Wednesday, January 2, 2013

Saya sokong 100 Peratus Haji Hadi Muncul Di TV Jawab Amanat Sesatnya


Heboh diperkatakan tentang permintaan Haji Hadi untuk muncul di stesen-stesen TV bagi menjawab amanatnya yang dikeluarkan kira-kira 31 tahun yang lalu.

Isu ini kembali hangat gara-gara sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli Pas seumur hidup, C.N Afghani@Cikgu Non.

Cikgu Non adalah antara ahli Pas yang totok, dan beliau juga merupakan penulis buku yang diharamkan oleh Pas yang mendedahkan penyelewengan Tabung Memali. 

Haji Hadi mahu diberi ruang di dalam TV untuk menjawab perkara berkenaan. Itu sudah cukup untuk membuktikan Cikgu Non berjaya menggegarkan Haji Hadi walaupun Hadi cuba merendahkan martabatnya sebagai seorang guru yang mempunyai kelulusan yang rendah. 

Pada pendapat saya, saya sokong 100 peratus permintaan Hadi untuk muncul secara langsung di kaca  TV bagi menjawab amanatnya itu...

Dalam masa yang sama Cikgu Non selaku orang yang mencetuskan isu juga perlu diberi peluang untuk muncul bersama Hadi bagi membahaskan isu berkenaan.

Jangan pula Hadi nak muncul seorang diri dan nak menguasai sepenuhnya siaran tersebut.....

Amacam ??? Ada berani ? 

33 comments:

Anonymous said...

Persoalannya beranikah Hj Hadi????Jemput sekali ulama berkecuali yang boleh bersama-sama memberi pendapat dan juga menjawab apa juga hujah Hj Hadi jika ingin terus mempertahankan amanat menyesatkan itu.

Anonymous said...

Siapa Hadi nak diberi peluang 1 jam ceramah secara solo. Beliau bukannya PM yang nak bagi perutusan Hari Raya. Saya sarankan supaya disediakan seorang moderator, panel-panel penyoal dan audiens terdiri daripada mufti2, wakil2 daripada JAKIM, IKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam setiap negeri, pensyarah-pensyarah Pengajian Islam dari universiti tempatan dan luar negara (khususnya dari Universiti Madinah, Mesir dan Jordan) dan wakil2 parti politik.

Sebagai tambahan, kita jemput juga NGO2 Islam seperti Ilmu , Jati, Muafakat dan lain-lain pertubuhan Islam berdaftar. Juga tokoh2 seperti Ustaz Fathul Bari, ZulNordin, Ustaz Ismail Mina, Datuk Hassan Ali dan tak lupa juga jemputan khas Cikgu Non ( C.N. Al-Alghani) serta saksi2 yang terlibat secara langsung dengan Amanat Hadi.

Antaranya ialah bekas2 ahli PAS yang pernah memutuskan tali persaudaraan sesama Islam angkara amanat berkenaan dan mangsa2 memali. Diharapkan juga mereka diberi peluang untuk menanyakan 1 soalan direct kepada Hadi Awang.

Saya juga syorkan supaya penyokong2 yang tak bertamadun diharamkan terus daripada memasuki studio kerana dikhuatiri mungkin akan mengganggu majlis dengan membuat bising. Kita juga jangan benarkan Hadi bercakap seorang diri tanpa dipandu. Jika tidak, Hadi pasti akan tersasar dari topik perbincangan. Lagipun kita tak maulah Hadi akan jadi sama seperti Anwar Ibrahim yang memilih untuk berucap panjang di mahkamah, tetapi tak sanggup untuk disoalbalas di kandang saksi.

Persoalannya, beranikah Hadi berdepan dengan semua ilmuan Islam bagi merungkai polemik aqidah selama 31 tahun?

Anonymous said...

Saudara RBF

Adakah tuan fikir dengan munculnya wajah Hadi Awang dalam TV akan menyelesaikan isu kafir mengkafir ini.

Tidak saudara. Tidak sama sekali. Nak parah lagi ada lah.

Adakah tuan fikir Hadi Awang akan semudah itu mengaku kesilapannya dan akan meminta maaf kepada seluruh umat melayu yang berpecah silaturahim sesama melayu, berpecah hubungan kekeluargaan dan institusi rumah tangga kerana merasakan pihak yang sokong Umno itu kafir.

Jika Hadi Awang mengaku kesilapannya maka akan lumpuh lah Pas bila sebahagian besar ahlinya meninggalkan Pas kerana rasa ditipu hidup2 ... dan Pas akan padam dengan sendiri akirnya.

Ikhlas dan jujur saya mengaku jika saya adalah orang yang mengeluarkan Amanat itu dan saya pula adalah presiden parti Pas .. sampai habis umur pun saya tak akan mengaku saya silap dan saya tak akan minta pengikut saya meninggalkan Amanat itu. Jika saya mengaku maka maruah saya dah tak ada lagi ... dari hidup lebih baik mati.

Tentang pengikut saya biarlah mereka menilai sendiri kesan Amanat itu ... kalau mereka rasakan banyak mudaratnya maka biarlah Amanat itu gradually dies off by itself.

Saya amat yakin Hadi Awang pasti bersetuju dengan saya. Dia selama ini diiktiraf sebagai ulamak besar oleh pengikutnya, malah dia diangkat menjadi presiden Pas kerana statusnya sebagai ulamak, maka maruahnya sebagai ulamak juga besar. Jika dia mengaku ... his days is coming to an end and dia akan dihina sehina2nya oleh pengikut2nya sendiri. Malah Nik Aziz juga akan menerima tempias yang sama.

Apa pun sama2 kita nantikan, adakah Hadi Awang punya pendirian seperti saya atau dia punya pendirian yang lain yang lebih bertanggung jawab kepada pengikut2nya.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Saya cuma terfikir satu perkara, seandainya Amanat Hadi ditarikbalik, apakah status syuhada Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sah?

Adakah perlu untuk membongkar semula jasad mangsa-mangsa Memali semata-mata untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan supaya sama seperti jenazah-jenazah yang lain.

Anonymous said...

Apa nak bising lagi, Haji Hadi dah baca ikrar Buku Jinggay yg ada menyebut "pertahankan perlembagaan persekutuan", so tak payah appear kat TV, cerita Hadi dah habih kat sini, dia dah telan balik apa yg diludah.

Anonymous said...

Ciptaan Maha Agung

Ada 2 benda yang dianugerahkan kepada makhluk manusia tapi tidak ada pada mahluk haiwan.

1. Biasanya manusia susah nak mengaku kesilapan diri walaupun dia sedar dia tersilap.

2. Biasanya manusia mampu melawan serangan musuh, tapi dia akhirnya mudah dikalahkan oleh serangan nafsu.

Inilah sifat biasa orang politik tak kira lah dianya ulamak atau bukan ulamak. Sama jer ...

Hj Mansuh

sangkakala said...

salam..mohon pautkan blog saya dalam blog tuan..untuk makluman, blog tuan telah saya pautkan dalam blog saya terima kasih.. http://sangkakalajari9.blogspot.com

Anonymous said...

Hadi sebenarnya cuma memerlukan 5 minit je dan bukannya 1 jam jika sekadar nak menyatakan pendiriannya sama ada nak mempertahankan atau nak tarikbalik amanat tersebut. Jika iklan dalam 20 minit. Baki 35 minit tu, bolehlah digunakan untuk memberi ceramah percuma kepada penonton.

Anonymous said...

Katalah apa pun PAS akan terus tegakan benang basah.dasar pembangkang dari longkang.

Anonymous said...

Tentang cerita Memali, syahid ke tak syahid, tak penting sangat. Mereka semua dah mati, kerja bodoh namanya nak duk korek kubur mereka untuk dimandikan, lain lah kalau selepas korek kubur semua yang mati itu hidup semula dan dapat membantu menceritakan tentang Amanat Hadi Awang tu diterima tuhan atau tidak.

Fikirkan lah sesuatu yang lebih berfaedah untuk survival bangsa dan agama kita di tanah air ini. Soal syahid mahid ni tak siapa nak ambil kisah pun.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Aku cuma nak dengar Hadi tarikbalik dan meminta maaf kepada seluruh ahli UMNO. Itu ajer. Segala alasan atau hujah-hujah dah menjadi tak penting kerana segala-galanya telah berlaku. Orang kata, nasik dah jadi bubur. Malahan, ada antaranya yang telah meninggal dunia kerana amanat ni dah wujud puluhan tahun lamanya. Apa yang aku harapkan ialah benda ni stop terus dan jangan diungkit-ungkit lagi lepas ni. Biarlah Hadi menamatkan terus isu ini dengan pengakuannya sendiri.

Orang UMNO yang terguris kerana Amanat Hadi said...

Hadi yang memulakan amanat ni dan biarlah dia sendiri yang menamatkannya. Hanya Allah sahaja yang layak menentukan siapa yang kafir dan siapa yang Islam kerana hanya Allah sahaja yang dapat menyelami hati-hati manusia. Siapa kita yang hanya manusia biasa, pandai2 pulak nak menkafirkan orang Islam sesuka hati.

Anonymous said...

tv kan besi, boleh ke jadi bahan bukti?

kenapa rtm, kenapa bukan tvpas atau malaysiakini tv?

banyak lagi pertikaian2 yg boleh ditimbulkan..pokok pangkalnya, hadi sekadar nak divert kesalahanannya kepada rtm, tv3 dan kerajaan.

akhirnya, isu ni mahu dimunculkan bahawa hadi benar, dan yang takut itu adalah rtm tv3 dan kerajaan...itu yg hadi mahukan..

percayalah, isu ni takkan habis. sbb hadi mmg pengecut! dia takkan tarik balik! jadi kita akan terus menyerang hadi sampai bila2 pun...


Anonymous said...

Nak bagitau "Saya dengan ini menarik semula amanat yang saya ucapkan dihadapan penyokong saya pada tahun 7 April 1981 dulu"...

Nak kata macam tu pun ada ambil masa 1 jam ke??? 5 minit pun tak sampai... yang selebihnya nak ceramah je la hadi boroi tu.... buang masa je...

Anonymous said...

Teman bersetuju sangat dengan syor saudara itu. Dapat rakyat menilai siapa Haji Hadi sebenarnya. Hebat benar ke ilmunya. Dia telah memperlekeh cikgu Non Ismail sebagai guruu sekolah yang mengajar A B C saja. Angkuhnya dia. Tak kelihatan sifat seorang ulama pun.

Anonymous said...

Aku punya pendapat Mr hadi ni bukannya nak mengaku tapi dia saja cari alasan untuk megenakan kerajaan dengan alassan pihak kerajaan menekan tv supaya jangan beri siaran langsung kepada beliau. Akhirnya alasan ini digunakan untuk melepaskan diri dari kemelut yang dihadapinya... tetapi sebagai seorang yang ada sedikit sebanyak pegangan agama katanya kepada CN tersebut menunjukkan dia hanya ulama politik. Ulama sebenar tidak sanggup merendahkan maruah seseorang sebegitu rupa walaupun orang itu merupakan musuhnya. Nabi juga tak pernah ajar kelakuan begitu keppada umatnya..

Anonymous said...

Hardy tiada piihan, kena ikut cakap karpala, hardy mesti bertaubat.........

Anonymous said...

bodoh sungguh pencacai2 umngok ni..masih x paham2 lg...mmg yg ada dlm umno...org bodoh2 je..UMNO BODOH.

Anonymous said...

lebih seminggu Hadi mendiamkan diri bila isu amanatnya dibangkitkan..
rupa rupanya dia mencari akal, mencari punahsihat bagaimana nak melepaskan dirinya ..

Kalau Allah pun dia boleh tipu, inikan pula TV.. tak tahulah dah berapa trailer dia sediakan untuk menipu dalam TV nanti ...

Haramjadahkan saja dia daripada keluar TV besi ....

Anonymous said...

anon 12:03

bebal..
kalau dah tak ada otak , tak ada ilmu baik diam ..
BODOH PIANG ...

Anonymous said...

Hadi tidak perlukan 1 jam
hadi cuma perlukan beberapa saat sahaja .. untuk memohon maaf .. dan minta keampunan dari Allah ..
selebihnya dia tak berhak dan tak layak untuk bercakap ..

aku
yang telah dikafirkan oleh Hadi...

Anonymous said...

Si Bongkak & Angkuh Hadi tidak akan sesekali tarik Amanatnya walaupun sudah jadi murtad akibat dari Amanat sendiri. Malah survival PAS tidak akan dapat bertahan tanpa Amanat Hadi. PAS bakal kehilangan berpuluh ribu pengikut dan undi sekiranya Hadi berbuat demikian. Kubur 14 penganut PAS tegar yang terkorban di Memali juga bakal dikorek balik, dimandi dan dikafankan. INi memberi persepsi yang maha negatif ke atas PAS. Macammana Hadi nak jawab semua ni kepada penganut agama PAS terutama keluarga ahli2 mangsa Memali, serta yang bercerai lakibini, yang memutuskan silaturrahim sesama keluarga?

Hadi King sekarang sudah sangat hampir 'checkmate' dek penangan biduk sendiri. Itulah kebesaran kuasa Allah yang membalikkan doa KO adik Nik Aziz & Nik Aziz sendiri ke atas puak yang dilaknatiNYA,yakni PAS.

Takbir! x3

Anonymous said...

Saya Ahmad Shafie Abd Rahman mewakili rakyat Malaysia seluruhnya yang cintakan keaamanan & kemakmuran menyeru supaya Hadi menarik balik Amanat beliau DAN BUKANNYA MENJELASKAN Amanat tersebut kerana ianya sudah terlalu jelas & terang bahawasanya Amanat itu adalah SESAT dan bukan sebahagian dari ajaran Islam ikutan kami, Ahli Sunnah Wal Jamaah.

SERTA kami menyeru Hadi Awang & Nik Aziz supaya bermuhasabah diri, menginsafi & bertaubat nasuha atas segala perbuatan mungkar yang telah
anda berdua lakukan dan akibatkan sepanjang pemerintahan anda. DAN terimalah kekalahan teruk PAS serta Pakatan dalam PRU13 nanti dgn hati yang lapang dan tenang tanpa berprasangka buruk & irihati yang datangnya dari hati yang toghut & busuk. Kemungkinan anda berdua tidak lagi sempat untuk bertanding utk PRU14 adalah sangat besar.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Hj Mansuh

Anda betul. Hadi Awang silap banyak lah jika dia buat pengakuan secara terbuka menarik balik Amanat nya. Kesan negatif adalah kepada :

Dirinya - kredibiliti ulamak nya akan diragui oleh seluruh umat melayu. Dia tidak akan diterima oleh umat melayu sebagai seorang ulamak lagi selepas ini.

Partinya - Pas akan kehilangan ahli dan penyokong dalam bilangan yang banyak. Pas akan lumpuh.

Setan vs Manusia .. setan berjaya menyesatkan manusia. Setan tak salah, Setan tak berdosa, Setan patut dipuji kerana telah melaksanakan tugasnya dengan jaya.

Dalam kes Amanat ini, Hadi Awang tak patut dipersalahkan. CN Al Afghani patut menyalahkan dirinya dan kebodohannya sendiri .. nampak sangat dia jahil islam dan memang confirm jahil.

Sheikh Tan

Anonymous said...

Saudara Ahmad Shafie

Nak tanya tuan. Adakah jika Hadi tarik balik amanat nya maka Umno akan jadi islam semula ATAU adakah jika Hadi tak mahu tarik balik amanat nya maka Umno akan jadi kafir selama2nya ????

Pada saya. Amanat itu tak beri apa2 kesan pun kepada keislaman saya. Bukan Hadi yang nak menentukan saya islam atau kafir. Hadi bukan tuhan saya.

Adakah orang2 Umno ni bertuhankan kepada Hadi. Maksudnya kalau Hadi kata orang Umno kafir maka habis semua orang Umno jadi kafir, kalau Hadi kata orang Umno islam maka secara otomatik orang Umno dapat masuk syurga bersama2 dengan orang Pas.

Sedar atau tidak wahai para pemimpin Umno sekalian. Bila anda riuh minta Hadi tarik balik amanat nya itu, maknanya anda mengiktiraf pengaruh amanat itu terhadap para penyokong Umno, anda takut orang Umno lari tinggalkan Umno kerana tak mahu jadi kafir.

Wahai orang Umno, bersetuju sajalah dengan kenyataan ini, " Jadi ahli Pas, sokong Pas dan undi Pas, anda jadi islam. Jadi ahli, sokong dan undi Umno, anda jadi kafir ".

Setuju dengan saya ? Kalau tak setuju, so tak payah lah nak sibuk buat kerja bodoh duk desak Hadi buat sesuatu dengan amanat nya itu. Biar lah dia dengan dunia dia, Jangan diganggu ketenangan dia.

CN Al Afghani tak patut terasa bila Hadi kata dia bodoh. Saya juga kata dia memang bodoh. Tak bodoh apa nya kalau sampai tergamak buang mak ayah dan sedara mara hanya kerana berbeza fahaman politik. Meeemaaaang bodoooohhhh..

Hj Mansuh

Anonymous said...

Zahirnya dia nampak ulamak sebab pakai jubah, serban,kopiah,janggut dan kutip derma ketika ceramah.

k said...

sokong hj. mansuh.....hnya manusia bodoh shja yg mudah diperbodohkan oleh simunafik, hnya manusia bodoh dan bebal shja yg mudah diperbodohkan oleh setan yg direjam...apabila Allah SWT merejam setan laknatullah maka manusia bodoh yg dipesongkan oleh setan terkutuk pun akan terkena rejaman mautNya.

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku mengucap dua kalimah syahadah
sesungguhnya aku melaksanakan rukun iman dan rukun islam (masih x berkesempatan menunaikan haji kerana tiada kemampuan)
sesungguhnya aku adalah ahli umno.. sesungguhnya ayahku, atukku ahli umno.. sesungguhnya ayahku pejuan umno semasa 13 mei dulu...

adakah kami kafir ya Allah kerana tidak setuju dengan PAS.. adakah kami ini bukan umatmu kerana kami menolak PAS...

Ya Allah.. sesungguhnya hati hambaMu yang kerdil ini sangat terguris dengan amanat beliau..

Ya Allah.. ku mohon padaMu kau bukakanlah pintu hati dia utk meminta kemaafan dari kami yang terguris kerana sesungguhnya dosa denganMu dapat bertaubat tetapi dosa dengan manusia... perlukan kemaafan dari manusia itu sendiri...

rakan-rakan, mohon diperbetulkan sekiranya terkhilaf...

-ahli umno yang terguris dan terluka hatinya-

Anonymous said...

Anon 1217

Jika tuhan mu namanya ALLAH, jangan khuatir anda tidak pun jatuh KAFIR hanya kerana menyokong dan mengundi Umno.

Tetapi jika tuhan mu itu namanya Hadi atau Aziz, maka KAFIR lah anda jika menyokong dan mengundi selain daripada PAS, DAP dan PKR.

Oleh kerana tuhan saya namanya ALLAH, walau pun saya akan jadi KAFIR saya tetap akan undi Umno pada PRU 13 nanti.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Saudara sekalian.

Jangan lah ada perasaan buruk sangka kepada saya. Saya bukan niat nak menyesatkan siapa2. Saya cuma nak menyelamatkan orang melayu yang rata2 panik dan takut jatuh KAFIR hanya kerana tidak mematuhi Amanat Hadi Awang. Orang Pas panik, bekas ahli Pas pun panik. Orang Umno pun panik sakan, panik kerana takut jatuh KAFIR.

Meh kita berbalik kepada asal usul agama islam. Siapa pencipta agama islam ? Adakah ianya Allah atau Nabi Muhamad atau Tuan Guru Hadi Awang atau Tokguru Nik Aziz ? Jika anda tahu siapa sebenarnya yang mencipta agama islam ini, maka nak KAFIR tak KAFIR seseorang itu hanya dia lah yang mempunyai kuasa mutlak menentukan.

Setiap kita dianugerahkan AQAL. So sila waraskan AQAL anda untuk mengetahui siapa sebenarnya tuhan anda.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Hj mansuh.. Dsakan menarik blik amanat itu bkn sbb kita panik takt jadi kafir.. Sesungguhnya org umno tdk percy dgn amanat songsang itu.cumanya org umno yg mempunyai adk beradik n saudara mara org pas yg msh bpegang dgn amanat itu mengharapkn hubungan silaturahm dpt dsambung smula.bygkan kalu kalau tn hj ada adik pnyokong pas yg tdk btegur sapa dgn tn haji slama 10thn krana tn hj penyokong umno..tentu tn hj mahu hubgn retak itu menjdi mesra kembali..takkan lah tn.hj nak hlg adk semata2 amanat hadi?itu la antara sbb knp amanat itu perlu dtarik blik.. Kerana org pas hanya pecaya ulama mereka shj walaupn ternyata salah

Anonymous said...

anon 6:15..mmg umno bodoh pun termasuk la ngan ko skali...menteri ko rais anak yatim dah x bg hj hadi masuk tv plak..apa hal flip flop plak? mmg nyata umno ngan ko bodoh mcm lembu...KAH KAH KAH...UMNO BODOH.

Anonymous said...

tujuan disuruh tarik balik amanat bukan untuk org UMNO krn org UMNO cerdik dan xpercaya pun amanat sesat ni,..

tujuannya adalah utk org pas yg bodo2 tu yg percaya ajaran sesat amanat sesat dri ulama palsu,.yg sggup memutuskan silaturrahim keluarga/biras/mentua/jiran dll

klau sudah ditarik tpi mrk msih mengamalkan amanat sesat maka terlepaslah tggjwb hj hadi,.tpi dia tetap kena menjawab kpd yg tlh meninggal dunia

sekian pendapat sya - kassim