Thursday, January 3, 2013

Nik Aziz: Terima Azab Akhirat Jika Salah Pilih

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pengundi akan menerima akibat di akhirat kelak sekiranya salah membuat pilihan pada pilihan raya umum nanti.

"Yakinlah, setiap bahagian badan, termasuk tangan yang mengundi, akan menjadi saksi pada hari kiamat. Jangan membuat pilihan yang salah.

"Kesilapan akan membawa menyesal di akhirat nanti," kata Menteri Besar Kelantan itu memberi amaran dalam mesej tahun baru yang disampaikan.

Nik Aziz kemudian berkata pendekatan sekular telah lama menyusup ke dalam politik negara sehingga membawa kepada kerosakan kepada orang Melayu dan umat Islam terutamanya.

Justeru menurut beliau cara hidup Ad'din seperti yang diunjurkan dalam Islam harus dijadikan panduan negara Malaysia supaya dicontohi masyarakat lain.

"Sekularisme telah berakar dalam politik untuk terlalu lama, menyebabkan kerosakan yang amat besar. Memanjangkan sekularisme akan menjejaskan orang Melayu dan Islam," katanya.

Namun DAP yang merupakan rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat menunjukkan pendirian sebaliknya di mana parti itu lebih cenderung kearah memperjuangkan negara sekular.

Melalui pengerusinya Karpal Singh sebelum ini berkali-kali menegaskan bahawa Malaysia harus kekal di bawah prinsip negara sekular mengambil kira masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pada kongres parti itu di Pulau Pinang bulan lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menegaskan bahawa DAP akan sentiasa memperjuangkan prinsip berkenaan untuk Malaysia.

Malah Guan Eng baru-baru ini dalam ucapannya bersempena sambutan Hari Krismas turut meminta kerajaan agar membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible sepertimana yang dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak.

Ini kata beliau bagi meraikan keadilan dan kesamarataan semua pihak.

Namun gesaannya itu mendapat kritikan semua pihak termasuk rakan komponen PAS sendiri sehingga memaksa Guan Eng untuk mempalitkan kesilapannya itu kepada media dengan mendakwa ianya disalah lapor.

12 comments:

Anonymous said...

Agaknya yang cuba nak diberitahu oleh Nik Aziz kepada orang melayu adalah , " jika undi Umno terimalah azab diakhirat nanti. Jika undi MCA, MIC atau Gerakan pun akan mendapat azab di akhirat nanti ". Eeee seram aku bila difikir2kan. Tak nak lah aku kena azab, aku nak kan syurga.

Manakala yang tersirat yang nak disampaikan oleh Nik Aziz adalah, " jika undi Pas maka syurga lah balasan di akirat nanti. Jika undi DAP dan PKR pun syurga juga balasan nya ". Haaa baru lah rasa lega sikit, syurga memang lah idaman ku, yang tak waras saja yang mengidam nak kan azab neraka.

Walau bagaimana pun, tengok lah macam mana nanti. Kalau kata undi Umno aku tak jatuh kafir nampaknya PRU 13 ni aku mesti undi Umno macam yang lepas2 lah. Tak dapat syurga pun aku tak kisah, janji jangan jatuh kafir sudah.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Aku memilih mudarat yang lebih kecil, lebih baik daripada memilih mudarat yang lebih besar. Umno dan bn ada kelemahannya, tapi kelemahan itu tidaklah sehingga boleh menghancurkan sebuah negara. Yang penting islam dan melayu masih tetap terpelihara. Aku inginkan keamanan dan menolak kacau bilau. Dengan ini aku berikrar akan mengundi barisan nasional dalam pru13 nanti. Aku mengundi bukan kerana najib, tapi demi agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

Anon 203

Tahniah dan syabash. Sikap terpuji. Mudahan semua melayu ikut macam anda. Ingat bangsa, agama dan negara .. insyallah kita akan selamat.

Jangan jadi macam sahabat2 kita yang ada dalam Pas, mereka ditipu hidup2 oleh dua orang idola mereka (Hadi dan Aziz). Seluruh negara mereka berdua canang, " DAP sokong perjuangan Pas, DAP sokong perjuangan islam, sokong DAP bererti sokong perjuangan islam ".

Maka pakat mengangguk2 lah tanpa henti pak2 lebai dan tok2 haji Pas mengiakan kata2 Hadi dan Aziz itu.

Tetapi these pak2 lebai and tok2 haji are not to be blamed because mereka tak baca paper Utusan, tak baca Berita Harian, mereka tak nonton TV RTM dan tak nonton TV3. Sumber berita mereka hanyalah Harakah dan TV Pas.

Kasihan mereka kena tipu hidup2. Mereka nampak para pemimpin utama (Karpal dan Lim anak beranak) DAP itu berjubah, berserban, berjanggut sama macam tuan2 dan tok2 guru mereka juga. Mereka nampak cahaya islam diwajah pemimpin2 DAP, sedangkan wajah pemipin Umno mereka nampak hitam pekat macam orang Habsi.

Hj Mansuh

Anonymous said...

aku setuju dgn anon 2:03pm.

pru12 telah mengundi pr. rupa2nya ia hanya mendatangkan mudarat yg lebih besar terhadap agama dan negara kami.

jadi, kepada bn, 10 undi dari keluarga kami..insyaAllah. tetapi para pemimpin bn kena terus mesra rakyat spt skrg ini. jgn jadi mcm pm sebelum ini sehingga memaksa kami membuat undi protes.

sekian

Anonymous said...

Amanat Hj Mansuh

Tidak mengapa kita orang melayu menjadi KAFIR kerana menyokong dan mengundi calon Umno selagi Umno tak melarang kita hendak bersolat, selagi Umno tak merobohkan masjid dan surau kita, selagai Umno mahu membantu sekolah dan pondok agama kita, selagi Umno tak menyekat siaran azan diradio dan TV, selagi Umno tak melarang program agama islam di radio dan TV, selagi Umno mahu anjurkan musabaqah quran diperingkat negara dan antarabangsa, DAN selagi orang Umno dan pemimpin Umno dilihat bersolat Jumaat bersama orang ramai pada setiap hari Jumaat.

Hj Mansuh @ 03.01.13

RH said...

Nik Aziz nak kata "undilah PAS/PKR untuk kesejahteraan aku dan keluargaku". Si bodo PAs ni pun pangkaaaaahlah PAS/PKR. Orang2 UMNO semuanya kapir pada mereka. DAP yg pelahap merembat tanah2 di Kelantan dilihatnya seperti Santa Clause. Orang bagi sikit ko orang bagi kalau boleh semua harta yg ada. Kononnya balas jasa DAP.

Haiyyaaaaa.... ini punya menusia pun ada kaa..

Anonymous said...

Setahu aku yg jahil ni..hukum Islam tidak pernah berpilih-pilih..jika Nik Aziz kata undi BN masuk neraka kerana bersekongkol dgn MCA dan MIC...apa kejadahnya pulak dgn undi PAS yg bersekongkol dgn DAP laknatullah tu..

Anonymous said...

Di dunia ni pun pok nik dah terima azabnya, tapi dek kernana buta hati, dia masih tak sedar diri. Lihatla semakin hari semakin banyak hampas yg dituturnya, semakin ramai yg mengutuk dan membencinya. Diakhirat nanti kita tak tahula tapi apapun ana doakan yg pok nik bertaubat dan selamat dunia dan akhirat. Sempat lagi pok nik tapi jagngan tunggu lama2 sangat nak bertaubat.

Anonymous said...

undi protes je

DON MELAYU said...

tiada manusi ataupun parti lain yg mnyebabkan islam itu berpecah,melayu itu bertelagah,bngsa melayu itu mrekah selain kau wahai nik aziz dan PAS...!!selama ni hnya PAS shj yg snnggp melakukan smua ni demi kpntingan politik mereka...

Karpal Singh sebelum ini berkali-kali menegaskan bahawa Malaysia harus kekal di bawah prinsip negara sekular mengambil kira masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

apa yg nik aizi nak ckap pasal ni..cuba kau pegi tnya dia...tak pun pegi tnya karpal singh apa yg ni aziz ckp ni dia bersetuju tak..paling tak pun karpal akn ckp loangkah mayat dia dulu,DAP tak setuju dan Nik Aziz dan HAdi akn terus diam mcm kuar2 yg msukkan kepala ke dalam bdan dia...tak pun diorng akn ckap itu blh bincang...sampai bila nak bincang????PRU dah nak dekat,rkyat nak bukti dan manifesto,rakyat bkn nak bincang...dari situ pun kita dh nmpak yg prjuangan PAS utk islam hnyalah retorik semata2,ataupun PAS tkut akn hilang undi cina bila bercakap soal islam ataupun PAS tak yakin mreka blh mnang sebab tu mreka tak berani cakap...

Melayu said...

Ada aku kisah dgn fatwa sesat N.ajis? Kafir ker? Neraka ker? Undi aku tetap untuk BN dan khas utk UMNO... Aper dia ingat syurga neraka tu bapak dia punya ker? Celaka punya org tua sesat...

Anonymous said...

seram kalo difikirkan apa yng akan tgna azabi nanti sebagai pemimpin... dendam dan busuk dlam hatinya dah tak dapat disorok lagi....