Thursday, January 3, 2013

Haji Hadi Kafirkan Diri Sendiri ?

Suatu ketika dahulu pada 7 April 1981, berlangsunglah satu ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu yang menampilkan Hadi Awang sebagai penceramah utama yang kemudiannya telah mencipta sejarah perpecahan ummah yang berpanjangan sehingga lebih dua dekad.  Semuanya gara-gara sebuah Amanat atau Fatwa yang disampaikannya, yang antaranya berbunyi: 

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. 


Daripada Amanat Hadi di atas, adalah jelas bahawa beliau menyeru pengikutnya menentang UMNO kerana mengamalkan  perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.  Beliau  kemudian merujuk kepada penentangan itu sebagai jihad di mana sekiranya terkorban dalam keadaan menentang UMNO adalah syahid kerana UMNO itu kafir akibat mengambil sikap  ‘politik suku, agama suku’ iaitu mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah yang seperti yang disebut sebelum itu. 

Menurut Islam, dalam konteks di atas, sebuah penentangan yang dipanggil jihad adalah penentangan yang bersifat peperangan atau pertempuran antara orang Islam dengan pihak yang  memerangi Islam dan orang Islam.   Syahid pula adalah kematian dalam ketika sedang berjuang ke jalan Allah SWT iaitu memerangi pihak yang memerangi Islam dan orang Islam itu tadi.   Kafir pula adalah merujuk kepada mereka yang tidak mengucap kalimah syahadah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT.  

Justeru, kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat betapa Amanat Hadi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana terbukti UMNO langsung tidak menepati ciri-ciri kafir sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran. 

Malang bagi kita kerana ramai juga umat Islam di Malaysia yang terlalu mudah terpengaruh dan menjadi taksub dengan Amanat Hadi kerana enggan menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk mengupas intipati Al-Quran.  Kerana itu terjadilah perpecahan yang teruk dan berpanjangan di kalangan umat Islam iaitu antara jiran tetangga, saudara mara, adik beradik, keluarga dan suami-isteri.   Walaupun zaman telah berubah, namun ketaksuban segelintir mereka masih kekal sama selagi Hadi sendiri tidak meletakkan titik noktah mahupun memadamkan amanatnya. 

Dari perkembangan semasa, nampaknya Hadi tidak akan sekali-kali menarik balik Amanatnya, atau dalam ertikata lain, masih inginkan pengikutnya berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO itu kafir kerana masih mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.

Namun, yang menggerunkan kita ialah dalam keghairahan ‘berjihad’ menentang UMNO yang ‘kafir’, Hadi telah tidak semena-mena telah ‘mengkafirkan’ diri sendiri apabila turut menjunjung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang diamalkan UMNO.  Untuk itu, Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama Pakatan Rakyat merupakan dokumen rasmi yang merekodkan bagaimana Hadi mengkafirkan diri sendiri kerana di dalamnya terdapat ikrar PR yang berbunyi: 
“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”
Ini diperkuatkan lagi dengan Ucapan Dasar Hadi sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar PAS 2012 yang bertajuk, Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.  Antara kandungan ucapan ini ialah:  
“Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga, PAS juga ingin melebarkan 20 komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya, selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti.”

Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah, untuk memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda, meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita, membela dan memajukan golongan petani, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat, agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan, memperkenalkan keadilan sistem pendidikan, memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan, dan sebagainya.

Sebenarnya, Hadi telah lama mengkafirkan dirinya iaitu ketika menuju PRU-11 lagi,  iaitu ketika  PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.  PAS kemudian membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Hadi berkata; 
"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan.  Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Justeru, apa sudah jadi Hadi?  Akhirnya, perlembagaan dan undang-undang yang dahulunya dikatakan menjadi punca UMNO jatuh kafir kini turut dijunjung dan dipegang oleh Hadi. 

Nampaknya, begitu tinggi sekali riak, takbur dan egonya manusia yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama ini, sehingga sanggup mengkafirkan diri sendiri daripada menarik balik amanatnya.   MasyaAllah!   Apa lagi yang nak dikata..??

Beruang Biru

15 comments:

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan sebagai fatwa politik dan bukannya fatwa Islam. Fatwa politik ini akan didendangkan setiap kali sebelum pilihanraya. Fatwa sebegini boleh berubah-ubah mengikut keperluan dan situasi semasa.

Modal yang seringkali dijaja kepada bakal-bakal pengundi Melayu Islam ialah Hukum Hudud dan Negara Islam. Harap selepas ini tiada sesiapa lagi yang akan terpedaya dengan modal sebegini.

PAS adalah sebuah parti politik Melayu yang menggunakan label Islam. Manakala Islam pula ialah agama suci yang dianuti majoriti Orang Melayu di Malaysia.

Islam bukan hakmilik mutlak PAS, tetapi Islam milik seluruh manusia di dunia ini.

Pemimpin-pemimpin PAS bukannya maksum. Oleh itu, mereka tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

Rujukan utama umat Islam ialah Al-Quran dan Hadis dan bukannya Buku Jingga.

Jika ada keluar dari Islam, anda adalah murtad. Tetapi jika anda keluar dari PAS, anda masih lagi seorang Islam.


Anonymous said...

Mengata orang kafir akan terpalit kepada diri sendiri. Apabila pemimpin pas kata UMNO kafir kerana bersongkol kepada bukan Islam...bukankah hukum tu telah jatuh kepada Pas sendiri apabila mereka bersongkol dengan DAP. Apabila kata kerajaan tidak mahu melaksanakan udnang2 Islam kafir, bukankah dalam perjanjian mereka istiharkan mereka bukan nak buat negara Islam So bukankah tuduhan kafir itu kembali kepada mereka yang menggelar orang islam kafir?

Anonymous said...

yeay... terbaekk.. lebih kurang sama dengan apa yang saya komen di facebook dr maza pasal amanat hadi ni semalam... tengkiu RBF sebab tulis menda nih... RBF punya medium lebih luas.. komen saya di status dr maza mungkin cai2 penyangak PR tak baca pon.. hehe..

sas amir

Anonymous said...

Hakikatnya PAS masih tercari-cari apakah sebenarnya bentuk negara Islam yg mereka perjuangkan. Kelebihan UMNO adalah mereka gunakan kekuatan politik untuk mepentingan Islam. Islam tetap terpelihara dan pilihan untuk rakyat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam terjamin. Ada mahkamah syariah untuk menegakkan undang-undang Islam. Hukum hudud juga boleh dilaksanakan tetapi mengambilkira hak dan kebebasan agama lain, maka ia tidak dibuat untuk mengelakkan ketidak adilan.

Anonymous said...

umno menggunakan politik demi mencapai matlamat islam. manakala pas menggunakan islam demi mencapai matlamat politik.

Anonymous said...

Tolong terangkan kpd Hadi bahawa Chegu Non tu lebeh mulia dan lebeh berpelajaran dari naib presiden Pas Mampus Omar tu.

Anonymous said...

Anon 5.43 dan Anon 7.01pm - Terbaik!! I LIKE!! UMNO guna kekuatan untuk capai matlamat Islam, PAS Gunakan ISLAM untuk capai kepentingan politik! I LIKE!!

Anonymous said...

mmg umno kafir pun...kah kah kah..janji nk bg hadi masuk tv..dah xjd plak????? flip flop betul la umno ni...mmg umno bodoh...kah kah kah... pencacai taik umno pun bongok gak...he he he...

DON MELAYU said...

ibarat meludah ke langit jatuh ke atas muka sendiri...Aku tengok PAS ni berlagak mcm islam tu berhak utk mreka jer shnggakan mreka blh brckp dan mngeluarkan fatwa2 sesuka hati mereka mentang2 lah parti mereka ada perkataan islam,seolah2 hnya mreka shj yang lyak bercakap ataupun mmbncgkan soal islam ni..shnggakan seorang guru pun haji hadi snggp hina demi nak mmpertahankan amanat karut dia..

ingat lah wahai PAS,antara garis panduan Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ) ialah seorang islam itu tdak blh mengkafirkan saudar seagama dgn mreka..ilmu ni xprlu pegi pondok,ataupun Universiti besar2..ilmu ni diajar di sekolah,dengan kata lain bdk sekolah pun tahu pasal bnda ni..aku tahu sbab ustazah aku yg ajar msa aku sekolah dulu dan sekolah aku dulu ialah sekolah yg dtbuhkan oleh kerajaan yg ad skrg ni...

Jangan cakap pasal nak bela islam kalau undang2 yg dah guna 20 tahun pun PAS snggp buang semata2 nak puaskan hati cina kafir DAP...haikkhtuiihh!!!!

Anonymous said...

berapa banyak pusat serenti yang PAS DAP PKR dah buat di sgor kedah pinang dan kelante...

Jawapannya?

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Anonymous said...

Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud: Akan datang satu zaman dimana Islam itu tidak tinggal hanya pada namanya sahaja. Al-Quran tidak tinggal hanya pada ayat dan hurufnya sahaja. Masjid2 mereka tesergam indah tetapi jauh dari petunjuk. Ulamak2 mereka adalah manusia paling jahat dikalangan manusia. Dari mulut ulamk2 ini akan muncul berbagai fitnah dan kepada mereka FITNAH ITU DIKEMBALIKAN'.

Hadith diatas jelas 'terkena' diatas kepala Hadi Awang khasnya dan kepada PAS amnya. Amanat Hadi Awang adalah FITNAH jahat Hadi dan PAS. Umum sudah mengetahwi kerosakan aqidah penganut2 ajaran sesat yang dibawa oleh Hadi dan PAS. Umum juga tahu asas yang Hadi guna pakai untuk mengkafirkan UMNO ialah kerana UMNO menjalin kerjasama dengan golongan kafir zimmi iaitu MCA dan MIC. Jika asas yang sama digunakan sebagai 'rujukan' maka ia membenarkan lagi hadith tersebut kerana hari ini dibawah kepimpinan Hadi Awang sebagai Presiden, PAS bukan sahaja bekerjasama dengan Kafir harbi DAP tetapi lebih memalukan apabila Hadi Awang sendiri mengakui bahawa PAS hari ini adalah 'hamba abdi' DAP melalui kenyataan Hadi yang mengatakan dan mengakui bahawa 'PAS adalah kuda tunggangan DAP'. Jika UMNO merupakan parti dominan dalam BN, PAS sebaliknya merupakan parti 'melukut ditepi gantang'. PAS hanya menjadi pak turut kepada DAP. Hadi Awang masih belum mengambil sebarang langkah membetulkan aqidah penganut2nya hingga hari ini, sebaliknya cuba mencari alasan untuk mengelak dari menjawab isu pokok yang dibangkitkan oleh 'penganut2 ajaran sesat' yang Hadi Awang bawa. Lebih menjijikan apabila Hadi Awang menghina CN Afghani yang inginkn penjelasan dan meminta Hadi Awang menarik balik amant sesatnya itu.

Kepada 'penganut2' ajaran sesat Hadi Awang yang masih hidup masih lagi ada kesempatan untuk bertaubat dan meninggalkan Hadi Awang dan PAS. Mereka yang sudah insaf wajib juga bertndak untuk menyedarkan mereka yang masih sesat untuk kembali kepangkal jalan. Kepada umat Islam yang lain wajib juga membantu 'memerangi' ajaran sesat Hadi Awang kerana perjuangan menegakan aqidah Islam sebenarnya adalah jihad. Saya percaya Hadi Awang umpama berada dalam api yang sedang 'membakar' sekujur tubuh tuanya. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

23 TAHUN TERLEWAT.

ISU YANG DIDENDANGKAN BILA TIADA LAGI JALAN KELUAR.

Anonymous said...

Awak ni ahli PAS ye? Bakal penghuni syurga la ni? Tengok ayat2 yg digunakn oleh bakal penghuni syurga PAS ni. Mulia sungguh!

Anonymous said...

Cukup lah Amanat Hadi ini jangan kita panjang2kan cerita. Bagi saya Amanat pekejadah ni tak ada apa2 kesan pun.

Sebagai penyokong Umno saya tak rasa apa2 kesan pun dalam hubungan saya dengan orang melayu bukan Umno. Adik beradik saya lebih ramai yang menyokong Pas daripada yang menyokong Umno ... kami tak ada masalah. Kawan rakan saya ada Umno ada Pas ... kami boleh bercampur.

Hanya melayu yang sempit dan cetek islam saja yang terpengaruh. Melayu jenis ini lah yang pandang orang lain semua KAFIR belaka, yang ISLAM hanyalah puak2 dia saja.

Tolong hayati FAKTA ini :

Cina islam rakyat negara ini tak pernah ambil kisah dengan Amanat Hadi Awang tu, India islam pun sama. Itu belum lagi diambil kira bangsa lain seperti bangsa arab, bangsa negro afrika, black muslim america, mat2 saleh yang muslim, rakyat rusia yang muslim, rakyat negara cina yang muslim, rakyat turki yang muslim dan seluruh muslim yang bukan melayu dalam dunia. Kalau nak ikut Amanat Hadi Awang tu habis semua satu dunia jatuh KAFIR, yang betul2 islam hanya lah Hadi Awang, Nik Aziz dan orang melayu yang jadi ahli Pas di Malaysia ini saja.

Hadi Awang ni dia perasan lebih saja. Dia perasan dia lebih islam daripada orang lain, dia perasan dia lebih tahu daripada orang lain. Bila dia boleh hukum kafir keatas orang lain maknanya dia dah mendahului Allah.

KEBODOHAN Hadi yang paling ketara sekali ialah bila dia kata video tu besi yang tak boleh bercakap maka tak boleh diterima jadi bahan bukti mahkamah. Saya tak pernah jumpa lagi seorang presiden sebuah parti politik yang SEBODOH itu ... buat malu melayu dan buat malu islam saja. Adakah orang melayu yang angkat dia jadi presiden parti merka juga SAMA BODOH macam Hadi Awang ???????

Kalau orang2 Pas ni terdiri kalangan orang melayu yang cerdik dan berotak ... tak merasa lah Hadi Awang nak jadi Presiden Pas. Begitu juga kalau orang2 Pas ni terdiri kalangan orang melayu yang cerdik dan berotak ... tak ada lah mereka nak pandang orang melayu Umno ni sebagai KAFIR seperti yang disebut dalam Amanat Hadi Awang tu.

Kesimpulan saya adalah : Yang buat Amanat tu tak berapa cerdik dan tak berapa beraqal. Manakala yang terpengaruh juga adalah yang tak cerdik dan tak beraqal.

Adakah ahli2 dan penyokong Umno takut jadi KAFIR kerana Amanat itu ? Kalau ahli dan penyokong Umno masih duk bimbang dengan Amanat itu ... adakah ahli dan penyokong Umno juga tak cerdik dan tak beraqal ? ... adakah pemimpin2 Umno pun serupa ?

Saya rela jadi KAFIR mengikut tafsiran Hadi Awang, namun Umno tetap menjadi pilihan saya pada PRU 13 nanti. Ayuh semua orang melayu, beritahu Hadi Awang, beritahu Nik Aziz ... kita redha menjadi KAFIR kerana memilih Umno pada PRU 13 nanti. Kita sanggup jadi KAFIR kerana mahu menyelamatkan negara, mahu menyelamatkan bangsa melayu dan mahu menyelamatkan agama islam.

Hj Mansuh