Wednesday, February 29, 2012

Eh....Eh....Cara Mereka Samalah.....

Anwar Ibrahim membawa isterinya bersama-sama ke Pejabat JAWI untuk memfailkan tuntutan Qazaf terhadap Saiful tidak lama selepas Saiful membuat laporan polis beliau diliwat Anwar.


Badrulamin membawa isterinya ke Pejabat JAIP untuk memberi keterangan beberapa hari selepas tuduhan khalwat ke atasnya.


Gaya dan cara mereka sama....

Bermesra dengan isteri masing-masing di depan kamera....

Untuk tujuan apa ?

Menggunakan isteri untuk mengabui mata orang ramai...

Jika ke mahkamah, tempat yang tidak boleh mendatangkan syak wasangka buruk Badrulamin boleh heret isteri bersama-sama, mengapa pula untuk berjumpa wanita bukan muhrim jam 2 pagi di tempat yang boleh mendatangkan syak wasangka buruk Badrulamin tidak bawa isterinya bersama ? 

Lawak Jenaka Di Sidang Akhbar Khalid Samad


Satu keadaan yang melucukan berlaku di depan semua wartawan yang menghadiri sidang akhbar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada hari Jumaat lepas. Sehinggakan membuat wartawan gelak sampai keras perut.

Ada kalangan  wartawan yang hadir pada sidang akhbar itu kedengaran berkata," ini adalah salah satu jenaka politik yang boleh masuk buku sejarah".

Nak tahu apa lawaknya ?


Itulah bukti bahawasanya selama ini Pas hidup dengan penipuan, pembohongan, fitnah dan sebagainya. Orang-orang yang jujur dan bercakap benar mereka letak tepi. Yang mana kaki bohong dan kaki fitnah dijulang sebagai hero.

Tuesday, February 28, 2012

Syabas Rais Yatim Kerana Membuat Keputusan Yang Cukup Berani Di Saat-Saat Akhir

Inilah yang dikatakan menyelami denyut nadi rakyat....

Menteri kita seorang ini yang serba serbi berseni dan beradat termasuklah susunan tutur katanya dan bahasa-bahasa indahnya ketika berucap telah membuat keputusan yang cukup berani.

Lebih kurang 30 jam sebelum konsert Erykah Badu berlangsung di KL esok menteri ini telah mengambil langkah drastik dengan mengarahkan konsert tersebut dibatalkan kerana penyanyi tersebut telah menyentuh sensitiviti umat islam dengan meletakkan tatu Kalimah Allah di dadanya.

Dipetik dari mstar online
PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.
 
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.

Konsert 'Erykah Badu Live in KL' itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah "Australasian" di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.

Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta.
Menteri peduli apa dengan persiapan yang telah dilakukan penganjur. Lantak merekalah. Kalau dia tak pandai hormat kita, apa ke jadahnya kita nak layan dia.

Terima kasih Datuk Seri kerana memahami perasaan rakyat dibawah. Saya cukup-cukup bangga dengan keputusan berani Datuk Seri.

Monday, February 27, 2012

Yes ! Yes ! Yes ! Umno Dah Kena


Kenyataan yang kita jangkakan dan yang kita tunggu-tunggu telah pun tiba.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.

“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.

Sumber: FMT



Kalau Tak Marah Tahap Maksimum Dia Tak Akan Pukul

Kenyataan Badrulamin sendiri sudah cukup untuk kita membuat andaian terhadap apa yang berlaku. Terlalu banyak sangat lompang serta keragaun dalam kenyataanya itu. Sebab itu saya kata jangan cuba tutup bangkai gajah dengan daun pisang.

Antara kenyataan Badrul yang meragukan yang dipetik dari malaysiakini,
Pada jam 2 pagi, Sabtu lalu, beliau kemudiannya dihubungi wanita berkenaan dengan nada cemas dan menyatakan beliau mempunyai masalah keluarga yang serius.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya.

“Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga,” katanya.
Badrulamin sendiri mengesahkan dia mengenali suami wanita itu, kenapa dia tidak menghubungi suaminya memaklumkan isterinya telah datang ke hotel tempat penginapan Badrul ?

Sebagai seorang ustaz yang hendak memberikan kaunseling sepatutnya dia memanggil kedua-duanya sekali, tambahan pula itu isteri orang dan ditempat yang boleh menimbulkan curiga ?

Satu lagi kenyataan Badrulamin yang meragukan,
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya
Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.
“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik,” katanya.
Adat orang islam kebiasannya mereka hormat pada ustaz-ustaz, tambahan pula kepada orang yang menjadi mutawwif nya semasa mengerjakan umrah. Bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi seseorang memukul seorang ustaz apatah lagi seorang insan yang pernah menjadi pembimbing ibadah umrah keluarganya di Tanah Suci. Perasaan hormat tetap ada. Maknanya ada sesuatu yang tidak kena yang membuatkan suami wanita itu marah hingga Badrulamin dipukul. Jika dia tak betul-betul marah atau geram tahap maksimum dia tidak akan pukul.

Sehingga ke saat ini pun kita tidak mendengar Badrulamin membuat laporan polis yang beliau diserbu, diserang dan dikurung oleh orang yang beliau katakan samseng. Biasanya jika kucing dilanggar basikal sekalipun PKR yang menjadi juara buat laporan polis.

Badrulamin juga berkata,
Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Anwar Ibrahim meliwat Saiful perangkap, adun disiasat SPRM perangkap, Badrulamin juga perangkap, semua musibah yang menimpa mereka semuanya perangkap. Tidak ada yang tidak perangkap melainkan perangkap. Bodohnya pemimpin PKR ! Asyik masuk perangkap ja....

Bagaimana nak perintah negara jika asyik masuk perangkap ? Jika diberikan pelaung perintah negara, nampaknya mereka akan selalu termasuk dalam perangkap Amerika dan Israel yang jauh lebih hebat.

Oleh yang demikian rakyat Malaysia harus menolak PKR habis-habisan dalam PRU akan datang untuk mengelakkan negara kita terjerumus dalam perangkap Amerika dan Israel akibat dari kebodohan pemimpin PKR.

Sunday, February 26, 2012

Tangkapan Khalwat : Jangan Cuba Tutup Bangkai Gajah Dengan Daun Pisang


Seperti biasa , apa sahaja yang kena atas batang hidung mereka semuanya, fitnah, jerat, perangkap , konspirasi dan yang lain-lain yang sewaktunya.

Bila kena atas batang hidung Umno walaupun terang-terangan fitnah mereka tetap kata itu benar dan fakta.

Ini pula kisah seorang blogger minuman kanak-kanak yang pro PKR.

Dalam usahanya untuk mempertahankan Badrulamin,  blogger minuman kanak-kanak berkenaan melontarkan beberapa soalan untuk meragukan orang ramai. 

SEJAK semalam, hampir semua pimpinan KEADILAN telah berkumpul di Kuantan Pahang untuk sama-sama menyertai Himpunan Anti Lynas, atau lebih dikenali sebagai Himpunan Hijau yang bakal diadakan Ahad ini.

Adakah Dr Badrul Amin memilih untuk berbuat jahat di kala beliau bersama-sama menginap dengan hampir semua pimpinan KEADILAN di Hotel yang sama?
Jika beliau ada niat berbuat jahat, mengapa beliau membawa isterinya bersama-sama ke Kuantan?
Mengapa Ust Badrul tidak dibawa ke balai Polis? Kerana pagi tadi beliau dilihat ada bersama-sama pimpinan yang lain.

Itu cerita dan soalan daripada blogger berkenaan.

Sekarang kita lihat pula apa yang Badrulamin kata seperti yang dilaporkan oleh malaysiakini
Menurut Badrulamin lagi, wanita berkenaan juga menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu kemudian datang ke hotel penginapannya bersama anaknya. Badrulamin berkata atas rasa bertanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu mereka mendapatkan bilik penginapan.

“Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik,” katanya.
Badrulamin dilabelkan sebagai seorang ustaz oleh orang-orang PKR , PAS serta DAP.  Sebagai seorang ustaz maka Badrul tahu hukum berdua-duaan dengan wanita bukan muhrim ditempat yang boleh menimbulkan syak wasangka yang buruk walau apa pun sekali alasannya. Melainkan dalam keadaan atau tempat yang boleh dikategorikan sebagai darurat.

Jika blogger minuman kanak-kanak berkata isteri Badrulamin ada bersamanya, mengapakah Badrulamin tidak mengajak isterinya bersama-sama untuk menguruskan masalah wanita berkenaan ?

Jika tidak mahu mengajak isterinya sekalipun , mengapakah Badrulamin tidak mengajak pimpinan-pimpinan wanita PKR untuk menemaninya bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas dirinya ?

Badrulamin berkata lelaki-lelaki yang datang bersama suami wanita berkenaan memukulnya sehingga pihak keselamatan tiba.

Kenapa Badrulamin tidak buat laporan polis ?

Kalaulah kena atas diri kita, jika kita tangkap isteri kita bersama lelaki lain jam 2-3 pagi ditempat yang boleh menimbulkan syak wasangka buruk, adakah kita nak peluk cium lelaki berkenaan ?

Demo Tourism: Tok Nan Ucap Terima Kasih

Ini Kenyataan Oleh MB Pahang.  

Himpunan Hijau telah selesai. Ada 3 perkara boleh dilihat jelas di sini.

Pertama, proses dan amalan demokrasi sihat di negara ini. Sesiapa sahaja boleh bersuara dan berhimpun asal tidak melanggar undang-undang.

Kedua, pihak berkuasa terutama PDRM dan MPK telah bertindak adil dan penuh profesional mempastikan perhimpunan berjalan lancar.

Ketiga, gerakan anti lynas yang berselindung di bawah nama hijau nyata tidak laku. Rakyat tidak percaya dengan pembangkang yang menabur cakap bohong pada setiap masa dan setiap tempat.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan demo secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan. ..... Saya namakan ini Demo-Tourism. Demo-Tourism ini patut digalakkan.

Salam dan Salam 1 Malaysia.

DSDR Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang.



Demo Tourism !

Kah...kah...kah....

Mantap beb...cukup mantap kenyataan MB Pahang. Betul-betul buat pihak sebelah sana sakit hati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 25, 2012

Tun Dr M Masih Lagi Hebat dan Berpengaruh

Semalam di PWTC berlangsung satu majlis Bicara Minda bersama negarawan ulung, Tun Dr Mahathir. Program dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia.

Walaupun telah 10 tahun bersara ternyata Tun Dr M masih lagi diterima , dihormati dan disanjungi oleh masyarakat. Program semalam dirancang hanya untuk 1000 orang. Kerusi yang disediakan pun hanya 1000 buah. Lain yang dirancang lain yang jadi.

Seawal jam 8 pagi tempat duduk sudah mula penuh. Kehadiran semakin bertambah dan bertambah. Sebelum jam 9 pagi tempat duduk sudah penuh dan sudah ada orang ramai mula duduk diatas lantai dan berdiri. Semakin lama semakin ramai dan akhirnya penganjur terpaksa membuka satu lagi dewan bersebelahan dan disediakan skrin besar.

Itulah gambaran yang ingin dinyatakan bagaimana sambutan orang ramai terhadap Tun Dr M. Jika ada orang kata Tun Dr M tiada pengaruh dan cakapnya tidak boleh dipakai , ternyata itu silap.

Dengan kawan-kawan saya sering berkata, setakat hari ini orang yang paling cerdik dan pintar dalam Malaysia adalah Tun Dr M. Bagi saya tiada orang yang boleh lawan beliau. Tun cekap dalam serba-serbi, pembangunan, ekonomi, pendidikan politik dan lain-lain. Tetapi dalam cekap-cekapnya itu beliau tetap terkena juga dengan Anwar Ibrahim. Petah berkata-kata dan imej waraknya membuatkan Tun menatang Anwar dalam dulang emas sehingga keperingkat menjadi TPM. Tinggal satu langkah sahaja lagi untuk Anwar menjadi PM. 

Allah Maha Kaya, Allah Maha Besar dan Allah masih menyayangi negara serta rakyat Malaysia. Akhirnya Tun tersedar siapa itu Anwar Ibrahim. Jika Allah tidak hantar gerak-geri kepada Tun sudah pastilah Anwar kini telah menjadi PM dan kita tidak tahulah apa nasib kita hari ini. Sudah tentulah kita telah menjadi sebuah republik , kita juga mungkin telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan tentera Amerika sudah mempunyai pangkalan dalam negara kita.

Sebab itu saya hanya gelak apabila pemimpin-pemimpin Pas termasuklah Nik Aziz yang begitu taksub dan percayakan Anwar. Jika orang cerdik seperti Tun Dr M pun berjaya dipukau oleh Anwar, apa sangat setakat Nik Aziz dan segelintir parasit dalam Pas.

Berbalik kepada program bicara minda, semasa menyampaikan ucapan serta dalam sesi soal jawab Tun banyak bercakap tentang orang yang jadi pemimpin atau bercita-cita nak jadi pemimpin.

Kata Tun, orang yang nak jadi pemimpin mesti ada ilmu dan kebolehan. Bukan hanya setakat populariti semata-mata. Tidak boleh terlalu taksub dengan kepentingan peribadi. Ada sesetengah pemimpin pula tidak mahu berundur apabila telah diberi jawatan.

Apabila bercakap bab berundur, kita harus menjadikan Tun sebagai contoh. Tun menjadi PM selama 22 tahun. Dalam tempoh 22 tahun pelbagai cabaran, rintangan, kejayaan dan tidak lupa juga masalah serta krisis yang dilaluinya. Semua masalah serta krisis Tun berjaya tangani dengan baik termasuklah krisis ekonomi dunia. Jika krisis ekonomi pun Tun dapat tangani dengan baik tanpa perlu meminjam dari IMF, apa sangat setakat krisis pemecatan Anwar Ibrahim. 

Pendek kata majoriti rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan ugama semuanya menyukai Tun. Yang minoriti sekerat dua kerat yang tidak menyukai Tun adalah mereka-mereka yang telah ditanam dalam minda mereka Umno dan Tun adalah kafir kerana tidak memperjuangkan islam. Itu pun belum tentu mereka tidak menyukai sepenuhnya. Mungkin setakat mulut sahaja , hatinya lain. Dalam diam-diam mereka jugalah orang beratur di Pejabat Pos awal-awal pagi setiap kali awal tahun untuk menuntut bonus ASB. 

Setelah 22 tahun berjaya memimpin dan membangunkan Malaysia dengan begitu baiknya dan semua krisis telah diatasi dengan baik, akhirnya Tun membuat keputusan untuk turun dari tampuk kepimpinan. Turun disaat momentum sedang memuncak. Tidak ramai orang yang sanggup lakukan sedemikian. Tetapi tidak bagi Tun kerana beliau kata arwah ibunya berpesan berhenti makan ketika sedang sedap. 

Betullah tu….makanan yang sedap tidak boleh ditambah-tambah atau dipaksa-paksa makan kerana akan jadi muak dan boleh termuntah. Kalau dah sampai muntah, sedapnya semua dah hilang dan kita pun tak mungkin nak makan lagi makanan itu di lain kali. Kalau berhenti ketika sedang sedap, sampai bila-bila pun kita akan ingat kepada makanan itu. Minggu depan nak lagi, minggu lagi sekali nak lagi dan nak lagi….nak lagi….. Bukan setakat nak lagi, kita pula akan bercerita kepada orang-orang lain tentang kesedapan makanan itu. 

Terima kasih kepada Tun kerana sudi berkongsi dengan kita pesanan ibunya. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu Tun. 

Al-Fatihah….. 

Sambung balik, Tun berhenti ketika beliau sedang berada di puncak. Ramai orang yang sedih dan meratapi pemergiannya itu. Ramai juga yang menangis seolah-olah Tun sudah tiada lagi. Padahal beliau masih hidup, hanya berundur sebagai PM. Begitulah sayangnya rakyat Malaysia kepada Tun.

Akan tetapi keadaan boleh menjadi sebaliknya sekiranya Tun meneruskan pemerintahannya lima tahun lagi. Tun mungkin akan kalah dalam p/raya atau digulingkan oleh ahli-ahli Umno sendiri. Jika Tun diturunkan dari jawatan PM dengan cara begitu segala jasa dan baktinya selama ini tidak akan ada orang yang kenang dan beliau pun tidak akan disanjung seperti hari ini. Segala kemanisan telah bertukar menjadi pahit. 

Sebab itu saya kata Tun Dr M ini pintar orangnya. Beliau tahu had masa untuk menjadi pemimpin selama mana. Beliau tahu dalam tempoh itu nak buat apa, dalam tempoh ini nak buat apa, dalam masa itu apa yang perlu dibuat , dalam masa ini apa nak dilakukan dan bila nak turun. Semuanya dirancang dengan baik. Yang paling penting semasa beliau meninggalkan Putrajaya, beliau telah meninggalkan kita semua hidup dalam keadaan yang baik dan aman. 

Kalau semua pemimpin berjaya ikut cara Tun, insyallah orang itu akan berjaya. Tapi dengan syarat kita mesti tahu diri kita layak atau tidak untuk jadi pemimpin. Kalau dah tahu kita tak layak, tapi kita memaksa orang untuk angkat kita, itu tidak akan ke mana. 

Ada sesetengah orang dilantik memegang jawatan semasa dia masih belia dan perlantikannya itu pun atas dasar ingin memberi peluang kepada orang muda. Masalahnya bila dia dah jadi mantan belia pun dia tetap tidak mahu melepaskan jawatannya. Itu kata Tun… 

Yang saya nak kata pula, ada orang yang semasa dia menjadi pemimpin belia bukan main lagi menjilat dan mengampu kerajaan. Apabila diberi jawatandalam kerajaan dia pula yang berlawan dengan kerajaan. 

Setakat hari ini di Malaysia tidak ada seorang pun pemimpin yang boleh menandingi aura kepimpinan Tun Dr M. Contohnya dalam program semalam, apabila Tun berucap dewan menjadi sepi sampai batuk pun tak kedengaran. Semua orang tak kira melayu, cina , india, kadazan, iban, semuanya memberi tumpuan kepada ucapannya dan mereka mendengar dengan penuh minat.  Sekali-sekala kedengaran ketawa apabila ucapan Tun mencuit hati.

Lontaran idea dan ketajaman mindanya berhujah tiada tandingan setakat ini. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya semua benda berfaedah. Tiada benda yang beliau bercakap kosong. 

Kalaulah dapat diundurkan waktu rasanya nak minta Tun kembali sebagai PM. Tapi apakan daya, semua itu tidak mungkin berlaku. 

Tahniah diucapkan kepada KBS kerana mengambil insiatif menganjurkan program semalam. Semoga program sebegitu dapat diperluaskan ke seluruh negara kerana ianya mendapat sambutan luar biasa dari anak-anak muda.

Wednesday, February 22, 2012

Kapal Israel: Lagi Seorang Blogger PKR Tunjuk Benak

Ini kisah seorang lagi blogger PKR yang benak. Dulu mak dah pesan jangan makan kepala ikan dan kepala sotong, nanti benak. Tapi dia tak dengar kata mak. Sekarang dah terima balasan. Kebenakan dan kebodohannya dipaparkan ke seluruh dunia.


Tulisan dari blogger erapasca.com
Hari ni dengan bangganya aku nak tunjuk salah satu SAILING CLEARENCE atau nama lainnya 'SURAT BERANAK' untuk salah satu KARGO DARI ISRAEL ke MALAYSIA yang dibawa oleh ZIM ATLANTIC pada 16 Feb 2012 yang lalu...

Apa yang dia katakan diatas itu salah. Yang sebenarnya dia perlu kata begini,
Hari ni dengan bangganya aku nak tunjuk salah satu KEBODOHAN aku atau nama lainnya KEBEBALAN aku untuk salah satu POSTING aku berkenaan kapal ZIM ATLANTIC pada 20 Feb 2012 yang lalu...

Benda yang dibawah inilah yang dikatakan oleh blogger benak PKR surat beranak kargo.


Kah....kah....kah....

Malang sungguh nasib blogger-blogger pencacai-pencacai PKR, tiap-tiap hari mereka kantoi dalam usaha untuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang hendak melindungi negara Israel. 

Orang yang benar dia akan bercakap benar sepanjang masa. Orang yang bohong cakap mereka tidak pernah tetap. Sana dia cakap lain, sini dia cakap lain. Satu hari dia tak ingat apa yang dia bohong kerana terlalu banyak sangat pembohongan yang dilakukannya.

Begitu jugalah dengan blogger-blogger pembangkang dalam isu kapal Israel di Port Klang. Blogger A kata lain, blogger B kata lain, blogger C kata lain, blogger minuman kanak-kanak (milo suam) pula kata lain. Sebab itu saya kata orang yang berbohong cerita mereka tak akan sama dan tak konsisten.

Bercakap berdegar-degar dengan penuh bangganya kononnya dialah hebat kerana dapat membongkar kisah kapal Israel masuk ke Malaysia. Padahal dialah yang paling tidak cerdik. Sampaikan antara pelepasan belayar (sailing clearance) dengan surat beranak (birth certificate)  pun dah tak kenal.

Dah terang-terang di bahagian atas dokumen berkenaan tertulis SAILING CLEARANCE boleh lagi dia nak kelentong itu dokumen kargo dari Israel masuk ke Malaysia.

Mereka cuba nak berbohong dengan menunjukkan dokumen yang tidak berkenaan kononnya Malaysia mengimport barang dari Israel. Mereka ingat semua rakyat Malaysia bodoh seperti orang-orang PKR yang menjulang peliwat sebagai pemimpin. Mereka ingat apa sahaja dokumen yang mereka keluarkan orang akan percaya bulat-bulat tanpa usul periksa.

Untuk pengetahuan anda semua, kargo tidak ada surat beranak. Dokumen untuk kargo dipanggil bill of lading, seperti gambar dibawah ini atau banyak lagi ada di sini.

Apa yang ditunjukkan oleh blogger benak PKR dalam gambar diatas adalah pelepasan belayar. Ianya tidak ada kena mengena dengan kargo. Jika mereka benar-benar ada bukti kapal berkenaan membawa masuk kargo dari Israel ke Malaysia sila tunjukkan bill of lading kargo berkenaan. Bukannya tunjuk surat pelepasan belayar.

Soal kapal berkenaan berlepas dari Israel menuju ke Port Klang, penjelasannya anda boleh lihat di sini.

Apa-apa pun ini satu percubaan yang baik bagi blogger-blogger pembangkang dalam usaha untuk menipu, tetapi ianya masih dikategori sebagai gagal. Semalam dah kantoi pasal negara kapal. Mereka kata kapal Israel, akhirnya dapat dibuktikan itu kapal Liberia. Hari ini pula kantoi pasal 'surat beranak' kargo. Esok nak kantoi apa pula ?

Semoga anda berusaha lebih gigih selepas ini dan tiada kantoi-kantoi lagi. Kepada blogger era pasca pula saya cadangkan agar kamu masuk tuisyen bahasa inggeris kerana anda terlalu lemah bahasa berkenaan sampaikan sailing clearance dan birth certificate pun anda tak tahu apa maksudnya. Jangan buat malu dengan budak darjah dua. Kalau boleh tolong hentikan amalan memakan kepala ikan dan kepala sotong kerana ianya boleh membuatkan anda lebih benak. Banyakkan makan kismis tok guru.

Awal-Awal Lagi Pas Dah Panas Bontot Dengan JATI


Pas kata pemecatan Hassan Ali tidak akan memberi kesan yang buruk kepada mereka.

Tetapi dalam masa yang sama geramnya pada Hassan Ali sungguh keterlaluan sehinggakan laman web islam milik mereka menyamakan logo NGO yang diterajui Hassan Ali macam logo setan.

Itu tandanya Pas betul-betul geram kepada Hassan Ali. 

Nampaknya Pas sudah mula panas dengan Jati di hari kelahiran NGO itu. Ini kerana Pas tahu kemunculan NGO itu akan memberi kesan yang sangat-sangat tidak baik kepada Pas.

Saya difahamkan NGO itu akan menjadi platform kepada golongan-golongan profesional, ilmuwan, cendiakawan serta ulama-ulama. Dipendekkan cerita, hanya mereka yang berkualiti sahaja yang akan menjadi peneraju utama NGO tersebut. Mereka hendak bina sesuatu yang lain daripada biasa. Tidak akan ada orang-orang yang seperti Mahfuz Omar.

Daripada sosek.....sosek.....yang kedengaran mengatakan beberapa nama besar dalam Pas juga bakal menyertai NGO tersebut. Itulah sebabnya Pas bengang sangat dan awal-awal lagi mereka dah perlecehkan NGO itu.

Hi....hi....hi.....semakin hari saat kehancuran Pas semakin dekat. 

Siapa yang menghancurkan mereka ?

Mereka dan keluarga mereka....

Tuesday, February 21, 2012

MB dan KM Mereka Tak Datang Mesyuarat.

Hari ini berlangsung Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke 114 di Putrajaya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh PM. Turut hadir TPM dan KSN.

Tujuan mesyuarat bagi menyeleras dan melicinkan urusan pentabbiran antara pusat dan negeri-negeri.

Tetapi mengapakah tidak ada seorang pun menteri-menteri besar dan ketua menteri pak-khatan rakyat yang menghadiri mesyuarat tersebut pagi tadi ?

Kemana mereka menghilang ? Adakah mereka sudah hilang semangat untuk memerintah ?

Mereka boleh keliling negara untuk berceramah, tetapi tidak boleh hadir mesyuarat bagi membincangkan hal negara, negeri serta rakyat.

Bagaimana nak mentabir negara jika mentadbir negeri pun tak boleh datang mesyuarat ?

Nik Aziz berada di KL dan boleh meluangkan masa untuk berjumpa dengan Anwar Ibrahim pagi tadi. Jumpa Anwar untuk urusan politik boleh pula. Nak datang mesyuarat tak boleh.

Di belakang bukan main lagi tuduh kerajaan Najib zalim,tindas rakyat dan sebagainya. Tapi bila diajak berdepan dalam mesyuarat bayang pun tak nampak.

Debat: Haji Hadi Cuba Cantas Anwar

Malaysiakini semalam melaporkan kenyataan Mahfuz Omar yang mengatakan Haji Hadi bersedia untuk berdebat dengan Datuk Najib.

Seperti yang kita tahu,puak-puak PKR sedang mencanang cerita debat Najib-Anwar.

Tup....tup....tiba-tiba Haji Hadi pula kata dia sedia berdebat dengan PM.

Jika begitu gayanya, ia adalah sesuatu yang tidak kena. Sepatutnya Haji Hadi beri sokongan supaya Anwar berdebat dengan Najib. Bukannya potong jalan untuk dia berdebat pula.

Nampak sangat Haji Hadi tak sukakan Anwar dan nak cantas
Anwar.

Berhubung isu debat, sebelum Anwar berdebat dengan Najib apa kata jika diadakan debat di peringkat negeri-negeri yang diperintah DAP, PAS dan PKR terlebih dahulu. Habis peringkat negeri baru dibawa ke peringkat pusat untuk perdebatan Anwar-Najib.

Untuk permulaan kita mulakan di Selangor terlebih dahulu untuk perdebatan antara Khalid Ibrahim dengan Noh Omar.

Setuju ?

Kapal Israel Di Port Klang: Geng PKR Tunjuk Bodoh


Niat di hati nak tunjuk hebat dan pintar, akhirnya kebodohan dan kebebalan yang terserlah. Itulah geng Jingga13 yang diketuai oleh Fariz Musa.

Maklumlah PRU dah dekat, masing-masing nak menawan hati Anwar Ibrahim. Jadi kenalah pandai cari peluang supaya Anwar nampak dia bekerja. Tahun 2008 dah tergolek di Kemaman di kaki Shaberry Chik. Dengar-dengar cerita sedang membodek untuk dapat kerusi di Selangor pada PRU 13.

Punyalah bodohnya sampaikan antara Israel dengan Liberia pun mereka tak tahu...

Kapal yang mereka dakwa masuk ke Port Klang adalah kapal Israel merupakan satu pembohongan. Kapal tersebutnya adalah kapal Liberia.

Laman selangordaily telah menjelaskan segala-galanya di sini.








Psssstttttt.....siapakah pemimpin PKR yang menyusup masuk ke sebuah bilik di Hotel Primula Kuala Trengganu untuk berjumpa Ezam Md Nor semasa PRK Kuala Trengganu ?

Sunday, February 19, 2012

Surat Yang Tidak Disiarkan Oleh Malaysiakini

Surat dibawah ini telah dihantar oleh seorang pembaca kepada malaysiakini.com beberapa hari lepas bagi menjawab surat tulisan Dr Maszlee Malik. Namun ianya tidak disiarkan oleh malaysiakini yang selama ini mengangkat diri mereka sendiri sebagai sebuah media yang bebas. 


Assalamualaikum Dr. Maszlee

Saya ingin merujuk pada tulisan Dr. di Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/189406) yang bertarikh 17 Februari 2012. Dalam tulisan tersebut, Dr. membuat satu surat terbuka pada Datuk Maslan yang bertindak mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Tulisan Dr. nyata penuh dengan istilah-istilah besar demokrasi yang pasti dikagumi oleh orang yang membacanya. Jadi izinkan saya juga menulis satu surat terbuka pada anda. Tulisan saya bukan untuk menjawab bagi pihak Datuk Maslan, kerana saya yakin beliau lebih berkemampuan untuk menjawab atas kapasiti beliau sendiri. Cuma, tulisan saya ini adalah dasar terkilannya saya melihat corak penulisan Dr. sebagai seorang ahli akademik yang ternyata amat bias dan penuh dengan percanggahan fakta dan hujah.

Menurut anda, ‘Buku Jingga’ yang dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat merupakan sebahagian dari pengamal domokrasi yang adil dan tatakelola yang baik. Persoalannya adakah sesiapa yang menyekat Pakatan Rakyat dari menerbit dan menyebarkan ‘Buku Jingga’ mereka? Kalau ada sila kemulakan. Sekiranya Pakatan berhak menerbitkan ‘Buku Jingga’ apakah kita sebagai rakyat tidak berhak menolaknya, terutama apabila kita mengkaji isi kandungannya, kita merasakan ia satu idea propaganda yang lebih bersifat retorik dan tidak berpijak dibumi yang nyata? Apakah Datuk Ahmad Maslan tidak mempunyai hak sebagai salah seorang pengamal demokrasi untuk menolak ‘Buku Jingga’ bila beliau merasakan ia tidak lain merupakan satu propaganda murahan yang tidak praktikal untuk dilaksanakan? Dan apakah kita rakyat jelata tidak boleh mendengar pandangan yang tidak bersetuju dengan isi kandungan ‘Buku Jingga’ yang diutarakan oleh Datuk Maslan? Tindakkan Datuk Maslan membuang buku jingga hanyalah satu bentuk ekspresi untuk menguatkan hujah beliau bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ adalah ‘tidak boleh pakai’. Apakah mengkritik dan menolak ‘Buku Jingga’ bererti kita ini sudah tidak demokrasi dan menyekat kebebasan maklumat? Jadi nampaknya kebebasan maklumat yang dilaung-laungkan Dr. juga sekadar satu retorik yang pada pendapat saya bersikap bias terhadap usaha propaganda pembangkang.

Menurut Dr. lagi, “Di antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah kebebasan maklumat serta ketelusan fakta.” Itu saya setuju. Tetapi bagaimana kita boleh mengetahui maklumat serta fakta itu telus sekiranya kita tidak dibenarkan untuk mengkritik maklumat tersebut. Apakah tindakan Datuk Maslan bukan termasuk dalam mengkritik maklumat yang terkandung dalam ‘Buku Jingga’? Apakah jaminan Dr. bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ itu betul-betul telus?

Seterusnya Dr. menulis, “Maka, berdasarkan prinsip ini, ‘Buku Jingga’ yang telah dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat sekaligus sebagai tawaran pihak Pakatan merupakan sebahagian daripada pengamalan demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik.” Persoalan saya ialah apakah kerana ia tawaran dari Pakatan, secara automatik ia menjadi pengamal demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik? Sepatutnya, demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik ialah setiap pihak diberikan peluang untuk mengemukakan tawaran mereka dan pihak lawan juga perlu diberikan peluang untuk mengkritik tawaran pihak lawan. Jadi saya ulangi, sila buktikan dimanakah Pakatan dihalang daripada mengemukakan tawaran ‘Buku Jingga’ mereka. Tunjukkanlah pada umum, bila dan dimana KDN menyekat penerbitan ‘Buku Jingga’. Jadi tindakan Datuk Maslan adalah semata-mata menjalankan demokrasi adil dan tatakelola yang baik, sedangkan Dr. sendirilah yang mencabulinya dengan tidak membenarkan pihak lawan menkritik ‘Buku Jingga’.

Perlu diingat bahawa Datuk Maslan adalah pembangkang bagi ‘Buku Jingga’ sepatutnya beliau mempunyai segala hak untuk melakukan apa yang dilakukan. Ini kerana tindakan beliau bukan atas kapasiti pihak berkecuali, sebaliknya sebagai pembangkang kepada ‘Buku Jingga’. Yang jeleknya ialah pihak yang sepatutnya berkecuali dan bertindak atas kapasiti pihak berkecuali (umpama seorang ahli akademik) tetapi melakukan perkara-perkara yang nyata bias terhadap kecenderungan peribadinya (saya tidak tujukan ini pada Dr., tapi secara umum). Mungkin alasan Dr. ialah tindakan membuang ‘Buku Jingga’ adalah tidak beradab, namun begitu, ia adalah tafsiran Dr. semata-mata sedangkan pada pendapat saya, ia adalah satu bentuk ekspresi yang sah, selagi ia tidak menjadikan peribadi individu sebagai sasaran.
Pesuruhjaya Pas Trengganu merangkap MP Kuala Trengganu sedang mencucuh api untuk membakar akhbar Utusan Malaysia

Arab Spring 

Bakar Utusan Malaysia menghina demokrasi
Dr. seperti ada satu obsesi pada Arab Spring. Hakikatnya ialah Malaysia adalah amat jauh berbeza dengan sesetengah Negara Arab. Membandingkan Malaysia dengan Arab dan menjadikan Arab Spring sebagai ukuran ternyata merendahkan rakyat serta system yang wujud dinegara ini. Dr. ada menulis “Sistem yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat maklumat yang tepat adalah sistem demokrasi yang tiruan (pseudo-democracy). Sistem seperti ini hanya meletakkan rakyat ditahap mentaliti yang rendah. Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan politik dunia ketiga.” Sekiranya diteliti apa yang Dr. tulis, ternyata Dr. lah yang mempelopori budaya pseudo-democracy. Dr. seperti mengatakan Pakatan sahaja yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat melalui ‘Buku Jingga’ mereka sehinggakan orang yang mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ dianggap telah menolak kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Apakah Datuk Maslan tidak mempunyai ruang untuk beliau mengkritik dan mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ sehinggakan tindakkan beliau dianggap tidak beradab dan menyanggahi demokrasi? Bukankah tindakan Datuk Maslan itu semata-mata proses demokrasi untuk beliau menzahirkan pandangannya kepada rakyat supaya rakyat boleh membuat pilihan. Kita tidak pernah mendengar pun Datuk Maslan menghalang sesiapa dari membaca ‘Buku Jingga’ dan sebagai individu dalam sistem demokrasi, bukankah beliau mempunyai hak untuk menzahirkan pandangan beliau? Apakah itu pun dianggap salah menurut kaca mata demokrasi Dr.?

Perlu disedari bahawa bukan semua rakyat mempunyai peluang untuk mencapai maklumat dan bukan semua mempunyai pengetahuan untuk mencerna maklumat dan menentukan mana yang betul dan mana yang salah. Oleh itu menjadi tugas ahli politik dalam sistem demokrasi untuk menyampaikan pandangan serta idea mereka. Pihak pembangkang telah kehulu dan kehilir untuk mempropagandakan ‘Buku Jingga’. Bukankah kalau menurut pandangan Dr., rakyat sudah mampu berfikir dan mereka sepatutnya dibiarkan menilai sendiri tanpa campur tangan ahli politik? Kalau Dr. kata itu hak pembangkang untuk mempropagandakan ideologi mereka, maka persoalan saya kepada Dr. ialah apakah Datuk Maslan tidak mempunyai hak untuk mempropagandakan pandangan beliau yang tidak menyetujui ‘Buku Jingga’.

Demokrasi ala DAP , Pas dan PKR
Seterusnya, Dr. menulis “Walaupun mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Datuk ketika Datuk beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina.” Saya seperti terkejut melihat kenyataan sedemikian keluar dari seorang ahli akademik dalam pengajian Islam, sedangkan semua ahli agama tahu tentang hadith Usama Ibn Zaid r.a yang telah membunuh seorang yang mengucap dihadapan beliau sewaktu peperangan dengan anggapan beliau mengucapkannya kerana takut dibunuh. Apabila perkara tersebut dibawa pada Nabi S.A.W., maka Nabi S.A.W. mengatakan apakah anda sudah membelah hati beliau dan mengetahui apa yang tersirat. Saya biarkan bahagian ini untuk difikirkan pembaca lain, tetapi persoalannya ialah apakah kerana Datuk Maslan membuang ‘Buku Jingga’, Dr. sudah tahu ramai orang Felda yang akan terhina? Seolah-olah ‘Buku Jingga’ ini satu kitab yang tidak boleh dipertikaikan dan seolah-olah Dr. tahu ‘Buku Jingga’ ini diterima ramai warga Felda?

Sebagai akhir kata, dapat saya simpulkan, tulisan Dr. ternyata banyak sangat kecacatannya. Dr. menyeru kepada kebebasan maklumat, demokrasi adil dan tulen, tatakelola dan segala istilah-istilah besar demokrasi masakini, tapi Dr. sendiri menyanggahi prinsip-prinsip tersebut dalam tulisan Dr. sendiri. Dr. seolah-olah member gambaran yang bebas, adil, tatakelola dan segala istilah itu semua hanya hak mutlak Pakatan sedangkan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mengkritik dan menolak persembahan Pakatan. Tulisan Dr. nyata amat bias terhadap pakatan. Mungkin itu adalah parti sokongan Dr. dan saya tidak mempunyai masalah terhadap kecenderungan Dr. Ini kerana dalam tulisan Dr. sendiri pun tidak menyatakan yang ia adalah satu tulisan yang tidak berpihak. Cuma fokus saya adalah pada tulisan itu sendiri yang ternyata bersikap “double standard” dan tidak bersikap adil kepada kedua-dua pihak, walaupun motto tulisan itu adalah tentang keadilan dan ketelusan maklumat. Cacatnya tulisan Dr. bukan kerana kecenderungan politik Dr., tetapi adalah kerana kelemahan hujah yang ternyata menyanggah apa yang Dr. sendiri sarankan.

Semoga kita semua diberikan petunjuk dan dijadikan orang yang benar-benar Adil oleh Allah S.W.T.

Sekian

Grand Marquis

Makluman Kepada Rakan-Rakan Blogger

Blog ini menghadapi sedikit masalah.

Semua senarai blog rakan-rakan yang disenarai di blog ini telah hilang.

Mohon rakan-rakan blogger dapatkan hantar komen atau e mel (rbf_501@yahoo.com) url blog anda kepada saya untuk disenaraikan semula.

Kerjasama rakan-rakan semua saya ucapkan terima kasih.

Pin BBM RBF Online : 27878FC6

Twitter : rbf_online

Saturday, February 18, 2012

Saifuddin Nasution Pun Main Pasir Di Selangor Juga Ke ?


Berita dari Utusan Online
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution diminta tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan sokongan bertulis terhadap sebuah syarikat bagi permohonan aktiviti perlombongan pasir di Selangor. 
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, desas-desus mengenai isu itu kini bertiup kencang terutama selepas berlaku pendedahan penglibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd. 
Beliau berkata, seperti mana isu Double Dignity, Saifuddin didakwa telah memberi sokongan kepada syarikat yang beliau sendiri dikatakan ada kepentingan
“Tugas Saifuddin dalam isu yang dikatakan melibatkan dirinya itu mudah sahaja. Beliau perlu menjawab ya ataupun tidak. Jika benar katakan ya dan jika bukan katakan tidak. 
“Kami di luar sini ingin mendengar pengakuan daripada Saifuddin agar segala kekeliruan terjawab lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang pemimpin penting dalam PKR,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai pembabitan Saifuddin dalam memberi sokongan bertulis kepada sebuah syarikat untuk tujuan perlombongan pasir seperti mana isu yang dihadapi oleh syarikat Double Dignity. 
Isu mengenai pembabitan pemimpin PKR di dalam syarikat melombong pasir mula tercetus apabila pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Amiruddin dan Shuhaimi terlibat dalam skandal rasuah pasir di Selangor pada 9 Februari lalu. 
Raja Petra turut mendakwa kedua-dua ADUN tersebut telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat baru yang dikenali sebagai Double Dignity iaitu sebuah syarikat yang terbabit dengan industri melombong pasir di Selangor. 
Anuar berkata, sebagai seorang pemimpin yang telus dan bertanggungjawab, Saifuddin tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran mengenai spekulasi tersebut. 
Dalam perkembangan berkaitan Anuar berkata, sekiranya Saifuddin mengakui yang beliau ada memberi sokongan bertulis kepada syarikat terlibat, Setiausaha Agung PKR itu perlu cermin terlebih dahulu dirinya sebelum menuduh orang lain amalkan kronisme.

Ini cerita best....

Din pun main pasir di Selangor juga ? 

Siapa Din di Selangor ? Adun ? Ahli Parlimen ? 

Kalau tiada angin pokok tak bergoyang. 

Menuduh orang mengamalkan kroni, rasuah, seleweng dan salah guna kuasa , tapi dalam diam-diam dia pun cakap tak serupa bikin. 

Pada pandangan anda semua adalah Saifuddin Nasution berani menjawab perkara ini ?

Friday, February 17, 2012

Hilang Aziz Bari Kini Muncul Dr Maszlee Malik


Aziz Bari dah hilang, sekarang muncul pula seorang lagi warga UIA yang ingin mencari populariti yang berkemungkinan besar berhajat untuk menempatkan dirinya dalam kelompok pembangkang menjelang PRU 13.

Orang yang dimaksudkan adalah Dr Maszlee Malik, pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sebelum daripada ini kita tidak pernah mendengar suara-suara Dr Maszlee , melainkan apabila menjadi moderator bagi program wacana anjuran Sinar Harian.

Beliau baru nak bermula berjinak-jinak dengan politik nampaknya apabila beberapa hari lepas beliau telah menghantar surat terbuka seperti yang disiarkan Sinar Harian kepada orang yang beliau katakan kenalan rapatnya, iaitu Hassan Ali.

Itu tandanya beliau cuba nak cari populariti. Jika beliau tidak berniat untuk cari populariti beliau tidak akan hantar surat terbuka yang boleh dibaca di seantero dunia kepada orang yang beliau anggap sahabat. Beliau boleh berjumpa Hassan Ali secara peribadi untuk bercakap apa yang ingin dicakapkan. 

Mungkin kerana sudah syok kerana menerima sokongan atau pujian pencacai-pencacai pembangkang hasil dari tulisannya kepada Hassan Ali , hari ini pula sekali lagi beliau menulis surat terbuka. Kali ini surat terbuka kepada Datuk Ahmad Maslan berhubung buku jingga yang dibuang ke dalam tong sampah.

Ahmad Maslan membuang buku jingga ke dalam tong sampah setelah beliau menjawab satu-persatu apa yang dikata dan dijanjikan oleh puak yang menjual mimpi kepada peneroka Felda tidak betul.Semuanya bohong dan tidak masuk akal. Apa salahnya benda yang bohong dibuang ke dalam tong sampah ? Memang itu tempatnya. Tak kan nak buat frame pula dan hantar ke setiap rumah peneroka ? 

Sebagai seorang ahli akademik sepatutnya Dr Maszlee membuat kajian terlebih dahulu apa yang dikatakan dalam buku tersebut benar atau bohong. 

Saya tidak mempertikaikan hak Dr Maszlee untuk bersuara kerana negara kita mengamalkan demokrasi. Akan tetapi sebagai seorang ahli akademik yang bersifat bebas beliau kena adil. Lainlah sekiranya beliau memang seorang ahli politik yang berpihak kepada mana-mana parti. 

Dimana suara Dr Maszlee ketika pemimpin DAP memijak gambar tiga adun bebas Perak ? Atau pun boleh atau tidak selepas ini Dr Maszlee menulis satu surat terbuka kepada pemimpin-pemimpin DAP bagi mengulas kejadian tersebut ? 


Dimana juga suara Dr Maszlee apabila Anwar Ibrahim menggunakan perkataan PANDIKUTTI atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud ANAK BABI kepada PM ? 

Dimana suara Dr Maszlee apabila pemimpin-pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan atau fatwa yang karut-marut. Seperti undi Pas masuk syurga, doa pecah perut dan yang lain-lain lagi. 

Jika Dr Maszlee berkata itu perkara-perkara lama dan beliau tidak berminat nak campur. Tak mengapa, kita ambil yang baru-baru pula.

Dimana suara Dr Maszlee apabila Anwar Ibrahim menyokong Israel ?

Jika pembangkang yang ada di Malaysia adalah pembangkang yang bertamadun saya juga akan 'menyembelih' Ahmad Maslan habis-habisan kerana tindakannya itu . Akan tetapi oleh kerana pembangkang yang ada di Malaysia hari ini adalah pembangkang yang tidak bertamadun, pembohong dan pemfitnah, maka tindakan yang diambil oleh Ahmad Maslan itu adalah satu langkah yang cukup tepat. Orang cerdik kita kena layan cara cerdik. Orang bodoh kita kena layan cara bodoh.

Semoga Dr Maszlee berjaya menempatkan dirinya dalam senarai calon Pas atau PKR pada PRU 13. Jemaah-jemaah JIM yang sebahagiannya parasit yang dimaksudkan oleh Dr Hassan Ali mungkin telah bersiap sedia menolong Dr Maszlee.

Thursday, February 16, 2012

MB Selangor Nak Bukti - Nah Ambil Bukti !


Petikan dari harakahdaily,
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar sedia memberi kerjasama berhubung dakwaan bahawa beliau mempunyai bukti salah laku kakitangan KSSB dalam pengendalian pasir di Selangor.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat exco semalam, Khalid berkata kerjasama dari Noh itu sangat penting bagi memastikan dakwaan itu benar-benar wujud atau hanya sekadar tuduhan politik.

Nak bukti ya  ?

Nah ambil bukti di bawah ini....

Sumber bukti : selangordaily.com

Harga pasir yang disiarkan dalam laman web KSSB
RM 8.00 per tan  untuk syarikat siapa ?
Lebih dari 50 % pengurangan diberikan kepada syarikat berkenaan.

Kenapa syarikat berkenaan dapat harga yang terlalu istimewa ?

Selanjutnya sila baca di sini

Gaji Anwar RM 1.00 , Gaji Rafizi......Wowwwww


Selama ini ramai orang tak tahu yang Rafizi Ramli bekerja dengan Penasihat Ekonomi Selangor. Laman sel13.com telah mendedahkan resume Rafizi sewaktu memohon kerja sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Gaji Anwar RM 1 sebulan....

Berapa pula gaji Rafizi ?

Jangan terkejut.....

Rileks.....rileks......tenangkan fikiran dulu.....

Urut dada dulu.....

Dah ok ?

Kalau dah ok sila klik di sini

Wednesday, February 15, 2012

Anwar Gadai Akidah: Semoga Blogger Ameno World Tak Terjun Bangunan

Seorang blogger sebelah pihak sana, ameno world, dah tersentak melihat gambar Anwar Ibrahim sedang dicalit dahi.

Cara dia menulis cara orang tersentak yang nak tutup malu.

Dia kata,
Cakap terus terang perayaan ponggal tue aku taktau perayaan apa. Jangan marah arh. Dan aku rasa perlunya isu neh dibuat pencerahan sebab ia seakan2 counter attack terhadap isu najib - thaipusam. 
Sebagai seorang blogger yang bermain dengan komputer setiap hari, tak mungkin ameno world tak pandai nak cari dalam google tentang perayaan Ponggal.

Bukan tak tahu atau tak pandai, tapi dia sengaja buat-buat bodoh kerana nak tutup malu.

Kalau ameno world nak tahu apa itu perayaan ponggal sila klik di sini.

Dia juga kata,
Lagi satu aku pun tiada kesahihan kalau neh gambar betul or super impose. Sapa2 yang tahu sila lah check ye. Tarikh, lokasi dan info2 berkaitan dah diberikan. Memasing boleh semak. Tunggu penjelasan lanjut dalam isu neh. Bai.

Sukar nak terima hakikat, masih lagi nak tutup malu.

Superimpose pula.....

Nak tubuh Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat ke ?

Dia kata tarikh dan lokasi dah diberikan dan minta pembacanya semak. Manalah tahu kot-kot waktu itu Anwar berada di Mekah, tetapi RBF fitnah Anwar di Perak.

Lihat di bawah

Keratan dari blog Adun Sri Andalas
Batu Gajah, 29 Januari 2012 - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diarak lebih 100 meter dari jalan besar Batu Gajah-Tanjong Tualang ke tapak pesta menaiki kereta lembu bersama kepimpinan PKR Pusat, Negeri Perak dan kempimpinan Pakatan Rakyat Perak.
Gambar pun ada.
Juga dari blog Adun Sri Andalas 


Kalau ameno world tak puas hati lagi, video pun ada juga di bawah ini



Kalau ameno world nak kenal bagaimana rupa gambar superimpose sila klik di sini.

Harap ameno world dapat menerima hakikat walaupun pahit untuk ditelan. Tak usahlah nak pusing kiri-kanan. Tolong belajar terima kebenaran sebagaimana blogger-blogger pro Umno yang menerima dengan hati  terbuka teguran Mufti Perak kepada Datuk Najib.

Semoga blogger ameno world tak terjun bangunan.

Gadai Akidah:Anwar Lagi Teruk - Gambar Di Dalam


Lima hari yang lepas Mufti Perak telah menegur PM kerana menghadiri sambutan hari Thaipusam di Batu Caves.

Jika kita lihat dengan mata kasar nampak ianya tidak ada sebarang kesalahan kerana Datuk Najib bukannya masuk ke dalam kuil atau melakukan upacara-upacara keagamaan hindu. Beliau hanya hadir di persekitaran kuil untuk mengambil kesempatan bertemu dengan orang-orang india yang berkumpul di sana pada hari itu.

Oleh kerana orang yang pakar dalam hal ehwal agama islam seperti Mufti Perak kata tak boleh , maka kita kena hormat nasihat beliau. Beliau lebih tahu dari kita, sebab itu beliau dilantik sebagai Mufti.

Telah lima hari Tan Sri Mufti Perak menegur PM, sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli-ahli Umno yang bangkit melawan atau mempertikaikan nasihat Mufti. Inilah kelebihan Umno, mereka terbuka menerima teguran atau kritikan. Sebab itu Umno boleh bertahan lama walaupun telah menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan.

Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulaRmak-ulaRmak Pas mempertikaikan Mufti Perak.

Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa bakul sumpah seranah, makian dan cacian yang diterima oleh Tan Sri Harussani. Haramsani, haram jadah, ulama duit dan macam-macam perkataan lagi semuanya akan keluar . Sejarah telah membuktikan perkara itu pernah berlaku.

Tetapi apabila Mufti Perak menegur PM, gelagat mereka seperti burung merpati ditabur beras. Zurrrrppppppp.......sepantas kilat , sahut menyahut mereka memuji Mufti yang puak-puak mereka gelarkan haraMsani dan haram jadah.

Ketua Penerangan Pemuda Pas - Sumber berita : harakahdaily
Dewan Pemuda PAS Pusat mahu lebih ramai para ulama, mufti dan golongan agamawan tampil menyatakan pandangan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam minggu lalu.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohamad Nor berkata, golongan itu perlu berani untuk menyatakan kebenaran seperti yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membantah tindakan Najib itu dan menyifatkannya sebagai ‘menggadai akidah’.

"Pemuda PAS melihat keberanian inilah yang perlu ditunjukkan oleh para Mufti di negara ini apabil melihat kemungkaran berlaku di depan mata tanpa mengira siapa pun pelakunya.

Ketua Pemuda Pas - Sumber berita : harakahdaily
"Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Beliau menyatakan ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayakan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Beliau menyokong tindakan itu dan berharap lebih ramai agamawan tampil menyatakan pendirian.
Naib Presiden Pas - Sumber berita : harakahdaily
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.

Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perak pula.

Haramsani atau haram jadah  atau ulama makan duit semuanya sudah hilang. Semuanya dah bertukar menjadi Tan Sri Harussani, seorang Mufti yang tegas dan berani menyatakan kebenaran.

Mengulas tindakan Datuk Najib itu Mahfuz Omar juga berkata,
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu .
Sekarang saya nak tunjukkan kepada rakan-rakan semua beberapa gambar yang saya janjikan sebelum ini. Gambar-gambar tersebut dikirimkan oleh seorang pembaca kepada saya.

Adakah Tan Sri Harussani akan kembali dipanggil haraMsani atau haram jadah sekiranya beliau mengulas atau menasihati orang yang dalam gambar seperti dibawah.

Kita juga sama-sama tunggu apakah Mahfuz Omar akan komen seperti dibawah ?
Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Anwar wakilkan pemimpin beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,”
Tuan Guru Nik Aziz atau ulama-ulama Pas sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir dalam perayaan itu .

Dulang Api
CALIT DAHI

 Apakah apa yang dilakukan oleh Anwar diatas tidak menggadai akidah ?

Gambar ditas dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.

Sekarang mari kita tunggu komen dari Mahfuz Omar dan pemuda-pemuda Pas. 

Akidah: Ada Lagi Gambar Yang Lebih Teruk


Tindakan Mufti Perak menegur PM kerana menghadiri majlis perayaan thaipusam di Batu Caves minggu lepas satu langkah yang tepat.

Saya menyokong 100 % teguran tersebut. 

Gambar di atas dan di bawah adalah gambar-gambar yang telah tersebar dan kita semua telah melihatnya. 




Gambar-gambar itu hanyalah gambar-gambar biasa sahaja. Saya ada beberapa lagi gambar yang lebih teruk. Anda semua pasti akan terkejut besar jika melihat gambar-gambar tersebut.

Saya akan kongsikan dengan anda semua gambar tersebut dalam tulisan yang akan saya siarkan pada tengahari atau petang ini.

Saya tahu ramai yang akan marah kepada saya apabila gambar itu disiarkan. Nak marah, nak maki, tidak menjadi masalah kepada saya. Yang penting kebenaran harus dinyatakan. 

Tunggu tengahari atau petang ini.

Monday, February 13, 2012

Sunday, February 12, 2012

Peguam PKR Pertahankan Lelaki Yang Menghina Nabi

Gambar dari sinarharian.com
Seorang wartawan warga Arab Saudi telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia ketika beliau transit di KLIA sebelum meneruskan perjalanan ke New Zealand.

Menurut Menteri Dalam Negeri penahanan itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi. Lelaki itu cuba melarikan diri kerana menjadi buruan pihak berkuasa Arab Saudi akibat dari perbuatannya menghina Nabi Muhammad SAW.  Kenyataan daripada KDN boleh dibaca di sini.

Di Malaysia pula sejak beberapa tahun lepas ada sejenis penyakit baru yang mana virusnya dibawa oleh parti-parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Penyakit hak asasi manusia.

Nak keluar masuk agama apa pun boleh kerana itu hak asasi manusia.

Nak lakukan seks rambang atau seks sejenis pun boleh kerana itu hak asasi manusia.

Nak nikah sama sejenis pun boleh kerana itu hak asasi manusia.

Polis tak boleh tembak mati penjenayah atau perompak kerana melanggar hak asasi manusia serta macam-macam lagi kesalahan atau kegiatan mungkar yang dipertahankan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang, semuanya atas nama hak asasi manusia.

Begitu dalam kes lelaki Arab Saudi yang menghina Junjungan Mulia umat islam. Tiga orang manusia laknat telah mempertahankan lelaki tersebut dan mencari jalan bagi menghalang lelaki itu dihantar pulang ke negaranya.

Mereka ialah  Christoph Wilcke dari Human Rights Watch  dan aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram.

Petikan berita dari malaysiakini
Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi menggesa Malaysia supaya tidak mengusir penulis muda itu.
Antaranya, penyelidikan kanan Human Rights Watch, Christoph Wilcke berkata Malaysia tidak perlu "bersubahat dengan menghantar Kashgari balik", sambil mendakwa beliau tidak mungkin mendapat perbicaraan yang adil di sana.

"Ulama Saudi telahpun memutuskan bahawa Kashgari adalah murtad yang harus menghadapi hukuman," katanya.

Menurut Wilcke, Malaysia perlu menyelamatkan Kashgari dan membiarkannya mendapat perlindungan di negara pilihannya.

Turut menyokong saranan itu adalah aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram.
Itu masih boleh tahan lagi kerana dua orang itu bukan beragama islam. Yang paling malangnya apabila seorang peguam wanita yang bertudung litup, yang beragama islam yang juga ahli PKR turut menjadi penghalang kepada usaha untuk menghantar balik lelaki berkenaan ke negaranya.


Gambar dari malaysiakini


Peguam itu bernama Fadiah Nadwa Fikri. Berita mengenai perkara tersebut anda boleh lihat di sini.

Di Arab Saudi mereka telah memutuskan lelaki yang menghina Nabi itu sebagai murtad. Jadi bagaimana pula dengan orang islam yang mempertahankan orang yang menghina Nabi ?

Dibawah ini adalah video ucapan Fadiah Nadwa Fikri dalam kongres PKR


Tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana telah mengambil langkah yang tepat dengan menghantar lelaki itu pulang ke negara asalnya seperti yang diminta oleh kerajaan mereka.