Monday, April 30, 2012

Anwar-Azmin:Dalam Masa dan Dalam Majlis Yang Sama Pun Masih Nak Kelentong

Mengikut wartawan-wartawan yang membuat liputan sidang media pasangan Anwar-Azmin hari ini mereka dikatakan puas bersilat menjawab soalan-soalan wartawan berhubung arahan merempuh sekatan untuk menceroboh masuk ke Dataran Merdeka.

Agendadaily.com ada menceritakan perkara tersebut. Klik di sini

Itu satu bab, ini ada lagi satu bab yang menarik perhatian seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi Parti Ajaran Sesat.


 Kata Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka.

Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-blog pro Umno.

"Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran.

"Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

 Kata Azmin Ali pula
Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis.

"Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.

"Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang," jelasnya.
Anwar kata isyarat tangan dia dengan Azmin minta perusuh bergerak ke Dataran Merdeka....

Azmin pula kata isyarat tangan dia menunjuk dia mahu berunding dengan polis dan arahkan perusuh duduk dan bertenang.

Kan dah nampak pembohongan itu ? 

Cerita tak sama dan tak selari.....

Dalam masa yang sama dan dalam sidang media yang sama pun mereka masih lagi nak kelentong. Langsung mereka tak takut atau bimbang. Semuanya kerana pembohongan sudah menjadi makanan harian mereka. Jadi apa yang mereka nak takut dengan bohong. 

Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Kita Menitis Air Mata


Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...

Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...

Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...

Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...

Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?

Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...

Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...

Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?

Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...

Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....

Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....

Amin...

Demo Haram:Langkah Polis Sebelum-Sebelum Ini Tepat

Sebelum ini semua diantara kita tahu apa langkah-langkah yang diambil polis sebelum sebarang perhimpunan jalanan atau perhimpunan haram berlangsung. Polis mengambil tindakan mencegah atau menghalang.

Banyak pihak sebelum ini mengkritik polis atas tindakan pencegahan dan halangan yang dilakukan. Ada yang kata kerana polis buat begitulah membuatkan peserta-peserta perhimpunan haram menjadi semakin ganas. Menyusahkan orang ramai dan macam-macam lagi. Pembangkang pula menuduh kerajaan tidak mengamalkan demokrasi yang betul dan bermacam-macam tuduhan lain lagi. 

Sebelum ini undang-undang yang ada menyatakan sebarang perhimpunan yang melebihi 5 orang perlu mendapat permit polis terlebih dahulu. Banyak pihak mengatakan itu undang-undang lapuk dan sebagainya.

Mengambil kira semua pandangan selaras dengan dasar transformasi yang dibawa oleh PM, lalu dibentanglah rang undang-undang perhimpunan aman. Jika dulu pembangkang berkata dan membuat macam-macam tuduhan buruk kepada kerajaan apabila perhimpunan mereka dihalang. Tetapi sewaktu rang undang-undang perhimpunan aman hendak diluluskan mereka lari keluar Dewan Rakyat

Oleh kerana rang undang-undang perhimpunan aman telah diluluskan maka polis membenarkan perhimpunan bersih 3 diadakan tanpa sebarang halangan ditempat-tempat yang telah dinyatakan dalam undang-undang tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, Dataran Merdeka tidak termasuk dalam tempat yang dibenarkan untuk berhimpun dalam rang undang-undang tersebut. 

KDN dan polis mengambil langkah yang cukup berhemah dan berlembut dengan penganjur bersih atas semangat rang undang-undang yang baru diluluskan itu. Jika KDN dan polis tidak memberi kerjasama kerajaan akan dituduh cakap tidak serupa bikin pula.

Menteri sendiri menawarkan Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil kepada penganjur serta polis pula berjanji akan membantu untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Tetapi semua itu dibakul sampahkan oleh penganjur dan mereka tetap berkeras untuk adakan di tempat yang tidak dibenarkan. 

Akhirnya apa yang berlaku semalam, kesalahannya diletakkan kepada kerajaan dan polis. Penganjur yang keras kepala lepas tangan. Dalam banyak-banyak perhimpunan haram yang dilakukan pembangkang sebelum ini, perhimpunan semalam adalah yang paling ganas selepas perhimpunan hari Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada 14 April 1999.

Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku semalam. Semalam adalah ujian pertama kepada polis selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan beberapa bulan lepas. Melihat kepada apa yang berlaku semalam nampaknya undang-undang lama lebih baik lagi. 

Terang-terangan usaha baik kerajaan untuk membenarkan perhimpunan telah disalahgunakan oleh puak-puak lahanat tersebut untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Madu yang diberi tuba yang dibalas.

Selama dua minggu polis memberi muka dan bersabar kepada puak-puak lahanat tersebut . Tetapi makin diberi muka mereka makin naik toncang. 

Bermula dengan perhimpunan anti PTPTN pada 14.April.2012. Mereka berhimpun depan Sogo, kemudian berarak ke Dataran Merdeka sehingga sehingga menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Polis bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam. Kemudian mereka nak berkhemah di Dataran Merdeka. Polis tidak masuk campur, hanya DBKL sahaja. 

Bas PDRM disekat dan anggota dimaki. Sabtu 12.30 malam


Sabtu 28 April 2012, seawal jam 12.01 tengah malam mereka mula berkumpul dan buat huru-hara berdekatan Dataran Merdeka sehingga jalan raya menjadi sesak. Polis bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu dituduh zalim dan menghalang hak rakyat. 

Sejak jam 6.30 pagi Sabtu saya berada di sekitar kawasan Pudu Raya, Petaling Street dan Pasar Seni untuk melihat dengan mata sendiri apa yang akan terjadi pada hari tersebut. Seawal jam 7 pagi peserta-peserta demo sudah tiba dengan memakai baju kuning dan hijau . Kebanyakan mereka tiba dengan bas di Pudu Raya dan LRT di Stesen Pudu.

Simpang Kota Raya-Jalan Sultan
Jam 10 pagi mereka sudah mula berkumpul tepi jalan sekitar Jalan Sultan dan bangunan Kota Raya. Kemudian mereka berkumpul ditengah-tengah jalan raya sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas termasuklah bas-bas yang keluar masuk Pudu Raya. Sedangkan mereka kata perhimpunan akan bermula jam 2 petang.

Jam 11 pagi mereka berpecah kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan berarak sambil menjerit-jerit mengikut laluan yang ditetapkan dan akan bertembung kembali di Dataran Maybank. 

Keadaan lalu lintas tidak terkawal apabila mereka membuat halangan atas jalan raya, dan tutup jalan sesuka hati mereka. Manakala peniaga-peniaga mula tutup kedai. Mereka buat seperti mak bapak mereka punya jalan. Mereka boleh ishtihar mereka berhimpun secara aman. Tetapi mereka tak sedar yang tindakan mereka berarak sana sini telah menimbulkan kekacauan lalu lintas. Apabila satu jalan mula sesak, selepas itu kesesakan akan berantai-rantai sehingga ke jalan-jalan lain dan akhirnya semua jalan masuk ke pusat bandar sesak dan berantai-rantai pula ke pinggir bandar. Akhirnya polis yang akan dimarahi orang ramai kerana tidak mengawal lalu lintas. Sedangkan arahan polis puak-puak lahanat tidak patuh. 

Depan Menara Maybank
Sepanjang berada disana saya perhatikan setiap kali kenderaan polis lalu mereka akan sorak dan maki. Termasuklah kepada helikopter polis yang sedang memantau dari udara. Itu pun mereka sorak dan maki juga. Gilakan ? 

Jam 12 tengahari mereka mula naik sheh apabila ada pemimpin-pemimpin mereka mula tiba dan berucap di Dataran Maybank. Jam 1 tengahari mereka semakin menggila dan keadaan semakin tidak terkawal. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku saya bergerak ke arah Pasar Seni . Di depan Bangkok Bank saya lihat gerombolan peserta demo berarak sambil menjerit-jerit. Unit amal Pas yang berbaju merah berada di barisan hadapan sambil meniup wisel dan menjerit-jerit supaya memberi laluan. Rupa-rupanya Ambiga yang berada dalam gerombolan tersebut untuk menuju ke Dataran Merdeka. Lebih kurang sejam disana, tiba-tiba unit amal Pas mengeluarkan arahan supaya bergerak ke Dataran Maybank dan tunggu arahan selanjutnya. 

Jihad ! unit amal yang menjadi benteng mengawal Ambiga.
Disana keadaan juga peserta-peserta demo menggila. Tiba-tiba mata dan hidung terasa pedih kena gas pemedih mata yang dibawa angin. Tekap muka dengan tuala basah. Dua malam boleh tidur lena. Selesai masalah resdung saya apabila kena gas pemedih mata.

Melalui sistem BBM, rakan yang berada di Dataran Merdeka memaklumkan polis mula melepaskan pemedih mata setelah peserta-peserta demo mula bertindak ganas dengan membuka halangan masuk ke Dataran Merdeka selepas disuruh Anwar dan Azmin. 

Semuanya kerana lampu hijau dari Anwar dan Azmin. Bagi peserta-peserta demo biasa atau pun yang bukan totok Pas dan PKR mereka mula bersurai selepas gas pemedih mata dilepaskan. Termasuklah orang-orang cina yang sebelum itu begitu ramai.

Amiga dikawal rapi petugas parti islam yang tiada maruah
Dari tengah malam sebelumnya hinggalah ke tengahari polis bersabar kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam, walaupun mereka dicaci dan dihina.  Tetapi apabila dibiarkan mereka makin menjadi-jadi.

Apabila mereka dah naik ke kepala, apakah polis masih nak biarkan mereka bertindak ganas ? 

Setelah lebih 12 jam polis beri muka dan bersabar dengan mereka, adakah menjadi kesalahan untuk polis bertindak selepas mereka mula mengganas ?

Pernahkah kita semua terfikir bagaimana seksanya polis dengan pakaian yang dipakai, dengan cuacanya , dengan makan minum yang tidak tahu kemana, dengan tidurnya yang tak tahu kemana , nak buang air pun susah. Kemudian dimaki dan dihina pula. Walaupun mereka polis tetapi mereka juga manusia seperti kita. 

Anggota polis sedang dimaki dan dicaci
Setiap kali mereka melaung-laungkan perkataan polis anjing darah saya akan berderau hingga ke kepala dan bulu roma saya akan meremang. Kalau kita yang bukan polis pun boleh begitu, apakah perasaan orang yang dilemparkan kata-kata begitu ?  

Apabila mereka kalah undi Pos mereka kata SPR yang memanipulasi undi berkenaan. Mereka tidak pernah sedar yang tindakan-tindakan bodoh mereka itu membuatkan polis tidak mahu mengundi mereka. 

Kesimpulannya apa yang saya nak kata bahawa, langkah-langkah pencegahan dan halangan yang diambil oleh polis kepada perhimpunan-perhimpunan haram sebelum ini adalah satu langkah yang tepat. Puak-puak lahanat itu memang tidak boleh diberi muka dan peluang kerana mereka memang jenis manusia yang tidak pandai menghargai peluang yang diberi.

London 2011
Sebagai penutup saya ingin mengajak rakan-rakan pembaca semua untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada polis diatas kerja keras dan kecekapan mereka semalam. Jika ada kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan dalam tugas mereka semalam, sebagai rakyat kita pakat-pakat maafkan mereka. 

Kita kena ingat bahawa amanah yang dipikul mereka lagi besar berbanding jika ada sedikit kesilapan yang mereka lakukan. 

Jika anda lihat ada blog-blog pembangkang tunjuk gambar perusuh dipukul polis, itu perkara biasa bagi mana-mana polis dalam dunia ini apabila berdepan dengan perusuh. Tidak ada polis dalam dunia ini yang berhadapan dengan perusuh seperti pakar kaunseling berdepan dengan orang yang mendapatkan khidmatnya. 

Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana telah menggali lubang kubur mereka sendiri semalam, dan kubur-kubur yang digali semalam akan diisi dengan jenazah mereka sendiri pada malam keputusan PRU 13 nanti. 

London 2011
London 2011
Italy 2010
Sepanyol 2012
China 2009 
Greece 2012

Sunday, April 29, 2012

Terbalik Kereta Polis: Pembohongan Pas Dijawab

Parti Ajaran Syaitan, itulah Pas....

Dalam keadaan bukti yang dah terbentang depan mata Pas masih lagi nak bohong kerana nak kata mereka baik.

Petikan dari lidah rasmi syaitan - haramkahdaily
KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

Jika kita lihat kepada laporan itu, maka sudah tentulah terdetik dalam hati kita, oh....patutlah diterbalikkan kereta itu kerana ada orang tersepit dibawah.

Hakikat yang sebenarnya, itu tidak betul.

Gambar-gambar dibawah ini menjadi bukti....



Sebaik sahaja kereta polis tersebut terbabas dan melanggar tembok Sogo, perkara pertama yang dilakukan perusuh-perusuh adalah seperti yang tertera dalam gambar diatas.

Jika benar ada orang terperosok bawah kereta itu dan perusuh-perusuh berniat baik sepertimana yang dilaporkan harakah, sepatutnya langkah pertama yang diambil adalah berusaha mengeluarkan mangsa. Bukannya sesahkan kereta dan anggota yang didalamnya. 

Setelah puas menyesah kereta dan anggota di dalam baru mereka terbalikkan kereta. Kalau benar ada orang yang terperosok dibawah kereta itu, sudah tentu mangsa akan cedera parah atau telah meninggal dunia.

Lihat gambar dibawah yang disiarkan oleh lidah rasmi syaitan yang mendakwa orang didalam gambar itu adalah mangsa rempuhan kereta polis. 

Cedera hanya di dagu dan dahi. Di betis langsung tidak ada kesan calar balar. Kalau Pas nak bohong pun agak-agaklah

Sekarang anda lihat pula gambar-gambar dibawah.

Selepas mereka puas menyesah kereta dan anggota polis didalam kereta tersebut barulah mereka nak terbalikkan kereta tersebut kononnya untuk menyelamatkan mangsa yang terperosok dibawah kereta polis.

Takbir !!! Angkat........


Ada tak anda nampak mereka tarik orang keluar ? Kalau niat baik untuk selamatkan orang, pada kedudukan itu mereka dah boleh tarik mangsa keluar tanpa perlu menterbalikkan kereta tersebut.

Sekarang dah terbalik, ada anda nampak orang bawah kereta tersebut ? 

Zaman dulu sewaktu Pas dan geng-geng mereka menguasai dunia internet bolehlah mereka nak tipu pembaca. Sekarang ? maaflah.....

Sekarang terpulang kepada anda semua untuk menilai mana yang fakta dan mana yang auta.

Demo Bersih Jadi Lubang Kubur Pembangkang

Pembangkang buat demo di KL semalam dengan harapan nak bangkitkan sentimen rakyat agar membenci kerajaan dan menolak BN dalam pilihanraya akan datang.

Lain yang diharap lain yang jadi. Apa yang pembangkang buat semalam ibarat mereka menggali kubur sendiri.

Yang syok, yang seronok hanya mereka dan orang-orang mereka sahaja. Jutaan rakyat Malaysia yang lain benci dan marah dengan apa yang terjadi semalam.

Kalaulah saya ada kuasa untuk buat pilihanraya, minggu depan saya bubarkan parlimen.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 28, 2012

Nah...ambil kau

Terima kasih kepada cikgu shashi untuk gambar diatas.

Kami bukan nak buat kacau.

Kami tak ganas.

Kami nak berhimpun secara aman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tolong doa keselamatan anggota polis yg kini parah di ICU

Berita baru diterima...

Difahamkan seorang anggota polis trafik yang cedera dipukul perusuh kini berada dalam keadaan parah dan sedang dirawat di ICU HKL.

Doa rakyat Malaysia amat diharap-harapkan.

Saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gambar Kereta Polis Diserang


Selanjutnya sila ke sel-13.blogspot

Demo Dikuasai Orang Cina

Perhimpunan bersih kali ini boleh dikatakan 70% dikuasai oleh orang-orang cina.

Anda tafsirlah sendiri apa yang mereka nak...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FRU Sudah Sampai

Puak-puak lahanat ni tak boleh diberi ruang.

Pihak berkuasa bagi ruang baik punya kat mereka tapi mereka lebih-lebih pula buat kacau. Sekat jalan sana-sini dan provok sana-sini.

Sekarang FRU terpaksa masuk...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Akhlak Mulia Timbalan Presiden Parti Islam


Selain samseng apa lagi istilah yang anda nak pakai, pakailah.

Tapi itulah akhlak dan peribadi mulia mengikut takrifan Pas dan diamalkan oleh timbalan presiden mereka.

Gambar diatas dirakam awal pagi tadi berdekatan simpang Jalan TAR - Jalan Tun Perak.

Anggota Polis Dicaci dan Dimaki

Rasanya tak sampai hati melihat bagaimana anggota-anggota polis dicaci dan dimaki oleh puak-puak lahanat itu...

Gambar diatas menunjukkan bagaimana bas yang membawa anggota polis dari arah jalan Tunku Abdul Rahman telah diserbu dan ditahan oleh mereka sambil memaki hamun serta mencaci anggota polis dengan pelbagai kata-kata nista.

Dasyat betul rakan-rakan sekalian. Sedih ada,marah pun ada melihat bagaimana anggota polis itu dimaki.

Apa salah mereka dan apa dosa mereka sehingga puak-puak itu mencaci dengan begitu teruk sekali ?

Tapi anggota yang dalam bas tersebut mempunyai kesabaran yang tinggi. Makian dan cacian yang dituju kepada mereka dibalas dengan senyuman.

Entah apalah yang akan terjadi kepada negara kita sekiranya puak-puak lahanat itu diberi peluang memerintah negara.

Undang-undang negara mereka buat seperti undang-undang mak bapak mereka
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 27, 2012

Apa Drama Yang Anda Jangkakan ?

Mohon pendapat rakan-rakan sekalian.

Drama apakah yang anda jangkakan akandimainkan oleh geng-geng pembangkang dalam demo esok ?

Lakonan depan media asing ?

Polis ganas ?

Cedera parah ?

Mati ?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perjuangan Ambiga Dibawa Sehingga Ke Dalam Masjid Nabi Di Madinah


Dengan penuh bangga dan tanpa sedikit pun rasa bersalah atau malu lidah rasmi Pas melaporkan berita pelancaran bersih di Madinah dan Mekah. Lihat di sini

Masjid Nabawi atau dikenali juga sebagai sebagai Nabi di Kota Madinah yang mana juga disitu terletaknya Makam Rasulullah SAW telah digunakan sebagai tempat untuk melancarkan perjuangan Ambiga. Gambar diatas dirakam dalam perkarangan Masjid Nabawi (Tanah Haram) Madinah.

Semua orang telah tahu siapa Ambiga. Dengan LGBTnya  dengan kes murtad dan sebagainya. Amat malang sekali apabila masih ada keldai-keldai yang berugama islam yang bodoh yang membawa perjuangan yang dibawa Ambiga sehingga ke dalam Masjid Nabi.

Soal kamu orang nak sokong, kamu sokonglah. Tapi jangan sampai jadi bangang bawa sampai ke dalam Masjid Nabi.

Inilah kebodohan dan kebebalan Pas yang tiada tolok bandingnya. Sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mencapai nafsu mereka. Musuh-musuh islam sedang gelak ketawa melihat bagaimana keldai-keldai mereka sanggup membawa perjuangan mereka sehingga ke dalam Masjid Junjungan Mulia umat islam.

Walaupun mereka (musuh islam) dilarang menjejaki kaki di Tanah Haram , tetapi perjuangan mereka boleh sampai hingga ke dalam masjid di Tanah Haram.

SYABAS PAS !

Thursday, April 26, 2012

Video: Aksi Brutal Geng Bersih Serang Majlis Keagamaan Kaum China


Seperti yang kita katakan, agenda bersih adalah agenda untuk menimbulkan kacau bilau kepada negara. Jika mereka tidak berniat untuk menimbulkan kacau bilau maka sudah tentu mereka akan terima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

Menteri KDN dah beri jaminan, sekiranya mereka adakan di Stadium Merdeka, pihak berkuasa akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Termasuklah mengawal pergerakan lalulintas serta keselamatan peserta.



Mereka tolak semua itu atas alasan kesuntukan masa. Alasan yang paling dangkal. Dengan dunia teknologi telekomukasi termasuklah internet yang berkembang pesat, setakat nak umumkan pindah lokasi dalam masa sehari ianya boleh diselesaikan.

Kenapa mereka pilih Dataran Merdeka ?

Malaysiakini ada jawapannya....
"Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.

Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.

Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.

Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya."
Bukan kita yang kata, itu mereka sendiri mengakui mengapa perlu mereka buat di Dataran Merdeka. Mereka mahu huru-hara dan pertumpahan darah sepertimana di Mesir berlaku di negara kita. Dan juga untuk mensabotaj ekonomi negara agar pelabur asing hilang kepercayaan kepada Malaysia.

Tidak mustahil huru-hara akan tercetus Sabtu ini akibat kerakusan mereka mengejar kuasa. Puak-puak itu memang ganas atau pun brutal. Mereka hati kering dan mereka sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

Dibawah ini ada satu video yang yang memaparkan satu kejadian yang berlaku di Perak beberapa malam lepas sewaktu mereka melancarkan bersih peringkat negeri Perak.

Mereka adakan majlis di satu kawasan perumahan berhampiran bandar Ipoh. Dalam masa yang sama pada malam berkenaan orang-orang cina dikawasan berkenaan mengadakan satu majlis keagamaan mereka. Jarak antara majlis keagamaan itu dengan tempat mereka melancarkan bersih lebih kurang 100 meter.

Ketika orang-orang cina sedang menjalankan aktiviti keagamaan mereka, datanglah segerombolan puak-puak pembangkang menyerbu ke arah mereka serta memarahi orang-orang cina yang sedang sembahyang. Difahamkan mereka ada juak-juak pembangkang yang cuba mencabut khemah mereka dan melaung-laungkan reformasi di sana. Tidakkah itu ganas ?

Berita selanjutnya boleh dibaca di sini


Sebab itu saya kata, mereka semua memang hati kering dan sanggup lakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka. Sikit pun mereka tak rasa takut atau bersalah untuk menyerang majlis orang dan melalak-lalak di sana.

Dalam banyak-banyak kawasan yang ada di Perak, mereka pilih kawasan tempat kediaman untuk melancarkan bersih. Kenapa ? kerana mereka memang suka menyusahkan orang dan suka kepada kekacauan.

Jika di peringkat negeri dan dengan jumlah kehadiran yang tidak ramai pun mereka berani bertindak sedemikian rupa, apakah anda percaya perhimpunan Sabtu ini mereka hanya sekadar duduk dan bantah ?

Adakah anda ingin mengangkat orang-orang yang ganas, kurang ajar serta tidak bertamadun untuk menjadi pemimpin kita ?

Tepuk dada tanya selera...

Video: Najib Minta Tentera Lakukan Sesuatu Sekiranya BN Kalah


Seperti yang selalu saya kata sebelum ini, pembohongan adalah makanan wajib puak-puak pembangkang. Kalau tak bohong sehari badan mereka boleh menggeletar.

Oleh kerana pembohongan sudah jadi makanan harian mereka, maka sedikit pun mereka tidak akan merasa bersalah untuk berbohong.

Lebih malang lagi apabila pembohongan yang mereka lakukan disahut dengan laungan takbir oleh pengikut-pengikut mereka.

Video dibawah ini memaparkan bagaimana Nizar membohongi mereka yang sedang mendengar ceramahnya bahawa Datuk Najib memanggil semua ketua cabang angkatan tentera dan meminta tentera melakukan sesuatu sekiranya BN kalah dalam PRU akan datang.


Tuduhan itu adalah sesuatu yang amat serius dan sampai bilakah kita hendak teruskan dia berbohong sedemikian rupa ?

Komen MB Perak berhubung pembohongan Nizar. Klik di sini

Kita tunggu apa komen ATM....

Wednesday, April 25, 2012

Gambar Mahasewel Tidur Atas Riba Perempuan Di Dataran Merdeka


Wow mahasiswa kita......

Tadi keluar video sekarang keluar gambar pula....

Mengikut sel-13, jantan yang sedang tidur atas riba perempuan itu adalah Fahmi Reza....

Katanya awek dia tu, bangsa cina.

Kat Dataran Merdeka dah jadi macam kat pantai pula.
Camna tak habis duit PTPTN dan tak rosak pelajaran kalau itu perangainya. 

Selanjutnya klik di sini

Video: Sikap Kurang Ajar Pemimpin dan Penyokong Pembangkang Terhadap Kakitangan DBKL

Anda lihatlah video dibawah ini dan anda nilailah sendiri bagaimana penyokong-penyokong pembangkang yang diajar kurang ajar oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Kita semua boleh jangka apa yang akan terjadi kepada negara kita jika ditakdirkan mereka memerintah negara kelak.

Pegawai-pegawai DBKL yang menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan kepada mereka diherdik, dicaci dan dihina oleh juak-juak pembangkang hanya semata-mata kerana mereka menjalankan tugas sepertimana yang diperuntukan oleh undang-undang. 



Tidak cukup dengan penyokong yang mengherdik,mencaci dan menghina kakitangan-kakitangan DBKL datang pula Timbalan Presiden Parti Islam mengherdik kakitangan DBKL. Kalau diri sendiri tidak boleh tunjuk contoh yang baik bagaimana orang nak respek. Bila kalah pilihanraya SPR yang disalahkan. 


Semua kejadian diatas berlaku lewat malam tadi di Dataran Merdeka...

Satu Khemah Untuk Satu Pasang Mahasewel Memadu Kasih




Tu dia mahasewel peliharaan Pas, PKR dan DAP.

Patutlah nak berkhemah rupanya nak jimat kos sewa hotel untuk berzina.

Mengikut maklumat yang diterima boleh dikatakan setiap khemah dihuni satu pasangan.

Gambar diatas terang-terangan menunjukkan bagaimana seorang mahasewel yang bernama Fahmi bersama seorang perempuan yang pakai pakaian seperti diatas tidur bersama dalam khemah.

Kalau dah sepasang tinggal dalam khemah itu dan berpakaian begitu apakah aku lihat kau dan kau lihat aku kemudian telan air liur sahaja ?

Tak mungkin ! mesti hanyut punya. Kucing mana yang nak tengok sahaja ikan depan mata. Magnet mana yang tak melekat sekiranya U bertembung S ?

Inilah rupa mereka yang memekik, melolong, melalak mahu wang PTPTN yang mereka pinjam dihapuskan. Dapat duit pergi enjoy jantan betina. Pelajaran entah kemana. Bila tak mampu bayar hutang suruh kerajaan hapuskan. 

Mengikut maklumat yang saya terima, video yang dipamerkan diatas hanya sebagai intro sahaja. Khabarnya ada sambungan lagi.

Exco Selangor Sahkan Perjalanan Pilihanraya Di Malaysia Telus


"Umno jangan bermimpi di siang hari untuk menawan Selangor kerana  negeri ini akan kekal dengan kerajaan sekarang, malah Putrajaya juga ditawan PR"-Yaakob Sapari  Adun (PKR) Kota Anggerik, merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Di saat pembangkang sibuk dengan perhimpunan yang bakal diadakan Sabtu ini atas alasan perjalanan pilihanraya di Malaysia tidak betul, tiba-tiba pemimpin mereka sendiri mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan mereka bukan sahaja mampu mengekalkan Selangor, malah mereka juga akan menang di peringkat pusat.

Itu buktinya mereka yakin dan percaya kepada perjalanan sistem pilihanraya yang dikendalikan SPR. Jika mereka tahu SPR menipu dan memihak kepada BN, sudah tentu awal-awal lagi mereka akan kata kita akan kalah dalam pilihanraya akan datang kerana kejahatan SPR.

Rakan-rakan yang saya hormati sekalian, apa yang mereka rancang dan apa yang mereka nak buat Sabtu ini tidak lain tidak bukan adalah bagi menjayakan agenda jahat pihak-pihak asing untuk menjahamkan Malaysia.

Bukan soal perjalanan pilihanraya tidak betul atau lain-lain. Soalnya mereka adalah ejen-ejen yang diupah oleh anasir asing untuk menimbulkan huru-hara sepertimana yang terjadi di negara-negara Arab.

Sebelum PRU 2008 pernahkah kita mendengar nama Ambiga ? Walaupun dia pernah menjadi Presiden Majlis Peguam tetapi dia tidak popular dan masyarakat tidak mengenalinya. Orang yang tidak dikenali, tiba-tiba Amerika boleh panggil dan diberi anugerah keberanian antarabangsa pada tahun 2009. Sudah tentu ada makna besar yang terselindung disebalik penganugerahan tersebut. Amerika sebagai sebuah kuasa besar dunia, ingat senang-senang ke nak beri anugerah kalau tidak ada hajat terselindung ?

Ceritanya beginilah, ianya sama seperti peristiwa Anwar Ibrahim diberi sambutan karpet merah di Washington April 1998. Secara logik akal cubalah anda fikir, Anwar sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu diberi sambutan dengan karpet merah, tembakan meriam serta memeriksa perbarisan. Logik ke seorang TPM yang hanya berkelulusan kesusasteraan melayu diberi sambutan sebegitu rupa ? Sudah tentu ianya ada maksud terselindung. Samalah seperti kisah Ambiga.

Balik bab pilihanraya....apabila bercakap bab ini saya punya kayu ukurnya senang sahaja. Kelantan sejak tahun 1990 jatuh kepada Pas. PRU 1995 , 1999 , 2004 dan 2008 semuanya telah berlalu dan  BN gagal merampas Kelantan dari Pas.

Tahun 2004 Pas menang di Kelantan hanya dengan majoriti dua kerusi. Dan di Dun Kemuning Pas hanya menang dengan majoriti 1 undi. Pada masa itu air liur pemimpin-pemimpin BN Kelantan meleleh sampai ke dagu dan berkata sikit ja lagi. Kalaulah benar SPR itu alat kepada BN, masa itu Pas dah tumbang. Bukan banyak nak tipu pun, setakat 1 undi dan 1 kerusi sahaja. Tetapi itu tidak berlaku.

Tahun 2008, anda semua sebagai saksi dan lihat bagaimana BN kehilangan Selangor, Kedah. Perak, Pulau Pinang serta nyaris-nyaris kehilangan Negeri Sembilan dan BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat. Kalaulah SPR main kotor dan alat kepada BN, tak merasa orang-orang Pas nak duduk dalam pejabat pentadbiran Kerajaan Selangor hari ini.

Nik Aziz mula bertanding dalam pilihanraya pada 1967 dalam pilihanraya kecil Parlimen Kelantan Hilir. Kemudian bertanding dalam PRU 1969, 1974, 1978 , 1982 , 1986 , 1990 , 1995, 1999 , 2004 dan 2008. Kesemuanya 11 kali dalam tempoh 45 tahun dan tidak pernah kalah. Kalaulah SPR itu jahat, menipu dan alat BN , tak boleh ke mereka bagi Nik Aziz kalah sekali ?

Semenjak 2008 hingga 2011 ada 16 pilihanraya kecil. Mereka menang 8 dan BN menang 8.Kalaulah SPR itu alat kepada BN dan dikawal oleh BN, apa ke jadahnya nak bagi mereka menang. Apatah lagi di Permatang Pauh. Lebih baik pancung Anwar awal-awal.

  1. Permatang Pauh (PKR) 
  2. Kuala Terengganu (Pas)
  3. Bukit Gantang (Pas)
  4. Bukit Selambau (PKR)
  5. Batang Ai (BN)
  6. Manek Urai (Pas)
  7. Penanti (PKR) - BN tidak bertanding
  8. Permatang Pasir (PAS)
  9. Bagan Pinang (BN)
  10. Hulu Selangor (BN)
  11. Sibu (DAP)
  12. Galas (BN)
  13. Batu Sapi (BN)
  14. Tenang (BN)
  15. Kerdau (BN)
  16. Merlimau (BN)
Waktu awal-awal mereka menang berderet-deret bercakap bukan main besar lagi kononnya rakyat dah tolak Umno dan BN. Apabila BN tidak bertanding dalam PRK Penanti bukan main lagi mereka mengejek BN takut kalah dan sebagainya. 

Di hujung-hujung musim apabila BN menang berderet-deret termasuk berjaya merampas kerusi Galas dari Pas, mulalah suara-suara syaitan kedengaran menyalahkan SPR dan menuduh BN main kotor. Termasuklah tuduhan yang paling gila dari presiden Pas (presiden yang tiada kuasa) BN lepaskan air di empangan semasa PRK Tenang sehingga pengundi Pas tidak boleh keluar mengundi.

Waktu mereka menang termasuklah berjaya merampas kerusi BN di Kuala Terengganu dan Sibu, Datuk Najib tidak menyalahkan sesiapa dan berkata menerima keputusan dengan hati terbuka, bukti demokrasi di Malaysia berjalan lancar dan akan lakukan post mortem untuk kaji punca kekalahan. Itu jawapan orang yang ada akal. Orang yang menerima ketentuan Qada dan Qadar. Dia musahabah diri dan perbaiki apa yang tidak betul. Dan orang seperti itu boleh berjaya berbanding dengan orang yang sering menyalahkan orang lain diatas kegagalannya. 

Baru-baru ini di Kedah, Datuk Najib sebagai seorang PM sanggup merendahkan dirinya memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan BN sehingga mereka ditolak dalam PRU yang lepas. Dan berkata BN belajar atas kesilapan lalu serta akan memperbaiki keadaan. Seorang PM telah menunjukkan sifat yang mulia dengan merendah diri kepada rakyat memohon maaf.

Apabila Datuk Najib mohon maaf , pembangkang mengutuk, mengeji, mengejek serta memperli tindakan Datuk Najib. Apakah rakyat tiada otak untuk memikir dan menilai sikap kebudak-budakan mereka itu ? Apabila kalah pilihanraya , SPR yang dituduh menipu....

Nak harap mereka minta maaf atau muhasabah diri, jangan haraplah. Bercakap pasal Islam bergegar-gegar pentas ceramah, tapi bila dah kantoi menipu jangan kata nak minta maaf, malah menambahkan lagi penipuan adalah.

Orang yang tidak mengakui kesilapan sendiri dan tidak bermuhasabah diri hidupnya tidak akan kemana. Satu lagi orang yang suka menipu atau hidup atas penipuan. Hidup mereka tidak tenteram dan tidak akan berjaya. Semua pakej itu lengkap ada pada pembangkang yang wujud di Malaysia hari ini. Jadi, sampai bila pun mereka tidak akan berjaya selagi mereka tidak buang semua perangai itu.