
Kedua : Nak tau apasal polis tu 'tergamak' tembak..
Tu bukannya nak bersemuka dan faham-memahami tp mcm nak lepas geram je..
Ketiga : Khalid MP tu sibuk benar psl ni, ramai lg polis yg mati ditembak mcm yg kat Kelantan (negeri suci)x pulak dikesahnye..
Sudah2 laa. Baik bermaaf-maafan. Yg dah pergi x kan hidup balik.

Anonymous said...

Nak salahkan siapa pulak biarkan anak sendiri yang curi-curi keluar malam dengan kereta tanpa lesen tu??? Udah le tu, bawak macam penyangak terkejut jumpa polis. Kalau aku polis pun mesti syak kereta tu dipandu oleh penjenayah. Dah disuruh berhentikan kereta tapi tetap memecut laju. Jawabnya memang patut kene tembak la....

Anonymous said...

kalau sampai 21 das tak mahu berhenti
sebagi anggota polis, mestilah merasakan yang dikejar melakukan jenayah berat.

Anonymous said...

sepatutnya ibu dan bapa yg patut mula2 dipersalahkan....bukan nak ambik iktibar kes ni tp nak pusing dn letakkan kesalahan pd polis pulak! FIKIRKAN pukul berapa anak umur sebegitu berada di luar rumah dengan bebas memandu kereta. Pembangkang memang suka ambik pluang dalam kes langgar undang2 ni..al fatihah utk arwah dn polis truskan tugas utk negara..kes ni perlu jd iktibar utk kita semua mendidik ank2 dlm mnghormati undang2 yg ada..

Anonymous said...

Takziah...

Redha le penentuan Allah.
Keputusan mahkamah tak terkejut pon. Very clear yang polis tak bersalah.
Sepatutnya si keluarga pergi minta maaf kat polis tu sebab menuduh tanpa bukti. Mahkamah dah tentukan. Kalau pon mahkamah salah, bukannya Polis yang salah.

p/s Pada yang ada anak-anak, didik lah mereka patuh undang-undang. Bukannya bagi merayau tengah malam buta. Polis tahan lari pulak tu... mana le polis tahu tu budak-budak. Patutnya mak-bapak yang kena tahan sebab cuai !!

hj hadi said...

patutnya mak dia tu yg msuk jel...sbb x pndai jaga anak...

Anonymous said...

Yang dah pergi tu tak akan kembali lagi. Dalam hal ini, memang tak boleh nak salahkan pihak polis. Tanya dan cerminlah diri sendiri. Disaat anak anak orang lain sedang tidur dirumah, kenapa anak kita masih merayau-rayau diluar. Mana pergi tanggungjawab kita sebagai ibubapa? Saya setuju dgn tajuk artikel ini "Jangan sampai simpati bertukar menjadi menyampah.

Anonymous said...

bila kena mcm nie semua nak salah org lain...patut sendiri mau pikir kenapa anak aku kuar tgh mlm..tanpa lesen pulak.ambil lah iktibar

Anonymous said...

Aku dah menyampah sangat dah.Mak dan Bapak tak tau ajar anak dan anak buat salah kemudian salahkan orang lain.
Tak payah bagi alasan lagi.Cuba pikir kalau anak dia tak de lesen kemudian langgar orang.....apa mak dan bapak dia nak cakap.Nak salahkan orang yang kena langgar tu ke....apalaaaa

GotYou! said...

Terimalah kenyataan anak anda telah melakukan kesilapan dan akuilah juga yang anda telah terlepas pandang sehingga anak anda memandu dalam usia yang tidak sepatutnya itu.Usah terlalu menudingkan jari.

Anonymous said...

Sebab tue kita kena didik diri & anak2 supaya patuh pd undang2. Baru2 nie aku kn tahan dgn traffic sbb potong double line kt jertih trnganu yg sbnrnya x jelas sgt kedudukan line tue. Traffic bgtau aku kesalahan tsbt, aku jwb klau dh tentu aku buat salah maka tak mengapalah... klau kena saman pun. Sbb dh mmg salah aku & aku jg ckp yg aku warganegara patuh pd undang2. Tapi
Alhamdulillah, traffic tue skdr bg peringatan
supaya berhati2 & jgn buat lagi. Bayangkan klau allahyarham berhenti & patuh pd arahan polis, insya-Allah aku rasa perkara begini takkan berlaku. Tapi dah ajal dia, ketentuan qadak dan qadar adalah perancangan Allah. Bukan lah aku nk mendabik dada, cerita pada org yg aku nie patuh pada undang2, yg aku x berasa kesal ttg apa yg berlaku... nauzubillah hi min zalik! Aku simpati sgt2 pd keluarga Allayarham. Mintak dijauhkan Allah agar perkara seperti nie x terjadi pada diri aku dan keluarga aku....

Anonymous said...

Itu Nasib baik 21 das tembakan cuma sebutir terkena dengan tidak sengaja untuk menembak pemandu... Kalau betul - betul niat nak menembak pemandu tak payah sampai 21 das terpaksa dilepaskan...Kalau saya lah Polis malam tu terus jer sasar kat pemandu..da bagi amaran tidak endahkan arahan pihak Polis bermakna Penjenayah lah tu...Bila polis kena Tembak tidak ada pula orang ramai simpati bila pembunuh atau penjenayah terlepas hukuman. Biar orang ramai faham dan sebagai Teladan kes tersebut...Harap pihak polis jangan layan mereka. Oleh EX Polis.

Anonymous said...

Ye setuju dengan semua komen di atas.
Ni semua gimik politik aje ..harap semua pihak faham. Keluarga ni dan pihak di belakangnya nak cuba takut takutkan polis tu aje..deraan saikologi ni.Bukannya sebab nak penjelasan apa pon.
Takyah layan orang macam ni.
Saya sentiasa sokong polis yang menjalankan tugasnya!

Anonymous said...

aku pun menyampah sgt dah dengan keluarga simati dgn pihak pemutar screw PR tu...

Tukang Karut said...

Takziah kpd keluarga arwah, dan terimalah qada dan qadar Tuhan dgn penuh keredhaan dihati. Pasti ada sesuatu yg terbaik utk keluarga tersebut yg HANYA Allah swt saja Yang Mengetahui, spt kisah Nabi Allah Musa dlm Al-Quran.

Tapi nampaknya pembangkang dah ambil alih tugas sbg mahkamah dgn Khalid Samad sbg hakim.

Jadi apa nak heran. Pembangkang kan kaki langgar undang2, jadi perkara yg budak tu lakukan memang tak jadi kesalahan sikit pun pada mereka. Kalau boleh pembangkang nak canangkan budak tu sbg hero melawan undang2 dan kerajaan.

Tabiat pembangkang pun telah wujud dlm hati sanubari keluarga tu, ingin menyalahkan sepenuhnya kpd pihak polis, tapi lupa nak memberi tunjuk ajar yg berguna pada anak sendiri, YANG MENJADI PUNCA KPD MUSIBAH TERSEBUT.

Adakah keluarga tu mahu polis tersebut mengaku dia telah membunuh budak tu dgn sengaja baru mereka merasa puas hati dan budak tu hidup kembali?

Anonymous said...

Lebih baik dia mati muda begitu...belum banyak buat dosa. Mudah2an Allah berikan dia syurga...ibu bapa/kakak remaja ni mampu ke berikan dia syurga?

Anonymous said...

Salam wbt all. A simple and straight question. In the firtst place why the deceased ran away by speeding the car, unless serious crime aws beeing commited as far as the chasing policemen had inmind. At the wee hours in the morning where the surrounding was dark, cud the policemen able to identify that a 15 year old was behind the wheel. What if a real criminal was inside the car and shot the policemen.

Bingai @ Bangang said...

Aku memang simpati kepada Arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang dikasih Allah SWT. Wallahualam.

yang aku sakit hati, macam mana mak bapak dia ke, kakak dia ke, boleh lepas tangan arwah ni keluar tengah malam memandu kereta. samada bagi kunci atau dia curi tu bukan pokok persoalan.

Masa anak aku sekolah menengah dulu aku dah ajar dia bawak kereta dari Tingkatan Satu. Tapi tak pernah dia bawak kereta aku atau kereta orang tanpa aku disebelah walaupun beberapa kali kawan-kawan dia mintak dia pandu kereta bapa mereka. Pukul 10 malam mesti ada rumah. Kalau esoknya cuti baru boleh TAK BALIK LANGSUNG dengan syarat bagi tau tidor rumah siapa. Sampai dapat lesen lulus baru aku izinkan dia bawa kereta keluar dengan kawan-kawan dia dengan SYARAT, kalau polis tahan, BERHENTI. Kalau masuk lokap pun aku akan datang jamin. abis cerita.

Inilah padahnya terlalu pandai mengata salah orang bila diri sendiri gagal mendidik anak.

GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara di TENDANG TERAJANG

Anonymous said...

pas sedang nak cari calon menang. mak dan keluarga mangsa tu bolehla jadi calon pas. calon yg membenarkan anak keluar malam dan melanggar undang2.

Anonymous said...

Moral ceritanya... kena ambil tahu di mana anak2 kita berada. Mereka patut berada di tempat sepatutnya pada masa yang patut.

Usah terlalu percaya anak2. Sesekali kena buat spot check. Anak remaja lelaki 15 tahun aku pergi tuisyen/kelas gitar/koko pun aku sanggup hantar pergi balik. Kita gilir2 suami isteri. Kalau terpaksa pergi sendiri... beri estimate time bila dia patut sampai di rumah. Umur tengah naik ni kita kena kawal mereka. Bila dah biasa, budak2 pun x banyak songeh. Dia tau apa dia boleh buat, apa yg tidak.

Dari mula kes ni, aku dah tetap pendirian polis buat kerja dia, kalau aku polis pun dalam situasi macam tu aku ingat penyangak jugak. Penyangak kena ajar macam penyangak lah. Zaman sekarang dah terbalik, orang yg buat salah dibela-bela berlebihan, orang yang buat kerja di fitnah2.

Kebanyakan komen yg aku baca di blog ni...benar2 belaka. Redha je lah. Apa lagi nak cakap. Sama2 lah ibu bapa semua ambil iktibar.

Anonymous said...

Kalau dah masuk jarum pembangkang,tak usah cakap le orang lain tak betul belaka,mereka je yg betul.

Anonymous said...

takziah buat keluarga arwah. tahniah untuk jenain. dari dulu sy rasa jenain x salah. dia cuma jlnkn tugas, cuma arwah yg x bhenti dan memecut laju. klw sy di situ pun sy akan kata penjenayah. the real culprit here is the family. mak ayah dia yg kena bwk gi mahkama sbb cuai yg menyebabkan kematian.

Anonymous said...

patut bubuh je tajuk camni dalam paper dulu "akibat tidak mendengar kata ibu bapa"..

dah orang suruh berenti tu berenti je la.layan macam need for speed sangat last last bila kena tau nak salahkan orang lain.

ingat orang yang suka bawak lelaju pastu eksiden tu boleh restart restart ke macam dalam game

Anonymous said...

sebenaqnya, mak pak arwah patut bersyukur anak dia mati muda ....pasal kalau hidup lama pun, belum tentu jadi 'orang' ....pasal baru umuq 15 tahun pun dah pandai merayau tengah malam .... bawak kereta sendiri plak tu .... ntah2 kalau umuq 20 nanti, silap2 jadi benda lain plak .......

Abangpi said...

Salam saudara semua,
Kalau saya jadi polis, saya nampak kereta dipandu begitu mencurigakan pada waktu awal pagi, saya memang akan anggap penjenayah dalam kereta tu. Saya akan cuba menghentikan kereta tu yg membahayakan orang ramai. Saya dah angkat sumpah dan dibayar gaji utk buat begitu. Gaji yg selama ini membolehkan saya, isteri dan zuriat untuk makan, yg saya harapkan siang dan malam supaya diiktiraf oleh Allah sebagai rezeki yg halal. Jadi salahkah saya tembak kereta tu? 21 butir peluru tu adalah bukti saya dah tunaikan tugas yg diamanahkan kpd saya. Adakah saya tahu didalam kereta tu adalah seorang budak 15 tahun? Bagaimana cara untuk saya tahu? Adakah saya atau rakan rakan saya atau orang ramai yg kebetulan ada disitu perlu mati sebab budak tu baru umur 15 tahun? Adakah umur 15 tahun memberi lesen kepada budak tu untuk membahayakan nyawa orang lain?
Ada orang kata saya sengaja meletak parang dalam kereta selepas kematian berlaku? Itu adalah fitnah kpd saya.
Kalau saya dah buat tugas saya seperti yg diamanahkan dan seterusnya dihukum didunia kerana menjalankan tugas dan amanah tersebut, saya akan rasa marah pada mulanya, kerana bagi saya orang yg bersalah tidak dipersalahkan ( ya, Aminurrashid dan orang yg sepatutnya bertanggungjawab menjaganya ) sedangkan saya yg tidak bersalah dipersalahkan, dimalukan dan dihukum. Saya digambarkan sebagai seorang penjenayah yg membunuh tanpa berhati perut.

Alhamdulillah, pada akhirnya saya redha, inilah cubaan dari Allah S.W.T. kepada saya, sebagai hambaNya saya akan terima dengan sabar, akan ada hikmahnya dikemudian hari.
Cukuplah redha Allah dan rasulnya kepadaku.

Anonymous said...

Khalid samad yg x tahan tu..mcm dia bela rakyat la konon nye tu... Woi khalid! Ko penah x tnya polis tu dia pas ke bn...wlaupun dia kerja ngan kjaan tpi masa mgundi dia undi pas..klu dia org pas pun,ko nak tikam gak ke...adui..giler punya pas!

Anonymous said...

Terima je lah ketentuan yg telah dtetapkan..kita sebagai hamba Allah kena redha.xpayah nak siasat lagi dah..xpayah nak panjangkan kes atau pun termakan kata hasutan syaitan brtopengkan manusia.lagi panjangkan kes lagi malu sekeluarga.mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Polis tu menjalankan tugas yg diamanahkan untuk menjaga keselamatan.Dia pun x tahu yg drive tu umur 15 tahun dan xde lesen. Kalau dia tahu dia pun xnak tembak. Kat belakang keta tu pun bukan ada tulis saya budak baru 15 tahun.

Anonymous said...

Aku paling menyampah kat org yg amik kesempatan nak jadi hero ie pembangkang... tak abis2 nak bela org yg langgar undang2. Hey bangsat, apa kau nak tunjuk? Adakah nti kalau pembangkang berkuasa rakyat bebas langgar undang2? Boleh bwk kereta tanpa kira usia, tak perlu ada lesen? Bila langgar org, mati tak perlu bising sbb budak tu baru 15th. Hanya takde lesen je pn.

PR ni lg kesian kat penjenayah dari kesian kt rakyat dan penguatkuasa undang2. Mmg sial.

Anonymous said...

maaflah cakap... saya dah menyampah dah ngn keluarga ni.. kesian pd arwah.. biarlah die aman di sana.. tak berdosakah kalian (keluarga terutama ibu dan kakak) kepada arwah??? dendam tak menyelesaikan masalah ini.. masalahnye keluarga ini tak dapat menerima kenyataan dan hakikat bahawa sebenarnya merekalah antara punca utama kepada masalah mereka... "kesalahan utama arwah memandu tanpa lesen???" sebenarnye keluarga inilah yang telah mengeluarkan lesen besar... kalau sayangkan arwah.. banyak2kanlah berdoa... ambillah iktibar ini utk semua.. individu, anggota penguat kuasa, dan paling penting kepada mereka yang ade keluarga, nak2 yang ade anak2 tgh naik (sekolah menengah)..

Anonymous said...

Sebagai iktibar dan demi keadilan kepada anggota polis, saya mohon supaya ahli keluarga yang membenarkan arwah memandu kereta tanpa lesen didakwa di bawah akta pengangkutan jalan kerana cuai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga sehingga menyebabkan tragedi malang itu menimpa.

Abangpi said...

An 2:02,

Boleh ke gitu (penjaga didakwa dibawah akta pengangkutan jalan)? kalau betul boleh saya sokong sepenuhnya.

usin said...

diawal kisah tragedi allahyarham aminulrasyid kena tembak dulu ada disebut bahawa tuan punya kereta atau ibubapa boleh didakwa kerana cuai membenarkan allahyarham memandu kenderaan tanpa lesen. sekarang alih2 salahkan polis pulak. mahkamah telah menghalusi kes dan bukan meletakkan 100% kesalahan kpd aminulrasyid. jika 51% kesalahan adalah berpunca dari aminulrasyid dan 49% kesalahan kpd anggota polis bermakna majoriti kesalahan adalah kpd allahyarham dan keluarga. maka utk lebih berlaku adil, adili sekali keluarga allahyarham supaya jadi iktibar kpd org lain. cabar polis utk mengadili mereka pula, ada berani khalid samad?

Anonymous said...

kalau tak silap saya keluarga arwah boleh didakwa dibawah akta kanak2 kerana kecuaian menjaga anak dibawah umur sehingga membawa maut. Untuk keadilan kepada pihak polis dan iktibar semua, saya berpendapat keluarga arwah haruslah didakwa atas akta tersebut.....bagaimana seorang budak bawah umur merayap tengahmalam dan memandu kereta tanpa lesen boleh diberi gambaran sebagai anak yg baik? Alfatihah untuk arwah....muhasabah untuk keluarga arwah, MP shah alam, anggota polis dan seluruh masyarakat...

Anonymous said...

Yang Paling aku menyampah bin benci adalah MP Shah Alam -Khalid tak gaggap tapi sewel tu. Memang dasar tak tahu undang2 tak hormat undang2. Nak cari pengaruh tak bertempat. Nampak sangat desperado PR.

Macam ni punya 'pemimpin' pun orang Melayu nak undi...

Anonymous said...

Kalau nak panjang cerita apa kata polis buat dakwaan kepada ibu-bapa atau penjaga kepada budak tu....
Janganlah jadi macam puak2 PR asal buat kesalahan terus2 kata orang lain punya 'konspirasi'.
Mahkamah dah putuskan terima sahajalah qada' dan qadar Allah....
yang dah pergi tetap pergi bukan boleh kembali lagi....
Terimalah dengan fikiran yg waras dan jangan dengar hasutan pihak2 yg sengaja cari publisiti atas kesusahan org lain...
Aku pun simpati juga tapi adalah batasnya.....

mat saga said...

Didalam kes ini pihak yang paling bersalah adalah keluarga simati. Membenarkan budak berumur 15 tahun berada diluar luar rumah tanpa mengetahui apa yang dilakukan adalah satu kesilapan yang besar sebenarnya. Kejadian itu telah membuktikan bahawa sikap sambil lewa dan tidak peduli tentang aktiviti anak-anak kita diluar rumah boleh mendatangkan bencana kepada mereka. Bagi saya apabila keluarga simati menyalahkan pihak polis dalam kes ini adalah satu tindakan yang paling tidak bermaruah. Sepatutnya mereka redha dengan ketentuan ALLAH dan melihat jauh kedalam institusi keluarga mereka sendiri tentang kelemahan dan kekurangan mereka sehingga terjadinya perkara ini.

Dan yang paling mereka patut tahu adalah anak mereka tetap akan mati pada waktu itu walaupun dia tidak keluar rumah dan tidak ditembak polis , tidak kira walau dimana sahaja dia berada hatta didalam bilik kebal dibawah tanah sekalipun kerana kita telah dijanjikan bahawa "ajal itu akan datang tepat pada masanya , tidak lewat walau sesaat pun dan tidak cepat walau sesaat pun".

Dari itu diharap redha lah dengan ketentuan ALLAH dan hentikan lah dari membesarkan isu ini. Biarlah Arwah bersemadi dengan aman..

Anonymous said...

Inilah natijahnya apabila sesetengah masyarakat kita sering memomokkan kepada bebudak bahawa polis itu jahat. Secara tak langsung, mereka sebenarnya telah menyemai perasaan benci kepada pihak polis. Hingga boleh menyebabkan golongan yang baru meningkat usia ni menjadi terlalu takut jika bertembung dengan pihak polis.

Tohmahan yang mengatakan bahawa polis suka membelasah orang tanpa usul periksa patut dihentikan. Bagi saya dah tiba masanya untuk polis mengadakan program mesra bersama remaja di setiap sekolah. Polis adalah pelindung kepada masyarakat dan bukannya untuk dimusuhi. Masyarakat perlukan polis dan polis perlukan masyarakat.

Anonymous said...

Dah naik menyampah aku tgk keluarga nie...
Dah macam TBH pulak dah...siap pegang gambar kehulu-kehilir.Nak lagi rock g bakar lilin kat Dataran Shah Alam.
Mak & Kakak sama je bodoh...

Elok laa Jenain & Polis kasi saman Mak & Kakak dia sekali kalau dok melalak pasal benda nie lg.Sendiri punya salah lagi tak mau terima.

Anonymous said...

Ingatlah wahai IBU BAPA,anak2 kita xkan buat sesuatu kejahatan didepan mata kita,oleh itu kalau ada yang mengatakan anak kita jahat/nakal jangan cepat melenting!siasat.Siapa yang x sayang anak!tetapi masyarakat tau anak siapa yang menyusahkan masyarakat!
Ka;id Samad ni cuma nak dapat undi kt Sah Alam je!orang politik.Sokongan dari siapa pun dia nak,macam POK nik kata,kalau syaitan nak tolong pun PAS terima.

Anonymous said...

memang anak kau salah pun...yang pegi lari dr polis tu sapa suruh?
langgar lampu merah...langgar kenderaan lain..kan merbahaya tu?
bodoh punya keluarga!sakit hati aku(cakap stail ropi cecupak),taknak mengaku salah sendiri lak.

Anonymous said...

Saya yakin itu bukan kali pertama arwah tu memandu. Cara dia lari Dari polis mmg sah dah selalu drive. Budak bawah umur kenapa diberi memandu, lesen sure tak da. So muhasabah diri Dan redha lah dgn ketentuan Allah. Akui kesilapan sendiri. Kalu masa tu ada org kena langgar Dan mati sapa nak disalahkan. Pembangkang pun samdol asyik nak cari isu yg tak sepatutnya jadi isu pun. Sudah2 lah tu

Anonymous said...

Sy bersimpati dgn keluarga arwah. Tetapi sy lebih bersimpati kpd keluarga Kopral Jenain yg hilang tempat bergantung bila kopral itu dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun krn dia menjalankan tugas spt yg sepatutnya dijalankan oleh anggota polis. Tidak ada isterikah beliau? Tidak ada anakkah beliau? Tidak ada ibu bapakah beliau? Krn itu simpati sy lebih kpd keluarga Kopral Jenain.

Anonymous said...

Saya bukan menyampah tapi sebagai pengajaran tindakan mesti diambil untuk mendakwa ibubapa arwah. Jika tidak kelak ibubapa akan sentiasa menyalahkan pihak polis sedangkan ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya tentang keselamatan anak di bawah umur seperti ini. Ingat polis juga manusia..disamping perlu menjaga keselamatan awam mereka juga ada keluarga yg perlu dijaga.

Anonymous said...

Sy bersetuju dgn anon 9:27 AM....

Kematian Aminul disebabkn kelalaian keluarga krn beliau masih bwh umur..spttnya mrk yg sewajarnya memastikn keselamatan arwah bkn dgn mmbiarkn dia berkeliaran di tghmalam apatah lagi dgn memandu kereta dan tanpa lesen...

Tapi simpati sy lebih byk wat keluarga kopral Jenain krn ..angkara 'kelalaian' keluarga simati, xpasal2 seorg anggota polis yg mahu melaksanakn tanggungjwb thdp tugasannya, mendpt bala...

Dan yg lebih malang ialah keluarga Koperal itu,,bayangkn bgmana anak isteri serta ibubapanya mnghadapi kehidupan dan tekanan krn secara xlangsong Jenain di tuduh mmbunoh..dah semmg tugas anggota polis brhadapan dgn keadaan yg sbgni...samada dia yg terkorban atau pihak yg satu lagi (suspek) yg hilang nyawa..

Sbb itulah penting didikan asas wat anak2 kite tentang perlunya dalam hidup utk mematuhi undang2 spy xmnyusahkn org len...Krn undang2 di cipta bkn utk menyusahkn kite tapi mmbolehkn kite manusia hidup dlm suasana harmoni....

Wat keluarga arwah, redhola dgn qada dan qadar, jgn trlalu leka melayan dendam di hati sehingga trlupa bhw bisikan yg mendorong anda itu adalah dr syaitan...

Redholah krn anggota polis itu mmg mnjalankn tugasnya...bkn sewenang2 mahu mmbunoh..krn dendam yg anda bawa itu akan mnghancorkn hati keluarga Koperal Jenain..fikirkn bhw kalo bkn krn kesilapan di pihak anda xkn peristiwa malang ini akan berlaku....

Keredhoan itulah yg akan perlahan2 dpt memadam dendam dan sgl amarah yg ada di hati...sbg umat Islam percaya la pada ketentuan Allah S.W.T...

Anonymous said...

yaa memang betul tu RBF aku sokong 100%

Anonymous said...

Inilah contoh sayang anak yang keterlaluan yang tak dapat nak bedakan mana yang perlu diikut mana yang perlu disanggah. Kalau sayangkan anak cara betulnya cegah anak itu dari membawa kereta lewat malam kerana masih tiada lesen dan ajar anak disiplinkan diri menghormati orang lain tambahan jika mereka melakukan kerja yang betul. Bukan menempelak kerja orang semata-mata kerana itu adalah anak mereka. bagaimana pendirian mereka jika anak itu anak orang lain???

Anonymous said...

Napalah tak habis2 lagi cerita ni. Pihak pembangkang memang sengaja ambil peluang untuk kepentingan mereka sahaja. Bukan ikhlas nak membantu.
Dah banyak peristiwa tentang kecuaian ibubapa yang menyebabkan anak di bawah umur memandu dan menyebabkan kemalangan.
Sepatutnya lakukanlah sesuatu yang dapat mengurangkan ini semua. Tak kira sesiapa dan dari parti mana. Janganlah menangguk di air yang keruh.

RBF Online said...

Pada mulanya saya agak bimbang untuk mengeluarkan posting ini kerana bimbang dimarahi para pembaca.

Tapi kini ternyata langkah saya tepat. Apa yang tersemat dalam fikiran saya nampaknya sama apa yang tersemat dalam fikiran orang lain.

Rupa-rupanya ramai yang dah mula menyampah....

Anonymous said...

Kalau keluarga ni banyak bunyik, harap pihak yang berkaitan saman je mereka dibawah Seksyen 26(1)(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya mereka didapati membenarkan anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen. Kalau tiada kebenaran memang sah-sah yang bersalah anak lelaki mereka tu....

Tapi kalau masih bising juga, umpama keluarga ini memberi LESEN BESAR pada arwah untuk memandu kereta tanpa lesen. Oleh itu, tindakan yang wajar diambil pada mereka adalah SAMAN sebagai pengajaran....!!!!

P/S:
Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 26, Akta Pengangkutan Jalan 1987

26. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihalan, di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan itu, dan tiada seorang pun boleh mengambil kerja atau membenarkan seseorang lain memandu sesuatu kenderaan motor di jalan melainkan jika orang yang diambil kerja atau dibenarkan memandu itu adalah pemegang sesuatu lesen memandu sedemikian.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Anonymous said...

Jiran-jiran pun dah menyampah dgn keluarga ni. Lepas ni kalau ada kereta penjahat, follow je lah

Anonymous said...

Si Ibu hanya mahu membersihkan nama anaknya yang digelar penyamun maupun penjenayah..sebab si ibu tahu anaknya bukan penjenayah..malu pada orang sekeliling...jika polis tidak menyamakan anaknya sebagai penjenayah mungkin si Ibu rasa cool sikit..Si Ibu mahu arwah (sianak)pergi sebagai kes kemalangan biasa bukan anaknya digelar pelbagai gelaran jenayah..susah sangat ke pihak polis membersihkan nama si arwah yang ketakutan dan panik menyebabkan tragedi itu berlaku..arwah apa yang dia tahu (Al Fatihah) hanya remaja yang belum cukup akalnya..fahami isi hati si Ibu.."ANAK AKU BUKAN PENJENAYAH" cuma NOT IN THE RIGHT TIME AND THE RIGHT PLACE..

Anonymous said...

Saya bersempati dengan kematian anak tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarganya. Tiada seorang pun yang waras sesuka hati mengambil nyawa orang lian. Kalau ditakdirkan kematiannya begitu, begitulah kehendak ALLAH. Doakan kepada arwah semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang solleh. Yang hidup perlu menuruskan hidup. Jangan lupa bahawa anggota polis tersebut mempunyai keluarga untuk diurus. Jangan biarkan dedam kesumat itu berterusan hingga menyebabkan kesusahan orang lain

Anonymous said...

Nak bersihkan nama tapi gunakan pembangkang sebagai jurucakap. Akhirnya isu ini jadi isu politik je. Masih banyak lagi saluran lain boleh digunakan untuk membersihkan anak lelaki mereka tu. Nape nak serahkan pada pembangkang pula???

Anonymous said...

15 tahun belum cukup akal???? Umur camtu kalau lelaki dah dikira baligh la... dosa sendiri tanggung...

Anonymous said...

Ini keluarga yang tak mahu terima Qadak dan Qadar Allah Taala. Keluarga yang telah di rasuk 'SYAITAN'.

Anonymous said...

Betul kata anda RBF, dari elok-elok masyarakat simpati kelak masyarakat jadi menyampah kerana kebodohan keluarga ni......

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga simati.Sebagai orang islam kita wajib percaya ,mengakui dan yakin kepada kada dan kadar yang telah ditetapkan oleh allah.Redha dalam menerima kadak dan kadar samada yang kita suka atau tidak adalah tuntutan ugama kita dan percayalah pasti ada ganjaranya disisi allah.Biarkan arwah pergi dengan aman.Cuba muhasabah diri selama ini adakah kita benar-benar mengawasi anak2 kita dalam displin kehidupannya,adakah kita tidak kisah anak2 kita keluar malam balik pagi dan membiarkan kebebasan mutlak untuk mereka sedangkan anak seusia itu masih memerlukan kawalan ibu bapa.Tidak terasakah kesalahan pada diri sendiri kerana cuai sehingga anak seusia itu lepas bebas menggunakan kereta tanpa lesen.Tidak terasa bersalahkah kita kepada arwah kerana membiarkan orang lain mengambil keuntungan dari kematian arwah.Saya nasihatkan anda muhasabah diri mudah mudahan arwah berada dalam keadaan aman .

Anonymous said...

Warga Shah Alam tak mau backup Khalid Gereja ke??? Hehe.....

Anonymous said...

Kalau betullah budak 15 tahun tu "belum cukup akal" spt didakwa ibunya (lihat komen diatas), pada aku ibunya atau kakaknya memang terencat akallah kesimpulannya.

Khalid Samad tu pulak cacat otak kekal. Macamanalah org Shah boleh Alam angkat dia jadi YB, tak faham ...

sugeh said...

Typical PAS aka pembangkang punya mentality..
Salahkan pihak lain..... apalagi kalau yang dimangsakan itu boleh dapat laba politik..
dam yopu pembangkang and this fgamily ...

Anonymous said...

sepatutnya depa ni kena sedar, bahawa anak depa bukannya betul seluruhnya. siapa punca kejadian? jika kakak dan ibu tak bagi arwah bawa kereta, confirm arwah tak kena tembak bukan? lagipun kejadian itu awal pagi di waktu majoriti manusia di malaysia sedang tidur. bukannya berlaku di siang hari..itu pun tak reti nak faham ke? PUNCA kepada insiden yang kena FAHAM kan..takkan nak letakkan kesalahan kat orang lain sepenuhnya kot? ini betul2 keluarga yang takde tanggungjawab. jika tiba2 koperal tu soal balik, sila keluarga arwah ceritakan peristiwa sebenar mengapa arwah boleh bawa kereta di tengah malam walaupun tanpa lesen..tak ke haru?

Anonymous said...

Khalid samad ni tak boleh didakwa menghina mahkamah ke?? Keputusan mahkamah dah ditetapkan, kenapa dia nak persoalkan pula?? Dia ingat dia MP tu above the law ke??

Anonymous said...

KALAU NAK BERSIHKAN NAMA, JUMPA SECARA PERIBADI, BUAT SECARA BAIK. YANG DOK DIAPI2KAN OLEH AHLI POLITIK APEHAL? NAIK MENYAMPAH AKU TENGOK!

Anonymous said...

Salam Takziah,

aku turut menyatakan sokongan dan rasa menyampah atas kesempatan pembangkang terutama MP-Shah Alam.

mohon keluarga terima ketentuan illahi dan jangan hanya salahkan orang lain. Bak kata Prof Dr Muhaya, kita kena insaf diri dan senantiasa menialai dan mengubah diri. jangan salahkan orang atas ujian yang diberikan kepada kita.

Moga Allah SWT memelihara penjaga keselamatan kita, polis kerana keamanan yang mereka ciptakan kita dapat solat dimasjid dan surau dimana2.

kita mahu jadi seperti Mesir kembali?

Warga Shah Alam

Anonymous said...

Setelah menunggu berjam-jam komen dari warga shah alam, akhirnya ade la juga satu 'safe statement' dari beliau. Syukur... kesian Khalid Gereja, pengundi ko sendiri pun tak sokong perangai ko kali ni....

Kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Aku cuma kesal knp parents melalui politik nk jumpa koperal tu utk dgr dr mulut sendiri?
Utk mintak maaf?
Nmpk sgt x gi court ke dgr sendiri ape keterangan semua org termasuk loyer depa sendiri?
Bkn koperal tu bckp pkai tape recorder pon..
Bukan ke ms koperal tu mula2 keluar dr court mmg ckp nk bjumpa dgn parents arwah & mintak maaf walopon court da decide die x bersalah...so knp family arwah plak beriya nk guna politics channel nk suruh die mintak maaf?
Knp?
Sebab nk koperal tu terase bersalah seumur hidup die & nk salahkn jugak koperal tu?
Supaya masyarakat tetap nmpk itu semua salah koperal tu?
Supaya masyarakat x nmpk salah sebenarnya depa jugak!
See...

Dan apekah jenis manusia yg nk aniaya org spy rasa serba salah seumur hidup dia..

Anonymous said...

Kalau ikut pertuduhan memang patut koperal tu dibebaskan....sbb memang dia tak berniat membunuh....tapi kalao dari dulu dia dituduh gagal mematuhi SOP sehingga menyebabakan kematian sure dia akan didapaati bersalah..itu jer...

Anonymous said...

Mewujudkan persepsi negatif terhadap pasukan keselamatan negara adalah satu perbuatan yang tidak wajar sama sekali. Modus operandi sebegini memang digemari oleh pihak pembangkang. Seolah-olah pihak polis langsung tidak berjasa kepada negara.

bro yul said...

aku pon naik menyampah tengok mak budak nie xhabis2 lg benda dah lepas nk kecoh buat apa...dh kopral tu pun mintak maaf...memaafkan lebih mulia daripada tidak memaafakan....polis tu pun bukan sengaja nak tembak...cuba klu budak tu berhenti takan polis tu nak tembak....fikir2 kan la....

Anonymous said...

Sebagaimana keluarga arwah itu tidak mahu arwah digelar penjenayah, sebegitu jugalah anak-anak Kopral Jenain tidak mahu ayahnya digelar penjenayah.

Anonymous said...

Ajal tidak akan cepat sesaat dan tidak lambat walau sesaat. Terimalah qada dan qadar dariNya. Kematian ditembak hanyalah sebagai penyebab saja. Kalau dia tak ditembak pun, pasti dia akan menemui ajal pada waktunya. Yang membezakannya ialah cara kematian kita. Istiqamahlah dan banyak2 berdoa untuk si mati supaya rohnya tenang di alam barzakh.

Anonymous said...

AKU DAH MENYAMPAH!!!!!!

Abangpi said...

Salam semua,
Saya tidak bertemu fakta dimana Koperal Jenain telah melanggar SOP. Boleh tolong beri penjelasan kalau saya terlepas pandang..

Anonymous said...

Anonymous said...
Sebagaimana keluarga arwah itu tidak mahu arwah digelar penjenayah, sebegitu jugalah anak-anak Kopral Jenain tidak mahu ayahnya digelar penjenayah.

December 8, 2012 10:26 PM

----------------------------------------

Satu komen YANG PALING BANGANG pernah aku baca....!!!!!

Anonymous said...

kenapa perlu ada lagi mak ngan kakak arwah buat mcm ni? bukan beberapa hari lepas dah keluar paper ke gambar polis tu minta maaf dan berpelukan dengan bapa arwah?? tak paham betul aku.

Anonymous said...

Anon 11.29 pm.

Kau lah makhluk yang paling bangang.
Kau ni ada akal fikiran ke tidak.

hanizam said...

benda yang di politikkan, macam nilah jadinya...elok-elok masyarakat simpati jadi sebaliknya...

pada aku MP Shah Alam memang pandai ambil kesempatan...kena pulak dengan pilihanraya yang dah hampir...selagi boleh dapat faedah, dia akan gunakan dengan sebaiknya...

korang semua ingat lagi tak pasal kes adik NURIN???

suspek utama dulu, Exec aku...semua kena termasuk suami & adiknya...tapi dalam kes ini, memang polis salah tangkap, sebabnya, memang aku kenal sangat dia...

cara polis tangkap hari tu pun, memang tak ikut SOP...datang macam penyamun...lepas tu guna cara kekerasan melampau...dalam lokap, kaw-kaw kena belasah...suruh mengaku...memang lembik beb...macam ayam kena dalam lokap tu..

yang jadikan polis kalah kat mahkamah rayuan, ada anggotanya masa bagi keterangan berbeza-beza...

dari mula kes ni, exec aku masuk mahkamah sebab nak bersihkan nama...dia jumpa juga MP ni...biasalah, jadi macam nilah...

aku rasa dia tak perlu jumpa MP ni sebab kes dia kes naya...semua clear...tinggal lawan je...

orang lain buat lapuran sebab ada masalah lain untuk kenakan dia..jadi seperti untuk balas dendam, hasilnya kenalah dituduh...

kes adik nurin memang conplicated...pendek cerita, lepas menang hari tu kat mahkamah rayuan, ecex aku ni ada cakap untuk jumpa MP kononnya ucap terima kasih...nak buat PC...

bila aku dengar pun, aku tanya, kenapa perlu PC?? dengan MP bengong pulak tu??

alasannya, kalau korang boleh agak, aku nak cerita pun, sakit hati...kalau dah dalam kepala dia asyik tok guru, bulan & rimba...pusing macam maner pun, politik juga...

pada aku, dah menang tu, dia jelah...buat PC lagi, ape dia dapat??

polis pulak, pada aku, yang salah tetap salah...kalau tak ikut SOP, tanggunglah sendiri...kita ni manusia, tak lari dari kesilapan, bukan maksum pun...

cuma juak bulan je rasa mereka ni maksum...

Anonymous said...

Anonymous said...
Anon 11.29 pm.

Kau lah makhluk yang paling bangang.
Kau ni ada akal fikiran ke tidak.

December 9, 2012 1:36 AM

---------------------------------

Cuba ko cerita kat aku sikit, Koperal Jenain telah disahkan oleh mahkamah sebagai tidak bersalah, lebih-lebih lagi pihak mahkamah berkata kes ni tiada prima facie. Macam mana ko nak katakan koperal tu boleh digelar jenayah??? Seorang polis yang melakukan kerja untuk menjaga keselamatan orang ramai walaupun ditengah malam buta dengan pelbagai risiko ditembak, dipukul, dikasari oleh penjahat ko boleh labelkan sebagai penjenayah???? Cer cerita sikit, aku nak tengok akal fikiran ko tu sampai tahap mana wahai FUCKATAN BANGANG...!!!!!!

Anonymous said...

Sedaplah cakap tak kena kat anak ko!

Anonymous said...

SO..KITORANG CABAR KO BAGI ANAK KO BAWAK KETE MALAM2 TANPA LESEN OK TAK ANON 9:53AM? SILAKAN..

APA? TAK BERANI? SEBAB APA? TAU ITU SALAH KAN?

KITORANG MEMANG AWAL2 TAK BAGI ANAK MEMANDU TANPA LESEN. KELUAR RUMAH MALAM2 PUN KITORANG RESTRICT.

SO KO JANGANGLAH JADI BODOH DAN JADI ORANG TUA YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB MACAM DORANG TUUUUUUUUU..NYAMPAH!

Anonymous said...

Anonymous said...
Sedaplah cakap tak kena kat anak ko!

December 9, 2012 9:53 AM

--------------------------------------

Aku pastikan anak aku keluar malam bersebab seperti pergi tuisyen atau belajar dan MESTI BALIK SEBELUM PUKUL 10.00 malam...!!!!!! Kalau dah remaja sekalipun, aku hanya beri dia pakai motosikal itupun jika SUDAH MEMPUNYAI LESEN. JIka tidak, anak aku kene bagitau aku awal-awal yang dia nak pergi belajar, aku akan pergi hantar dan datang ambil sampai ke pintu sekolah atau rumah kawan dia. Itu baru ketua keluarga yang bertanggungjawab.....!!!!

Kalau dah tau anak keluar malam melepasi pukul 10 tiap-tiap malam, kemudian menghilang dengan kereta kakaknya tanpa memiliki sebarang lesen. Bagi aku, ketua keluarga tu seorang yang langsung tak bertanggungjawab, dan apa-apa yang terjadi pada anaknya semasa diluar itu ketua keluarga kene tanggung sendiri. Anak pula tak memiliki lesen pulak takde, ketua keluarga memang patut kene SAMAN terus jika berlaku kemalangan atau kecelakaan.... dan TANGGUNG LA SENDIRI MASALAH ITU....!!!!!!!!!!!!

Anak ko, aku tak tau... jadi pandai-pandai la jaga. Tak payah nak bising-bising kalau anak ko pun mampus sebab tak reti jaga diri, lebih-lebih dapat ketua keluarga yang BANGANG macam ko.....

Anonymous said...

+1 MENYAMPAH

Anonymous said...

Perghhh... ade juga yang dok nyokong. Makin menyampah aku kat keluarga ni.

Anonymous said...

Anaknya hanya tiada lesen memandu. Kenapa sampai ditembak? Seolah-olah, polis tahan anak dia, bila polis mintak lesen, anak dia kata takde lese, dan polis terus tembak anak dia. Itu cerita nak pertahankan diri. Kadang2 nak lindungi diri dari orang kata tak pandai jaga anak. Macam budak sekolah kena rotan oleh cikgu, balik rumah dia citer kat mak ayah, cikgu rotan dia kerana tak buat kerja sekolah. Mak ayah kata sampai kena rotan tak buat kerja sekolah. Padahal anaknya tak cerita, bila cikgu tanya kenapa tak buat kerja sekolah, dia lawan cakap cikgu, kurang ajar dengan cikgu dll. Nak protect diri. Pada mak ayah si mati tu, cukuplah, terima takdir. Kalau ayahnya polis, mungkin tindakan dia macam polis tu jugak. Polis tu menjalankan tugas. Yang si YB Khalid samad tu, dah le, banyak lagi kerja lain yang YB boleh buat...

Anonymous said...

Salam takziah pada keluarga arwah... kami rakyat malaysia bersimpati dgn apa yg berlaku.. mahkamah dah putuskan utk melapaskan tertuduh. klu betul la keterangan niat dia iaitu bukan utk niat membunuh maka mmg patut dia dilepaskan tapi klu sebaliknya mahkamah akhirat akan menantinya. cuma pada keluarga arwah jgn la senang2 diperalatkan oleh parti2 politik ni... jgn la dijadikan mangsa simpati tapi sebenarnya umpan kepada pancing mengundi pihak2 tertentu.

Anonymous said...

kesian keluarga arwah yang rela dipergunakan oleh ahli politik yang sememangnya pandai menangguk di air yang keruh. Takziah tetapi makin menyampah.

Anonymous said...

Saya susah sikit hendak bersimpati dengan orang yang sayangkan anak sampai abaikan undang-undang dan keselamatan.
Ramai ibubapa atau penjaga masih tidak menyedari mengenai denda maksimum RM1,000 dan penjara tiga bulan mengikut Seksyen 26(1)(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya mereka didapati membenarkan anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen. Saya memang MYAMPAH SANGAT KEPADA KELUARGA ARWAH. Kena jawab kat akhirat, andalah penyebab kematian arwah...

Anonymous said...

Polis tu tembak bukan sbb nak tahan krana takde lesen. Tp salah sangka tu kereta penjenayah (dipandu laju lari dr polis). Aku sokong kes ni dibuka semula utk dakwa MAK BAPAK arwah plak. Salah budak ni mmg betul sikit je, 30%. Tp salah mak bapaknya 50% sbb cuai. Tp yg paling sial dlm citer ni ialah Khalid Samad.

Anonymous said...

ade ke polis tahan seseorang pastu didapati org tu xde lesen n polis terus tembak? jawapannye mst la tak.. mst la org tu lari bile dh kantol or lari sblm sempat ditahan.. xkn polis nk dok diam je kn.. mst la g kejo.. dan klu dh kejo n suruh berhentikan kenderaan xnk brenti gak polis berhak nk lepaskn tembakan kerana dikhuatiri itu adalah penjenayah serta blh membahayakan org lain.. klu xbley nk lepaskn tembakan abes tu nk kejo je ke smpi org tu brenti sndri? bayangkn klu mase kejo tu org tu terlanggar pejalan kaki ke sape2 ke.. 10 org mati cthnye.. nk salahkn polis gak ke sbb kejo kenderaan yg langgar org2 tu? dlm kes ni jgn la salahkn polis tu.. nde ni xkn berlaku klu anak die tu bg kejesama ngn polis.. dan yg lbh penting xkn berlaku klu parents tu sndri x membenarkn anak die tu kuo umah malam2 cmtu.. tanpa lesen plak tu.. hentikan la makcik oii.. jgn nk salahkn org lain klu kesalahan tu sbnrnye terletak pada diri kite sndri..

bzz said...

1st day aku kesian kat family ni. tapi 2nd day... menyampah. arini lagi menyampah...