Monday, January 14, 2013

Lawak Mahu Malaysia Merdeka Sekali Lagi


Kini nyata bahawa matlamat Himpunan Pembangkang atau KL 112 Sabtu lalu ialah untuk memadam sejarah. Pakatan Rakyat mengisytiharkan bahawa perhimpunan itu ialah permulaan perjuangan menganugerahkan Malaysia erti kemerdekaan sebenarnya.

Kemuncak KL112 ditandai oleh teriakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin hampir 100,000 orang penyokong di Stadium Merdeka melaungkan sorakan Merdeka.

Impiannya untuk disenarai dalam dokumen sejarah sebagai orang yang memimpin alaf “kemerdekaan baru dan sebenar” Malaysia bermula kira-kira jam 4.45 petang Sabtu, 12 Januari 2013.

Untuk itu, beliau berjanji akan menjemput rakyat sekali lagi berhimpun di Stadium bersejarah itu untuk meraikan kejayaan Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional yang didakwanya telah menggerhanakan pengertian kemerdekaan sebenarnya.

Beliau berpidato bahawa di stadium itulah Malaysia dikalungkan semangat kemerdekaan daripada penjajah. Bagaimanapun sejak 56 tahun negara ini, dakwanya, dijajah oleh Umno dan Barisan Nasional.

Anwar “merosakkan kemerdekaan Malaysia”

Namun dalam usaha beliau cuba memesongkan sejarah, Anwar juga mahu memadamkan rekod bahawa dalam tempoh itu, beliau menghabiskan 17 tahun daripada usianya untuk turut “merosakkan kemerdekaan Malaysia” ketika memimpin Umno dahulu. Satu ketika beliau pernah menjadi perdana menteri Malaysia untuk tiga bulan!

Malah di sebalik peristiwa bersejarah Sabtu lalu, Anwar dan rakan politiknya yang baru seperti Lim Guan Eng dan Haji Abdul Hadi Awang cuba menyembunyikan satu hakikat bahawa setelah 58 bulan menggelarkan gerakan politik mereka Pakatan Rakyat, mereka sebenarnya belum sepakat.

Jika yakin bahawa mereka di jalan yang benar mengapakah mereka tidak yakin penyokong 1 juta orang yang dihebohkan akan dapat dikumpulkan menyertai upacara memadam sejarah itu?

Apakah lantaran rasa sentimental terhadap peristiwa perisytiharan yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj maka mereka bertegas mahu peristiwa diulangi di Stadium Merdeka?

Kenapa Anwar dan rakan-rakan tolak tawaran polis?

Anwar dan kawan-kawannya tahu stadium itu boleh memuatkan tidak lebih 40,000 orang di tempat duduk sedia ada. Jika dicampur dengan penyokong yang berdiri di padang, paling ramai jumlahnya boleh mencapai 80,000 sahaja.

Sebenarnya hakikat ini memang sudah diduga oleh Anwar dan rakan-rakannya. Sebab itu tawaran polis supaya perhimpunan diadakan di tempat lebih besar seperti Stadium Nasional Bukit Jalil ditolak.

Sememangnya dalam kolam yang kecil, ikan kecilpun nampak besar tetapi di kolam besar, ikan besarpun kelihatan kecil. Demikian kecilnya jiwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mendakwa mahu memerdekakan Malaysia sekali lagi.

Ini mengesahkan bahawa setelah mengadakan tiga siri perhimpunan Bersih dan menganjurkan pelbagai siri Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara sambil menghamburkan pelbagai cacian dan fitnah terhadap kerajaan, Anwar dan sekutunya masih tidak yakin ia telah dapat meyakinkan rakyat bahawa Malaysia perlu memperjuangkan kemerdekaan baru daripada Barisan Nasional.

Sebenarnya merekalah yang menjajah jiwa mereka daripada hakikat bahawa Malaysia telah benar-benar merdeka. Mereka enggan menerima hakikat bahawasebab Malaysia merdekalah kan mereka ada tempat sebagai pembangkang.

Soal mahu pilihanraya bebas dan adil adalah alasan. Yang penting mereka mahu cuba membebaskan jiwa mereka sendiri yang dijajah rasa cemburu dan mahu berkuasa di Negara ini.

Perhimpunan tidak capai sasaran

Anwar dan sekutunya sepatutnya berasa aib bahawa trumpet publisitinya untuk menghimpunkan satu juta rakyat kelmarin tidak menjadi realiti. Penganjur sepatutnya menerima hakikat bahawa pendakwa Ustaz Azhar Idrus lebih dipercayai dan berwibawa daripada Anwar Ibrahim, Lim guan Eng dan Haji Hadi.

Pada malam menyambut tahun baru lalu, kerajaan negeri Selangor mendakwa mengumpulkan lebih 140,000 umat Islam untuk meraikan tahun 2013. Anwar dan rakan-rakan politiknya harus belajar daripada Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya, Faekah Husin mengatur upacara menghimpunkan umat.

Pelajaran pertama ialah, Anwar dan rakan-rakan mesti pandai pilih tema perhimpunan. Kerajaan Selangor memilih tema agama. Rakyat datang berduyun-duyun sebab konsert agama lebih dekat pada kebenaran.

Tema kemerdekaan tidak menguja mereka. Malah dipandang sinis. Ini kerana rakyat sudah dididik sejak di bangku sekolah lagi bahawa Malaysia sudah merdeka sejak 31 Ogos 1957 lagi. Salah seorang guru yang meyakinkan mereka tentang hakikat ini ialah Anwar Ibrahim sendiri yang pernah menjadi Menteri Pendidikan.

Belajarlah daripada mereka yang lebih tahu walaupun ia mungkin hanya satu kempen publisiti yang kurang konsisten dan kadangkala gagap faktanya. Yang penting mesej yang hendak dikemukakan sampai seperti projek RM 60 bilion hendak membersih dan memperindah Sungai Kelang; tidak kira ia hanya ilusi.

Strateginya, umum sahaja biar rakyat kaget dan terkesima. Selepas itu, umum lagi projek yang lebih besar. Semuanya dilakukan atas dasar kebajikan. Jika bersilang pandangan dengan rakyat, gertak mereka dengan tindakan undang-undang agar mereka kecut perut.

Sumber: Antara Pos

23 comments:

Anonymous said...

Peringatan Menjelang PRU13

Sokong Hadi + Nik Aziz = Sokong Lim Kit Siang + Lim Guan Eng = Sokong DAP = Sokong Perjuangan Kristian = Sokong Perjuangan Menjatuhkan Melayu + Islam.

Hj Mansuh

Anonymous said...

lagik lawak logo dan tema merdeka tahun 2012.

sampaikan,pertama kali dalam sejarah tv2 swasta pun kurang siarkan lagu tersebut.kihkihkihkih..


mcm2 sudut penjuru blogger dan geng2 pro umno serang HKR.punyala berharap ada keganasan.last2,hampa.

kena la serang bab lain.perniagaan terjejas la,orang tak ramai la,rosakkan kemerdekaan la.

terbaru,Ustaz Azhar Idrus lagik berwibawa dari pemimpin2 PR?bagus.selama ni,rata2 blogger menuduh UAI sesat.hari ini,UAI dikatakan lebih berwibawa.maknanya,program yg ditunjangi UAI di dataran shah alam baru2 ini adalah sesuatu yang berkualiti,dan lebih bernilai utk rakyat hayati.berbanding program mendongak ke langit,menjerit gembira melihat bunga api,leka dengan musik yang dianjurkan parti keramat BN.

Mungkin,jelajah edar beras akan jadi senjata terbaik utk UMNO/BN di selekoh yang terakhir ini.

Anonymous said...

Kemerdekaan yang rakyat Malaysia kecapi hari ini ialah kerana berjaya membebaskan diri dari cengkaman British, berjaya menghapuskan Kominis yang cub merosakan negara dan hampir berjaya mengisi kemerdekaan dengan kerja kuat Kerajaan Perkatan dan kini Barisan National yang ditunjangi oleh UMNO. Itu adalah fakta dan tercatit dalam sejatah.

Majoriti rakyat Malaysia akan benar2 MERDEKA jika mereka bebas dari gejala2 songsang yang cuba dibawa oleh pembangkang amnya dan Anwar Ibrahim khasnya. Apa yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim dan pembangkang hanya akan menjadikan Malaysia sebuah negara mundur, kacau bilau dan akhirnya akan hancur. PRU12 adalah bukti jelas yang boleh dijadikan pendoman dan menilai siapa Anwar Ibrahim dan pembangkang. Negeri2 yang jatuh ketangan pembangkang tidak menunjukan kemajuan malah menampakan dengan jelas bahawa pembangkang tidak ada kredibiliti langsung untuk memerintah negara. Jika mereka GAGAL TOTAL untuk memerintah sebuah negeri mana mungkin mereka akan berjaya memerintah negara? Justeru PRU13 kelak mesti kita gunakan sepenuhnya untuk menghapuskan pembangkang. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Anon 10:03 AM

xkisah ko nak kata jelajah edar beras ke apa2 asalkan rakyat ttp dpt faedah dari SIRI2 JELAJAH PAKATAN HARAMjadah YG CUME MMBAWA RANTAIAN FITNAH DEMI FITNAH DAN TABURAN JANJI2 YG XAKAN DITUNAIKAN...

muahahahahhahahahahahhahahhahah

Anonymous said...

faedah selepas 50 tahun?

bila hampir2 kalah kepada PR,baru nak bagi itu ini?

knapa tidak dari dulu??selepas pemimpin2 dah puas sapu abis,bila rakyat dah sedar baru nak membantu rakyat??

bagi aku,biarlah BN tak menang majoriti besar.bila BN berkuasa penuh,cerita lama akan berulang lagi.pemimpin akan gila kuasa,rakyat dipermain.

teringin rakyat nak tengok pemimpin2 umno isytiharkan aset masing2..tapi,tiada siapa pemimpin BN berani sahut.

takpelah,yang penting tabur beras dan tepung.rakyat nak sesak napas ke,pengsan bergasak rebut beras,lantak korang la..janji pangkah BN.lagik 5 tahun,kami baling beras lagik...


muahahahahahahahahaha!!1

Anonymous said...

puii.. ada pemimpin parti ANAK BERANAK tu isytihar aset mereka?

yang penting PAS tu la cai parti anak beranak yg lagi dua tu.

Anonymous said...

yang ni,champion kumpul harta satu family.

hebat hasil kekayaan negeri beliau.

http://www.erapasca.com/2012/11/bongkar-harta-kekayaan-taib-mahmud.html

RockY-MY said...

salam bro.

pautkan blog saya ya. Terima kasih :)

www.minda-hijrah.blogspot.com

Anonymous said...

org ramai datang ke dataran shah alam tu nak tgk azhar idrus bukan semestinya yg datang tu semua org paktan rakyat...umno dah lama bagi bantuan dan pemberian bahan makanan tu sebahagian dari program..anon 10.21 berani kata ker x pernah ambil bantuan dari kerajaan

Anonymous said...

sapa yang cakap semua orang pakatan masa UAI bagi ceramah??semua itu rakyat selangor.

sbb tu,kena banyakkan program agama.50 tahun BN jadi kerajaan selangor,x pernah skali pun buat program agama menarik sebegitu.padahal rakyat nak sangat.

itu yang membezakan pakatan dan BN.

Anonymous said...

Anwar dok fikir2 nak mengajar kat negara mana tu..

Anonymous said...

Bro RBF,

nape Mat Sabu tak nak buat kat Stadium Shah Alam?? Mat Gagap kompem bagi free.. pakailah 7 hari 7 malam pun..


p/s: Talipinggang goyang dlm bilik air

Anonymous said...

Najib buat tu buat ni, transformasi bla2.. kerja tu kerja ni.. semua utk rakyat dan negara..

Anwar pula, klau PR kalah serta gagal menawan putrajaya, dia raknak jadi ahli politik dan nak jadi pensyarah di Oversea.

Najib lebihkan kepada Negara dan Rakyat walhal pakat kata BN akan kalah,

Berbeza dengan anwar yang melebihkan cita-cita peribadi dia untuk menjadi PM. anwar pernah 'jual' rakyat pulau pinang dengan janji 'kalau MENANG' dia akan cat rumah flat, tup2 menang di pulau pinang, bila rakyat menuntut janji, dia kata, kalau MENANG PUTRAJAYA baru nak cat.. wahahaha.. Jual rakyat lebih untung dari jual Unta!

Sama macam nik aziz juga, nik aziz kata, "Tanah haram didunia ni ada dua jah, di Mekkah dan Di Madinah (Tanah haram), lain-lain tanah kalau bukan risab hutan, cangkullah (maknanya teroka dan usahakan), bila dah cangkul maka ia menjadi HAK.

Rakyat kelantan berduyun sokong PAS dan mereka meneroka hutan di hulu kelantan. Dewasa ini Nik Aziz balun tanah yang di usahakan rakyat, samada jual atau pajak kepada Cina Kulim atau Singapura dan sekarang kepada adik beradik Nga di Perak..

Nik aziz kata HAK, rakyat dok faham Hak mereka la, bijak tak Nik aziz jual rakyat sendiri.. wahahaha.

Zuhud tahap gaban ni...

Anonymous said...

Kerajaan BN yang sekular di Trengganu ni buat kuliah di masjid je. Lagi molek sebab senang nak bersoal jawab, ramai-ramai takut jemaah balik tangan kosong.

Anonymous said...

Himpunan #121 Sabu

Anonymous said...

Peliwat laung keMERDEKAan untuk kaum LGBT tu. Kaum LGBT merdeka untuk buat ape sahaja dengan pasangan LGBT mereka asalkan dalam bilik. Jangan ditangkap, kalau terdengar pun buat tak reti jek...

Takebeer... takebeer...

Anonymous said...

BANGANG PUNYA PENGANUT UMBO BN, DOK CERITA ISU TANAH HULU KELANTAN TAK SUDAH SUDAH.APASAL TAK NAK CERITA TOK GURU JUAL TANAH DI PANTAI GETING, PANTAI SRI TUJUH HINGGA PANTAI TUMPAT SEBANYAK DARI DARAT HINGGA DALAM LAUT PARAS DADA BERHARGA RM1000/ 1 HEKTAR SEBANYAK 1000 HEKTAR? SEBAB TU TOK GURU BERMEWAH NAIK KERETA MEWAH BERRPLET MEWAH..

TAKUT KE?

Anonymous said...

Anonymous said...

Himpunan #121 Sabu

January 14, 2013 11:51 AM

-----------

Idea yang menarik.. 12/1 kalau dibalik jadi 112, sepatut kalau ikut kelendar malaysia, hari dulu baru bulan dan diikuti tahun. Mereka TERPAKSA ikut kelendar orang putih sebab 121 tu no bertuah matsabu..

nak nak pulak perhimpunan sebab sebab seorang perempuan juga..

hahaha..

#HP121 (hotel perdana bilik 121)

TQ Bro

Anonymous said...

Anonymous said...

Peliwat laung keMERDEKAan untuk kaum LGBT tu. Kaum LGBT merdeka untuk buat ape sahaja dengan pasangan LGBT mereka asalkan dalam bilik. Jangan ditangkap, kalau terdengar pun buat tak reti jek...

Takebeer... takebeer...

----

Cuba tanya orang PAS..kalau dia tahu ada orang sedang berzina atau menutuh sama jantan di bilik sebelah yang mana rakannya sendiri atau kenalan, adakah mereka akan ambil tindakan?

kalau ikut penyokong LBGT iaitu anwar dan anaknya Izzah, tak boleh ambil tindakan sebab itu hak asasi, kalau tempat awam aje yang kena ambil tindakan.

Rasanya pas akan ikut pendokong LGBT selepas aku tengok cara haji hadi jawab isu Allah beberapa hari lepas. Macam kena tarik hidung je. begitulah kalau jadi pak turut.

Anonymous said...

Apa yang hebatnya Phakatan Selangor?
JAIS gagalkan cubaan murtadkan orang Islam pada bulan Ramadhan, JAIS kena balun, Hassan Ali kena tendang, UMNO Selangor disalahkan.

Sepatutnya PAS akan berarak arak di serata KL memuja memuji tindakan JAIS dan hassan ali tersebut dan mendakwa mereka berpakat (yakni PAS) dengan JAIS utk menyelamatkan akidah ummat Islam dari diseleweng.

tapi jadi terbalik, boleh ke pas kata "Isu murtad tu perkara kecil, isu yang besar ialah pengundi hantu'.

Sepatutnya PAS menjadi pejuang dalam isu tersebut dan kalau mati semasa memperjuangkan isu itu akan diangkat sebagai Syahid!.

Ini tidak, PAS mengadu kepada Gereja dengan menuduh UMNO Selangor berkomplot dengan JAIS dan Hasan Ali untuk mengaggalkan cubaan memurtadkan orang Islam.

PAS pejuang Islam?

Elly Wong boleh buat program panggil Ust AI, Guang Eng pun boleh panggil untuk membersihkan imej Khalifah Umar Abdul Aziz.

Buat benda baik semoleknya tangan kanan buat dan tidak dikatahui oleh tangan kiri.

Wak Do

Anonymous said...

tak dapat jadi pm, dapat laung merdeka macan pm buat masa hari kebangsaan pun jadilah.

Anonymous said...

tahun dpn leh sambut ari merdeka pada bulan januari dgn ogos .. wink2 ..

Anonymous said...

Anuwar, pok nik, hadi and lks are leaders of the past. Enoughla , we need new blood who can bring to better future. Politic of hatred and manipulating the religion are unacceptable. Reject them in this coming pru........