Wednesday, November 28, 2012

PAU 2012:Jangan Termakan Umpan Yang Dipasang Musuh Dari Luar PWTC


Untuk mencapai kemenangan dalam peperangan politik selain daripada sokongan orang ramai yang tidak berparti,kelemahan jentera pihak lawan juga penting.

Contoh yang jelas boleh dilihat semasa PRU 2008. Kemenangan besar pihak lawan BN pada masa itu turut disumbangkan oleh pihak BN sendiri. Puncanya kerana mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran masa itu.

Perhimpunan Agung Umno tahun ini adalah yang terakhir sebelum PRU ke 13 menjelma bila-bila masa dari sekarang.

Aura perhimpunan tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun yang lepas kerana semua ahli Umno baik yang hadir di PWTC atau tidak semuanya bersemangat berkobar-kobar untuk menghadapi PRU dan seterusnya memastikan BN dapat mempertahankan pemerintahan negara serta merampas kembali negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat.

Senang cerita, semangat ahli-ahli Umno sedang berada di gear 4 sekarang. Tinggal satu langkah lagi untuk masuk gear 5.

Sokongan atau kasih sayang ahli-ahli Umno terhadap Najib dan Muhyiddin sedang berada pada tahap yang terbaik. 

Bagaimanapun perkara itu tidak disenangi oleh musuh kita. Mereka tahu kalau Umno kekal berada pada tahap ini maka mereka tidak akan menang. Maka mereka harus mencari jalan bagi melemahkan semangat ahli-ahli Umno dan seterusnya menghakis kepercayaan ahli-ahli Umno terhadap Najib dan Muhyiddin.

Peluang terbaik untuk melemahkan semangat ahli-ahli Umno atau lebih tepat lagi memecah belahkan kita adalah ketika Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung sekarang.

Semalam misi untuk melemahkan ahli-ahli Umno telah bermula melalui media-media yang pro pembangkang. Esok, lusa dan sehingga Sabtu ini macam-macam lagi yang akan mereka lakukan untuk terus pecah belahkan kita.

Semalam pembangkang dalam keadaan tergesa-gesa adakan taklimat bersama peguam Perancis di Singapura untuk membicarakan kes kapal selam. Dua orang peguam yang dilantik oleh pertubuhan haram suaram tidak hadir pun. Mereka hanya menghantar wakil. Namun pembangkang tetap meneruskan taklimat berkenaan kerana nak kejar supaya berita tersebar disaat Perhimpunan Agung Umno senang berlangsung.

Kata nak bagi taklimat pasal kapal selam, tetapi cerita yang keluar tentang Altantuya. Lihat di sini

Tidak cukup dengan itu, petang semalam dua tiba-tiba sahaja malaysiakini dan harakahdaily serentak mengeluarkan wawancara seorang peniaga karpet juga untuk membicarakan isu Altantuya. Seingat saya sepanjang saya bermain dengan dunia cyber tidak pernah berlaku dua portal berkenaan mengeluarkan wawancara individu yang sama serentak. Tetapi semalam telah berlaku....

Serangan serentak berkenaan tidak lain tidak bukan adalah supaya perkara itu menjadi besar dan menjadi percakapan semasa Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Dengan hasrat dengan tujuan supaya ahli-ahli Umno menjadi lemah semangat dan memandang serong kepada Najib.

Dalam hal ini kita amat-amat berharap ahli-ahli Umno tidak mudah termakan umpan yang dipasang oleh musuh dari luar tempat persidangan.

Musuh sudah tidak ada modal untuk menyerang peribadi Datuk Najib dan isteri. Maka mereka terpaksa recycle isu lama dengan mengubah jalan cerita supaya nampak lebih gempak.

Bagi saya sebagai seorang islam, sedikit pun saya tidak percaya Datuk Najib terlibat dalam ke Altantuya. Kerana apa ? Kerana Datuk Najib berani bersumpah dengan nama Allah dalam Masjid yang beliau tidak terlibat malah tidak kenal pun perempuan Mongolia itu.

Sumpah dengan nama Allah tambahan pula dalam Masjid bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Tambahan pula oleh seorang pemimpin. Orang yang tidak berada di pihak yang benar tidak akan berani bersumpah sedemikian rupa.




Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang sampai hari ini pun tidak berani bersumpah dengan nama Allah untuk menafikan beliau meliwat Saiful serta melanggan pelacur. Sedangkan mangsa liwatnya berani bersumpah mengatakan dia diliwat Anwar. Datuk Eskay juga berani bersumpah untuk mengesahkan individu bersama pelacur dalam video yang ditayangkan olehnya adalah Anwar Ibrahim.






Mana sumpah Anwar ?

Tuesday, November 27, 2012

Kah...Kah...Kah...Kah...Kah...Ramalanku Hampir Menepati Sasaran


Baru tengahari tadi saya menulis tentang berapa lama Pas boleh bertahan dengan desakan DAP berhubung isu undang-undang kedai rambut wanita di Kelantan. 

Hanya beberapa jam sahaja setelah tulisan itu disiarkan, petang ini dah keluar kenyataan yang menunjukkan tanda-tanda Pas hendak tunduk kepada desakan DAP. 

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam dan mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun Kelantan.

Pendirian ini dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.


"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa mereka bersedia menimbangkan cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam bagi membincangkan dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang-orang bukan Islam," kata Hadi dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Katanya, Pas memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam tentang pertikaian isu ini di Kelantan.


"Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam," katanya.


Kata Hadi, Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

Beliau berkata, ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

"Dalam masa yang sama, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

"Sehubungan itu, bagi isu kedai gunting rambut ini Pas percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah bagi tujuan tersebut (kemurnian akhlak rakyat beragama Islam)," katanya.

Sinar Harian Online

Kah....kah....kah...kah.....kah....kah....kah....kah....kah.....ramalan ku dah hampir-hampir menepati sasaran nampaknya.....

Hari ini Pas kata sedia bincang.....

Esok lusa Pas kata sedia batalkan undang-undang itu.....

Minggu depan Pas gugurkan undang-undang itu......

Akhirnya DAP menang lagi......Wa....kah....kah....kah....kah.....kah....kah....kah.....

Bukan Islam Gunting Rambut Bukan Islam Kena Saman-Orang Islam Yang Pertahankan Orang Islam Dari Murtad Kena Pecat

Beberapa hari kebelakangan ini kecoh berhubung isu sebuah kedai gunting wanita yang diusahakan oleh wanita bukan islam di saman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu kerana menggunting rambut lelaki bukan islam. 

Saman yang dikeluarkan MPKB berdasarkan undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan Pas pada tahun 1991, selepas mereka berjaya menawan Kelantan pada 1990. Undang-undang yang diperkenalkan itu selaras dengan perjuangan Pas pada masa itu 'Membangun Bersama Islam' dan seterusnya menubuh sebuah negara islam.

Ketika undang-undang itu diperkenalkan Pas masih lagi Pas yang totok. Ketika itu mereka masih lagi mengkafirkan Umno kerana menjalin hubungan dengan parti-parti bukan islam. Bukan itu sahaja, masa itu wanita tidak boleh menyertai Musabaqah Quran, konsert diharamkan di Kelantan, kedai snooker di tutup, mengharamkan wayang kulit, makyong, menora dan main puteri. Manakala hukum hudud pula perjuangan nombor wahid Pas ketika itu. Maklumlah nak tubuh islam lah kata kan.....

Tapi hasil persahabatan dengan DAP selepas PRU 2008 dan desakan demi desakan dari Karpal Singh membuatkan Pas membaca Quran sampai habis, dan hasilnya pada Muktamar Pas tahun lepas Pas telah melupakan negara islam dan menukar kepada negara kebajikan, dengan alasan negara islam tidak ada dinyatakan dalam Quran

Daripada parti yang totok islamnya Pas kini bertukar kepada parti yang liberal.... 

Islam Pas juga wujud berjenis-jenis....di Kelantan lain, di Kedah lain , di Selangor lain.....

Di Kelantan wanita bukan islam yang gunting rambut lelaki bukan islam, Pas ambil tindakan. Di Selangor pula pemimpin Pas yang mempertahankan orang islam dari dimurtadkan, dipecat dari Pas. 

Di Kelantan arak tidak boleh dijual secara terbuka dan kedai nombor ekor tidak dibenarkan. Tetapi di Kedah semuanya boleh.....

Di Kelantan Pas beriya-iya kata nak laksanakan hudud, tetapi belum sampai Kuala Lumpur lagi, baru sampai di Terengganu Pas dah kata hudud bukan keutamaan.

Karpal Singh pernah berkata langkah mayat dia dulu kalau Pas nak tubuh negara islam. Tapi pemimpin Pas pula kata siapa yang nak ambil Karpal langkah mayat dia dulu

Itulah contoh bukti kasih sayang yang tidak ternilai Pas kepada DAP. Sebab itu apa sahaja yang DAP berdehem atau merungut Pas akan cuba penuhi termasuklah menukar perjuangan negara islam serta memecat Hassan Ali.  Lebih kurang lelaki yang dapat isteri cantiklah.....isteri baru batuk sikit ja, berlari keluar rumah. Bukan pergi beli ubat tetapi pergi ambil doktor bawa ke rumah untuk merawat isteri. 

Dalam kes kedai gunting yang terjadi di Kota Bharu beberapa hari ini kita dapat saksikan desakan dari DAP makin hari makin kuat. Kita sama-sama tunggu dan lihat berapa lama Pas boleh bertahan dengan undang-undang yang mereka perkenalkan pada tahun 1991 ?

Adakah DAP akan langkah mayat Pas dulu atau Pas yang akan langkah mayat DAP dulu ?

Inilah akibatnya apabila Pas terlalu banyak sangat pasang periuk api dulu sampai mereka dah tak ingat dimana periuk api yang dipasang . Dan kini satu persatu periuk api itu di pijak oleh mereka sendiri.

Monday, November 26, 2012

Saturday, November 24, 2012

Malaysiakini Betul Harakah Bohong Atau Harakah Betul Malaysiakini Bohong ?

Ini laporan dari malaysiakini

Sekumpulan kira-kira 700 orang yang diketuai oleh PAS, hari ini gagal menyerahkan memorandum kepada Felda, menggesanya supaya menghentikan dakwaan jualan minyak sawit kepada "sebuah syarikat Yahudi".

Ini pula laporan dari haramkah daily

KUALA LUMPUR: Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.

Ini pula gambar yang dikatakan 700 orang atau 2000 orang


Kononnya merekalah media yang selama ini tulus, mulus, suci, bersih, bebas, adil, saksama.....

Anjing kalau dah biasa makan tahi dalam apa keadaan sekali pun dia tetap akan cari tahi......

Friday, November 23, 2012

Doa Hancurkan BN Dalam Khutbah Jumaat Hari Ini Di Selangor.

Berita baru diterima

Ajaran Pas mula menular.

Hari ini 23 Nov 12 bertempat d masjid al- falah ulu yam bharu, kuala kubu Bharu bacaan doa yg di bacakan pd penghujung khutbah jumaat imam di masjid tsebut mengandungi doa hancurkan kerajaan BN.

Di antara intipati doa beliau adalh spt brikut,

" Ya Allah hancurkan kerajaan yang penuh kezaliman tumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya yang akan datang turunkan bala dan kehancuran pada kerajaan yang zalim ini".

Berikutan doa tersebut Mohamad seorang jemaah telah bertanyakan kepada imam tsebut kenapa membaca doa tsebut dan telah blaku sedikit ptengkaran mulut di antara mereka.

Insiden ini telah bjaya dleraikan oleh jemaah yg hadir . laporan polis sedang di buat di balai polis ulu yam baru. di fahamkan beberapa laporan polis lg akan dbuat .

Hancur beb....hancur islam dilacurkan oleh Pas. Tengoklah kalau tak percaya, esok lusa, minggu depan atau bulan depan akan bertambah-tambahlah doa seperti itu. Semuanya kerana ulama-ulama Pas dah beri lampu hijau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Video: Ustaz Mc D Menyumpah NATANG Dalam Masjid


 Lihat video di bawah ini pada minit 2.17



Perkataan natang (binatang) sudah jadi macam zikir di mulut dia....

Dalam masjid pun dia boleh lagi menyumpah....

Dah lah dalam masjid, dia boleh pula beri gambaran imam yang sedang solat menyumpah natang kepada makmum.

Begitulah peribadi seorang ustaz yang cari makan untuk menghiburkan orang bagi mengejar kemewahan.....


Artis cari makan dengan cara buat konsert dan jual album. Lagu sedap, pandai menghiburkan orang maka larislah artis itu.Lebih-lebih lagi kalau pandai berlakon alim seperti Mawi dulu. Lagilah laris.....

Jadi tak jauh bezanya antara Azhar Idrus dengan artis.....artis jual album lagu, Azhar jual cd ceramah. Artis dipanggil menyanyi, Azhar dipanggil ceramah.

Sebab itu sampai hari ini Azhar tak masuk Pas....kalau masuk Pas pendapatannya akan kena cukai dengan tabung jihad Pas. Kalau masuk Pas bayaran ceramah ciput ja, perjuangannnnn.....

Dia dok hentam Umno/BN kerana dia nak tunggang orang-orang Pas supaya panggil dia ceramah dan beli cd ceramahnya. Sebab dia tahu orang-orang Pas bodohhhhhh.........orang Pas mati-mati dok ingat Azhar sokong mereka. Padahal Azhar hanya nak pitih mereka.......






Thursday, November 22, 2012

Undian Sinar Online Tolak Anwar dan Nik Aziz Sebagai PM


Apa yang dipaparkan diatas itulah keputusan undian yang dilakukan oleh Sinar Harian Online. 

Keputusan diatas melibatkan undian yang dilakukan hingga jam 9 pagi tadi. Saya cuba untuk melihat keputusan terkini sekarang, tetapi didapati undian tersebut tidak lagi dipaparkan di portal berkenaan. 

Kemungkinan besar ianya telah dibuang oleh pihak admin portal berkenaan. 

Kenapa ia dibuang kita pun tak tahu ?

Mungkin pihak Sinar Online telah menerima panggilan daripada mana-mana pihak PKR ?

Mungkin juga undian telah tamat ? 

Apa-apa pun inilah bakal PM kita nanti......
Tahniah bos....
Bakal PM kita nampaknya peminat setia Utusan Malaysia

Habis Burukkan Negara Di Eropah Kini Anwar Burukkan Malaysia Di Australia Pula


Dari : Sinar Harian Online

Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
  
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
  
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
  
Bagaimanapun, Carr berkata pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.
  
"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.
  
Carr bagaimanapun berkata Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.
  
Kata Carr Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.
  
Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.
  
Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata beliau bimbang, pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.
  
Katanya nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.
  
Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.
  
Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia. 



RBF: Pilihan raya di Malaysia menipu, sebab itu dia, bini dia dan anak dia tak pernah menang bertanding.

Wednesday, November 21, 2012

Kerajaan Perlu Tegas:Jangan Biarkan Puak-Puak Minoriti Kuasai Majoriti

Beberapa kerat kucing kurap peliharaan pembangkang sekarang sedang berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur. 

Kumpulan berkenaan akan sampai di Dataran Merdeka Ahad ini dan mereka merancang untuk berkampung di Dataran Merdeka.
Penganjur perarakan jalan kaki anti-Lynas berkata, mereka akan berkhemah di Dataran Merdeka sebaik menamatkan perjalanan 14 hari dari Kuantan dan bukannya berarak ke bangunan Parlimen.
Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack berkata, aktivis berkenaan akan berkhemah di situ pada Ahad sementara menunggu kunjungan perdana menteri dan ahli parlimen pada keesokan harinya.

Wong mengumumkan perkara itu di Bentong, Pahang lewat malam tadi.

Ketika dihubungi selepas itu, Wong berkata perubahan itu bagi memudahkan wakil rakyat bertemu aktivis berkenaan di Dataran Merdeka.

Malaysiakini

Sampai bila kita harus membiarkan kumpulan-kumpulan minoriti seperti ini terus membuat kacau ?

Mereka dah bawa ke mahkamah dan mahkamah telah membuat keputusan. Kita tidak boleh lagi tunduk kepada mereka atas alasan demokrasi.

Kerajaan perlu ambil tindakan tegas. Jangan biarkan mereka terus bermaharajalela untuk buat apa sahaja yang mereka suka. Kita tidak boleh biarkan pihak minoriti untuk menguasai majoriti. 

Beberapa kerat puak-puak yang mahu kerajaan tunduk kepada desakan mereka
Mereka-mereka yang periuk nasi terganggu selama ini hasil gangguan puak-puak yang tidak berapa kerat itu

Video:Lagi Bukti Ustaz Natang Kantoikan Diri Sendiri



Perhatikan pada minit 1.02......

Lihat pula bulatan-bulatan-bulatan kuning dalam gambar bawah.....


Natang !

Pelakon Mengaku Murtad:Semuanya Gara-Gara Mulut Nik Aziz

Murtad satu benda yang tidak boleh dibuat main-main atau dijadikan bahan gurauan, bahan pancing undi dan sebagainya.....silap hari bulan boleh tergelincir. 

Kita faham apa yang dimaksudkan oleh pelakon Azhar Sulaiman seperti diatas . Semuanya gara-gara kenyataan Nik Aziz beberapa hari lepas. Kalau tidak kerana mulut Nik Aziz perkara diatas tidak akan berlaku. 

Ayat Azhar Sulaiman "saya ni sebenarnya sudah murtad" pada saya mempunyai implikasi yang sungguh besar. Lainlah kalau dia berkata "saya ni sebenarnya sudah murtad ke ?"

Ada pendapat kata sesuatu yang kita lafaz bergantung kepada niat kita......tapi dalam hal murtad-murtad ini saya tak berapa berani nak komen sebab ia isu berat. 

Nasihat saya, adalah lebih baik Azhar Sulaiman berjumpa dengan para-para mufti atau majlis fatwa untuk mendapatkan pandangan mereka.

Didoakan yang terbaik buat Azhar....

Lawak Paling Best 2012

Gelas air kopi tu diisi dengan air nescafe yang rakan ambe beli dari kedai sebelah.....
Ambe tak makan minum di Mc D, tapi ambe pakai gelas je....

Ni dia kedai sebelah tempat ambe beli air nescafe




Kih....kih....kih....kih.....dah dua malam ambe tak lena tidur sampai dah takde idea nak menulis kerana terkenangkan ada juga orang sewel yang beli air nescafe di kedai sebelah kemudian pergi isi dalam cawan Mc D.

Tuesday, November 20, 2012

Tu Diaaaaaa.....Hebat.....Hebat......


Ceramah siang malam tuduh orang itu zalim , orang ini rasuah, orang itu seleweng, orang ini kroni.....

Kononnya mereka yang zuhud, telus dan mulus....

Inilah yang dikatakan pepatah inggeris yang dipopularkan oleh Tun Dr M, better the devil you know than the angel you don’t.

Selanjutnya sila baca di sini




Hari ni ambe banyak kerja, dok dang nak nulis panjangggg.... pagi tadi ambe beli air nescafe kedai sebelah kediang ambe letak dalam gelas McD. Natang.....

Monday, November 19, 2012

Ustaz Natang Kantoi.....


Dipetik dari blog keris putera



Azhar Idrus kata, ambe (saya) tak makan di McD tapi bersebelahan dengan McD.....tetapi kerusi dan meja itu sudah cukup untuk kita kenal kalau tidak milik McD dah tentu milik KFC.

Kawan dari JB yang belikan ais krim untuk anak......

Gelas air kopi itu diisi dengan air nescafe yang dibeli rakan dari kedai sebelah.....Logikkah seseorang membeli air nescafe dari kedai lain kemudian pergi ambil gelas dari McD atau KFC untuk isi air nescafe ? Apakah kedai bersebelahan jual air nescafe dengan di isi di atas tapak tangan ? Kah...kah....kah.....kah....

Dulang diatas meja itu sudah cukup untuk membuktikan segala-galanya. Semua orang kenal itu adalah dulang milik McD.Kalau tidak McD itu dulang KFC.  Apakah ais krim yang dibeli oleh kawannya untuk anaknya itu dihidangkan dalam dulang ?

Dalam dulang tersebut terdapat resit.....apakah kawannya membelikan ais krim untuk anak Azhar kemudian diberikan dengan resit bersama ?

Yang paling lawak dan paling tak masuk akal sekali adalah isi air nescafe yang dibeli dari kedai sebelah kemudian di isi dalam gelas McD. 

Saya berada bersebelahan McD, kemudian saya beli pula air nescafe dari kedai bersebelahan dari tempat yang saya duduk dan ambil gelas kosong di McD untuk isi air nescafe yang saya beli. Logik ? Kalah wayang hindustan beb......Kah....kah....kah....kah.......

Gelas kopi McD. Bekas nugget KFC....dulang tu pula kalau ada alas kertas promosi dalam dulang nampaknya macam dulang McD .

Deme pakat-pakat bahas lah ya. Ambe nak tidor......

Sebagai menghormati Azhar Idrus kalau boleh setiap komen jangan lupa dimulakan dengan ayat lazim dia....NATANG.

Bas Mewah:Akhirnya Hari Ini Khalid Ibrahim Sahkan Dia Seorang Pembohong

Setelah lebih dua bulan ding....dong....ding....dong isu bas mewah PKR yang didedahkan oleh sel13.com, akhirnya hari ini Khalid Ibrahim telah menjawab persoalan tersebut dan dalam masa yang sama MENGESAHKAN dirinya seorang PEMBOHONG.

Pada 30 Ogos 2012 Khalid Ibrahim membuat satu kenyataan akhbar seperti di bawah. Saya ulang sekali lagi, KENYATAAN AKHBAR. Bukannya sidang akhbar atau sidang media. Kenyataan akhbar adalah kenyataan yang dibuat secara bertulis dan dihantar kepada semua media-media.

Berikut kenyataan akhbar beliau pada 30 Ogos yang dipetik laman rasmi MB Selangor,

Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. 

Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. 

Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. 

Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat. 

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM 

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 

Hari ini sidang Dun Selangor telah bermula dan Khalid tiada pilihan lagi selain dari bercakap benar dalam Dun. 

Setelah ditanya oleh Adun Seri Serdang, akhirnya Khalid terpaksa mengaku bahawa bas tersebut dibeli olehnya dengan harga hampir RM 650,000.00 dan membayar ansuran bulannya RM 10,833.00.

Berikut laporan dari Antara Pos,
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kos pembelian bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) adalah dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa dana kerajaan negeri.

Malah, Khalid berkata beliau membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas terbabit yang bernilai hampir RM650,000 itu melalui kaedah sewa beli. 
 
"Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian.
 
"Saya turut galakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kajian dan saya memberikan dokumen berkaitan agar mereka dapat melihat tatakelola baik kerajaan negeri dari segi pengurusan kewangan negeri dan persendirian," katanya ketika menjawab soalan ketua pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini hari ini.
 
Mohamad Satim bertanyakan samada kerajaan negeri melakukan proses audit bagi memastikan transaksi pembelian bas tersebut telus dan bertanggungjawab.
 
Bas yang digunakan bagi kempen Jalajah Rakyat Pakatan itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak mempersoalkan pembelian bas mewah dua tingkat tersebut.
 
Bagaimanapun, Khalid menangkis dakwaan tersebut dengan menyatakan kos sewa bas berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh beliau.  
 
Bas yang didaftarkan atas nama Khalid itu boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas ceramah mini beserta sistem audio yang canggih.

Bagi saya, saya tidak mempertikaikan kemampuan Khalid untuk membeli bas tersebut kerana saya tahu dia seorang yang kaya walaupun tidak membayar hutang Bank Islam. Dia kaya hasil dari Dasar Ekonomi Baru yang diperjuangkan Umno. Tetapi kenapa perlu dia berbohong ? Apa yang nak disembunyikan ? 

Jika tidak kerana pendedahan oleh sel13.com tentang pemilik bas tersebut rakyat sampai hari ini pun tidak sedar yang mereka telah dibohongi oleh Khalid Ibrahim. Mati-mati rakyat akan percaya yang bas tersebut hanya disewa olehnya selama enam bulan.

Sunday, November 18, 2012

Tiada Tajuk Yang Mampu Ku Letakkan, Anda Lihatlah Sendiri

Dalam usaha mempertahankan adiknya yang mendoakan agar Umno/BN dihancurkan,  hari ini Nik Aziz menggelarkan Umno sebagai murtad, dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu. 
Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu. 
 
“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.
 
“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.
 
“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional. 
 
Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahyang hajat sedemikian.
 
“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.
Sumber: Antara Pos
Masyallah.....Masyallah.....Masyallah.....

Ana ahli Umno, selama ini dan sampai hari ini ana masih lagi berpegang kepada rukun islam yang lima....
  • Mengucap dua kalimah syahadah.
  • Menunaikan solat fardu lima waktu
  • Berpuasa pada bulan Ramadan
  • Membayar zakat
  • Mengerjakan ibadat haji
Selain berpegang kepada rukun islam ana juga percaya kepada enam rukun iman....
  • Percaya kepada Allah 
  • Percaya kepada Nabi dan Rasul
  • Percaya kepada Malaikat
  • Percaya kepada Kitab
  • Percaya kepada Hari Akhirat 
  • Percaya kepada Qada dan Qadar 
Yang ana tidak pegang dan tidak percaya kepada Parti Islam Semalaysia kerana ianya tidak ada dalam rukun islam dan rukun iman. Dan ia hanyalah sebuah parti atau organisasi yang dibuat oleh manusia, bukannya wahyu yang diturunkan oleh Allah. 

Adakah kerana ana tidak memilih organisasi itu dan memilih Umno sebagai wadah perjuangan maka ana sudah murtad ? 

Adakah islam yang diturunkan oleh Allah dan diajar Nabi kita begitu mudah membuang umatnya dan sezalim itu ? 

Ana menyertai Umno sejak usia 19 tahun dan sepanjang penglibatan anda sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun Umno menghalang ana dari mengucap, sembahyang, berpuasa , bayar zakat dan kerjakan haji. 

Umno juga tidak pernah keluarkan fatwa meminta ahli-ahlinya tinggalkan rukun iman dan hanya percaya kepada Presiden Umno atau pelembagaan Umno sahaja. 

Terima kasih Nik Aziz kerana memurtadkan Umno....muktamar terakhir sebelum menjelang pilihan raya yang sepatutnya digunakan untuk menunjukkan kehebatan dan kebolehan mereka nampaknya telah bertukar menjadi muktamar untuk menyembelih diri mereka dalam pilihan raya kelak.

Hari ini seluruh dunia dapat menyaksikan sekeping hati Pas yang busuk dan hitam di sebalik bau-bauan minyak atar yang dipakai serta ketayap dan jubah mereka yang putih. 

Saturday, November 17, 2012

Nik Aziz Mahu Ucapan Haji Hadi Dijadikan Khutbah Jumaat


Dipetik dari Antara Pos

KOTA BHARU: Tiada perbezaan di antara khutbah Jumaat dan ucapan politik, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru, beliau mencadangkan agar ucapan dasar presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-58 dijadikan khutbah Jumaat.

"Khutbah Jumaat dan ucapan politik sama sahaja. Saya mencadangkan supaya ucapan dasar presiden, Abdul Hadi Awang dijadikan khutbah Jumaat.

“Kita pakat-pakat pilih ayat, buat khutbah Jumaat..," kata Menteri Besar Kelantan itu di dalam ucapannya pada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi.

Merujuk kepada pemerintahan Nabi Muhammad SAW, Nik Aziz menjelaskan bahawa syiar Islam telah terbukti mampu berkembang melalui politik.

Selain itu, beliau berharap agar umat Islam sendiri lebih menghayati agama Islam supaya secara tidak langsung golongan bukan Islam akan mendapat gambaran sebenar mengenai Islam.

"Islam tidak boleh bergerak tanpa politik, sebab tu Nabi tinggalkan Mekah untuk ke Madinah.

"Mudah-mudahan orang Islam kembali kepada Islam, dan orang bukan Islam sedar, apa itu Islam," ujar beliau di hadapan hampir 30,000 penyokong.

Pemimpin-pemimpin lain yang hadir malam tadi adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada September lalu, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dikejutkan apabila mengeluarkan kenyataan membenarkan khatib membaca khutbah Jumaat berunsur politik selagi ia tidak lari dari landasan ajaran Islam.

Pengarahnya, Datuk Noh Dahya berkata, khatib dibenarkan berbuat demikian selagi ia tidak tersasar dari agama Islam.

Walau bagaimanapun jelas beliau, sekiranya imam yang dilantik membuat kesalahan membaca teks khutbah berunsur politik melampau, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Malah turut dikesan beberapa masjid di negeri itu turut mengambil pendekatan sama menyampaikan khutbah Jumaat yang memuatkan unsur politik.

..................................................................................................................................

RBF: Hi....hi...hi....nampaknya sifat gelojoh dan dendam kesumat yang menjadi amalan syaitan tertanam tebal dalam jiwa Pas. Punyalah tak sabar mereka nak balun Umno, perenggan ke tiga ucapan dasar Haji Hadi semalam yang Nik Aziz nak jadikan khutbah jumaat , dah balun Umno. Itulah bukti kehebatan Umno. Kalau selama ini Pas asyik berkata Umno dan nak mampus, Umno dah tak mendapat sokongan ternyata itu hanya mainan bibir mulut sahaja. Umno masih hebat dan berbisa dan mereka masih menggeruni Umno. Kalau Umno tak hebat tak kan presiden mereka buka sahaja mulut, atau baru masuk gear satu dah balun Umno ?

Lihat di sini ucapan presiden Pas yang saya maksudkan.

Berikut pula antara kandungan ucapan Haji Hadi semalam yang Nik Aziz nak jadikan khutbah jumaat.....

Hadirin dan hadirat sekelian,


ARAHAN KEPADA AHLI DAN PIMPINAN PAS

Marilah dengan fikiran yang terbuka, penuh keazaman, berbekalkan keimanan kepada ALLAH dan janjinya dunia-akhirat, keyakinan kita kepada perjuangan kita ini, maka saya ingin membuat pengarahan berikut kepada semua perwakilan yang ada pada hari ini:

1. Saya mengarahkan kepada semua petugas, ahli dan pimpinan Pas untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting.

2. Saya mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.

3. Saya menyeru kepada semua Kerajaan negeri di bawah Pas bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.

4. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi PRU13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan Pas dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.

5. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT.

6. Saya mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli Pas sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari ALLAH SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan ALLAH SWT.

7. Marilah pada hari ini, kita sama-sama memahami tema muktamar kali ini, serta menyusun gerakerja dan strateginya nanti dalam semangat tema muktamar NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS.

PAS Kata Hadi Layak Jadi PM, DAP Bengang Dan Kata Anwar Akan Jadi PM



Dalam apa keadaan sekali pun DAP akan memastikan hanya Anwar yang boleh jadi PM.

Sebab apa ?

Sebab Anwar sahaja yang boleh deliver apa yang DAP nak ?

Kenapa Anwar perlu deliver ?

Sebab segala rahsia Anwar berada dalam tangan Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng....

Kau orang ingat Karpal Singh jadi peguam Anwar seikhlas hati dia ke ? Sorry beb.....itu otai banyak cekap punya orang. Dengan cara jadi peguam lah dia boleh korek segala aktiviti Anwar. 

Sebab itu kalau anda semua perasan mana ada lagi peguam-peguam Anwar yang beragama islam yang all out membelanya pada tahun 1998 kini masih bersama Anwar.

Zainur Zakaria ? - tinggalkan Anwar...

Pawancheek Marican ? - tinggalkan Anwar....

Haji Sulaiman Abdullah ? - tinggalkan Anwar....

Chistoper Fernando ? - meninggal dunia....

Gurbachan Singh ? - itu pun tinggalkan Anwar juga....

Sankaran Nair ? -  hanya itu yang tinggal bersama Anwar hingga kini....

Sebab apa ? Sebab peguam tahu siapa Anwar dan apa aktivitinya.....mana boleh kelentong peguam beb.....untuk membela seseorang anak guam peguam harus tahu cerita sebenar supaya mudah tugasnya dalam mahkamah.

Bila dah tahu cerita sebenar, peguam pun tak sanggup lagi untuk bersekongkol dengan kaum yang nabi tidak mengaku sebagai umatnya. Itu pasal semua dah cabut.....yang tinggal Karpal Singh dan Sankara Nair sahaja.

Seperti yang saya katakan, Karpal bukannya bodoh-bodoh atau seikhlas hati untuk menjadi peguam Anwar kalau tidak ada udang di sebalik batu. 

Sebab itulah dalam keadaan apa sekali pun DAP hanya nak Anwar sahaja yang jadi PM sebab mereka boleh kawal Anwar semudah menekan remote control. Segala rahsia lu dalam tangan gua. Lu talak ikut lu hilang jawatan PM.

Video:Solat Hajat dan Doa Hancurkan Umno/BN di Kota Bharu Malam Tadi

Di saat orang-orang islam seluruh dunia sedang berdoa memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT berhubung serangan israel ke atas Palestin, di Malaysia pula sebuah parti islam yang berkawan dengan syaitan mengadakan solat hajat dan berdoa agar parti lawan mereka yang rata-rata ahlinya menghadap kiblat yang sama dengan mereka agar dihancurkan.

Berikut adalah catatan jurugambar bebas Minaq Jinggo
Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan

Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat

Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm

Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka...

"Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"

Ini videonya....


Seronok beb video ni.....ambo suka sungguh......

Semoga video ini dapat di sebarkan seluas-luasnya.....lauk.....lauk....

Friday, November 16, 2012

Isytihar Harta: Ketua Pemuda Pas Buka Pekung Sendiri


Semalam Ketua Pemuda Pas yang serban sebesar bakul atas kepala telah mengisytihar jumlah harta dan pendapatannya semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat.

Bila dilihat kepada cara dia mengisytiharkan harta dan pendapatannya itu, sekali imbas orang akan terpaku melihat kepada kejujuran dan kezuhudannya. 

Tetapi bagi saya apa yang diumumkannya semalam bukan sebuah pengakuan yang jujur. Ianya tidak lebih dari satu lakonan politik sahaja supaya terpilih sebagai calon dan seterusnya memancing undi. 

Kita sama-sama lihat apa yang diumumkannya semalam....
"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.


Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.


Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.


"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.


"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.


"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia".

Pertama, orang yang jujur dan tiada apa yang hendak diselindungkan dia akan mulakan pengisytiharan itu dengan membaca Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Pas kan parti islam dan KP Pas pun selalu pakai serban atas kepala, kenapa takut nak sebut tiga perkataan itu ? 

Kedua, dia telah membuka rahsia Pas yang selama ini memberitahu orang ramai kononnya perjuangan mereka ikhlas dan tidak dibayar dengan wang ringgit apabila mengumumkan dia dibayar elaun RM 2500.00 sebulan sebagai Ketua Pemuda Pas.  RM 2500 atau RM 250, hatta RM 25 sekali pun yang penting perjuangan dalam Pas dibayar. Selama ini mereka menuduh orang-orang Umno bergerak semuanya dengan duit dan perjuangan Umno adalah perjuangan duit. Nah ! Sekarang siapa yang berjuang dengan dibalas wang ringgit ? Ahli-ahli Pas dibawah dan pendengar-pendengar ceramah Pas diminta untuk berkorban serta menyumbang itu dan ini kononnya untuk perjuangan islam. Rupa-rupanya ada juga elaun untuk pemimpin atasan. Jika Ketua Pemuda menerima elaun RM 2500.00 sebulan, berapa pula elaun yang diterima mursyidul am, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung ? 

Ketiga, dia mengumumkan pendapatannya RM 2500 hasil dari elaun yang dibayar Pas dan RM 300 kutipan sewa rumah. Kenapa tidak diumumkan berapa bayaran yang diterimanya setiap kali turun berceramah atau pendapatannya bulanannya dari hasil ceramah ? Sudah menjadi kelaziman bagi orang-orang Pas mereka akan dibayar setiap kali turun berceramah hasil kutipan derma dari orang ramai di tempat ceramah.

Keempat, jumlah pendapatan bulanannya RM 2800, anak enam orang, bayaran ansuran kereta RM 1400 sebulan dan bayaran rumah RM 530 sebulan. Logikkah seorang bapa yang mempunyai enam anak mampu membayar ansuran keretanya separuh atau 50 peratus dari pendapatan bulanannya ? Gaji RM 2800, bayar kereta RM 1400 +  bayar rumah RM 530 maka jumlahnya RM 1930, manakala baki pendapatannya RM 870 sebulan. Bolehkah seorang bapa memelihara enam anak dengan baki gajinya RM 870 sebulan ? Itu belum dikira lagi kos minyak kereta, penyelenggaraan kereta, turun demo sana-sini dan sebagainya. Ada ke bank yang boleh beri pinjaman kenderaan untuk bayaran ansuran bulanannya mencecah 50 peratus dari pendapatan peminjam yang hanya RM 2800 sebulan ?

Mungkin bank kohilal kot ?

Kita tak payah fikir panjang-panjang atau banyak-banyak, pengumuman KP Pas tentang jumlah bayaran ansuran bulanan kenderaannya (RM 1400) sudah cukup untuk kita anggarkan atau baca jumlah pendapatan dia.

Berdasarkan pengalaman saya, biasanya bank mengambil kira 1/3 daripada jumlah pendapatan kasar atau sesetengah bank ambil kira 1/3 dari jumlah pendapatan bersih bulanan seseorang pemimjam untuk bayaran ansuran bulanan. 

Dalam kes KP Pas ini kita katakan bank mengambil kira pendapatan kasarnya. Jika dia katakan RM 1400 sebulan bayaran ansuran kenderaannya. Maka sudah tentu gajinya RM 4200 sebulan. Sedangkan dia umum gajinya RM 2800. Kalau saya salah dan ada rakan-rakan pembaca yang bekerja dalam industri bank boleh tolongkan betulkan saya dalam hal ini.

Mungkin penyokong-penyokong Pas akan berkata, ahhhhhh RM 1400 sahaja bezanya jika nak dibandingkan dengan apa yang pemimpin-pemimpin Umno rembat......

Soalnya bukan RM 1400 atau RM 140, soalnya kejujuran.....apatah lagi bagi seorang ahli parti islam yang siang malam menuduh orang itu jahat, orang ini rasuah. Inilah yang dikatakan pepatah inggeris yang dipopularkan oleh Tun Dr M, better the devil you know than the angel you don’t.

Wednesday, November 14, 2012

Kerana HusamLR Nik Aziz Bakal Diheret Ke Mahkamah


Hi....hi....hi....buku dah bertemu dengan ruas.......nampaknya HusamLR terus-menerus menjadi beban kepada Pas Kelantan.

HusamLR ingat apabila dia saman Kickdefella maka Kickdefella akan duduk depan kamera kemudian baca skrip permohonan maaf terhadap dia.

Oh tidak.....tidak sama sekali.....Kickdefella lawan sampai habis.....pusingan pertama beliau telah menang apabila berjaya memindahkan kes dari Kota Bharu ke Kuantan.

Kini masuk pusingan kedua pula.....

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan 18-19 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan berkenaan.

Apa yang menarik perhatian adalah, peguam Kickdefella akan mensapina Nik Aziz sebagai salah seorang saksi untuk perbicaraan kes berkenaan. 

Kah....kah....kah....kah.....Nik Aziz bakal masuk mahkamah kerana HusamLR.......

Berikut berita yang dipetik dari antarapos.com
KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 hingga 19 Dis ini sebagai tarikh perbicaraan kes saman fitnah RM5 juta oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.
  
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Mariana Yahya di dalam kamarnya hari ini, bagi proses pengurusan akhir kes tersebut.
  
Mariana turut mengarahkan kedua-dua pihak iaitu peguam plaintif, Hisham Fauzi dan peguam Kickdefella, Datuk Jaharberdeen Mohamed Yunoos menyelesaikan segala urusan berkaitan dokumen yang diperlukan sebelum perbicaraan berlangsung.
  
Jaharberdeen ketika ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya akan mensapina beberapa pihak yang akan dijadikan saksi dalam kes berkenaan minggu depan.
  
"Antara saksi yang akan dipanggil ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan," katanya.

Pada 19 Sept tahun lalu,  Husam selaku plaintif memfailkan saman terhadap Syed Azidi yang dinamakan sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi RM5 juta ekoran penyiaran artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

  
Artikel tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat', 'Sebelum kita lupa Normala Sudirman' dan 'Husam itu pembohong' yang ketiga tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.
  
Defendan pada 9 Oktober tahun yang sama pula memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  
Bagaimanapun pada 17 April lalu, Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.
Saya yakin peguam-peguam Pas akan kelam kabut cari jalan untuk mengenepikan sapina yang dikeluarkan kepada Nik Aziz.

Kita tunggu dan lihat ya......


HusamLR-Husam lebuhraya

Pernah Anda Lihat Rosmah Berada Belakang Najib Dalam Dewan Rakyat ?

Beberapa hari lepas kecoh isu berhubung tempat duduk yang disediakan kepada isteri PM di majlis resepsi  ke dua perkahwinan Lee Chong Wei. 

Gila beb.....punyalah nak serang Rosmah punya pasal sampaikan tempat duduk pun dijadikan isu. 

Saya tidak berhajat nak jelaskan panjang lebar isu berkenaan kerana segalanya telah dijawab dengan baik oleh MyKMU.net. Sila klik di sini....

Rosmah yang duduk di tempat yang memang dikhususkan untuknya serta mengikut tatacara protokol di majlis yang tidak melibatkan kepentingan, kedaulatan, keselamatan atau dasar negara dan negeri dijadikan isu besar. Bagaimana pula dengan yang di bawah ini ?


Fungsi sesebuah Dewan Undangan Negeri adalah untuk menggubal perundangan dan dasar negeri. Dun juga mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Bukan semua orang boleh memasuki Dun sesuka hati. Sesiapa yang nak masuk perlu ikut segala prosedur yang telah ditetapkan. 

Dalam gambar diatas terang-terang ditunjukkan isteri tokong Pulau Pinang telah duduk di kerusi yang dikhususkan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas semasa Dun bersidang dan betul-betul di belakang suaminya. 

Pernah anda lihat Rosmah duduk di belakang Najib semasa suaminya menjawab soalan atau berucap di Dewan Rakyat ? 




ABCD - Asal Bukan Cina DAP

Tuesday, November 13, 2012

Video:Orang Pas Dedahkan Satu Perjanjian Telah Ditandatangani Untuk Menafikan Hudud


Hi....hi....hi....pimpinan Pas memang cukup fobia kalau dengar nama Cikgu Non.

Cikgu Non adalah antara pejuang Pas yang jenis sanggup syahid dalam perjuangan. Orang seperti ini sanggup berhabis atau berkorban apa sahaja demi parti. Dia juga adalah pejuang Pas sejak zaman Ibrahim Libya lagi.

Cikgu Non tinggal di Kampung Memali, berdekatan dengan sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Libya.

Sebab apa pimpinan Pas cukup fobia dengan Cikgu Non ?

Cikgu Non adalah antara penggerak utama untuk ibu-ibu tunggal yang suami mereka meninggal dalam kejadian Memali mencari pendapatan bagi meneruskan hidup.

Cikgu Non tahu bagaimana Pas mengutip duit dari orang ramai atas nama Tabung Memali yang mencecah juta-jutaan. Walaupun kutip juta-juta tetapi wang yang sampai kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim tidak seperti sepatutnya.

Setelah melihat wujudnya unsur-unsur penyelewengan dalam menguruskan isu derma itu, Cikgu Non mula bersuara. Mula-mula dia bersuara secara baik atau mengikut saluran parti. Tetapi suaranya tidak dipedulikan. Selepas itu beliau mula lantang bersuara tentang isu berkenaan. Kerana kelantangannya itu akhirnya dia dipecat sebagai ahli Pas seumur hidup.


Selepas dipecat Cikgu Non mula menulis sebuah buku yang menceritakan tentang kisah penyelewengan tabung Memali.

Pas cukup takut dengan buku itu......pernah dalam satu majlis ceramah di Memali petugas-petugas Pas memeriksa satu persatu gerai-gerai di tempat ceramah untuk memastikan buku berkenaan tidak di jual.

Seorang kawan pernah berjumpa dengan Cikgu Non dan dia berkata walaupun telah dipecat oleh Pas namun beliau tetap orang Pas.

Di bawah ini adalah video ucapan Cikgu Non di majlis Wacana mengembalikan Pas kepada perjuangan asal.

Cikgu Non mendedahkan bagaimana Pas telah menandatangani satu perjanjian dengan PKR dan DAP untuk tidak menyentuh hudud dan negara islam jika mereka berjaya menawan negara. Perhatikan pada minit 5.15.

Friday, November 9, 2012

Wartawan-Wartawan 'Dalang' Di Sebalik Keputusan Speaker Haramkan Sidang Media Orang Luar Di Parlimen


Rupa-rupanya dah lama para wartawan bengang dengan sikap seperti beruk dapat bunga puak-puak pembangkang di Parlimen.

Disebalik arahan Speaker Dewan yang melarang orang bukan MP mengadakan sidang media di Parlimen adalah hasil desakan para wartawan yang dah mual dengan gelagat-gelagat beruk yang mendapat bunga.

Ikuti kisah sebenar di sebalik larangan tersebut. Klik di sini

Khalid Ibrahim Di Sekolahkan Oleh Idris Haron

Dipetik dari Agenda Daily

Bayangkan senario ini – seorang pesakit menemui doktor mengadu sakit lelah. Tetapi doktor itu memberikannya ubat untuk resdung. Letakkan senario ini kepada isu air Selangor.

Umum mengetahui negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang itu mengalami masalah BEKALAN AIR, tetapi Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya menggunakan KAEDAH MERAWAT AIR yang dinamakan MEMBRANE.

Khalid mencadangkan idea itu sebagai hujah menolak cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji air Langat 2 untuk mengatasi masalah kekurangan air tetapi kerajaan Selangor menentang projek tersebut, sebaliknya menawarkan alternatif teknologi membrane yang didakwa lebih murah.

Pada sidang parlimen 30 Oktober lalu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah berdebat dengan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon dan mendakwa pembinaan loji air Langat 2 tak perlu dan penggunaan teknologi membrane lebih murah kosnya.

“Tan Sri Khalid tahu tak apa yang dia cakap apabila menggunakan terminologi kejuruteraan ini? Dia tahu ke kaedah Membrane ini sebenarnya digunakan untuk merawat air yang tercemar? Ia digunakan untuk mengasingkan air daripada mineral-mineral dan toksid yang membahayakan kesihatan pengguna.

“Jika kita guna kaedah Membrane ini untuk memisahkan mineral dan air yang tulen, kita akan menghadapi pembaziran sebanyak 30 peratus. Selain itu ia membabitkan kos yang tinggi dan sukar untuk dilaksana.

“Nampaknya dia sendiri tak faham apa yang dia kata. Ataupun dia cuba spin dan alih perhatian. Masalah yang dihadapi Selangor sekarang ialah penyimpanan atau pengumpulan air mentah, bukan masalah memproses atau merawat air tercemar untuk menjadikan ia air yang tulen dan selamat untuk diminum,” kata Ir Datuk Idris Haron (kanan sekali) yang merupakan seorang jurutera.

“Tan Sri Khalid ini bercakap main sedap mulut. Dia ingat konon apabila dia sebut teknologi Membrane, masyarakat tak akan bertanya apa benda tu. Dia perlu mendalami ilmu kejuruteraaan air apabila bercakap pasal air. Ataupun dia ingat rakyat Selangor tak bijak. Apabila dia sebut perkataan baru seperti Membrane, rakyat tak akan bertanya lebih daripada itu.

“Nak dekat pilihanraya ini, maka datanglah perkataan yang pelik-pelik, kononnya rakyat tak akan bertanya. Inilah cara pembangkang menipu rakyat,” tambah Idris, yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.

Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri (kiri sekali), yang juga seorang jurutera, menyokong kenyataan Idris. Katanya apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor itu tidak ada kena mengena dengan masalah bekalan air.

Hamim juga bersetuju bahawa penggunaan teknologi Membrane lebih mahal, malah dua kali ganda lebih tinggi dibandingkan dengan kaedah konvensyenal yang digunakan oleh Kerajaan Pusat.

“Lagipun Malaysia tak perlu menggunakan kaedah Membrane sebab kandungan mineral dalam air di engara kita bukanlah di tahap tinggi, malah dalam lingkungan yang dibenarkan. Penggunaan cara konvensyenal juga jauh lebih mudah dan murah,” katanya.

“Cadangan Menteri Besar Selangor itu sebenarnya lebih merupakan taktik mengalihkan isu seolah-olah ada kaedah lain yang boleh dibuat oleh Kerajaan Selangor untuk merawat air. Menteri Besar Selangor mempolitikkan isu bekalan air di Selangor.

“Berbalik kepada isu asas, kita kuarng bekalan air mentah untuk dirawat, Jadi jangan alihkan isu daripada kekurangan bekalan air mentah kepada kekurangan loji atau kaedah merawat air. Saya nasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web atau blog dari pihak yang profesional. Kaji, teliti dan cuba fahami mengenai teknologi Membrane ini,” katanya.


Orang Yang Bertanya Kesal Kerana Nurul Izzah Buat Pusingan 180 Darjah


Rupa-rupanya wanita yang bertanya soalan kepada Nurul Izzah adalah seorang wanita melayu. Dia juga merupakan seorang AJK hak asasi majlis peguam.

Betul ke dia melayu ? Entah ? 

Wanita tersebut yang bernama Siti Kasim kesal dengan Nurul Izzah yang dikatanya membuat pusingan 180 darjah.

Lihat sekali lagi video dia bertanyakan soalan dan bagaimana Nurul Izzah mendapat tepukan gemuruh.




Sekarang kita baca apa yang perempuan itu dah kata....

Klik di sini

Thursday, November 8, 2012

Pemuda Pas Telah Selamatkan Saya Dari Masuk Pas Hari Ini Atau Esok



Petang semalam saya turut menerima mesej black berry yang memaklumkan tentang Pemuda Pas akan mengadakan perhimpunan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada PKR berhubung kenyataan Nurul Izzah. Mesej itu menyatakan perhimpunan tersebut akan diadakan di Jumaat (esok) di Pejabat PKR di Petaling Jaya. 


Bukan satu mesej yang diterima, seingat saya mungkin dalam 5-6 mesej sama yang diterima. Sebaik sahaja melihat mesej pertama saya tak percaya. Tetapi apabila terima sampai 5-6 mesej yang sama, saya bertanyakan kepada seorang wartawan Agenda Daily kerana selama ini kebanyakkan sumber maklumat daripadanya tepat. 

Wartawan Agenda Daily tersebut berkata, aku rasa tak betul, tapi banyak pula mesej yang diterima katanya. Kamu rasa bagaimana ? tanya dia kepada saya. 

Anda tahu apa yang saya jawab secara spontan ?

Kalau betul Pemuda Pas berani buat demo kecam dan bantah Nurul Izzah Jumaat ini,  aku akan masuk Pas.

Kamu biar betul rbf....buatnya mesej itu betul....dalam Pas kamu nanti. Kata dia....

Goyang jugalah saya mendengar peringatan yang dia berikan.....tetapi dalam masa yang sama hati saya berkeyakinan Pemuda Pas tak akan berani buat begitu. Sebabnya islam yang mereka bawa dan diajar kepada mereka untuk berlawan dengan Umno dan parti-parti komponen BN yang lain sahaja.

Bagi mereka DAP atau PKR nak hina islam, nak keluarkan kenyataan apa sekali pun tak mengapa. Hatta kalimah Allah sekali pun mereka sanggup gadaikan kepada agama lain. Tetapi kalau Umno buka mulut sikit sahaja terus mereka nak berjihad dan masuk ke kampung-kampung cerita kepada orang ramai Umno hina islam.

Hari ini apa dah jadi ? 

Pemuda Pas telah menyelamatkan saya dari masuk Pas.....Terima kasih tuan.....terima kasih.....terima kasih.....terima kasih yang tak terhingga.

Pemuda PAS hari ini mengecam pihak yang menyebarkan SMS fitnah yang mendakwa mereka akan mengadakan perhimpunan dan menyerah memorandum bantahan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama.

Selepas menerima panggilan dan pertanyaan daripada wartawan, Ketuanya Nasrudin Hasan menegaskan kiriman SMS itu "sama sekali tidak benar dan fitnah" yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungawab.

Mengulas lanjut Nasrudin berkata: "Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Masih segar dalam ingatan kita bagaimana mereka turut mengheret Umno apabila Chua Soi Lek mengkritik hudud Pas beberapa minggu lepas. Kemudian seru orang ramai dan ahli Pas turun ke pejabat MCA untuk membantah Soi Lek. Lihat tulisan saya yang lepas di sini

Allah Maha Kaya......tak sampai sebulan Allah SWT tunjukkan kepada wajah islam Pas yang sebenar. Allah tunjuk dengan segera supaya umat-umatnya boleh membuat penilaian terhadap sikap sebenar orang-orang yang menggunakan agamanya untuk kepentingan politik. 

Jadi sekarang kita boleh lihat wajah-wajah syaitan yang berlagak malaikat yang berselindung disebalik nama parti islam dan pakaian. 

Kalau dengan cina MCA yang bukan Islam bukan main lagi mereka berkokok berderai-derai sampaikan Umno yang tidak terlibat pun habis mereka sesah. 

Sekarang apabila dengan orang melayu islam yang bersekongkol dengan mereka yang meletakkan islam setara dengan ugama-ugama lain serta menyokong LGBT, mereka kata itu satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti komponen dalam Pak-khatan Rakyat.

Umno yang tidak terlibat dalam kenyataan Soi Lek bukan main lagi kamu sesah, kamu kerjakan. Tetapi bila kena atas batang hidung kamu pandai pula kamu kata itu cubaan mengeruhkan hubungan sesama kamu ? 

Sebagai mengakhiri tulisan ini saya nak ucapkan terima kasih untuk dua perkara terhadap Ketua Pemuda Pas. 

1-Terima kasih kerana menunjukkan wajah sebenar Pas kepada orang-orang islam dalam negara ini.

2-Terima kasih kerana telah menyelamatkan aku dari masuk Pas dan berkawan dengan syaitan.

Budi baik Pemuda Pas telah menyelamatkan keceluparan mulut hamba amat-amat hamba hargai.

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik diingat selalu