Saturday, March 31, 2012

PTPTN: Buktikan Di Selangor Terlebih Dahulu

Pak-khatan rakyat berjanji hendak hapuskan semua hutang PTPTN jika mereka memerintah negara.

Janji lagi....

PRU 2008 berpuluh janji yang ditaburkan di Selangor. Sampai hari ini dah masuk 4 tahun lebih 90 % janji yang dijanjikan belum tertunai.

Antaranya...

Janji nak turunkan cukai pintu, harapan hampa...

Janji nak beri elaun suri rumah jaga anak kecil ,harapan hampa...

Janji nak bagi elaun nurseri,harapan hampa...

Sekarang menjelang p/raya janji pula nak hapuskan PTPTN dan nak beri pendidikan percuma kepada rakyat.

Kerajaan Selangor ada sebuah universiti yang bernama UNISEL.

Saya yakin 90% pelajar-pelajar UNISEL pinjam duit PTPTN untuk bayar yuran.

Apa kata kalau majlis pimpinan pak-khatan rakyat buat satu keputusan minta Kerajaan Selangor beri pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar UNISEL.

Apabila diberi pendidikan percuma maka sudah tentulah pelajar-pelajar tak kalut nak pinjam duit PTPTN dan mereka tidak akan dibebani hutang.

Selangor sebuah negeri yang kaya. Khalid kata dia berjaya cipta sejarah Selangor kerana dapat simpan duit RM 1.9 bilion.

Theresa Kok pula kata Selangor mencatatkan pelaburan yang tinggi di bawah pimpinan mereka.

Kalau duit dah banyak, pelaburan pun tinggi, apa nak tunggu lagi ? Berilah pendidikan percuma kepada rakyat sebagai bukti atau komitmen kepada apa yang dijanjikan jika dapat memerintah negara.

Friday, March 30, 2012

Patutkah Ini Berlaku ?

Apabila kita pergi ke kedai makan atau restoran, maka sudah tentu apa yang kita makan kita akan bayar.

Kita tak makan free atau pergi minta bantuan makanan dengan mereka.

Apabila kita makan berbayar,patutkah sesebuah kedai makan hidangkan makanan kepada kita dalam bekas seperti untuk hidangan kepada kucing sebagaimana gambar diatas ?

Thursday, March 29, 2012

Ubahsuai Pejabat: Dr Halimah Perlu Jawab Dakwaan Ini....


Azmin Ali dakwa Hassan Ali belanja RM 300 ribu untuk pengubahsuaian pejabatnya.

Hassan Ali jawab balik, dia kata perbelanjaan pengubahsuaian pejabatnya dilakukan mengikut prosedur kewangan yang telah ditetap dan diluluskan.

Hassan Ali turut mendakwa seorang lagi Exco Selangor , iaitu Dr Halimah Ali juga diberi peruntukan besar untuk ubahsuai pejabatnya.

Dr Halimah Ali melompat menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan dakwaan Hassan sebagai satu tuduhan liar. Lihat di sini

Manakala mengikut selangor daily, jawapan yang diberikan oleh Dr Halimah tidak tepat. Katanya peruntukan untuk Dr Halimah telah diluluskan dan sebahagian kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan. Lihat lebih lanjut di sini.

Sekarang Dr Halimah perlu jawab dakwaan yang dikeluarkan oleh selangor daily. Jika Dr Halimah tidak menjawab atau menjelaskan dakwaan itu, maka orang akan menganggap apa yang didakwa itu benar dan orang akan memandang beliau sebagai seorang pembohong.

Setakat hari ini Dr Halimah masih boleh dikatakan mempunyai imej yang agak baik di kalangan wakil-wakil rakyat atau barisan Exco Selangor. Jadi, beliau tidak boleh diamkan dirinya dari menjawab dakwaan tersebut. 

Dr Halimah perlu jawab supaya imejnya tidak rosak. Kalau benar jawab benar, kalau tidak benar jawab tidak benar.

Wednesday, March 28, 2012

Nik Aziz Jangan Cakap Banyak,Pinda Dulu Undang-Undang Tubuh Kelantan

Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan Nik Aziz yang kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa.

Ini bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Sebelum ini dia pernah kata tak bangga dengan melayu, apa ada dengan melayu dan beberapa lagi kenyataannya yang tidak menunjukan rasa bangganya sebagai orang melayu.

Nabi pun bangga dengan bangsanya sendiri. Orang yang mengaku dirinya sebagai ulama pewaris Nabi tidak bangga dengan bangsanya.

Nik Aziz jangan cakap banyak,kalau rasa tidak bangga dengan bangsa sendiri dan merasakan tidak ada apa-apa dengan bangsa, dia patut pinda undang-undang tubuh negeri Kelantan.

Hari ini di Kelantan Pas menguasai lebih dari 2/3 Dun Kelantan.

Nik Aziz panggil satu sidang khas DUN Kelantan dan bentangkan pindaan untuk meminda undang-undang tubuh Kelantan bagi membolehkan undang-undang sedia ada yang menetapkan MB mestilah melayu ditukar.

Buat dan buktikan yang itu dulu.
Ada berani ?

Tuesday, March 27, 2012

Inilah Berita Yang Buat Guan Eng Malu Besar Di Parlimen Hari Ini


KUALA LUMPUR 27 Mac – Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan kenapa kerajaan melepaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, sehingga diberikan jawatan oleh syarikat Singapura, memakan diri hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tindakan Guan Eng (DAP-Bagan) yang cuba menunjukkan perhargaan bagi pihak pembangkang terhadap usaha Hassan memajukan Petronas, bertentangan dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas dan Hassan semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri pada 2008.

"Saya gembira kerana YB Bagan kini puji Tan Sri Hassan sebab saya masih ingat selepas menjadi Ketua Menteri pada tahun 2008, antara kritikan pertama yang beliau lakukan ialah terhadap pengurusan tertinggi Petronas.

“YB Bagan telah mengeluarkan komen bahawa pegawai atasan Petronas iaitu Tan Sri Hassan sering berbelanja dengan tinggi seperti menggunakan jet milik Petronas. Itu dulu la tapi sekarang dah puji,” katanya kepada satu pertanyaan Guan Eng semasa sesi soal jawab. 

Guan Eng meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaan melepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan terhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjaya ditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan.

Nor Mohamed berkata, Hassan memang diakui seorang tokoh korporat yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita yakin beliau akan terus menyumbang dari luar negara menerusi jaringan perniagaan dan jawatan yang disandangnya di Singapura dan ini akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara,” katanya. 
 

Guan Eng Malu Besar Di Parlimen Hari Ini


Di Dewan Undangan Negeri Selangor anak cina Klang malu besar apabila BBM yang dihantar kepada Exco-Exco Selangor jatuh ke tangan adun-adun BN.

Itu satu hal....

Di Dewan Rakyat lagi best.....

Anak cina Melaka yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bertanya soalan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tentang bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Dia punya goreng baikkkkkkkk punya.... 

Puji dan lambung Tan Sri Hassan bukan main lagi, kemudian kutuk kerajaan kerana tak pandai jaga Tan Sri Hassan hinggakan dia terpaksa berhijrah dan kini Singapura lebih menghargai beliau kerana melantik Tan Sri sebagai Pengerusi Singapore Power Limited.

Menteri rileks ja dengar luahan hati anak cina Melaka tersebut. 

Nor Mohd Yakcop bukannya seorang menteri yang bagus untuk bercakap atau berhujah dalam Dewan Rakyat, apatah lagi apabila dia diserang pembangkang. Dia tidak pandai bercakap atau berpolitik tetapi dalam bab kerja dia bagus.

Tapi hari ini boleh dikira sebagai sejarah dalam Dewan Rakyat apabila seorang menteri yang tak pandai berpolitik dengan mudah ja check mate seorang ahli politik yang kaki putar alam.

Menteri kata, dalam tahun 2008 sewaktu YB baru dilantik sebagai KM Pulau Pinang, YB pernah berkata tentang perbelanjaan mewah pegawai-pegawai tinggi Petronas termasuklah penggunaan pesawat Petronas oleh Tan Sri Hassan Merican. 

Boooooooooo....dia kena sorak. Masa tu muka anak cina itu merah padam walaupun dia tersengih-sengih dan bangun lagi untuk bercakap.

Tapi anak cina itu mana tahu malu beb.....dia buat selamba ja jumpa wartawan kat luar dewan. Samalah dengan pembohongan-pembohongan dia yang kantoi sebelum ini termasuklah kes lidah biawak dulu. 

Nantikan video....



Perhatian: Kita tidak bermasalah dengan Tan Sri Hassan.  Kita tahu jasa dan sumbangan dia besar terhadap industri petrolium negara. Cuma nak tunjuk pembohongan , sikap hipokrit dan sifat bermuka-muka pemimpin DAP.

Monday, March 26, 2012

Kezaliman Kerajaan Selangor


Di Kelantan dibawah kepimpinan kerajaan Pas tanah-tanah yang diusahakan rakyat diambil untuk dijadikan ladang rakyat.

Di Selangor pula dibawah kepimpinan kerajaan PKR tanah-tanah yang diusahakan oleh rakyat juga dirampas.

Sedangkan kedua-dua kerajaan negeri itulah yang menjulang diri mereka sendiri sebagai kerajaan kebajikan.

Klik di sini

Sunday, March 25, 2012

Ambiga Kini Setaraf Haji Hadi


S.Ambiga, seorang pejuang seks bebas kini telah diletakkan sebaris dengan Presiden Pas. Bukan setakat sebaris, malah turut sepentas.

Pas nak cakap pasal islam apa ke benda laginya, kalau presiden sendiri pun boleh bersekongkol dengan pejuang seks bebas yang terang-terang diharamkan oleh islam ? 

Kalau Haji Hadi seorang yang berprinsip dan bermaruah dia akan tolak jemputan untuk berceramah sepentas Ambiga. Bukan setakat menolak, malah tidak membenarkan gambarnya diletakkan sebaris dengan Ambiga, apatah lagi bersebelahan. 

Tapi Pas tak pernah peduli semua itu, yang penting undi...undi...undi....demi untuk mengejar kuasa ke Putrajaya. Kalimah Allah mereka sanggup gadai, perjuangan negara islam mereka gugurkan, pejuang anti murtad mereka pecat, ratu bogel Selangor mereka julang, isteri mereka dijadikan taruhan politik.Kini pejuang seks bebas dijadikan rakan. 

Itulah bukti Pas dan para pemimpinnya adalah political animal yang rakus. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mendapat undi, termasuklah mempermainkan Quran dan Hadis serta hukum-hakam agama.

Presiden Pas dihimpit oleh penentang negara islam dan pejuang seks bebas                 




Saturday, March 24, 2012

Farewell Khalid Ibrahim


Kata orang tua-tua kalau seseorang yang nak meninggal dunia, 40 hari terakhir perangai atau perwatakan seseorang itu akan berubah. 

Ada satu kes yang terjadi dalam keluarga saya, si suami setiap hari sebelum pergi kerja dia akan ucapkan terima kasih kepada isterinya kerana menjaga dia dan anak-anak dengan baik. Isterinya naik pelik kerana sebelum itu dia tidak pernah bersikap sedemikian. Tetapi isterinya tidak mengesyaki sesuatu yang buruk. 

Suatu hari , lebih kurang 1-2 minggu selepas perubahan perangai suaminya , ketika pulang dari kerja si suami terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal dunia. Selepas itu barulah isterinya teringatkan perubahan perangai suaminya sebelum itu. 

Apabila melihat bunting-bunting yang memaparkan wajah Khalid Ibrahim yang senyumnya bercampur sayu diiringi dengan ucapan TERIMA KASIH  DIATAS KEPERCAYAAN ANDA, yang sedang rancak digantung di seluruh negeri Selangor sekarang ini, menunjukkan seolah-olah Khalid tahu sampai untuknya telah tiba. Maksud saya masa untuknya meninggalkan pentadbiran Selangor. 

Sepatutnya bunting-bunting seperti diatas digantung selepas beliau mula-mula diangkat menerajui pemerintahan Selangor, bukannya di hujung-hujung penggal.

Oleh kerana Khalid tahu yang dia tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor lagi selepas PRU 13 kelak. Sebab itulah dia minta bunting-buntingnya digantung di seluruh Selangor untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor diatas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjadi MB.

Farewell Tan Sri......All the best........Rust in peace

Friday, March 23, 2012

Ini Perangai Sebenar Mereka Yang Duduk Temberang Siang dan Malam

Kita nak bela rakyat 

Kita berjuang untuk rakyat.....

Kita membawa suara rakyat.....

Kita memperjuangkan rakyat-rakyat yang ditindas Umno dan BN....

Podah chitttttt.....

Semua itu temberang ja lebih

Lihat gambar di bawah....

Sidang Dun yang berlangsung enam bulan sekali pun tak boleh nak beri komitmen, lagi nak bercakap lebih...

Sidang Dun November 2011
Adun Kota Anggerik (PKR) merangkap Exco , zzzz....zzzz....zzzz ketika dewan sedang bersidang

Sidang Dun November 2011
Adun Sri Andalas (PKR) merangkap Exco, baik punya zzz....zzz....zzz....ketika dewan bersidang

Sidang Dun Mac 2012
Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh (DAP) sedang melayan facebook ketika dewan bersidang

Thursday, March 22, 2012

Lori Sampah Untuk Syarikat Kroni

Hari ini rakyat Selangor dibebani dengan masalah sampah yang tidak berangkut berhari-hari. Semuanya kerana kerakusan kerajaan yang memerintah hendak memberi projek kepada kroni-kroninya.  

Ada di kalangan kontraktor yang dilantik yang tidak pun mempunyai lori sampah. Mereka angkut sampah dengan menggunakan lori biasa dan air lelehan air sampah jatuh keatas jalan raya serta tidak kurang juga masalah sampah yang diangkut bertaburan.

Untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang telah diberi kontrak mengutip sampah dan demi menyelamatkan tembolok juak-juak mereka,  kerajaan negeri pula yang belikan lori untuk digunakan oleh kontraktor yang telah diberi kontrak. Ronnie Liu sendiri yang mengakui perkara tersebut.


SHAH ALAM, 15 Mac: Kerajaan Negeri Selangor menempah 50 lori pengangkut sampah (kompektor) bagi menyelesaikan isu permasalahan sampah di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata selain menyediakan lori kompektor, beberapa langkah turut diambil bagi menyelesaikan sepenuhnya permasalahan tersebut.

"Masalah yang timbul sekarang apabila ada setengah kontraktor tidak mempunyai lori kompektor, sebab itulah ada sesetengah tempat terdapat sampah yang lewat dikutip mahupun tidak diangkut langsung.

Sumber : harakah daily
Bagaimana mungkin sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan mengutip sampah , diberi kontrak oleh kerajaan, tetapi syarikat tiada lori sampah ?

Jika ini terjadi kepada BN, sudah pasti tidak cukup padang untuk mereka berceramah dan bergegar-gegarlah pentas ceramah dengan laungan kronisme, rasuah dan sebagainya.

Bagaimana Khalid nak ambil alih pengurusan air Selangor dari Syabas, jika nak uruskan sampah pun gagal ?

Mereka ambil alih pengurusan sampah, sampah tidak diangkut berhari-hari. Maka jika mereka mengambil alih pengurusan air, maka jawabnya tidak mandi berhari-harilah rakyat Selangor semua. 
 
 
Selangor Hari Ini
 


Rosmah Perlukan Bantuan Untuk Pindahkan Wangnya ?


Tidak cukup dengan segala serangan dan fitnah terhadap Rosmah selama ini, kini muncul pula e mel layang seperti diatas kononnya Rosmah memerlukan bantuan untuk memindahkan wang beliau.

Menyerang, memburuk-buruk serta memfitnah isteri PM adalah salah satu agenda pembangkang dalam usaha mereka untuk mendapatkan kuasa dalam PRU akan datang.  Dengan harapan apabila orang benci Rosmah maka orang akan benci Najib. Apabila orang benci Najib maka orang akan tolak BN.

Mereka nak serang Datuk Najib dah tak boleh. Isu Altantuya dan mati habis selepas Datuk Najib bersumpah dia tidak pernah kenal wanita tersebut.

Dokumen dibawah ini adalah bukti niat jahat mereka. Apa yang tercatat di dalamnya adalah apa yang dibentang dan dibincangkan dalam satu forum yang bertajuk BAGAIMANA PKR/PAKATAN RAKYAT DAPAT MENINGKATKAN SOKONGAN PENGUNDI MELAYU ? yang diadakan pada 15 Febuari 2011.


Antara yang terlibat dalam forum itu adalah Nurul Izzah dan Hata Wahari, bekas presiden NUJ yang digugurkan.

Dalam forum itu mereka berbincang agar BENTUK KEADAAN SEMASA SEPERTI 2008. Mereka nak bentukkan keadaan supaya Rosmah dilihat pemboros, membazir dan suka shopping luar negara. Susulan daripada itulah wujudnya cerita Rosmah beli cincin juta-juta, beli beg tangan ratus-ratus ribu dan shopping sakan di Australia.  Mereka dah rancang rapi siri-siri fitnah terhadap Rosmah, dalam usaha untuk membangkitkan kebencian orang ramai terhadap Rosmah dan suaminya.

Bukan setakat bentukkan keadaan seperti diatas, mereka juga rancang bentukkan keadaan kononnya isteri TPM tidak puas dengan isteri PM. Maknanya, laga-lagakan isteri TPM dengan isteri PM.

Orang ramai ramai diberikan gambaran kononnya Nurul Izzah seorang yang baik. Baik apanya kalau boleh terlibat merancang untuk memfitnah orang lain ? 

Dia memang cekap, macam bapa dia. Dirinya dipotretkan sebagai seorang yang baik, jujur dan warak. Sedangkan dialah raja fitnah yang sebenarnya. Inilah yang dinamakan syaitan berwajah manusia.

Wednesday, March 21, 2012

DAP Yang Sial dan Dajal


Parti cauvinis Cina, DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor.

Semboyan yang sama didengar apabila DAP, PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini.

Bagi DAP dan parti pembangkang lain, setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.

Malah melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu, tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.

Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.

Bermula dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC, kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera di bawah pentabdiran Mageran.

BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini. Kemenangan yang dicapai pula jauh daripada apa yang  didakwa pembangkang sebagai 'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya.

Hakikatnya rakyat sedar apa yang dijanjikan oleh BN selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun dasar-dasar pembangunan yang digubal, semua dikota dan dilaksanakan.

Tidak mungkin Malaysia pada satu masa dahulu muncul sebagai salah satu 'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan kewangan yang menakjubkan sekiranya negara mundur dan tidak membangun.
 
Malaysia juga masih terus menjadi antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di dunia.

Sudah tentu segala program dan dasar pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju, progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020.

Pembangkang terutamanya DAP tidak rela melihat negara maju di bawah BN.Sebab itu parti itu dan juga PKR serta PAS sentiasa mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang digembar-gembur sebagai rasuah, penyelewengan.

Ketika pembangkang sibuk menfitnah dan melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, pembangkang pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN.

Malah jika dilihat prestasi negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Rakyat, tidak ada langsung pelaksanaan program pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka.

Malah di Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, umpamanya, rakyat negeri itu masih ramai yang terpakasa meminum air perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan.

Di Selangor pula, negeri yang diterajui PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak 2008.

Malah yang didakwa menjadi dalang kepada kecurian hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Kedah pula di bawah PAS menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

Menteri Besar yang dianggap degil, bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain.

Akhirnya pembangunan negeri terbantut akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat saling bertelagah sesama sendiri berebut kuasa.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba memikat hati orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam negeri itu, seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah membangun di bawah BN.

Taktik DAP ini hanya satu muslihat politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu. Parti itu pada dasarnya adalah serpihan daripada PAP yang berkuasa di Singapura.

Ketika pilihan raya umum 1964, PAP menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya.
Setelah Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula.

Ini menjadi bukti bahawa agenda DAP adalah untuk melenyapkan kuasa politik Melayu seperti mana yang berlaku di Singapura sekarang. 



Beruang Biru

Kerajaan Kebajikan Halau Rakyat Keluar Dari Rumah


Khalid Ibrahim kata kerajaan pimpinannya cipta sejarah kerana berjaya meningkatkan simpanan tunai kepada RM 1.9 bilion.

Tapi nak tolong rakyat yang susah tak boleh, hinggakan nak halau rakyat dari rumah yang mereka tinggal.

Selanjutnya sila klik di sini

Tuesday, March 20, 2012

Depan Orang Indonesia Anwar Kagumi Salman Rushdie, Depan Orang Malaysia ???

Dibawah ini adalah rakaman audio ucapan Anwar Ibrahim di Gedung Komunitas Salihara yang terletak di Jakarta Selatan, Jakarta, Indonesia.

Tarikh ucapan : 11 Oktober 2010

Sedikit info berkenaan Gedung Komunitas Salihara.

Komunitas Salihara merupakan komuniti pencinta pelbagai cabang seni termasuklah bidang teater, muzik dan penulisan.

Sebelum kehadiran Anwar, Komunitas Salihara pernah mengundang beberapa personaliti 'popular' untuk menyampaikan syarahan. Mereka semua dianggap sebagai tokoh Islam Liberal. 

Salah seorang individu yang pernah dijemput bersyarah di Komunitas Salihara adalah Amina Wadud, seorang wanita Islam yang pernah mencetuskan kontroversi kerana mengimamkan solat Jumaat di AS. Amina dilaporkan menyampaikan syarahan mengenai feminin dan ketuhanan serta kualiti feminin dari Tuhan.

Seorang lagi tokoh yang dijemput untuk menyampaikan syarahan adalah Musdah Mulia, wanita yang mendapat anugerah di Barat kerana keberaniannya menghalalkan gay dan lesbian.

Berdasarkan maklumat tersebut, tidak hairanlah kenapa Anwar dijemput untuk memberikan syarahan kepada komuniti berkenaan.

Sumber info: Utusan Online

Berikut adalah rakaman audio ucapan Anwar pada hari berkenaan...


Antara petikan-petikan  menarik ucapan Anwar pada majlis tersebut...
Midnight's children penghinaan terhadap agama islam keterlaluan. Tetapi, itukan satu karya.

Salman Rushdie seorang pencerita yang cukup menarik


Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rusdie).. Saya sukar untuk bersetuju..

Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang
Di depan orang-orang Indonesia dia mengkagumi dan menjulang Salman Rushdie


Kepada orang-orang Malaysia pula dia kata



Sekarang anda nilailah sendiri siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Sampai bilakah anda perlu ditipu olehnya ?


Sekian.....





Terima kasih kepada rakan-rakan di www.anwaraidc.com yang tidak pernah jemu-jemu buat mencari sumber maklumat, membuat kajian serta penyelidikan dalam usaha untuk membongkarkan siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Monday, March 19, 2012

Anwar Kantoi Bersama Salman Rushdie Di India



Di Malaysia Anwar dipotretkan sebagai seorang pemimpin anugerah tuhan yang suci, alim dan warak.

Pergi keluar negara dan sewaktu diwawancara oleh stesen BBC di Mumbai, pemimpin yang diangkat sebagai anugerah tuhan telah berkata undang-undang homoseksual di Malaysia perlu dikaji balik dan menyifatkannya itu sebagai undang-undang lapuk. 

Sekali rakyat Malaysia ditipu Anwar Ibrahim untuk tahun 2012.

Di Malaysia Anwar kata dialah pejuang negara Palestin dan akan berlawan habis-habisan menentang israel.

Di akhbar Wall Street Journal, Anwar kata dia akan memastikan keselamatan negara israel.

Dua kali rakyat Malaysia ditipu Anwar Ibrahim untuk tahun 2012.

Yang ketiga pula, 

Sebelum itu saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan blogger pisau.net yang turut mendedahkan perkara ini. 

Pada 16 Mac 2012 , Anwar Ibrahim tweet di laman twitternya menyatakan dia serta isterinya tidak akan hadir dalam satu persidangan yang dinamakan India Today Conclave yang berlangsung di New Delhi pada 16 dan 17 Mac 2012, kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang turut hadir di forum tersebut.


Apabila dah diumumkan begitu, maka sudah tentulah pencacai-pencacai serta penjilat tegar Anwar di Malaysia akan mencanangkan berita berkenaan habis-habisan kononnya bos mereka mempunyai pegangan yang kuat dan tidak boleh bersekongkol dengan orang yang menghina Rasulullah. Sudah tentulah bermacam-macam perisa lagi yang ditambah untuk menyedapkan cerita dan nak menutup kisah Anwar hendak memastikan keselamatan israel. 

Anwar tak datang ?

Anwar bantah kehadiran Salman Rushdie ?

Ish....ish.....ish.....bagusnya Anwar.....baiknya Anwar.....alimnya Anwar........

Erk ????

Satu Malaysia kena tipu dengan Anwar beb......

Tapi kat bawah ni gambar siapa dan dimana ya ?

Salman Rushdie sedang berucap di India Today Conclave

Yang ni pula gambar siapa yang sedang berucap ?


"Saya dan Azizah tidak akan hadir ke acara petang esok kerana membantah kehadiran Salaman Rushdie yang secara biadab menghina Rasullullah"

Kot-kot ada yang kata gambar Anwar itu gambar tipu atau fitnah dari blogger-blogger pro Umno, tabahkan hati anda untuk menerima kebenaran dan sila klik di sini serta di sini


Kah...kah....kah......

Kena tipu dengan Anwar lagi beb....

Mana Wan Azizah nak letak muka tu ?

Wan Azizah masih nak pertahankan lagi ke suaminya baik dan anugerah tuhan ? 

Lagi Pendedahan Rasuah Di Selangor


Umno rasuah....

MCA rasuah.......

MIC Rasuah...........

Barisan Nasional rasuah.....

Mereka putih suci bersih berseri.....

Betulkah mereka putih suci bersih berseri ?

Nah !

Klik di sini

Lagi Video Aksi Pemimpin Suci Akan Memasuki Pasaran ?


Sosek-sosek yang kedengaran pada hujung minggu mengatakan satu lagi video yang memaparkan aksi 'suci' pemimpin idola Pas akan memasuki 'pasaran' tidak berapa lama lagi.

Difahamkan video dirakam di sebuah hotel di Bangkok pada 12 dan 13 Januari 2011.

Cerita berkenaan video tersebut telah menjadi bualan di dunia cyber sejak tahun lepas, dan pemimpin suci itu sendiri telah beberapa kali diminta untuk menunjukkan paspotnya bagi membuktikan dimana dia berada pada tarikh berkenaan, tetapi dia tidak pernah melayan semua itu.

Malah sebuah laman juga pernah mendedahkan pergerakan keluar masuk negara pemimpin suci itu. Lihat di sini.

Difahamkan juga sedutan video dibawah adalah sebahagian dari rakaman aksi yang dikatakan dirakam di Bangkok.


Rafizi Ramli mungkin boleh panggil satu sidang media untuk menunjukkan paspot bosnya bagi membuktikan bosnya tidak berada di Bangkok pada 12 dan 13 Januari 2011.

Apa macam Rafizi, ada berani ?

Friday, March 16, 2012

Setpol MB Selangor Yang Terlebih Mengada-Ngada Bakal Dipecat ?

Dipetik dari : Jinggo Fotopages

Semalam semasa menghadiri sidang media oleh Ronnie Liew, saya telah diberitahu oleh kenalan saya di  Pejabat MB bahawa Biro Politik PKR yang bermesyuarat minggu sudah dengan sebulat suara telah meluluskan usul untuk meminta Menteri Besar Selangor menamatkan khidmat Cik Faekah sebagai Setiausaha Politik.
Alasan yang diberitahu kepada saya ialah Cik Faekah ini terlalu gemar mencampuri segala urusan yang tiada kena mengena dengan tugasan beliau sebagai Setiausaha Politik. Semenjak beliau menjawat jawatan tersebut pelbagai pihak telah 'dipaksa' tunduk dan menurut arahan beliau. Antaranya pengurusan TV Selangor sehingga menyebabkan pengurusan kanan berhenti dan membawa keluar hampir sepertiga kakitangan nya keluar. Badrul Amin yang diminta memberi perincian segala perbelanjaan aktiviti beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor sehingga menyebabkan Badrul 'menyentap' dan menyepikan diri seberapa ketika. Semua ini dilakukan diluar bidang tugasan beliau. Beliau dianggap terlebih sudu dari kuah.
Tapi yang panas sekali ialah Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor yang terpaksa melaporkan segala perbelanjaan pejabat Penasihat kepada Faekah. Bajet semua mesti mendapat kelulusan melalui Faekah.
Semasa mesyuarat Biro Politik saya difahamkan bahawa Kak Wan keberatan hendak meluluskan usul tersebut tetapi akur setelah didesak oleh Anwar yang begitu imosional sehingga mengeluarkan hamburan ayat yang tidak berapa enak kepada Faekah. 
Apakah perjalanan pengurusan Pejabat Menteri Besar akan bertambah cekap dan effisien setelah Faekah dipecat? Adakah ini komplot untuk mengasingkan dan menghakiskan terus kuasa Khalid sebagai Menteri Besar? Banyak persoalan yang bermain difikiran saya setelah mendapat berita ini.
Apa yang anda semua terfikirkan??
 
Jinggo, sesungguhnya aku amat-amat gembira menerima perkhabaran ini dan aku  berharap khabar itu akan jadi kenyataan. Aku nak buat pulut kuning apabila sah Faekah dipecat sebagai setpol MB Selangor.

Dalam sejarah setiausaha politik yang ada di Malaysia , Faekah satu-satunya setpol yang paling gila yang ada dalam Malaysia.

Sampaikan orang-orang PKR sendiri pun tak sukakan dia....

Bukan setakat orang PKR yang tak sukakan dia, kakitangan-kakitangan kerajaan negeri pun tak sukakan dia kerana perangainya yang terlebih sudu dari kuah. 

Tunggu pulut kuning dari rbf online......

Amah: Peraturan Gila

Utusan Malaysia hari ini melaporkan berita tentang amah dari Indonesia yang akan dihantar masuk ke Malaysia mulai bulan depan.

Menurut laporan itu, amah-amah yang akan dihantar masuk ke negara kita bulan depan hanya dibenar melakukan satu kerja dalam empat bidang khusus.

. Memasak
. Mengasuh bayi
. Mengemas rumah
. Menjaga orang tua

Gaji yang ditetapkan RM 700 sebulan untuk salah satu tugas diatas.

Kalau seseorang amah itu ditugaskan untuk mengasuh bayi, dia tidak boleh buat kerja-kerja lain. Hatta nak tolong tanak nasi pun tak boleh.

Kalau seseorang amah itu ditugaskan untuk memasak,dia tak boleh buat kerja lain. Hatta tolong pakaikan baju anak pun tak boleh.

Kalau nak amah yang boleh jaga anak dan yang boleh mengemas rumah,maka seseorang majikan itu perlu ambil dua amah dan bayar gaji RM 1400 sebulan. Kalau nak suruh memasak pula,majikan perlu ambil seorang lagi amah dan kena bayar gaji RM 700 lagi.

Tidakkah itu satu peraturan yang gila ?

Berapa ramai diantara kita rakyat Malaysia yang mampu bayar gaji amah sampai 2-3 orang ?

Mampukah Kak Siti yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Imigresen dan suaminya seorang penyelia di Jabatan Pendaftaran Negara untuk bayar gaji amah 2-3 orang ?

Tak faham bagaimana Pasukan Petugas Khas Bersama antara Malaysia dan Indonesia boleh bersetuju dengan syarat itu ?

Kalau begitu caranya,nampak gayanya selepas ini makin ramailah pendatang haram membanjiri bumi Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Sudah pasti permintaan amah haram akan meningkat kerana peraturan baru yang bodoh itu.

Untuk mengatasi benda haram, benda halal perlu dipermudahkan. Bukannya perlu disusahkan lagi.

Harap kerajaan dapat pertimbang untuk batalkan persetujuan yang telah dicapai oleh wakil Malaysia dalam rundingan dengan Indonesia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SPR Punya Pasal, Umno dan BN Yang Galas Beban

Berikut adalah kenyataan dari SPR berhubung pemindahan kawasan mengundi Khalid Ibrahim yang disiarkan malaysiakini. Saya sendiri tidak pasti samada apa yang disiarkan malaysiakini kenyataan dari SPR yang benar atau yang telah diputarbelit.

Jika apa yang disiarkan malaysiakini adalah kenyataan yang benar dari SPR, nampak gaya SPR kini telah menjadi satu beban yang besar kepada BN dalam PRU akan datang. Ini kerana apa yang dilakukan oleh SPR memberi persepsi kepada orang ramai ianya arahan parti pemerintah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya.
Kalau ya pun SPR nak lakukan pembetulan sempadan ianya mesti mestilah dibincangkan dengan wakil-wakil parti politik atau pun umumkan kepada pengundi di kawasan terlibat.

Apatah lagi dalam kes Khalid Ibrahim, ianya bukan setakat pertukaran parlimen, malah turut melibatkan pertukaran negeri. 

Bagaimana pula SPR boleh berkata Khalid Ibrahim tidak dipindahkan dan masih berdaftar dialamat yang sama ? Kalau tak dipindahkan bagaimana pula dari kawasan mengundinya di Petaling Jaya Selatan boleh bertukar menjadi Lembah Pantai ? Dulu boleh mengundi Dun dan parlimen, akan datang boleh mengundi parlimen sahaja.

Saya sendiri pun membuat semakan di laman web SPR dan mendapati Khalid Ibrahim adalah pengundi di Parlimen Lembah Pantai.

Terkini
Lama
Selepas PRU 2008 hingga sekarang bukannya musim persempadanan kawasan pilihanraya. Mengapa perlu SPR nak lakukan pembetulan sempadan peta ? Tak boleh tunggu musim persempadanan tiba ke ? Jika selama ini bertahun-tahun boleh digunakan, mengapa tak boleh tunggu 1-2 tahun lagi untuk masa persempadanan tiba ? 

Saya bukannya berniat untuk mempertikaikan tugas SPR atau nak mencari pasal dengan SPR. Selama ini kita juga yang kuat pertahankan SPR. Cuma dalam hal ini saya nampak tindakan SPR seolah-olah hendak memberi masalah Umno dan BN.Bebannya Umno dan BN yang menanggung lebih teruk. SPR tidak ada apa-apa masalah jika Umno dan BN kalah pilihanraya. Mereka tetap SPR dan kerja serta dapat gaji macam biasa.

Tindakan tidak cekap SPR ini seolah-olah mereka hendak mengesahkan segala tuduhan yang pembangkang lemparkan kepada mereka selama ini. Akhirnya yang jadi mangsa Umno dan BN.

Saya yakin dan saya pasti, jika benar apa yang dikatakan oleh Timbalan Pengerusi SPR seperti yang dilaporkan malaysiakini, isu ini akan dijadikan isu besar oleh pembangkang dan tidak mustahil mereka sekali lagi akan berhimpun di jalan raya menjelang PRU tidak berapa lama lagi. 

Masa yang ada yang sepatutnya digunakan oleh SPR untuk melakukan persediaan menjelang PRU, terpaksa digunakan pula untuk bersilat melawan tuduhan-tuduhan pembangkang. Jawatankuasa khas berhubung penambahbaikan proses pilihanraya dah nak selesai buat kerja mereka dan tekanan terhadap SPR pun sudah banyak berkurangan, tiba-tiba jadi begini pula. Tidakkah itu semua sia-sia ? 

Thursday, March 15, 2012

Khalid Ibrahim Pindah Tempat Mengundi, Jawapan Kepada Pembaca Malaysiakini Yang Bodoh


Tukang-tukang komen di malaysiakini yang majoritinya bahlol bin bangang melompat-melompat menyalahkan Umno berhubung perpindahan mengejutkan tempat mengundi Khalid Ibrahim dari Parlimen Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai. Lihat di sini

Wahai bahlol-bahlol sekalian, mari sini aku nak beritahu hangpa semua. Umno tak sebodoh hangpa semua nak buat kerja bodoh tu.

Sekarang ini Parlimen Lembah Pantai adalah kerusi PKR...

Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk nak tawan kerusi berkenaan dalam PRU 13....

Untuk nak menang di Lembah Pantai Umno kena tambah pengundi yang menyokong Umno.

Apa ke bodohnya Umno kalau nak menang, kemudian pergi tambahkan lagi orang PKR sebagai pengundi Lembah Pantai ?

Khalid Ibrahim tu orang parti mana ?

Itulah kualiti pembaca malaysiakini yang malaysiakini dok bangga pembacanya ratusan ribu sehari. Semuanya memilki otak besar puting mancis.

Mengejutkan ! Pemimpin Pas Terlibat Dengan Wang Haram

Dipetik dari sel13.com

1 - Perhatikan nama dalam bulatan hitam

2 - Perhatikan kotak nama jawatan di sebelah kiri bulatan hitam

3 - Perhatikan kotak nama organisasi dalam kotak nombor dua dari kiri.

Ok ?

Semua dah ok ?

Dah ok lah tu.....

Sekarang anda dah tahu siapa dan apa jawatan insan tersebut......


Perhatikan pula gambar dibawah ini

Dipetik dari sel13.com

1 - Perhatikan nama yang ditunjukkan oleh jari berwarna merah.

2 - Perhatikan perkara di bawah Tuan / Puan

3 - Tolong eja perkataan kelima dalam kandungan surat yang berhuruf  P.E.R.M.O.H.O.N.A.N

4 - Tolong eja perkataan kesembilan dalam kandungan surat yang berhuruf D.I.L.U.L.U.S.K.A.N

Jeng...jeng....jeng.....

Dah dapat jawapannya kan ?

Jangan lupa juga klik di sini....

Mereka yang dok kecoh-kecoh wang haram, rasuah dan sebagainya, dalam diam-diam dia pun pergi pohon juga.

1 Malaysia kena tipu dengan Pas.

Kah...kah...kah....kah...
 
Selain dari munafik , apa lagi perkataan yang sesuai kita gunakan untuk mereka ?

PKR Lantik Kroni Dalam GLC Selangor


Terbaca di blog house pk tentang kisah seorang warganegara Britain yang dilantik sebagai pengerusi di sebuah GLC Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. 

Terlihat pula gambar orang yang kalah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden PKR. Nak tahu lanjut lagi saya masuk ke http://perangsangselangor.com. Masuk sana jumpa pula 2 orang lagi muka PKR yang memegang jawatan pengarah dalam Kumpulan Perangsang.

Ini dikira sudah bonus lah.....

Nak cari yang lain, dapat satu lagi pula yang lain....

Siapa 3 orang tu ?

Mustaffa Kamil - Pengerusi PKR Perak dan ahli majlis pimpinan pusat PKR.

Kamarul Baharin - Pengerusi PKR Negeri Sembilan dan ahli parlimen Teluk Kemang (PKR)

Sivarasa Rasiah - Ahli majlis pimpinan pusat PKR dan ahli parlimen Subang (PKR)

Selama ini mereka menuduh BN mengamalkan kroni , salah guna kuasa dan sebagainya. Habis yang kamu buat tu apa ke benda ? Tak kroni ke ? 

Baru saja beberapa minggu lepas Khalid Ibrahim kata Khairy Jamaluddin tidak layak dilantik sebagai Pengerusi PUNB. Katanya Kahiry dilantik kerana pertimbangan politik.

Habis tu yang tiga orang itu dilantik kerana pertimbangan apa ?

Kepada rakyat Selangor, habis dah....habis....habis....setahun dua lagi habis semua harta benda Selangor dirembat oleh PKR dan kroni-kroninya. Seluruh negara punya PKR semuanya datang bertenggek di Selangor untuk merebut hasil mahsul bumi Selangor. 

Sikit hari lagi apabila semua bangunan telah dijual dan dah tiada apa-apa lagi untuk dijual, pintu gerbang Kota Darul Ehsan pun mereka akan jual.

Wednesday, March 14, 2012

Kebimbangan Guan Eng Tepat


Keangkuhan Lim Guan Eng akhirnya goyah juga apabila beliau semalam mengakui yang beliau merasa bimbang yang Pakatan Rakyat akan kehilangan kuasa di Pulau Pinang. Kenyataan beliau di dalam akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau semalam jelas menunjukkan ketidakyakinan beliau dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Kebimbangan beliau berpunca dari kesungguhan BN bekerja dalam memulihkan sokongan rakyat negeri itu, yang menyaksikan lawatan yang kerap dari pemimpin-pemimpin tertinggi BN ke kawasan-kawasan panas di sekitar negeri itu. Selain itu, beliau juga merasa bimbang mengenai insiden-insiden keganasan yang berlaku kerana isu-isu tertentu.
Menurut beliau lagi, adalah sukar bagi PR untuk menandingi BN dari segi jentera, wang dan media atau 3M (machinery, money and media) di mana BN mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat. Sasaran kini, katanya adalah untuk memenangi 100 dari 222 kerusi sudah dikira mencukupi bagi PR kerana ia pasti menimbulkan huru-hara di dalam UMNO. Apabila BN kehilangan 2/3 majoriti, Dato’ Seri Najib pasti akan dicabar dan pencabarnya akan membantu melemahkan BN secara tidak langsung. 
Itu adalah kenyataan dari mulut Guan Eng sendiri. Yang pasti, kebimbangan Lim Guan Eng bukan terhad kepada beberapa faktor yang disebutnya di atas sahaja. Tetapi, faktor yang paling kritikal ialah dirinya sendiri.
Sebelum berkuasa di Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau DAP secara keseluruhan sememangnya sinonim dengan imej rasis dan chauvinis. Hakikat bahawa DAP adalah pencetus 13 Mei tidak mungkin dapat dipadamkan daripada sejarah walau bagaimana licik pun mereka berusaha mengubah sejarah.
Apabila Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, rakyat telah diberi amaran berkenaan sikap rasis dan chauvinis DAP. Ternyata apa yang ditakuti menjadi nyata apabila Lim Guan Eng dengan selamba memungkiri janji kepada kaum India dengan merampas tanah kampung mereka dan dengan angkuh menghalau dan merobohkan kedai-kedai dan kampung milik kaum Melayu. 
Para pemerhati politik dan mereka-mereka yang berfikir dapat melihat dengan jelas bagaimana Lim Guan Eng menghalau kaum-kaum lain secara sistematik dan licik menggunakan kuasa dan undang-undang ke atas mereka yang lemah. Tanah-tanah kampung yang dirampas, didirikan rumah-rumah dan pusat komersial berkos tinggi bagi memastikan kaum Melayu dan India yang majoritinya terlalu jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina tidak akan mampu memilikinya hatta terpaksa keluar dari Pulau Pinang.
Selain itu, sikap diktator Guan Eng juga semakin terserlah sehingga tidak lagi disenangi bukan sahaja oleh kaum bukan Cina, tetapi kaum Cina sendiri. Antaranya, Lim Boo Chang, bekas ahli MPPP telah bertindak keluar parti atas alasan khusus iaitu ‘sikap diktator dan autokratik’ Lim Guan Eng yang menggunakan taktik mengugut dan menekan dalam pemberian projek sPICE. Sikap itu juga sekali gus menunjukkan yang Guan Eng tidak telus atau korup dalam pemberian projek-projek kerajaan negeri.
Guan Eng juga tidak mampu menyembunyikan kebenciannya yang meluap-luap terhadap Melayu dan sikap inilah yang sering menimbulkan ketegangan antara beliau dengan pegawai-pegawai kerajaan berbangsa Melayu. Bagi melakukan ‘damage control’ apabila sikapnya berjaya dihidu media, beliau terpaksa berbohong dan berbohong mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
Malangnya, Melayu tidak sebodoh yang Guan Eng sangka. Satu demi satu pembohongannya didedahkan seluas-luasnya sehingga beliau kini digelar sebagai Ketua Menteri lidah bercabang.
Sikap kepimpinan tertinggi DAP juga tidak mampu membantu Guan Eng dalam meraih sokongan rakyat. Walaupun sibuk melaungkan keterbukaan, menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan media tetapi kepimpinan DAP sendiri tidak bersikap terbuka. DAP terkenal dengan budaya memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyeru boikot terhadap media yang mengkritik mereka. Bayangkan, bagaimana Guan Eng boleh mengharapkan sokongan rakyat jika beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin?
Itu belum lagi dikira amalan kronisme dan nepotisme dalam DAP di mana hanya mereka-mereka yang punya pertalian atau yang rapat dengan kepimpinan atasan sahaja yang akan diberikan jawatan. Sikap komunis yang sentiasa prejudis dan tidak mempercayai orang luar begitu menebal menjadikan DAP sebagai parti yang ‘dingin’ dan tidak mesra rakyat.
Semua ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan Lim Guan Eng hilang keyakinan untuk menang dalam PRU akan datang. Mungkin Guan Eng enggan mengakui semuanya tetapi kita yakin yang jauh di sudut hatinya dia tahu setakat mana kebolehannya untuk mentadbir negeri. Seorang yang angkuh selalunya akan banyak berbuat silap kerana enggan menerima teguran dan nasihat.
Walaubagaimanapun, ‘jatuh’ atau tidak Pulau Pinang kali ini bukan bermakna PR akan selamat. 100 kerusi sasaran PR boleh dikatakan satu cita-cita yang terlalu tinggi dengan keadaan Selangor yang dipenuhi sampah dan berlubang di sana-sini akibat korupsi kerajaan negeri. Apa lagi dengan keadaan pentadbiran Kedah yang terumbang-ambing dan Kelantan yang seolah-olah ‘koma’ selama-lamanya.
Oleh itu, kebimbangan Guan Eng sebenarnya amatlah bertepatan sekali dengan perkembangan politik hari ini. Rakyat tidak lagi marah dengan BN sepertimana tahun 2008 dahulu. Rakyat kini marah dengan PR pula, kerana belum pun sampai sepenggal, sudah dilanda berbagai-bagai skandal. 

Beruang Biru

Ketam Dari Kelantan Pergi Ajar Anak Berjalan Di Kedah


Pengumuman anggota Jawatankuasa Pemandu oleh Pas Pusat yang diketuai oleh bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman bukan sahaja mengejutkan malah seolah-olah mahu meranapkan negeri Kedah.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussein melihat tindakan tersebut pada dasarnya seolah-olah sepertimana ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Menurut beliau apa yang menghairankannya, sepanjang Datuk Abdul Halim berada di dalam pentadbiran negeri Kelantan, segala masalah bukan sahaja masalah air tetapi masalah lain tidak berjaya diselesaikan.

“Macam mana Pas Pusat boleh pilih Abdul Halim mengetuai jawatankuasa berkenaan sedangkan Kelantan bukannya maju malah segala masalah tidak berjaya diselesaikan sebaliknya bertindan-tindan.

“Apakah beliau orang yang layak untuk memantau pelaksanaan pentadbiran di Kedah termasuk dalam soal manifesto. Di Kelantan sendiri pun tidak mampu selesaikan segala apa yang dijanjikan kepada rakyat.

“Bagi saya amat malang rakyat Kedah mendapat orang yang tidak selayaknya untuk menduduki kerusi berkenaan. Bagilah orang lain yang selayaknya jika Azizan tidak mampu…..Apa pun seperti yang saya katakan tadi tindakan Pas pusat itu umpama ketam mengajar anaknya berjalan,” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Pas semalam tentang penubuhan jawatankuasa pemandu yang dianggotai lima pemimpin Pas diketuai bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman.

Antara peranan jawatankuasa berkenaan memberi nasihat kepada kerajaan Pas Kedah tentang pelaksanaan manifesto Pas.

Dali seterusnya menambah  bukan hasrat beliau untuk memburukkan mana-mana pihak atau mengeksploitasi perlantikan berkenaan tetapi sedih melihatkan perkembangan berkenaan yang memmbuktikan Pas pusat tidak serius untuk membantu rakyat Kedah.

“Sama ada Datuk Halim mempunyai ‘track record’ yang baik tidak tahulah saya….tetapi kalau tanya saya seperti yang saya katakan tadi dan ianya memang benar-benar mengejutkan kerana memilih mereka yang bukan selayaknya untuk duduk di kerusi berkenaan,” katanya

Sumber: Umno Online

PKR dan Israel Tidak Dapat Dipisahkan

Sejak Tun Dr Mahathir menimbulkan isu “regime change” yang dirancang oleh negara asing. satu demi satu pendedahan telah dibuat berkenaan campurtangan asing dalam negara ini, termasuk surat-surat dari Ketua Pembangkang, Dato Seri Dato Anwar Ibrahim kepada Pengerusi National Endowment of Democracy (NED), Carl Gershman dan George Soros.

Hingga terkini, pihak Anwar dan PKR hanya mengambil sikap tidak mempeduli atau memperlecehkan isu ini supaya ianya tidak membesarkan. Mereka mahu rakyat anggap enteng saja seolah-olah ianya hanya propaganda murah UMNO dengan alasan NGO-NGO ini hanyalah aktivis berniat untuk mengembangkan amalan demokrasi.

Sidang akhbar Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Dato Ir Zin tengahhari tadi mendedahkan dengan bukti sekali bahawa pihak-pihak ini bukan hanya memperjuangkan demokrasi tapi mempunyai agenda tertentu untuk campurtangan dalam pilihanraya negara dengan memberi sokongan kewangan, latihan dan manual kepada parti-parti pembangkang khususnya PKR.

Penglibatan asing turut mahu menentukan keputusan pilihanraya memihak kumpulan tertentu dan cara proses politik sedemikian boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara pada jangkasama terdekat.

Bagaimana pula respons Anwar dan PKR dengan pendedahan berbukti yang akan didedahkan dan disebarkan keseluruh negara ini? Adakah masih beliau anggap ianya hanya UMNO mahu sengaja menakut-nakutkan rakyat jelata dan menjatuhkan kredibiliti Anwar Ibrahim? Sejauh mana Anwar akan terus menjual nama baik tokoh-tokoh ugama seperti Sheikh Yusoff Qardawi dan pemimpin Hamas untuk membersihkan namanya?

Untuk pendedahanya selanjutnya sila klik di sini

Video: Impian Shamsul Iskandar Yang Tinggi Menggunung


Tuesday, March 13, 2012

Gambar Ini Benar Atau Tipu ?


Terlihat gambar ini www.melanaublogger.com

Siang tadi ada juga beberapa rakan yang bercakap tentang gambar ini. Katanya gambar ini disebarkan untuk menunjukkan Rosmah berada sebaris dengan Agung dan Permaisuri. Manakala Najib terpaksa berada di belakang Agung dan Rosmah. Tujuannya nak tunjukkan bahawa Rosmah lebih hebat dari PM. 

Terus terang saya katakan, saya tidak mahir dalam soal untuk mengesan kesahihan sesuatu gambar. Saya ingin meminta bantuan rakan-rakan pembaca yang tahu atau mahir dalam soal berkenaan. Mohon anda beri pendapat berhubung gambar berkenaan, samada itu gambar benar atau gambar tipu.

Jika ikutkan sekilas dua kilas pemerhatian mata saya , saya dapat rasakan gambar itu adalah gambar tipu. 

1) Kewujudan lelaki misteri sedang berjalan belakang Rosmah. Anak panah bawah menunjukkan kakinya dan anak panah atas menunjukkan kepalanya.

2) Bahagian tangan Agung dan Rosmah menunjukkan seolah-olah ianya dipotong dan ditampal. 

3) Di belakang Agung atau disebelah kiri PM kelihatan terdapat seorang lelaki sedang menyembunyikan wajahnya. Nak bergambar dengan Agung dan PM pun ada juga ke orang yang nak main nyorok-nyorok ? Atau mungkinkah itu Anwar Ibrahim ?

Saya pelik dengan kaki seorang lelaki yang sedang berjalan dibelakang Rosmah dan orang yang berjalan itu akan melintasi depan Najib , seterusnya dadanya akan melanggar bahu Agung. 

Cuba anda fikirkan samada logik atau tidak, ketika Agung dan PM sedang bergambar boleh ada orang lain yang nak melintas depan PM dan Agung ? 

Mohon pendapat rakan-rakan yang mahir. Jika saya salah tolong betulkan saya.

Kisah Dua Kubur Di Shah Alam

Ini kisah berhubung tanah perkuburan islam di Kota Kemuning Shah Alam dimana ianya terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam

Sebidang tanah seluas 5.5 hektar telah disediakan pemaju untuk dijadikan tanah perkuburan islam dikawasan Kota Kemuning dan sekitarnya. Bagaimanapun, setelah bertahun-tahun penduduk islam yang menghuni kawasan tersebut tidak dapat menggunakan kubur itu untuk urusan pengkebumian jenazah  penduduk setempat yang meninggal dunia kerana mendapat tentangan dari penduduk bukan islam. 

Campur tangan MBSA dan pemimpin setempat tidak menyelesaikan masalah, malah kes dibawa pula ke mahkamah oleh 147 orang penduduk bukan islam Kota Kemuning dan Kemuning Greenville. Sehingga kini kes masih lagi di mahkamah. Difahamkan sebelum kes dibawa ke mahkamah ada 2-3 jenazah telah dikebumikan disitu.

Itulah sebahagian gambaran bagaimana susahnya untuk orang-orang islam nak buat kawasan kubur walaupun kawasan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan perkuburan. Hinggakan terpaksa berentap di mahkamah bertahun-tahun.

Sekarang mari kita lihat pula kisah tanah perkuburan bukan islam yang dibangunkan secara haram untuk tujuan komersial dan tidak perlu bayar premium tanah, juga di Shah Alam dimana ianya juga terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam

Kisah ini didedahkan oleh laman sel13.com


Sebidang tanah yang luasnya 49 ekar yang terletak di Seksyen U14 Shah Alam telah dibangunkan oleh dua buah syarikat swasta untuk dijadikan tanah perkuburan bukan islam, dimana lubang-lubang kuburnya dijual dengan harga-harga tertentu.

Mengikut laman sel13.com, perkuburan komersial tersebut dibangunkan secara haram dan tidak pernah mendapat kelulusan MBSA . Bukan sahaja tidak mendapat kelulusan, premium tanah pun tidak dibayar. 

Kenapa dua syarikat berkenaan mendapat layanan yang begitu istimewa dari MBSA ?

Siapa dalang disebalik layanan istimewa tersebut ?

Sel13.com ada jawapannya. Klik di sini.....

Untuk kubur islam ditanah yang telah digazet sebagai kubur serta telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, mereka bantah dan heret ke mahkamah sehinggakan nak kebumi jenazah pun tak boleh. 

Untuk kubur puak-puak mereka yang dibangunkan secara haram, malah dijual pula lubang-lubang kuburnya tidak menjadi sebarang masalah kerana semuanya telah di kawtim.