Tuesday, July 31, 2012

Kisah Benar Yang Memilukan dan Menyayat Hati Dari Isteri YB Celaka Haram Jadah





Apabila melihat dia memaki hamun haram jadah bukannya sesuatu yang pelik kerana dia pun memang tergolong dalam golongan itu. 

Minggu lepas kita telah ditunjukkan laporan polis oleh isterinya bagaimana dia menghalau isterinya. 

Pernahkah anda terdengar seorang suami sanggup ganti tempat tidur isteri pertamanya dengan isteri keduanya disaat isteri pertama masih hidup dan belum bercerai ? 

Suami yang begitu memang sial haram jadah.... 

Selanjutnya sila klik di sini

Penang Port:Kebangsatan dan Kejahatan Lim Guan Eng Terserlah


Sebelum ini saya pernah tulis mengenai tindakan DAP yang mempertikaikan rancangan Syed Mokhtar untuk membeli Pelabuhan Pulau Pinang. Sini

Sekarang kerja dia cucuk sentimen rakyat Pulau Pinang agar menolak langkah kerajaan menjual Penang Port kepada Syed Mokhtar. Isu ini dah cuba dijadikan isu politik menjelang PRU. 

Dia pergi canang cerita kononnya Syed Mokhtar akan jadikan Penang Port hanya sebagai 'feeder port'  kerana Syed Mokhtar akan lebih menjaga dua pelabuhan utamanya di Johor. Sedangkan Syed Mokhtar tidak pernah bercadang untuk menjadikan pelabuhan itu sebagai 'feeder port'.

Malah syarikat Syed Mokhtar akan mengorek laluan kapal dalam usaha untuk mendalamkan lagi laluan kapal mengikut keperluan pelabuhan itu. Sini

Tidak cukup dengan itu tiba-tiba sahaja beberapa hari lepas Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang membentuk sebuah konsortium untuk berlawan dengan Syed Mokhtar bagi merebut Pelabuhan Pulau Pinang.

Kenapa sebelum ini mereka tidak berusaha untuk dapatkan pelabuhan itu ?

Tetapi apabila dapat kepada Syed Mokhtar tiba-tiba pula mereka juga turut berminat untuk mendapatkannya....

Siapa disebalik Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang ?

Siapa Ketua Menteri Pulau Pinang ?

Guan Eng ni memang jahat beb.....cina ni memang celaka besar. Tapi masih ada lagi melayu-melayu bodoh yang nak julang cina tu.

Mulut dia memang manis, lakonan dia memang cukup hebat. Tapi jahatnya juga cukup hebat....

Sunday, July 29, 2012

Sebagaimana Hantu Takut Kepada Ayat Qursi Begitulah Takutnya Pembangkang Kepada Perkataan Janji Ditepati



Sejak kebelakangan ini kita semua dapat lihat bagaimana takutnya puak-puak pembangkang dengan slogan hari kemerdekaan negara, JANJI DITEPATI.

Sebagaimana hantu dan iblis takut kepada Ayat Qursi, begitulah takutnya mereka kepada perkataan JANJI DITEPATI.

Sebab apa mereka takut ?

Sebab mereka semua kaum munafik....

Yang banyak berbohong, kelentong, menipu, tidak mengotakan janji dan lain-lain yang sewaktu dengannya adalah puak-puak mereka.

Sebab itulah mereka fobia dengan perkataan JANJI DITEPATI.....

Hanya puak-puak munafik yang takut kepada perkataan itu. 

Puak-puak yang menepati janji tidak takut atau gentar dengan perkataan itu.

Friday, July 27, 2012

Gara-Gara Nak Bersahur Punya Pasal


Sekali tengok memang lawak gila....

Dua kali tengok menunjukkan bagaimana bersungguh-sungguhnya individu tersebut untuk memastikan dia sedar bersahur dan seterusnya berpuasa.

Semoga puasa dan kehidupan anda dirahmati Allah....Amin.....

Wowwwww....Balu Dapat RM 400 Ribu

Wow.....

Wang besar.....

Wang besar......

Siapa dapat itu wang besar ???

Klik di sini

Thursday, July 26, 2012

Kantoi ! Theresa Kok Iktiraf Khalid Ibrahim Seorang Pembohong


Theresa Kok secara rasminya telah mengiktiraf Khalid Ibrahim sebagai seorang pembohong. 

Klik di sini

Bodoh Yang Tidak Boleh Diajar - Itulah PKR....


Tangan ambo agak keras sikit untuk nak menaip.....

Klik sini ja lah....

Wednesday, July 25, 2012

Disolek Wanita:Fathul Bari Akui Kesilapan dan Berharap Allah Ampunkannya


Berikut adalah kenyataan Ustaz Fathul Bari berhubung isu beliau disolek oleh jurusolek wanita sewaktu debat antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas minggu lepas.

Bismillahhiarrahmanirrahim,

Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:

1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat. Semoga Allah mengampunkan kesalahan ini, dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.

2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.

3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.

5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.

6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.

7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.

8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.

9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.

Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya 

Rasa sungguh teruja dan bangga apabila membaca kenyataan Ustaz Fathul Bari. Dengan penuh keinsafan beliau mengakui kesilapannya dan mengharapkan Allah mengampunkan dosanya. Masyaallah......

Semoga Allah ampunkan Ustaz....Amin.....

Semasa PRK Permatang Pasir tahun 2009, dibulan Ramadhan, kita semua masih ingat lagi bagaimana Ketua Pemuda Pas yang serban sebesar sebesar bakul, yang jubah sampai bawah tumit kaki dan yang celak keningnya sampai masuk ke dalam mata membongkar kisah calon BN berkahwin dua. Korek dan laga sana-sini, dibawa keatas pentas ceramah hingga rumahtangga calon itu berkocak. Tetapi sampai ke hari ini pun tiada satu perkataan maaf atau mengakui kesilapan keluar dari mulut dia. 

Apa hukumnya memecah belahkan rumah tangga orang ? 

Kalau ikut hati aku banyak lagi aku nak rembat Ketua Pemuda Pas ni, tapi disebabkan bulan puasa maka aku reserved sedikit....

Isteri Sendiri Buat Laporan Polis Keatas YB Haram Jadah PKR


Ingat lagi tak kepada yb haram jadah diatas ? 

Yang pernah maki Tun Dr M sial haram jadah....

Boleh lihat di sini bagaimana dia memaki....

Nampaknya yb ni memang betul-betul haram jadah....

Satu laporan polis terhadap dia dibuat oleh isterinya sendiri.....

Dia bergaduh laki bini sampaikan anak-anak pun diajar suruh kurang ajar dengan ibu mereka....

Orang macam ni pun PKR tabalkan sebagai pemimpin......


Selanjutnya boleh lihat di sini

Monday, July 23, 2012

Farid Ismeth Emer Dibayar Untuk Buat Pengakuan ?

Terasa malas nak menulis di bulan puasa ini, tetapi apabila melihat video pengakuan Farith Ismeth Emir yang dimainkan oleh beberapa blog hari ini, terasa nak ikut sama juga.

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, menjelang PRU 13 Rosmah akan dijadikan modal utama pembangkang untuk menimbulkan sentimen kebencian orang ramai terhadap PM dan BN.

Mereka akan buat, akan reka dan akan karang apa sahaja cerita pasal Rosmah untuk dijadikan modal politik mereka.

Apabila isteri Guan Eng kena soal sikit saja bukan main lagi melenting-lenting puak-puak mereka marahkan Adun MCA yang bertanya soalan itu. Sampaikan Wan Azizah panggil sidang media khusus pertahankan Betty Chew.

Tapi mereka tak pernah terfikir pula apa yang mereka pernah buat kepada orang lain. Bagaimana Guan Eng kerjakan Rahim Thamby Chik satu masa dulu. Bagaimana Anwar gunakan penyiasat persendirian suruh buat kenyataan Najib ada hubungan dengan Al Tantuya. Dan bagaimana Rosmah difitnah dengan pelbagai tuduhan tentang kehidupan beliau berumahtangga. 

Tapi bila Betty Chew kena tanya soalan sikit ja.......fuh......terus melompat beb....Kononnya mereka ada keluarga. Habis itu orang lain tiada keluarga ke ?

Isu tentang Rosmah pernah menjadi isteri kepada Farid Ismeth Emer bukannya perkara baru. Tetapi benda ini sering diulang-ulang oleh blog-blog pembangkang termasuklah blogger yang dipelihara oleh Rafizi ramli. 

Akhirnya hari ini Farid muncul menafikan semua dakwaan itu. Tetapi adakah anda rasa mereka akan senyap apabila melihat dan mendengar apa yang dikatakan Farid ?  Klik di sini

Tidak.....mereka tidak akan senyap atau terima apa yang dikatakan Farid. Percayalah cakap saya perkara itu tidak akan senyap. Mereka akan pusing cerita pula kononnya Farid Ismeth Emer telah dibayar oleh Rosmah untuk membuat pengakuan itu.

Bab macamana nak buat fitnah supaya nampak benar memang pembangkang cekap. Seperti yang dikatakan oleh blogger GAP di sini. Mereka bijak putar dan mereka bijak pusing tapi macamana pun satu hari nanti semuanya akan terbelit leher sendiri.

Friday, July 20, 2012

DAP Semakin Tidak Senang Dengan Syed Mokhtar Al Bukhari

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, satu nama besar yang dikenali umum di negara kita. Ramai diantara kita tahu beliau seorang hartawan dan dermawan. Tetapi tidak ramai diantara yang tahu bagaimana kehidupannya sebelum menjadi hartawan.

Tahukah anda bahawasanya Syed Mokhtar tidak dapat mengambil peperiksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran ? 

Beliau membantu ibunya menanam sayur bagi menampung kehidupan keluarga dan menjual roti canai bagi mencari wang untuk membayar yuran peperiksaan. Akhirnya beliau dapat juga mengambil peperiksaan SPM. 

Beliau juga membantu bapanya menternak lembu dan kerbau. Kemudian datang pula penyakit kuku dan mulut. Semua lembu dan kerbaunya mati. Selepas mengambil peperiksaan SPM beliau memulakan karier baru sebagai penjual daging lembu dan kerbau pada usia 19 tahun. 

Selepas itu beliau mendapat empat buah permit untuk lori Kelas A dan pinjam duit daripada MARA untuk membeli lori . Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan. Kemudian beliau mohon lesen beras dari Lembaga Padi Negara dan dapat peluang membekal beras kepada Felda. 

Itu serba sedikit gambaran yang saya nak tunjukkan bagaimana seorang yang susah boleh mendaki tangga kejayaan. 

Kini Syed Mokhtar seorang budak yang tidak mampu untuk bayar yuran peperiksaan SPM satu masa dulu adalah antara orang yang terkaya di Malaysia. 

Sebab apa Allah beri kejayaan kepadanya ?

Sebab beliau berkongsi dengan orang ramai apa yang Allah berikan kepada dia. Beliau telah banyak menggembirakan orang dan orang-orang yang gembira itu berdoa kepadanya. Lagi banyak beliau dapat lagi banyak beliau curah. Tidak sombong dan tidak berlagak. Serta sentiasa merendah diri. Padanya rezeki yang diberi Allah perlu dikongsi beramai-ramai.  Sebab itulah Allah limpahkan kekayaan , kejayaan dan rahmat kepadanya.

Sejak akhir-akhir ini wujud perasaan tidak senang hati segelintir kaum lain terutamanya dari DAP terhadap Syed Mokhtar. Tony Pua tidak lama dulu dengan bantuan malaysiakini dan malaysia insider telah berusaha untuk membunuh perniagaan NFCorp dengan mengatakan daging lembu yang dijual mereka beracun. Tony Pua itu juga dengan bantuan anak puaka si Nurul Izzah cuba membunuh perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia. Baru-baru ini pula Tony Pua itu juga cuba untuk memburuk-burukkan Syed Mokhtar. Lihat di sini.

Tidak cukup dengan itu baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang yang berlidah biawak turut mempertikaikan tindakan Syed Mokhtar untuk mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang.  Katanya pihak pengurusan Penang Port tidak mahu orang luar mengambil alih pelabuhan berkenaan. 

Sungguh melucukan....

Orang luar tidak boleh ambil alih pelabuhan, tetapi anak cina dari luar boleh pula mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang ?

Tiada alasan untuk menolak Syed Mokhtar daripada mengambil alih pelabuhan berkenaan kerana beliau telah membuktikan bahawa beliau berjaya menguruskan pelabuhan lain dengan baik. 


Pada masa ini Pelabuhan Pulau Pinang dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Seperti yang kita tahu ada sesetengah entiti perniagaan yang berada dibawah kerajaan sukar untuk mereka membuat untung. Sebab semua pihak yang yang berada dalam entiti tersebut berfikiran untung atau rugi tidak menjadi masalah kerana mereka sentiasa dipayung oleh kerajaan.

Contoh terbaik adalah MAS....

Pelabuhan Pulau Pinang adalah pelabuhan utama di bahagian utara tanah air. Banyak kilang-kilang di Pulau Pinang , Kedah dan Perak bergantung kepada pelabuhan tersebut untuk urusan import eksport kargo. Pengeksport dan pengimport dari Selatan Thailand juga turut bergantung kepada pelabuhan itu. Tetapi pelabuhan tersebut berada dalam kerugian. Sehingga tahun 2010 pelabuhan tersebut menanggung hutang lebih RM 800 juta. Siapa yang tanggung hutang tersebut ? Sudah tentulah kerajaan..... Duit siapa ? Duit pembayar cukai....

Semakin hari rakyat semakin bertambah dan setiap tahun bebanan kerajaan juga meningkat. Mengapa perlu kerajaan nak tanggung semua itu jika ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mengelak kerajaan menanggungnya ?

Sebab itulah kerajaan memilih untuk menswastakan pelabuhan itu. Kenapa pula kerajaan pilih Syed Mokhtar ? Kerana Syed Mokhtar telah membuktikan kejayaan dalam mengendalikan dua pelabuhan di Johor. 

Melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr M, Syed Mokhtar telah membeli Pelabuhan Johor melalui tender pada harga RM 330 juta dari kerajaan. Kemudian beliau bangunkan pelabuhan tersebut sehingga menjadi sebuah pelabuhan yang hebat. Kehebatan Pelabuhan Tanjung Pelepas telah membuatkan beberapa buah syarikat perkapalan besar antarabangsa yang sebelum itu bertapak di Pelabuhan Singapura telah memindahkan operasi mereka ke Tanjung Pelepas. Saya masih ingat lagi bagaimana marahnya Singapura pada waktu itu. 

Dibawah Syed Mokhtar Pelabuhan Tanjung Pelepas berada dalam keadaan yang cukup berjaya hari ini. Sekarang mereka mengendalikan 6 juta TEU setahun. Apabila syarikat maju pekerja dapat gaji dan kemudahan yang baik. Kerajaan juga dapat pungut cukai daripada syarikat. Situasi menang-menang...

Jika Syed Mokhtar telah membuktikan kejayaannya di Johor, tidak ada salahnya kerajaan hendak swastakan Penang Port kepada beliau.Semuanya untuk menjamin pelabuhan berkenaan agar terus maju dan pekerja juga akan mendapat pendapatan yang baik.

Kita lihatlah bagaimana antara MAS dan Air Asia. MAS berada dibawah kerajaan dan Air Asia milik individu. Setiap tahun MAS rugi dan Air Asia pula setiap tahun untung, sedangkan harga yang ditawarkan oleh Air Asia lebih murah dari apa yang ditawarkan oleh MAS. Sebab apa MAS rugi ? Sebab semuanya bermentaliti mereka dipayung oleh kerajaan. Manakala Air Asia pula perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana mereka tidak dipayungi kerajaan. 

Apabila Air Asia masuk ke dalam MAS , pekerja-pekerja MAS cuba nak buat hal. Sebab apa ? Sebab mereka takut diminta bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan syarikat mencapai keuntungan. Pekerja MAS semuanya dah banyak lemak kerana bagi mereka apa pun terjadi syarikat mereka dipayung oleh kerajaan dan pendapatan serta kemudahan untuk mereka terjamin. Sebab itulah MAS tak boleh maju....dan sampai bila kerajaan nak tanggung biawak hidup tersebut ?

Tetapi saya difahamkan situasi di Penang Port berbeza dengan di MAS. Difahamkan tidak menjadi masalah kepada pekerja-pekerja mereka untuk pelabuhan itu diswastakan. Yang cuba menghalang adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Semuanya kerana sikap rasis. Kemudian bagi alasan kerana Syed Mokhtar orang luar.

Halo Guan Eng, lu kencing dalam tempulung dan lu kasi tilik lu punya muka. Tanya lu punya muka lu mana punya olang ? 

Sama-sama kita doakan kejayaan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.....

Thursday, July 19, 2012

Isu Saham Felda Tonjolkan Amalkan Politik Syaitan Pas


Untuk menutup malu MB Kedah telah mengarahkan agar PKNK menjual kembali saham Felda yang telah mereka beli

Berikut laporan yang dipetik dari sinarharian.com
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual saham milik perbadanan itu dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH), yang dibeli tanpa pengetahuan beliau sehingga menimbulkan isu seolah-olah pendirian Kerajaan Negeri berhubung penyenaraian syarikat Felda itu di bursa saham bertentangan dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi meredakan salah faham dalam kalangan penyokong pembangkang seolah-olah Kerajaan Kedah tidak sensitif dengan isu berkenaan.

"Jika ada mana-mana pihak yang anggap begitu (tidak sensitif) sebenarnya tidak betul. Walaupun MB (Azizan) Pengerusi PKNK, namun dalam isu pembelian saham FGVH, beliau tidak dimaklum langsung. Keputusan itu dibuat oleh pengurusan PKNK sendiri. MB hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat dan beliau terus mengarahkan supaya saham-saham itu dijual kerana menyedari ia boleh menimbulkan salah faham terhadap Kerajaan PR Kedah," katanya.

Itulah Pas....

Seperti yang saya sering kata di blog ini demi politik mereka sanggup buat apa sahaja termasuklah menjadikan isteri sebagai taruhan politik. 

Ketua Eksekutif PKNK , Datuk Abdul Rahman Ibrahim semasa mengulas pembelian saham berkenaan telah berkata ianya satu keputusan perniagaan yang bijak.

Laporan dari sinarharian.com
“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya.

Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.

PKNK yakin dengan Felda dan tahu mereka akan dapat banyak faedah daripada pembelian saham berkenaan sebab itu mereka beli. Malah mereka minta nak beli sampai 1 juta unit. Itu bukti keyakinan mereka kepada Felda.

Tetapi malangnya oleh kerana parti Pas sebuah parti ajaran syaitan yang meletakkan politik lebih atas dari segala-galanya, mereka membutakan mata dan menggelapkan hati dari melihat semua kebaikan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh PKNK hasil pembelian saham tersebut, dan meminta PKNK jual kembali saham-saham itu. 

Semata-mata nak memuaskan nafsu politik syaitan mereka....

Begitulah dalam soal hubungan mereka dengan Anwar Ibrahim. Pas tahu Anwar seorang peliwat, Pas tahu Anwar lelaki yang beraksi dengan perempuan cina dalam video yang didedahkan Eskay. Malah Pas tahu lebih awal daripada orang-orang Umno yang Anwar seorang peliwat hingga mereka yang memberikan gelaran Al Jub**i, tetapi Pas ketepikan semua itu demi kerana nak memuaskan nafsu politik syaitan mereka. Kini tok-tok guru Pas yang jubahnya meleret sampai ke tapak kaki dan serban sebesar bakul sanggup menjulang seorang manusia yang Nabi tidak mengaku umatnya kerana nak kejar keuntungan politik.

Begitu juga dengan perjuangan negara islam yang dibawa mereka sejak tertubuhnya Pas. Berbelas-belas orang mati di Memali kononnya berjihad untuk menubuhkan negara islam. Kini kerana nak memuaskan nafsu politik syaitan mereka, perjuangan negara islam digugurkan kerana katanya dalam Quran tidak dinyatakan tentang negara islam. Dah tua-tua bangka baru habis mengaji dan baru tahu dalam Quran tiada negara islam. Sebelum itu mereka kafirkan Umno mereka tak habis lagi baca Quran.

Dalam hal saham Felda inilah yang kita boleh lihat bagaimana Pas sanggup buat apa sahaja demi politik. Sanggup tolak kebaikan dan sanggup tolak kebenaran semata-mata politik. 

MB Kedah arahkan PKNK jual saham-saham Felda yang dibeli. PKNK beli saham Felda pada harga RM 4.55/unit. Harga saham berkenaan sekarang RM 5.40. 

Kalau MB Kedah nak jual kerana semata-mata berpegang pada prinsip Pas dan nak memuaskan nafsu politik Pas, tolong jangan ambil untung hasil penjualan tersebut. PKNK hanya ambil modalnya balik manakala keuntungan hendaklah diberikan kepada Felda atau para peneroka, atau campak saja duit itu ke laut. Duit itu haram untuk Pas. Haram....haram....haram......Jangan pula buat muka tak malu nak kaut untung. Nak pegang pada prinsip tolong pegang prinsip sepenuhnya dan jangan ambil untung satu sen pun. 

Wednesday, July 18, 2012

Pemain-Pemain Cyber Pro BN Kini Meresahkan Pemimpin Pembangkang


Sejak petang semalam hinggalah ke pagi ini saya banyak menerima ucapan tahniah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu petang semalam yang menolak saman Husam Musa keatas seorang peniaga yang dituduh sebagai blogger ruangbicarafaisal.blogspot.com

Ramai juga yang minta saya belanja makan....

Suka saya nak jelaskan disini, sebenarnya ucapan tahniah itu tidak perlu ditujukan kepada saya.  Bukan saya yang menang. Yang menang adalah peniaga tersebut. Kalau nak ucap sila ucapkan terus kepada lelaki itu. Kalau tak tahu ke mana nak dituju untuk ucap tahniah kepadanya, sila ke blog kickdefella di sini. Saya difahamkan beliau telah lama berada dalam jagaan kickdefella. 

Tentang permintaan untuk belanja makan, tidak menjadi masalah walaupun bukan saya yang menang. Hari Ahad ini (22.Julai.2012) jam 12.30 tengahari di Restoran Nasi Kandar SS 2 Petaling Jaya. Tawaran terhad antara jam 12.30 tengahari hingga 3.30 petang sahaja. Lebih daripada waktu itu dah tak boleh. Makan di kedai sahaja. Bungkus tidak dibenarkan. Amacam, ok ? 

Kalau kena tarik naik ke dalam kereta jenazah jangan marahi saya......kah....kah.....kah.....

Berbalik kepada apa yang saya nak katakan.....

Jika dulu kehadiran atau kewujudan blogger-blogger dan cybertrooper pro BN sering diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin dan pemain-pemain dunia cyber pro pembangkang. Mereka kata tiada kesan, kehadiran blogger pro BN akan membuatkan rakyat makin menyampah dengan BN, bodoh dan sebagainya. 

Namun sejak akhir-akhir ini lain pula yang jadinya. Nampaknya kehadiran pemain-pemain cyber pro BN telah mula meresahkan bukan sahaja pemain-pemain cyber pro pembangkang, malah sudah sampai ke tahap meresahkan pemimpin tinggi pembangkang. 

Buktinya semalam, Lim Kit Siang selaku orang lama politik dan pemimpin agung pembangkang menunjukkan rasa resah gelisah dia dengan kewujudan pemain-pemain cyber pro BN, hinggakan dia buat kenyataan media. Lihat di sini

Kalau kita semua ini tiada kesan dan tidak mendatangkan kudis kepada mereka, apakah anda ingat dia nak buat kenyataan media itu ? Apatah lagi yang buat itu adalah Lim Kit Siang. Bukannya setakat pendekar-pendekar tempang seperti Shamsul Iskandar atau Raja Ahmad Al Hiss 3/4.

Bercerita bab politik dalam dunia cyber....

Politik dalam dunia cyber mulai mengambil tempat selepas pemecatan Anwar Ibrahim tahun 98. Dulu sebelum ada internet orang main surat layang dan buku-buku politik. Pada tahun 98 politik dalam dunia cyber tidak sehebat hari ini dan pada ketika itu ianya dikuasai pembangkang. Antara laman web pembangkang yang popular pada ketika itu adalah mahazalim dan mahafiraun. Perkataan itu dituju kepada Dr M.

Macam-macam fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan kepada Dr M pada masa itu, Rumah Dr M ada tokong buddha, Dr M ada bini cina, Dr M arah Rahim Noor tumbuk Anwar, Dr M minta dana dari israel dan macam-macam lagi.

Masa itu talian internet tidaklah sehebat hari ini dan komputer pun tidaklah semurah dan sebanyak hari ini. Sesiapa yang ada kemudahan internet pada masa itu akan cetak kandungan-kandungan dari laman-laman web berkenaan dan sebarkan. Perkara itu dilakukan seluas-luasnya oleh penyokong-penyokong Anwar. Pelbagai kisah sedih Anwar dari dalam penjara dan kisah sedih Wan Azizah yang direkacipta untuk menagih simpati masyarakat. Pada masa itu berita-berita dari internet dianggap satu berita yang eksklusif dan dipercayai orang ramai. 

Masuk pilihanraya 1999 BN kalah agak boleh tahan juga , tetapi tidaklah hilang 2/3 dan BN juga kehilangan negeri Trengganu. Saya tidak kata kuasa internet sepenuhnya yang menyebabkan BN kalah banyak. Tetapi kelebihan internet yang dimanfaat sebaik mungkin oleh pembangkang boleh dikatakan turut menjadi penyumbang kepada kekalahan banyak kerusi BN.

Selepas itu BN/Umno juga turut memanfaatkan kelebihan internet. Wujudlah laman web seperti KMU yang kini dikenali sebagai MyKMU, Umno Online dan Selangor Daily. Itu yang saya ingat. 

Pilihanraya 2004 BN menang besar. Saya tidaklah kata kuasa internet yang memberikan kemenangan besar kepada BN kerana banyak lagi faktor lain yang turut menjadi penyumbang. Tetapi kuasa internet juga turut menjadi penyumbang. 

Kemenangan besar tahun 2004 telah membuatkan BN leka dan alpa. Banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan pada waktu itu. Kesilapan-kesilapan itu dimanfaatkan oleh pembangkang untuk dieksploitasi dalam dunia internet. Jika tidak silap saya ketika itu juga blogspot baru diperkenalkan. Kesempatan itu diguna sebaik mungkin oleh pembangkang untuk mengerjakan BN dan Umno. 


Maka antara tahun 2004-2008 pembangkang bermarajalela menggunakan blog-blog untuk menghancurkan BN dan Umno. Antara perkara panas yang disebarkan pembangkang ketika itu adalah mengaitkan Datuk Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tian Chua ketika itu buat gambar Datuk Najib bersama Razak Baginda dan Altantuya semata-mata nak memfitnah Najib. 

Malaysia today yang dikendalikan Raja Petra menjadi sumber penyebar fitnah paling utama dan menjadi laman paling suci pemuja pembangkang ketika itu. Ramai pemimpin-pemimpin BN yang menjadi haru biru dikerjakan Raja Petra ketika itu. Manakala pemimpin-pemimpin pembangkang pula memuja Petra. Sampaikan satu ketika Nik Aziz pernah utus surat kepada Raja Petra dan mengajaknya mencontohi perjuangan Nabi Yusof. Boleh lihat di sini.

Hasil dari kerja keras dan kesungguhan pembangkang memanfaatkan kelebihan internet antara tahun 2004 - 2008, maka kita semua dapat saksikan keputusan PRU 2008. BN hilang 2/3 dan kalah di empat negeri termasuk mempertahankan Kelantan. 

Jika dua pilihanraya sebelum itu (1999 & 2004 ) saya tidak katakan internet sebagai penyumbang utama kepada kedua-dua keputusan PRU tersebut. Tetapi untuk tahun 2008 saya berani katakan internet yang menjadi salah satu penyumbang utama. 

BN kalah teruk di kawasan pantai barat yang rata-ratanya negeri maju dan mempunyai talian internet yang cukup bagus seperti Selangor, WPKL, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Begitu juga di Negeri Sembilan yang BN menang cukup-cukup makan. Johor yang menjadi kubu kuat BN pun berjaya ditembusi pembangkang.

Cuba anda perhatikan kerusi-kerusi yang dimenangi BN di Selangor dan Perak. Kebanyakannya kerusi luar bandar yang pada masa itu tidak mempunyai capaian internet yang bagus. Kawasan bandar tempat yang internet bagus semuanya hanyut.

Jika tahun 2008 kuasa internet boleh menjadi penentu keputusan pilihanraya, maka pada pilihanraya akan datang internet memainkan peranan yang lagi penting untuk menentukan keputusan piliharaya. Kini talian internet semakin mantap. Komputer makin murah. Kerajaan bagi lagi komputer percuma dan buat pula kampung wifi serta sebagainya. Boleh dikatakan kini hampir semua rakyat Malaysia mengenali internet. Maknanya cabaran kepada parti-parti politik semakin hebat. 

Selepas keputusan buruk kepada BN dalam PRU 2008, tanpa disangka-sangka dan disuruh-suruh wujud pelbagai blog dan web pro BN. Nak kata mereka ini disuruh atau diupah untuk buat blog, itu tak betul. Saya tahulah sebab saya sendiri pun menceburinya secara sukarela dan bermula dengan suka-suka. Begitu juga dengan kawan-kawan saya seperti GAP, Blog MIK, Parpukari, dan Papa Gomo. 

Lihatlah bagaimana rupa blog dan penulisan saya, Parpukari serta Papa Gomo sewaktu mula-mula kami berblog. Tulisan entah apa-apa, guna huruf besar, dengan gambar donald duck dan sebagainya. Orang gila pun tak nak upah kami untuk berblog. Bodoh sangatlah kalau Umno yang nak upah kami. Tetapi oleh kerana semangat kami belajar...belajar...belajar akhirnya adalah apa yang ada pada hari ini.

Dalam kalangan kami yang paling awal berblog adalah GAP. Dan dalam kalangan kami juga yang cerdik dalam bidang IT Parpukari serta Blog MIK. Manakala saya pula 20-30 % celik IT. Gomo pula saya masih ingat lagi setiap kali berjumpa dia mesti akan bawa satu buku tentang blog. Buku itulah yang yang menjadi kitab dia dalam belajar berblog. Saya tak nafikan Gomo antara mereka yang komited dalam berblog dan semangatnya luar biasa. Padahal pada masa itu dia bukannya ahli Umno.

Daripada seorang budak yang belajar berblog melalui buku dan tulisannya entah apa-apa tetapi kerana dia tekun dan komited akhirnya budak Papa Gomo itulah yang memeningkan kepala pembangkang hari ini sehingga mendapat tempat di blog Anwar Ibrahim. Sebagaimana pemimpin-pemimpin BN pening dengan Raja Petra dulu, begitulah pembangkang pening dengan Papa Gomo hari ini. 

Namanya sering meniti di mulut pemimpin pembangkang hingga dibawa ke dalam Dewan Rakyat dan semalam Nurul Izzah secara terbuka mengecam Papa Gomo. Kemudian dia pula yang beri amaran kepada Nurul Izzah. Lihat di sini


Jika anda lihat balik apa yang ditulis oleh Gomo dua hari lepas yang dikatakan satu laporan polis dibuat oleh mangsa liwat. Gomo tidak kata perkara itu sah. Dia hanya berkata dia dapat maklumat dan tidak diketahui samada laporan itu benar atau sebaliknya. Lihat di sini

Tetapi belum lagi polis mengesah atau menafikannya, tiba-tiba pagi semalam juak-juak pencacai PKR dah melompat-lompat menuduh itu fitnah , konspirasi dan sebagainya. Belum apa-apa lagi dah melompat-lompat. Nampak sangat juak-juak PKR fobia dengan perkataan liwat. Adalah tidak mustahil jika khabar angin itu disebarkan oleh penyokong-penyokong mereka sendiri untuk muslihat politik. 

Sekarang polis dah nafikan ada laporan yang dibuat, mana nak letak muka ? Beranikah mereka untuk tarik balik dan minta maaf terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sebelum itu ? Lihat di sini

Sekarang kita dah nampak bagaimana kehadiran kita-kita blogger dan cybertroopers pro BN telah menggerunkan pembangkang. Maknanya selama ini apa yang kita buat berkesan. Tidak kira dari pihak mana sekali pun, samada team UMB, Nadi Rakyat, team bebas, team MyKMU atau team yang lain-lain, semuanya telah menyumbang kegerunan kepada pembangkang. Kalau mereka tak gerun Lim Kit Siang tak akan buat kenyataan. 

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma sekadar ingat mengingati termasuk kepada diri saya sendiri serta sahabat-sahabat yang lain-lain. Dalam keadaan ada diantara kita yang berkrisis , ada yang tidak sebulu dan sebagainya pembangkang pun dah gerun. Cuba anda semua bayangkan kalau kita semua bersatu padu. Bukan setakat gerun , terkencing mereka. Sap...sap....sui ja BN nak dapat 2/3 dalam PRU akan datang.

Hidup ibarat roda, ada masa kita diatas dan ada masa kita dibawah. Dulu pembangkang bersorak sarai menguasai politik dalam internet. Kini mereka susah hati mengenangkan kehadiran blogger dan cybertroopers pro BN. 

Dulu mereka fitnah orang sesuka hati mereka, sekarang kita cuit sikit mereka dah mula menggelabah. Oleh itu marilah kita semua pemain-pemain cyber pro BN luruskan barisan dan rapatkan saf tanpa lagi menoleh ke belakang dan kita lawan-lawan habis-habis. 

Jika seorang pemimpin ditaktor serta kuku besi seperti Hosni Mubarak yang cukup lama berkuasa dan  sukar untuk dijatuhkan satu masa dulu, tetapi akhirnya jatuh dengan kuasa internet. Sekarang mari kita berganding bahu  dan bersatu tenaga untuk jatuhkan Lim Kit Siang, seorang diktator dalam DAP yang telah cukup lama dalam politik.

Tuesday, July 17, 2012

Kickdefella Pecah Lubang.....


Kickdefella sudah jelaskan bahawa orang yang disaman itu adalah salah. Tapi dia ego dan kata dia tidak pernah kalah dalam menyaman orang.

Nah !!!! Hari ini ambil kau !

Selanjutnya sila baca di blog kickdefella

Berita Terkini Dari Mahkamah Kota Bharu: Husam Tewas


Terkini dan ternow dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu.....

Husam Musa tewas dalam samannya terhadap seorang lelaki yang dituduh sebagai blogger RBF Online.

Maklumat lanjut bakal menyusul.....

Sementara nak tunggu maklumat lanjut sila baca dulu apa yang ditulis oleh kickdefella di sini.....

Peneroka FELDA Yang Tidak Setuju Dengan Kerajaan Disaran Keluar dan Biar Aku Yang Ganti


Matlamat kerajaan menubuhkan Felda pada tahun 1956 adalah untuk membangunkan masyarakat luar bandar yang rata-ratanya mereka adalah kaum bumiputra dan berada dalam keadaan miskin ketika itu.

Projek pertama FELDA ialah Projek Rancangan  Kemajuan Tanah, Air Lanas, Tanah Merah, Kelantan seluas 1680 hektar pada Mac 1957. Rancangan-rancangan awal pembangunan tanah oleh FELDA ini meliputi tempoh Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari 1956 hingga 1960. Bagi memastikan projek ini berjaya, Tun Abdul Razak telah turun padang merentas kampung dan desa bagi meninjau dengan lebih dekat setiap projek yang dilancarkan oleh kerajaan. Tun Abdul Razak sanggup berhujan, berpanas, mengharung belukar, lumpur, titi dan jambatan untuk berjumpa dengan penduduk luar bandar. Tun Abdul Razak bermesra, berbincang dan mendengar sendiri rintihan rakyat.

Dalam tempoh Rancangan Lima Tahun (1961-1965), FELDA telah berjaya membuka 60 rancangan tanah, menanam sejumlah 129 369 ekar getah, 9255 ekar kelapa sawit dan menempatkan sebanyak 9255 keluarga peneroka di tanah-tanah rancangan. 

Diringkaskan cerita , tahun demi tahun FELDA melangkah dengan begitu gah sehinggalah ke hari ini usianya sudah 56 tahun. Hari demi hari peneroka yang dulu rata-ratanya hidup miskin hinggakan dulunya nak beli seluar sehelai pun susah, kini hidup senang lenang malah ada yang kaya raya. Bukan setakat mereka (peneroka asal) sahaja yang merasa nikmatnya malah anak-anak mereka pun terasa juga rahmatnya.  

Kerajaan telah bersusah payah membangunkan FELDA sehingga berjaya sampai ke tahap seperti yang ada sekarang. Kerajaan telah berjaya mengubah hidup peneroka. Itulah kasih sayang sebuah kerajaan kepada rakyatnya. Kasih sayang yang dicurahkan kerajaan itu membuatkan peneroka juga kasih dan sayang kepada Kerajaan BN. Sebab itulah sehingga ke hari ini kawasan FELDA masih menjadi penyumbang utama undi kepada BN.

Zaman telah berubah dan dunia semakin maju, dan kita haruslah mengikuti perubahan zaman serta perkembangan semasa. Kalau kita tak ikut kita akan ketinggalan dan rugi. Untuk terus berjaya kita tidak boleh berdiri ditempat yang sama. Kita harus mara beberapa langkah ke depan. Menyedari hal tersebut dan untuk memastikan FELDA tidak ketinggalan dan terus berjaya kerajaan mengambil langkah untuk menyenaraikan FELDA di bursa saham.

Apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk memastikan FELDA bergerak seiring dengan peredaran zaman sama seperti bermulanya FELDA pada tahun 1956 hingga ke hari ini. FELDA yang bermula tahun 1956 bukannya FELDA yang ada seperti hari ini. Bermula dengan kecil dan kemudian makin besar dan besar dan besar.

Kalau FELDA terus kekal pada tahap sekarang ianya tidak akan kemana dan kekal begitu. Maka kerajaan harus memikirkan sesuatu untuk memastikan FELDA terus berjaya. Nak tambah ladang baru untuk tambah pendapatan tak boleh kerana makin hari tanah makin kurang. Ini kerana makin hari rakyat makin ramai dan mereka perlukan rumah serta pembangunan. 

Itulah sebab kerajaan 'menglobalkan' FELDA untuk memastikan hasil yang lebih baik dan yang akan mendapat nikmatnya juga adalah para peneroka.

Hidup kita sentiasa dilingkari iblis dan syaitan. Mereka akan berada dimana-mana sahaja. Tugas mereka adalah menghasut dan menyesatkan manusia. Mereka tidak boleh lihat manusia hidup senang dan aman damai. Kalau kita kuat iman dan bijak nescaya kita tidak akan disesatkan oleh mereka.

Sewaktu Tun Dr M nak bina Jambatan Pulau Pinang dulu, iblis dan syaitan bergerak ke sana sini menghasut manusia agar menolak pembinaan tersebut. Hari ini iblis dan syaitan tersebut yang turut sama berulang alik atas jambatan itu.

Sewaktu Tun Dr M lancarkan ASB, iblis dan syaitan menghasut manusia agar jangan melabur dalam ASB. Katanya haram dan ibarat melemparkan seketul daging babi dan sekawah gulai daging lembu. Hari ada dikalangan iblis dan syaitan yang melabur dalam saham itu.

Hari ini apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menyenaraikan FELDA di bursa saham, iblis dan syaitan kembali memainkan peranan mereka menghasut para peneroka agar menolaknya dan melawan kerajaan. Katanya langkah itu boleh membuatkan tanah peneroka tergadai dan hilang serta macam-macam lagi hasutan yang mereka lakukan.

Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bersusah payah membentuk dan membangunkan FELDA. Adakah logik setelah bersusah payah membangunkan FELDA hingga berjaya kemudian kerajaan yang sama juga nak runtuhkan FELDA ?

FELDA adalah penyumbang undi utama kepada Kerajaan BN, apakah logik Kerajaan BN nak buat sesuatu yang buruk kepada FELDA yang boleh membuatkan peneroka hilang tanah mereka dan seterusnya boleh membuatkan BN disembelih oleh para peneroka dalam pilihanraya ?

Tidak ada kerajaan yang gila dalam dunia ini yang nak runtuhkan apa yang mereka bangunkan.

Tidak ada parti yang gila dalam dunia ini yang mahukan diri mereka disembelih oleh pengundi utama mereka.

Tetapi ada parti yang gila yang sanggup ketepikan matlamat perjuangan negara islam yang menjadi teras mereka selama ini hanya semata-mata tidak mahu langkah mayat seseorang yang bukan islam. 

Kerajaan sudah mengambil kira pendapat dan pandangan setiap pihak sebelum menyenaraikan FELDA. Semua cerdik pandai dan pakar ekonomi diminta menyatakan pendapat mereka. Berbeza dengan pihak yang menentang yang diketuai oleh seorang peneroka yang gagal. Nak uruskan kebun sawit pun dia gagal, lagi dia nak bercakap pasal perniagaan global. 

Malangnya ada juga beberapa kerat yang percayakan seorang peneroka yang gagal. Itu dah tak boleh nak buat apa, lumrah manusia. Ada yang cerdik dan ada yang bodoh. Dalam Quran terang-terang Allah telah menyatakan tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad SAW dan Baginda adalah Rasul yang terakhir. Tetapi apabila ada orang yang mengaku dirinya nabi, ada juga manusia yang percaya dan mengikutinya. 

Mana-mana peneroka FELDA yang menentang apa yang dilakukan kerajaan, aku cadangkan kau orang keluar daripada FELDA sekarang. Bagi kita orang pula yang masuk ganti tempat kau orang. Aku pun dah lama dengki melihat warga FELDA yang mendapat pelbagai kemudahan dan kesenangan dari kerajaan. Aku yang duduk di bandar hidup lagi susah dari kau orang semua.Terasa juga nak dapat nikmat seperti peneroka FELDA.

Monday, July 16, 2012

Laporan Polis Kes Liwat:Ada Pula Si Sengal Yang Telefon Marahkan Saya

Apa yang terjadi hari mengenangkan saya kepada setiap kali hari pengundian pilihanraya kecil. Kebiasaan pada hari mengundi telefon tidak akan putus-putus menerima panggilan. Apabila pusat mengundi ditutup dan saat menunggu keputusan, lagi banyak panggilan yang diterima bertanyakan perkembangan semasa dan keputusan. 

Hari ini bukannya hari mengundi, tetapi telefon saya tidak putus-putus menerima panggilan sejak petang tadi sampai lemah bateri bertanyakan cerita tentang laporan polis oleh seorang pemuda yang mengatakan dirinya diliwat. 

Ahli keluarga, sahabat handai, kawan-kawan, rakan taulan, dari seluruh negara semuanya menelefon bertanya perkara itu. 

Saya hanya boleh jawab, saya pun dengar begitu tetapi saya tidak tahu kesahihannya. Yang boleh sahkan mangsa sendiri atau pihak polis. 

Ada pula yang sengal telefon dan marah-marahkan saya kerana katanya sampai bila nak memfitnah dan sebagainya. Nak marahkan saya apa ke halnya ? 

Bukan saya yang kena liwat dan bukan saya yang buat report kena liwat.... Siapa yang buat report saya pun tak tahu.  Yang sampai ke pengetahuan saya dan yang saya dengar ada seseorang yang buat report dia diliwat. Itu sahaja.....

Kalau dah telefon orang tu beradablah sikit. Kau tanya orang, kemudian bila orang jawab kau marah pula...

Wow....Faekah Terima Elaun Dari MBI RM 5000 Sebulan


Laman yang pernah mendedahkan surat sokongan Faekah terhadap firma guaman anak buahnya beberapa minggu lepas hari ini sekali lagi tampil mendedahkan satu dokumen yang melibatkan Faekah.

Katanya Faekah telah melanggar peraturan sebagai kakitangan kerajaan dengan menerima elaun tetap RM 5000 sebulan yang dibayar oleh MBI. Sila lihat di sini



Saya tidak tahu samada perkara itu salah atau tidak.

Cuma yang menarik perhatian saya tentang surat tersebut yang tidak tahu siapa pengeluarnya adalah perkara nombor 2 dalam kandungan surat berkenaan. Bagaimanapun saya yakin surat itu dikeluarkan oleh MB Selangor sendiri. Siapa lagi yang boleh melantik Faekah jika bukan MB sendiri dan siapa lagi yang berkuasa di MBI kalau bukan MB sendiri. 

Perkara kedua....

Dalam pengendalian tugas-tugas diatas, puan diharap sentiasa dapat bekerjasama dengan Ketua Pentadbir MBI yang akan disandang oleh Puan Rohany Dato' Talib mulai 25 Mac 2011 ini.

Manakala surat berkenaan bertarikh 7 Mac 2011.

Dibahagian muka kedua surat itu pula menunjukkan ianya disalin sepucuk kepada Puan Rohany dengan arahan uruskan pembayaran elaun kepada Faekah dengan menggunakan peruntukan MBI.

Puan Rohany akan dilantik sebagai Ketua Pentadbir pada 25 Mac 2011, bagaimana pula beliau telah disalin sepucuk surat perlantikan Faekah pada 7 Mac 2011 dan disusuli dengan arahan bayaran elaun kepada Faekah ketika beliau belum lagi masuk bekerja dan menjawat jawatan berkenaan ?

Kemunafikan Terbongkar, Pas Kantoi Lagi


Sikap munafik Pas sukar untuk ditandingi mana-mana pihak lagi dalam negara ini. Bab tipu-menipu mereka memang pakar. Bukan sahaja manusia yang mereka tipu, tuhan pun mereka boleh tipu. Jika dulu di majlis-majlis ceramah mereka selalu berdoa supaya Allah berikan kemenangan kepada mereka dalam usaha mereka untuk menubuhkan negara islam. Apabila Allah beri sedikit kemenangan kepada mereka sebagai ujian, tiba-tiba mereka buang perjuangan menubuhkan negara islam. Waktu nak bukan main lagi berdoa, bila dapat sikit dah mula pusing. Kalau tak menipu apa lagi namanya itu ?

Sebenarnya saya ada satu perkara lain yang nak dikatakan , tetapi sebelum itu saya nak sentuh sikit tentang apa yang dilaporkan oleh harakahdaily.

Laporan berkenaan menghentam Umno Kota Bahru kerana menjemput Siti Nurhaliza membuat persembahan sempena Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu. 

Apabila Umno yang buat tiba-tiba pula mereka nak bercakap bab hukum hakam, undang-undang dan sebagainya. 

Kita nak tanya sikit, kalau Umno bawa Siti Nurhaliza naik ke pentas salah, melanggar peraturan dan haram, bagaimana pula dengan Pas yang bawa Aishah serta Abby Abadi ke sana -sini ? Bila kena giliran Umno haram.....giliran mereka halal. 

Pas nak bercakap bab artis buat persembahan terbuka, hukum halal haram dan sebagainya. Kita nak tanya sikit adakah Pas telah mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin wanita Pas dan ahli-ahli wanitanya yang membuat persembahan terbuka di Kompleks Mahkamah KL awal tahun ini ? Lihat video dibawah....

Dulu mereka juga yang mengharamkan wanita menyertai tilawah Al Quran kerana katanya suara wanita aurat. Sekarang pula mereka juga yang benarkan. Itulah Pas , mereka boleh buat hukum dan tafsir hukum ikut selera politik mereka atau perkembangan politik semasa.

Bila ianya menguntungkan musuh mereka hukumnya haram, dan bila ianya boleh mendatangkan untung kepada mereka hukumnya halal.

Perkara kedua yang saya nak beritahu anda.....

Semua diantara kita tahu bagaimana Pas menentang penyenaraian Felda di Bursa Saham. Mereka minta semua ahlinya turun padang untuk berkumpul dalam satu perhimpunan yang dinamakan HIMPUNAN OREN SELAMATKAN FELDA yang diadakan di Jalan Duta Sabtu lepas.

Pejabat Agung Pas keluarkan satu surat yang ditandatangan oleh Setiausaha Agung Pas yang mengerahkan semua ahli mereka hadir ke perhimpunan tersebut.

Di mata kita sebagai rakyat kita lihat Pas lawan dan tentang penyenaraian Felda habis-habisan. Siang malam, pagi petang, di harakah , di malaysiakini dan di segala ruang media yang mereka ada Pas gunakan sebagai medium untuk menyatakan tentangan mereka terhadap penyenaraian tersebut. Sehingga tidak satu inci pun ruang yang kelihatan mereka bersetuju dengan perkara tersebut.

Tetapi, tahukah anda.....tahukah anda.....tahukah anda.....?

Tahukah anda.....tahukah anda....?

Tahukah anda ?

Dalam diam-diam sebuah agensi milik Kerajaan Pas, dimana agensi tersebut diketuai oleh seorang MB Pas yang mana terdapat juga wakil rakyat dan orang-orang Pas dalam agensi itu telah memohon 1 juta unit saham Felda ?

1 juta unit ooooooo.......

Satu jutaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Bukan 1000 unit, bukan 2000 unit, bukan 3000 unit,  tapi satu jutaaaaaaaaaaa unit oooooo......

Namun mereka tidak mendapat 1 juta unit seperti yang diminta, mereka hanya diberi separuh atas kuota bumiputra yang selama ini Nik Aziz kata apa nak dibanggakan dengan melayu.

Mereka dapat pada harga RM 4.55 unit, dan telah menjualnya 50 ribu unit pada harga RM 5.50 seunit. 

Agensi yang dimaksudkan adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Razak selaku MB Kedah. Boleh lihat di sini...

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh PKNK untuk menghalalkan pembelian tersebut, ianya sudah menunjukkan kepada orang ramai sifat keiblisan Pas. Sana dia hasut peneroka Felda agar jangan percaya kepada kerajaan dan lawan penyenaraian Felda. Di sini mereka pula yang mohon dan beli saham Felda.

Bukalah mata mu, celikkan hati mu, lapangkan fikiran mu wahai rakyat Malaysia sekalian. Lihatlah bagaimana celakanya Pas menipu rakyat. 

Ya Allah Ya Tuhanku selamatkanlah umat-umat Islam di Malaysia dari terus ditipu dan disesatkan oleh Pas.

Sunday, July 15, 2012

Dia Dari Felda Mana ?


Terbaca berita berikut di antara pos,

Memorandum bantahan penyenaraian FGVH ke bursa saham tersebut berjaya dihantar kepada pihak istana.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menghantar memorandum tersebut kepada Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman.


Katanya perhimpunan melibatkan warga Felda yang membantah FGVH. Tertanya-tanya juga saya, Mat Sabu tu peneroka Felda mana ? Atau pun anak peneroka Felda mana ? Generasi ke berapa warga Felda ?



Wednesday, July 11, 2012

Ronnie Liu Samakan Sikap Tidak Amanah Faekah Dengan Tugas Seorang Posmen

Tugas seorang posmen adalah menghantar surat-surat dan bungkusan kepada penerima sepertimana yang dikirimkan oleh pengirim.

Posmen tidak dibenarkan sesekali membuka sebarang surat atau bungkusan milik pengirim atau penerima. Itu amanah yang diletakkan diatas bahu mereka.

Alhamdullillah rata-rata posmen di Malaysia jujur dan memegang kemas amanah yang diberikan kepada mereka.

Namun sungguh mengejutkan apabila semalam seorang Exco Selangor, Ronnie Liu menjatuhkan martabat seorang posmen. Ronnie Liu cuba menyamakan kesalahan yang dilakukan oleh Faekah Husin sebagai tugas seorang posmen. 

Mengikut blog selangordaily.com Ronnie cuba menjadi pengampu Faekah, dalam masa yang sama dia telah menghina posmen. 

Seperti yang kita tahu Faekah telah menyalahgunakan kuasanya dengan menulis surat kepada sebuah GLC Selangor menggunakan kepala surat Pejabat MB agar memilih syarikat anak saudaranya sebagai panel peguam kepada GLC berkenaan. 

Dalam Malaysia belum pernah terjadi seseorang posmen menulis surat kepada orang yang nak dihantar suratnya. Belum pernah terjadi posmen membuka surat orang kemudian dia tulis surat pula menggunakan kepala surat Pos Malaysia untuk dipanjangkan kepada penerima. 

Apa yang dilakukan oleh Faekah jauh berbeza dengan tugas seorang hakiki seorang posmen. Faekah tidak amanah, tidak jujur dan salah guna kuasa. Posmen tidak bersikap sedemikian. Kalau nak mengampu atau nak pertahankan perempuan yang tidak jujur itu , janganlah sesekali mengheret posmen ke kancah hina tersebut.

Lagi satu, posmen yang tidak jujur atau tidak amanah akan diambil tindakan oleh majikannya. Berbeza dengan Faekah walaupun telah melanggar arahan ,tidak amanah dan salah guna kuasa , tetapi masih dipertahankan oleh majikannya.

Sebelum Haji Hadi Jumpa, Wakil PM Dah Jumpa Presiden Mesir


Datuk Seri Khaled Nordin telah dihantar sebagai Wakil Khas Perdana Menteri untuk berjumpa dengan Presiden baru Mesir bagi menyampaikan ucapan tahniah kepadanya kerana terpilih sebagai Presiden Mesir.

Pertemuan berlansung di Istana Rasmi Mesir pada 8 Julai 2012. 

Menurut blog salah seorang pelajar Malaysia yang sedang berada disana , dalam pertemuan itu Presiden Mesir menyatakan hasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai role model kepada sektor pendidikan di dalam negaranya. Beliau juga berkata akan menjalinkan kerjasama yang baik dengan negara Malaysia.

Haji Hadi pun ke Mesir juga semalam untuk berjumpa Presiden baru. Apa pula yang dia nak pergi kelentong. Adakah dia masih mahu kelentong tentang perjuangan negara Islam ?

Pssttttt....pergi kelentong puak-puak PEMERAM yang tak cerdik ja lah di Mesir. 

Tuesday, July 10, 2012

Lidah Biawak Atau Lidah Buaya ?


Berikut adalah laporan dari Antara Pos pada 7 Julai 2012...

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS akan membuktikan parti itu mampu melaksanakan pembangunan tanpa bantuan daripada kerajaan pusat,  menambah Umno perlu belajar dari peristiwa Nabi Nuh AS, kata exconya Datuk Husam Musa.

Bercakap dalam Rapat Perdana Lebuh Raya Rakyat di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar di sini malam tadi, Husam menegaskan kerajaan negeri Kelantan telah dianaktirikan sejak 1990 terutamanya dalam soal pembangunan.

Jelas beliau, ia termasuk pembinaan Lebuh Raya Kota Bahru-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion yang ditanggung kerajaan negeri dengan bantuan rakyat negeri itu.

"Nak membina keyakinan  diri inilah bahawa Kelantan boleh membebaskan diri daripada penganaktirian, diskriminasi, manipulasi, diketepikan dan diugut, kalau nak pembangunan mesti bersama Barisan Nasiona (BN).

Berikut pula adalah laporan akhbar Sinar Harian pada 3 Julai 2012 ketika menjawab soalan dalam DUN Kelantan.



Maklumlah bila bercakap dalam ceramah depan penyokong-penyokong mestilah kena tunjuk ek....hakikat yang sebenarnya ? 

Esok lusa ada pula yang kita bukan minta bantuan, kita hubungi menteri untuk minta kerjasama......

Kita bukan kutip duit rakyat, kita bagi peluang kepada rakyat untuk menderma......wa...kah...kah....kah.....

Monday, July 9, 2012

Kenapa Isteri Guan Eng Takut Untuk Jawab Dalam Dewan Undangan Negeri ?


Heboh diperkatakan tentang kisah Lim Guan Eng berplaster di dahi. Bukan niat saya untuk menuduh bahawa benar LGE ada hubungan sulit dengan bekas stafnya. Namun gelagat dan tingkah laku LGE serta isterinya menimbulkan kecurigaan kepada kita.

Seperti yang kita tahu, salah seorang Adun BN dari parti MCA di Melaka bertanya kepada isteri LGE samada dia mengenali atau tidak seorang perempuan cina bernama Ng Phaik Kheng yang diperkatakan dalam internet kononnya isteri LGE memukulnya.

Persoalannya kenapa isteri LGE enggan menjawabnya di dalam DUN dan membawa isu tersebut meleret-leret ke luar sampai sekarang ?

Kalau dia tak kenal, berita-berita di internet tidak betul dan Betty Chew tidak pernah memukul perempuan tersebut , sepatutya masa itu juga dia jawab. Dalam dewan adalah tempat yang terbaik untuk menjawabnya bagi meyakinkan orang ramai kerana dalam dewan tidak boleh berbohong. Tidak perlulah nak keluar dewan, kemudian nak protes sana-sini nak bawa banner sampai dalam dewan dan sebagainya. 

Kenapa takut sangat nak jawab dalam dewan ? 

Adakah kerana dalam dewan tidak boleh berbohong dan takut kantoi kemudian hari ? 

Tahun 1997 Karpal Singh pernah tuduh Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat dalam Parlimen.

Karpal Singh menuduh, Adun MCA hanya bertanya. Mana yang lebih teruk ?

Lebuh meragukan masyarakat apabila bekas staf LGE, Ng Phaik Kheng enggan mengulas perkara berkenaan apabila ditanya oleh wartawan. Jika benda yang tidak benar sepatutnya dia terus menjawab perkara tersebut tidak benar. Lihat di sini

Soalan ditanya kepada isteri LGE pada hari isnin. LGE hanya memberi kenyataan balas pada hari Rabu. Dua hari mengambil masa untuk menjawabnya. Kemudian muncul bersama isteri pada hari Sabtu untuk sidang media. Lima hari selepas soalan ditanya. Masa yang diambil terlalu panjang untuk membuat penafian.

Untuk menunjukkan dia tidak bersalah dan bagi meyakinkan masyarakat sepatutnya LGE dan isteri membawa bersama wanita yang berkenaan semasa sidang media tersebut. 

Uh...uh...uh....kasihan dia.......kita kena ingat, mereka laki bini adalah orang politik.....
Melihat gambar LGE dan isteri sepertimana yang disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia semalam, teringat pula lakonan Anwar dengan isterinya serta Badrul Amin dengan isteri di depan para wartawan. Boleh dilihat di sini

Melalui laporan malaysiakini pada hari Sabtu isteri LGE 'merayu' kepada Presiden MCA agar jangan kejam.

Adun MCA hanya bertanya soalan telah dituduh kejam. Bagaimana pula tuduhan terhadap Datuk Najib dengan Altantuya ?

Najib dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya dan Rosmah dituduh terlibat membunuh Altantuya. Apakah mereka tidak ada keluarga ? Jangan ingat hanya kamu yang ada keluarga.

Apabila kena giliran kamu, janganlah kejam, kami pun ada keluarga. Waktu puak-puak kamu buat pada orang lain, kamu semua tak fikir keluarga orang. 

Karpal Singh menjadi orang pertama yang menuduh Anwar Ibrahim peliwat dan diikuti dengan Mat Sabu yang memberi gelaran al juburi kepada Anwar dan gelaran tersebut melekat sehingga ke hari ini , apakah pemimpin-pemimpin DAP dan Pas itu tidak fikir terhadap keluarga Anwar pada masa itu ? 

Kepada Lim Guan Eng dan Betty Chew, sayalah tidaklah mempercayai 100 % apa yang dilaporkan di internet. Tetapi cara dan gelagat kamu gagal meyakinkan orang ramai 100 %. Sila cuba lagi di lain kali....

Teringat pula bagaimana seronoknya dua minggu lepas Guan Eng memutar belit apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Sri Gading dalam Dewan Rakyat berhubung isu gantung Ambiga. Tiba-tiba minggu lepas isterinya pula terbelit dalam DUN Melaka.

Saturday, July 7, 2012

Kita Tak Minta Duit Rakyat Tapi Kita Bagi Peluang Kepada Orang Ramai Untuk Menderma

Mungkin kerana kekerapan saya menulis tentang isu-isu Kelantan sejak akhir-akhir ini membuatkan ada pihak yang semakin panas. Selasa 3 Julai 2012 ada seseorang tweet kepada saya seperti mana yang saya paparkan di bawah.


Semakan yang saya lakukan semula saya dapati tweet asal yang dihantar oleh orang tersebut sudah tiada lagi. Besar kemungkinan ianya telah dipadamkan. Boleh lihat di sini

Sebenarnya saya berblog ini bukannya serius sangat. Hanya sekadar suka-suka. Tak sangka pula ada pihak yang panas sehingga tahap nak pukul saya. Kalau ada pihak yang panas ini bermakna blog saya hebat. Betul kan ? Terima kasih kepada pihak yang menghebatkan saya.....

Apabila diugut saya rasa makin bersemangat pula untuk menulis. Hari ini sekali lagi saya nak berbicara pasal politik Pas Kelantan.

Berhubung dengan pembinaan lebuh raya prepaid yang bakal dibina di Kelantan.

Pada 8 Jun 2012 sinarharian.com melaporkan kenyataan seperti berikut.


Kelantan tidak terdesak ambil duit rakyat 

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menafikan Kerajaan Kelantan mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Husam berkata, sepatutnya Umno malu setelah pelbagai tuduhan dilemparkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri tidak mampu membina lebuh raya tersebut sehingga terdesak untuk mengambil duit daripada rakyat.

Bagi menepis dakwaan tersebut, Husam menjelaskan pihaknya mempunyai perancangan kewangan yang teliti bagi menyiapkan pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer (km) itu mengikut fasa tertentu. “Kita lancar derma Umno sindir kepada kita, mereka beranggapan Kerajaan Negeri tidak ada duit untuk menyiapkannya. Bukan kita mengutip duit daripada rakyat.

Sebenarnya kita memberi peluang kepada orang ramai dalam konteks wakaf, terpulang kepada mereka sendiri mahu derma atau tidak.

Kita sendiri sudah atur pembiayaan kewangan yang baik, dan pada pakej pertama untuk pembinaan sepanjang 43 (km) dijangkakan memerlukan RM700 juta termasuk pengambilan tanah,” katanya sempena Taklimat Khas Pelancaran Isu-isu Pilihan Raya di sini, semalam. 

Bukan kita mengutip duit daripada rakyat, kita beri peluang kepada orang ramai menderma. Berbelit-belit rasanya nak baca ayat itu...

Teringat pula apa yang pernah terjadi di sekolah dulu. Ada seorang murid dalam kelas saya yang bernama Amin. Dia agak nakal sedikit. Satu hari dia curi pensil tekan seorang murid perempuan pada waktu rehat. Kebetulan pada masa itu ada beberapa murid lain dalam kelas yang nampak dia curi. Tapi dia buat selamba....

Kemudian budak perempuan itu beritahu cikgu yang pensil tekannya hilang. Cikgu tanya siapa yang ambil. Semua senyap seribu bahasa. Lalu salah seorang murid yang nampak beritahu cikgu bahawa Amin yang curi.

Cikgu minta dia keluarkan pensil, dan dia keluarkan. Cikgu tanya kenapa kamu mencuri ? Amin jawab...saya tak mencuri cikgu....saya ambil ja.....

Satu kelas gelak kepada dia termasuklah cikgu pun turut sama gelak.

Lebih kurang samalah dengan kisah derma lebuh raya prepaid. Kita tak minta derma dari rakyat, tapi kita nak bagi peluang untuk rakyat menderma. Macamlah di Malaysia selama ini rakyat mempunyai peluang yang amat terhad untuk menderma.

Kesimpulan yang boleh kita buat dari kenyataan diatas seperti yang dilaporkan oleh sinarharian.com bahawa Kerajaan Kelantan mempunyai dana yang mencukupi bagi membiayai pembinaan lebuh raya tersebut. 

Itu katanya pada masa itu.....

Namun minggu lepas lain pula cerita....

Akhbar Sinar Harian Selasa 3 Julai 2012, melaporkan seperti dibawah.


Sebelum itu dia kata bukan kita mengutip duit dan kita sudah atur pembiayaan kewangan yang baik. Selepas itu dia kata pula pihaknya akan memohon bantuan semua pihak termasuk golongan tertentu di Timur Tengah.

Yang mana satu yang betul ?

Nampaknya kerja BN di Kelantan semakin hari semakin mudah.....