Thursday, December 13, 2012

Video: Deepak Karpet KANTOI-Bukti Dia Alat PKR dan PAS


Seperti yang diperkatakan sebelum ini....

Deepak sekarang berada di ambang bangkrap dengan beban hutang ratusan juta ringgit....

Dia cuba menggunakan isteri PM supaya mempengaruhi PM agar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan bagi menghalang dia dari bangkrap.

Isteri PM gagal memenuhi permintaan Deepak....

PM sendiri pun gagal memenuhi permintaan Deepak....

Puak sebelah sana berjaya hidu masalah Deepak, dan akhirnya mereka berjaya menjadikan Deepak sebagai alat untuk mendajalkan PM dan isteri. 
 
Berikut adalah apa yang diperkatakan oleh Deepak semalam dalam satu sidang media yang diuruskan oleh orang kuat harakah di pejabat harakah dan disiarkan di harakah daily.
"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.


Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.


Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.


Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.


Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".


Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.


Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.


Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.


Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.


Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.


Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.


Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.


Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.


Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.


Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.


Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.


Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan  abang dia, siapa yang akan siapkan SD.


Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.


Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.


Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.


Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.


Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu

yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah  bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.


Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.


Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.


Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.


Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.


Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.


Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.


Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.


Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja."

Panjangnya cerita.....berbelit-belit nak ingat skrip yang dah dihafal sepertimana yang diarahkan oleh pengarah....

Sekarang kita tak mahu cakap banyak.....kita tak perlu nak berhujah berbelit-belit untuk mematahkan dakwaan Deepak. 

Dibawah ini ada satu video yang dirakam pada tahun lepas....

Siapa yang rakam ?

Malaysiakini !

Jadi anda lihatlah video ini dan anda bandingkan dengan apa yang dikatakan oleh Deepak semalam.....

Perhatikan pada minit 0.33 - saya tidak pernah terlibat dengan Bala

Minit 1.18 - saya langsung tidak terlibat dengan Bala, itu fakta, itu realiti. 



Sekarang bila dah jadi alat PKR dan Pas, dia boleh pusing 180 darjah.....

Kah...kah....kah....kah....Deepak oh Deepak.....bodohnya kau......sekarang kau sendiri yang kantoikan diri kau. 



Psssttttt....kita tunggu dan lihat berapa lama lagi malaysiakini akan biarkan video itu.....

35 comments:

Anonymous said...

ooo..patotla blogger2 pro bn ,bro RBF, PG n kengkwn rilek jer ,rupenyer inila bom yg akan meletop...

Mmg poosing2 citer..smp sy langsong xpaham ujungpangkal essay tuh...

Mmg kaki belit/putaq alam punyer kaum tuh..terbaekkk la bro...kalo masih ada yg percaya pada TOY BOY Anuwar neh..mmg konpim otak depa dah kene liwat dgn anuwar...

Anonymous said...

Dah karpet jual x laku, mula la nk betenggek. Mmg dasar jahanam punya manusia!!!

To Live Again said...

Bila ada seorang Muslim tampil dengan dakwaan dia siap dgn report polis dn bukti saintific,tak cukup dgn 2 dikuatkan lagi dgn SUMPAH LAKNAT MENGIKUT CARA ISLAM bagi menguatkan segala dakawaanya akan ditolak mentah2 puak pencacai2 PR.Berbuih mulut membaca hadis dn Al-quran untuk menguatkan hujah mereka yg pengakuan SUMPAH LAKNAT INI TIDAK TERPAKAI.

Tapi bila datang seorang kafir menuduh seorang pemimpin ISLAM,hanya berdasarkan AKUAN SUMPAH yg hanya disandarakan kepada setem RM8,puak2 pencacai terus menelan bulat2 tanpa sebarang syak wasangka.Jika SUMPAH LAKNAT dgn nama Allah pon kata mereka adalah HARAM,Habis 2 sumpah SD ni bukan ker HARAM JADAH!

Sudir said...

Aduihh.. Ko punya essay aku tak paham langsung.. Yang aku paham india karpet ni memang penipu..

RBF Online said...

To Live Again...

100 % TEPAT....

Akaun bersumpah adalah mainan anwar semenjak zaman dia tekan Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.

Rahimi Othman pun pernah dipaksa buat akaun bersumpah.

Bala pun dipaksa Anwar untuk buat akaun bersumpah semata2 nak dajalkan Najib kerana Saiful buat laporan polis dia diliwat Anwar.

Anwar hanya berani bermain dengan akaun bersumpah, tetapi takut dengan bersumpah atas nama Allah.

Tengku Razaleigh pernah bersumpah dengan nama Allah di Kota Bharu tahun 90an bahawa Pas banyak tipu Semangat46 semasa mereka membentuk kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah. Elok ja ku li sihat sampai hari ini.

Saiful berani bersumpah Anwar liwat dia...

Eskay berani bersumpah Anwar dalam video bersama pelacur.

Kesemua mereka masih sihat walafiat sampai hari ini.

Sebab mereka berada dalam pihak yang benar.

Tetapi Bala yang buat akaun bersumpah hidup dalam pelarian bertahun2 dan merempat di negara orang.

Persoalan yang utama, kenapa Anwar sendiri tidak berani bersumpah samapi hari ini ?

Anonymous said...

bangsa putaq belit alam..depa laa..

usin said...

kalau deepak ni ditangkap dan di'charge' atas dakwaan memfitnah camane! apa guna polis, sprm dan mahkamah jika kes2 yg memporakperandakan keharmonian rakyat ini terus dibiarkan dan disuburkan. peliklah!!!! takutkan anwar lebih daripada takutkan Allah gamaknya!!!

DON MELAYU said...

cis!ckp xkenal lepas tu blh spin plak cerita sipa jumpa bala lah apa lah...sbnrnya mamt ni pun bodoh gak,dia nak buat fitnah tapi buat statement ubah2..dari video ni,dgn statement dia yg terbaru ni org dh nampak siapa deepak ni yg sbnrya..dia pn sama level gak ngan pencacai2 PR,cuma bezanya ialah dia jadi pencacai sbab nak selamtkn diri dari bangkrap...

Abang Iman said...

tidak boleh percaya deepak...putar belit...fitnah...menyokong syaitan anwar....hapuskan iblis ini....

Anonymous said...

Celake punya RBF,
Itu semua karut,

sebenarnya UMNO bayar Deepak RM2 juta untuk burukkan PR, ini semua mahu menggagalkan aku untuk menjadi PM.

kalau aku jadi PM hari ni, esok selesai semua masalah.

Anwar Ibrahim

Abang Iman said...

Nak sumpah tu bukan senang...hanya orang yang berani kerana benar dapat bersumpah...sejahat mana ornag tu pun dia tetap takut akan sumpahan palsu kerana itu dilakukan demi Allah S.W.T... ANWAR TAKUT!!!

Anonymous said...

1. Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

2. Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan.

3. Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan.

4. Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.

Hehehehehehe.....Satu kenyataan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13.........

!!!SAYA MAHU Tan Sri Muhyiddin Yassin JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!

!!!UNDURLAH NAJIB SERTA MERTA!!!!!

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed...

Warga pulau melaka said...

BRAVO .. SATU PENJELASAN YANG PADU DARI SAUDARAKU .. RBF..
PAS ..KELDAI ...
JENG .. JENG .. JENG ..

bro yul said...

hanya pencacai2 pakatan harami sajer yg percaya apa yg d katakan anjing kurap upahan anwar nie,baru-baru nie keluar video dia ckp anwar yg racang segala-gala nyer, hari nie keluar stament lain pulak orng kalau dah muflis sanggup buat apa sajer utk menyelamatkan diri .....aku pon heran la kenapa anwar takut sangat dengan najib dan rosmah ye???????sanggup upah si deepak muflis nie utk melempar fitnah terhadap najib dan rosman....

Anonymous said...

meleret2 kes nih...

punca semua wang..

Malaysia da dpt ranking pertama most corrupted country dari soal selidik.

http://www.hindustantimes.com/world-news/Americas/Malaysia-is-world-champion-in-corruption/Article1-972080.aspx#disqus_thread


-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

wsa.
klu stakat web hidustanitimes.com tu baik ko simpan jela bukti ko tu..sapa2 dlm dunia ni pun bleh refer mana2 web..ni terbukti dgn video. yg ko nk spin ke web tu buat apa.geng2 pakatan nimg kaki spin la..mengaku je la..
-abcd-

nizbzam said...

cmner nk suruh sesumpah melakukan sumpah?

MIRA EDORA said...

TAK HABIS2 PENCACAI PAKATAN INI NAK BUAT FITNAH DAN CERITA TIPU LAGILAH TU TENTANG DS NAJIB DAN DS ROSMAH KITA. JANGANLAH KRG PERCAYA CAKAP PARIA DEEPAK CKP MCM ULAR AJE LIDAH BERCABANG2.

Sulaiman Yusuf said...

anwar nie mmg bodoh nak mampos dia buat strategi nak kenakan ds najib dan ds rosmah tapi dia sendiri yg terjerat diri akhirnya, tulah kalau nak buat fitnah biar berpada2. anwar nie selalu nak kenakan ds najib dan ds rosmah aje bila kena batang hidung sendiri terus duduk diam aje.

adik 80 said...

kekadang aku kesian tgk pakatan nie sebab terlalu bodoh dan cetek pemikiran mereka terutama si anwar peliwat tu buat rancangan sikit punya baik nak kenakan najib dan rosmah alih2 anwar yg terkantoi mcm mana tu. itulah sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah kan.

kelly eng said...

aku harap sgt kalau UMNO menang pru13 pastikan anwar disumbat ke penjara kerana terlalu byk tipu helah yg dia buat kat najib dan rosmah berkali2 sehinggakan fitnah yg begitu dasyat sekali tapi anwar tetap bebas duduk senang aje.

MONTERO said...

SALAM PERJUANGAN

Pohon dipautkan http://mrmontero.blogspot.com dalam blog tuan

Terima kasih

kakbedah said...

Jgn tengok tang MangkukHayun yang lari dari masalah je...tapi tengok juga Masalah2 yang diceritakannya.

ke...ade orang yang lari dari ape yang nak diceritekannya? Cer tengok mamat2 yg terlibat tu...ketaq tak? Saman je la bang...bawak masuk MAK-KAK-MAH. Kalo DSAI berani turun-naik MAK-KAK-MAH...takkan hat lain tak berani kot. (Bukan tak berani... cuma tak berteloq je!)

kakbedah said...

makin lama, makin byk plak macai yg nak tunjuk terror apabila mendedahkan skandal2 dlm umno ni. mula2 bekas KPN lepas tu deepak plak. takde saper ker yg berani nak menutup mulut mereka ni. lagi lama dibiarkan lg parah jdnye. penjual karpet pun da berani bukak mulut. mana pejuang2 umno ni. bangun..bangun..

To Live Again said...

oiitz -Warga Shah Alam-

setakat website hindustani 2 ko pecaya.AKUAN SUMPAH POLITIK hindu Paria mcm Deppak pon ko pecaya.Setakat sandar setem RM8 pon ko pecaya.Tapi bila org dtg dgn NAMA ALLAH bagi menguatkan dakwaan dia,ko tolak mentah2.

Mmg ko ni PENCACAI SEJATI yg sgt didambakan oleh nuar berahim.

Anonymous said...

kak Mah- Tengok muka pun dah tahu memeng tak ada teloq-ada teloq pun tak guna..he..he

Anonymous said...

Hindustan times review pun ko amek jd bahan?hehehe... aku rasa editor tue salah letak nana negara. Yerlah... kat india smpai aktivis buat mogok lapar bantah amalan korupsi yg menjangkau dr bawah smpai ke atas, negara yg berpuluh ribu rakyat dia dtg ke malaysia sbb semata2 nk kejer(ada sesetangah tue plak nk jd warganegara). Tak caya? Tanyerlah kt surendran,chua jui meng & lathefa koyak. Sure depa ada concrict ansewr sapa yg lebih korup. Hehehe.... slandering without basis! Such as moron.

Anonymous said...

hidup deepak.. hidup deepak.. mmg gua respek sama lu la macha.. karpet bila mau buat year end sale??..

b4ns said...
This comment has been removed by the author.
BOB MALAYA said...

bila dah kaki putar alam..apa pun boleh dilakukan oleh pembangkang..termasuk deepak menjadi alat dari pkr dan pas untuk memfitnah PM dan Rosmah..pembangkang sanggup melakukkan apa saja untuk menjaya misi bodoh..tetapi memakan diri sendiri..ini pembangkang bila otak dah beku..

atuk ko said...

apa cite sekalipun, atuk hanya nak tau, sape bunuh minah mongol tu? mat mongol kot.. kalau tak, apa yang payah sangat nk habaq mai kt orangramai.. memang ubn n barua2nya poyo belaka @ akai tak cukup..

Anonymous said...

Klakar siot baca cai2 PR kt sini..yg kununnya penuh bangga brkata2 dgn sandaran pendedahan deFUCK (hero TAMIL yg x didendang).!!! Kihkihkih..

Satu jer aku nak kata kt penCACAI penTOTOK penJILAT ALJUBURI/PR (hero TAMIL yg didendang) kt sini...seronot beronot2 nampak.!!! Tanda2 jelas yg PR bakal MAMPOOSSS dlm PRU13...

Lg satu, x payahlh pakai nickname byk2...klu stkat sorg tu buatlh cara sorg, jgn SYOK sendiri cam Si empunya PARANG BENGKOK pojaan korg tu.!!! Muahahahahahahaha.....

Anonymous said...

Pi rah cai2 pkr kat sini. Benda kerling ni cakap boleh lak senang2 percaya. Tu gambar anuwar fucking tu boleh lak tak caya? Klu mcm kerling ni kata pun boleh terus percaya, sepatutnya video anuwar tu tak de mslh nak percaya....

Obat Polip Rahim said...

Ikutan menyimak dan berkunjung gan, salam kenal happy blogging :)