Saturday, January 5, 2013

Ezam Pecah Lubang....


SHAH ALAM: Sikap “cemburu” Datuk Seri Wan Azizah Ismail terhadap isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan beberapa lelaki menjadi pencetus keputusan Senator Mohd Ezam Mohd Noor meninggalkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih lima tahun lalu.

Dalam wawancara dengan Antarapos, pengikut paling setia Anwar pada satu ketika dahulu itu ditanya terus terang sama ada beliau menyertai Umno kerana wang ringgit atau disebabkan kecewa dengan Anwar.

Isu Shamsidar dan hubung kait beliau dengan Anwar kembali menjadi fokus berikutan saman fitnah RM100 juta yang difail oleh Anwar terhadap bekas rakan tenisnya,  S.Nallakarupan. Kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan ini. 
 
Saman itu berkisar kepada tuduhan Nallakarupan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana beliau tidak bermoral dan seorang biseksual. Nallakarupan menamakan Shamsidar antara beberapa saksi yang mahu dipanggil untuk memberi keterangan.
 
Dalam wawancara itu, Ezam menegaskan beliau “tinggalkan” Anwar kerana isu-isu moral yang tidak dijawab oleh Ketua Pembangkang itu setelah sikap cemburu  Wan Azizah terhadap Shamsidar dan lelaki tertentu mencetuskan kesangsiannya terhadap Anwar.
 
"Saya bukan (dianggap sebahagian) keluarga Anwar, saya bukan dalam keluarga Anwar (tetapi) (ketika) Anwar dalam penjara tujuh tahun, saya dah jadi sebahagian dari keluarga beliau," kata Ezam. 
 
"Anak-anak Wan Azizah pada masa itu dah macam anak saya, mereka panggil saya pakcik (uncle), mak saya dah macam mak Wan Azizah.
 
"Barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku. Sebab saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap beberapa perkara. Cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan, tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.
 
"Shamsidar contohnya datang ke rumah itu, Wan Azizah terus berubah muka, Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam. Benda-benda macam ini saya tengok, ini semua berlaku secara natural (semulajadi)."
 
"Jadi ianya menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya,” kata Ezam.
 
Bagaimanapun Ezam berkata keadaan itu belum cukup untuk beliau meninggalkan Anwar sungguhpun sudah menimbulkan kesangsian terhadap beliau.
 
Beliau membuat keputusan itu selepas Anwar enggan mencabar keputusan bertulis Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 dengan dua daripada tiga hakim memutuskan Ketua Pembangkang itu terbabit amalan homoseks.
 
Bagaimanapun mahkamah berkenaan mengarahkan Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar setelah menjalani hukuman penjara enam tahun kerana sebab-sebab teknikal.
 
"Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseks itu berlaku," kata Ezam.
 
"Ketiga-tiga hakim termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar.. dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Tidak ada kesangsian di situ dia (hakim) kata, tapi disebabkan Azizan, disebabkan teknikal undang-undang …. jadi tidak cukup untuk mensabitkan Anwar ke penjara.
 
"Saya baca, jadi bila saya baca lagilah saya rasa sangsi, dan saya (desak) Anwar untuk jawab, bahawa dia harus ambil tindakan. Saya tidak boleh terus memberikan sokongan kepada beliau apabila sudah ada keputusan bertulis daripada Mahkamah Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa dia seorang homoseks.
 
"Takkan saya nak sokong seorang gay? Dan ini bukan berdasarkan satu judgement, ianya juga berasaskan dalam rumah (Anwar) apa yang berlaku (dan) banyak yang menjadikan saya sangsi, jadi saya berdepan dengan dia.
 
"Beliau jawab:  Ini semua konspirasi. Saya akan minta peguam saya untuk meminta mahkamah untuk memadamkan segala kenyataan hakim yang mengatakan saya ini peliwat.”
 
"Itu dia janji kepada saya, Anwar hidup lagi…anda pergi tanya dia, dia janji kepada saya, dan bukan dia janji kepada saya sahaja, dia janji kepada seluruh penyokong PKR, di rumah dia, dia buat ceramah pada beberapa malam sebab dia sudah tahu saya tak (yakin)..jadi dia nak yakinkan saya dalam ceramah.
 
"Hari ini dah 2012, anda boleh “check” dengan mahkamah, apakah Anwar buat permohonan untuk memadamkan kenyataan hakim itu? Anwar tak buat,".
 
"Dia tak buat. Dia ada hak untuk berbuat demikian dan dia patut melakukannya di atas prinsip moral dan sebagai seorang pemimpin. Kalau saya lah buat benda itu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati," kata Ezam.
 
"Sebab ini bukan soal main-main, ini soal moral saya. Dan Anwar ada ruang untuk buat dan dia janji untuk buat, tapi dia tak buat," kata beliau.
 
"Jadi sebab itu saya rasa, saya tidak ada lagi untuk meneruskan sokongan saya pada Anwar," tambah beliau. 
 
Selepas keluar daripada PKR, Ezam mengetuai sebuah pertubuhan anti rasuah (GERAK) sebelum menyertai Umno pada 28 Mei 2008.
 
Bahagian Kedua wawancara dengan Ezam akan mengupas hasrat Ezam menyertai PAS ditolak parti itu kerana mengganggap Anwar penting untuk agenda politik PAS. 
 
Sumber: Antara Pos

16 comments:

alatiffh said...

Mat Saleh kata" nothing new". Mana pergi berkotak kotak rahsia kerajaan? Ini yang penting. Persepsi persepsi.

Anonymous said...

Sebelum Ezam tinggalkan PKR, saya terlebih dahulu dah tinggalkan PKR. Nothing new!!! Dah tak yakin lgi dgn si Anwar tu!

Anonymous said...

Masa ezam dakwa ada berkotak-kotak dokumen rahasia kerajaan, aku suka sbb masa tu aku sangat bersimpati dgn dsai dan minat dgn gaya ezam.

Tapi aku lebih dulu tinggalkan adil berbanding ezam bila pengatan aku mendapati dsai tidak jujur dlm perjuangan lalu aku menjauhi adil dan PR sampai kini.. ternyata pada aku, ramalanku tepat belaka.

Bila ezam juga akhirnya tiggalkan adil (entah pimpinan no berapa ratus?) Seperti berikan isyarat ramalanku benar belaka.. mustahil jika ada 7 kotak ezam boleh simpan khasnya menjelang PRU2008. Jadi apa yg dikatakan ezam itu hanya retorik gempak shj. Sebab dia ada sedikit gaya sifunya (dsai) maka dia juga berjaya meniru kepakaran dsai dlm hal propaganda politik. Apa propaganda kosong dsai? Berlambak...

Bila ezam gagal kemukakan 7 kotak, apa kita nak tunggu ezam buat kenyataan media di TV1 & TV3. Bahawa itu semua adalah pemanis (penyedap) pimpinan politik keadilan dan PR sahaja... Usahlah taksub memBABI buta. Isu kota ezam tak penting mana banding isu keputusan bertulis juri yg dengan jelas menyatakan kejadian liwat memang berlaku...

Sanggup pejam mata utk tidak lihat isu kebejatan moral seorang pemimpin politik lantaran taksub... elok juga disiarkan semula gambar dan nama tokoh pimpinan keadilan/PKR yang telah tinggalkan mereka. Setakat. Jui Meng & Kadiaq apalah sangat sbb mereka belot slepas tiada kedudukan dlm parti yg memerintah..

Anonymous said...

Dari azali lagi aku dah tahu PAS,DAP dan terbaru PKR adalah Parti PEMBOHONG...

Parti SEMBANG Libey...
Kalau dah Politik tu tak payah ler nak bawa Islam sekali...bukan masalah politik suku. agama suku.

Masalahnya Agama Islam hanya...aku ulang seklai lagi HANYA dipergunakan demi menipu rakyat yg jahil dan dungu. Walaupun berada di era global, sepatutnya manusia ni cerdik, tetapi yg Dungunya masih bersepah. Tak perlu susah2 utk menipu..lebih2 lagi rakyat Malaysia yg mmg mudah ditipu. Cukup pakai serban,kelek alquran manusia sudah boleh tertipu...tak semestinya yg berserban tersebut reti membaca alquran???.

Ambil mudah dah ler...kita diwar-warkan oleh SCAM mat2 Afrika yg menipu melalui Internet, tetapi masih lagi boleh ditipu???. MASALAHNYA yang kena tipu tersebut bukan calang2 manusia..Cikgu2..Pensyarah...Peguam...Ahli Korporat...kiranya berstatus ler...

So...kat sini kita dah tahukan...sesiapa yg menyokong PR memang buta tuli ler...bodohnyaaaa

malique said...

Ezam macam katak dibawah kotak melalak....

Embo Bongol said...

Sokong PKR sokong Peliwat! Saya tidak mau peliwat sebagai pemimpin.

Anonymous said...

Katak mana melalak la bodoh... katak mangatak hahahaahahahah

Anonymous said...

Test

Anonymous said...

betul tu..
ezam macam katak..
sama la gak dengan yg dari BN ke PR semuanya macam katak puru.melalak jer..

alih lain punya lama dalam parti tetiba ada orang dari parti lain lompat terus diangkat jadi pemimpin..

kesian geng parti katak PR

Anonymous said...

Ezam ni kena perjelas tentang janji nak bongkar 6 kotak rahsia ... lepas tu baru aku boleh terima utk menilai kata-kata dia.

Semntara tu ... Ezam ni masih berbohong.

Anonymous said...

Oleh kerana nama Shamsidar tercatit dalam posting ini,Saya lebih tertarik dengan kes saman rm100 juta Anwar Ibrahim keatas Nallakaruppan yang akan mula didengar pertengahan bulan ini. Yang menarik perhatian saya ialah usaha mengadakan tunjuk perasaan untuk 'menghalang' Shamsidar Taharin dari menjadi saksi perbicaraan tersebut.

Kalau tidak silap ada 10 nama saksi yang bakal dipanggil untuk kes tersebut. Tiga perempuan dan tujuh lelaki. Salah seorang ialah Shamsidar Taharin. SOALNYA: Kenapa PKR amnya , Anwar Ibrahim dan Azmin khasnya hanya berminat untuk menghalang Shamsidar Taharim? Pelik kan? Bagaimana dengan sembilan yang lain?

Mungkinkah ini jawapannya? Sembilan orang yang lain tidak meninggalkan DNA Anwar Ibrahim pada tubuh mereka kerana jika benar pun ianya berlaku maka bukti2 yang bakal didengar hanyalah disekitar 'keterangan' saksi yang boleh dicabar dan menjadikan kesilapan teknikal untuk 'membebaskan' Anwar Ibrahim. Kalau itu boleh diterima sebagai alasan apa kene mengena dengan Shamsidar Taharim kerana ditubuh Shamsidar juga tidak ada DNA Anwar Ibrahim yang terlekat kerana jika benar pun Shamsidar dan Anwar Ibrahim ada hubungan sulit tentu tiada lagi kesan DNA pada tubuh Anwar Ibrahim sebab perkara itu sudah lama berlaku. Betul juga alasan itu tetapi jangan lupa AFIFAH.

Jika Shamsidar menjadi saksi pastinya nama AFIFAH akan terlibat sama. Shamsidar dan Azmin boleh sahaja mengakui bahawa Afifah adalah 'anak' mereka tetapi jika demi menegakkan kebenaran, mahkamah memutuskan supaya ujian DNA dilakukan keatas AFIFAH, Azmin, Shamsidar dan Anwar Ibrahim mesti dibuat untuk mengesahkan bapa biologi AFIFAH, bagaimana? ITULAH yang sedang menghantui Anwar Ibrahim, Shamsidar dan Azmin sendiri. Itu juga sebabnya Anwar Ibrahim merancang untuk berdemonstrasi 'menghalang' Shamsidar menjadi saksi kes saman yang Anwar sendiri buat keatas Nallakarupan. Jangan terkejut jika tiba2 Anwar Ibrahim menarik balik saman tersebut.

Apa pun yang bakal Anwar Ibrahim lakukan tidak akan mendatangkan 'keuntungan' kepadanya. Mengadakan demonstarasi yang bakal diadakan itu sendiri akan menjadi bahan lawak kepada majoriti rakyat Malaysia dan juga masyarakat dunia. Menghalang Shamsidar dari menjadi saksi perbicaraan pula adalah satu perbuatan yang boleh dianggap sebagai menghina mahkamah. Menarik balik saman bererti apa yang dikatakan oleh Nallakaruppan keatasAnwar Ibrahim adalah benar. Jadi apa lagi yang boleh Anwar Ibrahim lakukan. Anwar Ibrahim sedang tertekan dan serba salah. Kes saman Anear Ibrahim kali ini benar2 akan menjahamankan Anwar Ibrahim sendiri. Satu lagi persoalan ialah : Adakah PAS dan DAP akan sama2 mmenyokong Anwar Ibrahim untuk mengadakan demonstrasi tesrbut? Kita tengoklah nanti. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Nasib baik Ezam tak masuk Pas. Kalau masuk Pas jadi lembu macam rakyat Kelantan ... dah lebih 20 tahun orang kelantan jadi lembu kepada Nik Aziz.

Aku rela jadi KAFIR kerana Umno daripada nak undi Pas yang jadi barua kepada DAP untuk menjahanamkan melayu dan islam.

Aku rela jadi KAFIR kerana sokong Najib daripada sokong Nik Aziz atau Hadi Awang.

Kafir pun Kafir lah janji tak gadai kepentingan melayu dan islam kepada DAP .. Umno tetap pilihan ku walau Umno itu party KAFIR.

Aku patuh dan taat kepada Amanat Hadi Awang kerana aku adalah ....

Hj Mansuh

Anonymous said...

Apa pun aku tengok Shamsidar tu lebih cun daripada Wan Azizah. Mungkin Shamsidar " punya apom " tu lebih enak daripada Wan Azizah " punya apo " .. sebab tu lah Anwar balun tak jemu2.

Azmin, Azmin apa punya jantan la hang ni, satu dunia duk bercakap pasal bini hang kena balun dengan jantan lain ... hang lalu nak simpan lagi.

Wan Azizah pun sama, mahkamah dah bagi tahu hang punya laki selain suka " apom " dia juga telah dibuktikan menyukai " kilang kunyit " ... apa rasa Kak Wan bila dapat hero macam Abang Anwar ?

Apa pun Nallakaruppan juga yang lebih mengetahui ceritanya ...

Anonymous said...

BAIK ARHH BRO WAH SETUJU 1000%

SEMANGAT PEJUANG MELAYU!!

JANGAN JADI PUAK BONGOK MELAYU PEMBANGKANG!!!

BN THE BEST!!

TUN M TBE BEST!!

LUV NAJIB & MUHYIDIN AND THE REST OF UMNO/ BN LEADERS!!

Anonymous said...

Ada ore suka pecah lubang, ade ore lubangnya dah pecah............

Shanor said...

mana dokumen yg berkotak2 tu ekk