Sunday, January 27, 2013

Gaza: Harakah Bogelkan Presiden Pas


Selama ini jika ada isu Palestin, Gaza dan Hamas Pas lah yang akan berlagak sebagai hero dan mengutuk Umno dengan pelbagai kutukan.

Merekalah hero...

Merekalah jaguh....

Merekalah pejuang rakyat Palestin sejati.....

Orang lain semua tak boleh pakai.....hanya mereka sahaja yang boleh pakai....

Tup...tup...hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba sahaja hujung minggu lepas kita terima berita Datuk Najib akan ke Gaza pada hari Selasa....

Terlopong puak-puak Pas melihat Najib berada di Gaza.....

Tiba-tiba hari ini tanpa disangka dan tanpa di duga lidah rasmi kawan syaitan keluarkan berita yang 'membogelkan' Haji Hadi.

Berikut adalah berita dari harakah
GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak.

Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.

“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.

“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid  Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.

Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.

Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin.

Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.

Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.

“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.

“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.

Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza.

Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.

Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.

Bercakap, berkokok, bertempik pasal Palestin sekian lama rupa-rupanya dia tidak pernah sampai ke Gaza untuk berjumpa PM Palestin dari Hamas.....kah....kah....kah....kah....

Bukan main lagi dakwa Pas telah sekian lama jalin hubungan dengan Hamas, tapi presiden Pas tak pernah pergi jumpa pemimpin Hamas. Kah....kah....kah...kah.....

Malu lah weh....pemimpin Hamas terpaksa kirim salam dan undang secara terbuka untuk Presiden Pas datang ke Gaza.....kah....kah....kah...kah....

Malu lah dengan Umno weh........pemimpin Umno yang dituduh kapir, sesat, sekular dan sebagainya lebih awal pergi jumpa Ismail Haniyeh berbanding dengan Presiden Pas yang mendakwa telah lama jalin hubungan dengan Hamas.

Terima kasih harakah kerana melaporkan berita yang 'membogelkan' pemimpin Pas. Kini dan dah nampak semua parut, panau , kurap dan kudis yang ada di badan mereka. Bercakap ja lebih...bercakap ja besar....tapi hampeh.....

Sampai terpaksa kirim weh untuk Presiden Pas sampai ke Gaza.....kah...kah...kah....kah....kah....

29 comments:

Anonymous said...

Bro rbf ni gelak dgn dengkur same kuat..

Rbf dah smp gaza ke?

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

DIA NAK PERGI BRO TAPI TAK TAU NAK BAWAK BINI YANG MANA SATU. MASING MASING TAK NAK NGIKUT...

Anonymous said...

nampak sangat huru-harakah ni penipu... Masjid Al-Aqsa tu bukan kat Gaza dol... PM Najib pun tak boleh masuk Tebing Barat sebab tak iktiraf Israel, macamana Ismael Haniyeh boleh ajak Tok Garu Hadi Awg solat di situ pulak... nak menipu pun agak2 la sikit

Anonymous said...

Kah kah kah kah kah kah kah


Haprakdaily, seharian tak menipu memang tak sah. Bagus RBF sebab print screen sekali artikel MAHA BANGANG dari haprakdaily tu.... TEPAT DARI SUMBER...

Kah kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Rombongan 11 orang sukarelawan Yayasan Amal Malaysia termasuk seorang wakil Harakah akan berlepas ke Gaza, Palestin pada 15 hingga 24 Disember yang diketuai oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah.

Rombongan Amal Malaysia itu turut membawa sepucuk surat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) oleh Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Abdel Salam Ahmed Haniyeh.

-----------------------------------

Pergi sampai 24 disember, tapi baru hari ni nak masuk akhbar harakah pasal kenyataan ismail haniyeh pada hadi awang?? Game ape yang pencacai-pencacai haprak hamPAS main ni??

Anonymous said...

Ismail tak jemput pun...perasan je. Ismail kenal hadi pun tak kot.

malayoo mudah lupa said...

DS Najib suka ambil pendekatan 'Let the results Speak by itself"...sbb tu dia tk war2 kan sebelum pegi

Longchepoh said...

Kah kah kah...last-last sekali sapa yang kena tipu? Puak-puak PAS yang caya habih dengan Harakahrut jugak kan. Kesian....

Anonymous said...

Patut jemput nuar sekali baru bestt.....

Anonymous said...

RBF faham tak makna masjid al-aqsa? kesian bodo pekak dan bisu dan kamu takkan kembali

Anonymous said...

Kalau bahasa budak muda 'kirim sallam...' kat hadi korang tu...hehe..

Anonymous said...

anon 11:15pm
kamu tahu tak Masjid Al-Aqsa tu kat mana? banyak sangat baca huruharakahak memang bodo pekak dan bisu jadinya...

Anonymous said...

Haramkah gempak lebih. Habuk pun tarak. Hadi nak ke gaza? Hmmm kuching keluar tanduk pun dia tak jejak gaza. Kalau betul kuching dah kaluar tanduk hadi dah kojol agaknya kot

usin said...

anon 11:15pm.
siapa yg pekak dan bodoh tu? kamu atau rbf? masjid al-aqsa kt mana, di gaza ke? bagaimana hj hadi boleh bersolat di masjid al-aqsa jika tidak mengikhtiraf israel? kenalkah ismael haniyeh dgn hj hadi? pernahkah mereka bertemu? 24 disember 2012 wakil dh pergi ke gaza tp berita baru sekarang keluar harakahkahkah? bukankah berita ini bernilai tinggi dr segi politik pas? ish! ish! ish!...bnyknya persoalan yg maha pelik dari akhbar bnyk ketawa harakahkahkah.... sehari tak menipu rasa nk pitam harakahkahkah ni.....

Anonymous said...

Kesian PAS dah chekmate...Hanya Fitnah dan spin isu saje yang mampu dipaparkan dalam haramkah..PAS =Parti Anjing Suruhan

Anonymous said...

Biarkan dia pergi, harap diditangkap askar israel

Anonymous said...

harakah kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

kalau hj hadi di tangkap askar israel, PM juga la yang sakit kepala nak minta hantar balik atau bebaskan.

Anonymous said...

Kalu anda sudah tonton cerita Sebuah Piala Seekor kambing, kirim salam dalam cerita tu adalah penapar.

Kirim salam ialah untuk ingat mengingatkan juga berlaku. Hj hadi berani depan bini je.

Anonymous said...

Ada benar juga Nuaq dan DAP tak mahu presiden pas ini jadi PM. Nuaq dan DAP dah masak benar dengan sifat haji hadi.

Anonymous said...

Apa lg pas pis pus ni akan beli la.nak g gaza tp najib komplot ngan imigresen x kasi kuar msia.mcmna nak g?kan depa kata dah lama dah tjalin hubungan.umno je kecoh.
Jalin dlm mimpi kot wahai pencacai pas..

Kah kah kah..propa je lebih

Anonymous said...

MUNGKIN DIA AJAK HJ HADI SEBAB DIA FIKIR PR MENGIKTIRAF NEGARA YAHUDI ITU KOT? YE LA, ANUGERAH TUHAN DAH KATA PROTECT THE SECURITY BLA BLA BLA..

PAS KAN DALAM PR..SO BOLEHLA PEGI MASJIDIL AQSA..SEBAB KAWAN NEGARA YAHUDI KAN?

HEHEHE

Anonymous said...

saudara usin 1:18 AM, 24 disember rombongan syok sendiri tu baru balik dari gaza. Tapi berita KIRIM SALAM ni 1 bulan lewat baru nak habaq dalam harakahkahkahkah....

Cuma aku musykil la, takde pulak agensi berita antarabangsa atau dari Palestin sendiri yang publish pasal berita KIRIM SALAM Ismalil Haniyeh tu. Yang beria-ria nak cerita hanya dari harakahkahkah je. Nampak sangat la Hadi boroi ni tak terkenal satu dunia pun....

Kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Bro...kalau bukan harakah mesti yayasan amal tu yang berbohong...salam pm palestin mungkin betul...tapi ayat lain dalam berita tu penyedap cerita je.....ada ka nak solat kat al aqsa di gaza...

parangpanjang said...

Assalamualaikum.
Mohon untuk pautkan link blog kami http://parangpanjang.blogspot.com di blog tuan.
Blog tuan telah dipautkan di blog kami.
Terima kasih.

Anonymous said...

Nampak Sangat Harakah penipu Gaza di kuasai oleh Hamas Masjid Al-Aqsa di Tebing Barat di bawah pimpinan Fatah. Kedua-dua tempat ini terpisah. Mungkin dia nak ajak Haji Hadi pergi Masjid Al-Aqsa ikut terowong rashia......keh..keh..dengan orang PAS boleh lah dia kelentong....ada juga pak lebai yang percaya.....

Anonymous said...

Biar sy jawab masjid al aqsa terletak d baitulmuqadis atau jurusalem...selalu nya kita masuk melalui jordan..melalui Dead Sea... Tebing Gaza dan Masjid Aqsa jauh...

Anonymous said...

anon 7:31pm
pembetulan... bukan Tebing Gaza tapi semenanjung Gaza(Gaza Strip)... tapi kalau pencacai2 PAS bukan tau apa pun...kalau Tok Garu via Harukah cakap Malaysia ni Kesatuan Eropah pun mereka percaya bulat2...

parangpanjang said...

Terima kasih...