Wednesday, January 30, 2013

Johor Berpotensi Beri Kejutan Kepada BN Dalam PRU 13


Saya tidak tahu bagaimana pendapat anda tentang nasib BN dalam PRU akan datang. Namun bagi saya, saya yakin BN akan kembali menerajui pemerintahan negara.

Bagi negeri-negeri pula, saya tak bimbang dengan Selangor, tak risau dengan Kedah dan ada harapan untuk Kelantan. 

Yang pertama paling saya bimbang dan takut sangat-sangat adalah Johor, dan yang keduanya Negeri Sembilan.....

Mungkin ada orang akan kata Johor tak akan kalah kerana Johor dengan Umno dan BN sudah sebati.....

Ingat Johor ingat BN....

Ingat BN ingat Johor.....

Tapi itu semua nostalgia silam.....

Zaman sudah berubah sekarang ini.....

Siapa sangka Selangor yang satu masa dulu calon pembangkang jika bertanding deposit pun hilang.....

Sekarang apa dah jadi ? 

Akhir-akhir ini banyak sangat orang bercakap tentang kepimpinan negeri Johor, terutamanya masyarakat melayu di Johor Bharu dan bandar-bandar sekitarnya.....

Saya turun sendiri, saya lihat sendiri dan saya dengar sendiri.....Bukannya disampaikan oleh pihak-pihak ketiga kepada saya. Sebelum ini tidak bercadang untuk menulisnya. Tetapi memandangkan sejak akhir-akhir ini terlalu banyak sangat isu Johor yang dibicarakan maka saya juga terpanggil untuk menulis apa yang saya tahu.

Situasinya boleh dikatakan hampir sama dengan mood yang melanda Selangor sebelum PRU 2008. 

Sayangnya kerana banyak perkara saya tidak boleh berkongsi dengan anda secara terbuka di sini.....

Pilhan raya kecil Tenang dua tahun lepas bukan lagi boleh dijadikan ukuran atau panduan untuk menghadapi PRU 13 bagi negeri Johor. Ingat kembali apa yang terjadi dalam PRK Ijok 2007. BN menang dan berjaya tambah majoriti. Belum sampai setahun akhirnya satu negeri hanyut....

Perlu diingat orang-orang cina dimana-mana tempat tidak akan memberi sokongan padu kepada BN dalam pilihan raya akan datang. Hanya orang-orang melayu sahaja yang boleh menjamin kemenangan BN. 

Tetapi kalau orang-orang melayu di sekitar Johor Bharu dan parlimen-parlimen sekitarnya yang menguasai kawasan itu mula merajuk dengan BN, apakah itu boleh menjamin kemenangan kepada BN ?

Isu tanah dan isu penguasaan seorang tauke dalam perniagaan di sana terus menjadi bualan mereka. 

Kebelakangan ini pula kecoh berhubung penjualan saham KFC kepada pihak bukan bumiputra seperti yang ditulis di sini, dan sini.

Sehingga ke hari ni rasanya belum ada penjelasan lagi daripada kepimpinan negeri untuk menjawab isu ini. 

Kepimpinan negeri juga perlu ringan mulut untuk menjawab isu-isu yang timbul. Jika malas nak buka mulut sekali pun buatlah kenyataan akhbar dan hantar kepada semua media-media termasuklah media-media online.

Semua ini jika tidak ditangani dengan segera, maka jawabnya Johor mampu berubah......

29 comments:

Anonymous said...

tulisan rbf kelihatan tergantung atau tak habis. jelas kelihatan rbf cuba menyorok banyak perkara.

Anonymous said...

setuju dengan anon9.45am!tlisan trgantung.tuan blog cuba menyorok.lain kali kalau nak tulis bg habis.jgn main gantung2.berkata benar walau pahit.

Anonymous said...

Inilah Melayu,kerana tak puas hati pada pemimpin mahu menjual negara,walhal siap yg pilih pemimpin kalau bukan kita.Kalau org Johor melakukan sesuatu yg memberi kesan negetif kepada mereka sendiri pada jangakamasa panjang,janganlah di salahkan org lain.Contoh nyata terlalu hampir dengan Johor,lihatlah bagaimana Melayu hidup si Singapura,mahukah mereka begitu.Kalau pemimpin yg lemah,tplak saja mereka dalam pemilihan Umno,jangan sampai melepaskan Johor kepada agen S'pore.Pulau Pinang sudah pun mengalami nasib yg hampir sama dengan Singapura,kalau tidak percaya pergilah kesana dan lihatlah dengan mata kepala sendiri.Pas dan Melayu PKR hanya seperti melukut di tepi gantang,satu sen tak guna.

Anonymous said...

Orang Johor tak perlu tukar Kerajaan , yang perlu Tukar ialah Menteri Besar....kasilah Idea baru berkembang... Menteri besar sekarang dah lama sangat...orang Johor dah jemu...

Anonymous said...

betul cuma beberapa individu dlm UMNO johor kena tukar ... bukannya kerajaan kena tukar..

Anonymous said...

johor,sarawak..majoriti pemimpin dkt sini x boleh ditegur.

keras kepala,bajet dia yg tahu semua.

nah..sedia dgn penolakan rakyat.

Anonymous said...

Johor akan kekal.
Ditangan.bn disokong pebgundi melayu. Begitu juga n9. Yg tak pasti selangor...
Yg pasti pas kelantan....johor akan hilang beberapa kerusi kepadatan cina, itu fenomena seluruh negara.

Drmuzi

Anonymous said...

MB johor tau mau zapin&ghazal jerr..taktau apa masalah yg berlaku..

Anonymous said...

Dengar suara orang Melayu Johor dulu, baru bagi alasan dan komen. Kepada pendatang - pendatang yang bukan anak negeri Johor, tak perlu mengajar kami bagaimana untuk menjaga negeri kami yang sememangnya jadi kubu kuat BN. Teguran yang RBF buat tu memang ada kebenarannya. Ini bukan soal jual negeri, tapi soal rakyat yang tidak terbela suaranya. UMNO Johor terlalu bersenang lenang. Kalau mereka tak mau bangkit dari tidur, maka PRU 13 ni silap - silap mereka akan terus ditidurkan. Orang Johor dah lama makan hati. Ghani Othman must go !

Anonymous said...

Penyakit yang berlaku di kelantan berjangkit ke johor.. begitulah orang Melayu.

Anonymous said...

Ada beberapa perkara yang MB Johor gagal selesaikan sehingga hari ni.
Tetapi sebagai anak Johor, kita kena setia kepada Perjuangan UMNO dan Bn.
Tetapi nasib kita tetap terbela di bawah UMNO.
Yakini UMNO,

Anonymous said...

Minta orang melayu Johor jangan sampai kerna nak buang MB Ghani sampai terbuang sekali Umno. Hapuskan nyamuk tapi jangan lah bakar kelambunya sekali.

Kalau memang MB Ghani tak jaga melayu maka pada PRU 13 nanti tak salah nak bagi undi kepada Pas kalau calon Pas bertanding disitu. Kalau selain daripada Pas tepuk dada dan cuba lah dongak ke langit kut kut dapat petunjuk.

Aku Orang Umno.

Anonymous said...

sokong komen annon January 30, 2013 at 11:27 AM
kwn sbg pemegang ic kod 01 meminta supaya ahli2 politik sana dengar apa yang nak disampaikan.
yang kami nampak sbnarnye ramai yg syok sendiri,yakin akan menang.

Anonymous said...

Gambar diatas tu gambar tahun berapa rbf, van tm masih mengunakan logo lama.

Anonymous said...

kpd pucuk pimpinan atas,dengarkanlah suara hati pgundi2 bn @ ahli umno yg setia,kes kfch,ghani othman jgn lena mcm pak lah,rasa johor tiang seri bn,dulu kedah kwsn selamat pas ada 2 krusi je,apa jd 2008 td?jgn jd mcm tu,x sanggup duduk di bwh telunjuk dap,hancur johor,mengepak pap di seberang selat tu

Anonymous said...

ORANG2 JOHOR BELAJARLAH DARI PENGALAMAN ORANG SELANGOR.

KALAU TAK SUKA PIMPINAN DI SANA, BUKAN TUKAR KERAJAAN TAPI DESAK PEMIMPIN DIGANTI. JIKA PERLU, REPORT KEPADA TUANKU SULTAN. MACAM MB GANU, SULTAN YANG PILIH..

Anonymous said...

Minta orang melayu Johor jangan sampai kerna nak buang MB Ghani sampai terbuang sekali Umno. Hapuskan nyamuk tapi jangan lah bakar kelambunya sekali.

Kalau memang MB Ghani tak jaga melayu maka pada PRU 13 nanti tak salah nak bagi undi kepada Pas kalau calon Pas bertanding disitu. Kalau selain daripada Pas tepuk dada dan cuba lah dongak ke langit kut kut dapat petunjuk.

Aku Orang Umno.

January 30, 2013 at 12:05 PM
________________________________

kalau ngundi PAS serupa undi DAP/PKR kimak...

PAS bodoh...jd anjing DAP/PKR

Anonymous said...

Org Johor politik berseni. Insyallh Melayu Johor tahu berpolitik.aku yakin di Johor dikawasan majoriti Melayu bole dpt sehingga 80 % sokongan melayu.

Ghani serahkn kpd kebijaksanaan PM ....aq yakin mmg MB penggal terakhir.


Sokongan Cina ...sendiri tahulah....

Drmuzi

Anonymous said...

Semasa menjadi pensyarah dan Dekan Fakulti Ekonomi di UM dulu MB Johor Ghani Othman ni agak baik orang nya walau pun nampak kurang cergas dan lecture nya sukar di fahami,tapi nak lulus mudah.Budak Melayu suka ambil paper dia,tak risau.

Anonymous said...

orang johor tak perlu tukar kerajaan.cukup pastikan gahni othman & hishammudin kalah praya.maka akan selamatlah segala harta bumiputra di jhor.

Anonymous said...

Drp Aku Orang Umno.

Pembetulan kpd posting 1205. Maksud saya adalah jika calon Pas bertanding melawan MB Ghani maka pilih lah calon Pas supaya Ghani kalah dan tak jadi MB lagi. Buang Ghani seorang saja dan bukannya buang Umno dari negeri Johor. Kita nak Umno kekal jadi kerajaan dan MB orang lain pula.

Itu sekiranya Ghani selama dia berkuasa tidak memperdulikan melayu. Tak guna simpan lagi.

Anonymous said...

Keadaan kebersihan di KFC tempat aku memang tak macam dulu2. Kebersihan dia standard kedai nasi kandar mamak jer. Apasal bila melayu pegang KFC jadi macam tu. Buat jatuh standard melayu jer. Ikut jer lah sistem yang pengurusan sebelum dah buat. Dulu memang aku cukup puas hati pasal kebersihan dan disiplin pekerja. Tapi dari segi rasa ayamnya memang maintain macam dulu juga.

Anonymous said...

Gua anak johor sentiasa balik johor mengundidi, berpengalaman tinggal diselangor....memang ada fakta yang membolehkankan Johor akan terjerumus seperti Selangor.Ayuh MB yang lembab dan exco2 yang kaki bodek..dah sampai masa untuk memberi peluang pada orng baru.Gua tak nak buang masa dan duit untuktuk balik mengundikali ni....

Anonymous said...

Jangan sebab nyamuk, kelambu di bakar. Tak puas hati, merajuk ker, satu hal, tetapi jangan lah jual bangsa dan begara.

ninja said...

Sebenarnya scenario di Johor Baharu tidak begitu besar impaknya kepada daerah daerah lain ... kerana isu JB lebih merupakan isu setempat yang melibatkan segelintir pemimpin yang kurang efisien. InsaaAllah BN akan terus berkuasa. Cuma yang aku risau adalah undi kaum China. Pada pandangan peribadi aku, isu isu ini sebenarnya bukan menjadi faktor utama, tapi apa yang dapat aku simpulkan adalah trend perubahan mood pengundi China yang mahu menggunakan kesempatan jarum yang sedang dimainkan oleh PKR dan PAS untuk mendapatkan undi China .. pada mereka inilah peluang untuk mereka menguasai politik tanah air dengan mengambil kesempatan di atas kebodohan pemimpin dan pengikut PKR dan PAS ... Aku berani berkata begini kerana ada satu kes dimana kerajaan telah mengurniakan tanah kepada kaum ini ditempat aku, sewaktu mahu menerima penyerahan tanah tersebut, berduyun duyun mereka datang memakai topi BN walhal aku kenal mereka adalah penyokong DAP totok, apabila aku tanya, mereka kata ini main wayang , undi bukan BN tau.. sakit hati aku tak terkira..
Cuma dosa Ghani pada aku adalah janji PRK untuk baik pulih surau sehingga kini masih tidak ditunaikan walaupun kelulusan telah diberi... sedangkan permohonan pembinaan dilaksanakan dengan serta merta .. jadi aku harap Ghani memang patut disingkirkan dari politik Malaysia, begitu juga Hishamudin, yang aku rasa sudah tidak relevan untuk politik Malaysia, seelok eloknya Hisdhamudin belajar belajarlah berniaga dengan duit yang ada , dan tinggalkanlah politik ... Confirm aku buang undi jjika aku mengundi ditempat dua orang ini .. UMNO harus menang .. kerana ini Johor ..tapi Ghani dan Hishamudin harus pergi ...

ninja said...

RALAT
ayat berikut
Cuma dosa Ghani pada aku adalah janji PRK untuk baik pulih surau sehingga kini masih tidak ditunaikan walaupun kelulusan telah diberi... sedangkan permohonan pembinaan dilaksanakan dengan serta merta

seharusnya dibaca
Cuma dosa Ghani pada aku adalah janji PRK Tenang untuk baik pulih surau sehingga kini tidak ditunaikan sedangkan permohonan membina dewan tokong diluluskan dan diberi serta merta ...

Anonymous said...

Alangkah bertuahnya kalau dapat MB macam kat perak Dan lain2 yang kurang protokolnya Dan sangat sempoi... Tak macam yang kita Ada kat Johor ni..

Anonymous said...

Tuan hj, putrajaya pun ambang kehancuran..saya pun tak boleh dedah kat sini...siasat sendiri bro..indah khabar dari rupa..

Anonymous said...

Sokong...da terlalu lama menteri besar johor...bknnya irihati tp bg la muka baru yg lebih AGGRESIF...sy anak jati johor mahukan pembangunan pentadbiran yg lebih pesat dan adil..insyallah umno akan memerintah jika benar pd jalanNya...