Thursday, September 27, 2012

Tiga Hari Telah Berlalu-Mana Suara Pemimpin Umno ?

Hari ini telah masuk hari ketiga isu keraguan pembelian bas mewah milik PKR ditimbulkan. Lihat di sini

Namun begitu sehingga ke saat ini belum ada sebarang komen, cabaran atau pertanyaan daripada pemimpin-pemimpin Umno kepada Khalid Ibrahim.

Setakat sekarang ini hanya komen daripada Hassan Ali dan GAPS yang ada. 

Teringat pula kisah bagaimana semasa kes NFC timbul pada tahun lepas....

Kak Ijat diserang kiri, kanan, depan, belakang dari seluruh jentera pembangkang dan dari segenap sudut seolah-olah Kak Ijat yang luluskan pinjaman kepada syarikat suaminya. Seolah-olah Kak Ijat yang keluarkan duit kepada suaminya. Hingga orang Umno sendiri terasa Kak Ijat sebagai beban kepada Umno dan akhirnya Kak Ijat mengundurkan diri dari kabinet walaupun beliau tidak bersalah. 

Begitu juga dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada isteri PM termasuklah tuduhan pembelian cincin RM 24 juta. Walaupun perkara tersebut tidak benar , tetapi mereka boleh pusing cerita seolah-olah perkara itu benar hinggakan ada orang Umno sendiri yang percaya. Itulah kelebihan perang saraf yang dimainkan pembangkang.

Kini bila timbul keraguan tentang pembelian bas oleh Khalid Ibrahim yang dikaitkan dengan pembelian 50 biji lori sampah oleh Kerajaan Selangor, sehingga ke saat ini tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang membuka mulut tentang isu tersebut. 

Tak perlu bohong dan tak perlu fitnah......segala bukti dah cukup depan mata.....

Cuba anda semua bayangkan jika isu bas ini terkena kepada Umno, fuhhhhhhhhhhh......tak cukup tanah mereka kerjakan. 

Dah terang-terangan Khalid Ibrahim berbohong, tapi seorang pun tak berani buka mulut untuk tembak Khalid Ibrahim.

Di mana silapnya ?

Dulu Sewa,Sekarang Sewa Beli Pula-Setakat Mana Khalid Mampu Belit

Pada 30 Ogos Khalid Ibrahim keluar kenyataan bas mewah yang digunakan PKR disewa olehnya selama 6 bulan.

Bila dah kantoi, semalam pula dia kata SEWA BELI selama 6 bulan.

Kalau sewa beli maknanya samalah seperti kita sewa beli kereta dengan bank-bank.

Kita sewa beli kereta biasanya 5,7 atau 9 tahun. Selepas tempoh itu kereta jadi hak milik kita.

Khalid pula sewa beli bas selama 6 bulan. Lepas 6 bulan bas jadi hak dia. Tak gitu ?

Harga sebiji bas pastilah ratusan ribu. Berapa sebulan dia bayar kalau 6 bulan perjanjian sewa beli ?

Pastilah puluhan ribu sebulan....

Banyak pula duit Khalid nak bayar bulanan bas....tapi hutang Bank Islam tak mau bayar.

Hari itu kata sewa dan hari kata sewa beli pula.....

Kita tunggu dan lihat setakat mana dia nak belit.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 26, 2012

Segalanya Terbentang Depan Mata - Adakah SPRM Akan Siasat Atau Hanya Lihat dan Telan Air Liur ?

Minggu lepas dua kali Khalid Ibrahim mengantoikan dirinya sendiri dengan pembohongan. Kedua-dua itu saya telah tulis di sini dan di sini.

Sebelum ini entah telah berapa puluh kali dia kantoi dalam berbohong termasuklah dengan menjual nama Sultan Selangor semasa krisis perlantikan Datuk Khusrin awal 2011.

Semalam sekali lagi Khalid Ibrahim kantoi berbohong....

Pada 30 Ogos 2011, Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan akhbar 5 perenggan memaklumkan tentang bas mewah yang digunakan PKR. 

Saya ulang sekali lagi, kenyataan akhbar..... Bukannya sidang akhbar...... 

Kenyataan akhbar adalah kenyataan rasmi yang dibuat secara bertulis. Kalau dibawa ke mahkamah senang-senang sahaja diterima. Tapi kalau ikut hukum Pas mungkin mereka akan kata kenyataan akhbar hanya kertas dan tak boleh jadi bukti.

Dalam perenggan kedua kenyataan Khalid itu secara jelas dinyatakan bahawa bas tersebut disewa selama enam bulan dengan segala kos ditanggung sepenuhnya oleh beliau.


Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. 

Dipetik dari laman rasmi MB Selangor
Semalam segalanya telah terdedah......mengikut maklumat daripada sebuah laman yang sering menggegarkan pemimpin PKR Selangor, sel13.com , bas berkenaan bukannya disewa oleh Khalid Ibrahim. Sebaliknya ia sebuah bas baru yang didaftarkan di  JPJ pada 03.09.2012 diatas nama Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim nampaknya langsung tidak ada perasaan takut atau malu untuk melakukan pembohongan. Mungkin kerana dia sudah biasa hidup dengan pembohongan. Itulah yang membuatkan dia tidak merasa bersalah atau malu untuk berbohong. 

Itu satu bab....

Bab yang kedua pula berhubung bagaimana bas tersebut diperolehi.....

Mengikut sel13.com dipercayai bas tersebut dikeluarkan dari kilang yang sama dengan lori sampah yang dibeli Kerajaan  Selangor sebanyak 50 biji.

Juga dipasang di kilang yang sama dengan lori sampah itu dipasang. 

Persoalannya kini, 

Mungkinkah bas tersebut dibeli dan kosnya diserapkan ke dalam harga lori sampah yang dibeli Kerajaan Selangor ?

Mungkinkah bas tersebut dibeli dengan harga yang murah kerana Kerajaan Selangor telah membeli 50 lori sampah dari pengeluar yang sama ? 

Mungkinkah bas itu didapati secara percuma kerana Kerajaan Selangor sedia membeli lori sampah yang ketinggalan zaman kerana penjual ingin menghabiskan stok ? Lihat di sini

Atau mungkin ada perjanjian-perjanjian hantu yang lain antara Khalid Ibrahim atau wakil-wakilnya dengan penjual ?

Jika Khalid Ibrahim benar-benar telus kita cabar dia dedahkan perjanjian sewa bas antara dia dengan pemilik. Itu pun sekiranya benar bas itu disewa.....tapi yang pasti itu tak benar.

Khalid Ibrahim perlu tunjukkan perjanjian jual beli antara beliau dengan penjual bas itu jika bas itu beliau yang beli. Sudah pastilah dia yang beli kerana bas didaftarkan atas namanya.

Kini segalanya telah terbentang di depan mata.....tinggal lagi adakah SPRM akan menyiasat perkara ini atau mereka hanya sekadar melihat dan telan air liur ?

Tuesday, September 25, 2012

Terbongkar Sudah Kisah Khalid Ibrahim Sewakan Bas Kepada Khalid Ibrahim


Kenyataan Menteri Besar Selangor merangkap Exco yang menjaga portfolio Agama Islam Selangor pada 30 Ogos 2012 bagi menjawab khabar angin yang tersebar mengatakan Bas VVIP milik PKR dibeli menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.
Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR  


Dipetik dari : Blog Anwar Ibrahim 
  

Tak sampai sebulan dan hari ini semuanya telah terbongkar.....

Mengikut maklumat dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya.

Didapati bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
  • No Pendaftaran : BLU 8779
  • No Enjin : M61HA800001
  • Pembuat : Dong Feng
  • Tarikh Daftar : 03 September 2012
  • Kegunaan : Persendirian
  • Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim
Dipetik dari : Sel13
Kah...kah...kah...kantoi beb.....kantoi.....MB yang selama ini dijulang sebagai bersih dan suci dah kantoiiiiiiiiii.......

Exco Agama Islam pun bohong juga ke ???

Khalid Ibrahim sewakan bas kepada Khalid Ibrahim.....Kah....kah....kah....kah.....kah....kah....

Samalah macam kisah jet....

Tian Chua kata disewa.....

Anwar kata dipinjamkan.....

Jadi kisah sewa dan pinjam akan terus menghantui PKR selepas ini.....

Monday, September 24, 2012

Jet Eksekutif : Sebelum Berkuasa Mereka Amalkan Rasuah, Bila Berkuasa ???

Sejak seminggu lepas banyak diperkatakan di blog-blog tentang Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya menggunakan sebuah jet eksekutif untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah serta Sarawak untuk majlis ceramah pak-khatan rakyat pertengahan September. 

Perkara itu bukan cerita kosong kerana banyak gambar-gambar tersebar dalam internet yang mana sumber asal gambar tersebut dimuat naik oleh Tian Chua melalui akaun twitter. 

Tujuan Tian Chua memuat naik gambar itu tidak lain tidak bukan adalah untuk menunjuk rasa bangganya kerana dapat terbang dengan jet eksekutif. Tidak ubah seperti beruk yang mendapat bunga.

Hari ini akhbar melaporkan kenyataan Tian Chua yang berkata pesawat tersebut adalah sebuah pesawat yang disewa.

Manakala menurut sebuah blog yang penulisnya adalah orang yang agak rapat dengan Anwar Ibrahim, melalui tulisannya pada 18 September 2012 menyatakan pesawat tersebut dibekalkan oleh seseorang. 

Berikut adalah apa yang ditulis oleh Sayuti Omar melalui blog mso melayu,
Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak.

Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa?

Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan.

Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM.   

Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.
Sayuti Omar menulis perkara tersebut pada 18 September, kira-kira 2 hari selepas Anwar menggunakan jet eksekutif tersebut, dan ketika perkara itu belum menjadi isu dalam dunia cyber. Setelah menjadi isu Tian Chua mula memusingkan cerita dengan mengatakan pesawat itu disewa. 

Dalam hal ini saya yakin Sayuti juga telah terlepas tulis perkara berkenaan. Atau mungkin Sayuti sengaja menulisnya kerana dia kecewa tidak dapat turut serta dalam rombongan Anwar untuk menaiki jet berkenaan.

Tidak tahu berapa lama lagi tulisan tersebut akan bertahan di blog MSO Melayu. Mungkin akan dibuang selepas ini kerana bimbang akan mencetuskan isu yang lebih besar. Sama-sama kita tunggu dan lihat....

Jika membaca apa yang ditulis Sayuti seperti yang saya gunakan tulisan tebal dan gariskan diatas, terang-terangan terbukti Anwar Ibrahim telah menerima rasuah lebih awal sebelum dia menjadi PM.

Jika sebelum menjadi PM dan sebelum berkuasa dia telah menerima rasuah, cuba anda bayangkan jika dia menjadi PM kelak dengan memiliki segala kuasa penuh di tangannya, tidakkah lebih teruk rasuah yang akan dilakukannya ?

Terbang ke Sabah dan Sarawak berceramah untuk mengeji BN melakukan rasuah , penyelewengan dan bla...bla...bla...bla....Apa lagi mahu cerita jika diri sendiri pun dibawa ke Sabah dan Sarawak dengan penerbangan rasuah.

Friday, September 21, 2012

Kenyataan Ngeh Koo Ham Ada Kewajarannya - Penolong SU Dewan Ulama Pas

Masyaallah.....disaat orang-orang Islam termasuklah segelintir pemimpin-pemimpin Pas marah dengan kenyataan Ngeh Koo Ham yang mempertikaikan orang islam mengadakan demo membantah penghinaan terhadap Junjungan Mulia SAW, tiba-tiba hari ini orang dari dalam Dewan Ulama Pas pula yang mengeluarkan kenyataan, mengatakan apa yang diungkapkan Ngeh ada wajarnya.


 Berikut adalah kenyataan yang disiarkan di harakah daily,
Sebagai parti pemerintah, sekadar berdemonstrasi sebenarnya tidak memadai buat Umno kerana mereka sewajarnya mampu untuk berbuat lebih daripada itu.
Justeru, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Muhammad Ismi Mat Taib berkata, Umno perlu menunjukkan kewibawaan mereka sebagai parti yang mendakwa kononnya membela umat Islam dan Melayu di Malaysia.

Sehubungan itu, sebagai Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seharusnya muhasabah diri dan menerima kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan jiwa besar.

“Sebagai sebuah parti Melayu yang paling utama, malah menjadi penaung kepada parti Kerajaan Barisan Nasional, kenyataan Ngeh Koo Ham sebenarnya ada kewajarannya,” katanya.
Dalam apa keadaan sekali pun samada Dewan Ulama, Dewan Pemuda, asalkan ianya Pas semuanya mereka akan meletak kepentingan politik lebih atas dari segalanya. 

Saya tak pelik dengan kenyataan dari Dewan Ulama Pas itu , kerana seperti yang saya katakan diatas mereka sentiasa meletak kepentingan politik lebih dari segala-galanya. Tahun lepas dalam persidangan mereka , mereka bawa usul untuk mempertahankan Anwar Ibrahim beraksi bersama dengan pelacur. Semuanya kerana politik......

Zina pun zinalah, janji Anwar boleh beri keuntungan politik kepada mereka. 

Hari ini pula mereka boleh kata apa yang diungkapkan oleh Ngeh Koo Ham sebagai wajar.....

Jika ulama dalam Umno mereka katakan sebagai syaitan bisu, maka mereka pula adalah binatang-binatang politik yang berselindung disebalik nama ulama untuk mengabui mata masyarakat.

Demo Hina Islam Di Kuala Lumpur Akan Jadi Bahan Gelak Ketawa Musuh Islam

Awal minggu ini timbul cerita Pemuda Pas dan Pemuda Umno akan bergabung untuk berdemo bersama-sama pada hari ini (Jumaat) bagi membantah filem anti Islam - Innocence of Muslims. 

Mungkin bimbang melihat penyatuan Pemuda Pas dengan Pemuda Umno dalam hal ini dan akan boleh mengakibatkan kepada penyatuan politik orang islam dan melayu, lalu keluarlah kenyataan daripada pemimpin parti DAP yang menunjukkan ketidak selesaan mereka atas kerjasama itu.

Lalu berkatalah Ngeh Koo Ham adakah demo itu untuk keuntungan politik Ketua Pemuda Umno dan tidakkah orang islam membuang masa serta tenaga yang banyak untuk perkara itu. 

Sekarang mari saya nak ajak anda berfikir....

Apa yang diungkapkan oleh Ngeh Koo Ham adalah satu perkara yang berat dan boleh mengundang kepada rosaknya karier politik dia.

Apakah anda rasa dia berani keluarkan kenyataan sedemikian jika tiada 'back-up' atau jaminan dari pimpinan tertinggi DAP ???

Sampai hari ini tiada sepatah perkataan atau kenyataan yang keluar dari mulut Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh yang membantah atau menegur tindakan Ngeh. Lihat di sini

Kenapa ???

Maknanya siapa dibelakang kenyataan yang dikeluarkan Ngeh Koo Ham ???

Selepas buat kenyataan 2-3 hari Ngeh Koo Ham senyap. 

Selepas Ngeh membuat kenyataan juga , Ketua Pemuda Pas telah bertukar nada dan memperlekehkan Pemuda Umno. Sampaikan Ketua Pemuda Pas kata mereka telah dijemput lebih awal oleh Nabi SAW untuk menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi SAW yang dihina oleh musuh-musuh Islam. Lihat di sini

Ding....dong....ding....dong....ding....dong.....akhirnya pagi semalam keluar satu keputusan bahawa Pemuda Pas dan Pemuda Umno tidak jadi untuk bergabung bersama-sama dalam demo berkenaan. Pemuda Pas demo asing dan Pemuda Umno demo asing. 

Selepas kenyataan dikeluarkan bahawa demo akan diadakan berasingan, tup.....tup.....Ngeh Koo Ham yang menyepikan diri sebelum itu, membuat kenyataan memohon maaf diatas apa yang dia katakan sebelum itu. Dan tak mustahil minggu depan akan keluar gambar Ngeh pergi berjumpa Nik Aziz untuk memohon maaf. Sepertimana yang Eli Wong dan Teoh Ning Ching lakukan sebelum ini. 

Jadi, siapa yang berjaya ? 

Akhirnya minoriti berjaya menguasai majoriti.......

Hari ini musuh-musuh islam akan gelak sakan melihat orang-orang islam yang beriman kepada Allah yang sama, menghadap kiblat yang sama, Nabi yang sama,  tapi adakan demo berasingan untuk membantah perkara yang sama.

Semuanya kerana politik yang mengatasi segalanya, sampaikan nak buang fahaman politik 1-2 jam untuk berdemo bagi membantah penghinaan terhadap agama pun tak boleh dan tak mampu.

Bukan lama pun....sejam dua ja.....habis demo nak bergaduh pasal politik pun bergaduhlah.....bersatu sejam dua kerana agama.....itu pun tak boleh.....

Habis demo nanti berperang pula sekali lagi pasal demo di tempat siapa yang orang lebih ramai....Dan puak-puak Pas pula akan tunjuk gambar beberapa kerat orang-orang DAP yang turun berdemo bersama mereka sambil berkata orang DAP pun prihatin. Padahal apa yang dilakukan oleh sekerat dua orang DAP tidak lebih seperti penculik yang memberikan gula-gula kepada kanak-kanak.

Akhir kata,  bersiap sedialah kita semua untuk menjadi Palestin dalam masa beberapa tahun lagi.....

Tahniah DAP !

Thursday, September 20, 2012

Al Fatihah.....



Selanjutnya sila  klik di sini

Selangor : Ketua Kerajaan Suka Bohong Anak Syarikat Ditangkap Mencuri


Siakap Senohong 
Gelama Ikan Duri
Menteri Besar Suka Bohong
Anak Syarikat Mencuri


Selanjutnya sila klik di sini

Sekali Lagi.....Sekali Lagi Khalid Ibrahim Dedah Pembohongan Sendiri


Sejak bulan pertama menjadi MB sehinggalah ke hari ini sudah tidak terbilang banyaknya pembohongan-pembohongan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim. Daripada isu kutipan hasil pasir hinggalah ke peringkat menipu dengan menjual nama Sultan.

Insyaallah dalam masa 2-3 minggu ini saya akan perincikan satu persatu senarai pembohongan Khalid Ibrahim sepanjang dia menjadi MB Selangor. Bahan-bahannya semua telah ada. Cuma perlu disusun elok-elok sebelum dipersembahkan kepada rakyat Selangor. 

Semalam saya telah menulis bagaimana Khalid Ibrahim sendiri yang membongkarkan pembohongannya berhubung tuduhan-tuduhan jahat dia dan sekutu-sekutunya terhadap SPR selama ini.

Hari ini sekali lagi saya nak berbicara pasal tuduhan jahat mereka terhadap SPR dan Khalid sendiri tanpa disedari sekali lagi membuktikan dia dan PKR pembohong.

Selasa 18 September, blog selangordaily.com menulis mengenai peruntukkan RM 5 juta yang disediakan oleh Khalid Ibrahim untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang meragukan di Selangor. Lihat di sini....

Saya sendiri pun masih ingat bagaimana Khalid Ibrahim mengumumkan Kerajaan Selangor akan menggunakan khidmat ketua-ketua kampung dan JKKK serta ahli-ahli PKR untuk melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah di seluruh Selangor untuk mengesan 500,000 pengundi baru yang diragui.

Mereka cuba menuduh SPR bersekongkol dengan BN memindahkan pengundi-pengundi luar untuk mengundi di Selangor dalam usaha untuk BN menawan kembali Selangor.

Isu 500,000 pengundi yang diragui di Selangor mereka canang ke seluruh negara dalam usaha untuk memburukkan SPR.

RM 5 juta telah diperuntukkan oleh Khalid kepada kroni-kroni mereka untuk mengesan pengundi-pengundi yang kononnya di ragui itu.

Kini tahukah anda apa yang dah jadi ?

Kalau tak tahu mari sini saya nak beritahu.....

Ketika ditanya wartawan pada petang Selasa , Khalid Ibrahim telah menyatakan daripada semakan yang mereka buat dengan menggunakan dana RM 5 juta mendapati 80 peratus pengundi yang mereka tuduh SPR menipu selama ini, adalah betul, atau pun pengundi tulen. 
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengesahkan hanya tinggal 50,000 nama daftar pemilih baru yang masih belum dikenal pasti di Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, penyelidikan yang dibuat pihaknya mendapati 80 peratus daripada 392,000 nama-nama pengundi baru di Selangor adalah sah berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Justeru katanya, kerajaan negeri akan menghebahkan mengenai penemuan itu dalam masa terdekat.

“Kita sudah membuat kajian..tapi untuk mendaftar pemilih, sekarang kerajaan negeri sudah membuat beberapa penyelidikan tentang perkara ini dan saya akan hebahkan penemuan-penemuan tidak lama lagi.

“Sebab kita telah beritahu, kita telah membuat penyelidikan samada kita dapat mengenalpasti 390,000 pengundi baru di negeri Selangor. Dan buat masa ini kita telah pergi dan mencari dan kita telah berjumpa hampir 80 peratus daripada mereka. Tapi 20 peratus itu kali dengan hampir 500,000 ialah, 50,000 orang lagi kita belum kenal pasti,” katanya.

Sumber: Antara Pos


Sekarang mereka sendiri yang menjawab pembohongan mereka selama ini. RM 5 juta melayang begitu sahaja. Dan dalam masa yang sama mereka telah mengesahkan sistem yang diguna oleh SPR selama ini adalah betul. Maka tanggunglah dosa atas tuduhan-tuduhan jahat kamu semua terhadap SPR selama ini. 

Kalau SPR nak menipu apa kejadahnya setiap 3 bulan mereka pamer daftar pemilih untuk semakan dan bantahan ?

Kalau SPR menipu , tak jadi MB lah kamu hari ini....

Kalau SPR menipu, Pas tak perintah Kelantan 22 tahun....

Wednesday, September 19, 2012

Masyaallah ! Sesat....Sesat....Ketua Pemuda Pas Kata Dijemput Nabi SAW Untuk Turun Berdemo

Minggu lepas kita dikejutkan dengan kisah seorang khatib yang membaca khutbah menyatakan bahawa sekumpulan pemimpin Ikhwanul Muslimin telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan bertanyakan beberapa soalan mengenai kebangkitan Islam di akhir zaman ini. 

Lalu diberitahunya Rasulullah telah SAW telah bersabda bahawa Islam akan bangkit di Malaysia di zaman Anwar Ibrahim.

Selanjutnya anda boleh lihat di sini....

Hari ini pula berlaku sekali lagi cerita yang hampir sama. 

Kali ini pula melibatkan Ketua Pemuda Pas yang serban sebesar buah kelapa. Tapi sayangnya hanya serban yang besar, otak yilek...

Kenyataan yang dibuat olehnya hari ini boleh tahan jugalah sesatnya. Dah setaraf dengan ayah pin.

Berikut adalah kenyataan sesat yang lagi menyesatkan yang disiarkan di Antara Pos,
Isu sama ada Pemuda PAS dijemput oleh Pemuda Umno juga tidak wujud memandangkan pihaknya lebih awal membuat pengumuman untuk berdemo iaitu sebelum jemputan diterima.

“Kami telah umumkan kepada media program itu sejak Rabu 12 sept yang lalu. So (Jadi) apa polemiknya ?

“Tiba-tiba Isnin lepas (17 Sept) saya dimaklumkan bahawa Pemuda Umno ada mengajak Pemuda PAS untuk turun demo sekali. Itupun saya hanya tahu melalui media. Terima kasihlah jemput kami. Kalau tiada jemputan pun, kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah di"jemput" oleh Nabi kami saw untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami saw. yang dihina sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam.
Puak-puak sesat ini main politik sampai sudah tidak ada batasan lagi. Habis agama dan bangsa dilacurkannya, hinggakan Nabi pun turut diheret sama. 

Kantoi ! Akhirnya Khalid Ibrahim Sendiri Yang Dedahkan Pembohongan PKR


Orang yang suka berbohong dalam keadaan macam mana sekali pun satu masa dia sendiri akan membongkar pembohongannya....

Bukan musuh yang bongkar, tapi dia sendiri yang bongkar. Apabila terlalu kuat berbohong sampaikan dia sendiri pun dah tak ingat apa yang dibohonginya selama ini.

Selama ini kita dengar macam-macam tuduhan yang PAS, PKR dan DAP bohongi rakyat pasal sistem pilihan raya di Malaysia yang kononnya tidak adil dan tidak bersih.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada SPR oleh pemimpin-pemimpin mereka. Kemudian diikuti dengan cacian, kejian dan hinaan daripada pengikut-pengikut mereka.

Masih segar dalam ingatan kita semua bagaimana Anwar Ibrahim membuat kenyataan minggu lepas yang mengatakan Selangor tidak akan mengadakan p/raya peringkat negeri serentak dengan parlimen.

Alasannya kerana SPR gagal membersihkan daftar pemilih yang diragui. Sekali lagi SPR menjadi mangsa tuduhan jahat PKR.

Berikut adalah apa yang dilaporkan oleh media tajaan George Soros,
Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.
Sumber:malaysiakini

Itu kata-kata Anwar minggu lepas.....

Semalam tanda diduga Khalid Ibrahim sendiri yang mendedahkan apa yang mereka bohongi rakyat selama ini tentang SPR.

Rancangan mereka untuk mengadakan pilihan raya berasingan bukannya kerana SPR, tetapi kerana strategi.

Strategi untuk pertahankan Selangor....

Berikut adalah kenyataan Khalid Ibrahim yang dipetik dari sinar harian online. Kenyataan yang sama juga boleh dibaca di akhbar Sinar Harian hari ini.

MB Selangor: PRU asing atau serentak 'strategi kami'
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perancangan untuk membuat pilihan raya Dun berasingan atau serentak dengan PRU13 merupakan strategi kerajaan negeri namun ini bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU13.

"Kita tak tahu tarikh pilihan raya yang sebenar... ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihan raya berasingan dan ada baiknya pilihan raya di buat secara bersama... perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihan raya) dan strategi bagaimana kita mahu menghadapinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengumumkan pendiriannya bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan negeri-negeri lain pada PRU13.


Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjangkakan PRU13 diadakan November berpandukan isyarat yang semakin jelas ditunjukkan oleh Perdana Menteri.

Abdul Khalid berkata: "Kita tengoklah pada strategi, ada baiknya kita buat pilihan raya berasingan... namun ikutlah pada keperluan...jika pilihan raya di buat pada 8 Mac tahun depan, tidak bolehlah kita nak buat pilihan raya berasingan.

"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita...sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia...jadi dia pun jawablah," katanya.

Dari sini anda semua nilailah bagaimana sifat pembohong puak-puak yang bersekongkol dengan kaum nabi luth. Mereka sanggup jadikan orang lain (SPR) sebagai kambing hitam semata-mata kerana hendak memenuhi nafsu politik mereka.

Tuesday, September 18, 2012

Dr Asri Zainul Abidin Ulama Was-Was


Semasa meninjau blog-blog pagi ini saya terjumpa satu berita dan satu gambar seperti dibawah yang disiarkan oleh laman AIDC. Klik di sini

Gambar dibawah yang sumber asalnya dari twitter Dr Asri sendiri memaparkan penampilannya ketika majlis makan tengahari bersama pasangan Diraja Britain.

Perghhhhhh....cayalah Dato'. Dah hilang songkok dan kopiah bila nak makan dengan Williams & Kate

Satu gambar boleh beri 1001 makna.....

Tentang gelaran ulama was-was yang saya gunakan sebagai tajuk diatas, saya ada sebab tersendiri....

Asri dikatakan seorang ulama yang tidak berparti. Tetapi dalam masa yang sama dia sibuk mencampuri urusan parti politik. Sebelah sana dia hentam, sebelah sini dia balun. Kenyataan atau teguran yang dia buat buat bukannya sekali-sekala. Boleh dikatakan agak kerap. Berbeza dengan para-para mufti atau ulama lain yang tidak berpolitik. Mereka hanya mengeluarkan kenyataan apabila ada isu-isu besar.

Asri pula boleh dikatakan saban minggu ada sahaja kenyataan berkaitan politik darinya. Lagaknya bagaikan orang politik. Tapi sampai ke hari ini dia tidak masuk mana-mana parti politik. Dia tidak ada pendirian untuk memilih parti mana. Orang yang tidak ada pendirian adalah orang yang was-was. Sebelah sana dia celup sebelah kaki, sebelah sini dia celup juga sebelah kaki. Inilah yang dikatakan main dua kolam.

Kalau rasa nak berpolitik sangat masuk sajalah mana-mana parti politik dan kita sama-sama berentap. Bukannya main jolok-jolok luar pagar. Atau pun dia nak tunggu dan lihat parti mana yang menang PRU akan datang barulah dia nak sertai parti yang menang. Sekarang sementara nak tunggu pilihanraya dia celup dulu kaki di kedua-dua kolam. Bila dah menang nanti barulah dia pilih kolam yang perlu dia terjun.

Maaflah kalau ada pembaca-pembaca saya yang selama ini menjadi pengikut Dr Asri tidak senang dengan tulisan saya ini. 

Sekali-sekala orang seperti ini kita kena balun juga supaya dia sedar sikit. Jika tidak dia akan ingat hanya dirinya sahaja yang hebat , yang betul dan yang terbaik. Dia balun orang lain boleh, orang lain pun boleh juga balun dia. Negara demokrasi........

Monday, September 17, 2012

Lawak Hari Malaysia : PAS Nak Jaga Melayu....


Individu diatas adalah AJK Pas Pusat yang dilantik setelah tewas dalam pemilihan Pas yang lepas. Pemilihan yang dulu pun dia kalah juga kemudian dilantik sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat.

Bukan setakat kalah dalam pemilihan Pas, bertanding dalam pilihan raya juga dia tidak pernah menang. Asal dari Perak tapi bertanding merata-rata sampai ke Kedah tapi sekali pun tak pernah menang. Jangan kata negeri sendiri yang tolak dia, orang tempatnya di Bukit Gantang pun tolak dia. Dalam PRK Bukit Gantang tahun 2009 sepatutnya dia yang dicalonkan oleh Pas. Tapi kena tolak lagi dan akhirnya Nizar yang dari Tapah diletakkan sebagai calon.

Kesian dia.....orang kampung tolak, orang Pas tolak, pengundi pun tolak.....

Sebab apa dia ditolak ?

Sebab dia tidak berapa cerdik......

Opsssss.....sebelum terlupa. Masih ingatkah anda kepada khatib di sebuah masjid di Pulau Pinang yang mendoakan kepada Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat beberapa tahun lepas ?

Kalau anda nak tahu itu adalah abang dia.

Nama khatib itu Zakaria Ahmad.

Nama dia pula Idris Ahmad.

Jadi tak peliklah kalau abangnya berperangai sedemikian kerana adiknya pun tak berapa cerdik.

Semalam melalui kenyataan di harakahdaily, Idris Ahmad membuat kenyataan seperti berikut,
Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah
KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.

“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Saya tidak perlu berhujah panjang lebar untuk nak jawab kenyataan dia. Tak perlu saya nak perincikan satu persatu tentang tanah-tanah melayu di Kota Bharu yang jatuh ke tangan orang asing. Tidak perlu saya nak perincikan satu persatu bagaimana Pas memberi kawasan balak secara besar-besaran kepada tauke Singapura pada tahun 60an. 

Jawapan saya senang sahaja....

Bagaimana Pas nak jaga orang-orang melayu kalau dasar perjuangan partinya sendiri sejak puluhan tahun lalu iaitu membangunkan negara islam, pun Pas sanggup buang ? 

Kalau nak jaga dasar parti sendiri pun tak mampu, adakah anda percaya mereka mampu jaga kita  ? 

Bagaimana Pas nak jaga bangsa melayu kalau kalimah Allah pun Pas tak mampu bangkit untuk pertahankan daripada digunakan oleh agama lain ?

Bukan setakat tak berani bangkit, malah Pas memperlekehkan pula tindakan orang-orang Umno yang mempertahankannya.....

Hari ini Pas kata biar mereka jaga melayu.....kua....kua....kua....kua....kua....kua.....

Lawak.....lawak....lawak Hari Malaysia...... 

Sunday, September 16, 2012

Umno Perlu Belajar Daripada Karpal Singh


Permusuhan Pas dengan Umno bukan perkara baru. Ianya telah berlarutan lebih dari 50 tahun. Berpunca daripada tewasnya seorang ahli Umno yang bernama Ahmad Fuad ditangan Tunku Abdul Rahman bagi merebut jawatan Yang Dipertua Umno Malaysia pada tahun 1951.

Kecewa dengan kekalahan tersebut membuatkan Ahmad Fuad menubuhkan Pas. Penubuhan itu disokong penuh oleh penjajah pada masa itu kerana mereka mahu orang melayu berpecah belah dan tidak bersatu dibawah Umno supaya mereka dapat melengah-lengahkan usaha memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Orang yang bertanggung jawab menandatangan kelulusan penubuhan Pas pada masa itu adalah seorang pegawai British yang berketurunan India bernama Nadarajan. Beliau pada masa itu bertugas sebagai pegawai pendaftar pertubuhan dibawah British. Pas ketika itu didaftarkan diatas nama Pan Malaya Islamic Party. 

Hari ini ramai pengikut-pengikut Pas yang menyamakan Pas dengan Islam termasuklah Abby Abadi. Sedangkan perkara tersebut terang-terangan berbeza. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah tanpa perlu mendapat kelulusan sesiapa. Manakala Pas pula ditubuhkan melalui kelulusan oleh seorang pegawai British yang beragama hindu. Orang yang percaya Pas itu islam adalah orang-orang yang sesat.

Walaupun sudah lebih 50 tahun Umno tidak pernah berjaya sepenuhnya untuk menjinakkan Pas . Kalau berjaya pun , adalah sedikit pada tahun 1969 apabila Umno berjaya tarik Pas sertai BN. Tetapi itu pun tidak lama kerana Umno tak tahan dengan kerenah Pas yang cuba mengkhianati BN dari dalam. Akhirnya Pas dilepaskan daripada BN. Untuk mengetahui sejarahnya sila klik di sini.

Berbeza dengan Semangat 46 yang berjaya dijinakkan oleh Umno sehingga parti itu terpaksa dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali kepada Umno. 

Dalam hal atau bab untuk menundukkan atau menjinakkan Pas, pujian harus diberikan kepada Karpal Singh. Dalam hal ini Karpal Singh cukup hebat....

Cuba anda semua bayangkan , Karpal Singh seorang yang lumpuh , dan dari atas kerusi roda dia berjaya tundukkan Pas agar tidak lagi memperjuangkan negara islam, yang mana akhirnya kita semua dapat saksikan bagaimana Pas secara rasminya gugurkan perjuangan negara islam pada muktamar mereka tahun lepas. 

Dengan suara dari atas kerusi roda Pas sanggup gugurkan apa yang mereka perjuangkan sejak puluhan tahun lalu.  Kalaulah Karpal masih sihat dan tegap seperti dulu, rasanya 1 atau 2 tahun lepas Pas telah dibubarkan dan semua ahli-ahlinya menyertai DAP. 

Oleh yang demikian adalah baik sekiranya Umno dapat belajar dengan Karpal Singh bagaimana caranya untuk jinakkan atau tundukkan Pas.

Friday, September 14, 2012

Selepas Highway Prepaid & Bullet Train, Adakah Husam Akan Umum Bina Stesen Angkasa Lepas Pula ?


Bila orang kata pilihan raya bulan 3, Pas Kelantan umum nak buat stadium islam.....

Bila orang kata pilihan raya bulan 6, Husam umum nak bina lebuh raya prepaid.....

Bila orang kata pilihan raya bulan 11, Husam umum pula nak bullet train.....

Tidak mustahil bila orang kata pula pilihan raya awal tahun depan, Husam akan umum pula nak bina stesen angkasa lepas...kah...kah....kah....kah...kah.....

Bina stesen angkasa lepas untuk tinjau balak dan lombong-lombong apa yang ada di angkasa lepas ???

Husam oh Husam.....terima kasihlah diucapkan kerana lawak jenaka kau itu akan terus membebankan Pas di Kelantan dan memudahkan kerja BN. 

Zaman dah berubah sekarang ni Husam oiiiii....orang sekarang semuanya dah cerdik-cerdik dan boleh berfikir sesuatu perkara itu logik atau tidak logik. 

Jangan ingat rakyat Kelantan boleh terus diperbodohkan dengan taktik terus-menerus menyalahkan Kerajaan Pusat. 

Semua rakyat Kelantan dah tahu Kerajaan Pusat bagi RM 600 juta untuk Kelantan selesaikan masalah air. Tapi sampai hari ini pun kerajaan Pas Kelantan tak mampu selesaikan. Lagi nak bercakap pasal nak buat lebuh raya dan bullet train ???




Apabila melihat berita Husam nak buat bullet train di FB malam tadi, kawan saya, Tengku Zaffrul gelak sampai berair mata dan akhirnya patah kerusi yang dia duduk.

Thursday, September 13, 2012

P.Raya Dun Selangor Asing, P.Raya Parlimen Bersama-Apa Punya Lawak ?

Semalam pertubuhan haram yang bernama pak-khatan rakyat membuat kenyataan yang menyatakan mereka tidak akan mengadakan pilihan raya di negeri Selangor serentak dengan pusat. 

Mereka juga merancang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan di Pulau Pinang. Manakala bagi negeri Kelantan pula MBnya bertegas akan menyertai pilihan raya bersama dengan pusat. Bagi negeri Kedah pula tiada keputusan hingga kini dan mengikut kenyataan MBnya hari ini beliau akan membubarkan Dun sekiranya merasakan Pas boleh menang. 

Berikut kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim seperti mana yang dilaporkan oleh malaysiakini
Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.
Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikatakan keputusan itu dibuat oleh majlis presiden pak-khatan rakyat. Maknanya itu keputusan pimpinan tertinggi parti-parti gabungan mereka. 

Kalau nak bodohkan orang ramai dan para wartawan pun agak-agaklah. Keputusan majlis presiden apa ke jadahnya kalau Nik Aziz tak setuju dan Azizan belum buat keputusan lagi ? 

Kalau keputusan majlis presiden, semua negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat capai kata sepakat dan setuju untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Nampak sangat apa yang diumumkan semalam adalah keputusan PKR sahaja. 

Alasan mereka untuk tidak adakan pilihan raya serentak kerana meragui daftar pemilih SPR. Pilihan raya negeri mereka tidak mahu sertai bersama dengan pusat kerana ragu dengan daftar pemilih, tetapi tak pula mereka kata tidak akan menyertai pilihan raya peringkat parlimen kerana ragu dengan daftar pemilih. 

Sedangkan di kedua-dua peringkat pilihan raya sama ada negeri atau parlimen SPR menggunakan daftar pemilih yang sama dan orang yang sama yang akan keluar mengundi. Jangan buat lawak lah oiiiii...... 

Kalau dah ragu sangat janganlah sertai pilihan raya peringkat parlimen di negeri Selangor....ada berani ? 

Apa yang dikatakan Anwar jelas menunjukkan mereka sudah tidak yakin lagi untuk menawan Putrajaya dalam PRU akan datang. Sasaran mereka adalah kekalkan Selangor dan Pulau Pinang sahaja. 

Kalau mereka yakin mereka akan tawan Putrajaya mereka tidak akan pedulikan lagi Selangor dan Pulau Pinang serta dua negeri lagi kerana sasaran utama adalah Putrajaya. 

Sebelum ini bukan main lagi mereka kata Datuk Najib takut untuk bubarkan parlimen dan sebagainya. Tup...tup....mereka yang sebenarnya takut untuk bubar Dun. 

Perkara ini jelas menunjukkan kepada kita sikap gilakan kuasa puak-puak PKR. Kalau boleh mereka nak berkuasa sampai bila-bila dan tak mahu adakan pilihan raya. Jika mereka diberi peluang memerintah negara tidak mustahil mereka akan cari jalan untuk tukar sistem pilihan raya yang ada sekarang daripada 5 tahun sekali kepada 10 tahun sekali. 


Bercakap dan berceramah bukan main lagi berdegar-degar kononnya Umno/BN tak akan mampu tawan Selangor, Umno/BN akan mampus dan sebagainya, tapi mereka sendiri takut untuk adakan pilihan raya . Bak kata peribahasa, cakap berdegar-degar tumit diketik. 

Bagi saya secara peribadi saya amat setuju dan mengalu-alukan keputusan mereka untuk adakan pilihan raya secara berasingan. Ia memudahkan kerja BN untuk menawan Selangor kembali. 

Krisis Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali juga akan membantu BN. 

Sama ada PKR menang atau kalah yang pasti Khalid bukan lagi MB selepas ini. Khalid sendiri pun sudah tahu yang beliau tidak akan menjadi MB lagi selepas ini dan dia tidak rela jawatan itu terlepas ke tangan Azmin atau orang-orangnya. Daripada terlepas adalah lebih baik Selangor jatuh ke tangan BN. Sebab itulah sejak kebelakangan ini kita semua boleh lihat tindakan Khalid Ibrahim seolah-olah sengaja hendak sembelih PKR di Selangor. 

Saya tidak boleh ceritakan lebih di sini.... 

Cuma saya boleh katakan dalam politik apa-apa boleh terjadi dan tiada yang mustahil.... 

Siapa sangka Karpal Singh yang pernah yang menjadi orang pertama mendedahkan kegiatan homoseksual kini bersama-sama dengan Anwar dalam politik. Bukan setakat bersama dalam politik malah sanggup menjadi peguam untuk mempertahankan Anwar dalam kes liwatnya. 

Siapa sangka dulu Mat Sabu menjadi orang pertama yang memberi gelaran al-jub kepada Anwar, kini bersama-sama menjulang Anwar. 

Jadi dengan terkejut sekiranya tindakan Khalid Ibrahim dan orang-orangnya akhir-akhir ini yang banyak membantu Umno dan BN di Selangor. 

Ingat ! Tiada yang mustahil dalam politik.....

Wednesday, September 12, 2012

Bahana Akibat Berkawan Dengan Syaitan

Pas yakin dapat melumpuhkan kekuasaan BN di tiga negeri dalam PRU akan datang.

Salahudin Ayub berkata, pihaknya yakin rakyat di negeri Johor, Sabah dan Sarawak sudah berani untuk menolak pemerintah sedia ada dan menukar kepada pilihan baru.

Itu yang dilaporkan di muka surat 6 akhbar Sinar Harian hari ini.

Persoalannya kini, hari-hari Pas menuduh SPR menipu, bersekongkol dengan BN dan sebagainya.

Pas hasut orang ramai supaya tidak mempercayai SPR.

Pas hasut orang ramai turun berdemo dan merusuh kononnya sistem pilihan raya di Malaysia tidak adil.

Tetapi dalam masa yang sama pula yakin mereka dapat tumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang dimana badan yang menguruskan pilihan raya itu adalah SPR yang mereka kecam selama ini.

Kesian lembu-lembu Pas yang yang ditarik ke jalan raya kononnya untuk memprotes sistem pilihan raya Malaysia yang tak adil.

Tetapi pemimpin-pemimpin Pas tahu yang sebenarnya SPR adil dan telus. Cuma kerana iblis mengusai diri akibat mereka berkawan dengan syaitan itulah jadinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 11, 2012

Rakaman Audio Tersebar:Strategi PKR Bocor


Awal tahun 2011 PKR pernah mengadakan satu kongres bagi mencari jalan bagaimana untuk mereka boleh mendapatkan sokongan orang-orang melayu serta taktik-taktik yang perlu digunakan untuk menjatuhkan BN.

Antara perkara yang perlu mereka lakukan,
  • Laga-lagakan Datuk Seri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin
  • Laga-lagakan isteri PM dengan isteri TPM
  • Serang isteri PM 
Selebihnya anda boleh lihat sebahagian minit yang dicatitkan dibawah sepanjang kongres itu berlangsung...


Sekarang ini apa yang mereka bincangkan dulu sedang giat mereka lakukan. Anda boleh lihat sejak kebelakangan ini mereka begitu galak melaporkan berita serta menjaja cerita kononnya Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin bermasalah atau mempunyai hubungan yang dingin.

Serangan terhadap isteri PM, tak usah cakaplah. Itu sudah menjadi perkara wajib bagi mereka. Naik sahaja pentas ceramah nama Rosmah dah jadi perkataan yang wajib disebut.

Agenda melaga-laga isteri PM dengan isteri TPM tak berapa nampak lagi sekarang. Tetapi benda itu akan berlaku menjelang PRU.

Dalam hal ini orang-orang Umno kena bijak. Jangan sesekali termakan propaganda mereka. Matlamat mereka adalah memecah belah ahli Umno supaya timbul perasaan tidak puas hati antara satu sama lain dan seterusnya membuatkan orang-orang Umno tidak bekerja bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU serta melakukan sabotaj. Apabila itu semua berlaku undi akan lari kepada mereka dan akhirnya mereka yang untung.

Ingat ! Antara yang menjadi penyumbang kepada kemenangan besar PKR, Pas dan DAP 2008 adalah orang-orang Umno sendiri. Cukuplah sekali dan ambil iktibar dari apa yang terjadi. Pastikan pisang tidak berbuah dua kali.

PKR tidak pernah duduk diam. Segala propaganda mereka telah dirancang atau dijadualkan dengan rapi dalam usaha untuk menyerang atau melemahkan musuh. Sebab itulah mereka ada biro strategi yang diketuai oleh Rafizi. Mana ada parti lain dalam Malaysia yang pengarah strategi seperti PKR ?

Hanya PKR sahaja yang ada. Itu pasal mereka cukup cekap dalam melancarkan propaganda. Tiba-tiba sahaja keluar cerita cermin bas PKR disimbah cat merah, brek kereta Anwar dirosakkan, bilik hotel Anwar cuba diceroboh dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja yang dilakukan oleh mereka, banyak lagi perkara-perkara lain yang mereka lakukan termasuklah apa yang perlu diperkatakan oleh penceramah-penceramah dalam majlis ceramah-ceramah mereka.

Dibawah ini adalah rakaman audio yang bocor kepada umum bagaimana salah seorang orang strategi PKR meyampaikan taklimat kepada penceramah-penceramah mereka dalam satu majlis tertutup semasa Kongres Nasional PKR di Johor tahun 2011.

Penceramah-penceramah mereka diminta untuk tumpukan kepada 3 perkara dalam setiap ceramah mereka. Tiga perkara itu dijadikan kerangka besar dan penceramah diminta huraikan tiap-tiap perkara itu tanpa lari jauh dari kerangka yang diberikan.
  • Negara Berpontesi
  • Umno dan BN Rompak Kita
  • Rakyat Perlu Bersatu Seperti Arab Spring Lawan Orang Yang Korup


Taklimat yang disampaikan oleh Sim Tze Tzin

Sekarang sudah jelas yang PKR tidak ada kekuatan sendiri untuk mendapatkan kuasa. Cara mereka hanya dengan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap musuh serta membangkit orang ramai bangun menjadi pemberontak semata-mata untuk mereka mendapatkan sokongan. 

Perkara yang paling penting untuk menimbulkan kebencian orang ramai terhadap musuh adalah fitnah dan pembohongan. Dan dua perkara itulah yang menjadi sandaran utama PKR bagi membolehkan mereka terus hidup sehingga hari ini. Tetapi berapa lama mereka boleh hidup dengan pembohongan dan fitnah ? 

Terima kasih kepada orang dalam PKR yang membocorkan rakaman audio diatas....

Tanah Bumiputera Selangor:Tauke Cina Kata Tak Apa Dia Boleh Uruskan

Gambar hiasan
Di Shah Alam dulu, anak saya ada tanah. Shah Alam tak boleh jual kepada orang bukan Melayu. Tapi ada Cina telefon saya kata nak beli tanah, tak boleh saya kata. Dia kata tak apa dia boleh uruskan. Maknanya sudah berlakulah benda-benda begini yang orang bimbang,”

Selanjutnya sila klik di sini

Monday, September 10, 2012

Artis Insaf Dijadikan Sapi Untuk Diperah Susunya....

Semua orang tahu baik dari Lembah Keramat saat kecilnya hingga tergedik-gedik mencari glamer dengan kumpulan Elite dan diangkat oleh Yusuf Haslam sehinggalah kecur geger dengan skandalnya bersama seorang pelakon baru. 

Perlu ada orang untuk memimpin dia keluar daripada sarang maksiat yang lebih besar iaitu PAS dan menjadi satu dosa sekiranya dia ini terus dibiarkan bergelumang dalam parti politik itu kerana hari ini seolah-olah dijadikan sapi oleh PAS untuk diperahkan susunya.

Selanjutnya sila klik di sini

Sikap Ditaktor : SPR Diarah Umum Anwar Menang Jam 3 Petang


Dua hari lepas di Melaka kita dikejutkan dengan tindakan ganas pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang mengacukan pistol kepada orang ramai yang tidak bersenjata.

Semalam di Ampang Anwar Ibrahim pula mengumumkan tindakan samseng yang akan beliau lakukan pada hari pembuangan undi PRU 13 kelak.

Dipetik dari antarapos.com
AMPANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menaburkan janji-janji 'bulan dan bintang' semasa ceramah beliau di Ampang malam tadi, suatu tindakan yang boleh dilihat sebagai membuai mimpi kepada rakyat di negara ini.

Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib.

"Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti."

Selain daripada itu beliau turut membayangkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri negara turut berimaginasi untuk menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengumumkan 'kejayaan' beliau menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," tambahnya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika diaju pemberita mengenai isu tidak mengangkat tangan ketika bacaan Rukun Negara pada malam ambang kemerdekaan anjuran negeri Selangor baru-baru ini.
Belum berkuasa lagi dia dah tunjuk ciri-ciri seorang diktator, bayangkan jika dia berkuasa kelak ?

DAP Pelopor Budaya Politik Kurang Ajar Di Malaysia

Budaya politik ganas atau budaya politik kurang ajar bukannya perkara baru dalam negara kita. Ianya telah dipelopori oleh DAP sejak tahun 1969 lagi. Kerana budaya politik kurang ajar yang dibawa DAP itulah wujudnya peristiwa 13 Mei 1969. 

Orang ramai masih ingat bagaimana DAP nak sapu melayu di Kampung Baru serta bagaimana orang-orang DAP kencing depan pelajar-pelajar perempuan.  

Belajar dari kesilapan dan keghairahannya pada tahun 1969 membuatkan DAP diam seketika. Sejak tahun 1969 hingga tahun 1998 budaya politik ganas atau politik kurang ajar boleh dikatakan tiada langsung sehinggalah Anwar dipecat pada tahun 1998. 

Dari tahun 1998 itulah bermulanya kembali budaya politik kurang ajar atau politik ganas. Sebelum itu orang ramai nak tengok kenderaan meriam air FRU pun susah. Tetapi selepas tahun 1998 kenderaan tersebut bukan lagi sesuatu yang pelik. Budak-budak kecil pun dah kenal. Budaya kurang ajar dikalangan rakyat Malaysia dan sikap tidak menghormati pihak berkuasa semakin menjadi-jadi sekarang ini. Semuanya kerana didikan dari pembangkang. 

Jika dulu orang ramai kalau lihat polis mereka ada perasaan hormat dan sebagainya. Tetapi selepas tahun 1998 orang yang ditahan polis pun berani maki polis. Mereka tak takut atau tak hairan kerana jika kena tangkap pasukan-pasukan peguam PKR, PAS dan DAP sudah bersiap sedia untuk membela mereka.

DAP kembali menunjukkan belangnya selepas PRU 2008 dan kini ianya semakin menjadi-jadi. Mereka menjadi semakin berani kerana setiap tindakan mereka akan dipertahankan oleh PAS serta PKR.

Minggu lepas heboh diperkatakan tentang gambar sekumpulan orang yang menyambut malam Merdeka yang dianjurkan parti pembangkang memijak-mijak gambar PM.

Sebelum ini anda pernah dengar budaya politik pijak-pijak gambar seperti itu ? 

Saya tidak tahu anda pernah dengar atau tidak , tetapi saya sendiri tidak pernah dengar dan lihat. Kali pertama saya dengar dan saya lihat budaya politik pijak memijak gambar semasa berlaku pertukaran kerajaan di Perak tahun 2009.

Bunting-bunting yang digantung di Bandar Ipoh yang memaparkan Datuk Najib mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina telah diturunkan dan dipijak-pijak oleh penyokong pembangkang.

Ipoh awal 2009
Hujung tahun 2009 pula gambar tiga Adun Perak yang keluar parti dilekatkan di lantai pintu masuk dewan untuk majlis Kovensyen DAP Perak telah dipijak-pijak oleh orang-orang DAP termasuk Lim Kit Siang sendiri. 

Ipoh hujung 2009
Benda-benda yang dimulakan oleh DAP itulah yang menjadi ikutan oleh pihak-pihak lain pula tidak kira sebelah sana atau sebelah sini. Kalau tiada pihak yang mulakan ianya tidak akan menjadi satu budaya.

Dalam kes seorang wanita cina di Johor yang memijak gambar PM pada malam Merdeka, siapa yang tukang membelanya ?

Tidak lain tidak bukan adalah DAP.....


Sebelum menyerah diri kepada polis gadis tersebut terlebih dahulu berjumpa dengan pemimpin DAP Johor. Jika dia tiada kaitan dengan DAP atau DAP berjanji akan mempertahankan tindakannya, mengapa perlu dia terlebih dahulu berjumpa dengan pimpinan DAP ? Lihat di sini dan sini.

Monday, September 3, 2012

Penjelasan Sebalik Dakwaan Dipukul

Tulisan ini agak panjang. Saya berharap rakan-rakan pembaca blog ini dapat membaca perlahan-lahan dari atas ke bawah mengikut turutan tanpa meninggalkan satu perenggan pun supaya anda jelas dengan apa yang saya ingin sampaikan.

Apabila disebut perkataan seni ramai diantara kita akan ingat kepada hasil kerja tangan. Seperti seni lukis, seni hiasan, seni pertukangan, seni masakan dan juga beberapa seni lain. Perkataan seni juga mengingatkan kita kepada dunia hiburan.

Tidak ramai diantara kita yang ingat atau sedar bahawa politik juga ada seni yang tersendiri. Persepsi, muslihat, propaganda dan tipu helah antara elemen yang ada dalam seni politik. Tidak kira parti mana dan dinegara mana setiap parti ada cara tersendiri dan tertentu untuk mempengaruhi rakyat atau mengubah pendirian serta pemikiran rakyat agar menyokong parti mereka.

Di Malaysia, parti pemerintah negara lebih kepada memilih pendekatan menjelaskan kepada rakyat apa kerja dan sumbangan dan jasa-jasa yang mereka lakukan dalam usaha membangunkan negara dan menolong rakyat. Pendekatan cara itu pun perlu, tetapi ianya tidak cukup kuat.

Dalam politik setakat orang ramai suka atau sayang kepada kita tidak cukup untuk kita mendapat sokongan atau kemenangan. Kita perlu buat agar orang ramai suka dan sayang kepada kita, dalam masa yang sama mereka marah dan benci kepada pihak musuh. Itu pun belum cukup lagi. Elemen simpati juga diperlukan. Apabila elemen suka dan sayang bercampur dengan marah serta kebencian dan dicampur lagi dengan elemen simpati, ianya akan menghasilkan satu keputusan yang memuaskan.

Di Malaysia ketiga-tiga elemen itu digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang. Kekalahan yang sederhana teruk BN pada PRU 1999 juga disebabkan oleh tiga elemen tersebut.

Sebagai seorang pemimpin yang pernah berada dalam kerajaan dan mempunyai jawatan serta kuasa yang besar sudah tentulah Anwar ada penyokong-penyokongnya yang tersendiri yang telah termakan budinya atau menyukainya kerana penampilannya serta tutur katanya yang menarik. Dan orang-orang ini semuanya ada perasaan suka dan sayang kepadanya. Itu pasal Anwar naik dengan cepat dalam Umno sehingga tinggal satu tahap lagi untuk menjadi orang nombor satu negara.

Apabila Anwar dipecat maka sudah tentulah penyokong-penyokongnya marah kepada Tun M dan juga kepada Umno. Anwar mengambil peluang tersebut untuk memburuk-burukkan Tun M serta Umno dan menyemai perasaan benci kepada pengikut-pengikutnya terhadap Tun M serta Umno . 

Perlu diingat pengikut Anwar bukannya kecil. Beliau seorang TPM dan Timbalan Presiden Umno sudah pastilah mempunyai pengikut yang ramai. Pengikut yang ramai tersebut pula menjadi ejen untuk menyemaikan perasaan benci kepada orang ramai melalui pelbagai pendekatan, termasuklah ceramah-ceramah. 

Sebaik sahaja Anwar ditangkap dan ditahan dibawah ISA sebelum ditahan dipenjara, Wan Azizah dan keluarganya pula memainkan peranan agar orang ramai terus membenci Tun M dan Umno. Wan Azizah dan keluarganya juga banyak bermain dengan sentimen kesedihan untuk menagih simpati orang ramai. 

Dengan penuh sedih dan sayu Wan Azizah duduk bersusun dengan anak-anaknya menceritakan bagaimana Anwar ditangkap. Kononnya polis datang tendang pintu rumah mereka bagaikan hendak menangkap penjenayah besar. Dibawa dalam van bersama Azizah kemudian dipisahkan dalam perjalanan dengan Anwar dibawa menaiki kenderaan lain dan matanya ditutup. Dia ikut ke Bukit Aman dan dihalau balik serta tidak dibenarkan bertemu Anwar. Apa yang Azizah lakukan, dengan lakonan sedihnya itu membuatkan orang ramai menitiskan air mata yang akhirnya telah mengundang simpati kepadanya. 

Tidak cukup dengan itu, selang sehari dua selepas Anwar ditangkap Wan Azizah berkata pula kononnya Anwar disuntik dengan kuman HIV oleh pihak polis. Kemarahan orang ramai dan kebencian mereka kepada Tun M, Umno dan polis makin meningkat. Manakala simpati kepada Wan Azizah terus bertambah. 

Tidak lama selepas itu, tup...tup....muncul Anwar buat kali pertama di depan orang ramai selepas ditahan dengan matanya yang lebam di Mahkamah Petaling Jaya. 

Apa lagi ???

Segala kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap Umno dan BN serta simpati kepada Wan Azizah dan keluarga diterjemahkan diatas kertas undi pada PRU ke 10 pada tahun 1999. BN mengalami kekalahan yang agak boleh tahan, tetapi tidaklah sampai hilang 2/3.

Tun M mengambil tanggungjawab atas keputusan PRU yang tidak berapa memihak kepada BN itu. Beliau berjaya membetulkan tanggapan dan persepsi masyarakat terhadap Umno dan kerajaan serta melawan apa sahaja isu yang dimainkan pembangkang. Selepas beberapa tahun Tun M berjaya. Penyokong-penyokong Umno atau BN kembali berani memakai baju Umno/BN atau menampal pelekat kereta. Setelah kepercayaan rakyat berjaya dipulihkan Tun melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada Pak Lah. Akhirnya keputusan PRU ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan BN menang dengan selesa.

Sokongan besar rakyat berjaya diperolehi BN pada PRU 2004. Malangnya BN tidak menggunakan peluang tersebut untuk mengekalkan atau menambahkan lagi sokongan rakyat kepada mereka. BN buat perkara-perkara yang tidak disukai oleh rakyat. Keputusan-keputusan yang tidak logik, kenaikan harga petrol, janji tidak naikkan harga eletrik, kemudian dinaikkan dan perkara-perkara lain yang menyusahkan rakyat. Walaupun tewas dibeberapa kerusi dalam pilihanraya negeri Sarawak sebelum itu (2006) kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan isyarat yang diberikan. Kerajaan terus dengan keputusan-keputusan atau tindak tanduk yang tidak popular dimata rakyat.

Seperti biasa, pembangkang hanya menunggu peluang untuk menyemaikan perasaan benci orang ramai terhadap kerajaan yang memerintah. Kebetulan Anwar berada di luar penjara dan dia memang pakar dalam hal untuk menyemaikan sentimen kebencian. Umno dan BN berjaya dibencikan dari segenap sudut. Dari kenaikan harga barang, amalkan rasuah hinggalah kepada perkara yang remeh temeh. Ditambah pula dengan cerita-cerita Anwar bagaimana dia 'dizalimi', ditangkap dan dipenjara. Akhirnya kita semua dapat saksikan bagaimana keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008. Oleh yang demikian janganlah beranggapan sentimen orang suka atau orang kasih sayang kepada kita boleh menjamin kemenangan. Sentimen kebencian kepada musuh dan simpati juga diperlukan untuk memastikan kemenangan.

Seorang bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim, saudara Rahimi Osman, orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga jadual kempen pilihanraya atau road show Anwar untuk PRU 2008, pengiraan yang beliau lakukan selepas keputusan pilihanraya mendapati 80 peratus kerusi yang Anwar turun padang dimenangi pembangkang termasuklah yang ditandingi Pas dan DAP.

Itu kehebatan seni politik Anwar Ibrahim yang kita semua kena akui. Hebatnya Anwar sampaikan video yang disahkan oleh pakar 99.9 peratus tulen pun beliau boleh pusingkan cerita itu fitnah yang dibuat oleh musuh. Lebih syok lagi apabila Dewan Ulama Pas adakan satu usul khas dalam muktamar mereka untuk mempertahankan Anwar Ibrahim dalam isu video tersebut. Itu ulama, orang yang alim, yang hafal quran dan sebagainya, pun Anwar boleh butakan hati mereka, apatah lagi kita yang bukan ulama. Saya bersyukur walaupun ilmu agama saya tidaklah sehebat ulama tetapi hati saya tidak buta untuk menyokong Anwar Ibrahim.

Menjelang PRU 13 akan datang, ramai orang berkata pilihanraya itu adalah ibu kepada segala pilihanraya. Pembangkang hanya perlukan selangkah lagi untuk lompat naik keatas. Manakala BN hanya ada selangkah sahaja lagi untuk jatuh ke bawah. Samada BN akan jatuh atau pembangkang yang berjaya lompat kita pun tak tahu. 

Dalam pilihanraya undi ahli Umno, ahli Pas, ahli PKR atau ahli mana-mana parti tidak cukup untuk mencatatkan kemenangan. Undi golongan yang tidak berparti atau pun dipanggil golongan atas pagar yang menentukan menang kalah satu-satu parti. Dan golongan yang tidak berparti atau tidak berpolitik ini kebiasannya mereka tidak ambil peduli perkara-perkara politik melainkan ada isu besar atau isu kontrovesi yang membuatkan orang ramai bercakap dan menarik perhatian mereka untuk tahu. Satu lagi isu yang selalu orang bercakap. Apabila selalu orang bercakap lama kelamaan mereka juga akan tahu. 

Apabila Datuk Najib menjadi PM ramai orang bercakap beliau anak Tun Razak dan kebanyakan orang tua-tua tahu Tun Razak seorang yang baik. Di kampung-kampung orang bercakap tentang Najib orang bagus dan dari keturunan orang baik-baik. Sokongan orang ramai kepada Umno mula meningkat selepas Datuk Najib ambil alih negara. Apabila menyedari perkara itu mereka tukar strategi pula dengan menyerang dan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap isteri PM. Macam-macam cerita yang mereka cipta untuk menimbulkan kebencian orang terhadap isteri PM. Nama Rosmah dah jadi perkataan wajib atas pentas ceramah mereka. Apabila diulang-ulang bertahun-tahun , lama kelamaan akan jadi bualan orang termasuklah golongan yang tidak ambil tahu pasal politik. 

Berbalik kepada isu kontrovesi yang boleh menarik perhatian orang ramai termasuklah golongan tidak berparti atau berpolitik. Kontrovesi boleh wujud dengan pelbagai cara samada gembira atau sedih. 

Seperti yang saya katakan diatas, apabila Anwar ditangkap Wan Azizah menceritakan bagaimana 'kezaliman' polis menangkap Anwar. Kemudian Wan Azizah dakwa Anwar disuntik kuman HIV. Tidak cukup dengan itu, Wan Azizah kata lagi Anwar diberi racun arsenik hinggakan kalau genggam rambutnya maka rambutnya itu akan gugur. Semuanya itu melahirkan simpati orang ramai kepada mereka sekeluarga.

Terbukti apa yang dituduh oleh Wan Azizah itu tidak benar. Jika benar sudah lama Anwar mati atau terlantar sakit.

Menjelang PRU 13 yang akan menentukan samada Anwar akan sampai ke Putrajaya atau tidak, taktik-taktik diatas digunakan dengan begitu agresif oleh Anwar dan PKR untuk menarik perhatian orang ramai yang tidak ambil tahu pasal politik agar memberikan sokongan kepada mereka. 

Dengan nada sedih dan gaya lakonan tersendiri diatas pentas ceramah Anwar menceritakan bagaimana dia dan keluarga difitnah dan diaibkan oleh Umno melalui tuduhan liwat dan aksi bersama pelacur untuk memalukan dia. 

"Saya dan keluarga telah lama difitnah, diaibkan oleh Umno, tapi kami sabar dengan ujian ini". Kalau ada Wan Azizah bersama di pentas ceramah dia akan kata pula " tapi nasib baiklah saya ini ada isteri seperti Azizah yang tabah dan selalu pesan agar saya bersabar", dan Wan Azizah pula akan pamerkan senyuman macam kerang busuk untuk tagih simpati.

Kemudian muncul pula cerita-cerita kononnya ada cubaan untuk mengancam nyawanya seperti kenderaannya cuba disabotaj dengan merosakkan bahagian brek. Di sini

Lakonan kecederaan beliau semasa perhimpunan bersih 2 tahun lepas.

Pengawal peribadi Wan Azizah disuntik racun. Dikatakan cuba menyasarkan suntikan kepada Wan Azizah tetapi tersalah suntik pengawal peribadinya. Bodohnya tukang suntik. Lelaki dengan perempuan pun tertukar ke ? Lihat di sini...

Tempohari dikatakan berlaku di Johor kereta Anwar dibaling telur dan dirosakkan. Bukannya saya tidak pernah mengikuti ceramah Anwar Ibrahim. Setiap kali Anwar turun padang untuk berceramah dia akan diiringi oleh pengawal-pengawal yang terdiri pencacai-pencacainya. Ada rakan saya memanggil mereka-mereka ini UTK Pekak. Ini kerana lagak dan gaya mereka mengalahkan UTK Polis. Punyalah ramai UTK Pekak mengelilingi Anwar dan ramainya penyokong PKR di tempat ceramah, tak mungkin mereka tidak dapat menangkap orang yang cuba mengkhianati Anwar ?

Terbaru yang berlaku di Kota Bharu dua hari lepas. Bas PKR disimbah cat merah dan dipecahkan cermin. 

PKR melabur wang yang banyak untuk mendapatkan bas tersebut bagi mengadakan siri jelajah mereka. Pelaburan yang besar tidak akan berbaloi jika hasil tidak memuaskan. PKR mahu semua orang bercakap dan tahu tentang kewujudan bas itu. Mereka mesti memastikan setiap siri jelajah yang menggunakan bas tersebut akan dipenuhi puluhan ribu orang. Mereka mahu idea kreatif mereka itu menarik perhatian dan menjadi bualan orang ramai dengan harapan akan diterjemahkan diatas kertas undi kelak. 

Untuk menjadi perhatian dan perbualan orang ramai ianya memerlukan kontrovesi. Dan untuk mencetuskan kontrovesi agar menjadi perhatian ramai maka berlakulah kejadian bas disimbah cat dan dipecahkan cermin. 

Setahu saya PKR amat berhati-hati dalam soal keselamatan. Jika ada sidang media yang dilakukan di pejabat mereka setiap wakil media atau orang awam yang ingin mengikuti sidang media tersebut akan diteliti satu persatu. Jika ada individu-individu yang meragukan mereka tidak benarkan masuk.

Dalam soal bas itu, mestilah PKR akan memasang pengawal untuk menjaganya atas faktor keselamatan. Tetapi semasa kejadian tidak ada pengawal yang menjaganya. Kemana hilangya semua UTK Pekak mereka ? Kenapa mereka tidak jaga bas ?

Apabila berlaku kejadian tersebut ianya mula menjadi perhatian orang ramai dan orang mula bercakap mengenainya. Akhirnya kontrovesi berjaya dicipta dan bas itu mula menjadi perhatian. 

Sinar Harian 3.Sept.2012
Seperti biasa musuh politik mereka dipersalahkan dan simpati akan datang kepada mereka termasuklah dari golongan yang tidak berparti. Dan dalam masa yang sama mereka berjaya wujudkan kebencian terhadap musuh politik mereka.

Secara logiknya mari kita berfikir

Perlukah musuh politik melakukan begitu kerana dengan lakukan begitu masyarakat akan membenci mereka dan sokongan kepada PKR akan meningkat ?

Jika musuh yang melakukannya, mengapa mereka hanya baling cat dan pecahkan cermin sahaja ? Kerosakkan yang boleh diperbaiki dengan kos yang tidak terlalu mahal. Bukankah baik jika mereka bakar sahaja bas tersebut ?

Musuh tidak perlu sayang untuk bakar bas tersebut kerana itu bukan harta mereka. Orang yang tak bakar maknanya dia sayang bas tersebut. Siapa lagi yang menyayangi bas tersebut jika bukan pemilik dan sekutu-sekutunya ?


Selain dari isu bas timbul juga cerita kononnya bilik hotel penginapan Anwar juga cuba diceroboh. Lihat di sini

Seperti biasa juga seperti kejadian yang lepas-lepas, Umno juga yang menjadi mangsa untuk dipersalahkan oleh penyokong-penyokong mereka. 

Dalam masa satu hari dua kejadian di Kota Bharu sudah boleh menimbulkan simpati dan seterusnya meningkatkan sokongan orang ramai kepada mereka, dan orang ramai membenci Umno. Itulah sebahagian dari seni politik.

Simpati dan benci adalah perkara yang paling mudah untuk kita dapat jika kita pandai. Apabila kita berjaya mewujudkan simpati terhadap kita dan mewujudkan benci terhadap musuh maka kita akan mendapat sokongan.

Saya tidak bercakap kosong. Saya ada melakukan eksperimen terhadap perkara ini. Dan tujuan saya lakukan eksperimen untuk memberi contoh dan membuktikan kepada anda. 

Sebelum saya jelaskan apa yang berlaku terlebih dahulu saya memohon maaf banyak-banyak kepada semua rakan-rakan pembaca dan rakan-rakan saya. Untuk lakukan perkara ini saya memikirkannya hampir 30 jam. Setelah hampir 30 jam pun masih belum dapat keputusan lagi. Saya perlu berfikir panjang kerana ianya melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap saya. Perasaan takut terhadap rakan-rakan pembaca menyelubungi diri saya. Walaupun hubungan saya dengan anda sekadar antara seorang penulis blog dengan pembacanya dan tidak melibatkan apa-apa bayaran tetapi perasaan hormat serta takut kepada anda semua tetap ada.

Pendapat dan nasihat yang diberikan kawan-kawan bercampur-campur. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Itu yang membuatkan saya berfikir panjang. 

Setelah timbul cerita bas PKR disimbah cat merah dan dipecahkan cermin serta bilik hotel Anwar cuba diceroboh , saya dan Papa Gomo serta House PK dan beberapa rakan lain berbincang dan kami sudah menjangka Umno akan menjadi mangsa untuk disalahkan.

Perbincangan sesama kami melalui BBM group sudah boleh mengagak dua kejadian yang berlaku di Kota Bharu adalah sebahagian dari seni politik. Kami memikirkan bagaimana untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat tentang perkara itu. Sampai bila kita nak biarkan Umno yang menjadi kambing hitam ?

Satu cadangan dikemukakan tetapi tidak semua yang setuju agar cadangan diadakan satu ekspirimen bagi meyampaikan mesej yang jelas kepada orang ramai.

Disaat saya masih lagi berfikir samada setuju atau tidak untuk melakukan eksperimen tersebut, tanpa saya ketahui tiba-tiba sahaja meletup cerita melalui mesej broadcast blackberry kononnya saya dipukul empat lelaki di Puchong. Saya sendiri pun agak terkejut.

Telefon saya dihujani panggilan dan sms bertalu-talu. Ada yang saya jawab dan ada yang tidak. Tiba-tiba sakit kepala dan pening. Sebab saya masih belum bersedia.  Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menjawab panggilan telefon dan sms. Begitu juga dengan BBM dan twitter. Ramai yang menghubungi untuk melahirkan rasa simpati. Ada yang tawarkan wang perubatan, dan ada yang tawarkan untuk mencari orang yang memukul saya. 

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meneruskan eksperimen kerana benda telah pun berlaku dan saya sedia menerima akibatnya. Itulah yang buat tulisan ini petang semalam.

Seingat saya dua hari sebelum itu saya memeriksa pengikut twitter saya @rbf_online sebanyak 769 pengikut. Tetapi selepas tersebar berita saya dipukul tak sampai 1 jam saya lihat pengikut saya telah mencecah kepada 800. Dan sehingga jam 5.00 petang tadi pengikut saya meningkat kepada 833. 

Maknanya berlaku pertambahan yang mendadak. Jika sebelum ini pengikut saya bertambah hanya 1 atau 2 sehari dan ada harinya tidak bertambah, tetapi semalam bertambah dengan mendadak sedangkan saya tidak melakukan apa-apa tweet semalam. Jika sebelum ini orang yang mengikuti mungkin boleh dikatakan pembaca blog ini , para kenalan, ahli keluarga atau orang yang ambil tahu pasal rbf online sahaja. Tetapi selepas berita saya dipukul orang yang selama ini yang tidak pernah ambil tahu atau ambil pusing pasal rbf online tiba-tiba sahaja mereka ambil berat dan ambil tahu serta menyokong saya dengan mengikuti twitter saya. Sebabnya mereka simpati kepada saya.

Sekiranya saya seorang penulis blog yang tidaklah berapa hebat boleh meningkatkan sokongan dan berjaya meraih simpati, apatah lagi seorang pemimpin besar seperti Anwar dan sebuah parti seperti PKR yang mempunyai dana yang besar. Sudah tentu ada pelbagai cara dan strategi yang boleh mereka lakukan untuk meningkatkan sokongan dan mendapat simpati rakyat. 

Melalui eksperimen ini kita dapat mesej jelas, sekiranya anda berjaya mendapat simpati maka sokongan kepada anda semakin meningkat. Bodohlah sekiranya Umno yang rosakkan bas PKR kerana ianya akan meningkatkan sokongan orang ramai kepada PKR. 

Jadi jangan terkejut sekiranya selepas ini muncul pula cerita kononnya rumah Anwar cuba dibakar, pejabat PKR dibaling bom atau sebagainya. Anda kena faham itu adalah sebahagian dari seni politik untuk menagih sokongan orang ramai.  

Akhir kalam saya mohon maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut jika eksperimen yang dijalankan telah menyusahkan anda. Saya sedar dan saya tahu bahawa saya terpaksa membayar eksperimen ini dengan harga yang mahal kerana ianya melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap saya. Tetapi tak mengapalah, saya redha jika kerana tujuan ini saya hilang kepercayaan anda. Inilah perjuangan.....ianya memerlukan pengorbanan. Semoga anda semua memaafkan saya.