Friday, January 11, 2013

Kalimah Allah:Haji Hadi Juga Harus Benarkan Namanya Ditukar Kepada Father John Hadi

Umum mengetahui menjelang sambutan krismas baru-baru ini Lim Guan Eng membuat kenyataan agar kerajaan membenarkan perkataan Allah digunakan dalam bible berbahasa melayu.

Di Malaysia kebanyakan penganut agama kristian fasih atau boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pemimpin-pemimpin DAP sendiri pun tunggang langgang bahasa melayunya walaupun mengaku rakyat Malaysia.

Seperti biasalah, apa sahaja yang dicadangkan oleh DAP akan diikut dan disokong oleh pencacai setia mereka, Pas dan PKR.

Berbelit lidah ulaRmak-ulaRmak Pas mengeluarkan nas-nas untuk menghalalkan permintaan DAP. 

Pas kata tak salah......ya betul.....tak salah.....yang kita bimbang adalah kekeliruan yang bakal timbul. 

Sebelum Allah dibenarkan diguna ke dalam bible, apa kata kalau buat dulu seperti berikut.....

Nama Lim Guan Eng ditukar kepada Abdullah Lim.....sanggup ?

Nama Haji Hadi ditukar kepada Father John Hadi.....sanggup ?

Nama Anwar Ibrahim ditukar kepada Paul Anwar Augustine......sanggup ?

Tak salah untuk mereka memakai nama itu.....betul tak ?

Cuma tinggal lagi samada mereka sanggup atau tidak ? 

Sudah pasti mereka tak sanggup kerana sejak kecil lagi mereka telah dinamakan dengan nama itu dan boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai tentang agama yang mereka anuti. 

Begitu juga dengan perkataan Allah. Sejak azali lagi perkataan itu di Malaysia di gunakan khusus untuk orang-orang islam dan atas dasar itulah ianya harus dipertahankan agar tidak timbul kekeliruan.

Khalid Samad marah dan saman blogger Dr Novandri kerana memanggil namanya Khalid Bishop Samad dan meletakkan gambar Khalid seperti seorang paderi. 

Kenapa Khalid Samad marah dan saman sedangkan dia tidak murtad pun kerana tulisan dan gambar itu ?

Tahu pun marah apabila nama dia ditukar menjadi nama kristian....

Begitulah juga dengan orang melayu dan orang islam di Malaysia apabila perkataan Allah milik mereka hendak digunakan dalam bible....

Kalau nama sendiri pun kamu tak sanggup tukar atau kamu marah apabila orang lain pinda nama kamu, sampai saman bawa ke mahkamah , apakah kamu ingat suka hati kamu sahaja nak serah kalimah Allah untuk digunakan oleh agama lain ?

20 comments:

Anonymous said...

bravo rbf
sepatutnya itulah hujah yang perlu dipakai oleh dr novandri untuk berlawan dengan khalid samad di mahkamah.

Anonymous said...

Inilah perancangan Allah SWT terhadap seorang manusia bernama Hj Hadi yang pernah mengeluarkan amanatnya 31 tahun yang lalu dengan mengkafirkan saudara seagamanya sendiri. Akhirnya, Allah SWT mengembalikan perbuatan dia yang mengkafirkan saudara seislamnya dengan dia sendiri TELAH JATUH KAFIR, mengikut pendapat Dato' Haron Din kerana beliau telah mebenarkan kalimah Allah di guna-pakai oleh penganut Kristian. Dengan membenarkan mereka mengguna-pakai kalimah Allah merujuk kepada konsep ketuhanan mereka yang bersifat TRINITI, maka yang membenarkannya boleh diistiharkan sebagai bersetuju dengan konsep TRINITI tersebut dan secara sedarnya atau tidak Hj Hadi ini, beliau telah jatuh MURTAD dan KAFIR. Ingin dinasihati kepada Hj Hadi, bertaubatlah kamu dan menarik balik apa yang kamu ucapkan dalam membenarkan kalimah Allah diguna-pakai oleh penganut Kristian, sebelum ajal datang menjemput kamu dan mati dalam KEKUFURAN YANG NYATA.

Anonymous said...

Antara penjelasan terbaik mengenai kesan salahguna penggunaan kalimah Allah dalam bible di kemudian hari...

http://youtu.be/mfMVorMQWGU

.

Anonymous said...

BUKAN JOHN HADI...

MAFUZ LAUNCH..NIZAAR ATTONEY..JOHN HARDY...

HEHEHE

Anonymous said...

Lepas ni bole la Hadi Awang semayang atau berkhutbah kat gereja. Mat Sabu ngan Anwar kira orait jer tu.

Anonymous said...

sepatutnya pihak2 gereja tuh patut guna perkataan "eli" yg dh pun di dlm old testament(torah) n new testament(bible).
perkataan Allah hanya patut di guna oleh hamba2 Allah s.w.t sahaja, sebabnya hanya di dlm Al-Quran shj yg menggunakan perkataan Allah s.w.t dan pihak agama kristian dan ahli2 kitab samawi yg len tidak mengiktiraf dan menerima kitab Al-Quran.
jadi kenapa pihak gereja di malaysia shj tergedik-gedik nk menggunakan perkataan Allah di dlm injil diaorg?
antara len mereka buley guna perkataan tuhan atau rabb.. tp dlm injil mereka sendiri pun dh ada nama khas tuhan mereka iaitu "eli" jd mmg pihak gereja di malaysia ni ada niat tertentu...

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Haji.

Mamu sokong hujah Tuan Haji didalam bab ni!

Teruskan perjuangan Tuan Haji untuk menyampaikan yang benar terutamanya bila ia berkaitan dengan mempertahankan kesucian Ad Deenul Islam kita!

La haula wala quwwata illa billah hal aliyyul adzhim!

Allahu Akbar!!!

Anonymous said...

Allah sendiri tidak melarang manusia dan jin yang kafir menyebut nama-Nya
Nabi pun tak mencegah orang kafir menyebut dan menulis nama Allah
Kitab injil tidak akan menjadi benar sekalipun nama Allah tertera di dalamnya.Dan Allah tidak jadi terhina daripada Yang Maha Mulia jikapun nama itudi dalam bible.Siapapun mentafsir Allah dengan pelbagai tafsiran dan andaian serta anggapan tidak akan menjadi Islam tanpa mengucap dua kalimah syahadat kemudian melaksanakan tuntutannya.

Nabi diutus bukan untuk membetulkan perbalahan dan perebutan milik siapa dan dimana nama Allah hendak diletak.
Nabi diutuskan untuk membetul akidah manusia melalui sunnahnya bukan dengan jalan yang direkacipta oleh akal manusia.

Baranikah kita menghukum kafir@takfir kerana membenarkan orang kafir mengguna nama Allah(yg kita sadur daripada tulisan arab).

JANGAN MENDAHULUI ALLAH DAN RASUL DALAM BERHUKUM

Anonymous said...

Sebenarnya Hj Hadi ini suka glamour, bininya panggil dengan panggilan manja Bro John Hardey... apa macam glamour tak...........

Anonymous said...

anon 10.58 am
kata anda;...
Nabi diutus bukan untuk membetulkan perbalahan dan perebutan milik siapa dan dimana nama Allah hendak diletak.
Nabi diutuskan untuk membetul akidah manusia melalui sunnahnya bukan dengan jalan yang direkacipta oleh akal manusia.

Baranikah kita menghukum kafir@takfir kerana membenarkan orang kafir mengguna nama Allah(yg kita sadur daripada tulisan arab).

JANGAN MENDAHULUI ALLAH DAN RASUL DALAM BERHUKUM
-----------------------------------
Persoalan di sini Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk mentauhidkan Allah yang Esa,oleh sebab itu dihantar utusan dakwah keseluruh pelusuk tanah Arab termasuk ROM dan Parsi.. kemudiannya dikembang oleh para pendakwah keseluruh dunia...
Penyelewengan kalimah Allah berlaku, apabila pengikut agama samawi terdahulu semakin sesat sehingga Rasuluulah SAW diutuskan bagi memperbetulkan Akidah mereka ini...Ya memang benar orang Arab Jahiliyah dan sekitarnya menggunakan Kalimah Allah kerana mewarisi dari agama samawi, akan tetapi apabila terutusnya nabi Muhammmad SAW kesesatan itu telah diperbetulkan dengan terturunnya surah Al Ikhlas...
MAKA DENGAN ITU MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN ISLAM PADA HARI INI MENEGUR SEBARANG USAHA UNTUK MENIDAKKAN APA YANG TERKANDUNG DIDALAM SURAH TERSEBUT..
*** Apa yang di katakan oleh Harun Din dan Dewan Ualama PAS adalah benar bagi menjamin kesyumulan islam itu sendiri dan yang lebih penting menjaga keharmonian seluruh umat islam ***

" MENEGUR BUKAN MENGHUKUM..TAPI KALU DEGIL BOLEH DIROTAN "

Yang Benar,
Ahli PAS Seri Alam

Anonymous said...

salam 2 all:

KESAN DARI FATWA DEWAN ULARMA PAS DAN HARUUN DIN BERKAITAN SESIAPA YG MNYOKONG ORANG KAFIR MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH AKAN MENJADI KUFUR
...Hari ini beberapa masjid di Malaysia akan berimankan seorang KAFIR setelah setelah imam2ini menyokong penggunaan nama Allah oleh sekutu kafir.. OLEH ITU tuan2 dinasihatkan untuk menyemak siapa ynag menjadi imam solat jumaat .. Semoga ibadah jumaaat tuan2 hari ini diterima oleh ALLAH yang Maha ESA.. amiiin... MInta disebarkan Maklumat ini kepada seluruh Jemaah yang beragama Islam ... Kesan kedua ramai isteri akan menjadi janda selepas suaminya menjadi kafiiir...
KEPADA HARUN DIN DAN DEWAN ULARMAK PAS SILA KELUARKAN KENYATAAN ANDA DENGAN JELAS DAN BERTULIS AGAR DAPAT DIJADIKAN RUJUKAN SEMUA ORANG..

Jokiden said...

Anon 10.58,

Ini bukan soal menyebut dan memanggil nama Allah oleh makhluk. Ini soal menggunakan Kalimah Allah oleh orang yang tidak berhak. Jika dia muslim dan beriman gunalah, tak kira dia bangsa apa dan keturunan apa, gunalah walau 1000 kali sehari, digalakkan.

Isunya merujuk 'God' sebagai Allah dalam bibble tidak boleh... itu sahaja. Kalau Khalid pun tak sanggup namanya diguna dalam bibble sebagai John Khalid, apa lagi Kalimah Allah.

Tidak ada yang berani menghukum kafir sesama umat terutamanya org UMNO tak berani nak tuduh org Pas kafir. Yang berani menuduh org kafir ni setakat ni Hj Hadi dan Nik Aziz je..

Anonymous said...

TAHNIAH TUAN BLOG,
Hujah yang bijak di akal yang terbatas
tetapi hujah itu tidak boleh disandarkan untuk membuat perbandingan antara pertukaran nama Allah dan nama manusia
Saya juga boleh berhujah bahawa seorang ayah atau ibu yang sejati tidak akan tergamak melarang anaknya yang durhaka daripada menyebut atau menulis nama mereka apatah lagi Allah yang mencipta semua manusia.Tapi itu bukan hujahnya.
Jangan pakai akal@falsafah@usuluddin sebalikknya pakailah QS dan Sunnah Nabi SAW.

Tidak dinafikan dalam SURAH AL IKHLAS
Allah itu esa.Betullah!
Allah yang nak ditulis mengikut akal mereka itu dia punya pasallah.Daripada memusuhi mereka lebih baik pergi dakwahkan mereka bahawa Allah sebenar-benarnya seperti yang QS gambarkan.
Terjemahkan QS Bahasa Melayu dan sebarkan kepada mereka.Dengan kehendak Allah mereka akan mendapat hidayat untuk menerima Islam.

Anonymous said...

Butuh la ko.. cakap macam bagus... pas ni ko ajar anak ko pasal islam jgn guna kalimah allah, ko guna nama yehweh atau jenova, ok. Kan nama tuhan agama PAS ngan kristian sama bg korang.
Cakap macam bagus, majlis fatwa dah keluar arahan xnak lak ko ikut. Bangang bangang punya manusia

Anonymous said...

Ini petikan dari 'alkitab' yang dipost kan kat fb kawan saya yang beragama kristian...'Bumi belum berbentuk dan kosong,gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang diatas permukaan air. Berfirmanlah Allah 'Jadilah terang' lalu terang itu jadi....' Bukan sahaja kalimah Allah digunakan tetapi 'firman' pun digunakan....saya pasti Allah SWT telah memberi petunjuk dan hidayahNya untuk kita melihat 'Bible' yang menggunakan kalimah ini bole menyesatkan kita...dan ada agenda lain..Kita tidak berjuang untuk merebut nama Allah atau sebutan Allah tetepi kita memperjuangkan supaya sebutan Allah kena dengan tempatnya walau siapapun menggunakannya. Dari petikan tersebut sudah jelas bahawa kalimah Allah sudah diletakkan ditempat yang salah.Mahu kah kita Allah SWT disamakan dengan Allah mereka yang ada ROH ? Ini kah yang kita sokong ?

Anonymous said...

...adakah Hj Hadi dan Nik Aziz setuju dgn konsep ketuhanan yg bersifat TRINITY yg menjadi pegangan penganut Kristian...bila mereka menyokong kalimah Allah Yg Maha Esa digunakan oleh penganut Kristian maka ia dgn sendiri akan menjadi Allah itu bersifat TRINITY pula...inilah yg dibimbangi oleh Mufti Selangor dalam ulasannya....

Anonymous said...

WOI ANON 10;58 YANG PERASAN BAGUS,

IMAN MAK BAPAK DAN ADIK BERADIK KO SAMA LEVEL KE? KO YAKIN KE IMAN ANAK CUCU CICIT KO SAMA LEVEL DENGAN IMAN MAK BAPAK KO?

AKU CABAR KO BAGI ANAK2 KO BACA BIBLE YANG ADA KALIMAH ALLAH. TAK SUSAH, ANGGAP JE BEDTIME STORIES. ADA BERANI KA?

Anonymous said...

Simpan gambar ini untuk dijadikan sebagai satu sejarah. Barisan 4 orang pemimpin pembangkang dgn 3 orang berbangsa Melayu Islam dan seorang cina telah bersetuju untuk menggadaikan kalimah Allah untuk digunakan bagi tujuan memancing undi. PAS sekali lagi mengesahkan bahawa mereka memang menggunakan Islam untuk kepentingan politik.!!!

Anonymous said...

DAP berjaya mengalihkan org melayu pada isu kalimah Allah dari isu2 dalaman DAP...

Anonymous said...

https://www.youtube.com/watch?v=dJ3vtQSESPQ

dr zakir bg komen pasal ini... msti tgk...