Monday, January 30, 2012

Persatuan Pelacur: Ini Sesuatu Yang Serius


Ini sesuatu yang mengejutkan dan diluar jangkaan. 

Sampaikan pelacur pun ada persatuan. 

Ada pengerusi 

Ada Timbalan Pengerusi  

Ada Setiausaha 

Ada biro kewangan 

Ada biro penerbitan 

Perkara ini tidak boleh dibiarkan. 

Pelacuran adalah sesuatu yang salah disisi undang-undang Malaysia. 

Bagaimana pula Pendaftar Pertubuhan boleh luluskan persatuan tersebut ? 

Sampai mereka boleh lengkap organisasi siap dengan biro-bironya sekali. 
Bagaimana pula Kementerian Hal Ehwal Wanita boleh menyalurkan bantuan tahunan kepada persatuan pelacur ? 

Apakah polis atau pihak-pihak berkuasa lain tidak menyedari perkara ini ? 

Apa yang didedahkan oleh kepimpinan Pas dalam ceramah diatas adalah sesuatu yang amat serius. 

Polis perlu bertindak segera. 

Pihak polis mungkin boleh bekerjasama dengan Pas untuk mengesan persatuan tersebut kerana pemimpin Pas telah berdialog dengan persatuan perlacur berkenaan.

Boleh Tak Kawan-Kawan Tolong Ceritakan Apa Cerita Ni ?




Cer cerita...

Cer cerita....

Cer cerita.....

Friday, January 27, 2012

Harakahdaily Kantoi Menipu Di Hari Jumaat


Portal rasmi iklan ubat seks milik parti Pas, harakahdaily.net, hari  ini telah menyiarkan satu rencana yang bertajuk Mengenali MB Kedah Dari Dekat

Rencana tersebut telah menceritakan tentang kezuhudan MB Kedah.

Selama ini mereka sering menuduh Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar harian yang lain semuanya kaki putar belit. Hanya mereka sahaja yang betul dan hanya mereka sahaja yang tidak putar belit.

Allah Maha Kaya, akhirnya mereka sendiri yang membongkarkan putar belit mereka. 

Untuk merancakkan lagi cerita mereka tentang kezuhudan MB Kedah mereka telah tambah asam jawa, asam keping , perah limau nipis , perah limau kasturi. Tak cukup lagi, tuang cuka pula. Tuang punya tuang tak sedar dah habis sebotol. Akhirnya tak boleh pakai....

Pada saya cerita tentang kezuhudan MB Kedah sudah tidak boleh dipakai lagi. Kerana unsur menipu telah dimasukkan untuk membuatkan orang ramai terpukau.

Saya pun terpukau membacanya dari awal kerana Datuk Azizan adalah salah seorang personaliti dalam Pas yang saya hormati selain dari Datuk Dr Haron Din dan Datuk Ismail Kamus.

Tengah-tengah syok membaca tulisan berkenaan dari atas scroll ke bawah dan bila tiba bab gambar saya terus berhenti. Saya amati gambar berkenaan betul-betul dan kemudian saya scroll ke atas balik bagi membaca semula dengan penuh berhati-hati dalam perenggan pertama di tajuk KEDIAMAN. Cukup setakat itu sahaja. Dah tiada mood nak baca kerana saya telah mengesan penipuan dalam rencana tersebut. 

Ibarat kita tengah makan makanan yang sedap dan menyelerakan kemudian apabila jumpa rambut sehelai sudah pasti kita akan berhenti. Potong stim.....

Apa dia pembohongan yang dikesan ?

Mai sini nak tunjuk.....

Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.

Betul ke ?

Nah ! lihat gambar di bawah ini....


Dalam pagar itu dah ada 3 buah kereta (anak panah) , dan masih ada ruang kosong untuk 2-3 biji kereta lagi, boleh lagi dia nak kelentong dengan berkata 'CUKUP-CUKUP memuatkan dua buah kereta'. 
 


Sekian

Terima Kasih.....

Thursday, January 26, 2012

Bukti Kebodohan Pesuruhjaya Suhakam Yang Bernama Muhd Sha'ani Abdullah


Pagi tadi saya telah menulis kisah tentang kebodohan Pesuruhjaya Suhakam yang bernama Muhd Sha'ani Abdullah. 

Malam ini saya nak tunjukkan kepada anda satu bukti kebodohan Pesuruhjaya Suhakam tersebut bagi menyokong tulisan saya sebelum ini. 

Kenyataan Sha'ani semasa sidang media tersebut seperti dilaporkan oleh FMT

Shaani berkata polis sepatutnya mendidik masyarakat supaya tidak mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan bukannya menggunakan hukum sendiri dengan menyerang majlis ceramah tersebut.
Majlis diadakan oleh badan yang sah, bukannya majlis anjuran kongsi gelap. Kalau rakyat marah, pergi buat aduan polis bukan guna hukum sendiri,” katanya.

Bila masa ABU berdaftar sebagai sebuah badan yang sah ?

Bila masa pula hindraf sebuah pertubuhan haram dah jadi sah ?

Jika inilah standard seorang Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia yang ada di negara kita ternyata usaha kerajaan mewujudkan Suhakam adalah sia-sia.

Sungguh memalukan apabila seorang yang memegang jawatan tinggi tetapi tidak mengetahui dan mengikuti perkembangan semasa.

Jika ditanya kepada dia siapa Presiden PKR ? tidak mustahil dia akan jawab Badrul Hisham. 

Ya benar ! tidak mustahil dia akan jawab begitu kerana dia tidak mengikuti dan mengetahui perkembangan semasa. 

Jika orang Kampung Jalan Kebun boleh tahu hindraf sebuah pertubuhan haram, mana mungkin seorang yang memegang jawatan Pesuruhjaya Suhakam tidak mengetahuinya ? Tidak boleh diterima dek akal langsung.

Begitu mudah seorang yang memegang jawatan pesuruhjaya diperbodohkan oleh orang yang datang membuat laporan tanpa usul periksa terlebih dahulu. 

Allah bayar cash , dia kata pegawai polis bodoh, akhirnya sekali kebodohan dia yang terserlah. Senang-senang sahaja dia dibodohkan oleh Badrul kononnya ABU dan hindraf sebuah badan yang sah.

Padan muka !

Polis Tak Bodoh, Yang Bodoh Adalah Pesuruhjaya Suhakam


Semalam ketua sebuah pertubuhan tidak berdaftar yang dikenali sebagai ABU yang mana ianya diketuai oleh orang yang kalah dalam perebutan jawatan Ketua AMK Pusat di tangan Shamsul Iskandar telah pergi membuat laporan di Suhakam berhubung insiden di Kampung Jalan Kebun Sabtu lepas.

Saya tidak mahu pertikai hak dia untuk membuat laporan kepada Suhakam. Tetapi apa yang mengejutkan adalah kenyataan daripada Pesuruhjaya Suhakam , Muhd Sha'ani Abdullah, selepas beliau menerima laporan berkenaan.

Beliau terus naik angin dan berkata polis bodoh serta tidak matang dalam menangani kejadian tersebut. 

Sungguh mengejutkan !


Dengan laporan dari sebelah pihak yang mewakili pertubuhan tidak berdaftar dan entah apa yang dikelentong mereka, tanpa memanggil polis memberi penjelasan terlebih dahulu, Pesuruhjaya Suhakam terus cop polis bodoh.

Bukan polis yang bodoh, yang bodoh adalah Muhd Sha'ani Abdullah.

Sebagai Pesuruhjaya Suhakam, Sha'ani mempunyai standard yang jauh lebih tinggi dari pemimpin pertubuhan yang tidak berdaftar dan beliau mesti tahu fakta serta tahu tanggungjawab beliau.

Suhakam sebagai sebuah badan bebas yang berfungsi seperti sebuah mahkamah dan Sha'ani sendiri sebagai seorang pesuruhjaya yang berfungsi seperti seorang hakim sepatutnya perlu dengar penjelasan dari kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan dan mengeluarkan sebarang kenyataan. 

Kerajaan menubuhkan Suhakam dan menyalurkan bantuan berpuluh juta setahun kepada Suhakam adalah untuk tujuan hak asasi rakyat. Bukannya untuk pertahankan kerajaan, bukan untuk berlawan dengan kerajaan dan bukan untuk pesuruhjayanya bermain politik. 

Muhd Sha'ani tidak patut lagi berada dalam Suhakam kerana beliau sendiri sudah tidak ada ciri-ciri hak asasi. Beliau tidak beri peluang kepada polis untuk mempertahankan hak asasi mereka, sebaliknya beliau terus mengcop polis bodoh.

Ciri-ciri hak asasi sudah tidak ada dalam dirinya dan mana mungkin orang-orang yang tiada ciri-ciri hak asasi terus berada dalam sebuah badan yang memperjuangkan hak asasi. Dia harus berundur dari jawatannya itu secara sukarela. Kalau dia tak berundur juga maknanya dia bodoh.

Wednesday, January 25, 2012

Maghrib dan Melayu Bodoh Punca Pergaduhan Hindraf Dengan Orang Kampung


Mengikut laporan polis yang dibuat oleh penduduk Kampung Jalan Kebun selain hindraf tidak menghormati waktu Maghrib , mereka juga turut melaungkan melayu bodoh. Itulah yang menjadi punca kemarahan penduduk sehingga tercetusnya pergaduhan pada Sabtu lepas.

Dalam laporan itu juga dinyatakan, dipercayai perhimpunan itu didalangi oleh Badrul Hisham, Ketua Cabang PKR Rembau.

Badrul telah bertindak membakar semangat kumpulan hindraf untuk terus kekal berada di dalam dewan, mengabaikan tuntutan bersurai yang dibuat oleh penduduk kampung dan terus melakukan provokasi terhadap penduduk kampung.

Laporan polis penuh boleh dilihat di sini.

Dalam hal ini penduduk kampung tidak boleh disalahkan 100 %. Orang yang tuang minyak dan mencucuh api adalah Badrul dan hindraf.

Jika mereka tidak mulakan provokasi pergaduhan tidak akan berlaku.

Adalah tidak adil jika polis hanya menahan penduduk kampung, tetapi tidak menahan orang yang menjadi punca sehingga tercetusnya pergaduhan.

Sampai bilakah polis hendak biarkan Badrul terus melakukan kekacauan dan provokasi di sana-sini ? 

Apakah Maksud Di Sebalik Gambar Ini ?


Kata orang sekeping gambar boleh memberi seribu satu makna.

Berkenaan gambar diatas, apakah maksud yang tersurat dan tersirat terkandung di dalamnya?

Genap Seminggu, Pas Selangor Terus Berkecamuk


Hari ini genap seminggu Pas diberi gelaran Parti Adat dan Sukan susulan perlantikan Exco baru bagi menggantikan Hasan Ali di Selangor.

Mengikut Zul Nordin, tugas pertama Exco baru Pas di Selangor adalah mencari surat beranak Hang Tuah. Sini

Pas Selangor sedang berada dalam keadaan berkecamuk sekarang ini walaupun mulut pemimpin-pemimpin mereka berkata tiada masalah. Di permukaan memang nampak tenang, tetapi dibawah begitu berkeladak sekali. Suara-suara tidak puas hati orang-orang Pas terus dibisikkan dari telinga ke telinga. Mungkin sedikit masa lagi ianya akan meletus secara terbuka.

Kuasa untuk melantik seseorang Exco terletak di tangan MB dan parti yang diwakili oleh individu yang akan dilantik. Seterusnya MB akan menasihati Sultan tentang perlantikan tersebut. Sultan tidak ada kuasa mutlak untuk melantik seseorang Exco.

Begitu juga dalam soal portfolio yang akan dipegang oleh seseorang Exco. Itu kuasa mutlak seseorang MB. Individu yang mengangkat sumpah sebagai Exco di depan Sultan tidak ada menyebut apa portfolio yang akan mereka pegang. Mereka hanya mengangkat sumpah sebagai Exco dan menjaga rahsia. 

Jika ahli-ahli Pas tidak berpuashati kerana Pesuruhjaya Pas Selangor tidak dilantik sebagai Exco dan juga Pas kehilangan portfolio Hal Ehwal Ugama Islam, sila rujuk kepada Khalid Ibrahim dan Pas Pusat. Jangan salahkan Sultan kerana Baginda tidak ada kuasa mutlak untuk melantik seseorang Exco dan juga menentukan portfolio yang dipegang oleh seseorang Exco.

Friday, January 20, 2012

Terima Kasih Peguam Negara

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Tan Sri Peguam Negara.

Jom ramai-ramai kita ucap terima kasih kepada Tan Sri.

Antara Projek Lembu Fidlot Dengan Projek Kambing Janapari , Mana Yang Gagal ?


Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja. 

Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai. 

Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno. 

Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. 

Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

NFC - National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) - Di bawah Kerajaan Pusat.

NFC - National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini

Sudah berpuluh tahun Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan daging. Untuk mengatasinya maka diimport daging dari India , New Zealand dan Australia. 

Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.

Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui. Waktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Bila wakil kita balik , apa yang mereka buat kita pun tak tahu. 

Beberapa tahun lepas timbul satu isu di India, dimana sebuah NGO antarabangsa membantah tindakan penyembelih lembu disana yang menyembur bahagian mata lembu dengan sejenis spray sebelum disembelih. Tujuan dilakukan begitu adalah untuk memudahkan kerja mereka menyembelih.

Satu lagi masalah adalah, daging-daging yang diimport dari India bukannya daging lembu , sebaliknya itu daging kerbau. Di sana mereka tak sembelih lembu kerana lembu tuhan mereka. 

Untuk mengatasi masalah status halal diragui, masalah pengaliran keluar wang negara serta masalah kekurangan daging lembu tempatan, maka pada tahun 2006 kerajaan telah mengambil insiatif untuk mewujudkan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. 

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan tanah seluas 5000 ekar telah diperuntukkan untuk menjayakan projek berkenaan. 

Kerajaan telah membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan cadangan dan membentangkan kertas kerja projek mereka. Sebanyak 6 buah syarikat menghantar proposal mereka. 

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melantik dua syarikat bagi menjayakan projek berkenaan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan mereka. 

Dua syarikat berkenaan adalah Agroscience Industries yang kemudiannya menubuhkan NFCorp Sdn Bhd. Manakala sebuah syarikat lagi adalah Lambert Agriculture (M) Sdn Bhd, tetapi menarik diri kemudian.

Pada tahun 2007 MOF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 250 juta kepada NFCorp bagi memulakan projek. Disini anda perlu faham , apabila disebut lulus bukannya mereka dapat seketul wang itu RM 250 juta. Mereka dapat berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan projek. Sehingga ke hari ini NFCorp menerima wang sebanyak RM 181 juta. Masih ada berbaki RM 69 juta di tangan kerajaan.

Pembangkang dok gebang, 

Keluarga Shahrizat dapat 250 juta duit rakyat.....

Keluarga Sharizat dapat tanah 5000 ekar.....

Lembu hanya ada seekor....

Tak betul....

Itu semua tak betul.....

RM 250 juta itu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik dalam masa 17 tahun dengan kadar interest sebanyak 2 % setahun.

Tanah 5000 ekar itu adalah tanah milik Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI)  yang diperuntukkan untuk disewa oleh pengusaha-pengusaha fidlot. NFCorp memajak tanah tersebut dengan keluasan 1500 ekar dari MBI. Yang baki 3500 ekar itu masih lagi milik MBI.

Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya. Anda boleh lihat gambar di sini.

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.

Selain projek kambing janapari , apa telah jadi kepada projek Kelantan Koridor Depu ? Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang terbarai hasil kegagalan projek itu ? Kalau boleh kita minta blogger kickdefella tolong jawab. 

Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM 250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka. 

Lainlah sekiranya mereka ambil duit pinjaman dari kerajaan dan pergi beli kondo serta tanah, tapi projek tidak laksanakan. Kalau begitu caranya sebelum dapat kepada PKR dan Pas, awal-awal lagi aku dulu yang 'sembelihkan' mereka. 

Jika mereka tidak serius untuk menjayakan projek, tidak mungkin mereka sudah habiskan berpuluh-puluh juta untuk membangun segala kemudahan dan membawa lembu-lembu dari luar negara masuk. Melakukan kacukan baka-baka lembu dan pelbagai kerja-kerja lain lagi. Jika mereka tidak serius tidak mungkin anak lelaki Datuk Saleh yang juga anak seorang menteri yang hidup selesa di bandaraya KL sanggup pergi tinggal di rumah kakitangan dalam ladang lembu di Gemas untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.

Berbalik kepada kisah hartanah yang mereka beli. Dimanakah lokasi yang mereka beli  ? Kondo di Bangsar dan di Singapura , serta tanah di Putrajaya. Tempat-tempat yang hartanah bernilai tinggi dan mudah untuk dijual. Tidakkah itu satu pelaburan yang bijak ? Tindakan mereka perlu dipuji kerana berusaha cari jalan untuk menambah wang bagi menjayakan perniagaan, dan bukannya dengan cara meminta kerajaan menambah pinjaman kepada mereka. 

Apakah ahli perniagaan Ah Seng dan Ah Hock tidak melakukan perniagaan sedemikian cara ? Sudah tentu ya. Jika Ah Seng dan Ah Hock boleh melakukan begitu, kenapa pula Saleh tak boleh ? 

Bersambung....

Thursday, January 19, 2012

Adakah Ini Lambang Salib atau Huruf T atau Ejaan Bahasa Kelantan ?

Gambar dari sel13.com
Boleh tak sesiapa tolong terangkan apa yang ditunjukkan oleh anak panah itu, lambang salib atau ejaan dalam bahasa Kelantan.

Jika ada mana-mana pembaca yang pakar dalam soal eja-mengeja bahasa Kelantan minta tolong terangkan.

Setahu saya perkataan TEMU dalam bahasa Kelantan dieja sama seperti bahasa 'kolumpo'. 

Jika hendak dihentikan antara TE dan MU, ianya sepatut dieja TE'MU. 

Tak logik kalau nak TEMU boleh jadi TtEMU.

Jika tersalah cetak, kenapa penganjur tetap menggantung kain rentang tersebut. Tidakkah itu memalukan pemimpin suci seperti Nik Aziz ? 

Mungkin esok lusa ada yang kata ianya disabotaj oleh Umno. 

Wa....kah....kah....kah...kah....kah.....

Selanjutnya sila klik di sini

Nik Aziz Dakwa Pemuda Melayu Malas Hasil Didikan Umno

Sinar Harian 19.01.2012

Dah berpuluh ribu jadi doktor....

Dah berpuluh ribu jadi peguam....

Dah berpuluh ribu jadi jurutera.....

Dah beratus ribu jadi cikgu.....

Setahun beratus ribu masuk universiti.....

Hasil usaha siapa ?

Yang malas bukan Pemuda Melayu, yang malas adalah Pemuda Pas. Hidup dengan kerja berceramah yang dibayar dengan hasil kutipan derma dari orang ramai. 

Yang malas bukan Pemuda Melayu, yang malas adalah orang-orang Pas. Dapat kawasan balak bukannya nak usahakan sendiri, tapi pergi jual kepada tauke-tauke cina. Tak percaya ? klik di sini.

Perenggan ketiga, Nik Aziz kata
Saya cukup marah orang yang memperbesar-besarkan perkauman antara melayu dan cina. 
Tapi dalam masa yang sama dia juga kata kaum melayu malas dan kaum cina rajin. 

Tidakkah dia telah mengutuk kaum melayu dan menagungkan kaum cina ? 

Tak perkauman ke tu ?

Apa ke bendalah dia bercakap ni ?

Nabi pun bangga dengan kaumnya sendiri. 

Ulama yang dikatakan pewaris Nabi pula mengutuk kaum sendiri.

Wednesday, January 18, 2012

Sekali Lagi Bapa Saiful Mohon AG Failkan Rayuan


1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

Dipetik dari blog Saiful



Selepas keputusan mahkamah pada 9.Januari yang lepas , pihak pendakwaan mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Tempoh 14 hari tersebut akan tamat pada hari Isnin (23.1.2012) jam 4 petang.

Memandangkan hari tersebut jatuh pada cuti umum Tahun Baru Cina, maka tempoh 14 hari tersebut perlu diundurkan ke belakang. 

22.1.2012 - cuti (ahad)

21.1.2012 - cuti (sabtu)

Maka tarikh akhir untuk pihak pendakwaan mengemukakan rayuan adalah pada hari Jumaat (20.1.2012) jam 4 petang.

Daripada saat ini tempoh yang ada hanya tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi. Tetapi sehingga ke saat ini belum ada nampak tanda-tanda yang pihak Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan.

Apa sudah jadi sebenarnya ini ?

Adakah Saiful tidak layak mendapat keadilan yang sewajarnya ?

Tolonglah wahai Tan Sri Peguam Negara, tolonglah kemukakan rayuan secepat mungkin. 

Setiap rakyat berhak mendapat keadilan sewajarnya. 

Jasa baik pihak Tan Sri amat diharapkan demi untuk keadilan kepada rakyat marhaen seperti Saiful.

Peristiwa Nizar Meroyan Di Perak Berulang Di Selangor Hari Ini ?


Sungguh melucukan tulisan blogger Sanggah Tok Janggut kali ini. 

Harap blogger STJ janganlah dok cucuk lebih-lebih sangat, nanti ada yang meroyan pula.

Klik di sini

Dr Ahmad Yunus Kini Sedang Siap Sedia Untuk Angkat Sumpah Sebagai Exco


Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus kini telah pun berada di Istana Bukit Kayangan untuk upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.

Ternyata cakap-cakap sebelum ini yang mengatakan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani adalah calon yang popular untuk mengisi jawatan berkenaan meleset.

Susah payah geng-geng parasit berusaha menjatuhkan Hasan Ali dan mengidam jawatan exco yang dikosongkan , akhirnya mereka terlepas.

Ada yang akan jadi mereng gamaknya....

Dr Yunus Exco Baru Selangor

Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai exco Selangor yang baru menggantikan Hasan Ali.

Kecewalah geng-geng parasit nampaknya....

Tuesday, January 17, 2012

Nik Aziz Hanya Kira Maruah Anwar, Bagaimana Dengan Maruah Saiful ?

Nik Aziz dalam satu kenyataannya di portal pembangkang telah menggesa semua pihak di Malaysia supaya menghentikan kegiatan memalukan Anwar Ibrahim. Kata Nik Aziz, Anwar telah dibuktikan tidak bersalah dan sepatutnya dilayan seperti manusia biasa.

Malangnya, kenyataan terbaru Nik Aziz ini sekaligus membuktikan bahawa beliau sebenarnya langsung tak tahu apa-apa mengenai keputusan kes liwat Anwar.

Seluruh negara tahu, Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat kerana bukti tak mencukupi serta keputusan DNA yang tak lengkap. Hakim tak pula menyebut kes liwat diantara Anwar dan Saiful Bukhari itu tidak berlaku.

Dalam keputusan penghakiman itu juga, telah diakui bahawa wujudnya prima facie serta berlakunya penetrasi terhadap mangsa. Malangnya, bukti-bukti untuk mengaitkan Anwar terhadap perlakuan tersebut agak longgar ditampilkan oleh pihak pendakwa. Sebab itulah Anwar dibebaskan.

Jadi, bagaimanakah rakyat Malaysia mahu berhenti mengaitkan Anwar dengan kes liwat tersebut sedangkan Anwar sendiri tak ‘berkerjasama’ sepenuhnya dengan mahkamah bagi membuktikan dia tak bersalah?

Dan kenapa Nik Aziz tak bercerita mengenai trauma yang dihadapi oleh mangsa Anwar iaitu Saiful Bukhari? Dapatkah Nik Aziz bayangkan, perasaan anak muda seperti Saiful yang menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah seorang manusia yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Jika Nik Aziz simpati kepada Anwar yang kononnya dimaki hamun sepanjang bertahun-tahun lamanya, dimana pula simpati Nik Aziz terhadap Saiful Bukhari yang menjadi mangsa kejian serta carut marut setiap hari oleh Pakatan pembangkang?

Mungkin Islam yang dipelajari oleh Nik Aziz hanya menuntut supaya membela rakan serta kroni sahaja. Apakah Islam Nik Aziz tak mengajar supaya berlaku adil dan tak memihak kepada mana-mana pihak didalam membuat sebarang tindakan?

Jika Nik Aziz mahukan rakyat Malaysia berhenti dari mengutuk perbuatan tak bermoral Anwar Ibrahim, Nik Aziz juga sebenarnya harus mempertahankan hak serta maruah Saiful Bukhari Azlan. Nik Aziz harus sedar, bukan Anwar seorang sahaja yang mempunyai maruah.

Kelakuan Nik Aziz ini sekaligus membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa PAS memang hanya menjadi balaci kepada Anwar. Benarlah kata orang bahawa PAS selama ini hanya tukang cuci najis dan kekotoran didalam Pakatan.

Kalau diceramah-ceramah Pakatan, kita boleh lihat Unit Amal PAS jadi tukang jaga parking dan tukang sapu sampah. Dikalangan pemimpin atasan PAS pula, tugas mereka hanya tertumpu pada mencuci ‘punggung’ Anwar dan taiko-taiko DAP. Memang memalukan!!!

Dipetik dari : mykmu.net

Monday, January 16, 2012

Dr Rani Tidak Terpilih Untuk Ganti Hasan Ali ?

Dr Rani-tengah

Jika dulu dipanggil kumpulan erdogan.

Kini Hasan Ali telah memperkenalkan istilah baru, kumpulan parasit.

Mengikut laman web sel13.com Adun Meru tidak akan dilantik sebagai exco untuk gantikan tempat Hasan Ali.

Sudah pasti akan ada parasit-parasit yang akan mengamuk sekiranya berita tersebut benar. 

Selanjutnya sila klik di sini

Siapakah Pemimpin Pas Yang Akan Bersama Hasan Ali Jam 11 Pagi Ini ?


Hari ini jam 11 pagi Hasan Ali akan mengadakan satu sidang media di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail KL , jam 11 pagi.

Difahamkan ada beberapa kejutan yang bakal berlaku dalam sidang media itu kelak.

Difahamkan juga ada beberapa pemimpin Pas turut sama akan hadir dalam sidang media tersebut.

Siapa dia ???

Apakah kejutan ???

Tunggu jam 11 pagi.....

Saturday, January 14, 2012

Rayuan Kepada Peguam Negara


Kini telah hampir seminggu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari, akibat keraguan kepada bukti DNA.

Sehingga ke hari ini tidak ada nampak tanda-tanda yang jelas yang pihak pendakwaan akan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. 

Saya difahamkan tarikh akhir untuk pihak pendakwaan mengemukakan rayuan pada 25.Januari.2012. Iaitu kira-kira 11 hari dari sekarang.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyuarakan suara hati saya kepada Tan Sri Abdul Gani Patail selaku Peguam Negara Malaysia.

Saya tidak pasti samada tulisan ini akan dibaca oleh Tan Sri Peguam Negara atau tidak. Jika ada pihak-pihak yang mengenalinya , mohon dipanjangkan suara hati saya ini kepada beliau. 


Tan Sri,

Sebagai rakyat Malaysia kita semua telah diajar dengan prinsip-prinsip Rukun Negara sejak dari awal bangku sekolah lagi.

Perkara keempat yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara adalah, 'KEDAULATAN UNDANG-UNDANG'.

Semasa di bangku sekolah rendah cikgu yang mengajar mata pelajaran Sivik ketika itu menghuraikan maksud yang tersirat disebalik prinsip Rukun Negara yang keempat itu.

Kata cikgu, 

Wujudnya undang-undang itu akan menjamin kehidupan rakyat agar  dapat bergerak dengan sempurna dan teratur tanpa sebarang masalah atau  kekacauan, di mana semua rakyat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara dan semua rakyat berhak menikmati keadilan yang sepatutnya.

 Tan Sri,

Sejak perbicaraan bermula tiga tahun lepas , Anwar Ibrahim telah mendapat pelbagai keistimewaan. Beliau boleh memohon tangguh kes sehingga lebih dari 50 kali. 

Beliau boleh kemukakan rayuan sebanyak 38 kali. 

Beliau bebas bergerak keliling dunia kerana paspotnya tidak ditahan.

Beliau bebas berkata apa sahaja tentang kesnya walaupun perbicaraan sedang berlangsung, walaupun itu merupakan satu kesalahan. 

Pendek kata beliau menikmati bermacam-macam kemudahan. Semua itu berlaku kerana beliau adalah seorang VIP yang bergelar Datuk Seri (orang besar).


Tan Sri, 

Cuba pihak Tan Sri bayangkan semenjak kes ini bermula, mangsa (Saiful Bukhari) hidup dalam penuh tekanan. Beliau tidak bebas bergerak kerana faktor keselamatan. Tidak sepertimana Anwar Ibrahim yang bebas mengenlilingi dunia.

Saiful turut dikeji, dihina , dicerca dan dilemparkan dengan pelbagai kata-kata nista hingga memaksa beliau mengangkat sumpah dengan Al Quran untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa beliau tidak berbohong atau memfitnah Anwar Ibrahim. Manakala si pelaku pula tidak berani bersumpah dengan Al Quran untuk menafikan dirinya meliwat Saiful.

Sepanjang perbicaraan berlangsung, Saiful tidak pernah memohon tangguhkan kes atau kemukakan sebarang rayuan. 


Tan Sri , 

Saya tidak mahu mempertikaikan tentang keputusan mahkamah sepertimana yang kita semua tahu kerana saya percaya kepada sistem kehakiman kita, walaupun banyak yang ingin saya perkatakan.

Hanya satu yang saya pinta, iaitu agar pihak pendakwaan mengemukakan rayuan bagi pihak mangsa. Adalah amat-amat tidak adil kerana mangsa bukan seorang VIP dan hanya sebagai rakyat biasa , maka keadilan untuknya tidak diperjuangkan.

Kita harus menjunjung perkara keempat dalam prinsip Rukun Negara, setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara dan semua rakyat berhak menikmati keadilan yang sepatutnya, tidak kira mereka orang kecil atau orang besar.

Semoga pihak Tan Sri mengemukakan rayuan secepat mungkin kerana saya melihat masih ada ruang untuk mangsa mempertahankan dirinya. Bukan niat saya untuk melihat Anwar Ibrahim dihantar ke penjara, tetapi demi untuk keadilan kepada mangsa.

Video Pas Tabalkan Adun DAP Sebagai KM Melaka


Belum pun lagi pilihanraya diadakan, Pas telah secara rasmi menabalkan Adun DAP Kesidang sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru sekiranya mereka menang di Melaka kelak.

Tidak ada apa yang lagi yang mampu saya perkatakan tentang kejalangan, kebodohan, kedangkalan serta kebenakkan orang-orang Pas.

Anda lihat dan anda nilailah sendiri.

Friday, January 13, 2012

Muslimat Pas Telah Dikuasai Syaitan, Kemudian Mengaku Baik



Apa sahaja yang kita katakan kepada Pas ,DAP dan PKR, bagi mereka semuanya adalah fitnah. Walaupun bukti dah terang-terang depan mata, mereka tetap kata itu fitnah.

Agak-agaknya mereka ini manusia jenis apa ? 

Terbaru adalah berkenaan dengan video sekumpulan muslimat Pas yang terkinja-kinja di tepi jalan berhampiran Kompleks Mahkamah KL isnin lepas. 

Dah terang-terang dalam video itu Ketua Muslimat Pas Pusat dan gerombolannya sedang terkinja-kinja dan melaungkan "Umno mampus" , tetapi mereka masih nak kata itu fitnah. 

Saya petik apa yang disiarkan oleh harakahdaily dimana ianya ditulis oleh Aiman Athirah Al Jundi. 

Aiman Athirah Al Jundi adalah wanita yang memegang loud hailer dalam video diatas. Dia adalah Ketua Penerangan Muslimat Pas Pusat. 


Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…
Ini jawapan spontan saya…. Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...
Sebagaimana pemimpin besar mereka yang menghalalkan apa sahaja demi untuk keuntungan politik mereka, maka tidak mustahil perangai buruk itu turut berjangkit kepada Muslimat Pas. 

Inilah yang dinamakan cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari. 

Pas sanggup menghalalkan apa sahaja demi kerana politik. Agama dilacurkan secukup-cukupnya oleh mereka. Isteri pun mereka sanggup jadikan taruhan pilihanraya.

Saya berkeyakinan rakan-rakan semua masih ingat apa yang diungkapkan oleh Nik Aziz pada tahun 1999 dalam usahanya mempertahankan buku SHIT tulisan ahli Pas seumur hidup, Shahnon Ahmad, yang penuh dengan mencarut ditujukan kepada Tun Dr M. 

Nik Aziz berkata 'tuhan pun mencarut'. 

Mengambil teladan apa yang dilakukan oleh pemimpin agung mereka, hari ini muslimat Pas mengikut jejak langkah Nik Aziz. 

Mengikut tulisan Aiman Athirah Al Jundi, apabila ditanya oleh sahabatnya yang prihatin kenapa dia memilih untuk menggunakan ungkapan "mampus Umno" ?

Dia menjawab , "inilah sunattullah perjuangan" ! 

Perkataan SUNATULLAH digunakan untuk menghalalkan matlamat mereka....

Perkataan SUNATULLAH digunakan untuk menghalalkan akhlak buruk mereka...

Sunatullah beerti, satu sistem dan peraturan yang ditentukan oleh Allah SWT untuk manusia di dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yang dapat merubahnya sejak dari Allah SWT wujudkannya sampai bila-bila pun.

Sunatullah terbahagi kepada dua, iaitu terpaksa dan sukarela. Sama sekali tidak penah wujud sunatullah perjuangan sepertimana istilah yang digunapakai oleh muslimat Pas.

1) Manusia menerima secara terpaksa ( karhan)

Contoh:

- Allah telah menetapkan kejadian siang dan malam

- Allah telah membuat manusia bernafas dengan udara, bukannya dengan air.

- Allah telah membuat manusia makan dan minum melalui mulut, bukannya melalui dubur.

- Berjalan menggunakan kaki, bukannya menggunakan tangan.

- Berfikir menggunakan kepala otak, bukannya menggunakan kepala lutut.

Itu sebahagian dari contoh secara terpaksa.

2) Manusia menerima secara sukarela (tau'an)

Contoh:

- Makan dan minum benda yang halal , bukannya benda yang haram

- Ingin kaya berusahalah secara sah , bukannya secara penipuan.

- Jika lelaki ingin lakukan seks , hendaklah bernikah dengan perempuan . Jangan lakukan zina dengan perempuan dan jangan lakukan seks dengan sesama lelaki.



Itu sebahagian dari contoh sunatullah baik secara terpaksa atau secara sukarela.

Jadi dimanakah relevannya kenyataan Ketua Penerangan Muslimat Pas yang mengatakan tindakannya terkinja-kinja di tepi jalan dan memaki hamun orang adalah sunatullah ?

Apa yang dilakukannya bukan perkara yang telah ditetapkan oleh Allah baik secara terpaksa atau secara sukarela. 

Tapi dengan muka tak mulanya dia sanggup kata apa yang dilakukannya adalah sunatullah. Nyata sekali dia cuba memutar belit untuk menghalalkan perbuatannya.

Manusia jenis apakah ini ?

Rakan-rakan sekalian, sebenarnya apa yang dilakukan oleh muslimat Pas dalam video diatas bukannya sunatullah. Itu dipanggil mazmumah, ertinya perangkap syaitan atau terperangkap dengan syaitan. Mazmumah ada sifat keji. Manakala mahmudah pula sifat terpuji.

Mazmumah adalah, samada secara sedar atau tidak sedar manusia telah memberi ruang kepada syaitan untuk mengusai diri mereka. Apabila syaitan sudah mengusai diri seseorang, individu itu akan sanggup melakukan apa-apa perbuatan keji serta mungkar kerana keinginan nafsu dan akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Lihat balik pada video diatas, tidakkah tindakan yang dilakukan oleh muslimat Pas itu menunjukkan diri mereka telah dikuasai syaitan ? 

Jawapannya sudah pasti ya ! 

Apabila ya maka sudah pastilah itu sifat mazmumah, bukannya sunatullah. 

Kepada  Aiman Athirah Al Jundi, bawa-bawalah beristighfar dan pohonlah keampunan Allah kerana kamu telah menyalahgunakan terminologi sunatullah untuk menghalalkan perbuatan keji (mazmumah) kamu. 

Lebih-lebih lagi kamu orang dari parti islam yang terlebih islamnya daripada orang-orang islam lain dimuka bumi ini , tunjukkanlah sifat terpuji kamu selaras dengan parti yang kamu bernaung. Perbetulkan balik istilah tersebut dan pohon maaf kepada semua. Tunjukkanlah perkerti muslimat Pas yang mulia, jika benar muslimat Pas itu mulia.

Muslimat Pas Pun Dah Sesat Barat....


Kenyataan Ketua Penerangan Muslimat Pas Pusat , Aiman Athirah Al Jundi, berhubung tindakannya yang terkinja-kinja dalam video gelagat memalukan muslimat Pas di mahkamah isnin lepas.

Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901?  Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…

Ini jawapan spontan saya….

Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...



RBF : Nantikan jawapan saya jam 2.30 petang ini.....

Pertubuhan Gay Sambut Baik Pembebasan Anwar


Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.


‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.

Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia.

Thursday, January 12, 2012

Bandingkan Kenyataan Azmin Ali Sebelum dan Selepas

Kenyataan Azmin Ali pada 18 Mei 2011, ketika perbicaraan kes liwat II masih berjalan. Kenyataan ini dipetik dari anwaribrahimblog.com

Dalam pada itu Azmin yang turut hadir ketika Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan memanggil Anwar untuk membela diri bersabit tuduhan kes fitnah liwat dua berkata, sistem kehakiman semakin dipandang remeh oleh rakyat.

Ini berikutan katanya, jangkaan rakyat terhadap keputusan hakim ternyata tidak meleset walaupun jelas kes itu tidak kukuh dimata umum untuk mensabitkan Anwar dengan tuduhan.

“Tetapi pokoknya, apabila umum (rakyat) telah menjangkakan sesuatu keputusan daripada mahkamah, ini adalah satu perkara yang tidak sihat.

“Jelas menunjukkan rakyat tidak lagi yakin kepada badan kehakiman di Malaysia dan ini akan memberi kesan parah kepada negara Malaysia termasuk dalam isu pelaburan dan ekonomi masa akan datang kerana sistem kehakiman sudah dipertikaikan oleh rakyat,” ujarnya lagi.

Justeru Azmin menggambarkan seolah-olah hakim telah menghukum Ketua Pembangkang itu dengan mengatakan pengadu Saiful Bukhari Adzlan sebagai saksi yang berwibawa sebelum mendengar hujah daripada pihak pembelaan.



Kenyataan Azmin Ali pada 16.September.2011, ketika perbicaraan kes liwat II masih berjalan. Kenyataan ini dipetik dari azminali.com


Perlaksanaan kepada janji Perdana Menteri juga bergantung kepada kebebasan dan integriti institusi kehakiman. Selagi institusi kehakiman tidak bebas dari cengkaman politik dan tidak memiliki integriti, institusi tersebut boleh dijadikan alat kepada kezaliman baru dan melakukan “political persecution.” Bahkan ini yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Najib kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.


 
Kenyataan Azmin Ali pada 10.Januari.2012, setelah hakim melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat kerana kekurangan bukti.   Kenyataan ini disiarkan di muka surat 4 Sinar Harian 11.Januari.2012.



 Keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan sistem kehakiman negara ini , mengamalkan prinsip adil dan benar, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurut Azmin, meskipun persepsi umum terhadap sistem kehakiman negara masih di tahap rendah , namun beliau yakin ada hakim menjatuhkan keputusan berdasarkan prinsip keadilan dan kebenaran.

Keputusan ini membuktikan sistem kehakiman tidak dipengaruhi oleh kuasa badan eksekutif. Ia permulaaan baik dan berharap lebih ramai hakim berani membuat keputusan yang bukan kerana tangan-tangan eksekutif.

Kemenangan ini bukti PKR semakin kuat dan bersatu untuk berdepan BN pada pilihanraya umum akan datang.



RBF : Manusia jenis apakah ini ?


Tuesday, January 10, 2012

Video Muslimah Pas Sedang 'Beramal' Untuk Ke Syurga


Apa mereka buat pun tak kisah kerana dalam dunia ini hanya mereka yang memperjuangkan islam dan mereka semua telah dijamin syurga.

Untuk menonton video dan selanjutnya sila klik di sini.

Kaum Anwarinas Perlu Cium Kaki dan Tangan Najib


Dipetik dari blog Zul Nordin

Kalau ikut teori konspirasi kaum Anwarinas dan Koonyet:2, yang berkali-kali mempersoalkan kredibiliti dan kewibawaan Mahkamah, maka keputusan Hakim hari ini tidak boleh diterima lah yop? Bukankah itu yang mereka lalakkan selama ini! Cuba bayang apa dema kata kalau kita kata keputusan Mahkamah tidak boleh diterima, kita tolak keputusan itu. Pasti mereka akan melalak memaki hamun kita dengan pelbagai label dan tuduhan!

Dan kalau ikut teori kaum Anwarinas bahawa pertuduhan liwat dan perbicaraan di Mahkamah adalah konspirasi Dato' Sri Najib, maka selayaknya mereka semua beratur panjang diluar Seri Perdana di Putrajaya untuk berjumpa, bersalam dan mencium tangan dan kaki Dato' Sri Najib kerana berkonspirasi dengan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah untuk membebaskan Imam Mahdi dema daripada kes meliwat stafnya Saiful Bukhori! Tak macam tu sepatutnya yop?!

Selanjutnya sila klik di sini

Monday, January 9, 2012

Anwar Kena Check Mate


Pandangan dari blogger Din Turtle

Ternyata Hakim membuat satu keputusan diluar dugaan. Ramai termasuk pembangkang yakin Anwar akan didapati bersalah. Malah saya rasa pihak pembangkanglah yang LEBIH yakin Anwar akan disabitkan salah sebab laungan konspirasi dan pelbagai slogan yang disalak akhir-akhir ini.

Saya lihat keputusan hakim tadi jelas memerangkap pihak pembangkang dan membantutkan apa yang dirancang. TIDAK ADA kekecohan ketara dikalangan pendemo haram ...... TIDAK ADA ISU yang dapat di jual hasil penat lelah berkumpul tak tidur malam sesetengah dari mereka.

Malah saya rasa lega pula ! Bukan kerana Anwar bebas tapi kerana satu malapetaka dapat dielakkan. Tuhan saja yang tahu apa yang mungkin berlaku sekiranya berlaku rusuhan tadi...

OK, reaksi pertama saya kesan terhadap pembebasan Anwar tadi dalam senario politik kita - Anwar @ Pembangkang TERPERANGKAP dengan segala tuduhan liar yang dilemparkan terhadap kerajaan selama mana kes ini berlangsung. Mereka menjaja pelbagai cerita buruk konon segalanya sudah dirancang - Anwar AKAN didapati bersalah dan dipenjarakan - dan konon timingnya tepat ketika negara berdepan PRU13 ..... sekarang ?

Bayangkan bagaimana pandangan semua pihak baik luar dan dalam negara terhadap kerajaan sekarang ? Bagaimana agaknya mereka melihat Anwar pula sekarang ? Disebalik ucapan tahniah kepada Anwar yang pastinya menyusul, waktu sama, tidakkah mereka juga akan mengucapkan tahniah diatas KEADILAN sistem perundangan negara kita ?

Saya melihat momentum pembangkang seakan terbantut, macam kereta yang tersekat-sekat dek kekurangan minyak kerana segalanya telah dirancang berandaikan Anwar didapati bersalah ! Betul .... disebalik segala tuntutan mahukan Anwar dibebaskan, mereka sebenarnya bergantung kepada keputusan Anwar akan didapati bersalah. Momentum mereka akan masuk gear kelima dengan segalanya digerakkan seiring dengan rayuan peguambela Anwar, satu dunia akan mereka jelajahi meminta simpati ...

Sekarang ..... ? Anda sendiri rasa bagaimana ? Tidakkah disebalik kekecewaan / kegembiraan ( pilih mana satu ) terdapat satu macam kelegaan ? Seolah satu fasa baru politik, satu muka baru sedang dibuka BUKAN seperti yang diduga ?

Kedua-dua pihak saya lihat akan balik ke drawing board dan terpaksa merancang pelan baru.

Dan jangan lupa, pihak pendakwa pastinya akan merayu .... kali ini tekanan dan persepsi negatif terhadap kerajaan ternyata amat kurang. Sekiranya diadakan Round 2 untuk 901, saya rasa kesannya tak begitu kuat.

Pendek kata, keputusan Hakim tadi buat banyak pihak mati kutu !



RBF: Kepada Saiful Bukhari , banyakkan bersabar. Anda telah melalui pelbagai dugaan dan rintangan selama ini, percayalah kebenaran tetap akan menyebelahi anda.

Yang haq tetap haq dan yang bathil tetap bathil.

Kemenangan hari ini akan menandakan kemusnahan masa depan Anwar.

Sepandai mana pun tupai melompat ianya tetap ke tanah jua.

Adakah Benar Mahkamah Dikawal Oleh BN ?

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan mahkamah hari ini.

Inilah bukti sistem kehakiman negara kita tidak dipengaruhi mana-mana pihak sepertimana yang Anwar dan rakan-rakannya tuduh selama ini.

Jika sebelum ini Anwar dan penyokong-penyokongnya berarak keliling negara menuduh apa yang terjadinya kepadanya adalah konspirasi untuk memenjarakan dia.

Hari ini semuanya telah terjawab.


Lagi Gambar 175 Ribu Orang Yang Menegakkan Peliwat



Gambar 175 Ribu Orang Mempertahankan Peliwat


Azmin kata 100,000 orang akan turun

Pas Selangor kata 75,000 ahli Pas Selangor akan turun.

Tu dia 175,000 orang dalam gambar diatas.

Perjuangan Anwar Amat Kotor - Hasan Ali


“Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali malam tadi. 

“Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.


Selanjutnya baca di sini



Langgar Semua Persetujuan



Persetujuan yang mereka capai dengan polis telah dilanggar.

Ucapan supaya menimbulkan huru-hara.

Kah...Kah...Kah...DAP Tolak Pas Sebagai PM

Sekutu Pas dalam pakatan rakyat, DAP tidak bersetuju sekiranya Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik menjadi Perdana Menteri.

Sumber DAP memberitahu, pemimpin parti itu akan menolak cadangan tersebut jika pakatan rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat keahliannya daripada parti itu hari ini, sebelum ini mencadangkan agar salah seorang daripada kedua-dua pemimpin Pas tersebut dilantik sebagai Perdana Menteri. 

Penolakan terhadap pemimpin Pas itu juga dipercayai ada kaitan dengan pengumuman DAP hari ini yang menyatakan sokongan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes liwat Ketua Pembangkang itu esok.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, DAP tidak memerlukan Perdana Menteri alternatif kerana yakin Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan disabitkan kesalahan.

Isu pelantikan Perdana Menteri kalangan pemimpin pembangkang timbul ekoran keyakinan mereka bakal membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Anwar juga menegaskan, beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri walaupun mahkamah yang akan membuat keputusan kes liwat beliau esok menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya atas dakwaan meliwat pembantu peribadinya.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau yakin akan dibebaskan daripada penjara apabila pakatan rakyat membentuk kerajaan baru kelak dan sementara dibebaskan, seorang Perdana Menteri sementara akan dilantik.

Difahamkan, pemimpin DAP lebih rela tempat tersebut diambil oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali


Puak-puak ni semua dah nak hancur kawan-kawan oiiiii....

Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya....

Memanglah DAP nak Anwar atau Azmin sebagai PM supaya senang nak blackmail. Semua rahsia dua orang itu ada ditangan mereka.

 

Sunday, January 8, 2012

Demi Seekor Peliwat Orang Sendiri Dikorbankan



Saat kehancuran Pas sudah makin dekat oiiii....

Ini semua adalah kifarah Allah keatas orang yang melacurkan agama Allah semata-mata untuk politik.

Daripada dulu lagi saya selalu cakap Pas akan hancur kerana Anwar.

Hari ini telah terbukti, kerana seorang peliwat , seorang pejuang Pas yang telah lama berjuang dan berkorban segala-galanya untuk Pas dipecat.

Bercakap berdegar-degar kononnya merekalah pejuang demokrasi tulen dalam negara ini.

Ptuihhhhhhhhhhhhhhh......

Bercakap sikit pun dah kena pecat. 

Demokrasi apa ke bendanya ?

Dalam Umno, Ku Li bercakap macam suara pembangkang , tapi tak kena pecat pun.

Rakan-rakan semua, perjuangan kita sudah hampir sampai ke kemuncaknya. 

Saat kehancuran Pas sudah makin dekat. 

Tinggal sikit sahaja lagi.