Friday, June 29, 2012

Tawan Terengganu:Pas Angkat Bendera Putih Sebelum Perang


Sebelum ini Pas bersungguh-sungguh untuk menawan kembali Terengganu dalam PRU 13 selepas kecundang dalam PRU 2004 dan 2008.

Kita ikuti apa yang diungkapkan oleh Haji Hadi sebelum ini....

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan “majoriti kecil” sambil mengatakan majoriti dua pertiga “tidak diperlukan” untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.

Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup Hadi berkata jentera pegawai-pegawai PAS termasuk dirinya telah melawat ke kawasan-kawasan undi di Terengganu sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan .

Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan.Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik 


Orang-orang Pas juga mencanangkan cerita yang Pesuruhjaya Pas Terengganu, Wahid Endut bakal dilantik sebagai MB selepas Pas berjaya menawan semula Terengganu. Bakal MB dari parti Pas itu juga sedang sibuk keliling Terengganu sekarang untuk menabur pelbagai janji manis.

Namun sungguh mengejutkan dan menghairankan apabila tiba-tiba hari ini Pas melalui laporan di harakahdaily menobatkan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum  nanti. Lihat di sini....

Shabery Cheek orang Umno....

Maknanya apa ?

Maknanya Pas sudah menyerah kalah dan tidak yakin mereka akan menang dalam PRU akan datang dan BN akan kekal memerintah Terengganu.  Kalau mereka yakin menang mereka tidak akan lapor berita berkenaan. Sudah tentu mereka akan melaporkan berita yang Wahid Endut akan ganti Ahmad Said sebagai MB. 

Kasihan penyokong-penyokong Pas yang diperbodohkan Pas bekerja bertungkus lumus siang dan malam serta korbankan wang ringgit ke dalam tabung Pas kononnya untuk menawan Terengganu. Sedangkan pucuk pimpinan Pas Terengganu pun tak yakin yang mereka akan menang dan awal-awal lagi sudah menyerah kalah.

MB Terengganu sekarang , Datuk Ahmad Said memang bijak politiknya. Taichi dia memang kelas satu beb. Pas sering menjadi sasau dengan beliau. Tempohari Pas melompat-lompat apabila MB kata Pas parti ajaran sesat. Itu belum dikira lagi gerak kerja beliau di peringkat bawah untuk melemahkan Pas yang sering membuatkan Pas berang terhadapnya. Tiba-tiba sekarang sebelum perang bermula Pas sudah angkat bendera putih dan mengistiharkan MB baru Terengganu dari parti Umno. 

Dalam Umno kalau nak berlawan dengan Pas Ahmad Said antara yang perlu diletak dibarisan depan. Beliau tahu dimana tempat untuk dipukul bagi melemah dan merebahkan Pas. Dari sejarah penubuhan Pas sehingga kepada Pas yang ada hari ini beliau boleh lawan satu persatu.

Sebab itu sampai hari ini Pas tak berani nak saman beliau berhubung isu Pas parti ajaran sesat. Tempohari gegak gempita bukan main lagi nak saman. Pas tahu mereka akan rebah dikaki Mat Said sebab itu mereka tak berani.

Ada satu perkara lagi yang ramai orang tak tahu pasal Pas. Saya tahu melalui Datuk Ahmad Said. Kalau anda dengar perkara ini pasti anda akan ketawa berdekah-dekah. Insyallah saya akan cerita dalam masa terdekat....

Bapak Rasis Nak Jadi Hero Kaum India Untuk Tutup Dosanya

Berhubung isu Ahli Parlimen Sri Gading yang dikatakan oleh Lim Guan Eng  sebagai satu hasutan, berbau perkauman dan mengancam kerana ditujukan kepada seorang India dan seorang Hindu yang bernama Ambiga. 

Cekap Lim Guan Eng putar.....dia memang cekap.....

Bukan sekadar cekap memutar dia juga cekap mengambil kesempatan untuk mencuci dosa-dosanya terhadap orang-orang india  dalam tragedi Kampung Buah Pala.  

Datuk Md Aziz (MP Sri Gading) tidak pernah sesekali meminta supaya Ambiga digantung....

Ceritanya, ketika gilirannya berucap di Dewan Rakyat pada hari Selasa lepas,  beliau memilih untuk bercakap berhubung isu keselamatan negara. Beliau membangkitkan isu berhubung kebanjiran pendatang asing dan kemasukan pendatang yang menggunakan pelbagai pas lawatan termasuk pas belajar yang akhirnya mereka bukan pergi pelajar tetapi membuat kerja lain di negara ini.

Datuk Md Aziz menyifatkan ejen-ejen tempatan yang bertanggungjawab membawa orang asing sebagai pengkhianat kepada negara. Beliau turut mengaitkan tindakan Ambiga yang membawa orang-orang asing masuk ke Malaysia untuk tujuan demonstrasi haram juga sebagai pengkhianatan kepada negara kerana dilihat sebagai cuba meruntuhkan kerajaan yang sah dengan bersubahat bersama orang asing.

Beliau bertanya, jika kumpulan Al Maunah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana menderhaka kepada negara dan Agung, apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia ???

Itu soalan beliau....saya ulang sekali lagi...beliau bertanya....kemudian soalan beliau akan dijawab oleh Menteri apabila sampai sesi penggulungan.

Tidak pernah sesekali beliau berkata, "perempuan india hindu itu perlu dihukum gantung" atau berkata "jika melayu Al Maunah kita hukum gantung maka betina india hindu itu kita mesti gantung juga".

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar mengarahkan  Datuk Md Aziz menarik balik kenyataan itu. Mengenangkan itu arahan Timbalan Speaker dan mengenangkan semangat persaudaraan komponen-komponen BN , beliau menarik balik soalan itu. 

"Saya seorang yang berdisiplin. Saya dari parti yang berdisiplin. Jika kata-kata saya telah menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakan saya dari MIC atau PPP dalam semangat persaudaraan BN, saya menarik balik kenyataan saya yang dibuat pada hari Selasa".

Inilah perbezaan antara BN dan pembangkang dan semangat seperti itu tiada dalam pembangkang. Hari ini Pas dan DAP bergerak seiring sejalan, tetapi sampai ke saat ini pun Karpal Singh tidak pernah tarik balik ungkapannya kepada Pas yang meminta Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum menubuhkan negara islam. Malah tanpa segan silu dan dengan penuh hinanya pula seorang pemimpin Pas mengatakan sesiapa sahaja yang nak ambil Karpal Singh perlu langkah mayatnya terlebih dahulu. Dan lebih memalukan lagi Pas pula yang buang perjuangan negara islam.



Azmin Ali dalam satu mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PKR , di depan Wan Azizah beliau secara terang-terangan merujuk kepada orang india dengan perkataan PARIA. Mengamuk-ngamuk N.Gobalakrishan pada masa itu dan beliau mengadu kepada Anwar Ibrahim. Anwar berjanji akan selesaikan perkara tersebut. Setelah didesak berkali-kali oleh Gobala, akhirnya Anwar berkata itu perkara kecil. Sampai hari ini pun Azmin belum tarik balik dan Anwar tidak menyelesaikan perkara tersebut.

Theresa Kok dan beberapa pimpinan DAP secara terang-terangan mempertikai dan membantah penggunaan tulisan jawi di papan-papan tanda jalan raya. Sampai hari ini pun DAP tidak pernah minta maaf atau tarik balik. 

DAP Pulau Pinang dibawah pemerintahan Lim Guan Eng mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang terang-terangan menghina orang melayu. Namun sehingga ke hari ini mereka tidak pernah tarik balik atau minta maaf.




Kartun dalam risalah My Balik Pulau diatas terang-terangan menghina orang melayu. Menggambarkan orang melayu yang berpakaian buruk dan koyak-koyak serta berkaki ayam meminjam duit daripada ceti untuk majlis perkahwinan anak. Manakala orang cina yang berpakain kemas serta berkasut meminjam duit untuk membuka perniagaan baru. Ulasan lanjut dalam beberapa episod boleh dilihat di sini.

Bulan lepas satu kejadian di Subang Jaya dimana seorang ahli majlis dari DAP menghina orang india dengan memperolokkan bahasa tamil, sampai hari ini pun mereka belum tarik balik lagi. Video kekecohan perkara berkenaan ada di sini.

Kalau nak bercakap bab rasis, DAP lah bapak segala rasis di Malaysia. DAP sendiri lahir dari ketidakpuasan hati terhadap orang-orang bumiputra. 

Siapa yang nak sapu melayu tahun 1969 ? 

Siapa yang berarak di Kampung Baru dan suruh melayu balik kampung pada tahun 1969 ? 

Siapa yang berdiri atas lori dan pancut kencing depan pelajar-pelajar perempuan melayu depan ITM Shah Alam pada masa itu ?

Kononnya matlamat perjuangan mereka Malaysian Malaysia, tetapi siapakah yang membantah keras penubuhan Sekolah Wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr M untuk memupuk semangat muhibbah antara kaum ?

Malaysian Malaysia konon.......khaik ptuihhhhhhhh.........

Akhir kata , sebagai ahli Umno saya menyokong apa yang dilakukan oleh Datuk Md Aziz. Sebagai orang lama dan faham sifir kira-kira politik beliau lebih arif tentang apa yang dilakukannya.

Berundur setapak ke belakang bukan beerti kita lemah. Sesungguhnya unduran yang setapak itu akan akan membawa kita mara 10 tapak ke hadapan. Inilah rahsia kekuatan Umno dan BN yang sehingga kini mampu bertahan sehingga lebih 50 tahun.

Thursday, June 28, 2012

Pembangkang Malaysia Antara Pembangkang Yang Terbodoh Dalam Dunia


Saya pernah tulis di blog ini sebelum ini bahawa pembangkang yang ada di Malaysia hari ini adalah antara pembangkang yang paling bodoh di dunia.

Mana tak bodohnya, jika PM pegang sementara jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun mereka jadikan itu sebagai soalan dalam Parlimen.

Seolah-olah otak mereka sudah tidak lagi berfungsi untuk memikirkan soalan-soalan lain yang lebih cerdik. Macamana nak jadi kerajaan kalau bodoh piang begitu ? 

Isnin lepas, mak lampir bangun dengan penuh lagak nak serang PM dengan  soalan itu . Akhirnya kena sedas dengan PM.....

Selanjutnya sila klik di sini

Kira hebat jugalah PM kita ya....dapat tundukkan hantu mak lampir tanpa perlu memakai lada hitam atau paku.

Ini yang sebenar.....

Pendedahan:RBF Online Ditawar RM 10 Juta Untuk Sokong Pembangkang

Makin nak dekat pilihanraya makin ramai pula orang-orang pembangkang tidak kira yang telah menjadi YB atau yang sedang memburu jawatan YB muncul nak jadi hero.

Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan kepada bos-bos mereka yang mereka adalah pejuang tulen yang tidak pernah goyah dengan sebarang tawaran yang lumayan dengan harapan dikekalkan sebagai calon atau terpilih untuk dicalonkan.

Semalam ada seorang Ahli Parlimen PKR yang seolah-olah tahu atau memang dah tahu yang dia tidak akan terpilih sebagai calon dalam PRU akan datang muncul mendedahkan yang beliau pernah ditawar RM 5 juta untuk lompat parti. Lihat di sini

Tetapi tidak berani pula untuk mendedahkan sepenuhnya jalan cerita atau siapa yang terlibat...

Saya sendiri (RBF) pun pernah ditawarkan RM 10 juta untuk menukar blog ini dari pro kerajaan kepada pro pembangkang pada tahun 2011. Perjumpaan saya dengan seorang pemimpin yang memegang jawatan tinggi dalam pembangkang itu berlangsung di sebuah hotel 5 bintang di luar negara.  Tetapi saya tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai pertemuan itu.

Anda percaya atau tidak cerita saya ? 

Lawak tak cerita saya ? 

Anggaplah cerita yang dibawa oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu sebahagian dari lawak jenaka atau ragam orang yang gila hendak menjadi calon menjelang PRU tidak berapa lama lagi.  

Lebih melucukan apabila kita melihat komen-komen pembaca berita berkenaan. Bulat-bulat mereka terima cerita Ahli Parlimen itu. 

Jadi daripada situ kita dapat menilai bagaimana tahap pemikiran penyokong-penyokong mereka. Rata-rata mereka adalah dari golongan yang bermentaliti rendah. Orang jenis begitu kalau suruh makan najis, pun mereka akan makan.

Masuk Umno:Cikgu Mala Cuba Geletek Pimpinan Pas ?


Sudah jatuh ditimpa tangga, jawatan guru dilepas, nak jadi YB ditolak rakyat, nak jadi AJK PAS ditolak pula oleh ahli-ahli PAS.

Namanya yang sebelum itu kembang mekar dan harum subur makin lama makin layu. Orang-orang PAS  sudah tidak ingat lagi kewujudannya. Undangan ceramah juga makin lama makin berkurangan.

Minggu lepas kan kecoh cerita kononnya Cikgu Mala nak masuk Umno sampaikan nak saman blogger...

Apa ceritanya ?

Siapa yang menjadi pencetus cerita tersebut ?

Nak tahu  ? 

Sila klik di sini

AMK Johor Anjur Majlis Hidangan Babi Bersama Anwar


Angkatan Muda Keadilan Johor akan menganjurkan satu majlis makan malam bersama Anwar Ibrahim pada 7 Julai 2012. Anjuran majlis makan malam perkara biasa, yang luar biasanya penganjur yang majoritinya orang-orang melayu PKR turut menyediakan hidangan yang tidak halal. 

Mengikut laman yang menyiarkan cerita asal, sel13.com, hidangan yang tidak halal di sesebuah restoran cina sudah tentulah ianya meliputi babi, katak atau ular. Lihat di sini....

Selain dari Pak Sheikh Anwar, antara yang lain yang bakal turut serta dalam majlis hidangan daging babi tersebut adalah Ketua Pemuda Pas Johor. Bagus Pas.....

Esok lusa Pas akan keluar fatwa, tiada larangan yang babi itu haram dalam Quran sepertimana Haji Hadi kata tiada negara islam dalam Quran sewaktu dia menggugurkan perjuangan negara islam dan menggantikan dengan negara kebajikan.

Harga meja untuk makanan tidak halal RM 500 dan harga meja untuk makanan halal RM 300. Tempat makan di restoran yang sama, Restoran Guo Tai Sdn Bhd. Hanya melayu PKR dan Pas yang sanggup makan dalam majlis yang sebegitu.

Apa lagi nak dikata kerana demi undi PKR dan Pas sanggup lakukan apa sahaja.....

Wednesday, June 27, 2012

Video:Tun M Bongkar Rahsia Khalid Ibrahim Tak Bayar hutang










Saya dah tolong dia berkali-kali memandangkan dia tak bayar hutang PNB.... 

Lihat video di bawah



Ahli Umno dan Penyokong BN Perlu Berdoa Agar Faekah Tidak Dipecat Atau Letak Jawatan


Jika melibatkan individu lain Khalid Ibrahim akan bertindak tegas dengan menggantung atau memecat orang yang melakukan kesalahan tersebut. Tetapi apabila melibatkan Faekah , tiba-tiba Khalid Ibrahim tutup sebelah mata. Dimanakah ketelusan yang dilaung-laungkan selama ini ?

Selepas 3 bulan PKR memerintah Selangor, seorang pegawai khas MB digantung tugas dan akhirnya beliau meletak jawatan kerana kesalahan yang sama sepertimana yang dilakukan Faekah. Iaitu menyalahguna kepala surat Pejabat MB untuk mengutip derma dan juga sebagai surat sokongan untuk kontrak pembersihan di Petaling Jaya.

Julai 2010 pula Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan supaya anggota pentadbirannya mengelak daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan yang berunsurkan perniagaan.

Ogos 2010, Khalid Ibrahim mengarahkan supaya Ahli Majlis Perbandaran Klang dari parti DAP, Tee Boon Hock, bercuti sementara siasatan dijalankan kerana menyalahguna cop dan kepala surat Ronnie Liu untuk dijadikan surat sokongan. Tee didapati menggunakan surat sokongan tersebut untuk syarikat milik keluarganya dan 20 syarikat lain. Ahkirnya Tee dipecat oleh DAP. Lihat di sini....

November 2010, Ketua Wanita PKR Kapar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Klang, Hamidah Mat Som, dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik suaminya bagi mendapatkan kontrak dari Majlis Perbandaran Klang. Lihat di sini....

Jun 2012 Khalid Ibrahim berkata tidak salah bagi Setiausaha Politiknya, Faekah Husin menggunakan kepala surat (surat sokongan) Pejabat Menteri Besar untuk  membolehkan sebuah firma guaman anak saudaranya memperolehi kontrak daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad.

Lagi nak bercakap pasal ketelusan, penyelewengan dan rasuah ? 

Apabila kena atas orang yang dia sayang, dia kata tidak salah. Kena atas orang lain yang dia tidak sayang atau tidak rapat dia gantung dan pecat.

Dalam kes Faekah ini terang-terang nampak berlaku kesalahan dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan ahli keluarga.

Seorang anak saudara hantar surat kepada makciknya dan makciknya mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat anak saudaranya.

Saya yakin Faekah yang minta anak saudaranya buat surat itu dan dituju kepadanya. Kalau mereka tiada niat untuk menyalahguna kuasa surat tersebut tidak akan dilamatkan kepada Faekah. Ianya akan dilamatkan terus kepada MB atau GLC yang berkaitan.

Lainlah sekiranya surat itu dilamatkan kepada Faekah dan kemudian Faekah panjangkan kepada MB dan seterusnya MB yang panjangkan kepada GLC berkenaan. Ini tidak, surat daripada anak saudara terus kepada makcik dan makcik pula terus panjangkan kepada GLC berkaitan dengan meminta peluang diberikan kepada syarikat anak saudaranya. 

Dari satu sudut kita rasakan Faekah patut dipecat, namun jika atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno saya rasakan adalah lebih baik dan lebih bermanfaat kepada BN jika Faekah terus kekal disana. Ini kerana menurut laman web yang mendedahkan salah guna kuasa Faekah, banyak lagi pendedahan yang bakal menyusul berhubung salah guna kuasa serta rasuah yang membabitkan Faekah. Lihat di sini...

Selagi kekalnya Faekah disana selagi itulah rasa tidak puas hati ahli-ahli PKR akan meluap-luap kepada Khalid Ibrahim dan tidak mustahil satu hari nanti mereka sendiri yang akan mengamuk atau mensabotaj Khalid. Bukankah itu menyenangkan tugas BN untuk merampas Selangor ? 

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama berdoa agar Faekah terus kekal kerana kita nak tahu banyak lagi cerita yang bakal didedahkan oleh laman sel13.com.

Tuesday, June 26, 2012

Adakah Gaji Husam Musa Dibayar Menggunakan Dinar dan Dirham Kelantan ?


Seronok sungguh rasanya melihat permainan Kickdefella terhadap Husam sepanjang minggu lepas berhubung isu dinar dan dirham Kelantan. Minggu lepas dah sekali Husam melompat, semalam sekali lagi dia melompat.

Tapi dalam kedua-dua lompatan Husam tersebut, sikit pun dia tak jawab apa yang diajukan oleh Kickdefella. Kenapa ?

Sejak 13 Jun sebanyak lima posting yang telah dikeluarkan oleh Kickdefella , tapi satu pun Husam tak jawab lagi. Sibuk nak berforum dengan Awang Adek pula secara langsung di TV3. Awang Adek sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab hanya memberitahu supaya siasatan dilakukan dan hantar laporan kepada kerajaan. Itu sahaja....kebal sangatkah Pas Kelantan , kalau kerajaan minta lakukan siasatan pun tak boleh sehingga nak mencabar adakan forum secara langsung pula ? Husam tak perlu alih perhatian, isunya sekarang adalah isu Husam vs Kickdefella. Jangan nak pusing-pusing nak pergi kepada Awang Adek pula.Jangan main wayang hindustan lah



Sekiranya Husam tidak mahu jawab banyak-banyak sekali pun, jawab sahaja soalan samada dia kenal atau tidak lelaki yang bernama Omar Vadillo ? Difahamkan Omar Vadillo adalah salah seorang orang yang penting disebalik projek dinar dan dirham Kelantan bersama Husam. Ini kerana dikatakan ada satu laporan polis terhadap beliau sepertimana yang dilaporkan di sini

Memandangkan ada kecurigaan terhadap Omar, sebagai seorang rakyat Kelantan yang bertanggungjawab adalah tidak salah untuk Kickdefella menanyakan soalan tersebut kepada Husam. Ini kerana Omar terlibat dalam urusan dinar dan dirham di Kelantan yang mana arkitek kepada projek tersebut adalah Husam Musa. Mungkin kerana Kickdefella bimbang kerajaan tok guru kesayangannya dan orang ramai di negerinya menjadi mangsa satu hari nanti. 

Husam kenalah gentleman, janganlah sikit-sikit nak saman. Kalau takut kepada kritikan ,teguran atau soalan dan asyik nak menyaman sahaja, jangan masuk politik. Duduk diam-diam kat rumah pelihara kambing. Rakyat berhak tahu dan jangan guna ugutan saman untuk tutup mulut rakyat.

Menyifatkan tindakan Syed Azidi sebagai fitnah, Husam berkata beliau tidak takut dengan dakwaan ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 'blogger' terbabit - M Star 20 Jun 2012

Tahun 2010 gegak gempita negara ini apabila hasil usaha Husam, Kerajaan Kelantan telah melancarkan mata wang syariah yang dinamakan dinar dan dirham. Mereka punya gebang bagai nak rak kerana nak menunjukkan bahawasanya mereka lebih islamik. Katanya dinar dan dirham akan digunakan sebagai mata wang syariah di kedai-kedai tertentu dan akan digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Sepertimana yang Kickdefella sering beritahu saya, segala projek Husam Musa hanya panas diperingkat permulaan atau pelancaran. Selepas itu semuanya ruyup. Kalau ada masalah Husam akan jadi seperti kura-kura menyembunyikan kepalanya. Antaranya projek kambing jamnapari, Kelantan koridor depu, dinar dan dirham, dan yang terbaru projek lebuhraya prepaid.  

Sekarang ini projek lebuhraya dan mula suam-suam kuku. Hangat semasa pelancaran sahaja. Opsssss...sebelum terlupa, ada perkara besar yang akan didedahkan disebalik projek lebuhraya prepaid. Tunggu dulu sehingga kes dinar emas selesai. 

Dulu sewaktu Pak Lah menjadi PM dan beliau ke Kelantan untuk melancarkan Koridor Ekonomi Pantai Timur, Husam pula kelam kabut buat Kelantan Koridor Depu. Keliling negeri Kelantan dipasang billboard berkenaan.  Hari ini apa yang jadi dengan projek berkenaan ?

Berbalik kepada cerita dinar dan dirham yang dikatakan sebagai mata wang syariah yang kononnya akan digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan. Kita nak tanya sikit, sejak dilancarkan pada 2010 sehingga hari ini berapa juta dinar yang telah digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan ?

Kalau ada pun gimik atau simbolik semasa pelancaran yang diberikan Nik Aziz kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Mustapha Salleh bagi pembayaran gaji kepada kakitangannya untuk bulan itu . 

Selepas itu ?   Haram....setengah dinar pun tiada kot ? 

Kalau tak nak bayar gaji kakitangan kerajaan sekali pun, kenapa tak pakai dinar dan dirham untuk bayar gaji Adun-Adun Pas, Exco dan MB ?

Husam sendiri terima gaji pakai dinar atau mata wang RM ?

Gebang bukan main lagi kononnya mereka lebih islamik dari orang lain kerana ada mata wang syariah, tapi tak pakai pun untuk bayar gaji orang mereka sendiri.

Siapa yang nak terima bayar pakai dinar ? Wakil rakyat Pas pun confirm tak akan terima...Ini kerana jumlahnya akan jadi berkurangan. 

Contoh, katakan seorang gaji kakitangan kerajaan RM 2301 sebulan. Angka itu jika dibayar dalam dinar ianya bersamaan dengan 3 dinar. 

Untuk urusan seharian atau pembayaran bulanan, seperti bayar rumah, kereta, api, air , dan sebagainya kakitangan kerajaan tersebut perlukan mata wang RM. Dinar yang diterimanya sebagai gaji sudah tentu akan dijual untuk mendapat mata wang ringgit. Apabila dinar tersebut dijual, dia tidak akan mendapat wang sepertimana jumlah gajinya RM 2301.  Dinar yang dijual hanya akan dibeli berdasarkan harga emas semasa dan kurangnya boleh mencecah sehingga 25 % dari harga yang dijual oleh Kelantan Golden Trade. 

Inilah yang dikatakan oleh Kickdefella sepertimana tulisannya dalam link ke 2 yang saya kemukakan seperti diatas. Skandal Dinar Emas Kelantan – Mempromosikan Riba Bukan Mencari Keredhaan?

Dinar Kelantan
Disinilah bijaknya Pas untuk memukau rakyat Kelantan. Dikatakan kita kembali ke zaman keagungan islam kerana menggunakan mata wang syariah. Maka rakyat yang tidak tahu apa-apa itu pun berpusu-pusulah pergi mendapatkan dinar dan dirham. Akhirnya yang buat untung adalah Kerajaan Pas melalui KGTSB dan Omar Vadillo. Silap-silap Omar Vadillo pun ada berkongsi keuntungan dengan orang lain.

Dinar dan dirham Kelantan bukannya mata wang syariah, ianya sama seperti Kijang Emas yang dijual Maybank, dinar Public Gold dan mungkin ada yang dijual syarikat-syarikat lain dalam pelbagai bentuk. Ianya untuk pelaburan , bukannya mata wang syariah. 

Sehingga jam 2.00 pagi ketika tulisan ini ditulis, harga dinar yang dijual oleh syarikat milik Kerajaan Pas Kelantan yang dikenali sebagai Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, adalah RM 767 untuk 1 dinar. Manakala yang dijual Public Gold pula RM 713 untuk satu dinar. Berat emas untuk satu dinar adalah 4.25 gram. 

Sehingga jam 2.00 pagi juga harga semasa emas di Malaysia adalah RM 162.67 untuk 1 gram. Jika dikali kepada 4.25 gram untuk 1 dinar bersamaan RM 691.35. Perbezaan lebih kurang 10 % dari apa yang dijual oleh KGTSB.

Dinar Public Gold
Kalau Pas kata itu mata wang syariah, mana boleh ambil untung ?

Mungkin ada yang kata kalau tak ambil untung bagaimana dengan kos untuk mencetak dan kos-kos lain ? Itu kau tanggunglah sendiri, siapa suruh kau jadikan ianya sebagai mata wang syariah ?

Bank Negara pun ada juga kos percetakan mata wang dan kos-kos lain, tetapi kos-kos itu tidak dikenakan kepada kita. RM 10 tetap RM 10 dan ianya tidak akan jadi RM 10.99 atau RM 50 jadi RM 55.00.

Bila bercakap bab ini saya teringat satu perkara....

Sekarang bulan puasa dah dekat dan musim untuk orang membayar zakat pun dah tiba. 

Katakanlah, setelah dikira-dikira segalanya jumlah zakat yang perlu dibayar oleh saudara Kickdefella untuk tahun ini adalah RM 3835.00.

Sebagai rakyat Kelantan, Kickdefella menyambut seruan Kerajaan Kelantan untuk membayar zakatnya bagi tahun ini menggunakan dinar. Untuk RM 3835 jumlahnya bersamaan dengan 5 dinar. Setelah mendapatkan dinar tersebut lalu beliau pun pergilah berjumpa dengan asnaf-asnaf yang sepatutnya seramai 10 orang. Setiap orang dibayarnya setengah dinar yang bersamaan dengan RM 383.50....

Asnaf-asnaf yang menerima zakat tersebut sudah tentulah akan menjual dinar-dinar yang diterimanya bagi mendapatkan mata wang RM. Apabila dijual sudah tentu harganya akan menyusut. Boleh susut sehingga 25 %.

Katakanlah harganya susut sebanyak 10 % dan wang yang diterima asnaf kurang 10 % dari zakat yang patut dibayar oleh saudara Kickdefella. Itu kalau susut 10 %, mungkin boleh jadi lebih dari itu susutnya.....

Bayaran sepatutnya dan niat bayaran pada tahun tersebut RM 3835.00. Tetapi nilai yang diterima asnaf-asnaf RM 3431.50. 

Tidakkah bayaran itu tidak mencukupi ? 

Hukumya bagaimana ? 

Siapa yang arif tolong bagi pendapat.....

Dinar emas ini bukannya tidak bagus. Ianya bagus untuk pelaburan. Cuma yang timbul masalah sekarang ini kerana Pas terlalu mempolitikannya untuk menunjukkan mereka islamik dan dalam masa yang sama kelihatan cuba memperbodohkan rakyat Kelantan dengan menggunakan ayat mata wang syariah. Di Perak pun ada juga dinar emas, tapi tiadalah ianya dinamakan mata wang syariah. Kalau dah nama mata wang syariah, tak boleh ambil untung sepertimana yang dilakukan oleh KGTSB.

Inilah yang dikatakan oleh Kickdefella dan Nik Mahani, sekiranya Kerajaan Kelantan ingin terus mengekalkan Dinar Kelantan sebagai mata wang syariah yang boleh digunakan untuk urusan perniagaan , maka ianya perlu diletakkan di bawah Baitulmal atau badan-badan lain yang tidak berorentasikan keuntungan,sebagaimana Bank Negara diletak dibawah kerajaan.

Husam oh Husam....nampaknya semakin hari kau semakin membebankan Pas di Kelantan dan memudahkan tugas BN. Sayonara Pas Kelantan PRU 13.....

Monday, June 25, 2012

Batu Pahat: Mati Dibunuh Kerana Facebook


Di Malaysia, 

Pelajaran anak-anak merosot kerana FB kita biasa dengar....

Kerja terganggu kerana FB kita biasa dengar....

Orang bergaduh atau bertekak kerana FB kita biasa dengar....

Orang putus tunang kerana FB pun kita biasa dengar....

Suami isteri berkrisis kerana FB pun kita biasa dengar.....

Rumah tangga terabai kerana FB pun kita biasa dengar....

Rumah tangga runtuh pasal FB pun kita biasa dengar.....

Ketua pembangkang kantoi kerana FB pun pernah berlaku....

Sekarang ini pula dah sampai tahap berbunuh kerana FB.....

Berlaku di Batu Pahat beberapa hari lepas, seorang remaja cina yang berusia 17 tahun ditikam sehingga mati kerana berpunca dari sindiran di FB.

Patutkah kerajaan timbang-timbangkan haramkan sahaja penggunaan FB di Malaysia ?

Sunday, June 24, 2012

Krisis PKR Selangor Berpunca Dari Amalan Politik Luar Tabie

Krisis di Selangor berpunca dari mulut longkang setpol MB Selangor yang mempertikaikan perlantikan Azmin sebagai pengarah pilihanraya PKR.

Azmin membalasnya dengan meminta Faekah dipecat kerana terlalu melampau. Semboyan yang ditiupkan Azmin disahut oleh panglima-panglima perangnya yang melancarkan kempen pecat Faekah.

Dalam PKR Azmin Ali adalah Timbalan Presiden. Orang nombor dua dalam parti. Kedudukan Azmin sama seperti kedudukan Tan Sri Muhyiddin dalam Umno dan Mat Sabu dalam Pas. Cuma yang membezakan mereka jumlah keanggotaan ahli parti yang mereka wakili. Tan Sri Muhyiddin lebih kuat kerana jumlah ahli Umno yang ramai. Mat Sabu walaupun mempunyai imej yang tercalar tetapi tetap dihormati oleh ahli-ahli Pas di khalayak umum. Jika ada yang tidak puas hati dengan Mat Sabu pun mereka tidak bercakap secara terbuka sepertimana yang dilakukan Faekah.

Dalam PKR pula Faekah tidak mempunyai apa-apa jawatan. Dia hanya kucing kurap. Kekuatan Faekah bergantung kepada Wan Azizah dan Khalid Ibrahim. Dari segi jawatan beza Azmin dengan Faekah terlalu jauh. 

Adalah sesuatu yang pelik dan luar biasa atau luar tabie apabila seorang setpol yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti boleh mengeluarkan kenyataan yang menghentam Timbalan Presiden Parti ?

Dalam Malaysia belum pernah wujud seorang setpol segila Faekah walaupun setpol dari negeri-negeri yang diperintah Pas dan DAP. 

Contoh,

Kurang ajar atau tidak jika hari ini tiba-tiba setpol MB Negeri XX yang diperintah BN, membuat kenyataan terbuka mempertikaikan perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengarah Pilihanraya BN ?

Sudah tentu orang-orang Umno akan melompat dan marah kepada setpol berkenaan kerana bersikap kurang ajar. Engkau seorang setpol mana boleh campur urusan parti. Kau buat kerja kau yang telah diberi. Lainlah sekiranya engkau memegang dalam parti.

Jika itu terjadi kepada Umno sudah tentulah pembangkang akan pukul canang cerita kononnya Umno sudah parah dan tidak ada lagi sifat hormat-menghormati dalam Umno. 

Begitu juga dalam Pas, kurang ajar atau tidak jika hari ini tiba-tiba setpol MB Kelantan atau setpol MB Kedah mempertikaikan perlantikan Mat Sabu sebagai Pengarah Pilihanraya Pas ?

Sudah tentu kurang ajar dan orang-orang Pas akan mengamuk serta menuduh setpol berkenaan sebagai ejen Umno.

Tapi apa nak dikata, dalam PKR semua boleh. Semuanya gila kuasa dan nak tunjuk diri hebat. Lihatlah sahaja cara pemilihan parti mereka. Kempen seolah-olah pilihanraya. Ketua umum parti suami, presiden parti isteri dan naib presiden parti anak. Pendek kata semua boleh dalam PKR. Depan belakang, sama rata, sama rasa semuanya boleh. Hancur Malaysia kalau mereka memerintah.

Tak pernah dijangka dan tak terfikir dek akal seorang setpol yang tiada apa-apa jawatan dalam parti boleh pertikaikan seorang Timbalan Presiden secara terbuka.

Itu bukannya lagi kurang ajar, malah lebih teruk dari kurang ajar. Apa bahasa yang nak digunakan pun tak tahu. 

Krisis Makin Parah - PKR Selangor Tuntut MB Gantung Tugas Faekah


PKR Selangor mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menggantung sementara Faekah Husin dan menyiasat sama ada Setiausaha Politiknya itu salah menggunakan kuasa berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.   
 
Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata Khalid harus konsisten dengan tindakan dan kenyataan-kenyataannya sebelum ini dan patut mencadangkan  siasatan penuh terhadap Faekah.

Shuhaimi mempertikaikan pendirian Khalid dan Faekah itu dengan merujuk perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datuk Ahmad Bin Omar. 
 
Perenggan itu  berbunyi: "Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."
 
Shuhaimi berkata perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana boleh diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB melantik panel guamannya. 

Selanjutnya sila klik di sini

Saturday, June 23, 2012

Khalid Ibrahim Kini Diselindungi Gelagat Getek Faekah.


Wanita yang mencabar wibawa PKR ini bukan pemegang mana-mana jawatan utama PKR. Sesungguhnya wanita ini unik. Beliau pandai silat politik. Betapa tidaknya, beliau ialah satu-satunya setiausaha politik wanita pada seorang Menteri Besar di negara ini hari ini.

Ngauman politiknya menjengkelkan banyak pihak. Baginya membujur lalu melintang patah. Tidak kira betapa besar reputasi seseorang itu, wanita ini sering membuat ramai pemimpin PKR merah muka kerana sergahan dan sindiran politiknya.

Terbaharu, wanita ini, Faekah Husin namanya, mencabar pemimpin lelaki berpangkat paling tinggi dalam parti itu -- Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya membuktikan kewibawaanya sebagai Pengarah Pilihanraya PKR.

Khalid kini bebas menguruskan dana khas RM300 juta di bawah projek Selangorku tanpa perlu audit. Geran ini adalah kira-kira 20 peratus jumlah belanjawan Selangor. Oleh kerana ia diletakkan di bawah seliaan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), ia jadi hak mutlak Khalid untuk menentukan bagaimana dana sebesar itu dibelanjakan. Ini menjadi punca kemarahan sesetengah pimpinan PKR terhadap Khalid yang kini diselindungi gelagat getek Faekah.

Selanjutnya sila baca di sini    

Khalid Ibrahim Pertahan Tindakan Faekah Salah Guna Kepala Surat


Seperti yang dijangkakan ,Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan setpol dia menggunakan kepala surat Pejabat MB bagi memberi peluang kepada syarikat anak saudaranya.

Berita lanjut boleh dilihat di sini

Sekarang orang-orang PKR semua boleh lihat bagaimana kuatnya cengkaman Faekah terhadap Khalid Ibrahim. Jika dulu Yahya Shari digantung ditugas kerana kesalahan yang sama, kini Faekah, Khalid kata ok...

Tahun 2010 Khalid sendiri yang keluarkan arahan agar anggota pentadbirannya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan. Sini

Tapi sekarang apabila surat yang pejabat Khalid sendiri keluarkan, dia kata ok....

Pasti makin ramai juak-juak PKR yang berbulu dengan Khalid.

Padan muka hangpa semua....

Hu...hu...hu....bergaduhlah sepuasnya, kami tukang tahan pukat....

Friday, June 22, 2012

Rafizi Insaf-Baru Nak Belajar Puasa dan Beribadat ?


Ada dua perkara yang saya nak perkatakan tentang lelaki yang bermulut betina ini...

Rafizi Ramli diwar-warkan sebagai seorang yang terpelajar dan bakal menjadi pemimpin besar PKR. Nak jadi pemimpin besar, tapi otak, mulut dan perangai seperti orang yang tak cerdik.

Semalam ketika berbalas tweet dengan Papa Gomo , Rafizi yang dikatakan seorang yang berpelajaran mengeluarkan ayat berbunyi,

Dia ada fantasy tengok saya bogel, nak sangat 

Untuk mengetahui apa yang dibalas oleh gomo anda boleh rujuk di sini

Adakah orang seperti itu layak diangkat sebagai pemimpin ?


Perkara kedua....

Rafizi dalam kenyataan semalam berhubung perletakan jawatannya mengatakan seperti berikut,

"Penat  Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat"

Nak masuk bulan puasa dia kena berhenti kerja...

Rafizi bekerja di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sejak dua tahun lepas. Maknanya sudah dua kali Ramadan dia di pejabat berkenaan.

Tiba-tiba menjelang bulan Ramadan tahun ini dia letak jawatan kerana puasa dan nak tumpu kepada ibadat.

Adakah sepanjang dua tahun dan dua kali bulan puasa dia di pejabat berkenaan dia tidak pernah puasa dan tidak beribadat ?

Mungkin tahun ini dia dah insaf  dan nak belajar puasa serta buat ibadat. .

Buruh yang buat rumah batu pun tidak letak jawatan kerana nak puasa. Tetapi Rafizi terpaksa letak jawatan kerana puasa.

Puasa elok-elok ya Rafizi.Jangan pula curi-curi makan lolipop....

Kalau tak tahan puasa separuh hari sebagai permulaan....

Bila Kena Orang Mereka, Inilah Ketelusan - Bila Kena Orang Kita, Rasuah

Mengikut laporan dari malaysiakini , Faekah Husin mengakui surat yang dihantarnya kepada PNSB melibatkan firma guaman anak saudaranya.

Yang syoknya Faekah berkata surat itu menunjukkan ketelusan yang diamalkan oleh pentadbiran PKR.

Inilah politik hancing yang diamalkan oleh PKR, PAS dan DAP.

Apabila kena atas batang hidung mereka tiba-tiba terus bertukar menjadi ketelusan yang diamalkan.

Shahrizat Jalil yang tidak terlibat , tidak kena mengena dan tidak ada satu surat pun yang dihantar untuk suaminya mendapatkan pinjaman bagi projek lembu fidlot, bergegar-gegar pentas ceramah mereka tuduh Kak Ijat rasuah dan salah guna kuasa. Sampaikan kawan itu terpaksa berundur dari kabinet kerana tidak mahu membebankan kerajaan.

Bila kena kepada mereka, inilah ketelusan....

Kepala bapak hang ! 

Kerana Mulut Kini Setpol MB Selangor Terima Balasannya

Faekah Husin bukanlah seseorang yang asing bagi blog ini. Malah blog ini adalah antara blog yang awal mempopularkan dia di laman maya. 

Mulutnya.....hanya tuhan sahaja yang tahu. Kalau dalam bahasa kasar orang panggil mulut jahat. Hanya orang yang mengenali dia sahaja yang tahu tentang keceluparan dan kejahatan mulutnya. Mungkin sebab itulah sampai ke tua dia tak kahwin.

Pertama sekali, saya nak ajak anda imbas kembali kata-kata yang pernah diungkapkan dia yang sepanjang dia menjadi Setpol MB Selangor.

Anda baca dulu perlahan-lahan dari atas sampai ke bawah....Tak perlu gelojoh-gelojoh nak terus kebawah.

Selamat membaca....

Berdasarkan kajian, rakyat tidak terlalu menekankan janji berupa habuan wang ringgit tetapi menuntut pentadbiran telus, efisien dan bertanggungjawab - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 27 Mac 2012 - malaysiakini

Pihak yang tertekan sejak Pakatan Rakyat menerajui negeri tersebut dan mereka adalah kroni dan suku sakat Umno-BN.  Golongan tersebut telah mengaut kekayaan menerusi pemberian projek secara terus, menjadi orang tengah dan para  pelobi - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 24 September 2011 - malaysiakini 

Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 18 Januari 2011 - malaysiakini

Rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini. Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan parti itu menangani masalah rasuah. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 9 Disember 2010 - malaysiakini

Rakyat tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir  Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus. - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor ,  9 Disember 2010 - malaysiakini

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat. Pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat. Justeru, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin Umno-BN. Sebab sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 28 Mac 2012 - selangorku

Beliau mendabik dada kononnya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat tetapi membiarkan pembaziran dan salah guna kuasa yang berlaku di bawah portfolio pertaniannya,cakap tak serupa bikin - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 28 Januari 2012 - selangorku

Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 16 Januari 2012 - selangorku 

Inilah sikap jijik pemimpin UMNO yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya menuding jari kepada orang lain. Perdana Menteri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 15 Mac 2012 - selangorku

Sikap jijik ya ?

Jijik ya ?

Jijik ?

Nah....ambil yang ini siapa yang jijik ?

Surat anak buah kepada makciknya....


Surat makcik kepada bos GLC
Untuk membaca pendedahan berkenaan sila rujuk di sini

Itulah sikap dan perangai sebenar PKR. 

Ibarat perompak yang berpura-pura mengejar pencuri. 

Itu yang kecil yang dapat kita kesan. Belum lagi keluar yang besar-besar. Allah Maha Kaya, Insyaallah satu hari nanti akan keluar semuanya.

Persoalannya kini, adakah Khalid Ibrahim berani untuk menggantung tugas Faekah sepertimana beliau menggantung tugas pegawai khasnya , Yahya Sahri pada tahun 2008.

Kita imbas kembali apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim ketika itu,

Pihak kami memandang serius tentang isu yang melibatkan ketelusan dan tanggungjawab dan sebab itu pihak kami tidak teragakagak untuk mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit walaupun ia bukanlah tindakan popular di peringkat parti - Khalid Ibrahim, 26 Jun 2008 - mstar 

Menurut Abdul Khalid, tindakan gantung tugas dan gaji itu dibuat bagi membolehkan siasatan dibuat dengan meneliti semula semua dokumen yang pernah dikendalikan pegawai kanan di pejabatnya itu. Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan- rakan Pas dan DAP setuju, mesti ada ketelusan dan tanggungjawab, kita percaya kena buat (siasat) dengan betul, kalau pegawai itu tidak bersalah, akan diambil balik untuk bekerja, kalau didapati bersalah, kita akan ambil tindakan sewajarnya, kita memberi peluang kepadanya - Khalid Ibrahim , 24 Jun 2008 - Utusan Online

Walaupun bukti telah terbentang depan mata, saya yakin, bukan setakat yakin malah amat-amat yakin bahawa Khalid Ibrahim tidak akan mengambil tindakan menggantung tugas Faekah kerana Faekah terlalu istimewa baginya dan dilindungi Presiden PKR. 

Khalid akan bagi alasan apa yang dilakukan Faekah bukan satu kesalahan, atau dia akan kata Faekah telah mendapat keizinannya terlebih dahulu sebelum menghantar surat berkenaan menggunakan letter head pejabat MB.

Soal samada tindakan akan diambil atau tidak , itu terpulang kepada mereka. Cuma kita nak tunjuk kepada rakyat Malaysia atau rakyat Selangor khususnya, itulah wajah orang yang siang malam selama 365 hari setahun menuduh UMNO dan BN mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme.

Kata orang tua-tua kerana mulut badan binasa....

Hari ini kerana mulutnya yang jahat dan selalu menengking pegawai-pegawai Kerajaan Selangor, Faekah menerima pembalasannya.

Thursday, June 21, 2012

Video - Kursus Haji Anjuran Pak-khatan Rakyat Pulau Pinang

Gambar sekadar hiasan


Penyakit Mental Pemimpin-Pemimpin Pas Semakin Kronik

Menjelang PRU yang tidak berapa lama lagi membuatkan ramai pemimpin-pemimpin Pas menghadapi masalah mental yang serius, malah ada yang sudah sampai ke tahap kronik.
1 Jun 2012 - Presiden Pas menuduh BN akan mengadakan pilihanraya pada musim haji kerana hendak selamatkan BN. Katanya ini kerana ramai banyak penyokong Pas yang mengerjakan haji pada masa itu. Sini

Maklumlah di Malaysia ini yang haji semuanya orang-orang Pas. Haji Najib , Haji Muhyiddin,  Haji Jamil Khir,  Haji Zahid Hamidi, Haji Fuad Zakarshi dan ramai lagi. Semuanya orang Pas tu.....
Ambo mengaku kalah dengan Mat Sabu

5 Jun 2012 - Ketua Penerangan Pas keluarkan arahan supaya ahli-ahlinya yang terlibat dalam jentera pilihanraya agar menangguhkan ibadat haji tahun ini bagi memberi tumpuan kepada pilihanraya. Sini

Sepanjang minggu lepas selama seminggu isu berkenaan dibahaskan...

Tup...tup...tiba....tiba.....


19 Jun 2012 - Setiausaha Agung Pas keluar kenyataan yang mengatakan Pas jangka pilihanraya akan diadakan tahun hadapan. Sini

Kau dah suruh orang tangguh pergi haji, kau dah tuduh macam-macam kepada BN dan PM kononnya akan mengadakan PRU pada musim haji, tiba-tiba dia kata PRU tahun hadapan pula.

Tak ke gila namanya itu ?

Wednesday, June 20, 2012

Lynas:Skandal Pembohongan Paling Licik Terbongkar


Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan. Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu. 

Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat. Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya. Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September. 

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi. Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat. Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong. Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat. 

Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas. Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya. 

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini. 

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata. Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.” Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...

Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.” 

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali. Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana. Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”. 

Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara. Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini. Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki. 

Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya. Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara. 

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur. Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir. 

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka. 

Tulisan sumbangan Beruang Biru

Pemimpin Pas Protes Sekolah Agama dan Adun BN Halau Rakyat ?

Seperti yang saya selalu katakan di blog ini, Pas sanggup lakukan apa sahaja demi politik dan demi untuk mendapatkan undi, termasuklah menjadikan isteri sebagai taruhan politik.  

Minggu lepas saya telah tulis di blog ini bagaimana Pas arahkan ahli-ahli mereka yang terlibat dalam urusan pilihanraya agar menangguhkan ibadat haji mereka tahun ini bagi memberi tumpuan kepada pilihanraya. 

Sebelum-sebelum ini kita semua tahu bagaimana Pas sanggup gadaikan kalimah Allah demi untuk mendapat sokongan orang-orang bukan islam. 

Pas juga mempertahankan tindakan pemimpin-pemimpin berketurunan komunis DAP menggunakan ayat-ayat Quran di pentas ceramah. Semuanya kerana politik....

Minggu ini pula saya nak berkongsi dengan anda satu kisah yang terjadi di Perak melibatkan seorang lagi pemimpin Pas juga.


Seperti yang kita tahu kejayaan DAP, PKR dan Pas di Perak pada PRU 12 dan kekuatan mereka kini adalah hasil sokongan pengundi-pengundi cina. Sokongan pengundi melayu kepada mereka tidaklah sehebat pengundi cina. 

Kerana undi cina Pas sempat menjadi MB selama 11 bulan. Kerana undi cina jugalah orang-orang Pas yang sebelum tahun 2008 lantang melaungkan UMNO rasuah siang dan malam menjadi kaya raya dalam tempoh 11 bulan pemerintahan Pas di Perak. Kerana undi cina jugalah bekas pesuruhjaya Pas Perak yang dulunya seorang yang muflis sehingga tidak layak bertanding dalam PRU 12 , bebas dari muflis dalam tempoh 11 bulan seorang ahli Pas menjadi MB.

Oleh sebab yang diatas itulah Pas yang dulunya mengkafirkan UMNO kerana menjalinkan hubungan dengan MCA tiba-tiba berubah 360 darjah menjadi lebih kafir dari UMNO. Lebih malang lagi sanggup menggugurkan apa yang menjadi teras perjuangan mereka sebelum ini, iaitu penubuhan negara islam.

Sekafir-kafir UMNO yang dituduh Pas kerana menjalinkan hubungan dengan MCA, dan telah lebih dari 50 tahun, tidak pernah sesekali pun UMNO menggugurkan matlamatkan perjuangan mereka untuk Islam dan bumiputra.

Pas tahu hanya pengundi cina sahaja yang mampu merealisasikan impian mereka untuk menjadi wakil rakyat, exco dan menteri besar atau apa-apa sahaja jawatan termasuk ahli majlis sekali pun. Oleh yang demikian demi mencapai matlamat tersebut Pas sanggup lakukan apa sahaja demi mandapat undi orang-orang cina hatta bergelumang dengan daging babi di pasar menjual babi sekali pun. Itulah yang terjadi di Mersing dan Selangor....

Berbalik kepada apa yang terjadi di Perak....


Sehari dua ini beberapa blog pro pembangkang mencanangkan cerita kononnya Adun BN Sungai Rapat, YB Datuk Hamidah Osman menghalau rakyat dari majlis perjumpaannya dengan penduduk-penduduk Taman Desa Aman dan taman-taman sekitarnya.

Punca kepada semua kekalutan itu adalah kerana sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Taman Desa Aman. Satu masa dulu terdapat sebuah sekolah agama rakyat yang menumpang dibahagian bawah sebuah surau papan dua tingkat. 

Lima tahun lepas surau berkenaan dirobohkan bagi dibina surau baru di tapak sama , yang lebih selesa dan mesra warga emas (setingkat), tanpa perlu memanjat tangga ke bahagian atas lagi untuk beribadah .

SAR berkenaan dipindahkan sementara (menumpang) di Dewan Orang Ramai Taman Pegoh. Setelah beberapa tahun ibu bapa dan pihak sekolah meminta agar sebuah SAR baru dan lebih selesa dibina.Hasil kerjasama penduduk sekitar dan YB Hamidah tapak telah dikenalpasti dan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri bagi tujuan pembinaan tersebut.

Tapak untuk pembinaan sekolah tersebut adalah sebuah kawasan padang yang berkeluasan 4.0 ekar dan keluasan yang digunakan untuk pembinaan sekolah adalah 0.8 ekar sahaja. Dibina di bahagian hujung padang dan bukan di kawasan tumpuan kanak-kanak bermain.


Pembinaan tersebut telah mencetuskan bantahan oleh 27 orang penduduk sekitar. Jumlah keseluruhan penduduk pula lebih kurang 1000 orang. Daripada 27 orang penduduk yang membantah pembinaan SAR tersebut, 25 orang berbangsa cina dan 2 orang berbangsa india.

Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Bon Chye yang mengetuai bantahan 27 orang penduduk tersebut. Lebih malang dan sungguh mengejutkan apabila penyelia Pas kawasan berkenaan yang juga calon yang diimport dari Kedah dan tersungkur di kaki YB Hamidah pada PRU 2008 , Radzi Zainon turut bersama-sama dengan Ahli Parlimen PKR Gopeng dan 27 orang penduduk membantah pembinaan SAR berkenaan. 

Inilah yang saya katakan diatas, demi undi Pas sanggup buat apa sahaja. Minta jauhlah dari orang-orang seperti ini dari diangkat sebagai pemimpin. Lihat contoh apa yang terjadi di Perak selama 11 bulan. Selama tempoh itu sahaja sudah ada tanah yang tergadai 999 tahun. Belum lagi dihitung benda-benda lain. Jika mereka-mereka yang dari kaum Pas ini diangkat sebagai pemimpin negara tidak mustahil kita (rakyat) boleh dilelong 3 orang  RM 10 oleh mereka. 


 

Pada hari Sabtu lepas (16.06.2012) YB Hamidah telah mengambil insiatif untuk berjumpa dengan penduduk Taman Desa Aman dan penduduk taman-taman sekitarnya bagi membincangkan isu pembinaan SAR yang diperbesar-besarkan oleh PKR dan Pas.

Ahli Parlimen Gopeng dan Penyelia Pas import untuk Dun berkenaan telah membawa sekumpulan penyokong-penyokong mereka dari kawasan lain ke majlis berkenaan atas nama rakyat hendak berdialog YB Hamidah. 

Sekilas ikan di air kita tahu jantan betina....

Mereka boleh berselindung atas nama rakyat dan atas nama dialog, tetapi YB Hamidah lebih cekap menghidu apa niat mereka yang sebenar.

Kerana ingin memberi tumpuan kepada penduduk setempat bagi membincangkan masalah yang dihadapi dan juga sebelum timbul perkara-perkara yang tidak diingini YB Hamidah membuat pengumuman meminta supaya Ahli Parlimen PKR Gopeng dan Penyelia Pas yang diimport dari Kedah agar meninggalkan majlis tersebut. Sekiranya mereka tidak meninggalkan majlis program tidak akan dimulakan.


Akhirnya dalam keadaan tersipu-sipu mereka dan penyokong-penyokong mereka dari luar yang tidak ada kena mengena dengan masalah penduduk disitu bangun meninggalkan majlis sambil melaung-laungkan reformasi. Mereka ingat mereka bijak, rupanya ada orang lain yang lebih bijak menghidu niat mereka.

Apabila apa yang dirancang tidak menjadi, mereka pusing cerita pula mengatakan YB Hamidah menghalau rakyat dari berjumpa dengannya. Nampaknya rancangan PKR dan Pas gagal. Sila cuba lagi di lain kali.....

Itu yang mampu saya jelaskan kepada anda semua disebalik tohmahan pembangkang kononnya YB Hamidah menghalau rakyat.

Ingat beza Pas dan UMNO....

PAS berjuang menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik....

Umno berjuang menggunakan politik untuk kepentingan agama dan bangsa....