Wednesday, October 31, 2012

MB Selangor Kena Halau dan Dimaki Hamun Di Dun Sendiri


Seperti biasa....

Skrip biasa....

Esok lusa keluarlah bunyi-bunyi , itu semua Umno punya kerja....

Selangor Seleweng:Peruntukan Kerajaan Pusat Untuk Jalan Raya Digunakan Untuk Unisel


Berita dari antarapos.com

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor didakwa menyeleweng peruntukan penyenggaraan tahunan jalan raya yang diberikan oleh kerajaan persekutuan melalui geran Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia (Marris) bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di negeri tersebut.
 
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan Pakatan Rakyat hanya menggunakan 58 peratus daripada peruntukan tersebut dan selebihnya digunakan bagi pembangunan Universiti Selangor (Unisel).
 
"Kerajaan Selangor hanya pakai 58 peratus daripada peruntukan kerajaan pusat untuk kerja-kerja menyelenggara jalan. Mana pergi lagi 42 peratus yang harus diguna?
 
"Saya juga dapat maklumat, melalui laporan audit ini, RM5.1 juta peruntukan Marris dikeluarkan dan diguna untuk diberi pada satu syarikat di bawah anak syarikat Selangor untuk membiayai projek pembinaan Unisel," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
 
Dalam sidang Dewan Rakyat Mac lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa peruntukan Marris berjaya merealisasikan projek-projek penyelenggaraan dan baik pulih di setiap kawasan.
 
Khalid dipetik berkata, setakat ini sebanyak RM 65,939,561.82 disalurkan untuk perlaksanaan projek Marris yang melibatkan sebanyak 1,065 projek pada tahun 2011.
 
Khalid turut mendakwa, satu pasukan audit turut ditubuhkan bagi memantau kerja-kerja Marris yang dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
 
Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC turut mendakwa walaupun kerajaan negeri menggunakan wang Marris bagi membangunkan Unisel namun universiti tersebut terus mencatatkan kerugian.
 
Katanya lagi, berdasarkan laporan audit kerajaan Selangor mengalami kerugian berjumlah RM39.69 juta dalam tahun 2010, dan RM13.56 juta melalui Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) iaitu syarikat yang menjalankan operasi Unisel.
 
"Walaupun wang Marris dikatakan diguna untuk membangunkan Unisel, namun Unisel tetap tidak membangun dan terus catat kerugian.
 
"Berdasarkan laporan audit Unisel mengalami kerugian. Pengurangan pelajar berdaftar berkurang dari 12,000 ke 10,000. Yang terkini ia menurun lagi," tambahnya.

Tuesday, October 30, 2012

Selangor: Korek Pasir Sampai Runtuh Jambatan


Korek....korek....korek.....korek dan balun sampai ranap kerana lepas pilihan raya nanti belum tentu akan kekal. Jadi, sementara waktu yang berbaki ini balunlah cukup-cukup.
KUALA LUMPUR - Sebuah jambatan di Sungai Rasau, Kampung Pulau Meranti dekat Putra Perdana, Puchong runtuh petang tadi menyebabkan laluan dari kampung itu ke Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya terputus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata runtuhan jambatan itu mulai berlaku pada kira-kira 2 petang sebelum ia runtuh sepenuhnya tiga jam kemudian.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya sedang melakukan kerja pembaikan.

"Penduduk di kawasan kampung itu dinasihat menggunakan laluan alternatif Jalan Puchong-Putra Perdana-Cyberjaya," katanya kepada Bernama.

Zaldino juga berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hakisan di sungai berhampiran.
  
Sementara itu, penduduk di sekitar Kampung Pulau Meranti terkejut dengan kejadian tersebut.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata ketika melalui jambatan itu pada kira-kira 1.30 petang tadi, beliau terasa kenderaannya 'terhayun'.

"Saya segera memaklumkan kejadian itu kepada Ketua Kampung tetapi ia runtuh setengah jam kemudian. Mujur ketika kejadian, tiada kenderaan yang lalu dan tiada orang cedera," katanya ketika ditemui di sini.

Hafiz berkata retakan dan lubang kecil mula dikesan pada jambatan itu enam bulan lepas namun tiada kerja baik pulih dilakukan.
Saiful Wan Mohd Rosli, 40, pula berkata laluan itu juga sering digunakan lori dan treler yang berkemungkinan menyebabkan retakan.
"Saya menyedari retakan pada laluan ini semasa pulang dari solat Jumaat minggu lepas dan saya mendapati seperti ada lubang yang agak besar di bahagian bawah jambatan itu," katanya.
sinarharian.com

Esok lusa pendekar-pendekar tempang cicak mengkarung keluar kenyatan "itu semua salah kerajaan yang lepas".

Monday, October 29, 2012

R Husam Kena Cantas


Kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah....

Husam dah tertelan kahak hijau weh......

Selanjutnya klik di sini

Saturday, October 27, 2012

Lagi Kisah Si Asri Ulama Busuk Hati....


Dipetik dari agendadaily.com

Sejak kebelakangan ini bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat begitu agresif melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) termasuk kenyataan terbaru bahawa Ulama yang menyertai UMNO 'hanyut'.

Perbezaan pendapat antara keduanya dilihat ketara selepas ILMU mengeluarkan pandangan menolak demonstrasi jalanan (dalam konteks ini merujuk kepada Bersih 2.0) sebagai satu pendekatan yang diterima Islam. Berbeza dengan Dr Asri yang mengeluarkan pandangan menyokong perkara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Ilmuwan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas perkara tersebut mempersoalkan motif kenyataan tersebut.


“Saya tak paham apa dia (Dr Asri) punya motif dan apa dia punya tujuan. Saya kira saya tak mahu cakap dan membuat andaian bagi mengelakkan saya membuat tanggapan buruk kepada saudara se-Islam saya” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai idea penubuhan ILMU suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan ia adalah merupakan cadangan Dr Asri sendiri.
 
“Ya, dia adalah 'mastermind', untuk penyertaan ulama dan ilmuwan muda ke dalam UMNO, dia antara orang yang memberikan cadangan awal dan mengharapkan ilmuwan-ilmuwan bersama-sama dengan UMNO. Itu memang idea beliau yang saya tidak menafikan”

Walau bagaimanapun Dr Fathul turut mengatakan ILMU telah ‘diserang’ dengan pelbagai tuduhan dan kritikan secara berterusan dan ia adalah merupakan satu perkara yang keterlaluan.

“Berlaku keganjilan, penyertaan kita (ILMU) ke dalam UMNO, bahawasanya (mengharapkan) ia akan memberikan impak yg positif kepada politik negara. Tetapi akhirnya kita diserang oleh beliau (Dr Asri). Sehingga digambarkan sebagai pengampu, ulama kerajaan, bahaya dan hal yang sewaktu dan seumpama dengannya.

“Jadi kita melihat perkara tersebut telah keterlaluan, kita menjawab dengan beberapa patah perkataan, dan wallahualam, mungkin beliau sendiri merasa kecil hati dengan kenyataan tersebut sehingga berlaku cabar mencabar, debat dan sebagainya.

Dr Asri juga dilihat seolah-olah ‘menyindir’ ILMU di dalam halaman twitter beliau, kerana tidak hadir di dalam program debat anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lalu.

Dalam masa yang sama Dr Fathul Bari menegaskan adalah "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai UMNO "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan Dr Asri, Fathul yang menyertai UMNO lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai UMNO dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau dipetik dari Sinar Harian.

Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai UMNO tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam UMNO.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.-25/10/2012 OLEH ZULKIFLI RAWI

Thursday, October 25, 2012

Kalau Aku Jumpa Asri Aku Ludah Muka Dia Beb.....


Kalau ada 5 orang lagi manusia begini yang mengaku ulama tetapi mempunyai sekeping hati yang busuk maka hancurlah islam di Malaysia.

Terus teranglah saya katakan, kalau saya jumpa mamat yang hati busuk seperti diatas itu saya akan ludah muka dia.

Asri, kau jangan ingat orang tak tahu apa yang kau nak. Sebab kemahuan tak dipenuhi itulah sebab dok meroyan kan? 

Jangan ingat kita tak tahu........

Wednesday, October 24, 2012

Isu Chua Soi Lek:Menggelupur Kawan-Kawan Syaitan Minta Pendirian Orang Umno


Beberapa hari ini puak-puak Pas a.k.a parti kawan syaitan (pengakuan Nik Aziz mereka berkawan dengan syaitan tahun 1999) kecoh berhubung kenyataan Chua Soi Lek yang dikatanya menghina hukum hudud.

Melalak-lalak lah kawan-kawan syaitan meminta pemimpin-pemimpin Umno menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Soi Lek.

Semalam juga ada pembaca tanya saya apa pendirian saya berhubung kenyataan Chua Soi Lek ?

Jawapan saya mudah....

Apa nak dihairankan dengan kenyataan Chua Soi Lek kalau Karpal Singh yang keluar kenyataan lebih teruk daripada Soi Lek pun pemimpin Pas boleh puja dan julang beliau. Siap ada pemimpin Pas kata sesiapa yang nak ambil Karpal Singh langkah mayatnya dulu......


Itu pemimpin  Pas yang kata beb.....pemimpin Pas......

Hari ini ada anda dengar pemimpin Umno kata langkah mayat mereka dulu kalau sesiapa nak usik Chua Soi Lek ?

Ada ?

Bila nak hentam Chua Soi Lek pandai pula Pas cari Umno untuk buka mulut dan nyatakan pendirian. Bila Umno berjuang mempertahankan kalimah Allah, ada Pas datang tolong Umno ?

Bila Umno mempertahankan kesucian masjid dan surau daripada dicemari oleh golongan yang tidak mandi hadas, ada Pas tolong Umno ?

Sebaliknya Umno pula yang dituduh macam-macam oleh Pas kononnya jahil, tak pandai agama dan sebagainya. Hingga mufti pun mereka turut balun.

Minggu lepas kan Husam Musa dah kata DAP lebih baik dari Umno , pergilah minta bantuan DAP untuk membalun Soi Lek sampai lunyai, apa pula nak minta tolong Umno.

Sebelum tanya pendirian Umno Pas perlu pergi tanya dulu pendirian DAP samada mereka dah terima hudud atau tidak ?

Pas tak usahlah lagi nak bercakap pasal hudud.....hudud dah tiada dalam kamus Pas. Hudud adalah sebahagian dari elemen negara islam yang diperjuangkan oleh Pas sejak zaman-berzaman hingga berbelas orang mati di Memali. Kini Pas dah gugurkan perjuangan negara islam kerana takutkan DAP, apa ke jadahnya lagi nak bercakap pasal hudud ?

Berhentilah membohongi orang-orang islam wehhhhhh.....

Orang Pas sendiri pun tinggal tak berapa kerat saja lagi yang masih memperjuangkan negara islam dan hudud. Semenjak berkawan dengan syaitan kebanyakkan orang Pas semuanya dah diresapi fahaman PKR dan DAP.

Semalam dua berita yang dikeluarkan laman rasmi penyambung lidah syaitan mengerah ahli Pas turun berhimpun depan Wisma MCA hari ini bagi membantah tindakan Soi Lek....


Ahli PAS, rakyat diseru demo bantah MCA

Hari ini apa jadi ? 

Orang Pas sendiri pun hanya 200 orang yang turun.....

Malu lah wehhhhhh.....

200 demo bantah Chua Soi Lek di depan Wisma MCA

Kalau dengar kepada Pas punya gempak boleh runtuh Wisma MCA hari ini, tapi 200 orang sahaja pejuang-pejuang cicak mengkarung Pas yang turun membantah Soi Lek. Wa....kah....kah.....kah......kah......

Kerana Ambiga orang Pas boleh turun berbondong-bondong.....

Kerana nak pertahankan peliwat yang Nabi tak mengaku umat orang Pas boleh turun berduyun-duyun.....

Tapi kerana nak bantah kenyataan Soi Lek, 200 orang saja yang turun ? Muah...ha....ha....ha....ha.....

Sebab itu saya kata dah tiada perjuangan islam dalam Pas kerana majoriti pemimpin dan orang-orang mereka telah dirasuk syaitan berkat kata-kata dari mulut tok guru mereka 12-13 tahun dulu.  




U/P: Minta maaflah jika ada yang tak setuju saya banyak menggunakan perkataan syaitan untuk merujuk kepada Pas. Saya dapat idea ini pun hasil belajar dengan mereka. Akhir-akhir ini mereka kerap merujuk kepada Umno sebagai syaitan yang dikenali. Jadi apa salahnya jika saya merujuk kepada mereka sebagai kawan syaitan. Sebab Nik Aziz sendiri mengaku mereka berkawan dengan syaitan.

AES : Alasan dan Tindakan JPJ Tidak Ubah Seperti Cikgu Beri Soalan Bocor Kepada Murid-Murid

Sungguh melucukan apabila ada pembaca yang menghantar komen mengatakan saya nak sabotaj parti dan saya juga dikatakan trojen horse. Semuanya gara-gara saya mengkiritik AES.

Saya orang yang mengkritik dituduh sedemikian, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan AES dengan cara yang tak betul dan disaat pilihan raya hampir tiba tidak pula dituduh cuba sabotaj parti. 

Ini bukan kali pertama blog ini menulis untuk mengkritik kerajaan. Dah berkali-kali sebelum ini dan saya tahu trend pembaca saya selama ini. Tetapi kali ini untuk isu AES boleh tahan jugalah saya dikritik dan dihentam oleh pembaca.

Ada beberapa pembaca luar biasa yang muncul dengan menghantar komen-komen yang menyerang saya. Tapi tiada satu pun komen mereka yang saya padamkan, dan saya terima segala komen-komen mereka dengan seadanya. 

Walaupun telah berhari-hari artikel itu saya siarkan namun sehingga ke hari ini komen-komennya masih masuk. Tidak mustahil ada orang yang ditugaskan khusus untuk memantau artikel berkenaan dan menghantar komen-komen yang menghentam saya supaya saya lemah semangat dan tidak lagi menulis tentang perkara ini.

Biarkan mereka teruskan tugas. Dan ianya sedikit pun tidak merencatkan perjuangan saya supaya kaedah AES diperbetulkan atau diperbaiki balik.

Seperti yang berulang-ulang kali saya katakan, saya tidak tolak AES 100 % tetapi beberapa perkara perlu diperbetulkan agar orang ramai tidak melihat kerajaan cuba mengambil duit dari poket rakyat dan untuk memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat tertentu.

Saya sendiri pun melihat kaedah AES yang ada hari ini adalah kaedah mencari keuntungan melebihi dari kaedah untuk mendidik rakyat agar tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.


Berikut adalah pandangan dari Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM, Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail.
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dilaksanakan hanya sistem, sebaliknya sikap pemandu faktor utama penentu pengurangan kadar kemalangan di negara ini.

Kesedaran awal mengenai moral, kasih sayang, menilai nyawa orang lain dan menghormati hak orang lain penting kerana ia dapat mendidik pemandu memandu berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

Sumber: Sinar Harian 23 Oktober 2012, muka surat 8

Sebelum Profesor Madya Dr Khaidzir kata apa yang disiarkan akhbar Sinar Harian semalam, minggu lepas lagi saya dah kata perkara itu.

Ingat lagi tak saya cerita bagaimana saya psiko seorang kawan yang memandu laju ? Kalau tak ingat boleh rujuk balik di sini.

Dalam isu AES ini ada seorang pembaca yang hantar komen dan tanya saya samada saya lulus SPM atau tidak, dan saya jawab saya hanya sekolah sampai darjah 3 sahaja kerana cikgu mati.

Walaupun saya hanya sekolah sampai darjah 3 tetapi saya bersyukur kerana Allah SWT beri saya otak sehingga saya boleh berfikir sama dengan apa yang difikirkan oleh seorang Profesor Madya.

Eh...eh...cakap besar pula rbf ni....

Tak....tak....saya tak cakap besar.....bangga.......bangga kerana apa yang saya fikirkan sama seperti seorang Profesor Madya fikir.....

Ramai pula yang sakit hati nantikan......

Tunggulah nanti.....banyak lagi lah nampaknya komen-komen yang menghentam penulis blog ini.....

JPJ kata AES untuk mendidik pemandu mematuhi peraturan jalan raya dan juga untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Lokasi-lokasi pemasangan kamera AES juga akan dimaklumkan kepada pengguna jalan raya melalui laman web JPJ dan juga melalui pemasangan papan-papan tanda 2-3km sebelum kawasan kamera AES beroperasi.

Nak mendidik apa kejadahnya kalau dimana kawasan kamera beroperasi telah diberitahu awal-awal ?

Samalah macam cikgu beri soalan bocor kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Boleh ke begitu ?

Cikgu bukan sahaja menipu dirinya sendiri, tetapi turut menipu ibu bapa dan anak-anak muridnya....

Begitu juga dengan JPJ jika masih berpegang pada alasan pemasangan kamera AES untuk mendidik pengguna jalan raya, kemudian dia juga yang beritahu dimana kamera itu dipasang,  maknanya JPJ menipu diri mereka sendiri. Dan dalam masa yang sama terbukti selama ini JPJ gagal menjalankan tugas mereka dengan berkesan untuk mendidik pengguna jalan raya di Malaysia. 

Apa jadi dengan kursus JPJ sebelum seseorang mengambil lesen memandu ?

Apa dah jadi dengan sistem KEJARA

Bila mereka dah gagal maka jalan pintas dan mudah yang digunakan adalah pasang kamera tepi jalan dan saman....saman....saman....saman.....

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang nakal atau degil, adakah dengan merotan anak sepanjang masa boleh menyelesaikan masalah  ?

Begitulah juga dengan menyaman, adakah dengan menyaman sepanjang masa boleh selesaikan masalah pemanduan di Malaysia ? 

Bila dah saman.....tup....tup......kerajaan pula yang bagi diskaun saman......

Selesaikah masalah ???

Tuesday, October 23, 2012

ABCD - Asal Bukan Cina DAP


Audit:Patutlah Mereka Kurang Berkokok, Rupanya Ada Udang Di Sebalik Batu

Saban tahun setiap kali Laporan Ketua Audit Negara keluar maka akan bersorak sakan puak-puak Pas , PKR dan DAP kerana mereka mendapat bekalan peluru yang cukup banyak melalui laporan audit berkenaan untuk menembak kerajaan.

Tahun lepas adalah tahun yang paling gemilang bagi mereka hingga menyebabkan seorang menteri kabinet terpaksa meletak jawatan walaupun beliau tidak ada kena mengena.

Jika anda perhatikan pula tahun ini mereka kelihatan agak kurang ghairah untuk menembak BN menggunakan Laporan Ketua Audit Negara.

Kenapa ???

Saya pun pelik juga....

Siasat punya siasat dan setelah menelaah satu persatu Laporan Ketua Audit Negara 2011 secara online, rupa-rupanya ada benda yang tak kena dengan puak-puak mereka. Patutlah mereka tak berkokok banyak sangat.

Carian saya setakat ini mendapati laporan audit bagi negeri Kelantan yang paling teruk. Kalau kena cara ada pemimpin Pas Kelantan yang boleh hilang jawatan atau diheret SPRM.


Memang banyak perkara yang tak betul dalam laporan berkenaan. Terutamanya sekali yang melibatkan Projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan.

Insyallah kita akan dedahkan satu persatu secara terperinci.....bagi saya selesaikan isu AES terlebih dahulu.....

Untuk permulaan ambillah sikit-sikit dulu dibawah ini untuk buat geli-geli....atau pun anda boleh lihat sendiri di sini.


Kerajaan islam  yang jujur dan amanah..... Takbir !

Dewan Kosong:Program Pemimpin Pas Yang Tidak Mendapat Sambutan Di Kelantan

Lama jugalah harakah daily dok iklan program kat bawah ni dalam web mereka.....





Ingat tak bagaimana berapi-api Dr Maszle Malek mencabar Datuk Najib berdebat dengan Anwar semasa dia mengendalikan debat Khairy dengan Rafizi beberapa bulan lepas ?

Tiba masa untuk dia berceramah orang pun tak mahu dengar.....kosong dewan beb......kosongggggggg......

Monday, October 22, 2012

AES:Saya Tak Cakap Apa-Apa Pun, Hanya Nak Kongsi Gambar Ja....


Kah...kah....kah....kah...kah....kah....kah....kah....kah....kah....

Saya tak mahu cakap apa-apa pun nanti ramai pula yang marahkan saya....

Bodoh....perjuangan diri sendiri.....beri peluru kepada pembangkang dan macam-macam lagi.....

Saya hanya tergelak, itu pun tak sengaja dan kongsikan gambar yang dipetik dari blog Taiping Mali ja.....

Jangan marah yaaaa.......

Kongsi gambar ja.....

Jangan marah yaaaa.......

Tak cakap apa-apa pun.....

Kongsi gambar ja.....

Jangan marah yaaaa.......

Hebatnya Bola Sepak Kelantan Yang Diterajui Pemimpin BN Begitulah Hebatnya Kelantan Jika Diterajui BN

Sebelum tahun 2007 sejarah terbaik bola sepak Kelantan dalam pertandingan Piala Malaysia adalah Naib Juara pada tahun pada tahun 1955 dan 1970. 

Selepas era 70an hingga 2007 pula pencapaian terbaik adalah juara liga perdana (divisyen 2) pada tahun 1993 dan 2000.

Diringkaskan cerita, Kelantan bukanlah sebuah pasukan bola sepak yang baik di Malaysia sebelum tahun 2007. Bola sepak mereka tidak ke mana.

Namun lanskap bola sepak Kelantan telah berubah pada tahun 2007 setelah kemasukkan pemimpin politik otai, Tan Sri Annuar Musa untuk menerajui KAFA. 

Sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman Tan Sri Annuar telah menyediakan beberapa rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang untuk beliau membawa bola sepak Kelantan ke persada kejayaan. 


Sentuhan pertama Annuar Musa berjaya meletakkan Kelantan di tempat ketiga dalam liga perdana musim 2007/2008.

Bermula dari situ bola sepak Kelantan tidak lagi berundur ke belakang. Ketekunan dan kesungguhan Annuar Musa telah menjadikan bola sepak sebagai satu fenomena baru di Kelantan. 

Jika dulu siapa yang nak pakai jersi pasukan Kelantan ? Tetapi selepas sentuhan Annuar Musa jersi pasukan Kelantan seolah-olah sudah menjadi pakaian rasmi orang-orang Kelantan tidak kira ke mana mereka pergi samada ke pusat membeli belah , majlis kenduri hinggalah ke Masjid. 

Bukan sahaja di Kelantan malah di Kuala Lumpur atau dimana-mana negeri penyokong-penyokong Kelantan dengan penuh bangganya memakai jersi pasukan kesayangan mereka.

Suka tidak suka hakikatnya Annuar Musa telah membawa kemeriahan bukan sahaja kepada bola sepak Kelantan malah telah menghidupkan kembali suasana kemeriahan pertandingan bola sepak di negara kita yang sebelum itu hanya suam-suam kuku hinggakan nak isi penonton separuh stadium pun susah. 

Selepas dua tahun menerajui bola sepak Kelantan Annuar Musa berjaya membawa Kelantan dua kali ke perlawanan akhir pada tahun 2009. Satu untuk perlawanan akhir Piala FA menentang Selangor dan sekali lagi untuk perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan. 

Walaupun hanya bergelar naib juara namun ianya satu pencapaian yang sangat bagus dalam masa dua tahun selepas beliau menerajui bola sepak Kelantan. Jika dulu mungkin rakyat Kelantan hanya boleh bermimpi untuk melihat pasukan negeri mereka bermain dalam perlawanan akhir di Bukit Jalil, tetapi pada tahun 2009 ia telah menjadi kenyataan.

Juara 2010
Tahun 2010 sekali lagi Kelantan melangkah ke Bukit Jalil untuk untuk perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan. Akhirnya usaha mereka mencapai kejayaan dan pada tahun 2010 buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Kelantan Piala Malaysia berada di bumi Kelantan apabila mereka berjaya menewaskan Negeri Sembilan. 

Jika dulu mungkin rakyat Kelantan hanya bermimpi untuk melihat pasukan mereka menjulang Piala Malaysia di bumi Cik Siti Wan Kembang, tetapi tahun 2010 Annuar Musa berjaya menjadikan mimpi rakyat Kelantan sebagai satu kenyataan. 

Setelah lima tahun menerajui bola sepak Kelantan, hari ini satu perkara yang mungkin tidak pernah diimpikan oleh rakyat Kelantan tiba-tiba menjadi kenyataan apabila tiga piala yang menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air kesemuanya berada di bumi Kelantan - Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia. 

Piala Malaysia di bumi Kelantan - Mimpi jadi kenyataan
Apa yang saya nak sampaikan kepada rakyat Kelantan ialah, seorang pemimpin BN berjaya meletakkan bola sepak Kelantan di persada kejayaan dalam tempoh hanya lima tahun sahaja. Semuanya telah terbukti di depan mata anda sekarang. 

Jika seorang pemimpin BN berjaya membawa kejayaan kepada bola sepak Kelantan dalam tempoh lima tahun, itulah yang boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN jika rakyat Kelantan memberi kepercayaan kepada mereka. Tak payah lama-lama, cuba sepenggal dulu dan anda lihatlah perbezaannya kelak.

Annuar Musa bukan seorang tok guru, bukan seorang ulama , tidak berdoa sehingga menitiskan air mata buaya , tidak bermain dengan ayat Quran serta hadis tetapi beliau berjaya membawa satu kejayaan besar kepada bola sepak Kelantan. 

Kelantan sebuah negeri yang memiliki bermacam-macam kelebihan. Seni budaya, makanan, tanah subur, sungai yang besar, pantai yang cantik dan macam-macam lagi. Tetapi oleh kerana rakyat Kelantan memilih pemimpin yang salah maka segala kelebihan itu menjadi sia-sia.


Untuk menjadi pemimpin bukan hanya bergantung kepada gelaran tok guru , ulama, doa, solat hajat dan ceramah sahaja. Ada semua itu tetapi otak tidak berjalan tiada gunanya. 

Adakah dengan hanya solat sampai hitam dahi, berdoa sampai berbuih mulut dan kering air mata, baca Quran berjuz-juz maka kejayaan akan turun berdetum-detum dari langit ? 

Saya nak bagi satu contoh yang mudah...

Beruk memanjat pokok kelapa banyak terdapat di Kelantan . Tetapi ianya tidak menjadi satu perkara yang pelik atau tarikan pelancong di sana.

Ali Rustam bawa beruk dari Kelantan ke Melaka berduyun-duyun pelancong datang melihat bagaimana kehebatan beruk Malaysia memanjat pokok kelapa. Akhirnya produk Kelantan jadi bahan tarikan pelancong di Melaka. 

Nak uruskan beruk supaya jadi duit pun pemimpin Pas tak boleh fikir.....lagi nak bercakap pasal nak bina lebuh raya, nak bina keretapi peluru ???

Stadium islam yang Pas nak bina apa cerita ? 

Dah dua tahun umum....cerucuk dah pasang ke ? arah kiblat dah tentukan ke ? 

Sunday, October 21, 2012

Mutiara Kata 6:Pemimpin Pas Angan-Angan Mat Jenin-Anwar Ibrahim


Habis ceramah tidur.....

Bangun tidur ceramah lagi....

Balik tidur.....

Bangun tidur pergi ceramah pula....

Duit derma dah penuh kantung.....

Tambah bini lagi.....

Friday, October 19, 2012

Penglibatan Swasta Dalam Penguatkuasaan Saman AES Perlu Dihentikan

Tulisan saya semalam berhubung AES mendapat pelbagai reaksi dari para pembaca. Ada yang meyokong saya dan ramai juga yang menghentam serta membodohkan saya. Ada juga yang berkata suara saya seperti suara pembangkang dan tidak lupa juga yang berkata tindakan saya memberi modal kepada pembangkang.

Saya terima seadanya segala komen-komen dari pembaca....

Cuma yang agak ralat sedikit ramai juga pembaca yang tak faham apa yang saya maksudkan....

Saya tidak menolak kamera AES 100 % , cuma minta agar kaedah perlaksanaan diperbetulkan.

Antara yang saya tekankan adalah penglibatan pihak swasta dalam melaksanakan sistem tersebut dan mereka dibayar komisyen melalui bilangan saman yang dikeluarkan dan terhad sehingga 5 juta saman. 

Satu saman mereka dibayar RM 16.00....

Jika dikali dengan 5 juta saman bersamaan RM 80 juta....

Jika kamera AES dipasang di lebuh raya maka sudah tentulah tak sampai dua tahun senang-senang sahaja mereka boleh capai target 5 juta saman. 

Ini kerana di lebuh raya ramai yang memandu melebihi had laju. Apabila saya berkata di lebuh raya ramai yang memandu melebihi had laju bukannya bermaksud semua orang memandu 150-200km/j. 

Paling banyak orang memandu antara 100-130km/j dan satu tahap kelajuan yang logik jika anda memandu di lebuh raya 2-3 lorong, ditambah pula dengan kemajuan teknologi kenderaan zaman sekarang.

Yang tak logiknya adalah tahap kelajuan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk pengguna lebuh raya.

Lebuh raya 3 lorong (lebuh raya PLUS) logikkah ditetapkan pada kadar 110km/j ?

Lebuh raya Kesas 3 lorong , logikkah kelajuan ditetapkan pada 90km/j ?

Ada yang membodohkan saya dengan mengatakan kaedah AES telah lama dipakai di negara-negara luar dan rakyat mereka tiada masalah.

Jika anda hendak menjadikan negara luar sebagai perbandingan saya pun boleh bandingkan.
 
Di Jerman tiada had laju ditetapkan di lebuh raya mereka. Pemandu mereka bebas memandu beratus km/j pun.

Saya tahu di Malaysia cara itu tidak sesuai dilaksanakan lagi dan saya sendiri pun tidak setuju. Tetapi ambil kiralah sikit kemajuan zaman dan pinda balik undang-undang yang sedia ada agar sepadan dengan zaman. 

Kementerian Pengangkutan atau JPJ tak boleh jadikan alasan untuk mengatasi masalah kemalangan maka kamera AES perlu dipasang banyak-banyak di lebuh raya. Itu kaedah nak mencari duit dengan mudah dan cepat.

Seperti yang katakan semalam, memasang kamera AES di lebuh raya ibarat melepaskan 30 ekor anak ikan dalam sebiji baldi kemudian duduk dan pancing. Cara itu tak aci...

Memancing adalah mengajar atau mendidik seseorang erti kesabaran....

Pancing ikan dalam baldi boleh didik orang erti sabar ke ?

Sudah tentu tidak dan tempat yang paling sesuai adalah di sungai atau di laut.....

Begitu juga jika JPJ nak didik rakyat supaya memandu mengikut peraturan agar tidak terlibat kemalangan, maka tumpukanlah di kawasan yang sering menjadi kemalangan seperti di jalan persekutuan dan jalan bandaran. 

Statistik telah membuktikan dua jalan tersebut banyak terjadi kemalangan termasuklah kemalangan maut. Lebuh raya berada di tempat keempat selepas jalan negeri.

Maka pihak JPJ perlulah memberi tumpuan di dua jalan tersebut. Janganlah buat pelik dengan memasang kamera AES banyak-banyak di lebuh raya sedangkan dua jalan tersebut yang menjadi penyumbang besar kemalangan. Sebab itu saya kata itu kaedah nak cari duit dengan mudah dan cepat. 

Saya tidak kata tidak perlu penguatkuasaan di lebuh raya. Ia tetap perlu....cuma perlu dilakukan perubahan kepada undang-undang sedia ada untuk tidak dilihat menganiaya orang ramai dan kerajaan bersekongkol dengan syarikat swasta untuk mengorek duit dari poket rakyat.

Dibawah ini yang berita yang saya ambil dari dua buah akhbar semalam. Dan ketiga-tiga kemalangan maut itu bukannya berlaku di lebuh raya.





Thursday, October 18, 2012

AES:Menteri Pengangkutan Cuba Bermain Api Dengan Mencabar Rakyat


Dewan Rakyat semalam bergelegak gara-gara isu AES@SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia). Ahli Parlimen Sri Gading (BN) dan Ahli Parlimen Johor Bharu (BN) membawa suara rakyat agar SR1M ditangguhkan terlebih dahulu dan perlu diadakan kajian terperinci.

Manakala Ahli  Parlimen Arau dan Kinabatangan juga dari BN menyokong SR1M....Lalu berlakulah pertikaman lidah sesama ahli parlimen BN.

Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada Sri Gading dan Johor Bharu kerana sudi membawa perkara itu ke dalam dewan. Minggu lepas pun Sri Gading dah bawa perkara berkenaan. Minggu ini beliau bawa lagi. Terima kasih YB......

Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang ramai tidak menolak 100 peratus penggunaan AES. Cuma kaedah dan keberkesanannya perlu dikaji balik agar dapat mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan, dan kerajaan tidak dilihat cuba mencari pendapatan dengan SR1M. 

Malam tadi keluar di berita TV3 Menteri Pengangkutan mencabar rakyat agar tidak melakukan kesalahan jalan raya supaya syarikat yang memasang dan mengendalikan kamera AES tidak mendapat untung.

Saya tepuk dahi melihat ayat sebegitu yang keluar dari mulut seorang menteri.....

Kalau nak guna istilah bodoh mungkin agak kasar bunyinya. Sesuai digantikan dengan perkataan kurang cerdik.

Kalau ada 2-3 orang menteri seperti itu dalam kabinet Datuk Najib, jawabnya memang betul BN akan bungkus dalam PRU 13.

Datuk menteri......Datuk jangan cabar rakyat......nanti rakyat tukar kerajaan barulah Datuk tahu langit tinggi atau rendah. Ingat Datuk.....jangan cuba bermain dengan api.

Umum mengetahui kerajaan tidak mengeluarkan sesen belanja untuk pemasangan dan penyelengaraan kamera AES. Dua syarikat yang dipilih yang menanggung segala kos itu dan mereka dibayar komisyen saman RM 16 setiap saman dan terhad kepada 5 juta saman, untuk mereka mendapatkan kos kamera dan serta keuntungan mereka.

Kos pemasangan dan penyelengaraannya tentulah bukan sedikit dan sudah pasti ianya mencecah RM juta-jutaan. 

Sekiranya tiada saman yang dikeluarkan, maka tiadalah pendapatan kepada syarikat tersebut. Bagaimana mereka tampung segala kos mereka ?

Adakah kerajaan akan membayar ganti rugi kepada mereka ? 

Jika kerajaan menjawab tidak, maknanya dalam apa keadaan sekali pun atau by hook by crook dua syarikat itu perlu mencari jalan untuk memastikan ada saman yang dikeluarkan bagi mereka mendapatkan balik modal mereka dan menampung kos operasi.

Apabila sudah by hook by crook maknanya segala kaedah samada baik atau jahat kemungkinan akan digunakan untuk memastikan matlamat tercapai. 

Sebab itulah orang ramai kata kaedah AES adalah kaedah untuk kerajaan mencari duit. Bukannya untuk mendidik rakyat. Yang untung adalah dua syarikat yang mengendalikan AES. 

Esok Menteri Pengangkutan akan jawab lagi untuk menafikan AES bertujuan mengutip duit dari orang ramai.

Kenyataan daripada Menteri Pengangkutan semalam boleh ditafsirkan bahawa sistem AES bukannya lahir dari hati nurani kerajaan tetapi kerana cadangan dari pembekal sistem.

Kalau ianya dari hati nurani kerajaan serta ikhlas nak membenteras kemalangan menteri tidak akan menjawab begitu dan kerajaan akan beli kamera tersebut kemudian ia dikendalikan oleh JPJ sendiri.

Dalam berita malam tadi juga dinyatakan bahawa AES berfungsi untuk kenderaan yang melanggar lampu isyarat dan melebihi had laju. Tetapi tidak melibatkan motosikal....

Dinyatakan juga tujuan AES adalah untuk mencegah kemalangan....

AES juga dipasang di lebuh raya....

Sekarang mari saya jawab dengan fakta.....

Kenyataan dibawah dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Tragedi kemalangan melibatkan pengangkutan awam sering mendapat liputan media dan menimbulkan reaksi orang ramai yang paling banyak. Ini mungkin kerana ia kematian berkelompok. 

Namun pada hakikatnya jika dilihat dari segi statistik, kematian melibatkan pengangkutan awam adalah jumlah terendah sekali - berbanding kenderaan pelbagai jenis lain khususnya motosikal.

Pada 2010, misalnya kematian di jalan raya berjumlah 6,872 orang dan daripada jumlah itu, kematian pengangkutan awam melibatkan bas hanya 77 orang iaitu lebih kurang 1.1 peratus (%) berbanding kereta 20.7% (1,421 orang) dan yang paling tertinggi sekali adalah penunggang dan pembonceng motosikal iaitu 4,036 kematian atau lebih kurang 58.7%. Oleh itu penggunaan kenderaan awam boleh menjamin keselamatan yang lebih secara perbandingan.

Berikut pula adalah kenyataan akhbar orang kuat AES@SR1M, Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah JPJ.

Datuk Solah
Malaysia mencatatkan purata 17 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang terbesar statistik terbabit.
Beliau berkata, daripada 397,330 kemalangan yang dilaporkan di seluruh negara tahun lepas, sebanyak 6,218 adalah kemalangan maut.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang sebanyak 58.7 % atau lebih dari separuh jumlah kemalangan maut di Malaysia, tetapi saman AES dikenakan terhadap kereta dan kenderaan lain. 

Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya....

Jalan bandaran dan jalan persekutuan adalah penyumbang utama kepada kemalangan berbanding dengan lebuh raya. 

Saya cuba mendapatkan statistik rasmi dari laman web Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia. Tetapi sayangnya laman web tersebut hanya sebagai hiasan. Setiap kali klik untuk dapatkan graf , ianya error. Belanja ribu-ribu untuk buat laman web tapi rakyat tidak boleh akses maklumat.





ERROR





Kemudian saya cuba pula hubungi nombor telefon yang diletakkan dibahagian bawah laman web itu , 03-9179 7406 untuk bertanyakan kenapa tidak boleh akses kepada graf statistik yang disediakan. Anda tahu apa jadi ?  Nombor yang dipamerkan telah tiada dalam perkhidmatan. Mungkin semua pegawai bertugas dan talian telefonnya sekali telah beku dalam makmal NKRA Idris Jala. 

Berbalik kepada statistik lokasi kemalangan jalan raya di Malaysia. Walaupun tidak mendapat data sahih dari Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia, tetapi carian yang dilakukan di laman-laman web lain beserta ingatan setiap kali Ops Sikap diadakan, kemalangan banyak berlaku di jalan persekutuan dan jalan bandaran. Jika hendak dibandingkan dengan dua jalan tersebut kadar kemalangan di lebuh raya agak berkurangan. 
Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.

Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.

Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.
Sumber: Sinar Harian Online
Namun JPJ tidak mengambil kira semua itu dan lebuh raya tetap menjadi sasaran utama pemasangan AES. Sebabnya di lebuh raya lubuk untuk dua syarikat terbabit cukupkan had saman mereka sebanyak 5 juta dengan cepat. 

Memasang kamera AES di lebuh raya ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sebiji baldi kemudian pasang batang kail dan duduk memancing. Setiap minit dapat seekor ikan. Horeyyyy dapat....horeyyyyy makan.....horey dapat......horeyyyyy makan......Setengah jam habis 30 ekor ikan dipancing. Begitulah juga dengan kamera AES. Pasang di lebuh raya supaya syarikat pembekal dan pengendali cepat dapat target 5 juta saman. 

Pasang kamera AES di jalan persekutuan pula sama seperti lepas 30 ekor ikan dalam kolam. Nak habis 30 ekor mungkin makan masa berjam-jam atau berhari. Sebab tak ramai orang yang pandu melebihi had laju di jalan berkenaan kerana jalan satu atau dua lorong sehala dan kebanyakan pemandu berhati-hati kerana bimbangkan kemalangan. Adalah sedikit sebanyak pemandu yang memandu lebih had laju tapi tidaklah sebanyak di lebuh raya. Apabila tidak ramai yang memandu laju maka saman pun berkuranganlah. Apabila saman kurang lambatlah syarikat dapat untung.

Pasang kamera AES di jalan bandaran pula ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sungai. Jawabnya tak habislah 30 ekor ikan itu dipancing. Sebabnya tiada orang yang pandu laju dalam bandar, dan kalau ada saman yang dikeluarkan pun mungkin kepada yang melanggar lampu isyarat. Nak tunggu 5 juta saman orang langgar lampu isyarat jawabnya beruban dululah bulu seluruh badan. Siapa yang boleh pandu 80km/j dalam bandar Alor Setar, Georgetown, Seremban, Johor Bharu dan bandar-bandar lain ?

Saya nak cadangkan kepada JPJ, kalau nak bantu lagi supaya cepat dua syarikat pengendali itu dapat 5 juta saman , pergi pasang kamera AES di depan semua setiap sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Sebabnya  had laju di kawasan sekolah 30km/j  kan ? Termasuklah waktu malam atau musim cuti sekolah. 

Seperti yang saya katakan dulu, saya bukan berniat hendak menyokong orang yang melakukan kesalahan jalan raya, tetapi kaedah kena betul dan jangan kerajaan ulangkan balik kaedah yang telah gagal. Buang masa.....

Sebelum wujud kamera AES daripada dulu lagi dah wujud kamera polis. Seingat saya dah lebih 20 tahun wujud kamera polis. Walaupun wujud kamera polis namun ianya tidak mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Sekarang pula JPJ ulangi dengan sistem yang hampir serupa dan yang telah terbukti gagal, apa ke jadahnya ?

Kerajaan jangan terlalu bergantung sangat kepada pandangan JKJR, Miros atau mana pertubuhan berkaitan jalan raya yang lain sahaja untuk melaksanakan sesuatu undang-undang. Ambil juga pendapat orang ramai dan NGO atau badan-badan lain. 

Apa salahnya kalau kerajaan naikkan had laju kepada 130km/j di lebuh raya tiga lorong dan 110km/j di kawasan dua lorong. 

Datuk Najib selalu bercakap pasal zaman dah berubah dan kita perlukan transformasi. Betullah tu....sekarang zaman dah berubah, kereta makin canggih, sistem keselamatan bagus-bagus, lebuh raya pun cantik. Tak logiklah kalau kita masih nak terikat dengan undang-undang had laju yang digubal di zaman filem Tiga Abdul. 

AES boleh diteruskan tetapi perlu beberapa penambaikan....

Antaranya, 

Jangan libatkan pihak swasta dalam penguatkuasaan. Mereka hanya terlibat dalam membekal kamera, penyelenggaraan dan latihan kepada kakitangan penguatkuasa kerajaan. 

Naikkan had laju mengikut peredaran zaman dan kecanggihan kenderaan...

Kempen kesedaran jalan raya hendaklah berterusan dan jangan hanya tertumpu di musim perayaan sahaja. 

Banyakkan papan tanda gambar kubur dan jenazah di jalan-jalan atau lebuh raya. Manusia mudah tersentuh dengan kaedah ini.

Pengalaman saya, 

Seorang kawan saya yang boleh dikatakan orang yang berani. Dan satu hari ketika saya naik kereta yang dipandunya dia memecut 160-180 km/j di Lebuh Raya Pantai Timur dari KL ke Kuantan. Kereta yang digunanya juga bagus.  Saya agak kecut perut dengan tahap kelajuan itu.

Saya tidak menegurnya supaya mengurangkan kelajuan sebaliknya hanya tiga soalan yang saya tanya.

Anak kau berapa orang ?

Dijawabnya dua orang....

Berapa usia mereka ?

Jawabnya 3 tahun dan 1 tahun.....

Kau sayang mereka tak ?

Dia tidak menjawab, sebaliknya terus memperlahankan kenderaan dan tersenyum ke arah saya. Lalu sampailah kami di Kuantan dalam masa lebih kurang 2 jam dengan selamat dengan kelajuan 110-130km/j.

Bukanlah saya nak kata saya bagus, tetapi kaedah begitulah yang sesuai dipakai untuk psiko pemikiran manusia supaya tidak memandu laju.

Slogan-slogan skema yang diguna pakai oleh JPJ termasuklah lambang tengkorak di tepi jalan sudah tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Lambang tengkorak itu mungkin tidak boleh ditukar kerana lambang standard antarabangsa. Tetapi tambahlah gambar-gambar lain.  

JPJ kena kreatif sikit untuk fikir bagaimana kaedah untuk psiko pemikiran pemandu. Bukannya hanya tahu saman....saman....saman......kemudian bila dah saman bagi alasan nak mendidik......


Esok bersambung lagi.....

Saya akan kerjakan AES sampai dua syarikat tersebut tidak lagi terlibat dalam penguatkuasaan....

Dah Takut Beb....Akhirnya Pertubuhan Haram Suaram Sendiri Yang Akui Tiada Perbicaraan Di Perancis


Setelah pendedahan-pendedahan demi pendedahan yang dilakukan dan kenyataan dari seorang pendakwaraya Perancis yang menafikan berlaku perbicaraan kes pembelian kapal selam di Mahkamah Perancis, akhirnya kini pertubuhan haram suaram mengangkat bendera putih.

Menyedari mereka tidak lagi mampu untuk membohongi rakyat Malaysia, akhirnya semalam pertubuhan haram suaram membuat kenyataan mengakui tiada sebarang perbicaraan di Perancis.

Antara Pos melaporkan seperti berikut,
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.

"Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan 'siasatan kehakiman' dan 'penyiasatan'.

"Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan "perbicaraan' dalam kenyataan kepada umum sebelum ini," katanya kepada pemberita. 

Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan Suaram berkata, hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.
Dah takut.....

Dah takut beb.....

Sebelum ini bukan main lagi nak sapina Najib ke Mahkamah Perancis, nak sapina Zahid Hamidi, dan yang paling tak boleh tahan tahan sekali apabila dia buat kenyataan bahawa seorang saksi telah disapina untuk memberi keterangan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.

Enggan hadir Mahkamah Perancis bukti Najib, Zahid bersalah

Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis (berita penuh)

Skandal Scorpene: Mahkamah Perancis mulakan inkuiri terbuka

Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis

Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti Najib dapatkan Perimekar RM3 bilion

Why ? Why ? Why ? Sekarang kata tiada perbicaraan pula setelah semuanya terdedah ? Dulu bukan main galak lagi....

Duit orang ramai dah kutip beratus ribu kononnya untuk perbicaraan di Perancis, tapi kini buat kona baring pula kata tiada perbicaraan....

Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan Ops Scorpene bagi mengumpul dana  membiayai kos guaman perbicaraan kes rasuah pembelian dua kapal Selam yang bermula Julai ini.

Suaram kumpul RM300,000 di Majlis Makan Malam ‘Ops Scorpene 2.0′

 
Esok lusa keldaian daily pasti akan buang semua artikel yang saya letak link diatas....

Wednesday, October 17, 2012

Khalid Ibrahim Terus Menerus Dengan Amalan Bohongnya


Dua bulan lepas selepas Datuk Noh bangkitkan isu kerugian UNISEL Khalid cuba berdolak-dalik untuk menafikan perkara itu.

Antara kata-katanya dalam usaha untuk nak menafikan dakwaan Datuk Noh,
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hari ini laporan audit kewangan Universiti Selangor (Unisel) yang menunjukkan kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta tidak diselaraskan sepenuhnya.

Abdul Khalid berkata pihaknya memerlukan masa untuk membentang laporan kewangan universiti itu sebab perlu melalui beberapa proses seperti dibawa ke peringkat Mesyuarat Agung Tahunan dan audit bebas untuk mendapatkan kelulusan.

Laporan audit memakan masa untuk dibentangkan kerana Kerajaan negeri sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung Universiti Selangor bagi membebaskan beban kewangannya.


Hari ini apabila Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan dan sudah tidak ada ruang lagi untuk Khalid menafikannya, tiba-tiba dia buat kona baring dan menggunakan jawapan lazim pemimpin-pemimpin pak-khatan rakyat yang berlidah syaitan.

Katanya....
Masalah pentadbiran yang ditinggalkan oleh kerajaan BN dalam pengurusan syarikat negeri Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang menguruskan Universiti Selangor (Unisel) telah diperbetul, kata menteri besar Selangor. 


Tidak pernah nak mengaku kesalahan sendiri....

Rela berbohong untuk menipu orang ramai....

Kerugian UNISEL dia letak diatas bahu BN....

Peningkatan simpanan kepada RM 1.9 bilion dia mengaku itu kerjanya. Langsung tidak disebutnya bahawa RM 1.4 bilion adalah hasil yang ditinggalkan oleh Khir Toyo pada tahun 2008. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian. Sewaktu Khir Toyo menyerahkan kuasa kepada Khalid pada tahun 2008 , beliau meninggalkan wang simpanan sebanyak RM 1.4 bilion.

Begitu juga dengan UNISEL, semenjak mula beroperasi dari tahun 2000-2008 UNISEL tidak pernah rugi...

Kini bila rugi di zaman dia tiba-tiba kesalahan diatas bahu BN pula.....

Betul-betul amalan syaitan yang dia amalkan.....

Kalau tak bohong bukan Khalid Ibrahim namanya....

Tuesday, October 16, 2012

Kalau Tak Bohong Bukan Khalid Ibrahim Namanya

Dua bulan lepas Datuk Noh dah bangkit cerita UNISEL rugi .

Khalid Berahim cuba lagi nak berdolak dalih untuk nafi perkara itu . Lihat di sini

Kini ?

Nah,ambil kau !

Sekarang laporan audit dah keluar.....

Lihat graf dibawah bagaimana garisannya mencanak turun.....


PIYSB-Pendidikan Industri YS Sdn Bhd = UNISEL


 Kalau tak bohong bukan Khalid Berahim namanya.....

Daripada mula jadi MB sampai ke hari ini tak habis-habis bohongnya.....

Pelaburan Bijak Kerajaan Selangor-Kos Operasi Berjuta-Juta Keuntungan Tak Sampai Sejuta

Selepas memerintah Selangor tahun 2008 Kerajaan pimpinan PKR dan DAP telah memperkenalkan Tabung Warisan Anak Selangor atau lebih dikenali sebagai TAWAS.

TAWAS adalah satu skim untuk anak-anak Selangor yang lahir pada tahun 2008 ke atas, dimana anak-anak itu akan diberi RM 100 sebagai tabung permulaan.

Pada usia 18 tahun anak-anak yang menyertai skim TAWAS akan mendapat RM 1500 sebagai pulangan kepada pelaburan RM 100 yang dilakukan sewaktu mereka dilahirkan.

Untuk menguruskan tabung berkenaan Kerajaan PKR dan DAP Selangor telah menubuhkan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), sebuah anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Yawas ditubuhkan pada 05 Febuari 2009 dengan dana seperti berikut ,

Dana TAWAS : RM 8.5 juta
Dana Operasi : RM 5 juta
Jumlah keseluruhan : RM 13.5 juta

Maka bermulalah operasi TAWAS secara rasmi dan RM 500 ribu telah dibelanjakan untuk kempen dan  promosi skim berkenaan. Malangnya ia tidak mendapat sambutan rakyat Selangor apabila hanya 19.4 peratus sahaja anak-anak yang menyertai skim berkenaan daripada lebih kurang 70 ribu orang anak Selangor yang dilahirkan dari awal 2008 hingga hujung 2011.

Laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan semalam menunjukkan ada agenda BUAS dalam skim TAWAS yang dikendalikan oleh Kerajaan PKR dan DAP Selangor.

Dana RM 8.5 juta yang diperuntukkan untuk pelaburan bagi mendapatkan hasil atau pulangan untuk membayar RM 1500 kepada setiap anak apabila berusia 25 tahun, mendatangkan hasil yang mengecewakan. 

Dengan dana RM 8.5 juta yang diperuntukkan untuk pelaburan mereka hanya dapat untung seperti berikut,

Tahun 2009 - RM 198,101.00
Tahun 2010 - RM 210,716.00
Tahun 2011 - RM 213,955.00

Manakala kos operasi untuk mengendalikan tabung pula seperti berikut, 

Tahun 2009 - RM 1.55 juta
Tahun 2010 - RM 1.64 juta
Tahun 2011 - RM 1.71 juta

Perbezaan bagaikan langit dengan bumi antara kos operasi dengan keuntungan dari pelaburan.
 
Keuntungan tak sampai sejuta, kos operasi berjuta-juta....

Lagi juak-juak PKR nak temberang kononnya mereka Merakyatkan Ekonomi Selangor. Yang sebenarnya nak mentedarah wang rakyat untuk kroni-kroni mereka. Wujudkan pelbagai skim untuk isi orang-orang mereka dan dapat gaji.  

Jumlah RM 8.5 juta kalau disimpan dalam simpanan tetap pun akan dapat pulangan RM 320 ribu setahun berdasarkan kadar keuntungan 4 %. 

Tapi orang-orang Khalid Ibrahim pergi melabur kat mana pun tak tahu kerana mereka boleh dapat untung paling tinggi pun hanya RM 213 ribu sahaja.

Dana rakyat untuk kroni....

Selanjutnya sila baca di sini