Saturday, January 12, 2013

Perhimpunan Mengabsahkan Program Transformasi PM


Perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka Kuala Lumpur hari ini menyerlahkan kematangan demokrasi Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Pakatan Rakyat mengumpulkan 100,000 penyokong mereka dari seluruh pelosok negara untuk berhimpun di stadium bersejarah itu. Pemimpin mereka diberi lesen bebas untuk menghentam Barisan Nasional (BN) khususnya Najib, kadang kala dengan kata-kata kesat dan tuduhan melulu. 
 
Hakikatnya adalah Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ruang secukupnya kepada pembangkang untuk mengadakan tunjuk perasaan terbesar mereka, menjelang pilihanraya umum ke 13. 
 
Segalanya berjalan aman, tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku walaupun beberapa syarat yang dikenakan polis dicabul seperti peserta perhimpunan membawa kanak-kanak, ini adalah petanda baik untuk sistem demokrasi negara. 

Tentunya telinga pemimpin BN “merah” dan berdesing, mendengar kecaman-kecaman daripada Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim sendiri. 

Namun ketidakselesaan ini adalah harga yang terpaksa dibayar demi memperkasakan sistem demokrasi negara. 
 
Dalam membidas dan “mengganyang” Najib serta seluruh jentera kerajaan, pemimpin-pemimpin pembangkang  tidak bersyukur kerana berpeluang berhimpun secara aman dan diberi kerjasama polis yang sebaik mungkin.
 
Sebaliknya sewa tinggi Stadium Merdeka digunakan sebagai modal untuk menghentam kerajaan! 
 
Hadi, Guan Eng dan Anwar harus akur bahawa serangan mereka terhadap BN di stadium paling bersejarah dengan sendirinya membuktikan demokrasi tidaklah terkubur seperti yang didakwa berulang kali oleh mereka. 
 
Suara rakyat, walaupun daripada pembangkang tidak “dibenamkan”  malah disuburkan menerusi pelbagai kelonggaran undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 sejak 2009.
 
Memang diakui, masih ada ruang untuk diperbaiki, namun yang penting ialah proses menyuburkan demokrasi  sudah bertapak dan adalah sebuah proses berterusan. Ini maknanya satu transformasi politik Negara.    
 
Justeru sebelum pembangkang mendabik dada dengan untung politik yang dikecapi mereka menerusi perhimpunan hari ini, Guan Eng, Hadi dan Anwar harus fikir sejenak aspek lain. 
 
Mereka harus merenung  pencapaian-pencapaian BN di bawah pimpinan Najib yang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan beberapa undang-undang lain yang dilihat menghimpit kebebasan individu. 
 
Kehadiran penyokong pembangkang dalam jumlah puluhan ribu di Stadium Merdeka untuk melontar kritikan-kritikan terhadap Najib dengan sendirinya adalah satu sanjungan terhadap kepimpinan Najib dan transformasi yang  dibawa oleh beliau. 

Sumber : Antara Pos
 

24 comments:

Anonymous said...

Program transformasi ke program black rose? Errrrr.... atok sdara ko yg kena gi buat jln ketapi masa jepon dulu dah dapat pampasan 3 juta ke? Dengornya jepon dah bagi duit....

Anonymous said...

bukan 100 ribu...baru tadi polis mengesahkan hanya 45 ribu maximum.

fuckatoonn semakin resah...
anuar semakin gelisah..
hadey dan nickey dah gelabah..

petanda tersungkur semakin menyerlah !!

gen2felda

Anonymous said...

Terbaik!! Saya suka semua artikel saudara.. Demi Agama, Bangsa dan Negara untuk anak cucu hingga seterusnya, bagi meneruskan hidup di bumi sendiri.. teruskan perjuangan saudara..

~Z~

Anonymous said...

Betul ke ko ckp ni? Ada bukti ke jepun dah byr kat gomen malaysia. Kalu tak de sah ko ni jenis mcm abg nuar. ....

Anonymous said...


Selepas ni kita jemput BN plk buat rapat umum...kita tgk sapa lg ramai..

Anonymous said...

Rapat umum utk apa? Org tak bertamadun mcm korang je suka menyusahkan org lain dgn demo2 semua ni..
Nak sejuta konon..tak smp sejuta pun..

Anonymous said...

tak payah BN.... UMNO sahaja dah cukup untuk mengumpulkan lebih dari 100 ribu orang.

contoh terdekat, program sambutan ulang tahun UMNO di Stadium Bukit Jalil. UMNO buat di stadium yg berkapasiti 100 ribu orang...dan stadium penuh sehingga ke padang... (lebih 100 ribu).

Itu baru satu parti komponen aje iaitu UMNO.

Bandingkan dgn 45 ribu yg hadir untuk keseluruhan komponen Pakatan Rakyat dan NGO....

Berbezakan ?

Anonymous said...

eh,umno kan dah berjaya panaskan telinga2 geng PR masa perhimpunan UMNO lepas..

kita sangat yakin dengan kemampuan umno.

PM najib mampu bubarkan parlimen bila2 masa sahaja.UMNO terlalu kuat skarang ini..ditambah lagi dengan pemberian rebat RM200 telefon pintar..orang muda memihak BN!!!

Anonymous said...

Bro, jangan la baca haramkah jer. Cuba dptkan info drpd lain. Klu tak nak kat pro umno ko pegi la tanya kat kedutaan jepun tur.
Kesian la tgk ko ni, nampak sangat ketinggalan zaman. Percaya sangat nizar kelembai tu cakap... kesian...

Anonymous said...

baca utusan..
penuh informasi,walopun paper utusan asyik kalah saman sebab fitnah,tp kita tetap bersama utusan.

1 ahli umno=1 suratkhabar,setiap hari..

jangan biarkan utusan bankrap...

Anonymous said...

kah kah kah..pencacai2 taik umno dah sakit hati sebenarnya...jealous sbb pr dapat sokongan rakyat..kehadiran kami tanpa sogokan..kalau umno sah kena bg habuan baru nk dtg...kah kah kah...berbas2 kena sewa...suruh bwk keluarga lg...masa tu xnk keluarkan akta himpunan plak...bodoh mcm UMNO..umno bodoh...kah kah kah kah kah...

Anonymous said...



salaam

aku dan keluarga akan undi UMNO/BN utk PRU13 ni

CONFIRM!!

hari tu rasa nk undi PAS/PR tapi terasa malu dan meluat plak skrg

ada ker nama Allah dia org buat main2

semoga Allah pelihara bumi Malaysia drp anasir2 perosak dan segala jenis malapetaka

Anonymous said...

RUMUSAN DARI PERHIMPUNAN INI..

1)- Allah SWT ,tidak meredhai aktiviti ini sehinggakan ditunjukkan kecelaruan arah kiblat sebagai tamsilan KECELARUAN HALA TUJU PAKATAN RAKYAT.

2)- Rakyat Malaysia khususnya sudah sedar akan sifat2 SYAITAN PAKATAN RAKYAT sehingga menjadikan yang Halal menjadi Haram dan sebaliknya..

3)- Hanya orang2 yang sama pada BERSIH 1 & 2 yang hadir, bahkan semakin kurang.. Yang hadir pun hanya sebab bayaran

4)- Sikap munafik penganjur benar2 terserlah apabila KANAK - KANAK dilibatkan dalam perhimpunan, sedangkan didalam perjanjian dan pertemuan dengan pihak polis berbagai janji telah di buat..

5)- ade banyak lagiii akan menyusul

KESIMPULAN :
hanya 0.01 % sahaja rakyat Malaysia yang menyetujui PR, dan InsyaAllah PRU 13, mereka ( P.R ) akan berkubur.. amiiiin.

Anonymous said...

bilangan peserta HKR KL112 lebih kurang 37K - 45K

http://chewal.blogspot.kr/2013/01/anggaran-sebenar-jumlah-peserta-hkr.html

Anonymous said...

Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat wajar segera menebus rebat telefon pintar:
http://notakanan.blogspot.com/2013/01/peserta-himpunan-kebangkitan-rakyat.html

Anonymous said...

MUKA2 YANG SAMA JUGAK TIME BERSIH SEBELUM NI..

TAPI ITUPUN DAH BERKURANG DGN AMAT BANYAK BERBANDING PERHIMPUNAN DAN RUSUHAN SBLM INI. TAKKAN ITU PUN MACAI2 PR TAK PERASAN?

INI DAH SIAP IMPORT DARI KELANTAN TERENGGANU JUGK..BOLEH 100K PUN TAK SAMPAI? SEPATUTNYA MEMANG SAMPAI SEJUTA SEBAB ADA PENYOKONG LGBT, ADA PENYOKONG ROYALTI, ADA ANJING, ADA BERUK, ADA KANAK2 BELUM BALIGH...TAKAT 45K JE????? HIHIHI

Anonymous said...

Anonymous said...
Program transformasi ke program black rose? Errrrr.... atok sdara ko yg kena gi buat jln ketapi masa jepon dulu dah dapat pampasan 3 juta ke? Dengornya jepon dah bagi duit....

---------------
Kat atas ni contoh pencacai yg hanya tahu terima pembohongan dan tak pernah cuba untuk periksa kesahian berita. Kebebalan seperti inilah yg amat suka dipergunakan oleh orang seperti Nizar dan Rafizi. Apa saja yg difitnahkan akan terus diterima tanpa perlu diperiksa. Mengata org BN bodoh tapi sendiri punya bodoh lagi teruk...

Anonymous said...

Kata himpunan sejuta rakyat, arah himpun seluruh negara.. 100 ribu saja yang datang.. yang tak datang tu berapa ribu pula..

C++ said...

Satu Cabaran Kepada Barisan Nasional.....

Semalam (12 Januari 2013) telah berlangsung satu perhimpunan aman oleh warga Malaysia di Stadium Merdeka sebagai meraikan satu usaha untuk memerdekakan Malaysia dari penjajahan Barisan Nasional yang selama 56 tahun telah menjahanamkan Malaysia dari pelbagai segi (ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya)

Dan media arus perdana telah memperlekehkan usaha perhimpunan aman in yang dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) dengan cara melaporkan bahawa himpunan ini tidak mencapat sasaran yang dikehendaki. Kita faham apa yang cuba ditampilkan oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star mahupun beberapa media lainnya termasuk media elektronik RTM dan TV3.

Oleh yang demikian, untuk berlaku adil kepada semua warga Malaysia yang membaca laporan dari media arus perdana ini, maka saya mencadangkan/memberikan cabaran kepada Barisan Nasional agar menganjurkan satu perhimpunan aman berskala besar ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh 12 Januari 2013.

Sila buat perhimpunan aman ini di Stadium Merdeka (waktu yang sama iaitu dari pukul 2 hingga 5 petang) juga dengan cara berjalan kaki (pemimpin BN perlu mengetuai perarakan ini) bermuila dari 7 tempat yang sama seperti yang dilakukan oleh massa pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah berlalu. Sila buat sama seperti yang telah HKR112 buat dan tiada kenderaan seperti bas dan sebagainya digunakan untuk mengangkut peserta perhimpunan terus ke Staidum Merdeka.

Dengan cara ini, maka dapatlah kita semua warga Malaysia menilai himpunan manakah yang lebih berjaya menarik sokongan dan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat. Adalah diharapkan cabaran ini disambut dengan tangan terbuka dan berani oleh pimpinan dan ahli Barisan Nasional.

Sekian terima kasih.
Saya Warga Malaysia Prihatin

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz2HqOj4Vrr

Anonymous said...

tak perlu layan cadangan cct diatas ni...kalau buat perhimpunan yg tak bermanafaat pada rakyat buang masa dan tenaga je..kita hidup dinegara ini dah kira bertuah aman tak seperti negara lain..nak buat perhimpunan aman apa lagi..kecuali lah hari2 ada tembak menembak dijalanan..macam pekan cowboy, rogol org ditepi tepi jln..rakyat kena dera dan dipukul ke apa ke..pokoknya bersyukur le pada allah kerana anda hidup dinegeri yg aman...hinggakan ramai rakyat asing cukup gemar datang bekerja dan tinggal dinegara ini...kalau tak aman dan ekonomi negara tak ok buat apa dia orang datang kat malaysia ni...itu pun rakyat negara ini tak boleh nak fikir ke..

Anonymous said...

semenyih dah dapat beras dan tepung.

kami ahli2 umno kecewa tak dapat.PM najib perlu buat roadshow beras dan tepung di merata2 tempat lagi.



Anonymous said...

Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Usahalah dgn ikhlas.. jgn mengharap..

~Z~

Anonymous said...

setuju 200% dgn cadangan Ctt..kita pakat2 tengok..adakah cabaran Ctt disahut? kalau bn anak jantan buatlah sepertimana kl112...

Faerie_Princess said...

x payah le nk ikut otak penyokong2 PR tu. dlm otak diorang tu.. DEMO, DEMO, DEMO je la. mcm le DEMO yg they all buat tu BERJAYA sgt! NYUSAHKAN lagi ada. buktikan je melalui pilihanraya nanti.